Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Cerita Dari Masjidil Nabawi Madinah

0
Salam

Labbaikallahumma labbaik, labbaika la syarikalakalabbaik ! (Aku datang menyahut seruanMu, datang dalam keadaan tidak menyekutukanMu dengan sesuatu jugapun !)

Al Hamdulillah !
Pandai rupanya umat islam yang pergi menunaikan haji di Makkah dalam keadaan tidak syirik atau menyekutukan Allah dengan sesuatu jugapun ! ertinya mereka telah mengenali Allah dengan 'arifnya dan inilah syarat daripada Allah supaya dosa mereka mendapat keampunan daripadaNya iaitu Faman 'arofani (barang siapa yang mengenali Aku) inilah salah satu syarat dari Allah selain beriman kepadaNya,RasulNya dan kitabNya

Andainya mereka yang pergi ke Makkah menunaikan fardhu haji tanpa mengenal Allah maka dosa mereka tidak akan terampun dan usha mereka akan menjadi sia-sia sahaja dan syarat ini ada di sebut oleh Allah dalam firmanNya dalam hadis qudsi yang menyatakan syarat itu kepada nabi Adam a.s iaitu syarat awal daripada Allah kepada manusia pertama dan di ikuti pula oleh anak cucunya sekarang ini

Satu minggu sebelum berangkat pulang ke tanah air Pak Karamu seperti biasa pergi ke masjid Nabawi seorang diri, sebaik saja mengambil tempat Pak Karamu melihat seorang yang memakai serban dan di iringi oleh 9 orang yang mungkin mengawalnya, dia di unjukkan oleh seorang arab sebuah kitab al quran lalu dia membacanya

Apabila masuk waktu dan azan di laungkan maka datang seorang arab mengambil quran daripadanya dan di letakkan balik di tempatnya pada tiang masjid yang memang tempat letak al quran, kemudian dia bersembahyang sunat, selepas sembahyang tetiba dia datang kesebelah Pak Karamu di saf hadapannya dan bersembahyang lagi

Selepas bersembahyang dan memberikan salam dia salam Pak Karamu lalu Pak Karamu sambut salamnya sambil tersenyum, tetiba dia bertanya Pak Karamu "dari mana ? Pak Karamu jawab rengkas "Malaysia ! kemudian dia terangkan bahawa dia datang dari Indonesia "Jawa barat katanya " Pak Karamu anggok dan senyum, tetiba dia bertanya lagi " bila pulang ? Pak Karamu jawab rengkas " lusa !

Apabila qamat berkumandang kamipun solat fardhu bersama sebelah menyebelah, selepas solat dia salam Pak Karamu dan dia pegang tangan Pak karamu agak lama, lepas itu dia mengucapkan al hamdulillah ! al hamdulillah ! katanya lalu Pak Karamu jawab syukran ! kemudian tetiba dia lihat muka Pak Karamu, ish ! tak tentu hala Pak karamu di buatnya, tetiba sahaja terlanjur dari mulut Pak Karamu "Dalam masjid ini banyak Allah !







PEJUANG AKIDAH UMMAH

1

 SERIBU TAHUN SELEPAS NABI WAFAT, MANUSIA KEMBALI SESAT

Suasana masyarakat yang beragama tauhid (islam) di zaman selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w mereka kebanyakannya menghadapi kekusutan dan kekalutan pegangan hidup yang saban hari saban luntur oleh pengaruh kehidupan keduniaan yang sambung menyambung dikejar tanpa batas sempadan. Lambat mengejar dunia maka tertinggal jauhlah mereka di dalam hidup keduniaan.

Mereka bukan sahaja tertinggal di dalam mengejar dunia akan tetapi turut luntur ialah akidah pegangan hidup mereka juga turut menjadi luntur dan terhakis. daripada semangat agama dan akidah bertukar kepada semangat bangsa yang terlarang di dalam agama. Sehingga bangsa arab sudah tidak lagi memperdulikan akidah yang di tanam oleh nabi dan para sahabatnya.

Dalam menghadapi kekusutan dan kekalutan pegangan hidup berakidah pada zaman selepas nabi dan sahabat sehingga akhir zaman, maka muncullah dua orang tokoh agama yang berkesedaran cuba membetulkan akidah umat dengan memperkenalkan kaedah ilmu sifat 20 bagi bertindak balas dari golongan yang menyesatkan akidah umat dari golongan keduniaan yang berkhayal dengan konsep bid'ah, palasafah dan tiori.

