Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 89

Salam

SAMBUNGAN  DARI PELAJARAN YANG KE 88 BERKAIT DENGAN  LA ILLAHA

Setelah makhluk yang awal dicipta oleh Allah maka ia ditetapkan oleh Allah setiap makhluk dibawah peraturan dalam keadaan tiada daya dan upaya iaitu  لا حول ولا   (Tiada daya dan upaya)   demikianlah fitrah semua makhluk yang dicipta oleh Allah termasuklah bangsa Jin dan Malaikat yang tidak dapat di lihat. Apabila makhluk awal tersebut telah dicipta maka Allah menempatkannya disuatu alam yang dinamakan alam Roh, kemudia Allah jadikan pula empat anasir anasir alam yang nyata daripada NurNya iaitu tanah nurani, angin nurani, air nurani dan api nurul adhom, dari empat anasir inilah ujudnya penciptaan alam yang nyata

Adapun bentuk anasir alam yang nyata tersebut bukanlah seperti yang kita fikirkan, ia mungkin berupa zat-zat yang halus, atom, molikul-molikul atau elektron, atau ion atau neutron dan sebagainya, dalam istilah agama disebut sebagai jirim, jisim, jauharul fardhi dan jauharul basit, maka daripada sinilah Allah membentuk alam yang nyata dengan cara perperinkat-peringkat seperti yang disebut oleh Allah dalam surah Al Fussilat ayat 9 hingga 12. Maka dengan ujudnya makhluk maka makhluk adalah dibawah peraturan keilmuan  الا  iaitu satu peraturan tidak mutlak melainkan dikuasai dan ditadbir oleh Allah, kerana itulah dikatakan bahawa kalimah  الا  itu adalah berdarjat sifat Qahar sebagaimana firman Allah dalam surah Al An'am ayat 61

وهو القا هر فوق عباده ويرسل عليكم حفظة

Maksudnya:  Dan Dialah yang berkuasa terhadap sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (dari kalangan malaikat) 

Ayat yang diatas jelas menyatakan bahawa Allahlah yang berkuasa terhadap sekalian hambaNya, ini bererti segala makhluk ciptaan Tuhan adalah didalam kekuasaan Allah dengan maksud Dia mentadbir, mengatur, memerintah, mencipta dan sebagainya. Adapun sifat Qahar yang terdapat didalam keilmuan sifat 20 letaknya adalah pada kalimah  الا  dan ia mengandungi empat sifat ma'ani iaitu sifat Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat sementara maksud Ma'ani pula ia berkehendakan kepada Zat (Tuhan) dalam istilah bahasa lama disebut sebagai berdiri sifat kepada Zat ertinya setiap yang berkehendakan kepada Zat itu adalah makhluk

Dengan hujah diatas dapatlah kita fahami bahawa kalimah  الا   pada kalimah  لا اله الا الله  itu adalah maqam makhluk kerana ia tidak mutlak, dalam bahasa biasanya ia bermaksud MELAINKAN  dengan erti jika diambil daripada ilmu tafsir bahawa mutlak itu bermaksud  Muunujukkan sesuatu hal yang tidak tertentu tanpa dikaitkan dengan sesuatu, 

Apa yang menjadi persoalan kepada kita ialah jika sifat Qahar Allah itu mengandungi empat sifat ma'ani yang bertaraf  makhluk maka jenis apakah makhluk tersebut ? Sebagai contoh jika sifat Qudrat ia terdiri daripada makhluk apa ? Iradat terdiri daripada makhluk apa ? Ilmu terdiri daripada makhluk apa  dan Hayat terdiri daripada makhluk jenis apa, Adakah makhluk ini merupakan keperluan penting bagi kehidupan semua makhluk termasuk manusia ? Maka bergurulah dengan orang yang arif tentangnya, apa yang kita maklum segala sumber kehidupan wajib ada empat perkara sifat tersebut










Comments (75)

Cara Pak Karamu bercerita ini seolah-olah beliau menyaksikan semua peristiwa ketika Allah menciptakan makhluk-makhlukNya. Terror betul ilmu beliau ini.

Pembaca sekelian fikirkanlah masak-masak, takut nanti terjerumus ke neraka. Di dalam berugama ada batasannya; janganlah melebihi batasannya dengan sangka-sangka. Allah berfirman sangkaan bukannya kebenaran.

Sekadar memberi ingat saja.

Nampaknya tak cukup bagi kita bahawa Allah menyaksikan segala sesuatu, maka kita pun nak juga menyaksikannya; malahan kita bercerita pula akan apa yg kita saksikan itu, selain Allah.

[41:53] Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan BELUMKAH CUKUP BAHAWA TUHANMU MENGETAHUI DAN MENYAKSIKAN SEGALA SESUATU?

Wahai tanpa nama,

Datangmu ke blog ini tak diundang dan racun was-was mu yg cuba ditiup sudah lama kami hidu..

Lagak ala desperado berbau orientalis-liberalis..

Aku hanya mendoakan supaya kamu sama-sama diberi hidayah ke jalan Al-Haq oleh Allah s.w.t. Jika kamu engkar, nantikanlah kebinasaan oleh Allah s.w.t..

Salamun qaulan mirrabirrahiim..

sama-samlah kita doakan tanpa nama ini pakcik, semoga Allah memberikan dia hidayah untuk menerima dan berlapang dada ilmu yg HAQ...amin...

Salam,

Doa-doa ana yg murni itu saya amat hargai, Alhamdulillah. Tapi, lebih baik jika berikanlah nas-nasnya dari Al Quran yg membuktikan kata-kata saya adalah salah. Saya berprinsip "Yg haq akan membinasakan yg batil".

Cubalah anda ambil iktibar dari cerita korban Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Nabi Ibrahim MEMBENARKAN mimpinya lalu dia nak sembelih anaknya Ismail. Ismail pula setuju, sekiranya itu perintah dari Allah, maka dia redha disembelih. Olih kerana kasih sayang Allah terhadap keduanya, maka Allah campur tangan dan menebus Ismail dengan seekor kibas. Apa kena mengenanya dengan kita? "Dikhuatiri Allah tak tebus kita nanti; kita tak setaraf dengan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail".

Alhamdulillah.

assalamualaikum...

bapak semoga afiat selalu....

alhamdulilah en3 yang yang ada cerita... dan zakir pun pernah dengar cerita begini dari mulut seorang makhluk manusia yang bertaraf insan juga ada menyaksikan tentang penciptaan awal makhluk ini... kebenarannya tanyalah iman sendiri....
.
.
.
.
zakir nak tanya dan nak tahu...
ADAKAH SEAWAL PENCIPTAAN MAKHLUK ITU IANYA TELAH TERSEDIA ADA BERSIFAT......

nak jugak tanya pada sahabat TANPA NAMA tu....

1)____jika seseorang itu mengatakan telah mengenal diri apakah buktinya dia itu telah mengenal diri..... siapakah yang dapat membuktikannya....

2)____ yakin dan percaya itu apakah bezanya.

