Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 90

Salam

SAMBUNGAN DARIPADA PELAJARAN YANG KE 89

Secara rengkasnya kita telah terangkan ilmu yang dapat kita perolehi daripada kalimah   لا اله الا  dan sekarang kita akan bawakan pula ilmu yang berkait dengan kalimah  الله  didalam kalimah  لا اله الا الله  iaitu ilmu mengisbatkan  الله  (mengakui Allah) yang terletaknya banyak rahsia ilmu yang berasal daripadanya kerana  ilmu daripada kalimah  الله  inilah lahirnya ilmu yang menyatakan ujud ZatNya, SifatNya,AsmakNya dan juga Af'alNya

Pada perengkat awal dulu saya telah nyatakan bahawa ilmu kalimah  لا اله الا الله  ini adalah berasaskan  sifat  dua puluh, ertinya sesiapa yang tidak faham tentang ilmu sifat dua puluh maka adalah sukar baginya untuk mengulas N3 saya ini kerana itu ramai yang membuat ulasan mengikut cara mereka sendiri yang kadangkala hujah mereka terkeluar dari fakta ilmu yang disampaikan, pun begitu sekiranya mereka mengulas ilmu ini berasakan tafsir Al Quran maka mereka akan berjumpa juga dengan ilmu ini akan tetapi kebanyakan mereka hanya mengambil dari sudut terjemahan Al Quran sahaja kerana itu mereka akan bertemu dengan jalan yang berliku-liku

Ilmu daripada kalimah    لا اله الا الله   ini meliputi ilmu Rububiyah dan Uluhiyah yang pengertiannya terkumpul kepada  kalimah  رب العلمين  (Tuhan yang menjadikan seluruh 'alam) Kerana itulah dikatakan bahawa  sekiranya tujuh petala langit dan bumi diletakkan disatu timbangan sedangkan kalimah  لا اله الا الله  itu di letakkan disatu timbangan yang lain maka kalimah  لا اله الا الله  itu lebih berat dari tujuh petala langit dan bumi, demikianlah luasnya keilmuan  لا اله الا الله  tersebut, ertinya ilmunya meliputi seluruh alam baik alam yang ghaib maupun alam yang nyata

Kalimah الا  pada kalimah  لا اله الا الله  itu adalah kalimah asbat (Terima) sementara kalimah  الله  pada kalimah لا اله الا الله  adalah kalimah mengasbat (Menerima atau mengakui) Iaitu mengakui ujud Diri Tuhan yang bernama Nafsiyah, Ujud Kebesaran Tuhan yang dinamakan Salbiyah (Sifat yang menarik atau sifat keagungan yang hak bagi dirinya sahaja) Sifat Ma'anawiyah iaitu sifat Kebesaran Tuhan (Asmaul Husna) Sifat Ma'ani iaitu sifat Yang berdiri pada Zat Allah Ta'ala (Sifat yang berkehendakan kepada Tuhan) ertinya sifat makhluk, ini bermakna apabila kita sebut perkataan  الله  maka sebenarnya ia merangkumi ZatNya SifatNya, AsmakNya dan juga Af'alNya jadi yang inilah yang wajib kita faham dan terima ilmuNya

Nafsiyah adalah bertaraf Zat, Salbiyah bertaraf Zat, Ma'anawiyah bertaraf Zat sementara Ma'ani sahaja yang bertaraf sifat kerana ia adalah makhluk ertinya dengan ilmu ini maka ujudlah diantara keilmuan Tuhan dan juga hambaNya yang dijadikan oleh Allah  رب العلمين  (Tuhan yang mencipta alam atau makhluk) Kerana itu maka berkumpullah rahsia ujudnya ilmu diri Tuhan keagungan dan kebesaranNya serta makhlukNya yang kita boleh dapati hanya didalam kalimah  لا اله الا الله  jadi jika kita perhatikan bahawa keilmuan makhluk hanya ada pada kalimah  الا  sahaja, sebab itulah kalimah  الا (Melainkan)  itu adalah tidak mutlak kerana ia adalah alam ataupun makhluk yang hanya mengharapkan kepada Tuhan yang Esa dalam semua aktiviti kehidupan semua alam (makhluk)

sambung ...









 

Comments (52)

Kepada sekelian TANPA NAMA yang mengacau kat BLOG Pak Karamu nih..

Kalau Dr Haroh Din dan Ustaz Ismail Kamus dan ramai lagi...boleh berKOMUNIKASI dengan JIN..jangan kamu kata mereka tuh SESAT..semata mata KAMU sendiri tak ada kebolehan demikian...

So..jangan mengasut orang..nak katakan ilmu ini SESAT..kerana semata mata..kamu TIDAK PERNAH terjun bersama sama..orang Inggeris yang duduk jauh di England..duk ingat orang Melayu di Malaysia duk atas pokok..

Tetapi orang Inggeris yang duduk di Malaysia dan faseh basa Melayu..KETAWA besar mengenangkan KEBEBALAN orang Inggeris yang asyik duduk bawah tempurungnya..tak nak KELUAR mencari melihat meninjau terlibat dalam ILMU ALLAH SWT yang tiada tepi lautanNYA..semoga kamu fahamlah..wahai SI MAMBANG..

Pak Karamu SEBARKAN teruskan ILMU yang memang YAHUDI lebih tahu dari orang Islam sendiri..Yahudi sedang sebok menJARAH negara orang Islam..menanti Imam Mahadi dan Nabi Isa nak turun..tapi orang Islam asyik tahu berkata : SESAT SESAT SESAT..

Kenapa perlu berkomunikasi dgn jin? Mengapa tidak malaikat2 tuhan dan roh para nabi2 serta aulia. Bukankah tuhan memberikan kemenangan dgn menghantar pertolongan terdiri dari malaikat2nya? Manusia apabila tidak beriman kpd tuhan maka mengambil jin2 sebagai pembantu padahal jin itu sama seperti manusia yg diuji keimanannya. Kemenangan hanya milik tuhan yg maha esa dan keagungannya tersebar di seluruh semesta alam.

Aduhai.. Mahadaya budiman..mereka yang saya sebut berKOMUNIKASI dengan JIN tuh..bukannya mereka berkawan atau berTUHANkan jin jin tersebut..