Tokoh yang dimaksudkan itu ialah Imam Abu Hassan al Asy'ari (324 H). Beliau dibesarkan di dalam golongan yang berfahaman muktazilah, sehingga beliau sendiri terpengaruh dengan fahaman tersebut. Guru beliau adalah tokoh muktazilah terkemuka iaitu Abu Ali Al Jubba'ie

Dengan kehendak dari Maha pencipta alam seluruhnya Allah s.w.t telah memberikan taufik dan hidayahnya kepada beliau sehingga akhirnya beliau berpatah balik  berpegang kepada fahaman ahlus sunnah wal jama'ah. Beliau melihat pentingnya mempertahankan akidah yang murni dan memperbetulkan akidah umah yang berdasarkan kepada hukum naqli dan aqli.

Beliau telah memperkenalkan tujuh sifat iaitu: Sifat Qudrat (kuasa), Iradat (berkehendak), Ilmu (mengetahui), Hayat (hidup), Sama'a (mendengar), Bashar (melihat) dan Kalam (berkata-kata). Tujuh sifat ini adalah sifat asas keperluan bagi Rabb untuk mentadbir dan menguasai makhluk ciptaanNya, yang juga memerlukan tujuh sifat yang sama.

Persoalannya adakah tujuh sifat tersebut merupakan sifat Rabb atau sifat makhluk? Umum mengetahui bahawa sifat Rabb pasti mengatasi sifat makhluk, kerana sifat yang dimaksudkan tidak menunjukkan pengertian yang penuh dan berkuasa, kerana lazimnya sebagai contoh jika ada yang bersifat qudrat (kuasa), maka sudah tentu ada pula yang bersifat Qadirun (yang Maha berkuasa)

Jika sifat yang diperkenalkan Imam Abu Hassan al Asy'ari itu dikatakan sifat Rabb maka ia adalah ganjil, kerana sifat tersebut dikenali sebagai sifat Ma'ani. Adakah sifat Ma'ani itu sifat Rabb ?

Bersambung .........


ASSALAMU'ALAIKUM WR,WB, KEMBALI MENEMUI ANDA

0

 DIATAS PERMINTAAN  RAMAI DARI SAHABAT, MAKA PAK UMARAK DAGANG AKAN KEMBALI MENEMUI ANDA .

LURUTAN KEFAHAMAN ILMU SIFAT 20

KEPADA PENGUNJUNG:

DIBOLEHKAN UNTUK MEMBUAT ULASAN 

DIJEMPUT KEPADA YANG ADA NAMA SAHAJA.

BOLEH MEMBUAT CADANGAN JIKA SESUAI DENGAN NAS AQLI DAN NAQLI.

ILMU SIFAT 20 SESUAI DENGAN TUNTUTAN DARI SURAH AL MAIDAH AYAT 35.

يَأَ يُّهَا الَّذِيْنَ أَ مَنُواْ اتَّقُوا اللهَ وَابْتَغُواْ اِلَيْهِ الْوَ سِيلَةَ وَجَهِدُواْفِي سَبِيِلهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 

Maksudnya: Wahai orangporang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah kepada jalanNya, supaya kamu mendapat keberuntungan.

Ayat yang diatas menerangkan secara terang, bahawa manusia yang beriman, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah s.w.t. Dan carilah jalan atau berikhtiar bagaimana kamu dapat mendekatkan diri kamu kepadaNya. Sekalipun Allah s.w.t itu memang bersama-sama dengan kamu (al Hadid ayat 4)

 وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ  ٤

Maksudnya: Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Dinyatakan juga bahawa kamu hendaklah berjihad kepada jalanNya, iaitu jalan bagaimana kamu dapat mengenalNya supaya kamu benar-benar memahami cara kamu mendekatinya. Ertinya apakah suatu ilmu atau kaedah ilmu yang memudahkan kamu untuk mendekatiNya. Maka kerana itulah para ijtihad ulama memperkenalkan ilmu sifat 20 supaya kamu memahami konsep mendekatkan diri kepadaNya.