3)_____Jika dikatakan diri itu di miliki diri empunya diri apakah buktinya diri itu adalah diri tajali dan mengapa harus di tajalikan diri itu mengikuti telunjuk ketuhanan dan bukan telunjuk tuhan


apa pun mintak maaf kepada bapak Karamu yang handsome kerana terpaksa menggunakan landasan blognya untuk mengimarahkan saol tanya.... almaklumlah Tuan TANPA NAMA tidak mempunyai halaman... Harap-harap tuan TANPA NAMA esok lusa nanti akan ado halaman sendiri... bolehlah kita berkongsi suka duka ya.

Salam,

[12:111] Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Fikirkanlah apa yg Allah firman di atas.

Salam tanpa nama, keluhuran hatimu untuk menjelaskan dengan terjemahan AlQuran sangat dihargai. Alhamdulillah, terpulanglah pada tanpa nama samada hendak menerima ilmu ini ataupun sebaliknya. tidak semua terjemahan dalam Al-Quran itu semuanya tersurat, bahkan terdapat juga yang tersirat bagaikan ayat2 makkiyah dan madaniyah.. pernahkah tanpa nama terfikir mengapa Allah merahsiakan ilmu sir kepada hamba2nya kecuali hamba2 yang dikasihiNya sahaja? Tidakkah ia hanya untuk mendekatkan diri kepadaNya supaya hati mencapai tahap nafsu mutmainnah dan seterusnya ke kamaliyah? pernahkah tanpa nama menafsirkan terjemahan Quran ini dengan hati yg sejahtera?

Salam,

[11:18] Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka, dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi, dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): “Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka”. Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim!

[11:19] Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan ugama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat;

**** Dalam berlumba-lumba nak mengenal diri, dan memasuki alam yg tak diketahui langsung, maka waktu untuk mengaji/memahami/mengkaji Al Quran, hilang begitu saja. Allah berkata-kata dengan kita lebih dari 6,000 ayat, kita nak cari ayat Allah yg lain; samalah seperti orang dahulu yg meminta quran yg lain dari Muhammad. Pelik sungguh manusia ini.

Salam,

Bukan nak salahkan orang yg nak mengenal Allah. Tapi janganlah melampaui batas. Apa kurangnya apa-apa yg Allah sendiri berfirman tentang DiriNya.

Mengenal tak bemakna selamat. Malah kepatuhanlah yg akan menyelamatkan kita. Contoh yg tersirat adalah peristiwa iblis dan Adam. Mereka berdua bukannya tak mengenal Allah, tapi masing-masing engkar akan perintah Allah yg jelas lagi mudah. Apabila tak patuh, maka terjerumuslah ke kemurkaan Allah. Bezanya antara keduanya; Adam bertaubat, tapi iblis tak mahu bertaubat. Kita, yg masih ada lagi sisa masa ini, bagaimana?

Fikirkanlah.

salam tanpa nama,

bahkan Allah Maha Mengetahui..

terpulanglah pada saudara..

manusia perlu mengkaji dan perlu mendalami ilmu..

ilmu itulah yang boleh memberikan manusia berfikir yang mana baik dan buruk yang mana pahala dan dosa.. tetapi ia perlulah didasari dengan AlQuran, Assunnah, Ijmak Ulama dan Qiyas...

Manusia sifatnya bagaimana? apakah yang dikatakan awal2 agama? maksudnya bagaimana? awaludin magrifatullah itu adalah bermaksud awal2 agama itu mengenal Allah.. bagaimana hendak mengenal Allah? ilmu inilah yang perlu dicari.. Tanpa nama pasti banyak terjemahan yg sudah di dalam fikiran, tentu boleh menghuraikan berlandaskan Quran, bagaimana hendak mengenal Allah dan bagaimana?

kehidupan di dunia ini adalah (permainan yang) sementara,, tidak kiralah siapa pelakonnya, sama ada orang alim, orang jahil, manusia atau syeitan,,

mereka hanya memegang watak lakonan sebagaimana yang tertulis dalam skrip asal,, semuanya adalah iradah dan qudrat allah, yang terzahir melalui afaal nya.

tak payahlah nak bertegang leher atas lakonan itu,,

tapi cubalah untuk memahaminya.

tiada siapa hendak bertegang leher wahai saudara tanpa nama.

teruskalah lakonanmu sbg tanpa nama. semoga Allah meredhaimu dan kita semua atas lakonan masing2.

semoga usaha murni tanpa nama dapat menyatukan ummah.. kami di sini tetap mencari dan mendalami ilmu kerna itulah tugas seorang yg cinta akan ilmu untuk mencintai Allah Sang Pencipta..

Ahlan wasahlan

Yang tanpa nama merapu tu buat apa ? Bukankah N3 Pak Karamu tu menceritakan tentang ilmu kalimah tauhid ? Apakah kamu fikir ia maksud kalimah tauhid mengikut bahasa arab, yang kamu merapu bawa cerita Nabi Ibrahim dan Ismail tu buat apa ?

Andainya kamu tidak faham dan cuba hendak mengalihkan tajuk sebenar dari N3 Pak Karamu maka kamu carilah blog lain yang menceritakan tentang sirah nabi-nabi, N3 ini bukan nak ceritakan tentang sirah akan tetapi adalah tentang akidah

Jika kamu berani ulaslah ilmu akidah dari N 3 Pak Karamu itu, jika tidak tahu tutuplah mulut kamu

nampaknya TANPA NAMA tak sudi menjawap soalan kanak-kanak hingusan dari zakir.....

soalan no. 2 pun TANPA NAMA tak mahu jawap....
2)____ yakin dan percaya itu apakah bezanya.

hish___hish__hish___

Zakir,

Kalau anda masih kanak-kanak yg berhingus lagi, pergilah bermain ditempat lain. Pergi main layang-layang ke, guli ke, .... Asyik sesat di dalam kata-kata saja.

HISH....hish...hish...
nampak sangat TANPA NAMA dah declare siapa dia yg sebenarnya....

hish...hish...hish...
bak kata AIMAN... aiman tak kesah...

kalau budak hingusan mesti kita didik dan tempa dia menjadi acuan janganlah kita pulak menghalau dia. Kesian tau.

hish...hish...hish

indah nian di balik cahaya
terang bulan bukan lah cinta
engkau itu bagai nian bercerita
sedang diri makin derita

lengang lengguk bayang nestapa
dalam kelam tanpa nama bersuara
bukan aku tanya mengapa
tapi engkau dah tenggelam punca

hish...hish....hish

Ahlan wasahlan,

Marah rupanya singa ni. Kan ada yg tersirat di dalam cerita korban Nabi Ibrahim dan Ismail tuuu. Di situ ada berkaitan dengan apa yg anda panggil akidah. Tak nampak ke? Jangan asyik nak sembelih lembu/kerbau aje setiap tahun.

Pak Karamau terangkan bahawa di dalam mengucap syahadah pun seseorang itu masih kafir lagi kalau tak penuhkan syarat-syaratnya. Tapi, Nabi kita pun, kononnya ada berkata, ia itu, di akhir kalam sesiapa mengucap syahadah masuk syurga. Allah pula berfirman kalau nak tunggu di akhir kalam (seperti Fir'un) baru nak beriman, sudah terlambat. Siapa yg betul agaknya?