Mereka ada kebolehan yang dikurniakan oleh Allah SWT..untuk menolong manusia zaman kita ini yang terKENA rasuk / gangguan oleh jin jin tuh..

Ada jugak manusia Islam..anggap perkara / keadaan seperti ini..adalah karut dan sesat..sedangkan ia ada dalam QURAN..kesah Nabi Sulaiman..

Nabi dan Rasul memang TIADA lagi hingga kiamat..TETAPI Wali wali dan para KERAMAT/ guru guru MURSYID ...tetap Allah SWT adakan untuk melindung manusia berIMAN dari gangguan IBLIS syaitan dan jin..itulah maksud ku..wahai SI MAMBANG..

Wahai Ramboo Tank(guna nama samaran Inggeris nampaknya)kami bukannya mengacau, tapi sekadar memberi peringatan saja. Peringatan kami pun berdasarkan firman-firman Allah di dalam Al QuranNya. Kita tak ada kesempatan yg lain lagi untuk membuat keputusan yg benar kecuali sekarang ini saja. Sebarang peringatan hanya berguna ketika di dunia ini saja. Kalau sudah mati, sudah terlambat.

Cuba anda fikirkan firman-firman Allah di bawah ini:

[7:35] Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu RASUL-RASUL DARI KALANGAN KAMU yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
[7:36] Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang angkuh daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

**** Ayat ini bukannya untuk manusia sebelum nabi Muhammad, tetapi untuk yg sesudah beliau sebab itu mereka menceritakan tentang ayat-ayat Allah, ia itu, Al Quran. Kenapa mereka ini Allah panggil rasul?

**** Biarlah kami dianggap berada di bawah tempurung kerana kami tidak mahu melampui batas seperti yg dilarang olih Allah. Kami tak mahu seperti apa yg pernah berlaku kepada kaum Yahudi:

[9:31] Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

**** Ada pendengaran, penglihatan dan hati --- gunakanlah baik-baik. Salah guna binasa.

Salaam.

Hanya Allah SWT itu..DIAlah ZAHIR DIAlah BATIN..DIAlah awal DIAlah Akhir..selain dari Allah SWT mesti TIDAK TUNGGAL..Insan ada ZAHIR dan ada BATIN..

Imam Ghazali Hujatul Islam..telah dianugerah oleh Allah SWT ilmu ZOHIR menjawat Jawatan PROFESOR ketika umur beliau 30an tahun..namun beliau tak mahu hanya berBANGGAbangga dengan ilmu ZOHIRnya dengan asyik kata kat ilmu lain SESAT SESAT SESAT..

Imam Ghazali letak jawatan mengembara ke Mesir Syria Iraq mencari ilmu BATIN / NAFS (DIRI)..
Belasan tahun..akhirnya beliau DAPAT ilmu yang sekarang asyik di katakan sesat oleh orang orang YANG agaknya LEBIH HEBAT dari IMAM GHAZALI..

Beliau kembali semula ke NEGERI asalnya..sehingga dapatlah beliau mengarang KITAB Ihyak Ullumiddin..yang tiada satu alim ulamak pun berani mengatakan apa yang ditulis itu..SESAT atau menyalahi disiplin ILMU ISLAM..

Jangan asyik KUTUK isi DURIAN tak bagus berdasarkan KULIT DURIAN berduri..
HIJRAHlah dari ilmu zahir hafal dan EXAM sahaja kepada ilmu AMALI HATI yang ada dalam TORIQAT..cuma memang ada TORIQAT sesat..TETAPI bukan SEMUAnya SESAT..

Ramboo Tank,

Oh! ada juga torikat sesat. Jadi bagaimana anda nak tahu yg toriqat yg anda lalui itu tidak sesat? Andainya yg anda ikuti itu sesat bagaimana pula?

Ulamak kita macam mana nak lawan imam Gazali. Maju selangkah mundur tiga langkah. Mukjizat yg terbukti nyatanya ditolak kerana tak ada dalam kitab-kitab dulu. Sebab itu sampai sekarang pun mereka tak tahu kenapa Allah adakan, pada awal surah, huruf-huruf tertentu di dalam 29 surah-surah Al Quran. Nak refer kat imam Gazali pun tak bolih kerana dia pun tak tahu juga.

Anda kata "Hanya Allah SWT itu..DIAlah ZAHIR DIAlah BATIN..DIAlah awal DIAlah Akhir.."

****Yg awal tak ada mulanya, yg akhir pun tak ada hujungnya, yg batin pula tak nampak olih mata; TAPI, yg zahir -- kat mana Dia? Ada 95 lagi pula tu. Macam mana aaaa?

Tanpa nama..berBANGGAbanggalah kamu dengan ilmu HAFAL Kod sana kod sini..EXAM..tutup buku..lepas tuh KUTUK orang yang lain sikit ilmu dari kamu..

Dalam Surah Kahfi..diceritakan Nabi MUSA yang bukan kepalang ILMU RasulNYA...tetapi Allah SWT terus MENAMBAHkan ilmu Nabi MUSA..diperintah belajar ILMU BATIN dari Nabi Khidir..

Cerita pecahkan PERAHU..dari segi syariat ZAHIR..terang terang Nabi Khidir buat KESALAHAN..Nabi MUSA marah marah..tetapi kemudiannya Nabi Musa AKUR..apa sebabnya..Nabi MUSA tak kata..kamu SESAT wahai Khidir..malah terus nak belajar dari Nabi Khidir..hingga akhir cerita..

Oleh itu gunakan AKAL untuk terima kebenaran..jangan gunakan AKAL untuk kesombongan..kutuk ilmu Allah SWT dan INSAN yang meMULIA dan mengAMAL ilmu PRAKTIKAL HATI..bukan teori kosong atas kertas sahaja..

Allah SWT tidak pandang RUPA/amal ZAHIR kamu..tetapi AMALAN HATI/BATIN kamu..yang IKHLAS..

ikhlas itu AMALI bukan TEORI..atau buat TESIS Phd..

kalau tak pernah duduk dalam FELDA..jangan pandai pandai nak bercerita KUTUK Felda..contoh ajer..itulah pesan ku mambang.

