Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 86

Salam

SAMBUNGAN DARI MENGENAL DIRI YANG KE 85 BERHUBUNG DENGAN KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH  BERKONSEFKAN  SIFAT 20

Memahami ilmu   لا اله الا الله   mengikut kaedah sifat 20, pelajaran yang lepas kita telah sentuh ilmu Nafi dan Asbat yang berasal dari kalimah   لا اله الا الله   dinyatakan juga tentang orang yang boleh menjadi kafir nafi dan kafir Asbat kerana kedangkalan mengenal ilmu   لا اله الا الله   dan sikap terburu-buru manusia kerana telah dikuasai oleh syaitan yang menguasai diri mereka

Kita mulai dengan memahami ilmu   لا اله   iaitu ilmu   لا   Nafi dan   اله   ilmu menafi, kedua-dua huruf ini dicantumkan supaya mudah dihuraikan dengan menamakannya  hanya dengan istilah menafi dengan maksud TIADA TUHAN YANG DISEMBAH, andainya itulah pengertian yang diberikan mengikut maksud bahasa arab maka tidaklah ujud istilah kafir nafi, namun apabila ujud sahaja kafir nafi tentulah ia bersebab bahawa nafi itu mempunyai ilmu kewujudan Yang Maha Pencipta pada kalimah tersebut, kerana itu dikatakan:

لا   itu adalah sifat Jalal (Sifat Kebesaran) yang mengandungi lima sifat iaitu sifat Wujud, Qidam, Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis dan Qiyanuhu binafsih sementara kalimah   اله   itu adalah sifat Jamal (Sifat Keindahan) yang mengandungi enam sifat iaitu sifat Sama'a, Bashar, Kalam, Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun, jadi kedua-dua kalimah ini mengandungi 11 sifat, sifat ini juga dinamakan sifat kaya Allah s.w.t jadi jelaslah sekarang walaupun kita sekarang membicarakan bab Nafi akan tetapi Nafi yang ada, bukan Nafi yang bermaksud tidak ada Tuhan, sebab itu kita kena faham ilmu bagaimana hendak menafikan Tuhan yang wujud didalam ilmu   لا اله   (Tiada Tuhan Yang Disembah)

Contoh bagaimana ilmu menafi itu ialah:

Menafikan Tuhan tidak bersifat dengan 11 sifat diatas melainkan dia memiliki 11 sifat tersebut yang mana pada 11 sifat itu diri Tuhan yang WUJUD telah ujud juga disitu, ini menunjkkan bahawa pada kalimah Nafi itu menunjukkan adanya Tuhan BUKAN tiadanya TUHAN kerana itu konsef menafi itu adalah MENAFIKAN TUHAN TIDAK BERSIFAT WUJUD MELAINKAN DIANYA WUJUD, demikian juga dengan sifatnya yang lain seperti Qidam, Baqo', Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis .... dan seterusnya kepada 11 sifat kesemuanya

Sambung .....

Comments (16)

Salam,

Kenapa agaknya Allah menceritakan kisah orang yahudi yg Allah perintahkan, melalui nabi Musa, supaya mereka menyembelih seekor sapi betina? Kan mereka banyak sekali soal-jawabnya? Hampir mereka tak mampu melaksanakan perintah Allah yg mudah kerana perangai buruk mereka,

Ada tak persamaannya dengan apa yg diutarakan ini?

Janganlah jadikan ugama Allah itu bengkok.

Berbagai perumpamaan Allah paparkan kepada manusia, namun manusia tetap juga engkar mengambil pelajaran daripadanya.

Fikirkanlah.

Jangan menuduh sesuatu ilmu yang kita tak dapat nak faham.. tuh TAK BETUL..setiap ilmu ada ahlinya..kalau tak dapat faham JAUHkan diri sahaja..sebab ilmu itu bertingkat tingkat dan pelabagai jenis..kalau tak dapat terima lampu kalimantang tuh padam nyala 60 kali sesaat..jangan kata ahli sains tuh SESAT..begitulah ilmu ini pun..

Salam

Alhamdulillah ada rupanya orang yang faham, saya tidak kuasa nak ulas melainkan saya berpandangan melalui akal sendiri

Persoalannya yang timbul ialah ada pehak memikirkan ilmu islam ini dangkal dan sempit itu pasal islam tidak maju

Kita berhujah dan memperikan pandangan melalui firmanpun orang tidak mau terima jadi apa yang boleh saya katakan terpulanglah kepada mereka

Saya hanya menyampaikan yang hak saja

salam,,

Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap". al Israk 17 : 81

kebanyakan tidak kenal yang Hak, mereka hanya kenal nafsunya,, jadi kebenaran telah tertutup bagi mereka.

Salam Pak,

Bukan tak mahu terima Pak, tapi kalau meragukan bagaimana pula nak diterima. Contohnya: Pak kata "tak ada tuhan yg disembah" -- mana datangnya "yg disembah" di dalam ayat itu? Kalau begitu "tuhan yg tak disembah" bagaimana pula?

Pada Harum Kasturi, memang ada benarnya kata-kata anda. Tapi, kerana "nahi makruf amar mungkar" kenalah saya beri ulasan juga. Kenapa manusia mengada-adakan undang-undangnya sendiri sehinggakan di dalam kita mengucapkan kalimah syahadah pun kita bolih jadi kafir lagi. Ugama Allah itu mudah tapi mereka ini menyusahkan dengan undang-undang yg mereka reka sendiri. Dan mereka berselindung pula disebalik kalimah-kalimah Allah. Itu baru kalimah syahadah yg lazim kita tahu, bagaimana agaknya mereka akan pecahkan kalimah seperti -- Aslamtuwajhiallah, aslamtulirabil'alamin,rabunallah, dll.