Ini bererti, supaya kita mengenal diriNya iaitu sifat Nafsiyah. Mengenal sifat Salbiyah, iaitu sifat yang menunjukkan diri Tuhan Rabb itu benar-benar Tuhan yang menjadikan sekalian makhlukNya Rabbil 'alamin ! Mengenal sifat Ma'anawiyah atau mengenal Asmak was sifat (Asmaul Husna) Dan mengenal sifat Ma'ani, iaitu sifat yang berkehendakan kepada Zat (berdiri sifat kepada zat)

Jadi mengikut kefahaman penulis, hanya konsep sifat 20 sahaja  yang mampu menepati kaedah untuk mendekatkan diri kepadaNya, sebagaimana tuntutan daripada Allah s.w.t sebagaimana firman yang diatas, kerana ia menepati kedudukan diri setiap manusia terhadap Tuhannya. Kerana itu di dalam ilmu sifat 20 wajib mengenal Tuhan dan manusia (makhluk). Oleh kerana itulah nabi Musa menegaskan kepada Fiaun supaya mengenal diri dan Tuhan  an Nazi'at ayat 18,19:

فَقُلۡ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ  ١٨ وَأَهۡدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخۡشَىٰ  ١٩

Maksudnya: dan katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)". 19.  Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?"

Ayat dari surah an Nazi'at 18 diatas menerangkan bahawa Musa memberi tahu kepada Firaun: "Adakah dia ingin membersihkan diri dari kesesatan ? Ayat ini adalah tentang mengenal diri, jika tidak mengenal diri tentulah sukar untuk mencuci diri itu.

Mencuci diri supaya manusia tidak menjadi sesat !  Cuci diri  pada maksud ayat diatas juga bermaksud diri yang berpunca datangnya berbagai penyakit kesesatan kerohanian yang mengakibatkan akidah menjadi rosak binasa yang kesannya boleh tergelincir menjadi kafir.

Sementara pada ayat yang ke 19 pula menunjukkan Musa sanggup membimbing Firaun untuk mengenal Rabbnya. Tujuannya adalah supaya Firaun tidak melanggar perintah daripada Tuhannya dan mengamalkan perbuatan kesyirikan terhadap Rabbnya. Musa menegaskan demikian kerana ternyata Firaun telah membuat pengakuan bahawa dialah  Rabb yang paling Tinggi أنا ربكم الا على  

Ayat daripada surah ini menunjukkan bukan hanya ditujukan kepada Firaun sahaja bahkan kepada semua manusia seluruhnya, terutama kepada umat yang mengakui sebagai umat islam. Maka ciri-ciri manusia yang terjerumus jika kita analisa secara adil, maka ia melibatkan kepada manusia yang tidak mengenal diri dan Rabbnya.

Oleh kerana itulah maka ilmu sifat 20 yang diperkenalkan oleh ulama adalah mengikut dua fahaman asas tersebut. Namun sayang apabila ilmu tersebut diperkenalkan maka matlamat memahamkan  ilmu tersebut telah begitu sukar difahami kerana penilaiannya hanya dibawa kepada untuk mengenal sifat-sifat Rabb sahaja.





ASSALAMUALAIKUM

MENGENAL DIRI YANG KE 93

63
Salam

SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 92

Berhubung dengan kalimah  لا اله الا الله  dan ilmu yang terkandung didalamnya. maka sebenarnya didalam kehidupan manusia di Planet dunia ini manusia belum lagi cukup untuk memahami ilmu yang Allah sediakan yang tidak terhingga banyak dan luasnya dan manusia belum lagi sampai ketahap memahaminya dengan berkesan, ini kerana disebabkan kita jarang mendengar pengkaji  ayat-ayat Allah dan rahsianya maka tamadun umat manusia teraba-raba hendak menyelesaikan sesuatu masalah ilmu

Kali ini kita focuskan pada kalimah  الا  pada kalimah  لا اله الا الله  kerana dari kalimah inilah banyak ilmu yang belum lagi kesampaian dengan sempurna dan kepada pengkaji ilmiah islam sendiripun belum lagi termampu membongkar istilah dan mengenalinya, mengikut maksud huruf kepada kalimah  الا  ini ialah  melainkan, ertinya sesuatu yang tidak mutlak atau tidak berdaya upaya, jadi mengikut ilmu sifat dua puluh  الا  ini adalah sifat qahar iaitu sifat kekerasan atau sifat penaklukan (Berkuasa mutlak) Tuhan yang mengandungi sifat ma'ani iaitu sifat qudrat, Iradat, Ilmu dah hayat, sedangkan sifat ma'ani itu ialah sifat makhluk 