Ahlan Wa Sahlan

Nampaknya Tanpa Nama ini tak tahu tentang Waz zohiru ataupun Af'al Tuhan, sangat malang bagi umat islan dalam persoalan akidah, dia bijak dalam terjemahan Al Quran yang tersirat akan tetapi dia biul tentang tafsir Al Quran, belajarlah baik-baik jangan nak komplain orang andainya ilmu hanya ada sekangkang kera

Saya katakan kepada kamu supaya jangan bersifat anti Hadis secara menebal, kamu tidak perlu bersikap ego secara bodoh dan sombong, andainya kamu pandai sangat hormatilah pandangan orang lain yang kamu sifatkan sebagai tidak arif

Dulu saya cabar kamu supaya nyatakan pada bab mana yang terdapat didalam N3 Pak Karamu itu yang tidak betul kemudian kamu membisu, awak jangan jadi syaitan bisu, jika awak ikhlas nyatakanlah dimana tidak kenanya dan kamu jangan jadi penyesat manusia

Hamba mengamalkan doa2 dan jampi2 Melayu lama diperturunkan dari datuk moyang hamba. Darah (Dama) yg di dlm diri hamba ini bertalian hingga Adam dan ianya membawa hamba meneliti susur galur kehebatan nabi2 dan para rasul di dlm menegakkan agama tuhan. Setiap mereka memperhambakan diri kpd tuhan dan mengagungkan hukum2 tuhan dan tidak mengambil selain hukum tuhan. Kebangkitan bangsa hamba adalah kerana kehebatan keturunan nabi dan rasul2 dan sebagai janji tuhan meninggikan keturunan Adam, Nuh, Ibrahim, Ishak, Yaakub, Yusuf, Musa, Harun, Isa, Daud, Sulaiman, Al Yasa, Al Yasaa' dan Mahamada. Hamba beriman kpd Tuhan Yg Maha Esa dan tidaklah hamba menyengutukan sesuatu di dlm beribadat kpd tuhan yg esa.

BLOG YANG SESAT LAGI MENYESATKAN

Berhati hati ketika membaca blog....Ada antaranya menghina Rasulullah s.a.w serta Ulama

http://1asalama.blogspot.com
(mahadaya) memang suka memperdaya.

Kih kih kih..Tanpa Nama..itukah cara berHUJAH orang yang kononnnya HEBAT ilmunya..belum berHUJAH dengan orang KAFIR Kristian lagi..semoga TIADA orang.Islam lain yang ikut nasihat dan PERANGAI mu..Amin..

Hairan bin ajaib, dah tahu blog ini sesat lagi menyesat. Mengapa terus anda masih membaca artikel ini. lebih baik berambus ajeee!!!!lu fikirr sendiri.

Setakat COPY & PASTE aje, semua orang boleh buat..he!!!

Saja nak menyakat Tanpa nama yang juga tanpa BUDI & SUKMA..!!!

Kita tunggu aje, dia tulis, dia ni lagi menyucuk, lagi menjadi-jadi disebabkan hawa nafsu amarahnya tinggi.

.



































































.

Wahai tanpa nama,

Nabi Muhammad diperlekeh, hadis dipersenda, Al-Ghazali dicemuh..

Rashad Khalifa juga yg disanjung. wah! tinggi sungguh ilmu si khalifa ni ye?.

-Pandai tulis terjemahan Quran, akhirnya mengaku dialah utusan Allah..walhal dia tak pernah pun memeluk Islam!

kembang jarak kembang jagung,
berani buat beranilah tanggung!

wallahua'lam

Ramboo Tank,

Anda tak faham kah tentang cerita nabi Musa nak belajar dengan Khidir tu? Cuba baca betul-betul, kan akhirnya nabi Musa tak diajari pun olih Khidir tentang ilmu yg dikehendaki olih nabi Musa tu kerana nabi Musa tak sabar. Kalau nabi Musa pun tak sanggup (qualify) untuk menuntut ilmu itu, bagaimana pula anda sanggup. Anda ni lebih terror dari nabi Musa nampaknya.

Kenapa ambil contoh kesah pecah perahu. Ambillah kesah Khidir bunuh seorang anak muda, kan lagi bagus? Ilmu sedemikian kan merbahaya dan bolih menyebabkan huruhara? Contohnya: Kalau anda bunuh sesaorang dan anda kata Allah suruh, bagaimana? Bolih kah masyarakat atau undang-undang negara terima? Waris si mangsa bolih setuju ke?

Siapakah sebenarnya yg copy and paste? Kalau tak berfikir begitulah jadinya. Allah kata "mereka tak sedar". Kalau pakai ikut saja, macam mana nak sedar?

Maaf, terkasar. Bukannya semua yg anda kata tak betul.

Aiikk!!!!tiada jugak copy & paste dari Tanpa nama..!!!

Harap kawan2 bawa bersabar, tunggu dan lihat ajee!!!

Tuan hamba tanpa nama,
Kisah nabi Musa belajar itu tidak disebutkan nama org itu nabi Khaidir. Sila semak al quran dan baca dgn teliti. Kisah Nabi Khaidir hanya wujud di zaman raja Iskandar Za Al Qoranayana dan beliau berdakwah bersama raja iskandar menggunakan kitab taurat dan agama nabi Ibrahim iaitu Asalama. Dari sinilah asalnya Melayu dan nabi Khaidir inilah yg juga di gelar Al Yasa. Surat Yasa itu merujuk kpd beliau dan matawang kerajaan melayu lama ada tertulis namanya Yasa (Yasin). Baca sejarah mengikut sumber bangsa sendiri.

Tuan Mahadaya,

Terima kasih di atas pembetulan. Saya tahu nama Khidir tak disebut pun di dalam peristiwa itu. Tapi kerana mak Ramboo dah guna saya teruskan ajelah; nanti dia keliru pula.

Yg lain yg tuan sebut tu, saya tak tahulah benar tidaknya. Ada juga teman saya cerita macam tu, malahan lebih detil lagi, cuma saya simpan sajalah dulu kerana saya anggap tak penting sangat.

Salaam.

Puan Singamaraja,

Nama ni garang sangat, nanti susah nak cari jodoh. He ... he ... he .. Tapi nampak gambar lawa, tak apa kut!

Dah dapat ke ijazah master yg ke dua. Kalau sudah, saya ucapkan tahniah. Kalau sudah pandai, janganlah percaya cakap orang bulat-bulat ajee (untuk exam tak apelah), renung dan fikirkanlah sedalam-dalamnya. Suatu hari nanti awak akan ditanya olih masyarakat dan yg terakhir sekali olih Allah sendiri.

