Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Cerita Dari Masjidil Nabawi Madinah

2
Salam

Labbaikallahumma labbaik, labbaika la syarikalakalabbaik ! (Aku datang menyahut seruanMu, datang dalam keadaan tidak menyekutukanMu dengan sesuatu jugapun !)

Al Hamdulillah !
Pandai rupanya umat islam yang pergi menunaikan haji di Makkah dalam keadaan tidak syirik atau menyekutukan Allah dengan sesuatu jugapun ! ertinya mereka telah mengenali Allah dengan 'arifnya dan inilah syarat daripada Allah supaya dosa mereka mendapat keampunan daripadaNya iaitu Faman 'arofani (barang siapa yang mengenali Aku) inilah salah satu syarat dari Allah selain beriman kepadaNya,RasulNya dan kitabNya

Andainya mereka yang pergi ke Makkah menunaikan fardhu haji tanpa mengenal Allah maka dosa mereka tidak akan terampun dan usha mereka akan menjadi sia-sia sahaja dan syarat ini ada di sebut oleh Allah dalam firmanNya dalam hadis qudsi yang menyatakan syarat itu kepada nabi Adam a.s iaitu syarat awal daripada Allah kepada manusia pertama dan di ikuti pula oleh anak cucunya sekarang ini

Satu minggu sebelum berangkat pulang ke tanah air Pak Karamu seperti biasa pergi ke masjid Nabawi seorang diri, sebaik saja mengambil tempat Pak Karamu melihat seorang yang memakai serban dan di iringi oleh 9 orang yang mungkin mengawalnya, dia di unjukkan oleh seorang arab sebuah kitab al quran lalu dia membacanya

Apabila masuk waktu dan azan di laungkan maka datang seorang arab mengambil quran daripadanya dan di letakkan balik di tempatnya pada tiang masjid yang memang tempat letak al quran, kemudian dia bersembahyang sunat, selepas sembahyang tetiba dia datang kesebelah Pak Karamu di saf hadapannya dan bersembahyang lagi

Selepas bersembahyang dan memberikan salam dia salam Pak Karamu lalu Pak Karamu sambut salamnya sambil tersenyum, tetiba dia bertanya Pak Karamu "dari mana ? Pak Karamu jawab rengkas "Malaysia ! kemudian dia terangkan bahawa dia datang dari Indonesia "Jawa barat katanya " Pak Karamu anggok dan senyum, tetiba dia bertanya lagi " bila pulang ? Pak Karamu jawab rengkas " lusa !

Apabila qamat berkumandang kamipun solat fardhu bersama sebelah menyebelah, selepas solat dia salam Pak Karamu dan dia pegang tangan Pak karamu agak lama, lepas itu dia mengucapkan al hamdulillah ! al hamdulillah ! katanya lalu Pak Karamu jawab syukran ! kemudian tetiba dia lihat muka Pak Karamu, ish ! tak tentu hala Pak karamu di buatnya, tetiba sahaja terlanjur dari mulut Pak Karamu "Dalam masjid ini banyak Allah !







PEJUANG AKIDAH UMMAH

1

 SERIBU TAHUN SELEPAS NABI WAFAT, MANUSIA KEMBALI SESAT

Suasana masyarakat yang beragama tauhid (islam) di zaman selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w mereka kebanyakannya menghadapi kekusutan dan kekalutan pegangan hidup yang saban hari saban luntur oleh pengaruh kehidupan keduniaan yang sambung menyambung dikejar tanpa batas sempadan. Lambat mengejar dunia maka tertinggal jauhlah mereka di dalam hidup keduniaan.

Mereka bukan sahaja tertinggal di dalam mengejar dunia akan tetapi turut luntur ialah akidah pegangan hidup mereka juga turut menjadi luntur dan terhakis. daripada semangat agama dan akidah bertukar kepada semangat bangsa yang terlarang di dalam agama. Sehingga bangsa arab sudah tidak lagi memperdulikan akidah yang di tanam oleh nabi dan para sahabatnya.

Dalam menghadapi kekusutan dan kekalutan pegangan hidup berakidah pada zaman selepas nabi dan sahabat sehingga akhir zaman, maka muncullah dua orang tokoh agama yang berkesedaran cuba membetulkan akidah umat dengan memperkenalkan kaedah ilmu sifat 20 bagi bertindak balas dari golongan yang menyesatkan akidah umat dari golongan keduniaan yang berkhayal dengan konsep bid'ah, palasafah dan tiori.

Tokoh yang dimaksudkan itu ialah Imam Abu Hassan al Asy'ari (324 H). Beliau dibesarkan di dalam golongan yang berfahaman muktazilah, sehingga beliau sendiri terpengaruh dengan fahaman tersebut. Guru beliau adalah tokoh muktazilah terkemuka iaitu Abu Ali Al Jubba'ie

Dengan kehendak dari Maha pencipta alam seluruhnya Allah s.w.t telah memberikan taufik dan hidayahnya kepada beliau sehingga akhirnya beliau berpatah balik  berpegang kepada fahaman ahlus sunnah wal jama'ah. Beliau melihat pentingnya mempertahankan akidah yang murni dan memperbetulkan akidah umah yang berdasarkan kepada hukum naqli dan aqli.

Beliau telah memperkenalkan tujuh sifat iaitu: Sifat Qudrat (kuasa), Iradat (berkehendak), Ilmu (mengetahui), Hayat (hidup), Sama'a (mendengar), Bashar (melihat) dan Kalam (berkata-kata). Tujuh sifat ini adalah sifat asas keperluan bagi Rabb untuk mentadbir dan menguasai makhluk ciptaanNya, yang juga memerlukan tujuh sifat yang sama.

Persoalannya adakah tujuh sifat tersebut merupakan sifat Rabb atau sifat makhluk? Umum mengetahui bahawa sifat Rabb pasti mengatasi sifat makhluk, kerana sifat yang dimaksudkan tidak menunjukkan pengertian yang penuh dan berkuasa, kerana lazimnya sebagai contoh jika ada yang bersifat qudrat (kuasa), maka sudah tentu ada pula yang bersifat Qadirun (yang Maha berkuasa)

Jika sifat yang diperkenalkan Imam Abu Hassan al Asy'ari itu dikatakan sifat Rabb maka ia adalah ganjil, kerana sifat tersebut dikenali sebagai sifat Ma'ani. Adakah sifat Ma'ani itu sifat Rabb ?

Bersambung .........


ASSALAMU'ALAIKUM WR,WB, KEMBALI MENEMUI ANDA

0

 DIATAS PERMINTAAN  RAMAI DARI SAHABAT, MAKA PAK UMARAK DAGANG AKAN KEMBALI MENEMUI ANDA .

LURUTAN KEFAHAMAN ILMU SIFAT 20

KEPADA PENGUNJUNG:

DIBOLEHKAN UNTUK MEMBUAT ULASAN 

DIJEMPUT KEPADA YANG ADA NAMA SAHAJA.

BOLEH MEMBUAT CADANGAN JIKA SESUAI DENGAN NAS AQLI DAN NAQLI.

ILMU SIFAT 20 SESUAI DENGAN TUNTUTAN DARI SURAH AL MAIDAH AYAT 35.

يَأَ يُّهَا الَّذِيْنَ أَ مَنُواْ اتَّقُوا اللهَ وَابْتَغُواْ اِلَيْهِ الْوَ سِيلَةَ وَجَهِدُواْفِي سَبِيِلهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 

Maksudnya: Wahai orangporang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah kepada jalanNya, supaya kamu mendapat keberuntungan.

Ayat yang diatas menerangkan secara terang, bahawa manusia yang beriman, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah s.w.t. Dan carilah jalan atau berikhtiar bagaimana kamu dapat mendekatkan diri kamu kepadaNya. Sekalipun Allah s.w.t itu memang bersama-sama dengan kamu (al Hadid ayat 4)

 وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ  ٤

Maksudnya: Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Dinyatakan juga bahawa kamu hendaklah berjihad kepada jalanNya, iaitu jalan bagaimana kamu dapat mengenalNya supaya kamu benar-benar memahami cara kamu mendekatinya. Ertinya apakah suatu ilmu atau kaedah ilmu yang memudahkan kamu untuk mendekatiNya. Maka kerana itulah para ijtihad ulama memperkenalkan ilmu sifat 20 supaya kamu memahami konsep mendekatkan diri kepadaNya.

Ini bererti, supaya kita mengenal diriNya iaitu sifat Nafsiyah. Mengenal sifat Salbiyah, iaitu sifat yang menunjukkan diri Tuhan Rabb itu benar-benar Tuhan yang menjadikan sekalian makhlukNya Rabbil 'alamin ! Mengenal sifat Ma'anawiyah atau mengenal Asmak was sifat (Asmaul Husna) Dan mengenal sifat Ma'ani, iaitu sifat yang berkehendakan kepada Zat (berdiri sifat kepada zat)

Jadi mengikut kefahaman penulis, hanya konsep sifat 20 sahaja  yang mampu menepati kaedah untuk mendekatkan diri kepadaNya, sebagaimana tuntutan daripada Allah s.w.t sebagaimana firman yang diatas, kerana ia menepati kedudukan diri setiap manusia terhadap Tuhannya. Kerana itu di dalam ilmu sifat 20 wajib mengenal Tuhan dan manusia (makhluk). Oleh kerana itulah nabi Musa menegaskan kepada Fiaun supaya mengenal diri dan Tuhan  an Nazi'at ayat 18,19:

فَقُلۡ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ  ١٨ وَأَهۡدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخۡشَىٰ  ١٩

Maksudnya: dan katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)". 19.  Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?"

Ayat dari surah an Nazi'at 18 diatas menerangkan bahawa Musa memberi tahu kepada Firaun: "Adakah dia ingin membersihkan diri dari kesesatan ? Ayat ini adalah tentang mengenal diri, jika tidak mengenal diri tentulah sukar untuk mencuci diri itu.

Mencuci diri supaya manusia tidak menjadi sesat !  Cuci diri  pada maksud ayat diatas juga bermaksud diri yang berpunca datangnya berbagai penyakit kesesatan kerohanian yang mengakibatkan akidah menjadi rosak binasa yang kesannya boleh tergelincir menjadi kafir.

