Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

PEJUANG AKIDAH UMMAH

 SERIBU TAHUN SELEPAS NABI WAFAT, MANUSIA KEMBALI SESAT

Suasana masyarakat yang beragama tauhid (islam) di zaman selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w mereka kebanyakannya menghadapi kekusutan dan kekalutan pegangan hidup yang saban hari saban luntur oleh pengaruh kehidupan keduniaan yang sambung menyambung dikejar tanpa batas sempadan. Lambat mengejar dunia maka tertinggal jauhlah mereka di dalam hidup keduniaan.

Mereka bukan sahaja tertinggal di dalam mengejar dunia akan tetapi turut luntur ialah akidah pegangan hidup mereka juga turut menjadi luntur dan terhakis. daripada semangat agama dan akidah bertukar kepada semangat bangsa yang terlarang di dalam agama. Sehingga bangsa arab sudah tidak lagi memperdulikan akidah yang di tanam oleh nabi dan para sahabatnya.

Dalam menghadapi kekusutan dan kekalutan pegangan hidup berakidah pada zaman selepas nabi dan sahabat sehingga akhir zaman, maka muncullah dua orang tokoh agama yang berkesedaran cuba membetulkan akidah umat dengan memperkenalkan kaedah ilmu sifat 20 bagi bertindak balas dari golongan yang menyesatkan akidah umat dari golongan keduniaan yang berkhayal dengan konsep bid'ah, palasafah dan tiori.

Tokoh yang dimaksudkan itu ialah Imam Abu Hassan al Asy'ari (324 H). Beliau dibesarkan di dalam golongan yang berfahaman muktazilah, sehingga beliau sendiri terpengaruh dengan fahaman tersebut. Guru beliau adalah tokoh muktazilah terkemuka iaitu Abu Ali Al Jubba'ie

Dengan kehendak dari Maha pencipta alam seluruhnya Allah s.w.t telah memberikan taufik dan hidayahnya kepada beliau sehingga akhirnya beliau berpatah balik  berpegang kepada fahaman ahlus sunnah wal jama'ah. Beliau melihat pentingnya mempertahankan akidah yang murni dan memperbetulkan akidah umah yang berdasarkan kepada hukum naqli dan aqli.

Beliau telah memperkenalkan tujuh sifat iaitu: Sifat Qudrat (kuasa), Iradat (berkehendak), Ilmu (mengetahui), Hayat (hidup), Sama'a (mendengar), Bashar (melihat) dan Kalam (berkata-kata). Tujuh sifat ini adalah sifat asas keperluan bagi Rabb untuk mentadbir dan menguasai makhluk ciptaanNya, yang juga memerlukan tujuh sifat yang sama.

Persoalannya adakah tujuh sifat tersebut merupakan sifat Rabb atau sifat makhluk? Umum mengetahui bahawa sifat Rabb pasti mengatasi sifat makhluk, kerana sifat yang dimaksudkan tidak menunjukkan pengertian yang penuh dan berkuasa, kerana lazimnya sebagai contoh jika ada yang bersifat qudrat (kuasa), maka sudah tentu ada pula yang bersifat Qadirun (yang Maha berkuasa)

Jika sifat yang diperkenalkan Imam Abu Hassan al Asy'ari itu dikatakan sifat Rabb maka ia adalah ganjil, kerana sifat tersebut dikenali sebagai sifat Ma'ani. Adakah sifat Ma'ani itu sifat Rabb ?

Bersambung .........

Comments (1)

Alhamdulillah. terima kaseh Ustaz di atas ingatannya.

~Faizul Saidi