Itulah awak terlampau taksub sangat kat orang, mana salahnya pun tak nampak. Banyak kali dah saya kiaskan, namun tak juga awak nampak. Mari kita ambil yg mudah lagi nyata sajalah, kerana awak hafiz Al Quran. Dalam Al Quran, kalau tak salah saya, ada 14 ayat di mana Allah guna perkataan "hadis" selain dari apa yg awak sedia faham, mungkin tak ada terkandung "larangan" Allah tentang hadis kat situ? Cuba fikirkan dengan ikhlas. Allah tahu zahir dan batin.

Salaam.

Jumpa kembali Pakcik,

Jangan cepat melatah Pakcik. Kerana Pakcik suka sanjung orang, Pakcik tuduh orang lain pun macam Pakcik juga. Jangan disanjung sesiapa pun Pakcik, nanti syirik. Sanjunglah kebenaran yg dibawanya. Saya khuatir Surah 6 (Al Anaam) ayat 22-25 berjalan kat Pakcik. Tak percaya pun tak apa Pakcik. Saya sekadar memberi ingat saja.

Apa masalah Pakcik dengan Rashad Khalifa? Dia memberikan berbagai bukti dari Al Quran tentang kebenaran hujahnya. Setelah beliau meninggal, bukti-bukti yg lain pula diutarakan olih orang lain tentang kebenarannya. (sila baca universalunity.org). Bukti-bukti mereka pula adalah yg nyata lagi terang, yg manusia dan jin tak mampu membuatnya, yg hanya Allah saja yg mampu mengadakannya. Sesiapa saja bolih baca dan pastikan kebenaran bukti-bukti yg mereka utarakan. Gunalah fikiran yg waras. Jangan ada senget sebelah di dalam membuat pertimbangan. Yg benar tetap benar dan yg salah tetap salah, Pakcik. Allah pun ada berfirman, "Apabila datang yg HAQ maka binasalah yg batil". Ikutlah contoh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Allah pun tuntut agar kita menegakkan keadilan walau bagaimana sekali pun. Dalam proses untuk menegakkan keadilan jangan ada senget sebelah, Pakcik.

Salaam.

quote:

(Sifat Ma'anawiyah iaitu sifat Kebesaran Tuhan (Asmaul Husna) Sifat Ma'ani iaitu sifat Yang berdiri pada Zat Allah Ta'ala (Sifat yang berkehendakan kepada Tuhan) ertinya sifat makhluk,...)

ulasan:

sifat maani bukan sifat makhluk tetapi sifat allah yang beserta makhluk,,
sejajar dengan firman: wahua maakum ainama kuntum.

sifat makhluk hanyalah tiada daya dan upaya.

allahu a'lam

Tanpa Nama 2010 [Oktober 9 10:05],

Tuan kata sifat makhluk adalah "tiada berdaya upaya", tapi cara tuan berhujjah seolah-olah tuan tahu segala-galanya tentang sifat-sifat Allah; yg mana haq Allah dan yg mana haq makhluk, dsbgnya. Kalau itu bukannya melampaui batas apakah lagi?

Beruk dapat cincin tak tahu nak buat apa dengannya, tapi ada juga beruk, kononnya tahu, macam mana nak buat cincin.

Fikirkanlah, galaxy kita ini jaraknya dengan galaxy yg terdekat adalah 2,000,000 tahun perjalanan dengan kelajuan cahaya (kelajuan cahaya adalah 186,000 batu sesaat)dan langit yg pertama ini Allah hiasi dengan berbillion galaxy. Itu baru langit yg pertama, ada lagi 6 lapis langit. Jadi kalau diambil secara keseluruhannya, kita ni habuk pun besar lagi dari kita.

Ramai sungguh "pakar-pakar bedah tuhan" dalam blog ni. Iblis pun tersenyum lebar memberi sokongan jitunya. Tak cukupkah dengan janji kita pada Allah bahawa "kami dengar dan kami patuh ya Allah?"

Ahlan Wasahlan

INGATAN:

Jika sifat ma'ani itu sifat Allah yang beserta makhluk, makhluk itu bernama apa ?

Jika sifat ma'ani itu sifat Allah mengapa dia memerlukan Zat ? Adakah sifat Allah memerlukan Zat ?

Wahuwa ma'akum ainamakuntum ? Ini memang firman, soalan saya ayat ini adakah menunjukkan sifat atau Zat ? Atau Asmak ? atau asmaul Adhom ?

Belajar baik-baik ya !

Asyik keliru di dalam kalimah ajelah. Kepastiannya tak terbukti? Yg bercakap tak tahu, yg mendengar pun tak tahu juga, tapi masing-masing bertegang lehir mengatakan tahu. Di akhirat nanti Allah akan adili apa yg dipertikaikan.

Manusia memang gemar melampaui batas. Nabi Ibrahim pun hanya berani sekadar meminta bagaimanakah Allah menghidupkan orang yg sudah mati, untuk menenteramkan hatinya saja.

Si luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! biarkan!

pergi berburu ke padang datar,,
dapat rusa berbelang kaki,,
kalau berguru kepalang ajar,,
ibarat bunga kembang tak jadi.

kalau tak tahu boleh ditunjuk satu persatu,, tapi kalau dah berlagak pandai,, siapapun tak sudi nak mengajar,,

masuklah kau kubur masing-masing.

Kalau nak ajar biarlah ilmu yg benar.

Kalau nak belajar pun bairlah juga ilmu yg benar.

Tak ada guru yg berkata ilmunya tak benar. Jadi, kenalah diseliik dan diuji yg mana benar yg mana salah. Tersilap nanti akan diajar ilmu yg tak benar. Sedangkan Nabi Ibrahim pun tersalah tafsir mimpinya, inikan pula kita. Di dalam ilmu ugama, apakah yg menjadi batu pengukur benar tidaknya sesuatu ajaran itu, selain Al Quran?

KALAU TAK NAK SESAT PAKAI GPS.