Sementara pada ayat yang ke 19 pula menunjukkan Musa sanggup membimbing Firaun untuk mengenal Rabbnya. Tujuannya adalah supaya Firaun tidak melanggar perintah daripada Tuhannya dan mengamalkan perbuatan kesyirikan terhadap Rabbnya. Musa menegaskan demikian kerana ternyata Firaun telah membuat pengakuan bahawa dialah  Rabb yang paling Tinggi أنا ربكم الا على  

Ayat daripada surah ini menunjukkan bukan hanya ditujukan kepada Firaun sahaja bahkan kepada semua manusia seluruhnya, terutama kepada umat yang mengakui sebagai umat islam. Maka ciri-ciri manusia yang terjerumus jika kita analisa secara adil, maka ia melibatkan kepada manusia yang tidak mengenal diri dan Rabbnya.

Oleh kerana itulah maka ilmu sifat 20 yang diperkenalkan oleh ulama adalah mengikut dua fahaman asas tersebut. Namun sayang apabila ilmu tersebut diperkenalkan maka matlamat memahamkan  ilmu tersebut telah begitu sukar difahami kerana penilaiannya hanya dibawa kepada untuk mengenal sifat-sifat Rabb sahaja.





ASSALAMUALAIKUM

MENGENAL DIRI YANG KE 93

57
Salam

SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 92

Berhubung dengan kalimah  لا اله الا الله  dan ilmu yang terkandung didalamnya. maka sebenarnya didalam kehidupan manusia di Planet dunia ini manusia belum lagi cukup untuk memahami ilmu yang Allah sediakan yang tidak terhingga banyak dan luasnya dan manusia belum lagi sampai ketahap memahaminya dengan berkesan, ini kerana disebabkan kita jarang mendengar pengkaji  ayat-ayat Allah dan rahsianya maka tamadun umat manusia teraba-raba hendak menyelesaikan sesuatu masalah ilmu

Kali ini kita focuskan pada kalimah  الا  pada kalimah  لا اله الا الله  kerana dari kalimah inilah banyak ilmu yang belum lagi kesampaian dengan sempurna dan kepada pengkaji ilmiah islam sendiripun belum lagi termampu membongkar istilah dan mengenalinya, mengikut maksud huruf kepada kalimah  الا  ini ialah  melainkan, ertinya sesuatu yang tidak mutlak atau tidak berdaya upaya, jadi mengikut ilmu sifat dua puluh  الا  ini adalah sifat qahar iaitu sifat kekerasan atau sifat penaklukan (Berkuasa mutlak) Tuhan yang mengandungi sifat ma'ani iaitu sifat qudrat, Iradat, Ilmu dah hayat, sedangkan sifat ma'ani itu ialah sifat makhluk 

Didalam al quran sifat ini disebut sebagai  وهو القا هر فوق عباده  (Al An'am ayat 61, ini bermaksud bahawa Allah menguasai seluruh hamba ciptaanNya, ia bukan sahaja mencipta akan tetapi menentukan segala keperluan hambaNya di langit ataupun di bumi, ertinya Dia sentiada dalam urusanNya sebagaimana firman Allah didalam surah Ar Rahman ayat 29  يسئله من فى السموت والارض كل يوم هو فى شأن  (Sekalian makhluk yang ada di langit dan juga bumi sentiasa berhajat denganNya, setiap masa Dia dalam urusanNya iaitu mentadbir dan menjadikan)

Apa yang penting pada N3 ini ialah mengenal asas makhluk didalam sifat qahar ini yang berpunca daripada empat sifat iaitu qudrat ataupun kuasa atau tenaga, Iradat ataupun berkeinginan atau cenderung,atau berkehendak  Ilmu atau pengetahuan atau mengetahui, dan Hayat atau kehidupan atau menghidupkan atau sumber kehidupan, didalam ilmu sifat dua puluh disebut sebagai kuasa roh kepada sifat qudrat, kuasa berkehendak kepada sifat Iradat, sifat mengetahui kepada sifat Ilmu dan sifat menghidupkan kepada sifat Hayat, persoalannya adakah sifat tersebut berbentuk jirim ataupun Jisim atau jauhar Fardhi atau Jauhar Basit ?

Andainya ia bersifat tersebut maka makhluk itu tentunya bukan dari sumber yang nyata namun ia diujudkan Tuhan untuk menjadi asas makhluk yang ghaib seperti Roh, Nafsu, Akal dan Nyawa kerana dari sumber inilah yang menjadi kesempurnaan kehidupan semua makhluk ciptaan Tuhan tidak kira makhluk yang di bumi ataupun di langit, jadi bolehkah kita membilang berapa billion makhluk yang Allah telah jadikan  hanya dengan asas ilmu makhluk yang ada hanya pada empat sifat ma'ani pada sifat qahar didalam ilmu sifat dua puluh ?

Pengkaji atau penyelidik sumber makhluk dari empat sifat ini tentunya tidak akan berjumpa dengan suatu cara untuk mencungkil rahsia asal sumber kejadian alam (makhluk) selagi mereka tidak mengkaji arah tuju ilmu sifat dua puluh yang telah lama dibuang oleh orang berfahaman wahabi dan kemudiannya di ikuti pula oleh manusia di zaman ini, dan ilmu inilah yang sangat dimarahi oleh golongan sekular barat dan anak didiknya diseluruh bumi ini

Asal semua makhluk pada peringkat awalnya disebut oleh Allah sebagai  KULLUM MIN 'IENDILLAH (setiap sesuatu adalah datangnya daripada Allah) demikian Al Quran menyatakan pada ayat An Nisa 78 dan daripada Allah inilah para ulama yang muktabar didalam ilmu akidah ini menyatakan bahawa setiap sesuatu itu Allah jadikan daripada Nur dan dari nur inilah dijadikan pula Roh, Akal, Nafsu dan Nyawa dan dari sumber ini pula Allah jadikan ia sebagai keperluan semua makhlukNya
 
Apa yang perlu kita kaji tentang sumber ini ?
Sepatutnya kita perlu memahami erti maksud Jirim, Jisim, Jauhar Basit dan Jauhar Fardhi, mengikut agama bahawa Jirim itu ialah setiap benda yang memenuhi ruang, sama ada kecil ataupun besar, dan setiap Jirim ada permulaanya, Allah bukan Jirim, Maksud Jisim pula ialah Jauhar atau benda yang tersusun dari Jauhar Fardhi, Jisim adalah benda yang dapat dibahagi-bahagikan, Allah bukan Jisim, Jauhar pula membawa kepada maksud gambaran sesuatu benda yang tidak dapat dipecah-pecahkan atau dipisah-pisahkan, Jauhar Fardhi adalah benda yang paling halus yang tidak dapat dibahagi-bahagikan kerana terlalu kecilnya dan Jauhar Basit adalah sesuatu yang melapangkan kehidupan

Sambung ...








MENGENAL DIRI YANG KE 92

116
Salam

SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 91

Apabila kita perhatikan bahawa kalimah  لا اله الا الله  itu adalah tempat berkumpulnya asas-asas aeluruh ilmu disana maka manusia wajib memahaminya betapa luasnya ilmu yang telah disediakan oleh Allah s.w.t kepada manusia cuma manusia sahaja yang berfikiran sempit untuk memahamkannya sedangkan Allah menerangkan bahawa tiada yang tidak disentuh oleh Allah didalam al Quran tersebut, apa yang penting  bagi manusia ialah mempelajari ilmu al quran tersebut dengan yakin tanpa ragu

Tidak ada manusia yang benar-benar faham ilmu al quran tersebut dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t kerana itulah Allah utuskan nabi dan rasul untuk memberi kefahaman isi kandungan al quran itu kerana nabi dan rasul berguru dengan malaikat dan Allah dan cukuplah bagi manusia untuk menimba ilmunya kerana nabi dan rasul adalah lebih tepat kefahamannya dari kita sebagai manusia biasa yang serba kekurangan namun jagalah akidah dengan sebaik-baiknya

Daripada kalimah  لا اله الا الله  itu lahirlah ilmu yang disebut sebagai Rububiyah dan juga Uluhiyah iaitu ilmu yang menerangkan tentang Tuhan dan hambanya, dari kedua-dua ilmu ini maka para pewaris nabi memberikan dua asas ilmu yang wajib diketahui oleh semua hamba Tuhan iaitu ilmu  اول الدين معرفة الله  (Awal agama mengenal Allah) dan juga ilmu mengenal diri  من عرف نفسه فقد عرف ربه  (Barangsiapa mengenal dirinya maka mereka mengenal Tuhannya) maka mengenal Tuhan itu bermula dengan mengenal rahsia kalimah  لا  pada kalimah   لا اله الا الله   dan mengenal rahsia kalimah  الله   pada kalimah  لا اله الا الله  iaitu sifat Jalal dan juga sifat Kamal mengikut ilmu sifat 20

Adapun ilmu mengenal diri kita boleh perolehi daripada kalimah  الا  pada kalimah  لا اله الا الله  dan kalimah  yang mengaitkan perkataan tuhan dan keilmuan serta penyembahan kita boleh perolehi daripada keilmuan  اله  pada kalimah  لا اله الا الله   mengikut kaedah ilmu sifat 20 dan semua nas yang berkait  dengan ilmu ini mestilah di rujuk kepada al quran dan hadis nabi s.a.w supaya maksud tujuan ilmu ini tidak lari dari akidah dan kebenarannya dan setiap nas yang berasaskan al quran dan hadis nabi apabila ditolak setelah jelas kebenarannya adalah menjadi kafir dan juga sesiapa yang mengatakan ada kepimpinan lebih baik dari kepimpinan Rasullullah maka mereka juga adalah kafir inilah maksud nas yang terdapat didalam al quran

