Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

ASSALAMU'ALAIKUM WR,WB, KEMBALI MENEMUI ANDA

 DIATAS PERMINTAAN  RAMAI DARI SAHABAT, MAKA PAK UMARAK DAGANG AKAN KEMBALI MENEMUI ANDA .

LURUTAN KEFAHAMAN ILMU SIFAT 20

KEPADA PENGUNJUNG:

DIBOLEHKAN UNTUK MEMBUAT ULASAN 

DIJEMPUT KEPADA YANG ADA NAMA SAHAJA.

BOLEH MEMBUAT CADANGAN JIKA SESUAI DENGAN NAS AQLI DAN NAQLI.

ILMU SIFAT 20 SESUAI DENGAN TUNTUTAN DARI SURAH AL MAIDAH AYAT 35.

يَأَ يُّهَا الَّذِيْنَ أَ مَنُواْ اتَّقُوا اللهَ وَابْتَغُواْ اِلَيْهِ الْوَ سِيلَةَ وَجَهِدُواْفِي سَبِيِلهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 

Maksudnya: Wahai orangporang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah kepada jalanNya, supaya kamu mendapat keberuntungan.

Ayat yang diatas menerangkan secara terang, bahawa manusia yang beriman, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah s.w.t. Dan carilah jalan atau berikhtiar bagaimana kamu dapat mendekatkan diri kamu kepadaNya. Sekalipun Allah s.w.t itu memang bersama-sama dengan kamu (al Hadid ayat 4)

 وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ  ٤

Maksudnya: Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Dinyatakan juga bahawa kamu hendaklah berjihad kepada jalanNya, iaitu jalan bagaimana kamu dapat mengenalNya supaya kamu benar-benar memahami cara kamu mendekatinya. Ertinya apakah suatu ilmu atau kaedah ilmu yang memudahkan kamu untuk mendekatiNya. Maka kerana itulah para ijtihad ulama memperkenalkan ilmu sifat 20 supaya kamu memahami konsep mendekatkan diri kepadaNya.

Ini bererti, supaya kita mengenal diriNya iaitu sifat Nafsiyah. Mengenal sifat Salbiyah, iaitu sifat yang menunjukkan diri Tuhan Rabb itu benar-benar Tuhan yang menjadikan sekalian makhlukNya Rabbil 'alamin ! Mengenal sifat Ma'anawiyah atau mengenal Asmak was sifat (Asmaul Husna) Dan mengenal sifat Ma'ani, iaitu sifat yang berkehendakan kepada Zat (berdiri sifat kepada zat)

Jadi mengikut kefahaman penulis, hanya konsep sifat 20 sahaja  yang mampu menepati kaedah untuk mendekatkan diri kepadaNya, sebagaimana tuntutan daripada Allah s.w.t sebagaimana firman yang diatas, kerana ia menepati kedudukan diri setiap manusia terhadap Tuhannya. Kerana itu di dalam ilmu sifat 20 wajib mengenal Tuhan dan manusia (makhluk). Oleh kerana itulah nabi Musa menegaskan kepada Fiaun supaya mengenal diri dan Tuhan  an Nazi'at ayat 18,19:

فَقُلۡ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ  ١٨ وَأَهۡدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخۡشَىٰ  ١٩

Maksudnya: dan katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)". 19.  Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?"

Ayat dari surah an Nazi'at 18 diatas menerangkan bahawa Musa memberi tahu kepada Firaun: "Adakah dia ingin membersihkan diri dari kesesatan ? Ayat ini adalah tentang mengenal diri, jika tidak mengenal diri tentulah sukar untuk mencuci diri itu.

Mencuci diri supaya manusia tidak menjadi sesat !  Cuci diri  pada maksud ayat diatas juga bermaksud diri yang berpunca datangnya berbagai penyakit kesesatan kerohanian yang mengakibatkan akidah menjadi rosak binasa yang kesannya boleh tergelincir menjadi kafir.

Sementara pada ayat yang ke 19 pula menunjukkan Musa sanggup membimbing Firaun untuk mengenal Rabbnya. Tujuannya adalah supaya Firaun tidak melanggar perintah daripada Tuhannya dan mengamalkan perbuatan kesyirikan terhadap Rabbnya. Musa menegaskan demikian kerana ternyata Firaun telah membuat pengakuan bahawa dialah  Rabb yang paling Tinggi أنا ربكم الا على  

Ayat daripada surah ini menunjukkan bukan hanya ditujukan kepada Firaun sahaja bahkan kepada semua manusia seluruhnya, terutama kepada umat yang mengakui sebagai umat islam. Maka ciri-ciri manusia yang terjerumus jika kita analisa secara adil, maka ia melibatkan kepada manusia yang tidak mengenal diri dan Rabbnya.

Oleh kerana itulah maka ilmu sifat 20 yang diperkenalkan oleh ulama adalah mengikut dua fahaman asas tersebut. Namun sayang apabila ilmu tersebut diperkenalkan maka matlamat memahamkan  ilmu tersebut telah begitu sukar difahami kerana penilaiannya hanya dibawa kepada untuk mengenal sifat-sifat Rabb sahaja.




Comments (0)