KITA SEKOLAH X DE LIFT MCM NABI GAK DULU.UNIVERSITI CUMA KT MASJID.HEBAT GELANGGANG NI.TAPI KLU ILMU TAK MAMPU MMBAWA KEBAJIKAN BUKAN DIA LE TU. MR JOHN DOE MEMBERI UJARAN INDAH,TAPI ENTAH NAK KEMANA MANA, TAK ADE GPS LE KATAKAN.KALAU BRU NAK CAKAP HANYA TUHAN YG TAHU, ALHAMDULILLAH,BAWAK2 LE BANYAK2 BERAMAL DR MEMBUANG MASA MENGILMU,PERNAH TAK DENGAR HAMBA ILMU?TAKWA TU AMALAN BUKAN PASTE KT CNI SANA DLM QURAAN.PERBAIKI SESAMA SENDIRI,MEGAH ILMU YG KITA ADE MUKTAZILAH,HANYA TUHAN YG TAU JABARIAH.SEMUA PUN KTA YAKIN TAU GENG TUHAN, PILIH LAH.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

KITA SEKOLAH X DE LIFT MCM NABI GAK DULU.UNIVERSITI CUMA KT MASJID.HEBAT GELANGGANG NI.TAPI KLU ILMU TAK MAMPU MMBAWA KEBAJIKAN BUKAN DIA LE TU. MR JOHN DOE MEMBERI UJARAN INDAH,TAPI ENTAH NAK KEMANA MANA, TAK ADE GPS LE KATAKAN.KALAU BRU NAK CAKAP HANYA TUHAN YG TAHU, ALHAMDULILLAH,BAWAK2 LE BANYAK2 BERAMAL DR MEMBUANG MASA MENGILMU,PERNAH TAK DENGAR HAMBA ILMU?TAKWA TU AMALAN BUKAN PASTE KT CNI SANA DLM QURAAN.PERBAIKI SESAMA SENDIRI,MEGAH ILMU YG KITA ADE MUKTAZILAH,HANYA TUHAN YG TAU JABARIAH.SEMUA PUN KTA YAKIN TAU GENG TUHAN, PILIH LAH.

SALAM,
TIMA KASIH UZTAZ KERANA MAHU GAK MENGAJAR.BODOH PENCEN MCM KAMI NI BANYAK MASA NAK NGULANGKAJI AND BELI KITAB MEMADANKAN POINT POINT TU.BAGUS GAK ADE PANAS BARAN MCM PUAN JEAN DOE TU,LEBIH BYK KAMI DPT KOMEN KOMEN DARI DIA WALAU ASYIK LARI TAJUK. KAMI PUN SEMAK SEMUA KOMENTAR SAUDARI JEAN DOE TU DARI AWAL DLM 2 HARI NI, SERONOK GAK. POLIS PUN KENA BELAJAR GAK.PUAN FADLI PUN KENA BELAJAR GAK.TAPI BELAJAR BAWAK PISTOL TAK JADI.BELOM KENAL KUNTUM MAKNINAH LG BERCERITA HAJARUL ASWAD.MENGENAL DLU DIRI BARU BERSERAH DIRI.HAFAL PUN BAIK,LENGGOK QURAAN KENA BELAJAR CKIT CKIT.TADABBUR TU KE HAFALAN TU YG KEBAJIKAN.KLU MASIH MENGHINA,BUKAN SYAHADAH LE TU.kawan tuggu gak polis tu bersuara, nak belajar le kita.

Salam

Sepatutnya mengikut adat manusia dan hukum Tuhan mana-mana yang tidak betul maka wajib diperbetulkan bukan sekadar membuat sanggahan dan komen sahaja

Jika kita mampu buat komen tapi tidak berupaya memperbetulkan maka itu dajal yang bertopengkan kitab Allah namanya

Berbaik sangka terhadap pandangan orang lain adalah baik selagi pandangan itu ada nas dari Quran, yang menjadi persoalannya ialah kita menggunakan ayat Allah yang kita sendiripun tidak mampu untuk membuat tafsirannya, yang kita faham adalah tejermahan sahaja kemudian kita merasakan kita sudah merasa hebat

Quote "Sepatutnya mengikut adat manusia dan hukum Tuhan mana-mana yang tidak betul maka wajib diperbetulkan bukan sekadar membuat sanggahan dan komen sahaja"

*** Komen dan sanggahan itu bukankah proses pembetulan Pak? Tak semestinya komen dan sanggahan itu betul, tapi Pak kenalah counter pula supaya si pemberi komen pun dapat memikirankannya. Sebab itu Islam digalakkan berjumaah. Lagi ramai yg berfikir dan berkongsi pendapat lagi bagus.

Quote "Jika kita mampu buat komen tapi tidak berupaya memperbetulkan maka itu dajal yang bertopengkan kitab Allah namanya"

*** Wah! Kalau takut kena komen janganlah hebah berita di cyber space. Pak ni maksum ke? Hujah-hujah Pak 100% tak bolih dipersoalkan ke? Kalau sudah berani mengajar, maka perlulah mampu mempertahankan apa yg diajar. Jangan ikut perangai orang kristian, asalkan kita komen saja mereka kata kita "anti-christ".

Quuote "Berbaik sangka terhadap pandangan orang lain adalah baik selagi pandangan itu ada nas dari Quran, yang menjadi persoalannya ialah kita menggunakan ayat Allah yang kita sendiripun tidak mampu untuk membuat tafsirannya, yang kita faham adalah tejermahan sahaja kemudian kita merasakan kita sudah merasa hebat"

*** Ini bukan isu buruk sangak Pak. Ini sekadar memberi pendapat yg berbeza saja supaya orang lain bolih memikirkannya. Saya percaya zaman guru-guru mengajar dan murid-murid tak bolih bertanya, sudah lama berlalu; tapi masih ada lagi rupanya. Kalau Allah berfirman Al Quran itu "jelas dan sempurna" kenapa nak ditafsir-tafsir? Saya tak hebat seperti Pak kerana saya tak mampu nak "bedah" Allah itu begini dan begitu, selain dari apa yg Allah firmankan di dalam Al Quran. Jadi tentulah Pak lebih hebat dari saya.

Di dalam berkongsi pendapat usahlah bantai orangnya, bantailah apa yg dikatakannya. Kalau sudah kenal diri tentulah serangan peribadi seperti ini tak berlaku kerana sudah faham siapa aku siapa awak. Fokus kepada isu saja.