Maaf kerana mengganggu pembelajaraan anda. Selamat berpuasa.

Salam,

Macam mana tak berkecamuk umat islam.
1. Al Quran kata kalau kita hanya nak beriman ketika nak mati, Allah tak kan terima. Contohnya si Fir'un.
2.Hadis pula kata kalau bershahadah ketika nak mati akan selamat ke surga.
3. Disini pula mengucap shahadah sedang segarbugar pun bolih jadi kafir.

Sebab itulah Allah adakan contoh di dalam surah Al Anaam ayat 22-25.

Renungkanlah.

Salam

Masalahnya yang ada didalam pemikiran kalian ialah tergesa-gesa sedangkan N3 ini belum lagi tamat

Kedua maksud laillaha itu didalam bahasa arab bererti tiada Tuhan yang disembah, betul ataupun tidak ! Ini bab nafi pada maksud kalimah bukan ilmu kalimah tersebut

Bukankah ada bezanya orang yang nak beriman itu dengan orang yang mengucapkan shahadah !

Tahukah kamu bahawa orang yang mengucapkan shahadah itu menjadi kafir seperti Abdullah Bin Ubai !
tolonglah jawab

Ahlan wa sahlan

Taahukah kalian apa maksud musyrik dan apa fahamannya ? Sepatutnya kalian tunggu dulu apa yang hendak disampaikan oleh Pak Karamu

Sebenarnya sikap kamu cepat sangat hendak membuat tuduhan tanpa mengetahui ilmu kalimah shahadah ini dan wajarkah kalian terburu-buru ?

Salam,

Singamaraja,benarkah "lailaha" itu maknanya "tiada tuhan yg disembah"? Setahu saya "tiada tuhan" saja maknanya. Mungkin saya silap.

Pak, memang ada orang menjadi kafir walaupun sudah mengucap kalimah shahadah. Abdullah Ubay itu dah lama sangat, yg sezaman dengan kita pun ada. Tapi, apa kena mengenanya mereka itu dengan persoalan kita di sini?

Kalau benar hujjah Pak, ustaz-ustaz kita kena bagi tahu mualaf-mualaf semua bahawa islam mereka belum diiktiraf lagi sehingga mereka tahu ilmu nafi dan asbat; kalau tak tahu elok jangan masuk islam kerana masih kafir juga lagi. Di negara kita ini pun kebanyakan orang tak tahu ilmu itu. Di dalam upacara akad nikah pun kena tanya pengantin lelaki sama ada dia tahu tak ilmu nafi dan asbat, kalau tidak yahu dia belum lagi muslim dan upacara tak bolih diteruskan.

Kalau begitu kan dah jadi bengkok ugama kita ni.

Salam Ustaz & selamat berpuasa,

Harap ustaz teruskan penulisan ilmiah anda, biasalah tu kadang2 dlm setandan pisang ada sebijik yang busuk dimakan ulat.

Wassalam.

Ahlan Wasahlan

Ilaha itu maksudnya Tuhan sesembah, atau penyembahan dinamakan juga sebagai ilmu tauhid uluhiyah, TAPI jika atas maksud bahasa arab disebut tuhan, apa yang Pak Karamu terangkan disini ialah ilmu Ilaha bukan maksud dalam bahasa arab, cuba kita rujuk balik pada N3 Pak Karamu sebelum ini

Berhubung dengan istilah kafir nafi dan kafir asbatpun telah Pak Karamu terangkan sebelum ini sila teliti balik dalam N3 ini sebelumnya, maksud saya berkait dengan kalimah La Ilaha Ill Allah

Salam Singamaraja,

Terima kasih di atas penerangan anda. Tapi, pelik juga ya, bahasa arab kata "tuhan" aje namun ada orang tambah dan jadikan "tuhan yg disembah". Entahlah mungkin Allah lupa kut nak masukkan kalimah "yg disembah" itu. TAPI, takan Allah lupa pula.

Entahlah, mereka ni tak habis-habis main silap mata. Perkara yg terang pun nak dikaburkan. Mungkinkah ini yg dimaksudkan Allah sebagai berdusta terhadap Allah?

Oh ya satu lagi Singamaraja, kafir nafi dan kafir asbat itu ada tak nas-nasnya di dalam Al Quran? Maaf bertanya, kerana perkara kafir tu berat hukumnya.

Ahlan Wasahlan

Semuanya telah diterangkan oleh Pak Karamu

Dimana peliknya ? Memang bahasa arab demikian, itu sebab maksud huruf dan ilmu huruf berlainan

Mungkin kita perlu belajar lagi, saya sendiripun sedang belajar di university Madinah pada tahun akhir dan saya boleh faham

Salam Singamaraja,

Terima kasih di atas penerangan. Maaf, saya sukar nak terima penerangan tersebut. Saya difahamkan bahasa Arab adalah suatu bahasa yg tepat dan amat jelas sekali maknanya. Bahkan ada yg mengakui bahasa Arab, olih kerana ketepatan maknanya, ia amat sesuai diguna sebagai bahasa komputer.

Seorang penterjemah bangsa Arab pun menterjemahkan kalimah tersebut sebagai "Tiada tuhan selain Allah".

Juga saya tak bolih terima bahawa bahasa ilmu adalah lain daripada bahasa biasa. Kalau benar keadaan ini, maka akan bercelarulah akibatnya. Ilmu Allah adalah sempurna dan tepat begitu jugalah Kalam Allah. Hanya orang yg mempunyai muslihat tertentu saja yg "cakap tak serupa bikin" kata orang. Sekali lagi maaf.

Assalamualaikum tuan guru boleh terangkan apa itu sifat maani...

saya nak dapatkan kepastian dimana letaknya hati dan mata hati yg sebenarnya