Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 88

Salam

SAMBUNGAN DARI PELAJARAN YANG KE 87 PADA MENYATAKAN ILMU  LA ILLAHA

Didalam ilmu  لا اله  (Nafi dan Nenafi) sehingga ini suasana mungkin keadaannya seperti disuatu zaman makhluk belum lagi wujud, dan disebut zaman ini sebagai zaman La Ta'ayun (Suatu zaman yang tiada kenyataan) Iaitu tidak ada khabar berita dan cerita tentang makhluk yang dijadikan oleh Allah kerana makhluk  yang mula-mula ujud belum lagi dicipta oleh Tuhan, zaman ini juga disebut oleh Allah didalam surah Al Insan ayat 1 FirmanNya:

هل أتى على الأنسان حين من الدهر لم يكن شيأ مذكورا

Maksudnya:  Bukankah telah berlalu kepada manusia  disatu ketika dari masa (Yang beredar) sedang ia (masih belum ujud lagi) dan tidak menjadi suatu benda yang dapat disebut-sebut (mengapa orang mushrikin itu engkar)

Ayat yang diatas Allah s.w.t menerangkan telah ujud disatu zaman masa dahulu yang mana manusia belum lagi dicipta oleh Allah sama ada manusia batin ataupun manusia zahir, zaman tersebut tidak ada cerita dan berita sebab makhluk belum lagi dicipta, zaman itu diceritakan oleh Allah dalam surah ini supaya manusia tahu bahawa mereka sebelumnya belum ujud dan makhluk yang lainpun demikian juga sebab itu dikatakan suatu zaman yang tidak dapat disebut-sebut (La Ta'ayun) Yang ujud hanyalah Zat dan sifat KeagunganNya sahaja

Kemudian kita pergi kepada tahap kedua pada zaman La Ta'ayun ini iaitu zaman ujudnya sifat Jamal Allah yang mana untuk permulaan zaman  كنت كنزا مخفيا  (Yang terpendam dan tertutup) Iaitu 'Ayan Sabitah (sesuatu yang berada didalam ilmu Allah yang tidak diketahui oleh makhluk) Yang berdasarkan kepada ujudnya kalimah  اله  (Tauhid Uluhiyah) Yang ada didalam cita-cita Allah supaya semua makhluk mengabdikan diri kepadaNya serta mengenaliNya

Kemudian kita pergi kepada seterusnya cita-cita Allah ini iaitu  فأ حببت أن أعرف  (Aku ingin ditemukan dan dikenali) Seterusnya   فخلقت الخلق لكى أعرف   (Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu) Dengan cita-cita supaya makhluk yang dijadikanNya mengabdikan diri kepadaNya, sebagaimana FirmanNya didalam surah Az Zariat ayat 56

وما خلقت الجن والأنس الا ليعبدون
Maksudnya:   Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan mengabdikan diri (mereka) kepadaKu

Semua ini didalam 'ayan sabitah sebelum Allah menjadikan makhlukNya yang pertama iaitu didalam ilmu Allah dan cita-citaNya, kemudian barulah perlaksaan penciptaaNya dilaksanakan dan makhluk yang awal dijadikan oleh Allah  para ulama bercanggah pandangan ada yang mengatakan Nur Muhammad, ada juga yang mengatakan Roh,Akal dan juga qalam, jadi didalam N3 ini saya rangkumkan pandangan ulama tersebut begini:

اول ما خلق الله روحى، وأول ما خلق الله نورى، وأول ما خلق الله القلم، وأول ما خلق الله العقل، فالمراد منها شئ واحد وهو الحقيقة المحمدية

Maksudnya:  Yang pertama yang diciptakan oleh Allah ialah RohKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah NurKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah QalamKu, Dan yang pertama yang dicipta oleh Allah ialah Akal,Roh,Cahaya, Kalam dan Akal pada dasarnya adalah satu iaitu Hakikatul Muhammadiyah

Siapakah Hakikatul Muhammadiyah itu ?

Hakikatul Muhammadiyah itu ialah Nur Muhammad, Insan juga disebut orang, Nyawa juga disebut orang, Ruhul Hayat juga disebut orang, Diri Sebenar-benar diri juga disebut orang, setelah makhluk yang awal dijadikan Tuhan  lalu Allah lengkap awal makhluk ini dengan Roh, Akal dan juga nafsu yang kemudiannya dikenali sebagai Rohani yang mengikut fitrahnya akan mendiami jasad manusia untuk tempatnya beribadat  iaitu dengan mencipta Adam manusia (jasmani) yang awal secara menual bukan secara KUN kerana sejarah penciptaan Adam adalah mengikut peringkat demi peringkat

Bersambung .....