Salamun qaulan mirrabirrahim

Rasanya Pak Karamu bagi komentar tu tak spesifik pun pada sesiapa-very general. siapa makan cili dialah terasa pedasnya..

Pokoknya, berhujahlah berdasarkan Quran dan Hadis, bukan hawa nafsu..

Rashad Khalifa sedikit dijentik, berjela-jela nak mendefend pulak! (apakah Rashad Khalifa maksum?)
siap nak promote website submission.org dan sewaktu dgnnya pulak...aiyooo

Anak Cina makan pengat,
sendiri mau ingat, looo!

Salam Pakcik,

Saya tak defend Rashad Khalifa. Saya semak dan fikirkan apa yg dia kata. Kalau dia kata, pada saya tak betul, saya hentam juga. Cuba Pakcik analisis firman Allah di bawah ini:

[An Nur:55] Allah menjanjikan orang-orang yang BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH dari kalangan kamu bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan. Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

*** Setelah jatuhnya Negara Islam yg pernah didirikan Rasululah dan sahabat-sahabatnya, sudah termakbulkah janji Allah yg tersebut itu Pakcik. Ajaran sama seperti yg dibawa Pak Karamu ini Pakcik sudah ratusan tahun lama wujudnya, namun janji Allah tak juga terjadi. Sekarang ini pun umat islam adalah umat yg tak ditolong Allah seperti yg di dalam ayat tersebut. Siapa yg salah Pakcik Allah atau pun kita? SYARATNYA amat mudah sekali Pakcik "BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH" saja.

MUNGKIN TAK PAKCIK, ALLAH TAK TOLONG KERANA TAK ADA UMAT ISLAM YG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH? Ramai saja tak memberi apa-apa makna, Allah hanya perlukan "beriman dan beramal soleh" itu saja. Kerana pertolongan Allah seperti yg dijanjiNya tak ada juga dan Allah tidak memungkiri janjiNya, maka saya beranggapan seperti yg saya kata sebelum ini. Ajaran seperti yg dibawa Pak Karamu, yg sudah lama wujudnya, tak juga layak diberi pertolongan olih Allah; kalau layak sudah lama umat islam sudah berjaya seperti yg dijanji di dalam ayat tersebut.

Wallahu'alam.

Usahlah melihat terlalu jauh, tanpa nama. Kata orang putih, go back to basics.

Kamu menyebut ttg IMAN dan AMAL SOLEH. Kalau org tu mengucap 2 kalimah syahadah (tapi aku tau syahadah kamu cuma 1 kalimah) org tu digelar Muslim. Yang ni mmglah ramai, tanpa nama..berbilion

Yang tak berapa nak ramai adalah Muslim yang beriman, juga dipanggil Mukmin.

Alkisahnya nak menjadi seorang Mukmin haruslah benar-benar mantap mendirikan Rukun Imannya. agak2 tanpa nama berapa ramaikah plk yg benar2 mendirikan Rukun Iman ni antara yg mukmin tu? sangat sedikit..

Ada yg mengaku Muslim, tapi Nabi Muhammad dia tak mengaku nabi dia. Jadi org2 mcm ni tak payah la nak putar alam mengaku nak perjuangkan Islam...munafikin la tu..

Agak2 tanpa nama, ramai tak org Islam yang belajar bab Tasawuf mcm yg diajar Pak Karamu ni..minoriti!

Tumbangnya kerajaan Othmaniah Turki adalah krn kurangya mereka yg benar2 mukminin. sbhgian besarnya atas rancangan jahat organisasi Yahudi spt Illuminati.

Diorang mmg risau kalau org Islam ni kuat pegangan kerohanian mereka melalui amalan bertasawuf dan bertariqat, lalu menyerang pengamal dan pembawa ilmu yang suci ini..

Aku harap kamu tidak termasuk dalam perangkap Yahudi itu..

wallahua'lam

Salam Pakcik,

Saya setuju kita kembali ke basic. Olih itu say nak tanya Pakcik. Cuba Pakcik justify 2 kalimah syahadah Pakcik dengan menggunakan Al Quran saja.

SALAM,
KITA NAK JUGA TAU,SAMADA TUNGGANG TERBALIK SOLAT KITA BERBUAH,LALU BERBUKTI.WIRID MENJADI WARID,WARID MENJADI NUR,NUR MENJADI APE? TAK MENJELMA DIA MNZAHIR MENJADI AKHLAK, BUKAN DIA LE TU. .BUKTI:AKHLAK TANPA SANTUN BUKAN DIA LE TU. KITA KENA FAHAMI ANTARA PERBEZAAN TERJEMAHAN DAN TAFSIRAN.BAHASA MALAYSIA KENA A LE.SEBAB ITU DLM AYAT 3 AR RAHMAN ADE SEBUT BAYAN.BAYAN NI BUKAN BURUNG.ORG PILIHAN GAK DI BERI ILMU BAYAN, SEBAB TU ADE KITAB BAYAN ALIFF.
APAKAH KEMURKAAN ALLAH SEHINGGA IBRAHIM MELETAKKAN BESI YG TAJAM PD LEHER ISMAIL?ADAKAH ALLAH ZALIM OR CUAI OR MENDUGA?APAKAH MARTABAT IBRAHIM YG KITA HAJIKAN?
APE KEMURKAAN ALLAH LALU RASUL KITA DI BALING DGN BATU DI TAIF,LALU TERJADI DOA TAIF YG HEBAT.
SEMASA PEPERANGAN ZAMAN ALI WAJJAAHA DGN AMRU AL AS, UMAIYAH BAYAR RM 25 JE PD AMRU, TALHAH UBAIDILLAH,ZUBAIR BIN AWWAM.MEKA 2 ORG DI JAMIN RASUL MASUK SYURGA.APA KATANYA BILA DI JEMPUT OLEH IZRAIL?BILA TEWAS LALU JUNJUNG QURAAN.SIFAT SIAPA SUKA BERALASAN,WALAUPUN QURAAN.????
AZAZIL BILA DI ADILI, LALU BERKATA PD ALLAH,KALAU KAU BERKEHENDAKAN AKU PATUH ,PASTINYA AKU PATUH,TAPI KAU MENENTUKAN TAKDIR BEGINI.APE JWP TUHAN SEBELOM MGHUMBAN AZAZIL KE NERAKA?
RASUL KATA, BUKAN UMATKU KALAU YG MUDA X MENGHORMATI YG TUA,DAN YG TUA X MENYAYANGI YG MUDA.APATAH LAGI KALAU YG BERILMU.
SEMUA ILMU DR ALLAH,CUMA KALAU BUKTI(MUSYAHADAH)X ADE BUKAN LE TU.KITA X PUKUL BADAN YG MANE PON (AF'AL ALLAH TU)KALAU JASAD TIDAK BERSERTA ROH BUKAN LE MANUSIA.

