Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 83

Salam

SETINGGI-TINGGI ILMU IALAH KALIMAH LA ILLAHA ILLALLAH. SETINGGI-TINGGI KALIMAH IALAH KALIMAH ALLAH

Manusia dicipta oleh Allah untuk menjadi khalifah di Planet bumi kerana bumi perlu ditadbir dengan sempurna atas arahan Allah s.w.t, sebelum Allah mengamanahkan manusia menjaga bumi maka Allah mencuba kalimah amanahNya kepada makhluk Jin lantas mereka membuat kerosakan 

Manusia kemudiannya di amanahkan Allah untuk pengganti makhluk yang telah membuat kerosakan, sebelum Allah menurunkan zuriat manusia ke Planet bumi mereka diambil kesaksian (aku janji) oleh Allah dengan ikrar La Illaha Illallah sebagai panduan bagi mereka untuk mentadbir bumi

Selepas aku janji itu diambil dan diikrarkan maka barulah Allah mencipta lembaga manusia awal iaitu Adam, kemudian barulah roh yang diambil kesaksian oleh Allah di tiupkan kedalam jasad lembaga manusia, ertinya lembaga manusia itulah sebagai rumah kepada Rohani itu untuk beribadat

Rohani yang mendiami jasad manusia ditetapkan oleh Allah menjadi saksi atas perbuatan Rohani itu kerana itulah Allah tetapkan bahawa tiada jasad maka Rohani tiada boleh beribadat kepada TuhanNya, manusia dilengkapkan oleh Allah dengan akal tempat ilmu itu di simpan dan akal pula dilengkapkan oleh Allah dengan lembaga akal iaitu

* Manik, iaitu cahaya yang fungsinya memahami sesuatu berita dengan cepat dan tepat
* Fikit, iaitu Fungsinya menilai sesuatu khabar berita sama ada benar ataupun palsu serta membuat keputusan
* Sukma, fungsinya melahirkan perasaan timbang rasa dan menanggung sikap kesedaran
* Budi, Fungsinya bertimbang rasa dan melahirkan keinsafan dan kemurnian
* Rasa, Fungsinya melahirkan sikap bertimbang rasa serta sikap membenarkan dan tegas

Ingatlah bahawa ilmu La Illaha Illallah itu wajib di fahami dan di pelajari oleh semua manusia, tanpa memahami ilmu tersebut boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir nafi dan kafir asbat


Comments (76)

Kalimah La Illaha Illallah wajib dikenal dan diketahui, tanpanya akan binasalah manusia terjerumus kepada syirik

salam,

teruskan usaha yang mulia ini, menyebarkan ilmu bagaikan permata yang amat berharga, semoga tuan mendapat keselamatan dan barokahNya jua,

amin, ya, Rabb al amin

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

salam pak...
minta kepastian adakah manusia itu diciptakan:
I)sebagai menanggung rahsia Allah
ii)sebagai khalifah di muka bumi
iii)beribadat(mengabdi) kepada Allah

pada pandangan saya, walaupun Jin itu telah mentadbir planet bumi sebelum manusia, ttpi Allah telah menetapkan manusialah yg sebenarnya diberi Amanah tersebut.
kerana Muhammad lah Allah menciptakan alam ini.
Ini adalah kerana Dia ingin mengenalkan dirinya kepada makhluknya dan makhluk mengenali akan dirinya.

persoalan saya mengapakah Allah memerintahkan jin sebagai khalifah di muka bumi terlebih dahulu dari manusia?minta pandangan ustaz dari saya yg cetek ilmu ini...

salam..

Salam

Manusia itu dicipta baik yang zahir mahupun yang batin, adapun maksud rahsia itu ialah tanda kemudahan yang Allah tetapkan supaya manusia yakin dengan kuasa ghaib

Sebagai khalifah kerana maksud khalifah itu adalah pengganti

Beribadat kepada Allah itu wajib sebab setiap makhluk wajib beribadat dan itulah janji manusia sejak dari alam roh

Jin dikerah beribadat adalah kerana mahu menguji kesesuaian keturunan tersebut tinggal di Bumi sebab asalnya daripada api, ternyata mereka tidak sesuai tinggal di Bumi lalu mereka membuat kerosakan, namun disebabkan mereka telah berjanji dengan Allah hendak menyesatkan manusia yang tinggal di Bumi maka mereka terpaksalah berada di Planet Bumi mengikut fitrahnya

Perkara yang lain ialah kerana Planet bumi ini adalah tempat pentas beribadat manusia dan juga Jin, Jin beribadat jika mereka dapat membuat kerosakan kepada manusia kecuali dari golongan mereka yang mahu kepada islam

Kalimah "Laillahaillallah" kata mat salleh yg percaya "is a statement of fact". Kata orang yg beriman/percaya "satu faktor yg benar". Samalah seperti kita kata "bulan itu bulat". Ia hanyalah satu kenyataan yg benar bagi orang-orang yg percaya. Orang yg kufur, mereka tak percaya. Lepas itu apa adanya pada kita? Mat salleh kata "So what?"

