Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 85

Salam

Sambungan kalimah Syahadah    لا اله الا الله   daripada mengenal diri yang ke 84


Semua orang faham mengucapkan kalimah syahadah diatas namun tidak ramai yang memahami ilmunya, apabila tidak ramai yang memahami ilmunya maka akan lahirlah jenerasi manusia yang syirik dan buta dengan tamadun hidup yang dianjurkan oleh Allah s.w.t

Daripada kalimah  لا اله الا الله  maka lahirlah kalimah Nafi dan Asbat, daripada nafi dan asbat itu maka lahirlah dua jenis kafir iaitu kafir nafi dan juga kafir asbat SEKIRANYA  kita tidak faham ilmu kalimah  لا اله الا الله  itu, adapun kafir Nafi itu ialah :

Sesiapa yang menolak bahawa Allah itu tidak mempunyai sifat yang sempurna atau nama yang sempurna atau mentakwilkan apa-apa kekurangan bagi ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan juga Af'alNya, sementara kafir Asbat ialah :

Sesiapa yang mengakui ujudnya Tuhan disamping itu mereka juga mengakui bahawa Zat Yang Maha Agong itu memiliki isteri, anak dan bapa serta meletakkan sifat mustahil kepada diri Tuhan sebanding dengan sifat makhluk maka sesungguhnya mereka telah menjadi kafir yang nyata

Adapun kalimah nafi didalam kalimah  syahadah itu ialah kalimah  لا اله  dan kalimah Asbat pula ialah kalimah  الا الله . Secara jelasnya ialah kedua-dua kumpulan kalimah itu tidak boleh sama sekali di farakkan (dipisahkan) sesiapa yang memisahkannya mereka adalah jatuh kafir atau istilahnya ialah sesiapa yang memfarakkan diantara nafi dan Asbat maka jatuh menjadi kafir, mengapa jadi demikian ?

Nafi yang boleh menjadi kafir ialah kerana kalimah nafi dari jurus ilmu huruf pada setiap yang terdapat pada kalimah tersebut bukan dari maksud ma'ana huruf, kerana itu nafi atau menafikan perkara yang ujud adalah salah kerana itu dikatakan didalam nafi ada Asbat dan didalam Asbat ada Nafi . Adapun nafi didalam Asbat itu adalah pada kalimah  الا  kerana ianya tidak mutlak secara jelas tentang Qudtar,Iradat,Ilmu dan Hayatnya


Adapun Asbat didalam Nafi ialah pada kalimah huruf  اله  kerana huruf kalimah ini ada kalanya ia menunjukkan ujudnya Tuhan yang disembah seperti ayat pada surah Al Baqarah 163, An Nisa 171 dan S.Khafi ayat 110 dan ayat yang lainnya, ada kalanya ia menunjukkan Tuhan yang lain selain dari tuhan yang tidak disembah seperti maksud huruf  yang terdapat pada  لا اله  (Tiada tuhan yang disembah)


Kedua-dua jenis tauhid yang menuju kepada satu matlamat Tuhan Yang Maha Esa ini adalah dari segi perjenisan Tauhidnya sahaja iaitu Tauhid Rabb iaitu Tauhid Tuhan yang menjadikan  sesuatu daripada alam ini yang dipunyai oleh seluruh makhluk tanpa engkar sama ada makhluk yang ghaib ataupun makhluk yang nyata sementara Tauhid Uluhiyah yang berasal dari pengertian اله  ini hanya dimiliki oleh makhluk tertentu sahaja iaitu makhluk yang beribadat seperti manusia yang beriman dan Malaikat yang sentiasa patuh atas suruhanNya seperti semua jenis ibadat yang difardhukan (wajib) dan sunah yang dibolehkan

Sambung .....


Comments (6)

Salam,

Sekadar memberi tahu saja, agar difikirkan. JANGANLAH pandai-pandai mengadakan HUKUM selain hukum Allah.

[6:19] Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" Katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi peringatan dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan".

Diabaikan pun tak mengapa.Tanggunglah sendiri akibatnya nanti.

Salam Ustaz.. nak tanya bab a)mengenal diri.b)Mngenal rahsia diri c)mengenal rahsia martabat diri. d) melihat diri yang kekal tiada tua tiada muda macam pengantin didalam kelambu..e)menangung perintah dan amanah dari Nor AlQudsi. atau roh Al Qudsi untuk di laksanakan. minta pandangan Ustaz..

Salam Ustaz.. nak tanya bab a)mengenal diri.b)Mngenal rahsia diri c)mengenal rahsia martabat diri. d) melihat diri yang kekal tiada tua tiada muda macam pengantin didalam kelambu..e)menangung perintah dan amanah dari Nor AlQudsi. atau roh Al Qudsi untuk di laksanakan. minta pandangan Ustaz..

salam,,

kalau nak melihat matahari lihatlah kepada bulan,,

kerana bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri, tetapi hanya memantulkan cahaya matahari,,

dan,,

kalau hendak melihat wajah Allah lihatlah kepada kekasihNya,,

kerana kekasihNya hanya memantulkan Wajah Tuhanya.

sabda rasulullah,,

Siapa yang telah melihatku, telah melihat Tuhannya.

salam.. bukan setakat nasihat. diri sendiri pun belum kenal lagi..jika tiada cermin atau air yang jernih.. rupa sendiri pun tak tahu macam mana raut wajahnya.. hehehe maaf ya bulan2 puasa ni tak bolih marah nanti habis harta bendakena di jual.