SALAM HORMAT SHEIKH,
BAB MUFTAHUL GHUYUB NI GURU2 KITA DULU KATA TERMASUK ILMU HARAM.SEJAUH MANAKAH DAN GARIS PANDUAN YG
ILMU ITU DI KATEGORIKAN ILMU HARAM?
TERKADANG KITA MEMBUKANYA HANYA UTK MEMBUKTIKAN KEAGUNGAN DIA?

Salam tanpa nama,

Kalau nak cari dalil 2 kalimah syahadah itu, seluruh kandungan Quran itulah dalilnya ie

Bersaksi tiada yang disembah, yang dipuji puja, yang maujud, hanya Allah

Bersaksi Muhammad adalah pesuruh Allah

Jadi selepas itu kerjakanlah perbuatan Muhammad, spt yang disuruh Allah dalam Quran!

p/s: hati-hati,syahadah 1 kalimah (mengaku ada Tuhan bernama Allah tapi tak nak mengaku Muhammad sbg Rasul adalah syahadah Iblis)

Benarlah firman tuhan di dlm al quran. Apabila hanya nama tuhan saja disebut maka bangkitlah kemarahan mereka dan apabila di sebut nama berhala yg disembah mereka maka mereka bergembira. Al Quran menyatakan bhw Kamu tidak dikira beriman selagi tidak menegakkan hukum2 taurat, injil dan al quran. Jadi, nabi hamba sudah semestinya memahami kandungan taurat dan mengikut hukum taurat seorang nabi hanya boleh mengahwini anak dara. Jadi, bagi hamba jelaslah Muhammad itu nabi palsu.

Ahlan Wasahlan

Jika kita ikuti diruang komen maka kita dapati Tanpa nama dan Mahadaya adalah sealiran, kegua-duanya tidak mengaku hadis dan nabi Muhammad saw

Mengikut pandangan jumhur ulama yang menilai al quran sama ada mengikut tarmahan ataupun tafsiran maka Muhammad saw itu memiliki mukjizat akan tetapi dinafikan oleh tanpa nama dan muhadaya namun mereka sebut juga al quran untuk berhujah

Orang islam yang mengakui umat Muhammad merasa terkecil hati atas penghinaan yang dibuat oleh dua manusia ini, seorang tidak percaya hadis kerana dia anti hadis dan seorang lagi menafikan Muhammad saw itu sebagai nabi dan rasul Allah, keduanya sealiran

Apabila mahadaya tidak percaya nabi tapi percaya quran maka kita mahu tanya, kepada siapa quran itu diturunkan melalui malaikat Jibril ? Dia percaya pula bahawa Taurat itu diturunkan kepada nabi Musa, ertinya ada nabi tentang al quran tiada pula nabi

Tanpa nama percaya bahawa Rashad Khalifa itu lebih benar dari Muhammad saw sebab itu dia nampak kebenarannya tapi tentang nabi Muhammad dia ragu pula, pada waktu yang lain dia kata dia akan tegur Rashad Khalifa jika ada yang tidak kena, ini menunjukkan dia sentiasa benar dari orang yang dikatakannya benar

Taurat diturunkan oleh Allah kepada nabi Musa sekali gus dipergunungan Sinai diutara Laut Merah dalam bahasa Ibrani itu yang asalnya, kemudian telah diubah-ubah oleh lebih dari seorang yang kemudiannya ajaran kristian dan Yahudi berlainan kandungan Taurat, yang mana satu yang diikuti oleh mahadaya ?

Apa yang kita nampak kedua-dua mereka ini adalah mirip satu aliran tapi ada sedikit perbezaan tentang memahami islam dan para nabi dan rasul

Hamba membaca al quran tanpa baris dan tanda. Tiada terdpt perkataan Islam dan Muhammad di dlm al quran semasa di firmankan kpd nabi. Nabi hamba bernama Ahmad dan ini dinyatakan sendiri di dlm al quran. Al Quran menyatakan bhw taurat di turunkan dlm bahasa yg sama dgn al quran. Memanglah sama sebab hanya ada satu saja bahasa syurga dan bahasa kitab. Kitab taurat di turunkan kpd nabi Musa di Gunung Sinai selama 40 hari dan 40 malam. Manakala kitab al quran di turunkan kpd nabi selama 30 hari 30 malam sebagaimana tersebut di dlm al quran iaitu pada bulan ramadhan. Kalau tak pernah baca al quran, jgn tuduh org sesat. Ada hebat ke Islam? Sejak Islam menyesatkan bangsa hamba, selama itulah bangsa hamba di jajah. Nenek moyang hamba dahulu sentiasa mengikuti agama nabi Ibrahim akan tetapi musuh2 tuhanlah yg merosakkan kitab dgn meletakkan baris supaya manusia menyembah tuhan yg tidak bermakna dan nabi palsu. Gunakan hujjah al quran, jika tuan hamba rasa tuan hamba benar.

Tuan hamba Singamaraja,
Bible itu adalah kandungan kitab taurat, injil dan kitab rasul2. Adakah nabi2 dan rasul2 menganut agama kristian dan yahudi? Tentulah tidak dan di dlm al quran rukun iman ialah percaya kpd kitab2yg diturunkan sebelum al quran. Sapa yg langgar perintah tuhan ini, memang kafirlah hukumnya. Sapa yg berani kata nabi overwrite hukum tuhan ini? Nabi menganut agama nabi Ibrahim sebab tuhan firman begitu dan untuk jadi pengikut agama nabi Ibrahim perlu memahami semua kitab2 yg diturunkan. Hamba beri contoh; di dlm taurat terdpt hukum bhw seorg anak dara bila berkahwin perlu letakkan kain putih semasa kali pertama bersetubuh. Dan keluarga perempuan perlu menyimpan kain yg mempunyai kesan darah tersebut sebagai bukti dan sekiranya keluarga lelaki menuduh perempuan tersebut tidak dara maka keluarga perempuan akan bawa kain tersebut sebagai bukti. Ini hukum yg kemudian di nyatakan sebagai adat. Sebab itulah peribahasa melayu menyebut biar mati anak jgn mati adat. Bangsa Melayu sekarang di perbodohkan oleh hukum2 yg ditulis manusia dan melanggar banyak hukum2tuhan.