Comments (9)

Ahlan Wasahlan

Saya mengucapkan selamat hari raya 'Ied Fitri dan menyusun sepuluh jari kema'afan kepada Pak Karamu khususnya dan kepada yang berminat tentang ilmu ini

N3 ini sangat berguna untuk difahami oleh segenap umat islam di bumi ini, jika kita hanya mengucapkan kalimah toiyyibah ini tanpa faham luasnya ilmunya maka kita akan rugi diakhirat nanti kerna itu Allah berfirman didalam hadis al qudsi

Kalimatu La Illaha Illallahu khisni waman dakhola khisni amina min 'azabi (Kalimah La Illaha Illah adalah bentengku, barangsiapa yang memasuki bentengku aman dia daripada 'azabku)

Berhati-hatilah akan perangkap iblis. Saluran Al Quran tertutup untuknya. Maka masuklah ia ke saluran selain Al Quran untuk memerangkap sesiapa saja yg masuk ke dalamnya.

Buatlah pilihan sendiri. Selain Al Quran (Kalam Allah) ---- kalam siapa agaknya ya??? Fikirkanlah.

belajar ilmu hakikat dan makrifat umpama pedang bermata dua,, kebanyakannya menikam diri sendiri,

terutama belajar kepada orang yang tidak dikenali latar belakangnya,
kerana sei... banyak bertopengkan manusia,,

mereka pandai mengolah kata-kata dan orang yang tidak menggunakan mata hati akan terperangkap,,

sebelum belajar seseorang juga harus banyak membaca kitab-kitab yang telah diakui kebenarannya,,

kerana ia dapat digunakan untuk meneliti ilmu yang disampaikan seseorang itu benar atau tidak,, kata mudahnya jangan mudah percaya,,

kerana guru sejati berada di dalam diri tiap seseorang bukan di luar diri,, janganlah jadi seorang murid yang taksub, kerana itu akan merosakkan diri sendiri,,

cukuplah allah sebagai pelindugku.

Ahlan Wasahlan

Saya tidak menerima membuta tuli saya menduduki tahun akhir diuniversiti Madinah insya Allah saya boleh jaga diri

Bagi saya jika saya tidak bersetuju maka saya tidak masuk diblog Umarak Dagang ini dan membikin kacau ilmu orang, sepatutnya jika salah tolonglah perbetulkan buka hanya membuat tuduhan yang liar

Nampaknya kalian hanya menyerang pribadi pengarang lebih dari menyatakan keilmuan yang ada mengapa ?

Ahlan Wa Sahlan

Pak Karamu berhujah ilmunya dengan Al Quran dan hadis tolong tunjukkan dimana tidak betulnya ? Andai kalian bener dan ikhlas tolonglah betulkan

Kepada Tanpa Nama 11 15 58 boleh saya bertanya secara ikhlas kepada kamu Apakah maksud Hakikat dan ma'arifat yang kamu katakan umpama menikam diri ? Maksud saya apa maksud Hakikat dan ma'arifat yang kamu tahu

Apakah maksud kamu belajar didalam diri ? Awis Al Kirani langsung tidak dikenali oleh manusia akan tetapi dia dikenali oleh seluruh malaikat di langit, Adakah kamu hendak nafikan ?

Saya bukan seorang yang taksub dan saya juga bukan seorang yang hanya belajar dengan kitab, atau belajar dengan orang yang sekular atau anti hadis, untuk pengetahuan anda saya juga seorang tahfiz bagaimana dengan anada ? Jika anda juga seorang tahfiz saya ada pertanyaan kepada anda nantinya

Salam,

Quote: "Kalimatu La Illaha Illallahu khisni waman dakhola khisni amina min 'azabi (Kalimah La Illaha Illah adalah bentengku, barangsiapa yang memasuki bentengku aman dia daripada 'azabku)"

**** Pada saya "masuk benteng" maksudnya kita percaya dan yakinlah akan kebenaran kalimah itu. Dan bukannya klta kupas dan olah kalimah tersebut. Contohmya: Kalau disuruh minum air nak hilangkan dahaga, maka minumlah, maka akan hilanglah dahaga kita. Tapi, kalau nak dikaji asal usul air itu sebelum diminum, maka akan mati kehausanlah sesaorang itu. Yg kedua itulah yg dibuat di dalam blog ini.

Bukan hasrat nak mengelirukan dan mengacau orang tetapi setakat nak beri peringatan saja. Peluang nak membetulkan kepercayaan kita hanyalah ketika di dunia ini saja, kalau sudah sampai di akhirat nanti sudah terlambatlah.

Ilmu itu bukan nak dinilai tinggi rendahnya tetapi dinilai dari segi benar tidaknya. Ilmu iblis amat tinggi malangnya dia tak ikut perintah Allah yg mudah maka salahlah dia. Fir'un pun tinggi ilmunya lalu dia mengaku dirinya tuhan, maka binasalah dia.

Salam,

Kalau tuhan itu benda, maka bolihlah ianya dipecahkan kepada beberapa bahagian. Namun manusia, di dalam ke egoannya, berbuat demikian tentang tuhannya. Bagaimana "malunya" nanti dia apabila ditanya olih Penciptanya.

Sekadar memberi peringatan saja.

Bet Online Casino | Free No Deposit Bonus & Bonus
The free 샌즈카지노 no deposit casino kadangpintar bonus offers you can get by playing at a reputable online casino, at no risk. All these online casino games 카지노사이트 have you