Diantara Pak Karamu dan Nabi, tentulah Nabi yg betul.

Diantara Nabi dan Allah, Allahlah yg betul.

Di penghujungnya, Allah sajalah Yg betul.

Namun, semua "anda" di dalam blog ni kata Pak Karamu yg betul. Kalau begitu, salahlah Nabi dan Allah -- ya keee???

Sekadar berkongsi pendapat dan peringatan saja.

Salama,
Berbahagialah sesiapa yg menyucikan jiwanya dan merugilah sesiapa yg mengotorinya. Manusia mempunyai 2 bahagian iaitu jasad (material) dan roh (spiritual). Roh ini bersifat kekal dan tiada permulaan. Kematian berlaku akibat pemisahan roh dari badan. Ini bermaksud kematian adalah proses biasa yg pasti berlaku kerana badan adalah material yg sementara sifatnya sama dengan alam semesta ini. Manusia tiada daya melakukan apa2 pun kerana setiap perbuatannya perlulah diizinkan tuhan seperti jantung berdenyut, tangan mengangkat dan kaki berjalan. Jadi, apakah yg menyebabkan manusia itu berdosa? Apabila manusia tidak memahami hakikat betapa besarnya kekuasaan tuhan dan berapa kerdilnya manusia, maka manusia menganggap bahwa dia berkuasa melakukan apa saja. Di sinilah dtgnya perasaan menjadikan dirinya tuhan kerana tidak merasakan bhw segala kekuatan itu sebenarnya milik tuhan dan tidak mahu mengakuinya hasil dari kejahilannya sendiri.
Roh manusia dan roh tuhan sudah pasti berbeza kerana roh manusia di batasi oleh masa, ruang dan tempat manakala roh atau zat tuhan itu tidak mempunyai batasan, ini melambang betapa manusia itu perlu mengabdikan diri kpd tuhan. Ibadat yg dilakukan spt solat, jika dilihat dari mata kasar adalah perbuatan dan dgn keizinan tuhan. Namun, isi sebenar solat ialah pengabdian mindanya dan rohnya kpd maha pencipta di mana kita menfokuskan seluruh konsentrasi kita kpd pengabdian jiwa yg luhur. Sucikan jiwa maka tenanglah ia dengan redha dan diredhai.

penerangan Pakaramu itu adalah tajali sifatNya

kata-kata nabi itu adalah tajali ilmuNya

firman allah itu adalah tajali zatNya....

JIKA KAMU MASIH TERCARI-CARI SIAPAKAH YANG BENAR KEMBALILAH KEPADA YANG PALING MUDAH KEMBALILAH KEPADA YANG PALING SUKAR NILAIKAN KEDUANYA ADAKAH MEMUDARATKAN IMAN DAN TAUHID MU JIKA KEDUANYA MEMUDHARATKAN IMAN DAN TAUHID MU PADANYA HENDAKLAH ENGKAU MENINGGALKAN SEGALA KEKUSUTAN ILMUNYA KERANA DIALAH DI SEBALIK ILMU ITU.

bila nak jawap soalan?

hish...hish...hish....

jawap ajerlah soalan no.2 yang paling simple sekali tur...


hish...hish..

"JIKA KAMU MASIH TERCARI-CARI SIAPAKAH YANG BENAR KEMBALILAH KEPADA YANG PALING MUDAH KEMBALILAH KEPADA YANG PALING SUKAR NILAIKAN KEDUANYA ADAKAH MEMUDARATKAN IMAN DAN TAUHID MU JIKA KEDUANYA MEMUDHARATKAN IMAN DAN TAUHID MU PADANYA HENDAKLAH ENGKAU MENINGGALKAN SEGALA KEKUSUTAN ILMUNYA KERANA DIALAH DI SEBALIK ILMU ITU."

**** Beginikah hujjah orang yg bermakrifah????? Lintang pukang bahasanya. Mat salleh kata, "much ado about nothing". Maaf, masih berhingus lagi rupanya. Salah saya.

TANPA NAMA yg mana satu?

Quote:"penerangan Pakaramu itu adalah tajali sifatNya

kata-kata nabi itu adalah tajali ilmuNya

firman allah itu adalah tajali zatNya...."

**** Orang macam ini tak bolih di"kalahkan", ada saja kitab-kitabnya sendiri untuk menegakkan benang yg basah.

KALAM TANPA MURSYID said...,
Janganlah engkau wahai manusia berdolak dalih dari pekara yang engkau tidak ketahui jika kamu masih berdolak dalih dari angkara mu pasti engkau akan menjadi hambanya nafsu.

kalau tak tahu nak beri apa jawapannya dari soalan budak-budak.... marilah join geng budak-budak hingusan.....
jangan malu jangan segan..... tak rugi klu buang ego walau sesaat...

ha...ha..ha...

aku hanyalah makhluk allah
ingin belajar menjadi hamba
klu aku berjalannya salah
wajib atas mu membimbing saya

Ahlan Wasahlan

Saya tak marah dengan kamu tanpa nama tapi hujah kamu dangkal, jika kamu benar-benar tidak berhingus berilah komen dari N3 Pak Karamu itu dimana silapnya ?

Tidak guna kamu membebel disini sudahlah anti hadis kemudian nak kelentong pulak, Saya cabar kamu dimana silapnya N3 Pak Karamu ?

Apabila diri tak tahu menari, dikatakan lantai yang terjongket..

Apabila diri tak berilmu, dikatakan semua orang salah..

Seolah dialah wakil utusan Allah untuk menerangkan isi al-Quran seluruhnya..

Walhal sedar atau tidak, Iblis bersarang meniupkan was-was prasangka dalam sanubari & pemikiran..

Wahai tanpa nama,

Jangan mengundang kemurkaan Allah!

Ahlan wasahlan,

Apa? Singa masih tak tahu lagi? Cuba rujuk kepada hujah saya pada "2010 September 21 13:57" Jawablah, siapa yg betul dan patut diikut -- Pak Karamu ke, Nabi Muhammad ke atau Allah? Semuanya "mutually exclusive" kata mat salleh.

LISAN WITHOUT MURSYID said.......

Diiringi hati dengan hakikat kewujudan DIA. Hingga segalanya ternafi dari membuahkan isbat. Begitulah duhai diri mu insan makin berdebat makin terhijab. Jadilah kalian yang diantara, memihak jahil pun tidak memegang haq pun tidak. Berdirilah di sempadan di antara keduanya hingga tanganNYA yang akan memanggil mu kelak. Sesungguhnya kita tiada daya upaya.....

dalam belukar cinta itu sembunyi,
datang si kalahari memetik sunyi,
tika aku menari tiada siapa mengerti,
melainkan dia saja yang memerhati.

Zakir, salam,

Kalau nak masuk gulongan budak-budak pun, biarlah gulongan budak-budak yg baik dan pintar. Jangan pilih gulongan yg bodoh.