Didalam al quran sifat ini disebut sebagai  وهو القا هر فوق عباده  (Al An'am ayat 61, ini bermaksud bahawa Allah menguasai seluruh hamba ciptaanNya, ia bukan sahaja mencipta akan tetapi menentukan segala keperluan hambaNya di langit ataupun di bumi, ertinya Dia sentiada dalam urusanNya sebagaimana firman Allah didalam surah Ar Rahman ayat 29  يسئله من فى السموت والارض كل يوم هو فى شأن  (Sekalian makhluk yang ada di langit dan juga bumi sentiasa berhajat denganNya, setiap masa Dia dalam urusanNya iaitu mentadbir dan menjadikan)

Apa yang penting pada N3 ini ialah mengenal asas makhluk didalam sifat qahar ini yang berpunca daripada empat sifat iaitu qudrat ataupun kuasa atau tenaga, Iradat ataupun berkeinginan atau cenderung,atau berkehendak  Ilmu atau pengetahuan atau mengetahui, dan Hayat atau kehidupan atau menghidupkan atau sumber kehidupan, didalam ilmu sifat dua puluh disebut sebagai kuasa roh kepada sifat qudrat, kuasa berkehendak kepada sifat Iradat, sifat mengetahui kepada sifat Ilmu dan sifat menghidupkan kepada sifat Hayat, persoalannya adakah sifat tersebut berbentuk jirim ataupun Jisim atau jauhar Fardhi atau Jauhar Basit ?

Andainya ia bersifat tersebut maka makhluk itu tentunya bukan dari sumber yang nyata namun ia diujudkan Tuhan untuk menjadi asas makhluk yang ghaib seperti Roh, Nafsu, Akal dan Nyawa kerana dari sumber inilah yang menjadi kesempurnaan kehidupan semua makhluk ciptaan Tuhan tidak kira makhluk yang di bumi ataupun di langit, jadi bolehkah kita membilang berapa billion makhluk yang Allah telah jadikan  hanya dengan asas ilmu makhluk yang ada hanya pada empat sifat ma'ani pada sifat qahar didalam ilmu sifat dua puluh ?

Pengkaji atau penyelidik sumber makhluk dari empat sifat ini tentunya tidak akan berjumpa dengan suatu cara untuk mencungkil rahsia asal sumber kejadian alam (makhluk) selagi mereka tidak mengkaji arah tuju ilmu sifat dua puluh yang telah lama dibuang oleh orang berfahaman wahabi dan kemudiannya di ikuti pula oleh manusia di zaman ini, dan ilmu inilah yang sangat dimarahi oleh golongan sekular barat dan anak didiknya diseluruh bumi ini

Asal semua makhluk pada peringkat awalnya disebut oleh Allah sebagai  KULLUM MIN 'IENDILLAH (setiap sesuatu adalah datangnya daripada Allah) demikian Al Quran menyatakan pada ayat An Nisa 78 dan daripada Allah inilah para ulama yang muktabar didalam ilmu akidah ini menyatakan bahawa setiap sesuatu itu Allah jadikan daripada Nur dan dari nur inilah dijadikan pula Roh, Akal, Nafsu dan Nyawa dan dari sumber ini pula Allah jadikan ia sebagai keperluan semua makhlukNya
 
Apa yang perlu kita kaji tentang sumber ini ?
Sepatutnya kita perlu memahami erti maksud Jirim, Jisim, Jauhar Basit dan Jauhar Fardhi, mengikut agama bahawa Jirim itu ialah setiap benda yang memenuhi ruang, sama ada kecil ataupun besar, dan setiap Jirim ada permulaanya, Allah bukan Jirim, Maksud Jisim pula ialah Jauhar atau benda yang tersusun dari Jauhar Fardhi, Jisim adalah benda yang dapat dibahagi-bahagikan, Allah bukan Jisim, Jauhar pula membawa kepada maksud gambaran sesuatu benda yang tidak dapat dipecah-pecahkan atau dipisah-pisahkan, Jauhar Fardhi adalah benda yang paling halus yang tidak dapat dibahagi-bahagikan kerana terlalu kecilnya dan Jauhar Basit adalah sesuatu yang melapangkan kehidupan

Sambung ...