Yg benar-benar bermakna pada kita, pada hemah saya, adalah "Tuhan kami hanyalah Allah atau RabbunAllah." Sebab orang arab pernah ditanya "Siapakah yg mencipta langit dan bumi? Lalu mereka menjawab "Allah". Mereka mengakui kenyataan bahawa Allahlah Penciptanya. Tapi mereka tidak mahu mengakui bahawa tuhan mereka hanyalah Allah kerana mereka mempunyai tuhan-tuhan yg lain lagi. Maka syiriklah kita sekiranya kita percaya ada "tuhan" selain Allah.

Bahasa tertua ialah bahasa syurga dan bahasa kitab2. Ini bermakna semua nabi2 memahami bahasa ini dan beramal menggunakan bahasa ini. Bahasa inilah yg dirosakkan oleh musuh2 tuhan apabila mereka merosakkan al quran dgn meletakkan baris dan tanda. Jadi, tidak hairan manusia tiada yg amalnya sampai ke langit kerana mengucapkan bahasa yg tidak bermakna semasa solat. Malah nama tuhan di ubah beserta nama nabi yg di lantik tuhan turut di ubah.

Salam,

Tuan mahadaya, dapatkah kiranya tuan menunjukkan bukti Quran yang asal yg tidak berbaris itu?

Jika ditinjau dalam Surah al-Hijr (15:9), janji Allah ialah

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang akan menjaganya"

Apakah al-Quran spt yg ada kini yg telah dibaca dan dihafal oleh jutaan huffaz, ulama, auliya dikatakan al-Quran yg diubah mengikut pandangan mahadaya?

Adakah Allah memungkiri janji-Nya?

Haih..berat kamu ni mahadaya!

Al quran Kalam Allah, yang telah dibukukan itu mashaf Al Quran boleh dibeli di kedai-kedai,

tetapi Kalam Allah juga berada di Qalbu Mukmin masih ada sehingga sekarang ini dan tidak pernah berhenti.

Salam pakcik,
Saya dah email kat pakcik. wassalam

Al Quran yg telah dibukukan itu terbukti adanya. Tapi yg Hujann cakap seperti ini:

"tetapi Kalam Allah juga berada di Qalbu Mukmin masih ada sehingga sekarang ini dan tidak pernah berhenti."

Cuba tuan buktikan adanya. Kalau terbukti, kalau diizin Allah, saya pun nak belajar.

Al quran adalah mukjizat nabi membawa manusia kembali kpd syariat agama nabi Ibrahim. Firman tuhan menyebut al quran itu adalah peringatan dan kebenaran yg membezakan yg hak dan bathil. Ianya adalah kitab bacaan kerana dgn membacanya kita nmemahaminya. Adakah tuhan ada berfirman supaya menghafal al quran? Jika dihafalpun adakah isinya di fahaminya? Inilah penipuan yg jelas apabila merosakkan al quran kerana sejak ketiadaan nabi, al quran tidak lagi dibaca dlm bahasa arabaya yg jelas. Hamba beri contoh di dlm al quran ttg bacaan doa. Cuba perhatikan perbezaannya.
Ini org Islam baca : Rabbana innaka mantadkhilannara faqodaakhozaitahu amalizazholimina min Anshorin
Ini dibaca tanpa baris dan tanda: Rabana anaka mana tadakhola al nara fa qoda akhozayataha wa maa lalazholamayana mana Anashoro 192 Al Imran.
Ya tuhan kami, sesungguhnya engkau dari yg memasukkan ke neraka, kau hinakan dan tiada dari org2 zalim itu pertolongan.

Apa maksud kalam tuhan? Apakah ianya percakapan atau tulisan? Apabila tuhan perintah bacalah, nak baca apa? Tentulah baca kitab tuhan takkan baca angin kot? Dgn perintah membaca ini, tuhan mengajarkan manusia apa yg tidak diketahuinya.

Kesian, mahadaya..

berbelit lidah nak menegak benang basah. bukti tak juga dibagi

dakwaan anda itu siapa2 pun boleh buat, mahadaya..

Ibarat seorang pencuri yg dikejar org kampung dalam gelap...cara dia nak melepaskan diri ialah dgn menjerit pencuri! pencuri!

yg sebenarnya dialah pencuri tu!