Saya tak mampu nak membimbing anda, hanya Allah yg mampu berbuat demikian. Tapi, kan anda sendiri yg bermohon kepada Allah setiap kali anda melakukan solat supaya diberi petunjuk ke jalan yg lurus, jalan orang-orang diberi nikmat, bukan jalan yg dimurkai, bukan jalan yg sesaaaat? 17 kali sehari semalam, sudah berapa tahun agaknya. Maka sudahkah Allah memenuhi permohonan anda tersebut? Sudah tentu sudah, kalau belum saya pun hairan juga. Bagaimana?

salam..

saudara tanpa nama kalau dilayan, makin di asak supaya membenarkan kata2nya..

saudaraku tanpa nama, kumohon supaya Allah bukakan pintu hatimu untuk menerima ilmuNya yang Haq suatu hati nanti..

kepada sahabatku yg lain.. teruskan jalanmu agar berada dalam selimut Allah..

kalau si bodoh berjumpa si jahil. Si jahil berkata Nama ku RahsiaNya. Lalu aku memanggilnya si TANPA NAMA menuju hakikat. Namun si bodoh tetaplah bodoh kerana bertanya soalan pada si jahil. Rupanya si jahil tidaklah pandai kerana soalan si bodoh pun tidak mampu di ungkai tidakkah itu namanya TANPA NAMA berada di bawah tapak kaki si bodoh budak-budak hingusan.... ha ha ha

hish...hish...hish.... bak kata AIMAN...AIMAN TAK KISAH

jika mencari ihdinalsiratlmustaqim...
Wahai hamba hendaklah engkau bersabar untuk DIA... bukan mengharap dari amalan mu(17kali sehari semalam) sedangkan DIA itu pembuka segala rahsia dan janganlah engkau memandai-mandai dengan memerintah kepadaNYA.

INI SOALAN BUDAK-BUDAK UNTUK TANPA NAMA
1)____jika seseorang itu mengatakan telah mengenal diri apakah buktinya dia itu telah mengenal diri..... siapakah yang dapat membuktikannya....

2)____ yakin dan percaya itu apakah bezanya.

3)_____Jika dikatakan diri itu di miliki diri empunya diri apakah buktinya diri itu adalah diri tajali dan mengapa harus di tajalikan diri itu mengikuti telunjuk ketuhanan dan bukan telunjuk tuhan

Zakir,

Ekor kucing kucinglah yg menggoyangkannya. (Kalau tak faham maksudnya, tanyalah pada yg faham.)

Quote:"jika mencari ihdinalsiratlmustaqim...
Wahai hamba hendaklah engkau bersabar untuk DIA... bukan mengharap dari amalan mu(17kali sehari semalam) sedangkan DIA itu pembuka segala rahsia dan janganlah engkau memandai-mandai dengan memerintah kepadaNYA."

**** Patutlah tak ketemuan, sudah "diberi" pun tak juga tahu. Masih ternanti-nanti, sampai bila agaknya; Allah beri akal tak mahu guna, nak tunggu Allah cakap juga sebab "tak berdaya upaya" tapi makan minum dan nikah kahwin berdaya upaya pula. Tapi, hairan lagi menakjubkan "rahsia" sudah pula tahu. "Rahsia"lah yg senang berselindung di sebaliknya, kerana tak bolih diberi tahu kerana ianya rahsia. (Mana anda ambil ayat di atas tu? Tak ada di dalam Al Quran kan? Kalau tak ada, mana datangnya? Anda ada tuhan lain selain Allah ke?)

Salam Pakcik,

Lama tak bersuara. Sudah darjah berapa sekarang; dulu darjah 5. Mungkin sudah ke universiti kut.

Salah? Saya tak anggap Pakcik salah, cuma berhati-hatilah. Saya sekadar memberi peringatan dengan ayat-ayat Al Quran saja. Ingat mengingatkan itu disuruh Allah sebab itu kita digalakan berjemaah.

Ilmu? Saya tidak berilmu. Keadaan saya, sama seperti si Zakir, tak berdaya upaya. Yg saya sampaikan adalah ayat-ayat Allah yg saya fahami; bukan pendapat peribadi yg melulu. Si Zakir menghasilkan ayat-ayatnya sendiri lalu dikatakannya dari Allah. Ilmu dia tu memanglah terror. Semoga saya tak sampai ke tahap dia.

Kita semuanya hamba Pakcik. Marilah sama-sama mencari kebenaran dari Al Quran.

sabar itu adalah akhlak yang mulia,, dan nampaknya forum komen pak karamu semakin sengit dengan pendapat masing-masing,

kira-kiranya jarum syetan itu dah masuk,, antara jarum itu adalah melalui kemarahan,, nafsu amarah,,

Ingatlah,, Rasullulah itu diutus adalah sebagai rahmat seluruh alam,, jadi contohilah beliau,,

di sini,, masing-masing mahu menegakkan dia yang betul,, tetapi betul atau tidaknya seseorang itu tertakluk kepada position (level atau tahap masing-masing),,

umpama pendaki gunung everest,, pada level masing-masing mereka akan bercakaran, berkaitan pemandangan yang mereka lihat dan yang diceritakan,, masing-masing saling membantah,, itu tidak betul,, ini yang betul,,

ini adalah kerana pandangan mereka berbeza-beza,, tetapi mereka begitu yakin pandangan mereka lah yang benar,,

tetapi,, ingatlsh,, apabila kesemua mereka sampai ke summit(puncak gunung),,

pandangan tidak lagi berbeza,, mereka melihat pemandangan yang sama,, maka tiada lagi pertengkaran, dan bantah membantah,,

oleh itu,, wahai saudara-saudari cubalah untuk memahami dan bertoleransi,
jangan masuk perangkap syeitan.

Salam Tanpa Nama "2010 September 21 20:09",

Maaf, saya tak setuju bahawa betul atau tidak sesuatu itu adalah di atas position. Pada saya ia adalah berdasarkan firman-firman Allah di dalam Al Quran. Namun saya tak nafikan bahawa ayat-ayat Al Quran pun bolih dimanipulasi olih sesetengah orang. Jadi terpaksalah kita berhati-hati.

Rasul pernah mengadu kepada Allah yg umatnya/kaumnya mengabai-abaikan Al Quran. Namun umatnya asyik nak mengenal Yg menurunkan Al Quran. Apa, mungkinkah Rasul sudah tersalah? Mungkin juga umatnya yg tak faham apa yg dikatakan olih Rasul mereka.

Ahlam Wa Sahlan

Saya nampak Pak Karamu dalam N3 dia juga menterjemahkan kalimah tauhid itu berpandukan kepada Quran langsung kamu tidak jawab soalan saya

Kamupun mengaku berhujah dengan al quran yang mungkin dari Nabi Ibrahim (quran kamu)sebab kamu sangat suka bercakap tentang nabi Ibrahim dan korman Hadis nabi muhammad kamu tidak pakai sebab kamu anti hadis tapi kamu suruh ikut nabi, kamu ni gila isim ke ?