Didalam ilmu ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya Tuhan yang disembah dan si penyembah maka berlakulah ikrar dan janji diantara hamba dengan Tuhan, kerana itulah ayat pada surah al A'araf 172 terdapat perkataan  قا لوا  (Mereka berkata)  بلى  (Betul)  شهد نا  (Kami menjadi saksi)  Bolehkah diantara manusia tafsirkan maksud "Kami menjadi saksi ? Siapa yang menjawab pertanyaan daripada Allah "Kami menjadi saksi ? Maka daripada jawapan tersebut lahirlah perkataan  اشهد ان  (Naik saksi aku)  Saksi apa ? Saksi pada menyatakan dengan ikrar  لا اله الا الله  dengan menyatakan ganti diri yang berikrar dengan menyebut  اشهد ان  pada kalimah tauhid tersebut itulah tafsir yang menyebabkan lahirnya ikrar kita dialam Roh dan inilah TASYAHUD UNTUK PENGHORMATAN KEPADA TUHAN DAN RASUL

Penghormatan terhadap Rasul dengan menyebut  محمدا رسول الله  dengan menyebut ikrar  اشهد ان  kerana penghormatan kepada Muhammad yang telah dilantik oleh Allah sebagai PesuruhNya ini bererti kita mengiktiraf ketentuan Allah kepada Muhammad s.a.w andainya kita tidak berikrar demikian maka tidaklah ada ertinya perkataan  قالو بلى شهد نا  pada ayat Al A'araf 172 tersebut, maka  قا لو بلو شهد نا  itulah yang bermaksud  اشهد ان  (Naik saksi aku) inilah fitrah ilmu yang lahir dari alam Roh tersebut terhadap diri kita sebelum Allah menjadikan jasad manusia yang dimulai dengan penciptaan Adam dan Hawa oleh Allah dan demikian jugalah maksud  فا علم انه  (Fa'alam an nahu) pada menyatakan tauhid  لا اله الا الله , tahukah kita apa maksud  انه  ? Siapa yang mengikrarkannya ? Kerana itu janganlah kita melonggarkan keyakinan kita terhadap Allah dan RasulNya dan kepada diri kita juga

Sesungguhnya kita ini adalah lemah yang sentiasa didalam kekurangan dan kepincangan didalam soal ilmu, tidak guna kita mempertahankan keaiban dan kelemahan kita dalam berhujah tentang apa yang kita kurang arif tentang ikrar diri kita kepada Allah dan RasulNya

Kerana itu Allah berfirman didalam al quran surah An Nisa ayat 64 dan 65

وما أرسلنا من رسول ألا ليطاع بأ ذ ن الله 

Maksudnya  :  Dan Kami tidak mengutus seorang Rasulpun melainkan supaya ia di ta'ati dengan izin Allah 

Dan FirmanNya lagi:

فلا وربك لا يؤ منو ن حتى يحكموك فيما شجر بينهم


Maksudnya:   Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul diantara kamu
















MENGENAL DIRI YANG KE 91

92
Salam

SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 90


Telah dimaklumkan bahawa  kalimah  الا  itu adalah makhluk kerana ia tidak mutlak dari segala aktiviti pergerakan yang menggunakan qudrat,Iradat, Ilmu ataupun Hayat segala makhluk ciptaan Tuhan melainkan dengan bantuan Allah sebab itu dinamakan  Tidak Mutlak, ini bererti segala yang ujud yang merupakan makhluk ciptaan Tuhan adalah mengharapkan kepada bantuan Tuhan  الله  jadi kalimah  الله  yang terdapat pada kalimah  tauhid  لا اله الا الله  itu adalah matlamat pada pengertian mutlak

Kalimah  الله  itu adalah kalimah kesempurnaan ammar Tuhan yang mentadbir segala yang wujud dari ciptaanNya kerana disanalah berkumpulnya maksud keilmua tentang ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya dan pada kalimah  الله  inilah lahirnya keilmuan asa-asa Rububiyah dan juga Uluhiyah dan disinilah juga lahirnya maksud firman  "Allah beserta kamu dimana saja kamu berada"

Jadi  kesimpulan kalimah  لا اله الا الله  itu ialah :

Pada kalimah  لا  itu menunjukkan ilmu yang menceritakan Wujudnya Tuhan yang bersifat sempurna yang tidak menyamai dengan makhluk ciptaanNya sekalipun Allah mengujudkan alam yang lain sebagai bukti tanda-tanda wujudNya bagi memudahkan  makhlukNya untuk mengenali akan diriNya dan beriman kepadaNya

Adapun kalimah  اله  itu menunjukkan ujudnya aktiviti penyembahan sekalian makhluk ciptaanNya dengan membekalkan segala keperluan dan kefahaman iaitu dengan mengutuskan beberapa kitab melalui malaikatnya kepada makhluk pilihanNya seperti nabi dan juga  RasulNya, ini bererti semua perkara yang berkait dengan pengibadatan dan keilmuan terkumpul pada pengertian  اله  tersebut

Adapun kalimah  الا  itu menunjukkan ujud makhluk ciptaanNya yang tidak mempunyai daya dan upaya kerana itulah kalimah  الا  itu bermaksud melainkan dengan erti ia tidak mutlak melainkan dikaitkan dengan sesuatu kuasa iatu kekuasaan Allah, kalimah  الا  ini jugalah yang memperlihatkan ujud ciptaan Tuhan dari berbagai jenis makhlukNya  رب العلمين  (Tuhan yang mencipta sekalian alam) baik alam yang ghaib ataupun alam yang nyata, sama ada yang halus ataupun yang kasar, sama ada yang dapat dilihat ataupun yang tidak dapat dilihat dengan mata, ini bererti pada kalimah  الا  inilah berkumpulnya keilmuan segala-gala jenis makhluk

Adapun kalimah  الله  itu menunjukkan ujud kekuasaan Allah yang mutlak yang mentadbir, mengurus dan menentukan segala takdir qadha dan kadarNya dan disinilah manusia perlu mengingati bahawa segala keilmuan dari ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya berkumpul pada kalimah  الله  ini. Demikian secara rengkasnya mengikut keilmuan sifat dua puluh jadi tidaklah hairang mengapa kalimah tauhid ini disebut sebagai gudang segala sesuatu ilmu yang meliputi seluruh planet bumi dan langit, ini bererti juga bahawa segala keilmuan untuk tamadun manusia mereka perlu mengkaji kalimah لا اله الا الله

Bersambung .....

MENGENAL DIRI YANG KE 90

52
Salam

SAMBUNGAN DARIPADA PELAJARAN YANG KE 89

Secara rengkasnya kita telah terangkan ilmu yang dapat kita perolehi daripada kalimah   لا اله الا  dan sekarang kita akan bawakan pula ilmu yang berkait dengan kalimah  الله  didalam kalimah  لا اله الا الله  iaitu ilmu mengisbatkan  الله  (mengakui Allah) yang terletaknya banyak rahsia ilmu yang berasal daripadanya kerana  ilmu daripada kalimah  الله  inilah lahirnya ilmu yang menyatakan ujud ZatNya, SifatNya,AsmakNya dan juga Af'alNya

Pada perengkat awal dulu saya telah nyatakan bahawa ilmu kalimah  لا اله الا الله  ini adalah berasaskan  sifat  dua puluh, ertinya sesiapa yang tidak faham tentang ilmu sifat dua puluh maka adalah sukar baginya untuk mengulas N3 saya ini kerana itu ramai yang membuat ulasan mengikut cara mereka sendiri yang kadangkala hujah mereka terkeluar dari fakta ilmu yang disampaikan, pun begitu sekiranya mereka mengulas ilmu ini berasakan tafsir Al Quran maka mereka akan berjumpa juga dengan ilmu ini akan tetapi kebanyakan mereka hanya mengambil dari sudut terjemahan Al Quran sahaja kerana itu mereka akan bertemu dengan jalan yang berliku-liku

Ilmu daripada kalimah    لا اله الا الله   ini meliputi ilmu Rububiyah dan Uluhiyah yang pengertiannya terkumpul kepada  kalimah  رب العلمين  (Tuhan yang menjadikan seluruh 'alam) Kerana itulah dikatakan bahawa  sekiranya tujuh petala langit dan bumi diletakkan disatu timbangan sedangkan kalimah  لا اله الا الله  itu di letakkan disatu timbangan yang lain maka kalimah  لا اله الا الله  itu lebih berat dari tujuh petala langit dan bumi, demikianlah luasnya keilmuan  لا اله الا الله  tersebut, ertinya ilmunya meliputi seluruh alam baik alam yang ghaib maupun alam yang nyata

Kalimah الا  pada kalimah  لا اله الا الله  itu adalah kalimah asbat (Terima) sementara kalimah  الله  pada kalimah لا اله الا الله  adalah kalimah mengasbat (Menerima atau mengakui) Iaitu mengakui ujud Diri Tuhan yang bernama Nafsiyah, Ujud Kebesaran Tuhan yang dinamakan Salbiyah (Sifat yang menarik atau sifat keagungan yang hak bagi dirinya sahaja) Sifat Ma'anawiyah iaitu sifat Kebesaran Tuhan (Asmaul Husna) Sifat Ma'ani iaitu sifat Yang berdiri pada Zat Allah Ta'ala (Sifat yang berkehendakan kepada Tuhan) ertinya sifat makhluk, ini bermakna apabila kita sebut perkataan  الله  maka sebenarnya ia merangkumi ZatNya SifatNya, AsmakNya dan juga Af'alNya jadi yang inilah yang wajib kita faham dan terima ilmuNya

Nafsiyah adalah bertaraf Zat, Salbiyah bertaraf Zat, Ma'anawiyah bertaraf Zat sementara Ma'ani sahaja yang bertaraf sifat kerana ia adalah makhluk ertinya dengan ilmu ini maka ujudlah diantara keilmuan Tuhan dan juga hambaNya yang dijadikan oleh Allah  رب العلمين  (Tuhan yang mencipta alam atau makhluk) Kerana itu maka berkumpullah rahsia ujudnya ilmu diri Tuhan keagungan dan kebesaranNya serta makhlukNya yang kita boleh dapati hanya didalam kalimah  لا اله الا الله  jadi jika kita perhatikan bahawa keilmuan makhluk hanya ada pada kalimah  الا  sahaja, sebab itulah kalimah  الا (Melainkan)  itu adalah tidak mutlak kerana ia adalah alam ataupun makhluk yang hanya mengharapkan kepada Tuhan yang Esa dalam semua aktiviti kehidupan semua alam (makhluk)

sambung ...