Ahlan Wa Sahlan

Mungkin yang dimaksudkan oleh hujann tu ialah jibril memasukkan al quran dalam hati dan didalam dada manusia, selagi manusia iti tetap bernyawa maka selagi itulah al quran itu terus berfungsi

Ada orang kata masjid itu rumah allah (baitullah),

yang lain kata Masjidil haram itu rumah allah,

Sufi berkata qalbu mukmin itu rumah allah,

Firman Allah, aku tidak dapat ditanggung oleh langit dan bumi, tapi Qalbu seorang mukmin dapat menanggung aku,

jadi kalau allah berkata-kata dari qalbu seorang mukmin, bukankah itu Kalam Allah (kata-kata allah), bukankah al quran itu kalam allah.

Quote; "Firman Allah, aku tidak dapat ditanggung oleh langit dan bumi, tapi Qalbu seorang mukmin dapat menanggung aku"

Kalau tak salah saya ada lebih kurang 125 ayat Al Quran yg menceritakan tentang "qalbu atau hati". Tak satu pun yg sama seperti yg anda katakan di atas. Tolong bagi rujukan ayatnya, mungkin saya miss ayatnya.

baik bolehlah terima, tak baik buang saja,

ana hanya hanya memberi pendapat, beragama itu tiada paksaan, tetapi keyakinan,

mencari allah dengan fikiran, kerja yang sia-sia, kerana allah di luar jangkauan akal fikiran, hanya qalbu yang hening dapat menangkap getaran allah,

itu sebab rasullulah bertafakur di gua hirak, sehingga menerima wahyunya yang pertama.

Adakah agama ikut apa org kata? Camtu tak hairanlah kebanyakan manusia itu keliru dgn agama yg dianuti kerana lebih menitik beratkan pendpt manusia.
Apa guna masjid? Di dlm al quran, tuhan tidak perintahkan solat berjemaah, kerana solat ini bersifat peribadi. Tetapi bila Islam cipta sendiri solat berjemaah, mereka nak bina masjid. Dah tu harganya berjuta2, membazir dan katakan agama suruh. Bukankah membazir itu amalan syaitan? Maka benarlah mereka mengikuti syaitan dan jika dikatakan berbuat baiklah. Mereka berkata mereka melakukan kebaikan tetapi mereka itulah musuh, maka berhati2lah kamu supaya jgn di sesatkan dan mereka ini seperti kayu yg tersandar.

Salam
Nampaknya ramai yang pandai kat sini, bukalah blog sendiri boleh kita tumpang masuk macam pakkaramu ni ada munafaatnya, ni dop menyibuk je.
Nam bute nam Kue bute kue kau orang ni.
Maaf tanya- Pakkaramu ada ke talian pelajaran melalui Tn Hj Ngah Impol dan Tn Hj Abd Talib Naim?
AyahSu

Salam

Saya penyambung dan mewarisi pelajaran Tuan Haji Talib Naim

Tuan ngah IMpul pula guru kepada Tuan Haji Talib

Salam
Terima kasih PakKaramu
Dah lama juga saya cuba mencari keturunan ilmu Tn Abd Talib Naim, baru jumpa, harap dapat tuan bimbingan dan tunjuk ajar terutama masalah dalam buku2 saufisma
AyahSu

Ooooo!!! Pengikut Tuan A.Talib Naiim rupanya. Patutlah banyak persamaan dengan kandungan buku-buku Mengenal Roh. Jangan copy dan paste sudahlah.

salam..

dalam pelbagai perkara mencontohi Rasullulah itu adalah yang amat baik,

kepada siapakah Baginda berguru?

Ya,, Baginda berguru ke dalam diri, Berguru kepada Allah.

cuma yang perlu kita cari adalah bagaimana mahu berkomukasi dengan Nya.

Nak berkomunikasi dengan Allah secara rahsia rupanya. Walhal Allah sedang bekomunikasi dengan kita lebih dari 6000 ayat di dalam Al Quran. Itulah yg Allah katakan sebagai "melampaui batas".

Sendiri buat sendirilah tanggung.

Dalam sufisma bukan semua orang dapat faham melainkan kita perlu mengkaji semua tafsiran quran yang menjurus kepada kerohanian selain asas-asas daripada sifat 20

betul kata pak karamu,,

tidak semua orang boleh faham tentang ketuhanan,,

tapi sayangnya pak,, ada orang yang tak faham,,

tapi sombong pula apabila diberi tahu,,

Salamun 'alaik Pak,

Diri yang dhaif ini mohon singgah menadah ilmu di sini. Harap saya yang jahil ini mendapat bimbingan dan tunjuk-ajar dari Bapak untuk menjadi manusia yang mengenal hakikat.Sungguh tidak ternilai permata ilmu yang dikupas di blog ini. Semoga bapak sentiasa berada didalam pemeliharaanNya.

Dan sungguh tak disangka En. Mahadaya pun ada disini menebarkan racunnya yang berbisa. Berhati-hatilah semua. Dia ada hidden agendanya tersendiri aturan sibermata satu...biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Semoga diberi hidayah dan Nur oleh Allah untuk kembali ke jalanNya yang lurus.