Sejak Pak Karamu tak benarkan kamu singgah kat sini adalah kerana kamu penyesat umat Mehammad dengan konsef quran kamu dari nabi ibrahim andainya kamu bealasan dengan quran tapi kamu anti hadis tak gunalah kamu membebel disini pergilah jauh-jauh, nasib baik Pak Karamu izinkan kamu datang balik

Kamu pergilah cari blog anti hadis baru sesuai dengan kamu, komen N3 ni pandai membetulkan tidak pandai, eloklah kamu jadi tikus betina

Aku nih PEMBODEK Pak KaraMu..apa beza haji syariat dengan haji HAKIKAT..adakah ini jugak ILMU SESAT..atau pengacau Pak KaraMU..tak cukup panjang KAILnya untuk menduga LAUTAN ILMU ALLAH SWT...http://airbaloi.blogspot.com/2010/09/haji-syariat-dengan-haji-hakikat.html

Salam,

Wahai si orientalis tanpa nama.

Jika sudah mata hati dipakaikan cermin hitam, maka segala yang dipandang akan nampak hitam! Maka ilmu mu juga akan jadi ilmu yang hitam!

Lebih malang, hendak disalahkan orang lain pula, kerna tidak nampak warna hitam seperti yang kamu pandang!

Jika sedikit saintifik dan 'western', dalam disiplin ilmu neurolinguistic program, ini dipanggil 'internal representation' atau dalam bahasa mudahnya paradigma yg melekat dalam otak, yg menentukan 'how we behave'

Maka 'internal representation' atau paradigma inilah yang perlu benar-benar murni dan suci, sebelum seseorang terjun ke arena keilmuan, mengkaji, berbahas, berbincang dsb-lebih2 lagi dalam ilmu ketuhanan.

Dalilnya? lihat saja surah Al-Syams ayat 9-10:

"Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan rugilah orang yang mengotorinya"..

Ini pun bukan, kata aku, tanpa nama...tapi kata Tuhan.

wallahua'lam

salam,,

banyak orang termasuk tokoh agama yang tidak percaya allah itu boleh dilihat dan dikenali di dunia ini juga,,

mereka beranggapan allah itu hanya akan ditemui di akhirat kelak,, tetapi itu tidak benar,, kerana allah dapat dilihat di dunia ini juga,, allah itu amat nyata dan terang,, (sudah tentu ini bagi yang telah melihat allah)..

bagi yang belum melihat allah itu, menreka menyatakan allah itu ghaib,, tapi allah itu tidak ghaib,, yang ghaib adalah manusia yang tidak mengenal allah,,

sungguh malang bagi mereka kerana allah tidak membolehkan mereka melihat allah di dunia ini, kerana mats hati mereka buta.

tapi allah sendiri menyatakan di dalam al quran Dia boleh ditemui di dunia ini juga,,

sila rujuk al quran (84:6), (17:79), (2:46), (29:5), (50:22), (33:21), (74:23).

Ahlan Wasahlan,

Alahai!!! Marah pula dia. Coollah brader.

Pak Karamu tak marah pun saya kat sini; malahan dia kata elok juga kita berbincang supaya lebih teguh keyakinan kita.

Siapa kata Nabi Ibrahim ada Quran? Allah kata dia ada "suuf". Namun suuf pun samalah kandungannya dengan Al Quran sebab asalnya pun dari Allah jua.

Apa, salah ke kalau kita ikut ugama Nabi Ibrahim? Kan Allah perintah Nabi kita, Muhammad, ikut ugama Nabi Ibrahim yg hanif? (Anda tak tahu ke?). Kalau Nabi kita diperintah ikut ugama Nabi Ibrahim, kita tak kena mengena ke? Nabi Ibrahim, paling top tahu tak? Dialah satu-satunya nabi yg sanggup menyembelih anaknya semata-mata kerana mengikut perintah Allah. Nabi kita, Allah suruh dia katakan kat Zaid supaya mencerai Zainab, dan dia pula nikah dengan Zainab pun, dia segan nak buat. Macam mana? Di antara 2 perintah tu yg mana lebih berat? (Bukan nak membezakan nabi-nabi tapi sekadar nak membetulkan yg bengkok.)

Alahai!!! Nak halau orang pulak. Kalau anda di jalan yg benar, apa anda takutkan? Kenapa nak was-was? Tunjukkan dalil-dalilnya. Tak penting sama ada saya percaya atau tidak;yg penting saudara-saudara kita yg lain. Mereka akan mula berfikir betul tidaknya. Kan kita sama-sama mencari kebenaran?

Alhamdulillah.

Pakcik,

Alahai!!! Lagi tinggi ilmu, lagi kuat melalutnya. Jangan prasangka Pakcik, tak baik; Allah pun larang. Orang yg bersih jiwanya tak buat macam tuu apatah lagi yg tinggi makrifahnya macam Pakcik.

Ayat-ayat itu memang benar Pakcik. Nak membersih jiwa bukan terhad pada duduk berzikir saja Pakcik. Ada banyak lagi kerja-kerja nak kena buat. Namun kalau Pakcik hanya berzikir saja, saya galakkan juga. Yg saya tak senang apabila orang islam sendiri membuatkan ugama Allah itu menjadi susah. Bayangkan mengucap syahadah (dengan ikhlas) pun bolih jadi kafir lagi.

Coollah sikit Pakcik.

lisan tanpa mursyid said....

Dari hati itu belum lagi pasti jika ia yakin pasti tertutup segala bicaranya. Namun TANPA NAMA itu masih lancang walau dalam pukang tetap dia cuba pertahan. Dalam diam sendirian terbungkam....

budak ini tak tahu jalan ihdinalsiratalmustaqim,
tapi budak ini hanya tahu memakai pakaian siratalmustaqim,
oleh itu jgn kau bersikap zalim,
kerana alam ini bersepah orang yang alim.

di bawah tapak kaki ku tanpa nama,
mohon di kejar sang jauhari,
mana mungkin kau akan bersama,
kerana dikau tanpa nama bukan bistari.

Soalan ku jual kau tak jawab,
Mana mungkin kau orang yang bertanggungjawab.

hish....hish.....hish....

Tanpa Nama "2010 September 22 10:50",

Anda berdusta. Hanya 2:46 saja yg mirip menyokong pandangan anda. Namun ayat itu bolih juga diertikan berjumpa di akhirat kelak dan tidak di dunia ini.

Apa yg Allah cipta, bukanlah Dia, walaupun Allah meliputi segala-galanya. Selain Allah, segalanya diciptaNya. Setiap yg diciptaNya mempunyai "zat,sifat,afaal,ismak"nya sendiri. Namun Yg Menciptanya tidak juga kelihatan; melainkan dengan mata ilmu jua.

Nabi Musa nak melihatNya, tapi tak mampu. Malahan umat Musa pun nak melihat Allah, lalu disambar petir sampai mati/pengsan.

Wallahu'alam.

Zakir,

Kalau ada penulis yg EGO di dalam blog ini engkaulah orangnya. Tapi engkau berkulitkan orang bermakrifah tinggi. Ikutlah rasmi padi makin tunduk, makin berisi.

Masuk bakul angkat sendiri. Itulah darjat yg engkau gambarkan; selainnya Allah sajlah yg tahu.

Zakir,

Quote:"budak ini tak tahu jalan ihdinalsiratalmustaqim,
tapi budak ini hanya tahu memakai pakaian siratalmustaqim,
oleh itu jgn kau bersikap zalim,
kerana alam ini bersepah orang yang alim."

