Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 87

Salam

SAMBUNG DARI MENGENAL DIRI YANG KE 86 (Masih dalam membicarakan ilmu Nafi dan Menafi)

Didalam ilmu ini selain dari yang telah diterangkan diatas maka sifat-sifat yang terdapat didalamnya termasuk juga dengan istilah Ujud (Nafsiyah) Tuhan pada kalimah  لا  dan istilah  Qidam, Baqo, Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis, Qiyamuhu binafsih (Salbiyah) Dan sifat yang lain  yang  didalam ilmu  اله  ialah sifat Sama'a, Bashar dan Kalam (Ma'ani) dan sifat Samiun, Bashirun dan Mutakallimun (Ma'anawiyah) Jadi semuanya mengandungi 11 Sifat Kaya Allah (Istaghna)

Adalah diingatkan bahawa kesemua 11 sifat tersebut disebut sebagai sifat kerana ulama ilmu Tauhid tidak  benarkan membicarakan soal Zat takut nanti manusia tidak akan kesampaian kepada memahamkan ilmu Zat tersebut sebab itu kita masih menyebut ilmu ini sebagai sifat, walau apapun jika kita teliti 11 sifat diatas maka kedudukannya adalah menjadi begini:

Nafsiyah itu adalah diri Tuhan yang bertaraf Zat (Laisa kamislihi syai un)
Salbiyah itu adalah sifat keagungan Tuhan (taraf zat) yang mutlak bagi dirinya sahaja (Asmaul Adhom)
Ma'ani itu adalah makhluk sebab dia berdiri kepada Zat (Tuhan)  atau sifat berkehendakkan kepada Tuhan
Ma'anawiyah itu adalah sifat kebesaran Tuhan yang tarafnya zat yang ujudnya disebabkan (Asmaul Husna)

Timbul persoalan tentang wujud  sifat Ma'ani diatas, mengapa ujud sifat Ma'ani didalam kumpulan Nafsiyah, Salbiyah dan Ma'anawiyah yang semuanya bertaraf Zat ! Disinilah kita perlu faham bahawa sifat Ma'ani diatas mempunyai rahsia yang sangat besar kerana ujud perhubungan diantara sifat makhluk dan juga sifat Tuhan yang menyebabkan ujudnya istilah  Uluhiyah pada kalimah  اله  iaitu tauhid Uluhiyah yang mana perhubungan ini berdasarkan perhubungan asas yang awal iaitu sifat Sama'a, Bashar dan Kalam yang kemudiannya lazim melazimi dengan sifat Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun (Ma'anawiyah)

Sifat perhubungan awal diantara Tuhan dan makhlukNya disandarkan kepada fitrah bahawa Tuhan itu adalah PERBENDAHARAAN YANG TERSEMBUNYI iaitu segala fitrah ilmu adalah berasaskan kepada sifat Mendengar, Melihat dan Berkata-katanya Allah yang kemudian dimuatkan didalam Kalamullah iaitu Al Quran iaitu Tuhan sangat memahami kerenah manusia dan hambaNya yang lain melalui rintihan sekalian makhlikNya sebelum sekalian makhlukNya dijadikan ini bererti segala-galanya adalah didalam ilmu Allah bagi sekalian urusan sebagaimana firmanNya: (Surah Ar Rahman ayat 29)

يسئله من فى السموات والأ رض كل يوم هو فى شأ ن 

Maksudnya:   Sekalian makhluk yang berada di langit dan bumi sentiasa berhajat dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam urusanNya (Mencipta dan mentadbir makhlukNya)

Ayat diatas memungkinkan bahawa Allah mencipta dan mentadbir makhlukNya dengan amar KUN dengan ujudnya dua sifat iaitu sifat Jalal dan juga sifat Jamal yakni apabila bertemu diantara sifat Jalal dan sifat Jamal maka disanalah di isyaratkan Kun dan Fayakun, ini bererti dengan sifat Nafi dan menafi itulah ujud Tuhan yang menjadikan sesuatu (Tauhid Rububiyah)

Sambung ....