Hamba berjuang menegakkan semula agama nabi Ibrahim iaitu agama yg tuhan redha. Hamba mempelajari kandungan setiap kitab2 yg diturunkan. Apabila sampai masanya kelak, hamba akan hukumkan setiap manusia yg mengatakan mereka mengikuti sesuatu kitab dgn kitab2 yg mereka percaya. Sebagai contoh, Gereja bagi kaum Gay. Mengikut injil, jesus mengatakan bhw beliau mengikuti hukum2 taurat Musa. Jadi, mengikut taurat, sesiapa yg melakukan perbuatan homoseksual perlu di bunuh. Jadi, mengapa paderi2 kristian begitu bodoh hingga kitab sendiri pun tak faham? Hamba tidak akan berdiam terhdp manusia yg mencemarkan tanah air hamba dgn perbuatan yg menjadi laknat oleh tuhan. Dan jika anda kata anda Islam pun, apa tindakan anda? Jgn memalukan bangsa hamba, tanah ini milik tuhan dan haram di kotori dgn tindakan makhluk yg lebih hina dari binatang itu.

wahai Mahadaya,

Kamu bukan orang Islam dan bukan umat Nabi Muhammad.!

Oleh krn ini zaman Nabi Muhammad, kamu tak layak hidup zaman ni. pergi lah engkau mengundur masa hidup zaman Nabi Ibrahim.
tidakkah kamu merasa malu kepada Tuhanmu berbicara begitu!

Bertaubatlah mahadaya, jangan sampai kemurkaan Allah membinasakanmu!

Innalillahi wainna ilaihirajiu'un
kullu nafsin za ikatul maut..

Salam Pakcik,

Ada syahadah di dalam Al Quran Pakcik. Nasnya cukup terang sekali. Tapi ia bukanlah 2 kalimah syahadah seperti yg Pakcik selalu ucpakan itu; setengah saja yg betul Pakcik. Carilah Pakcik.

Salam Singamaraja,

Pendirian saya tak sama dengan si Mahadaya tu. Saya pun tak faham setengah apa yg dia cakap. Ada yg benar dan ada yg saya rasa tak benar. Tapi itu haq dialah.

Jangan tuduh sembarangan. Saya tak pernah kata Nabi Muhammad itu bukan nabi dan rasul saya. Saya dilarang dari menjadi saksi di atas kenabian dan kerasulan beliau; namun orang tak faham-faham juga. Larangan-larangannya pula terang-terang di dalam al Quran, namun ramai orang islam tak juga mahu patuh. Jadi takkan saya nak ikut mereka pula. Allah pun ads beri amaran "kalau ikut kebanyakan manusia kita akan disesatkan dari jalan Allah".

Dan mereka berkata: "Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk". Katakanlah: "Tidak, bahkan agama Ibrahim yang lurus. Dan bukanlah dia dari golongan orang musyrik".(135) Al Baqarah
Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allaha, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allaha mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya. (125) Al Nasaa Katakanlah: "Hai manusia, jika kamu masih dalam keragu-raguan tentang agamaku, maka aku tidak menyembah yang kamu sembah selain Allaha, tetapi aku menyembah Allaha yang akan mematikan kamu dan aku telah diperintah supaya termasuk orang-orang yang beriman", (104) dan hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik. (105) Yunus
Kemudian Kami wahyukan kepadamu "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. (123) Al Nahala
Jadi tuanhamba semua engkarlah kpd firman tuhan diatas? Sapa yg bawak friman ini? Nabi hamba mengikuti agama nabi Ibrahim dan nabi hamba bukan Muhammad, nabi palsu.

Tuhan kamu adalah Iblis laknatullah dan nabi kamu adalah Dajjal al-masih

Untuk Mahadaya,

3:144. MUHAMMAD tiadalah melainkan seorang rasul; rasul-rasul telah berlalu sebelum dia. Apakah, jika dia mati atau dibunuh, kamu akan berbalik di atas tumit-tumit kamu? Jika seseorang berbalik di atas tumit-tumitnya, dia tidak akan memudaratkan Allah sedikit pun; dan Allah akan membalas orang-orang yang berterima kasih.

33:40. MUHAMMAD bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah mengetahui segala sesuatu.

47:2. Tetapi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan percaya kepada apa yang diturunkan kepada MUHAMMAD, dan ia adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan melepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan mereka.

48:29. MUHAMMAD adalah rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dia, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya, pengasih sesama mereka. Kamu melihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud. Itulah persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil - seperti sebiji benih yang mengeluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang yang tidak percaya. Allah menjanjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, dengan keampunan dan upah yang besar.

Quote:"Demikian secara rengkasnya mengikut keilmuan sifat dua puluh jadi tidaklah hairang mengapa kalimah tauhid ini disebut sebagai gudang segala sesuatu ilmu yang meliputi seluruh planet bumi dan langit, ini bererti juga bahawa segala keilmuan untuk tamadun manusia mereka perlu mengkaji kalimah لا اله الا الله

*** Kalau benarlah rumusan Pak Karamu ini, sudah tentulah umat islam yg paling maju di dalam segala aspek keilmuan di dunia ini. Tapi, malangnya kenyataannya tidaklah seperti apa yg dirumuskan olih Pak Karamu. Sila Pak Karamu pertahankan apa yg Pak Karamu rumuskan.

Tuan hamba Tanpa Nama,
Al quran itu turunnya tanpa baris dan tanda. Mim Ha Mim Dal di baca Mahamada. Mim tak pernah bunyi Mu, apa tuan hamba tidak mengenal huruf? Jgn buat malu bangsa Melayu dan jgn diperbodohkan bangsa lain. Kita yg memandang tinggi bangsa lain dan merendah2kan bangsa sendiri. Kerana itulah bangsa kita terjajah dan terhina. TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.