****Budak ni dah dapat pun apa yg ia minta dari Tuhannya dengan buktinya sekali. Aku khuatir engkau, yg tak secara langsung, akan berkata Tuhan engkau zalim, kerana sudah beribu kali engkau minta, namun tak juga diberi. Tapi ... mungkin juga sudah diberi, tapi engkau yg tak tahu, lalu terus juga engkau minta; nasib baik Tuhan engkau tak tunjukkan marahNya kat engkau sehingga waktu yg tertentu. Lepas tu, "Nanyalah" kata orang Kedah.

dari kalam mu bukanlah bistari namun engkau masih dalam keadaan tak pasti adakah itu namanya diri jika engkau masih menyendiri...

jika engkau itu bistari dia maha bijaksana. Jangan engkau lekas membinasakan orang kelak engkau jua yang terhumban bersama.

jangan engkau memperdaya diri dengan tari yang misteri kelak engkau rugi sendiri. jika masih enggan berdiri marilah menghadap walau terpaksa sembunyi.

tidaklah DIA itu menjadikan manusia sebagai hamba melainkan di angkat menjadi insan yang berpesan-pesan.

salam tanpa nama 2010 september 22 11:32

insyaallah saya tidak berdusta, hanya menyampaikan,, itupun kalau mahu terima,, kalau tak mahu terima dan masih mahu menutup mata hati dengan erat,, itu pun tidak mengapa,,

saya faham keadaannya,,tapi apakah salah kalau tuan cuba dulu buka mata hati tuan,, mungkin ada sesuatu yang besar manfaatnya bagi anda,,

saya kira anda seorang yang jujur kerana sanggup mempertahankan al quran,, (walaupin hanya makna yang tersurat)

tapi kalau anda masih tidak mahu membuka mata hati,, apakan daya, saya ulanglah apa yang allah firman dalam surah al kafirun,,,

lakum di nukum wa li ya din.

lisanul without mursyid said....

wahai tanpa nama tidaklah engkau itu bernama jika engkau itu masih bersama. Pecahkanlah bathin mu menjadi satu dan bukan menjadi dua dan yang ketiga lagi nyata. Tidakkah kau lihat dari apa yang kau perdapat. Jangan sesekali engkau meruntun hati insan yang membaca melainkan kerugian belaka. Angkatlah lisan mu menjadi lisan yang perkasa bukan lisan yang mendusta. Kerana sesungguhnya akal itu bukan raja tetapi hanyalah hamba yang dia cipta untuk berbicara. Janganlah engkau lekas memihak hentakan nafsu mu kerana dia itu maianan bagi NYA tetapi ujian bagi mu. Janganlah sesekali engkau cuba untuk berseteru sesama perindu kerana memusuhi kekasih Nya adalah ibarat memusuhi dia.

Salam pada semua,

Saya minta berbanyak maaf sekiranya apa-apa yg saya bentangkan menyinggung perasaan. Niat saya ikhlas untuk menunjukkan ayat-ayat yg lain dari apa yg saudara sudah terbiasa. Kalau tak mahu terima pun tak apa. Tapi saya diwajibkan juga menyampaikannya, sekiranya tidak Allah akan melaknat saya.

Saya perhatikan ugama islam sekarang ini sudah banyak menyelewing dari ajaran-ajaran yg termaktub di dalam Al Quran. Umat islam tak percaya lagi kepada Al Quran sepenuhnya. Ada saja yg ditokok tambah olih mereka; kononya Al Quran itu tidak sempurna. Masakan Allah, Yg Maha pencipta segala-galanya, memberi kita Kitab-kitab yg tak cukup untuk kita.

Manusia, kerana ke egoannya yg dipupuk pula olih hasutan syaitan, mengadakan undang-undang ugamanya sendiri. Mereka ini sekiranya ditanya olih Allah nanti tak akan bolih menjawab. Nabi kita pun diberi amaran olih Allah supaya jangan sekali-kali membuat undang-undang selain yg Allah wahyukan padanya.

Cubalah fikirkan siapakah orang-orang yg dimaksudkan olih Allah di dalam (6:22-25)? Mereka itu sekiranya kita kata mereka syirik, sudah tentu mereka akan bergaduh dengan kita. Tapi, bukankah mengadakan undang-undang ugama sendiri selain undang-undang Allah itu syirik namanya?

Mudah-mudahan saya bersalah di dalam perkara ini kerana akibatnya amat buruk sekali.

Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosa kita semuanya.

terimakasih atas perhatian tanpa nama.

semoga Allah memberikan kita semua hidayah untuk menjadi hamba2Nya yang diredhai. matlamat kita sama, cuma jalan kita berbeza..

teruskan perjalananmu tanpa nama, kami akan meneruskan perjalanan ini walaupun ianya sakit du dunia.. akhirat nanti kita akan bersua jika diizinkan Allah..

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Jika segala hamba menganuti DIA dari satu jalan yang sama maka seluruhnya zaman mengabdikan DIA di dalam syariaatNYA sahaja. Jika seluruh insanNYA menganuti DIA mengikut telunjuk dariNYA hanyalah mereka sahaja menggapaiNYA. Tetapi sengaja DIA memecahkan jalannya menjadi simpang siur kerana itulah dugaannya menemui DIA. Hendaklah engkau melihat dari setiap penjuru diri di manakah syariaat dan di manakah hakikat. Di dalamnya badan(perut) itulah rahsia segala dunia dan di akal(otak) mu itu rahsia segala penjuru arasy. Lalu hati itulah singgahsana Nya dan dia bebas untuk perAKUkan apa sahaja mengikut kehendak dan telunjuk rahsiaNYA.

Wahai hamaba sekiranya engkau melihat DIA itu bagai DIA melihat mu maka berolehlah engkau akan ketenangan dariNYA namun jika sekiranya engkau masih tidak mampu melihat DIA hendaklah engkau melihat DIA pada diri mu. Di situ DIA yang mentadbir dan bukan engkau yang mentadbir. Jika engkau benar-benar melihat diri mu, adakah kekuatan anggota tangan mu yang menggerakkan jantung mu. Maka eloklah sekiranya engkau melihat diri mu yang bersifat itu hanya untuk di takluki DIA dan bukan engkau yang mengimarahkan alamNYA. Sekiranya engkau masih bersifat kembalilah padaNYA untuk perdapat. Sekiranya engkau itu tiada apa-apa maka redhailah DIA pada mu.

Salam Azizulalhaqimi,

Marilah bersama memikirkan firman-firman Allah ini:

[35:5] Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah orang yang pandai menipu itu, memperdayakan kamu tentang Allah.

[35:6] Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.

[35:7] Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat; dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.

[35:8] Maka adakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik perbuatannya yang buruk sama dengan yang tidak? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu kerana berdukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.

Semoga selamat dunia dan akhirat, awal dan akhir.