 

MENGENAL DIRI YANG KE 89

75
Salam

SAMBUNGAN  DARI PELAJARAN YANG KE 88 BERKAIT DENGAN  LA ILLAHA

Setelah makhluk yang awal dicipta oleh Allah maka ia ditetapkan oleh Allah setiap makhluk dibawah peraturan dalam keadaan tiada daya dan upaya iaitu  لا حول ولا   (Tiada daya dan upaya)   demikianlah fitrah semua makhluk yang dicipta oleh Allah termasuklah bangsa Jin dan Malaikat yang tidak dapat di lihat. Apabila makhluk awal tersebut telah dicipta maka Allah menempatkannya disuatu alam yang dinamakan alam Roh, kemudia Allah jadikan pula empat anasir anasir alam yang nyata daripada NurNya iaitu tanah nurani, angin nurani, air nurani dan api nurul adhom, dari empat anasir inilah ujudnya penciptaan alam yang nyata

Adapun bentuk anasir alam yang nyata tersebut bukanlah seperti yang kita fikirkan, ia mungkin berupa zat-zat yang halus, atom, molikul-molikul atau elektron, atau ion atau neutron dan sebagainya, dalam istilah agama disebut sebagai jirim, jisim, jauharul fardhi dan jauharul basit, maka daripada sinilah Allah membentuk alam yang nyata dengan cara perperinkat-peringkat seperti yang disebut oleh Allah dalam surah Al Fussilat ayat 9 hingga 12. Maka dengan ujudnya makhluk maka makhluk adalah dibawah peraturan keilmuan  الا  iaitu satu peraturan tidak mutlak melainkan dikuasai dan ditadbir oleh Allah, kerana itulah dikatakan bahawa kalimah  الا  itu adalah berdarjat sifat Qahar sebagaimana firman Allah dalam surah Al An'am ayat 61

وهو القا هر فوق عباده ويرسل عليكم حفظة

Maksudnya:  Dan Dialah yang berkuasa terhadap sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (dari kalangan malaikat) 

Ayat yang diatas jelas menyatakan bahawa Allahlah yang berkuasa terhadap sekalian hambaNya, ini bererti segala makhluk ciptaan Tuhan adalah didalam kekuasaan Allah dengan maksud Dia mentadbir, mengatur, memerintah, mencipta dan sebagainya. Adapun sifat Qahar yang terdapat didalam keilmuan sifat 20 letaknya adalah pada kalimah  الا  dan ia mengandungi empat sifat ma'ani iaitu sifat Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat sementara maksud Ma'ani pula ia berkehendakan kepada Zat (Tuhan) dalam istilah bahasa lama disebut sebagai berdiri sifat kepada Zat ertinya setiap yang berkehendakan kepada Zat itu adalah makhluk

Dengan hujah diatas dapatlah kita fahami bahawa kalimah  الا   pada kalimah  لا اله الا الله  itu adalah maqam makhluk kerana ia tidak mutlak, dalam bahasa biasanya ia bermaksud MELAINKAN  dengan erti jika diambil daripada ilmu tafsir bahawa mutlak itu bermaksud  Muunujukkan sesuatu hal yang tidak tertentu tanpa dikaitkan dengan sesuatu, 

Apa yang menjadi persoalan kepada kita ialah jika sifat Qahar Allah itu mengandungi empat sifat ma'ani yang bertaraf  makhluk maka jenis apakah makhluk tersebut ? Sebagai contoh jika sifat Qudrat ia terdiri daripada makhluk apa ? Iradat terdiri daripada makhluk apa ? Ilmu terdiri daripada makhluk apa  dan Hayat terdiri daripada makhluk jenis apa, Adakah makhluk ini merupakan keperluan penting bagi kehidupan semua makhluk termasuk manusia ? Maka bergurulah dengan orang yang arif tentangnya, apa yang kita maklum segala sumber kehidupan wajib ada empat perkara sifat tersebut











MENGENAL DIRI YANG KE 88

9
Salam

SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 87 PADA MENYATAKAN ILMU  LA ILLAHA

Didalam ilmu  لا اله  (Nafi dan Nenafi) sehingga ini suasana mungkin keadaannya seperti disuatu zaman makhluk belum lagi wujud, dan disebut zaman ini sebagai zaman La Ta'ayun (Suatu zaman yang tiada kenyataan) Iaitu tidak ada khabar berita dan cerita tentang makhluk yang dijadikan oleh Allah kerana makhluk  yang mula-mula ujud belum lagi dicipta oleh Tuhan, zaman ini juga disebut oleh Allah didalam surah Al Insan ayat 1 FirmanNya:

هل أتى على الأنسان حين من الدهر لم يكن شيأ مذكورا

Maksudnya:  Bukankah telah berlalu kepada manusia  disatu ketika dari masa (Yang beredar) sedang ia (masih belum ujud lagi) dan tidak menjadi suatu benda yang dapat disebut-sebut (mengapa orang mushrikin itu engkar)

Ayat yang diatas Allah s.w.t menerangkan telah ujud disatu zaman masa dahulu yang mana manusia belum lagi dicipta oleh Allah sama ada manusia batin ataupun manusia zahir, zaman tersebut tidak ada cerita dan berita sebab makhluk belum lagi dicipta, zaman itu diceritakan oleh Allah dalam surah ini supaya manusia tahu bahawa mereka sebelumnya belum ujud dan makhluk yang lainpun demikian juga sebab itu dikatakan suatu zaman yang tidak dapat disebut-sebut (La Ta'ayun) Yang ujud hanyalah Zat dan sifat KeagunganNya sahaja

Kemudian kita pergi kepada tahap kedua pada zaman La Ta'ayun ini iaitu zaman ujudnya sifat Jamal Allah yang mana untuk permulaan zaman  كنت كنزا مخفيا  (Yang terpendam dan tertutup) Iaitu 'Ayan Sabitah (sesuatu yang berada didalam ilmu Allah yang tidak diketahui oleh makhluk) Yang berdasarkan kepada ujudnya kalimah  اله  (Tauhid Uluhiyah) Yang ada didalam cita-cita Allah supaya semua makhluk mengabdikan diri kepadaNya serta mengenaliNya

Kemudian kita pergi kepada seterusnya cita-cita Allah ini iaitu  فأ حببت أن أعرف  (Aku ingin ditemukan dan dikenali) Seterusnya   فخلقت الخلق لكى أعرف   (Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu) Dengan cita-cita supaya makhluk yang dijadikanNya mengabdikan diri kepadaNya, sebagaimana FirmanNya didalam surah Az Zariat ayat 56

وما خلقت الجن والأنس الا ليعبدون
Maksudnya:   Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan mengabdikan diri (mereka) kepadaKu

Semua ini didalam 'ayan sabitah sebelum Allah menjadikan makhlukNya yang pertama iaitu didalam ilmu Allah dan cita-citaNya, kemudian barulah perlaksaan penciptaaNya dilaksanakan dan makhluk yang awal dijadikan oleh Allah  para ulama bercanggah pandangan ada yang mengatakan Nur Muhammad, ada juga yang mengatakan Roh,Akal dan juga qalam, jadi didalam N3 ini saya rangkumkan pandangan ulama tersebut begini:

اول ما خلق الله روحى، وأول ما خلق الله نورى، وأول ما خلق الله القلم، وأول ما خلق الله العقل، فالمراد منها شئ واحد وهو الحقيقة المحمدية

Maksudnya:  Yang pertama yang diciptakan oleh Allah ialah RohKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah NurKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah QalamKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah Akal,Roh,Cahaya, Kalam dan Akal pada dasarnya adalah satu iaitu Hakikatul Muhammadiyah

Siapakah Hakikatul Muhammadiyah itu ?

Hakikatul Muhammadiyah itu ialah Nur Muhammad, Insan juga disebut orang, Nyawa juga disebut orang, Ruhul Hayat juga disebut orang, Diri Sebenar-benar diri juga disebut orang, setelah makhluk yang awal dijadikan Tuhan  lalu Allah lengkap awal makhluk ini dengan Roh, Akal dan juga nafsu yang kemudiannya dikenali sebagai Rohani yang mengikut fitrahnya akan mendiami jasad manusia untuk tempatnya beribadat  iaitu dengan mencipta Adam manusia (jasmani) yang awal secara menual bukan secara KUN kerana sejarah penciptaan Adam adalah mengikut peringkat demi peringkat

Bersambung .....

MENGENAL DIRI YANG KE 87

11
Salam

SAMBUNG DARI MENGENAL DIRI YANG KE 86 (Masih dalam membicarakan ilmu Nafi dan Menafi)

Didalam ilmu ini selain dari yang telah diterangkan diatas maka sifat-sifat yang terdapat didalamnya termasuk juga dengan istilah Ujud (Nafsiyah) Tuhan pada kalimah  لا  dan istilah  Qidam, Baqo, Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis, Qiyamuhu binafsih (Salbiyah) Dan sifat yang lain  yang  didalam ilmu  اله  ialah sifat Sama'a, Bashar dan Kalam (Ma'ani) dan sifat Samiun, Bashirun dan Mutakallimun (Ma'anawiyah) Jadi semuanya mengandungi 11 Sifat Kaya Allah (Istaghna)

Adalah diingatkan bahawa kesemua 11 sifat tersebut disebut sebagai sifat kerana ulama ilmu Tauhid tidak  benarkan membicarakan soal Zat takut nanti manusia tidak akan kesampaian kepada memahamkan ilmu Zat tersebut sebab itu kita masih menyebut ilmu ini sebagai sifat, walau apapun jika kita teliti 11 sifat diatas maka kedudukannya adalah menjadi begini:

Nafsiyah itu adalah diri Tuhan yang bertaraf Zat (Laisa kamislihi syai un)
Salbiyah itu adalah sifat keagungan Tuhan (taraf zat) yang mutlak bagi dirinya sahaja (Asmaul Adhom)
Ma'ani itu adalah makhluk sebab dia berdiri kepada Zat (Tuhan)  atau sifat berkehendakkan kepada Tuhan
Ma'anawiyah itu adalah sifat kebesaran Tuhan yang tarafnya zat yang ujudnya disebabkan (Asmaul Husna)