MENGENAL DIRI YANG KE 92

120
Salam

SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 91

Apabila kita perhatikan bahawa kalimah  لا اله الا الله  itu adalah tempat berkumpulnya asas-asas aeluruh ilmu disana maka manusia wajib memahaminya betapa luasnya ilmu yang telah disediakan oleh Allah s.w.t kepada manusia cuma manusia sahaja yang berfikiran sempit untuk memahamkannya sedangkan Allah menerangkan bahawa tiada yang tidak disentuh oleh Allah didalam al Quran tersebut, apa yang penting  bagi manusia ialah mempelajari ilmu al quran tersebut dengan yakin tanpa ragu

Tidak ada manusia yang benar-benar faham ilmu al quran tersebut dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t kerana itulah Allah utuskan nabi dan rasul untuk memberi kefahaman isi kandungan al quran itu kerana nabi dan rasul berguru dengan malaikat dan Allah dan cukuplah bagi manusia untuk menimba ilmunya kerana nabi dan rasul adalah lebih tepat kefahamannya dari kita sebagai manusia biasa yang serba kekurangan namun jagalah akidah dengan sebaik-baiknya

Daripada kalimah  لا اله الا الله  itu lahirlah ilmu yang disebut sebagai Rububiyah dan juga Uluhiyah iaitu ilmu yang menerangkan tentang Tuhan dan hambanya, dari kedua-dua ilmu ini maka para pewaris nabi memberikan dua asas ilmu yang wajib diketahui oleh semua hamba Tuhan iaitu ilmu  اول الدين معرفة الله  (Awal agama mengenal Allah) dan juga ilmu mengenal diri  من عرف نفسه فقد عرف ربه  (Barangsiapa mengenal dirinya maka mereka mengenal Tuhannya) maka mengenal Tuhan itu bermula dengan mengenal rahsia kalimah  لا  pada kalimah   لا اله الا الله   dan mengenal rahsia kalimah  الله   pada kalimah  لا اله الا الله  iaitu sifat Jalal dan juga sifat Kamal mengikut ilmu sifat 20

Adapun ilmu mengenal diri kita boleh perolehi daripada kalimah  الا  pada kalimah  لا اله الا الله  dan kalimah  yang mengaitkan perkataan tuhan dan keilmuan serta penyembahan kita boleh perolehi daripada keilmuan  اله  pada kalimah  لا اله الا الله   mengikut kaedah ilmu sifat 20 dan semua nas yang berkait  dengan ilmu ini mestilah di rujuk kepada al quran dan hadis nabi s.a.w supaya maksud tujuan ilmu ini tidak lari dari akidah dan kebenarannya dan setiap nas yang berasaskan al quran dan hadis nabi apabila ditolak setelah jelas kebenarannya adalah menjadi kafir dan juga sesiapa yang mengatakan ada kepimpinan lebih baik dari kepimpinan Rasullullah maka mereka juga adalah kafir inilah maksud nas yang terdapat didalam al quran

Didalam ilmu ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya Tuhan yang disembah dan si penyembah maka berlakulah ikrar dan janji diantara hamba dengan Tuhan, kerana itulah ayat pada surah al A'araf 172 terdapat perkataan  قا لوا  (Mereka berkata)  بلى  (Betul)  شهد نا  (Kami menjadi saksi)  Bolehkah diantara manusia tafsirkan maksud "Kami menjadi saksi ? Siapa yang menjawab pertanyaan daripada Allah "Kami menjadi saksi ? Maka daripada jawapan tersebut lahirlah perkataan  اشهد ان  (Naik saksi aku)  Saksi apa ? Saksi pada menyatakan dengan ikrar  لا اله الا الله  dengan menyatakan ganti diri yang berikrar dengan menyebut  اشهد ان  pada kalimah tauhid tersebut itulah tafsir yang menyebabkan lahirnya ikrar kita dialam Roh dan inilah TASYAHUD UNTUK PENGHORMATAN KEPADA TUHAN DAN RASUL

Penghormatan terhadap Rasul dengan menyebut  محمدا رسول الله  dengan menyebut ikrar  اشهد ان  kerana penghormatan kepada Muhammad yang telah dilantik oleh Allah sebagai PesuruhNya ini bererti kita mengiktiraf ketentuan Allah kepada Muhammad s.a.w andainya kita tidak berikrar demikian maka tidaklah ada ertinya perkataan  قالو بلى شهد نا  pada ayat Al A'araf 172 tersebut, maka  قا لو بلو شهد نا  itulah yang bermaksud  اشهد ان  (Naik saksi aku) inilah fitrah ilmu yang lahir dari alam Roh tersebut terhadap diri kita sebelum Allah menjadikan jasad manusia yang dimulai dengan penciptaan Adam dan Hawa oleh Allah dan demikian jugalah maksud  فا علم انه  (Fa'alam an nahu) pada menyatakan tauhid  لا اله الا الله , tahukah kita apa maksud  انه  ? Siapa yang mengikrarkannya ? Kerana itu janganlah kita melonggarkan keyakinan kita terhadap Allah dan RasulNya dan kepada diri kita juga