Wahai manusia engkau telah mati berulang kali

Mengapa engkau ingkar kapada Allah padahal dulunya kamu mati lalu Allah menghidupkan kamu kemudian Dia mematikan kamu kemudian menghidupkan kamu kembali, lalu kepadanya kamu di kembalikan.(Al-Baqarah 2 : 28)

bagi sufi mereka mati berulang kali, sebagaimana sabda rasullulah 'qabla mautu anta mautu'

jadi akhirat itu di dunia ini juga, itulah sebabnya mereka melihat allah di dunia ini juga, tak payah tunggu hingga jasad berpisah dengan ruh.

yang beragama itu adalah yang berfikir.

Salam Yanpa Nama "2010 September 25 07:29}l

Oh!! Macam itu rupanya; orang sufi tu banyak kali mati rupanya.

Nabi Adam digelar "Adam sufiullah". Berapa kali agaknya beliau mati dan hidup.

Dalam sirrah Nabi Muhammad tak pernah dicerita beliau mati beberapa kali sebelum matinya yg terakhir.

Nabi Idris pula tak mahu pulang ke dunia setelah beliau dimatikan.

Mungkin Nabi Ismail rela disembelih kerana beliau akan hidup kembali detelah itu. Nabi Ibrahim pula tahu yg anaknya akan hidup kembali. So theres no big deallah.

Atau mungkin kita ni pandai-pandai buat cerita yg seronok didengar, Maka tersenyumlah si iblis.

salam tanpa nama 25 16:38

jikalau anda tidak percaya sabda rasullulah "qabla mautu anta mautu",

maka tiada lagi penjelasan untuk anda,

la ak budu ma tak budun
wa la antum abidun ma ak bud

la kum di nukum wa li ya din.

Salam Tanpa Nama "2010 September 25 19:43",

Selain Al Quran saya tak mahu percaya bulat-bulat apa yg manusia kata. Al Quranlah batu pengukur benar tidaknya sesuatu perkara yg bersangkutan dengan ugama.

Fikirkanlah.

salam

An Nisa (4: 80)

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).

kesimpulannya.

siapa yang taat kepada rasullulah, maka taatlah ia kepada allah,, tapi

siapa yang engkar kepada rasullulah, maka engkarlah ia kepada allah.

Benar Annisa' 80 itu. Kalau ia berbunyi "jangan taat pada RasulKu", maka berkecamuklah jadinya. Perintah Allah itu berlaku untuk umat islam yg sezaman dengannya; sekira ada kemuskilan mereka bolih terus bertanya kepada Rasul dan Rasul akan menjelaskan keadaan kepada mereka. Sebab itu Allah memberi beberapa contoh, sebagai tauladan untuk umat yg kemudian, di mana Rasul sendiri telah melakukan kesilapan lalu Allah tegur beliau. Ada juga contoh di mana sahabat sendiri menegur pendapat Rasul pada perang Badar. Di dalam hadis berkenaan pengistiharan 2 kalimah shahadah saidina Umar juga diceritakan bertelagah dengan Rasul.

Yang tak bolih dipersoalkan lamgsung hanyalah Wahyu Ilahi yg keluar dari mulut Rasul; selain daripada Wahyu, bolih. Namun secara umumnya umat islam mestilah patuh kepada Rasul. Contoh yg ada sekarang adalah solat berjamaah. Semua makmun wajib ikut imam; namun sekira diketahui imam melakukan kesilapan, makmum bolih berpisah dari immam.

Wallahu'alam

Salam Pok Din,

Macam mana nak tak jumpa jalan kembali kalau sekarang pun setiap manusia sedang berjalan di atas jalan tersebut? Maka dari aspek jalan, tak siapa pun yg mampu keluar dari jalan kembalinya. Setiap detik waktu ia semakin hampir kepada Penciptanya. Mahu tak mahu ia pasti akan bertemu dengan Penciptanya. Kalau sudah tiada pilihan jalan, macam mana pula bolih sesat?

Sesatnya Pak Din adalah kerana sambil di dalam perjalanan kembali yg sedang dilaluinya dia engkar akan perintah-perintah Tuhannya. Sejak zaman Adam dan iblis sampailah ke akhir zaman kelak itulah satu-satunya perintah yg kosisten yg kalau diengkari akan membawa kita kepada kesesatan,

Alhamduliilah.

PADA YG TAK TAHU,

Diwajibkan kita membaca Al Faatehah di dalam setiap solat, kenapa? Kerana:

1. Allah mahu Dia dipuji sebagaimana yg Dia ajar. Bukan secara kehendak kita masing-masing. Ini terkandung di dalam ayat 1 hingga 4.

2. Allah mahu kita berjanji sebagaimana yg Dia ajar. Ini terkandung di alam ayat 5.

3. Allah ajar kita apa yang wajib dimohon dariNya, ia itu, petunjuk. Ini terkandung di dalam ayat 6 dan 7.

Di dalam kes:

1 Ramai yg memuji tetapi ramai juga yg hanya manis di bibir saja.

2. Ramai yg berjanji tetapi ramai yg tak memenuhi janjinya.

3. Ramai yg tak tahu sebenarnya apa yg minta, lalu apabila sudah diberi pun masih tak tahu juga, dan terus meminta-minta.

Fikir-fikirkanlah.

SUPAYA TAHU,

1. Ramai yg memuji tetapi ramai juga yg hanya manis di bibir saja.

**** Kalau SEGALA PUJI adalah untuk Allah berhati-hatilah bila memuji yang lain. Dan SEGALA-SEGALA anugerahNya redhalah dan bersyukurlah kepadaNya; sekiranya tidak maka munafiklah jadinya.

2. Ramai yg berjanji tetapi ramai yg tak memenuhi janjinya.

**** Ikutlah dan patuhilah firman-firmanNya. Tepatilah perjanjian kita pada Allah.

3. Ramai yg tak tahu sebenarnya apa yg minta, lalu apabila sudah diberi pun masih tak tahu juga, dan terus meminta-minta.

**** Yg diminta itu adalah Al Quran kerana Al Quran itulah petunjuk ke jalan yg lurus seperti yg diminta. Kenapa terus di minta? Kerana Al Quran itu mengandungi lebih enam ribu ayat; di dalam mempelajarinya kita masih lagi perlukan petunjuk dari Allah.

Wallahu'alam.

Berdasarkan al quran yg di hisab kelak ialah hati, penglihatan dan pendengaran. Jadi, pengabdian diri yg sebenar ialah apabila kita boleh menundukkan hati kita di dpn tuhan serta mengakui bhw segala yg ada di dunia ini adalah miliknya. Ini bermaksud juga kita tidak boleh mempunyai apa2 kejahatan di dlm hati kerana tuhan membaca isi hati kita. Sesiapa yg mengatakan jika berniat jahat tetapi belum melakukan kejahatan tidak berdosa, jelas bercanggah dgn firman tuhan. Dari hati lahir perbuatan, perbuatan berlaku dgn izin tuhan. Maka, hati yg kotor sudah tentu yg keluar darinya jugalah kekotoran.

Fikirkanlah akan ayat-ayat di bawah ini:

[18:103] Katakanlah: Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan ORANG-ORANG YANG PALING RUGI AMAL-AMAL PERBUATANNYA?

[18:104] (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.