Timbul persoalan tentang wujud  sifat Ma'ani diatas, mengapa ujud sifat Ma'ani didalam kumpulan Nafsiyah, Salbiyah dan Ma'anawiyah yang semuanya bertaraf Zat ! Disinilah kita perlu faham bahawa sifat Ma'ani diatas mempunyai rahsia yang sangat besar kerana ujud perhubungan diantara sifat makhluk dan juga sifat Tuhan yang menyebabkan ujudnya istilah  Uluhiyah pada kalimah  اله  iaitu tauhid Uluhiyah yang mana perhubungan ini berdasarkan perhubungan asas yang awal iaitu sifat Sama'a, Bashar dan Kalam yang kemudiannya lazim melazimi dengan sifat Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun (Ma'anawiyah)

Sifat perhubungan awal diantara Tuhan dan makhlukNya disandarkan kepada fitrah bahawa Tuhan itu adalah PERBENDAHARAAN YANG TERSEMBUNYI iaitu segala fitrah ilmu adalah berasaskan kepada sifat Mendengar, Melihat dan Berkata-katanya Allah yang kemudian dimuatkan didalam Kalamullah iaitu Al Quran iaitu Tuhan sangat memahami kerenah manusia dan hambaNya yang lain melalui rintihan sekalian makhlikNya sebelum sekalian makhlukNya dijadikan ini bererti segala-galanya adalah didalam ilmu Allah bagi sekalian urusan sebagaimana firmanNya: (Surah Ar Rahman ayat 29)

يسئله من فى السموات والأ رض كل يوم هو فى شأ ن 

Maksudnya:   Sekalian makhluk yang berada di langit dan bumi sentiasa berhajat dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam urusanNya (Mencipta dan mentadbir makhlukNya)

Ayat diatas memungkinkan bahawa Allah mencipta dan mentadbir makhlukNya dengan amar KUN dengan ujudnya dua sifat iaitu sifat Jalal dan juga sifat Jamal yakni apabila bertemu diantara sifat Jalal dan sifat Jamal maka disanalah di isyaratkan Kun dan Fayakun, ini bererti dengan sifat Nafi dan menafi itulah ujud Tuhan yang menjadikan sesuatu (Tauhid Rububiyah)

Sambung ....










MENGENAL DIRI YANG KE 86

16
Salam

SAMBUNGAN DARI MENGENAL DIRI YANG KE 85 BERHUBUNG DENGAN KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH  BERKONSEFKAN  SIFAT 20

Memahami ilmu   لا اله الا الله   mengikut kaedah sifat 20, pelajaran yang lepas kita telah sentuh ilmu Nafi dan Asbat yang berasal dari kalimah   لا اله الا الله   dinyatakan juga tentang orang yang boleh menjadi kafir nafi dan kafir Asbat kerana kedangkalan mengenal ilmu   لا اله الا الله   dan sikap terburu-buru manusia kerana telah dikuasai oleh syaitan yang menguasai diri mereka

Kita mulai dengan memahami ilmu   لا اله   iaitu ilmu   لا   Nafi dan   اله   ilmu menafi, kedua-dua huruf ini dicantumkan supaya mudah dihuraikan dengan menamakannya  hanya dengan istilah menafi dengan maksud TIADA TUHAN YANG DISEMBAH, andainya itulah pengertian yang diberikan mengikut maksud bahasa arab maka tidaklah ujud istilah kafir nafi, namun apabila ujud sahaja kafir nafi tentulah ia bersebab bahawa nafi itu mempunyai ilmu kewujudan Yang Maha Pencipta pada kalimah tersebut, kerana itu dikatakan:

لا   itu adalah sifat Jalal (Sifat Kebesaran) yang mengandungi lima sifat iaitu sifat Wujud, Qidam, Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis dan Qiyanuhu binafsih sementara kalimah   اله   itu adalah sifat Jamal (Sifat Keindahan) yang mengandungi enam sifat iaitu sifat Sama'a, Bashar, Kalam, Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun, jadi kedua-dua kalimah ini mengandungi 11 sifat, sifat ini juga dinamakan sifat kaya Allah s.w.t jadi jelaslah sekarang walaupun kita sekarang membicarakan bab Nafi akan tetapi Nafi yang ada, bukan Nafi yang bermaksud tidak ada Tuhan, sebab itu kita kena faham ilmu bagaimana hendak menafikan Tuhan yang wujud didalam ilmu   لا اله   (Tiada Tuhan Yang Disembah)

Contoh bagaimana ilmu menafi itu ialah:

Menafikan Tuhan tidak bersifat dengan 11 sifat diatas melainkan dia memiliki 11 sifat tersebut yang mana pada 11 sifat itu diri Tuhan yang WUJUD telah ujud juga disitu, ini menunjkkan bahawa pada kalimah Nafi itu menunjukkan adanya Tuhan BUKAN tiadanya TUHAN kerana itu konsef menafi itu adalah MENAFIKAN TUHAN TIDAK BERSIFAT WUJUD MELAINKAN DIANYA WUJUD, demikian juga dengan sifatnya yang lain seperti Qidam, Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis .... dan seterusnya kepada 11 sifat kesemuanya

Sambung .....

MENGENAL DIRI YANG KE 85

6
Salam

Sambungan kalimah Syahadah    لا اله الا الله   daripada mengenal diri yang ke 84


Semua orang faham mengucapkan kalimah syahadah diatas namun tidak ramai yang memahami ilmunya, apabila tidak ramai yang memahami ilmunya maka akan lahirlah jenerasi manusia yang syirik dan buta dengan tamadun hidup yang dianjurkan oleh Allah s.w.t

Daripada kalimah  لا اله الا الله  maka lahirlah kalimah Nafi dan Asbat, daripada nafi dan asbat itu maka lahirlah dua jenis kafir iaitu kafir nafi dan juga kafir asbat SEKIRANYA  kita tidak faham ilmu kalimah  لا اله الا الله  itu, adapun kafir Nafi itu ialah :

Sesiapa yang menolak bahawa Allah itu tidak mempunyai sifat yang sempurna atau nama yang sempurna atau mentakwilkan apa-apa kekurangan bagi ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya, sementara kafir Asbat ialah :

Sesiapa yang mengakui ujudnya Tuhan disamping itu mereka juga mengakui bahawa Zat Yang Maha Agong itu memiliki isteri, anak dan bapa serta meletakkan sifat mustahil kepada diri Tuhan sebanding dengan sifat makhluk maka sesungguhnya mereka telah menjadi kafir yang nyata

Adapun kalimah nafi didalam kalimah  syahadah itu ialah kalimah  لا اله  dan kalimah Asbat pula ialah kalimah  الا الله . Secara jelasnya ialah kedua-dua kumpulan kalimah itu tidak boleh sama sekali di farakkan (dipisahkan) sesiapa yang memisahkannya mereka adalah jatuh kafir atau istilahnya ialah sesiapa yang memfarakkan diantara nafi dan Asbat maka jatuh menjadi kafir, mengapa jadi demikian ?

Nafi yang boleh menjadi kafir ialah kerana kalimah nafi dari jurus ilmu huruf pada setiap yang terdapat pada kalimah tersebut bukan dari maksud ma'ana huruf, kerana itu nafi atau menafikan perkara yang ujud adalah salah kerana itu dikatakan didalam nafi ada Asbat dan didalam Asbat ada Nafi . Adapun nafi didalam Asbat itu adalah pada kalimah  الا  kerana ianya tidak mutlak secara jelas tentang Qudtar,Iradat,Ilmu dan Hayatnya


Adapun Asbat didalam Nafi ialah pada kalimah huruf  اله  kerana huruf kalimah ini ada kalanya ia menunjukkan ujudnya Tuhan yang disembah seperti ayat pada surah Al Baqarah 163, An Nisa 171 dan S.Khafi ayat 110 dan ayat yang lainnya, ada kalanya ia menunjukkan Tuhan yang lain selain dari tuhan yang tidak disembah seperti maksud huruf  yang terdapat pada  لا اله  (Tiada tuhan yang disembah)


Kedua-dua jenis tauhid yang menuju kepada satu matlamat Tuhan Yang Maha Esa ini adalah dari segi perjenisan Tauhidnya sahaja iaitu Tauhid Rabb iaitu Tauhid Tuhan yang menjadikan  sesuatu daripada alam ini yang dipunyai oleh seluruh makhluk tanpa engkar sama ada makhluk yang ghaib ataupun makhluk yang nyata sementara Tauhid Uluhiyah yang berasal dari pengertian اله  ini hanya dimiliki oleh makhluk tertentu sahaja iaitu makhluk yang beribadat seperti manusia yang beriman dan Malaikat yang sentiasa patuh atas suruhanNya seperti semua jenis ibadat yang difardhukan (wajib) dan sunah yang dibolehkan

Sambung .....



MENGENAL DIRI YANG KE 84

13
Salam

MENGENAL ILMU LA ILAHA ILL ALLAH (1)

Didalam Al Quran ayat 35 dari surah As Soffat Alah berfirman: 


أنهم كا نو ا أذا قيل لهم لا اله الا الله يستكبرون

Maksudnya :   Sebenarnya dahulu apabila dikatakan kepada mereka (ketahuilah) Tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, (kemudian) Mereka bersikap takbur mengingkarinya

Ayat yang diatas menunjukkan unjud nas yang mengesahkan adanya terdapat kalimah syahadah, berbagai-bagai andaian manusia tentang ayat syahadah ini, ada yang berpandangan yang ada hanya ayat yang menyebut  لا اله الا هو  sahaja dan ada yang sebut  انا الله  sahaja, walau apapun semua itu ada didalam Al Quran, apa yang penting ialah jangan kita jadi orang jahiliyah yang ketandusan ilmu yang suka membuat olah kerana ketaksuban kita atau kelemahan kita

Orang jahiliyah tidak menerima kalimah  لا اله الا الله  kerana mereka merasakan bahawa kalimah Tauhid yang dibawa oleh Baginda Rasullullah s.a.w itu berlainan bunyinya dengan loghat bahasa arab iaitu bahasa Quran selain mereka mempunyai Tuhan yang datuk nenek mereka sembah lalu mereka menuduh Baginda Rasullullah s.a.w sebagai seorang penyair yang gila, mereka hina rasul walaupun rasul yang perkenalkan kalimahTuhan, mereka hina Rasul walaupun Rasul perkenalkan Al Quran