Comments (11)

Dalam Ilmu Ladunni..Imam Ghazali..ada dinukilkan..bila bersatu sifat Jamal dan Jalal..AllahSWT..maka wujudlah Nur Muhammad iaitu HAKIKAT Nabi Muhammad SAW...

Siap sedialah..aku pulak kena perkataan SESAT nih..

assalamualaikum....,

adakah sifat itu bertempat?

salam,,

wah ini menarik ni,, jadi kalau sifat jalal dan sifat kamal tidak bersatu, makanya nur muhammad tidak wujud?

jadi mana peginya,, bukankah nur muhammad itu qadim sifatnya?

Salam,

Kan Allah sudah beri amaran supaya jangan kita mengikut sesuatu yg kita tidak mempunyai pengetahuan tentangnya? Kalau kita asyik "quote orang itu dan orang ini" maknanya kita, berkemungkinan, tidak memenuhi syarat yg Allah katakan itu. Kalau nak buat juga, buatlah, kerana tiada paksaan di dalam ugama.

"Litmus test" sesuatu itu hanyalah Al Quran saja sebab itu Nabi kita diperintah "ikutlah apa yg diwahyukan kepadamu" dan Nabi pun berkata "aku hanya ikut apa yg diwahyukan kepada ku".

Sekadar memberi peringatan saja. Kalau tak percaya pun tak apa.

Salam

Harum kasturi, awak benar, biar si jahiliyah berkata sesat asalkan jangan Allah

kepada Zakir, setiap yang muhaddas itu mempunyai tempat (maqam)

Nur Muhammmad itu adalah qadim majalli bukan qadim azali kerana dia makhluk yang bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu, baca ayat An Nahlu ayat 17

Makrifat itu harus merasakan keberadaan Dzat yang Hidup, menyaksikan NUR NYA dan mendengar KALAM NYA.

Jika ketiga-tiga hal tersebut tidak dialami seseorang, maka orang tersebut belumlah Makrifat.

Dan ingatlah sahabat Makrifat itu barulah awal dari beragama jadi jauhkanlah sifat sombong dan merasa memiliki ilmuNYA.

kerana ditakuti nanti anda menyangka dibimbing allah tetapi sebenarnya adalah istidraj.

Ahlan Wasahlan

Pengacau-pengacau agama dan ilmunya ibarat menyambung pengaruh kerja dajjal dan Yahudi serta Nasrani, andainya kita tidak punya ilmu yang menjurus keilmuan yang bukan kita ketahui adalah lebih baik kita diam dan jangan sekali-kali jadi pengacau yang meragukan orang lain

Agama Allah sangat luas bukan hanya mengikut tafsiran yang cetek yang kita miliki kemudian kita berlagak bagaikan orang yang arif tentang sesuatu keilmuan,membuat tuduhan yang tidak sopan adalah kerjanya syaitan bisu

duhai singa maraja,,

semoga ente berfikiran luas dan berterima kasihlah kepada mereka yang ente anggap pengacau-pengacau agama,,

kerana mereka menyadarkan enter untuk berfikir,, beragama adalah bagi mereka yang berfikir (dengan mata hati),,

zakir tak berapa faham dengan perkataan-perkataan sufi ni jadi nak belajar dengan pak karamu yang handsome tur.... bapak ada email...

memang tak mengerti maksud sifat kamal, qadim majalli. Zakir akan cari maksudnya perlahan-lahanlah agar tidak terlalu gelojoh walau teruja nih... memang terlalu banyak persoalan nak di tanya tapi biarlah sedikit demi sedikit agar nanti laman blog yang baik macam gini tidak dipersia-siakan oleh hujah-hujah ilmu.... yang nak di cari sini ialah bukti makrifat...

mintak maaf kerana Aku sendiri mencari diri tetapi semakin aku berhati-hati makin di jilat api namun aku masih berdiri mengalun tari melayari suri walau diri tidak di bimbingi setiap dilangkahi terus dibimbangi

harap sudi membantu zakir

Salam,

Jangan jadi gajah di depan mata tak nampak namun mencari tungau di seberang lautan. Maka akan menyesallah tak berakhir kelak.

Cubalah cari sebiji atom yg diciptaNya dulu sebelum nak dicari Dia.