[18:105] Merekalah ORANG-ORANG YANG KUFUR INGKAR AKAN AYAT-AYAT TUHAN MEREKA dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

[18:106] (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

****Percayalah sepenuhnya kepada Allah; apa-apa yg dikatakan manusia semak dulu dengan firman Allah. Manusia kebanyakannya "sangka-sangka" belaka. Ada yg mengharamkan apa yang Allah halalkan.

salam,,

tiap-tiap yang tuhan jadikan adalah berpasang-pasangan,, contohnya ada siang ada malam, cerdik dan bodoh ada awal ada akhir,, ada zahir dan batin,,

begitulah tuhan jadikan manusia ada zahir dan ada batin,, kebanyakan manusia hanya mengetahui aspek zahir manusia sedangkan aspek batinnya, jauh sekali,,

begitu jugalah al quran ada aspek zahir dan ada aspek batinnya,, kebanyakan manusia hanya dapat membaca aspek zahirnya saja,, sedangkan aspek batinnya jauh sekali,,

untuk mendapatkan aspek batin al quran perlukan hidayah tuhan, perlukan petunjuk tuhan,, tanpa hidayah tuhan ini,, manusia tidak akan mengerti aspek batin alquran,, dan mereka yang tidak mengetahui aspek batin alquan adalah sangat rugi sekali,, kerana ia boleh membuatkan seseorang itu jauh daripada allah,, tetapi mereka menyangka menegakkan qalam allah,,

hanya mereka yang ada nur di dada, yang diturunkah allah pada dada- dada mereka, yang mengerti aspek batin al qurqn ini,, dan mereka lah yang mendapat kemenangan di sisi allah di dunia dan akhirat

allah hu aklam

salam,

(quote) : "Apa yang menjadi persoalan kepada kita ialah jika sifat Qahar Allah itu mengandungi empat sifat ma'ani yang bertaraf makhluk maka jenis apakah makhluk tersebut ? Sebagai contoh jika sifat Qudrat ia terdiri daripada makhluk apa ?"

ulasan: sifat qahar itu kan sifat allah, walaupun di mana ia berada ia tetap sifat allah,,

adakah makhluk, yang mempunyai sifat qahar, yang bertaraf makhluk?,,

dan bagaimanakah sifat qahar boleh menjadi bertaraf makhluk,
sedangkan makhluk itu bersifat tiada daya dan upaya?,,

jadi sifat allah tetaplah sifat allah, dan sifat makhluk tetaplah sifat makhluk,,

Tanpa Nama 2010 Oktober 2 19:02,

Nak tanya sikit. Bolih kah yg zahir percaya kalau yg batin tak percaya? Tak bolih kan? Yg mula percaya itu adalah yg batin dulu; lalu diikuti olih yg zahir.

Percaya dengan al Quran itu macam itu jugalah. Awalnya, percaya pada yg tersurat dulu lepas itu barulah, kalau nak juga,kepada yg tersirat. Mana mungkin terus saja kepada yg tersirat.

Namun yg tersirat itulah yg digemari olih si iblis kerana kita sudah masuk ke alam sangka-sangka. Di alam inilah jarum fitnahnya akan bermaharajalela. Sebab itu Allah larang kita supaya jangan suka kepada yg mutashabihaat.

Wallahu'alam.

Bagaimana malaikat mengenali dan bersujud kpd adam? Ini kerana mereka melihat roh adam iaitu cahaya yg di perkuatkan oleh tuhan dipanggil roh al kudus. Setiap manusia memiliki roh ini namun tidak ramai yg memahaminya. Roh ini memiliki sifat2 tuhan namun sifat2 ini tersembunyi kerana hanya apabila manusia itu patuh kpd perintah tuhan maka dptlah roh ini menimbulkan atau menzahirkan sifat2 tuhan di dlm diri. Sifat2 tuhan yg dimiliki menjadikan org2 beriman itu dilebihkan dari seluruh umat manusia di dunia. Ini juga beerti hanya dgn kurnia dan limpah rahmat tuhan, menjadikan hambanya khalifah atau raja semesta alam.

Betullah tuh Mahadaya..siapa biasa main bolasepak..maka istilah2 dalam bolasepak bukan sahaja difahami..malah diRASAi..demikian jugalah insan insan..yang berTUAH menjumpai GURU MURSYID yang hidup..dapat berSULUK dan berTAWAJUH bersama gurunya...maka..insan itu..tak mahu lagi berDEBAT berHUJAH..apatah lagi dengan yang bukan KAKI BOLA..mohon maaf..hanya itulah pesan ku mambang..

SALAM.
SEBAGAI ORANG UMMI SAYA SERONOK DAN BERSYUKUR DAPAT BELAJAR DAN MENELITI PENDAPAT ORANG BANYAK DAN YANG BERSEPAH ALIM.MANISNYA BERTUKAR FIKIRAN DGN NIAT YANG BETUL.ILMU TANPA AMAL TAMPAK JELAS,ILMU JUGA SADUNGAN UTK SAMPAI KEPADA ALLAH. CAKAP BERBALIK BALIK NI PUN ....APAPUN SAYA SUKA PUAN TANPA NAMA NI.BERADAP LAH SEPERTI AKU KATA TUHAN.

BERKATA2 TENTANG KEFAHAMAN KITA TTG AYAT ALLAH NI KENA BERHATI. BUKAN SEMUA MANUSIA TU KEFAHAMAN MUKMIN TU SAMA.BOLEH MENIMBULKAN FITNAH.SEBAB ITU CARA RASUL MENGAJAR PD KAUM WANITA PD ZAMAN AWAL TAUHID MEKAH BERBEZA DRPD LELAKI.
BERHATI2 MENEGUR SERTA MENGELUARKAN KATA2.BERILMU MMG BAIK TANPA AMALAN NAMPAK BURUK.TANPA BUKTI LG BURUK.YANG BURUK TU,GENG AZAZIL.

SALAM.
TAK USAH KITA BRTENGKAR.KITA PUN SAMA SAMA TAU TUHAN KATA, YANG PALING TAKWA TU GENG AKU.SETAKAT MENYALAHKAN DAN MENYOROKKAN ILMU BUKAN UMAT MUHAMMAD.KLU SETAKAT BAB HAK SAUDARA SEUGAMA BELUM PAHAM ELOK MENGCANGKUNG DGN SAYA.

Sifat 20 ni kena ikut kitab ulamak muktabar. Kalau tidak nanti sesat.Ikutlah pengajian tuk guru mahir dalam ilmu ini.Sifat maani mmanusia tidak boleh disamakan dengan sifat maani Allah.Sifat maani manusia adalah baharu iaitu dijadikan oleh Allah pada manusia.Manakala sifat maani Allah Qadim dan ia berdiri pada zat Allah.Siapa yang menyamakan sifat maani Allah dengan manusia adalah syirik.

Salam,
Didalam Asmaul Husna Allah terdapat 99 Nama Allah ...dan kita dianjurkan untuk memohon dengan Nama-nama itu,diantara 99 Nama itu setelah dipecahkan kepada menjadi kepada 7 bahagian dan tiap 7 bahagian itu mengandungi Asmak2 yang perlu dizikirkan ...mohon penjelasan mengenai cara2 yang membahagikan Asmak2 itu ...