Saya menganggap  ILMU MENGENAL LA ILAHA ILLALLAH  ini adalah sebagai mukaddimah kepada pengertian huruf dan kalimah tauhid  yang wajib difahami oleh semua lapisan dan golongan umat islam kerana kalimah ini adalah kalimah yang melahirkan asa-asas ilmu yang sangat meluas yang meliputi langit dan bumi sama ada ilmu asas kepada yang nyata mahupun yang ghaib, tentunya saya akan menghadapi berbagai-bagai rintangan dan halangan dalan kontek istilah namun apa yang penting ialah ia akan melahirkan suatu kefahaman ilmu dan penilaiannya

Saya mungkin akan menggunakan kaedah sifat 20 dalam menganalisa kalimah Tauhid ini kerana saya tidak nampak cara yang lain untuk memburaikan maksud kalimah tersebut yang membawa kepada ketamadunan kehidupan manusia dan istilahnya, tidak ada umat islam yang berani mencari rahsia ilmu kalimah Tauhid itu melainkan hanya menyalahkannya sahaja seperti kaum Jahiliyah di Makkah dan Madinah dan disekitarnya yang tidak mahu menerima kalimah tersebut setelah diterangkan oleh Baginda Rasullullah s.a.w

Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dua ayat yang sama ma'ana akan tetapi berlainan maksudnya, ATAU  Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tiada tuhan melainkan Allah, mengapa boleh jadi begini ? Persoalannya mudah, kerana boleh jadi Tuhan itu bukan tuhan dan boleh jadi tuhan itu sebenarnya adalah Tuhan oleh sebab itu adalah penting kita mengenal huruf, ayat dan pengertiannya


Bersambung .....








MENGENAL DIRI YANG KE 83

76
Salam

SETINGGI-TINGGI ILMU IALAH KALIMAH LA ILLAHA ILLALLAH. SETINGGI-TINGGI KALIMAH IALAH KALIMAH ALLAH

Manusia dicipta oleh Allah untuk menjadi khalifah di Planet bumi kerana bumi perlu ditadbir dengan sempurna atas arahan Allah s.w.t, sebelum Allah mengamanahkan manusia menjaga bumi maka Allah mencuba kalimah amanahNya kepada makhluk Jin lantas mereka membuat kerosakan 

Manusia kemudiannya di amanahkan Allah untuk pengganti makhluk yang telah membuat kerosakan, sebelum Allah menurunkan zuriat manusia ke Planet bumi mereka diambil kesaksian (aku janji) oleh Allah dengan ikrar La Illaha Illallah sebagai panduan bagi mereka untuk mentadbir bumi

Selepas aku janji itu diambil dan diikrarkan maka barulah Allah mencipta lembaga manusia awal iaitu Adam, kemudian barulah roh yang diambil kesaksian oleh Allah di tiupkan kedalam jasad lembaga manusia, ertinya lembaga manusia itulah sebagai rumah kepada Rohani itu untuk beribadat

Rohani yang mendiami jasad manusia ditetapkan oleh Allah menjadi saksi atas perbuatan Rohani itu kerana itulah Allah tetapkan bahawa tiada jasad maka Rohani tiada boleh beribadat kepada TuhanNya, manusia dilengkapkan oleh Allah dengan akal tempat ilmu itu di simpan dan akal pula dilengkapkan oleh Allah dengan lembaga akal iaitu

* Manik, iaitu cahaya yang fungsinya memahami sesuatu berita dengan cepat dan tepat
* Fikit, iaitu Fungsinya menilai sesuatu khabar berita sama ada benar ataupun palsu serta membuat keputusan
* Sukma, fungsinya melahirkan perasaan timbang rasa dan menanggung sikap kesedaran
* Budi, Fungsinya bertimbang rasa dan melahirkan keinsafan dan kemurnian
* Rasa, Fungsinya melahirkan sikap bertimbang rasa serta sikap membenarkan dan tegas

Ingatlah bahawa ilmu La Illaha Illallah itu wajib di fahami dan di pelajari oleh semua manusia, tanpa memahami ilmu tersebut boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir nafi dan kafir asbat



MENGENAL DIRI YANG KE 82

48
Salam

LAPISAN-LAPISAN UNTUK MENGENAL DIRI

Apabila seorang manusia ingin mengenali dirinya maka mereka perlu memikirkan beberapa ayat dari Al Quran sebagai pnduan, umpamanya jika kita mendengar ada orang yang telah mati maka kita akan berucap "Inna lillihi wa Inna Ilaihi raji'uuuuun !" (Daripada Allah kamu datang kepada Allah kamu di kembalikan !) Ayat ini menunjukkan kepada istilah rohani, bukannya jasmani, jadi yang datang daripada Allah dan kembali kepada Allah itu adalah diri kita yang sebenar

Apabila kita sebut Rohani maka sudah tentu ia meliputi Roh, Akal, Nafsu dan nyawa, makhluk ini tidak dapat kita lihat dengan mata yang kasar, ia hanya dapat di lihat dengan mata hati, sila rujuk Al An'am 60 dan Az Zummar ayat 42, ia ada kaitannya dengan istilah kekuasaan Allah tentang jiwa atau roh yang kita kenali sebagai pengembaraan manusia di alam mimpi, roh, akal dan nafsu  berada dalam satu kumpulan yang di namakan Ruhul yaqazah, ia dapat di lihat dengan mata hati yang di kenali sebagai qalbun dan qalbi

Yang kita tidak boleh lihat ialah nyawa atau istilahnya bersumber dari anasir  nafas, nufus, ampas dan tanafas yang tidak boleh nampak dan tidak merupa apa juapun, nyawa inilah yang di katakan sebagai sirullah, dia bukan tuhan tapi ia adalah makhluk dan dialah yang di kenali sebagai diri sebenar diri manusia, apabila ianya makhluk maka kita kenalah fikitkan  تفكروا فى خلق الله ولا تتفكروا فى الله فتهلكوا   (Fikirkanlah tentang makhluk Allah, dan jangan kamu fikirkan tentang Zat Allah, nanti kamu  akan binasa)  H.R Abu Na'iem

Nyawa inilah di kenali juga sebagai awal makhluk atau sebagai Hakikatul Muhammadiyah atau Nur Muhammad, istilahnya banyak akan tetapi yang masyur ialah Nur Muhammad, dialah sebagai   نفسه  (Nafsahu) tanda mengenal Allah  yang bernama   ربه  (Rabbahu)  iaitu   من عرف نفسه فقد عرف ربه  (Siapa yang mengenal dirinya dia mengenal Tuhannya)

Rohani tidak boleh bergerak dan berdaya upaya melainkan ia di perintah, di tadbir, di kuasai oleh Allah, ertinya kerana Allahlah rohani itu bergerak dan berfungsi jika tidak dia tidak bererti apa-apan kerana itu Allah berfirman   وما تشا ءون ألا أن يشا ءالله   (Dan tidaklah kamu berkehendak melainkan apa yang di kehendaki oleh Allah)    dan banyak ayat lagi yang menyatakan demikian ertinya manusia dalam keadaan  "La Haw la wala quwwata Illa billah"

Adapun konsef "Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku itu adalah konsef jabariyah, hal ini perlu di rujuk kepada ilmu Iftiqar dalam sifat 20 yang mana sifat qahar di kuasai oleh sifat kamal Allah s.w.t ayat tersebut ialah عرفت ربى بربى 


MENGENAL DIRI YANG KE 81 (4)

58
Salam

4,  DIRI TAJALLI

Hanya orang-orang khusus saja yang faham dengan istilah DIRI TAJALLI ini namun  tidak pula terkecuali untuk orang awam memahaminya asalkan mereka rajin berwirid dengan al quran, DIRI TAJALLI ini bermula di ceritakan oleh golongan yang menghampiri diri mereka kepada Allah s.w.t sama ada mereka ingin mengetahui dengan jelas lagi bagaimana perhubungan manusia dalam soal beribadah (Uluhiyah) Walau apapun DIRI TAJALLI ini bukan makhluk akan tetapi Rububiyah

Kesah bermula daripada peristiwa Nabi Allah Musa mahu melihat Zat Allah s.w.t sebagaimana firmanNya dalam surah Al A'araf ayat 143

Firman Allah s.w.t

ولما جاء موسى لميقتنا وكلمه ربه قال رب أرنى أنظر أليك 
قال لن ترنى ولكن انظر ألى الجبل فأن استقر مكانه فسوف 
ترنى فلما تجلى ربه للجبل جعله د كا و خرموسى صعقا فلما
أفاق قال سبحنك تبت أليك وأنا أول المؤمنين 

Maksudnya:  Dan tetekala nabi Musa  datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhanmu berkata dengannya, maka nabi Musa berkata "Wahai Tuhankuperlihatkanlah kepadaku (akan ZatMu) supaya aku dapat memandang kepadaMU,  Allah berfirman "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi lihatlah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada pada tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu, maka tetekala Tuhan mentajallikan dirinya, kepada gunung itu maka hancur leburlah gunung itu, lalu Musapun jatuh pengsan, setelah ia sedar semula berkatalah Musa Maha suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal beriman kepadaMu

Demikianlah sejarah Tajalli yang di kaitkan dengan ilmu DIRI TAJALLI.  Istilah DIRI TAJALLI ini ada yang mengertikan sebagai menunjukkan Diri Zat, ada juga yang mentafsirkan sebagai menzahirkan, dan  ada juga sebagai menampakkan diri Zat itu, dalam tafsiran pimpinan Ar Rahman menyebut sebagai menzahirkan sifat kebesaran ZatNya, walau apapun soal pokoknya ialah Zat yang Maha Agong itu telah mentajallikan dirinya di bukit Thur Sina lalu bukit itu menjadi hancur berderai

DIRI TAJALLI SATU ANALISA

berdasarkan ayat Tajalli di atas sudah jelas bahawa DIRI TAJALLI itu bukan makhluk akan tetapi Tuhan dengan sifat keagunganNya yang memiliki sifat yang berlainan dengan sifat kebesaranNya, saya lebih menumpukan analisa ini berdasarkan ilmu sifat 20 yang membezakan sifat keagungan dan sifat kebesaranNya kerana sifat keagunganNya itu adalah sifat yang menetapkan sifat keagungan DiriNya secara mutlak sementara sifat kebesaranNya adalah sifat yang di timpakan kepada sekalian makhlukNya  sebab itulah sifat ma'anawiyah dan Salbiyah berbeza, hal ini perlu di rujuk kepada guru yang lebih arif