Sesungguhnya kita ini adalah lemah yang sentiasa didalam kekurangan dan kepincangan didalam soal ilmu, tidak guna kita mempertahankan keaiban dan kelemahan kita dalam berhujah tentang apa yang kita kurang arif tentang ikrar diri kita kepada Allah dan RasulNya

Kerana itu Allah berfirman didalam al quran surah An Nisa ayat 64 dan 65

وما أرسلنا من رسول ألا ليطاع بأ ذ ن الله 

Maksudnya  :  Dan Kami tidak mengutus seorang Rasulpun melainkan supaya ia di ta'ati dengan izin Allah 

Dan FirmanNya lagi:

فلا وربك لا يؤ منو ن حتى يحكموك فيما شجر بينهم


Maksudnya:   Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul diantara kamu
















MENGENAL DIRI YANG KE 91

94
Salam

SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 90


Telah dimaklumkan bahawa  kalimah  الا  itu adalah makhluk kerana ia tidak mutlak dari segala aktiviti pergerakan yang menggunakan qudrat,Iradat, Ilmu ataupun Hayat segala makhluk ciptaan Tuhan melainkan dengan bantuan Allah sebab itu dinamakan  Tidak Mutlak, ini bererti segala yang ujud yang merupakan makhluk ciptaan Tuhan adalah mengharapkan kepada bantuan Tuhan  الله  jadi kalimah  الله  yang terdapat pada kalimah  tauhid  لا اله الا الله  itu adalah matlamat pada pengertian mutlak

Kalimah  الله  itu adalah kalimah kesempurnaan ammar Tuhan yang mentadbir segala yang wujud dari ciptaanNya kerana disanalah berkumpulnya maksud keilmua tentang ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya dan pada kalimah  الله  inilah lahirnya keilmuan asa-asa Rububiyah dan juga Uluhiyah dan disinilah juga lahirnya maksud firman  "Allah beserta kamu dimana saja kamu berada"

Jadi  kesimpulan kalimah  لا اله الا الله  itu ialah :

Pada kalimah  لا  itu menunjukkan ilmu yang menceritakan Wujudnya Tuhan yang bersifat sempurna yang tidak menyamai dengan makhluk ciptaanNya sekalipun Allah mengujudkan alam yang lain sebagai bukti tanda-tanda wujudNya bagi memudahkan  makhlukNya untuk mengenali akan diriNya dan beriman kepadaNya

Adapun kalimah  اله  itu menunjukkan ujudnya aktiviti penyembahan sekalian makhluk ciptaanNya dengan membekalkan segala keperluan dan kefahaman iaitu dengan mengutuskan beberapa kitab melalui malaikatnya kepada makhluk pilihanNya seperti nabi dan juga  RasulNya, ini bererti semua perkara yang berkait dengan pengibadatan dan keilmuan terkumpul pada pengertian  اله  tersebut

Adapun kalimah  الا  itu menunjukkan ujud makhluk ciptaanNya yang tidak mempunyai daya dan upaya kerana itulah kalimah  الا  itu bermaksud melainkan dengan erti ia tidak mutlak melainkan dikaitkan dengan sesuatu kuasa iatu kekuasaan Allah, kalimah  الا  ini jugalah yang memperlihatkan ujud ciptaan Tuhan dari berbagai jenis makhlukNya  رب العلمين  (Tuhan yang mencipta sekalian alam) baik alam yang ghaib ataupun alam yang nyata, sama ada yang halus ataupun yang kasar, sama ada yang dapat dilihat ataupun yang tidak dapat dilihat dengan mata, ini bererti pada kalimah  الا  inilah berkumpulnya keilmuan segala-gala jenis makhluk

Adapun kalimah  الله  itu menunjukkan ujud kekuasaan Allah yang mutlak yang mentadbir, mengurus dan menentukan segala takdir qadha dan kadarNya dan disinilah manusia perlu mengingati bahawa segala keilmuan dari ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya berkumpul pada kalimah  الله  ini. Demikian secara rengkasnya mengikut keilmuan sifat dua puluh jadi tidaklah hairang mengapa kalimah tauhid ini disebut sebagai gudang segala sesuatu ilmu yang meliputi seluruh planet bumi dan langit, ini bererti juga bahawa segala keilmuan untuk tamadun manusia mereka perlu mengkaji kalimah لا اله الا الله

Bersambung .....