Soal mengapa DIRI TAJALLI ini menjadi rujukan diri yang di kaitkan dengan  diri manusia ialah kerana ujud sifat salbiyah (Wahdaniyah) pada sifat Kamal Allah s.w.t hal ini adalah jelas, inilah yang terdapat pada sifat Iftiqar kerana itu di katakan bahawa  semua perbuatan,kehendak, dan kuasa penggerak adalah datang daripada Allah s.w.t sila rujuk pada ayat at takwir 29, ayat ash shaffat 96, ayat Al An'am 61, ayat surah al Baro'ah 51, ayat surah al anfal 17 dan An Nisa 78 dan banyak ayat lagi, dan yang terbaiknya ialah berjumpalah dengan guru yang arif

Jika kita ambil daripada peristiwa Musa ini maka kita dapati ilmu ini merangkumi dua ilmu yang besar dan asas iaitu ilmu Rububiyah dan Uluhiyah yang mana ilmu Rububiyah inilah yang di katakan Tuhan menjadikan sesuatu daripada alam ini, sementara ilmu uluhiyah adalah ilmu yang membabitkan diri terdiri, diri terperi dan diri sebenar diri dan yang menghubungkan di antara dua ilmu yang asas ini ialah sifat Wahdaniyah dari kumpulan sifat Salbiyah. Tuhan tidak di katakan Tuhan jika Dia tidak bersifat Salbiyah

Melihatkan kepada peristiwa  nabi Musa maka jelaslah kuasa Uluhiyah di kuasai oleh sifat Wahdaniyah yang ada pada sifat Kamal yang menunjukkan bahawa segala sesuatu itu datangnya daripada Ke Esaan Allah belaka iaitu SETIAP SESUATU ITU DATANG DARIPADA ALLAH.   cuma adalah agak mustahil bagi nabi Musa mahu melihat wajah Zat Allah sebab kuasa Nur ala Nur itu tersangat kuat sehinggakan bukit Thur sinapun hancur berderai menjadi abu, itulah sebabnya  pandangan para ulama menyatakan bahawa NUR itu memiliki kuasa yang bukan layak bagi sekalian baharu mendampinginya dan sebab itulah juga Allah menjadikan alam yang nyata ini bersumber daripada tanah nurani, air nurani, angin nurani dan api nurul adhom sebagai pelindung kuasa ketahanan, semua ini perlu di gurui











MENGENAL DIRI YANG KE 81 (3)

25
Salam

3. DIRI SEBENAR DIRI

Diri ini di kenali sebagai Insan atau Ruhul Hayat, sebenarnya  diri sebenar diri ini istilahnya sangat banyak ia terpulang kepada individu bagaimana pengetahuan ini di pelajari oleh peminatnya, walau bagaimanapun istilah yang paling mirip mengikut al quran perlu di utamakan kerana tiada keraguan orang ramai untuk menerima ilmu ini, bagi pengarang saya lebih mirip kepada 3 istilah diri sebenar diri iaitu Insan, Ruhul Hayat dan juga Nur Muhammad, sekalipun ianya saya  utarakan 3 nama akan tetapi ia tetaplah satu

Insan ini di sebut oleh Allah di dalam al quran sebagai   لقد خلقنا الأنسن فى احسن تقويم   (Sesungguhnya Kami telah jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian) At-Tin 4, mungkin Insan yang di fahami oleh orang awam berbeza dengan orang khusus, orang awam memahami Insan itu sebagai manusia pada maksud keseluruhannya  akan tetapi mengikut fahaman orang khusus Insan itu adalah Diri batin yang mengawal seluruh istilah diri

Diri ini di kira sangat seni dan tidak menanggung dosa kerana diri ini tidak di sertai sesuatu yang mencemarkan martabatnya dari sempurna dan diri inilah yang di maksudkan  من عرف نفسه فقد عرف ربه   (Barang siapa yang mengenal dirinya maka ia mengenal Tuhannya) diri ini juga yang bertaraf Sirullah atau rahsia Allah kerana kesempurnaannya di kaitkan untuk tangga mengenal Allah yang menjadikan seluruh alam dan keadaannya tidak menyerupa apa jugapun

Mungkin ada di antara kita yang keliru tentang Insan yang tidak menyerupai apa jugapun seolah-olah sama dengan keadan Tuhan iaitu LAISA KAMISLI SYAI UN  namun di sini kita perlu terangkan supaya orang yang membaca kitab ini tidak tersesat dengan mengemukakan hujah al quran yang di petik dari surah An Nahl ayat 17  افمن يخلق كمن لايخلق أفلا تذكرون   ( Kalau sudah begitu adakah Allah yang menciptakan (Zat yang menjadikan) semua itu sama seperti makhluk  (zat yang tidak menjadikan)  yang tidak menciptak sesuatu? Maka patutkah kamu lalai kerana tidak mahu memikirkannya ? )

Ayat An Nahl 17 di atas menerangkan bahawa di antara Zat Allah dan  Zat manusia adalah tidak sama kerana Zat Allah ada sifat keagunganNya (sifat Salbiyah) yang tidak ada permulaan dan akhirnya sementara zat Manusia ada awal kejadiannya, ini bererti ianya makhluk yang bertaraf zat yang di jadikan oleh Allah dan manusia perlu melihat ke dalam diri mereka sendiri, kerana itu Allah suruh manusia berfikir "Dan di dalam diri kamu itu tidakkah kamu perhatikan ?

Sesungguhnya Insan ini anasirnya daripada nafas, nufus, ampas dan juga tanafas dan ialah yang menjadi rahsia kepada mengenal ujudnya  Zat Allah sebab itu di katakan Al Insani sirri wa ana sirrohu dan diri inilah yang di sebut oleh Allah di dalam Al quransebagai   وهو معكم أينما كنتم   (Dan Dia beserta kamu di mana saja kamu berada) Al-Hadid 4 dan  banyak lagi ayat yang menyatakan bahawa Dia adalah beserta manusia dan juga hampir di antaranya ayat Al Baqarah 186, Surah Qaaf 16

MENGAPA DIA DI SEBUT SEBAGAI DIRI SEBENAR DIRI ?

Diri ini di sebut oleh jumhur Ulama semasa mereka berada di alam Roh adalah sebagai diri yang menjadi wakil kepada sekalian Roh-roh (roh,nafsu dan akal) bagi menjawab pertanyaan Allah sebagaimana yang terdapat di dalam al quran pada surah Al A'araf ayat 172

ألست بربكم قالوا بلى شهدنا أن تقولوا يوم القيمة أنا كنا عن هذا غفلين
Maksudnya:   Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Mereka semua menjawab "Benar Engkau adalah Tuhan kami dan kami menjadi sksi" yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak, sesungguhnya Kami adalah lalai (tentang hakikat Tauhid ini)

Ayat di atas menunjukkan janji diri sebenar diri  itu kepada Tuhan yang mereka mahu berTuhankan kepda penciptanya iaitu Allah dengan berkata kami menyaksikan, ertinya menaik saksi bahawa tiada tuhan yang wajib di sembah melainkan Allah iaitu La Illaha Illallah ( لا اله الا الله ) yang mana kalimah tersebut sebagai pengakuan diri sebenar diri itu mahu menjadi hamba yang soleh kerana mahu mengamalkan semua cara hidup berasaskan Lillhi Ta'ala ( لا اله الا الله )

Mengikut pandangan yang lain ada juga yang mengatakan bahawa yang mewakili sekalian roh tersebut adalah Nur Muhammad dan ada juga yang mengatakan Hakikatul Muhammadiayah, semuanya itu adalah sama iaitu dialah sebagai diri sebenar diri atau Insan atau Ruhul Hayat







MENGENAL DIRI YANG KE 81 (2)

94
2.  DIRI TERPERI

Istilah diri TERPERI adalah melibatkan ilmu yang berkaitan dengan perkara Kerohanian,  asal ilmu ini di petik dari istilah Rohani yang mengandungi anasir roh,akal,nafsu dan juga nyawa, apabila Rohani itu di bahagikan kepada dua  maka ujudlah istilah Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat, Ruhul Yaqazah mengandungi anasir roh,akal dan juga nafsu sementara ruhul hayat mengandungi anasir nyawa sahaja

Ruhul Yaqazah inilah yang di kenali sebagai diri TERPERI, diri ini di sebut TERPERI adalah kerana ia memiliki keupayaan yang tidak ada tolak bandingnya, ertinya tidak terperi keupayaannya,kehendak dan juga ilmunya, asal usulnya daripada sifat ma'ani iaitu sifat qudrat,Iradat dan juga Ilmu, dari qudrat ujud roh, dari Iradat ujud nafsu dan dari ilmu ujud Akal, semua ini perlu di pelajari dari ilmu sifat 20 tanpanya adalah sukar untuk di fahami

Di dalam al quran cerita Ruhul Yaqazah atau diri TERPERI ini kita boleh memahaminya melalui surah Al An'am ayat 60 FirmanNya:

وهو الذى يتوفىكم باليل ويعلم ما جرحتم بالنهار ثم يبعشكم فيه ليقض أجل مسمى 
شم أليه مرجعكم شم ينبئكم بما كنتم تعملون

Maksudnya:  Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) untuk di sempurnakan ajal yang telah di tetapkan, kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu lakukan

Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kamu itu adalah kamu diri TERPERI iaitu apabila kita di tidurkan oleh Allah maka roh, akal dan nafsu keluar dari jasad, yang tinggal hanyalah jasad dan juga nyawa, andainya nyawapun keluar maka ia di namakan mati

Allah berfirman lagi dalam surah Az Zumar ayat 42

الله يتوفى الأنفس حين موتها والتى لم تمت فى منا مها فيمسك التى قضى عليها الموت
وير سل الأخرى ألى أجل مسمى أن فى ذلك لأيىت لقوم يتفكرون
Maksudnya:
Allahlah yang menguasai segala-galanya, Dia mengambil dan memisahkan satu-satunya jiwa dari badan, jiwa yang orang sampai ajalnya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya, kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan kembali jiwa yang lain kebadannya, sehingga sampai ajal yang di tentukan sesungguhnya yang demikian itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir
                                                                                                                                    

Ayat yang di atas menerangkan semua perkara diri di tahan oleh Allah atas fitrah kehendakNya sama ada Dia tahan atau Dia lepaskan jiwa-jiwa atau di hukum mati dalam tidur atau menahan jiwa yang terhukum mati dan melepaskan kembali jiwa ke badan sehingga sampai ajal, ertinya semasa orang tidur Allah tahan Ruhul Yaqazah, sementara Ruhul Hayat tetap  dengan jasad, apabila Ruhul Yaqazah di lepaskan kembali ke badan maka terjagalah manusia itu, ini juga bermaksud bahawa Ruhul Yaqazah (diri TERPERI)  itu bermaksud Roh yang menjagakan manusia, ertinya apabila roh,akal dan juga nafsu keluar maka manusia tidur dan apabila di lepaskan balik pada jasad maka manusia terjaga

Untuk memahamkan lagi konsep diri TERPERI ini maka di sini di terangkan dengan tafsiran ijtihad ulama mengatakan bahawa

بان فى كل جسد روحين احدا هما روح اليقظة التى اجرى الله العادة بانها اذا كانت فى الجسد كان الأنسان مستيقظا
فأذا خرجت منه نام ورأت تلك الروح المنا مات، والأخرى روح الحياة التى اجرى الله العادة بانهااذا كانت فى الجسد
كان حيا فأذا فارقته مات وهاتان الروحان فى باطن الأنسان لايعرف مقرهما الا من اطلعه الله على ذلك


Bi anna fi kulli jasadi ruhaini ihuda huma ruhul yaqazatillati ajrallahul 'adata bi an naha iza kanat fil jasadi kanal insanu mustaiqizon  fa iza kho rajat minhu nama wa roo at til kal ruhul mana mati, wal ukhro ruhul haayatallati aj rollahul 'adaata bi annaha iza kaanat fil jasadi kana hayyan fa iza faroqot hu mata wa ha tanir ruhaani fi batinil insaani la yu'rofu maqor ruhuma illa man at lamahullahu ala zalik


Maksudnya: Bahawa setiap jasad itu ada dua jenis roh, salah satu dari keduanya ialah Ruhul Yaqazah, yang di alirkan oleh Allah adat. jika ia berada pada jasad, jadilah manusia itu jaga (sedar) Maka apabila ia keluar daripada jasad, maka tidurlah manusia dan melihatlah roh (diri TERPERI)  itu akan mimpi-mimpi, sementara ruhul hayat yang di alirkan olehNya adat jika ia berada dalam satu jasad maka jadilah jasad hidup, apabila ia berpisah dari badan maka matilah manusia, dan kedua jenis roh ini berada dalam jasad manusia yang tidak di ketahui tempat ketetapannya melainkan orang yang di perlihatkan oleh Allah kepadanya atas yang demikian itu

Lebih jelas lagi ilmu diri TERPERI ini jika kita boleh faham ilmu IFTIQAR pada bab sifat qahar iaitu sifat qudrat,Iradat,Imu dan sifat hayat, yang mana sifat ini lazim melazimi dengan sifat Maanawiyah  (Qadirun, Maridun, Alimun dan juga Hayyun) dan satu sifat Salbiyah (Sifat Kamal) yang menguasai sifat qahar yang menyebabkan semua kuasa ini di tangani oleh  Ke Esaan Allah semata-mata yang menghasilkan maksud ayat At Takwir ayat 29, Ash Shafat 96, Al An'am 61, Al Baroah 51 dan banyak ayat lagi

Ilmu diri TERPERI inilah yang menyebabkan manusia menanggung 'azab dan sangsara kerana di sana ujudnya roh, akal dan juga nafsu yang menyebabkan manusia hanyut dalam ilmu akidah dan perhubungannya dengan Tuhan Yang Maha Esa, sebaiknya berjumpalah guru yang arif tentang ilmu ini

Dengan memahami ilmu diri TERPERI ini juga maka kenallah kita akan maksud Ammar Rabbi yang tertakluk di bawah takdir Tuhan atau ilmu yang di namakan qadha dan qadar, ilmu ini sangat luas, ia perlu di pelajari dengan berpandukan al quran dan hadis nabi s.a.w dan ilmu inilah yang di kuasai oleh Saidina Ali r.a yang di muatkan oleh Yusuf Al Qardawi di dalam kitab khutbahnya

Awas kepada yang mempelajari ilmu diri TERPERI ini juga harus di peringatkan supaya jangan mengamalkan fahaman Jabariah, yang sebaiknya kita perlu merujuk ayat-ayat jabariah sehingga ia di bawa kepada fahaman ahli Sunnah Wal Jama'ah kerana tugas kita sebagai khalifah di bumi ini tertunai dengan sebaiknya






MENGENAL DIRI YANG KE 81

3
Salam

 PELAJARAN KITA PADA KALI INI KITA AKAN TERANGKAN ISTILAH DIRI

من عرف نفسه فقد عرف ربه، ومن عرف ربه فسدالجسد

Jika kita tinjau di dalam al quran maka kita akan berjumpa dengan istilah diri yang di petik dari istilah nafas, nufus, Ampas dan juga Tanafas yang membawa maksud diri, diri ini tidak di pahami oleh kebanyakan orang awam kerana istilah ini sangat seni dan halus namun istilah ini tetaplah bermaksud diri sebagaimana yang terdapat di dalam al quran 

Orang saufisma yang berlandaskan kepada tauhid memahamkan istilah diri ini berpunca dari istilah INSAN yang mana di katakan anasir INSAN ini daripada istilah Nafas, Nufus, Ampas dan juga Tanafas yang membawa maksud diri di dalam al quran dan di dalam al quran juga terdapat istilah diri sebagai Fuad, Anfusahum, Nafasaka, Nufusikum, Nafsun, Nafsin, Anfusikum, Nafsahu, Nufusun, Nafsika dan lainnya

Dalam mempelajari ilmu ini kita ambil saja istilah ini secara kasarnya sahaja yang mana  ilmu ini  telah masyhur di perkatakan dan di pelajari oleh ahli ilmuan yang membawa kepada tarikat, tasauf, tasawwuf dan Kerohanian yang  membawa kepada ilmu tamadun manusia di sepanjang zaman

ISTILAH DIRI

1. Diri Terdiri (Jasmani)
2. Diri Terperi (Yang terdiri dari Roh, Akal, dan Nafsu) atau di namakan juga Ruhul Yaqazah
3. Diri Sebenar Diri (Yang terdiri dari istilah Insan) atau di kenali juga sebagai Ruhul Hayat
4, Diri Tajalli yang berpaksi kepada sifat Kamal

1. DIRI TERDIRI

Diri ini membawa kepada maksud diri jasmani, perkataan TERDIRI  ini menunjukkan bahawa jasmani itu terdiri daripada apa asal usul kejadian awal dan selepasnya  ia juga bererti bahawa jasmani manusia itu TERDIRI  dari apa serta mengapa ia di ciptakan oleh Tuhan

Diri ini mula di ciptakan oleh Allah di mulai ilmunya daripada sejarah ADAM a.s di syurga Khuldi (Jannatul Khuldi) Anasir awalnya daripada tanah yang di perintahkan oleh Allah malaikat mengambilnya yang mana tanah pilihan ini mengandungi air,api dan juga angin dan selepasnya diri terdiri ini di jadikan pula dari unsur jenerasi kedua iaitu dari wadi,wazi, mani dan juga maknikam iaitu benih Hawa dan juga Adam

Ilmu ini adalah ilmu kajian para doktor (Anatomi) Yang mana ilmu ini memakan masa yang agak lama untuk di pelajari dan di selidiki sehingga mereka memperoleh kepakaran dalam bidang kedoktoran dan sehingga zaman ini belum lagi para doktor berpuas hati di dalam kajiannya

Diri TERDIRI ini secara rengkasnya adalah terdiri dari apa juga yang terdapat pada sebatang tubuh manusia sama ada di luar jasmani ataupun di dalam jasmani, ertinya sebatang tubuh manusia yang TERDIRI dari kepala, tangan, badan, kaki, kulit,daging, rambut, urat, jantina dan lainnya

Diri ini jugalah yang di maksudkan oleh Allah di dalam al quran sebagai

ينبؤ االأ نسن يومئذ بما قدم وأخر، بل الأنسن على نفسه بصيرة، ولو ألقى معا زيره

Maksudnya:   Pada hari itu manusia di beritahu akan apa yang ia telah lakukan dan apa yang ia telah tinggalkan, bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun ia memberikan alasan-alasan (Untuk membela diri)
                                                                                                                             (Al Qiyamah 13,14 dan 15)

Ayat yang di atas menunjukkan secara jelas bahawa diri terdiri ini telah di tentukan oleh Allah untuk menjadi saksi kepada segala perbuatan dirinya, ini bererti ada diri yang sebenar yang bersoal jawab dengan Tuhannya sementara jasadnya tetaplah menjadi saksi, siapakah diri ini ? Diri inilah yang di maksudkan diri TERPERI

Dan diri inilah juga yang di terangkan oleh Allah sebagai :  الذى خلقك فسو ىك فعدلك  (Tuhan yang telah mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (Dengan tujuan yang kerananya di adakan anggota itu) serta menjadikan (benaan tubuhmu) sama padan dengan kekuatannya  (Surah Infitar ayat 7)

Jelas sekali ayat ini menujukkan bahawa  tujuan Allah menjadikan jasad (Diri Terdiri) ini dengan tujuan kerananya iaitu kerana diri Terperi yang kekuatannya adalah lebih kuat dari diri jasmani akan tetapi di sebabkan asal usul  bahan diri TERDIRI ini di jadikan dari sumber tanah, air, api dan juga angin yang kemudiannya  dari bahan wadi, wazi, mani dan juga maknikam maka ia di anggap sebagai bahan daya tahan atau cooling system maka mampulah diri TERPERI itu tinggal di dalamnya dan diri TERDIRI inilah yang dapat dan mampu memperlihatkan  Af'al daripada Allah