Hamba di panggil kaunseling oleh pegawai Jaim. Namun sayang, org yg diharap org Islam menasihati sendiri gagal memahami al quran. Katanya untuk memahami al quran perlu belajar bahasa arab. Jadi, hamba suruh dia baca al quran kemudian terjemahkan. Apa dia buat? Dia baca kemudian baca terjemahan ayat tu, baik tak payah. Sudah hamba katakan al quran itu mudah dan x perlu nak susah2 belajar bahasa arab sebab bahasa al quran itu bahasa arabaya yg dibaca huruf demi huruf dan jelas ayatnya. Kalu nak ngikut arab munafik gak hamba tak tahulah.

Salam PakKaramu
Tanpa nama 2010 Julai 21 11:54 tu bukan saya Pak, gayanya macam mahadaya (tapi mungkin dia tak ngaku), bagus jugak mahadaya masuk blok pakkaramu, sekurang-kurangnya dapatlah jugak orang2 Islam berbincang pendapat dengan orang asalama,taklah dengan orang kristian, buddha, hindu dsb saja, lepas ni kot ada orang agama asalehe, wakaka,goco-goco pulak kot.
AyahSu

Salam Pak Karamu,

Saya malas nak bercakap tentang orang yg sudah pergi. Tapi demi kebenaran saya terpaksa bercakap juga supaya sama-sama memikirkannya dan semoga dapat petunjuk dari Allah ke jalan yg benar.

Tuan A Talib Naiim pernah mengajar solat di mana kita tak payah baca Bismillah .... di dalam al-Faatehah dan segala bacaan dibaca di dalam hati saja. Nah, bagaimana pendapat Pak Karamu; ini bercanggah atau tidak dengan firman-firman Allah di dalam Al Quran?

Salaam.

Dalam al quran yang pentingnya ialah solat, pada solat itu pula kesempurnaan rukun 13 itu adalah hukum fe'li,qouli dan qalbi, bagaimana setiap hukum tersebut disempurnakan terpulang kepada tafsiran masing-masing,

Fe'linya pada jasmani, qoulinya pada hati, iaitu baca dan dengar,sama ada cara jahar ataupun khafi, sementara qolbinya adalah komponen rohani, sebab itu kita kena tahu apa itu hati dan rohani dan tugas anasir komponen tersebut

Selain itu rukun solat itu hendaklah di pandu oleh tertib rukun setiap rukunnya barulah zahir dan batin bersolat

Tentang bacaan al fatihah tanpa basmallah itu memang ada hadis soheh sebut tanpa basmallah tapi jika nak baca bacalah jika tidakpun ia tidak bercanggah dengan hukum sila rujuk hadis yang berkaitan pokoknya kita jangan taksub dengan mazhab dan soal basmallah ini memang ramai yang memperkatakannya kerana ia sebahagian dari al fatihah, namun jika kita periksa hadis berkait dengan silat maka kita akan dapat menyelesaikan jawapannya, pokoknya belajarlah dan ikutlah rukun yang 13 itu

Di Makkah tidak kedengaran imam baca basmallah tapi di Madinah bacaannya agak jahar, nasihat saya pelajarilah ilmu solat termasuklah apa yang dilakukan imam syafi'e jika kita nak ikut imam tersebut

Tidak ada satu aytpun didalam quran yang menyebut bagaimana solat itu dilaksanakan, cuma Allah hanya menyebut aqimussolah ! tentang bagaimana seseorang itu nak melaksanakan ikutlah sebagaimana hadis sebut, "Sollu roaitumuni usalli

"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu 7 ayat (al fatahata) yang dibaca berulang-ulang dan Al quran yang agung." Al Hijr 87
Tuhan firmankan membaca al fatahata setiap kali solat dan ianya adalah 7 ayat, jadi jika tiada basama Allaha maka ayatnya jadi 6 dah langgar perintah tuhan. Mana solat nak diterima, dah buat ikut suka masing2 bukan ikut perintah. Sah ke neraka ni.
Solat adalah perbuatan dan cara solat ni bukan dari zaman nabi Mahamada kerana syariat solat ini adalah sejak dari zaman nabi Ibrahim lagi. Semua nabi2, rasul2 serta org2 beriman solat dgn cara yg sama dan membaca al fatahata di dlm solat, oleh sebab itu surat ini dikenali dgn ibu kitab kerana di setiap kitab2 terdahulu dimulakan dgn surat ini sebelum musuh2 tuhan menghilangkannya.

Salam Pak,

Kenapa pergi ke hadis walhal Al Quran itu jelas bahawa Surah 1 Ayat 1 adalah: Bismillahhirrahmannirahim. Sama ada nak dibacanya secara diam atau kuat itu terserahlah; namun ia tetap sebahagian dari Al Faatehah dan wajib dibaca di dalam solat. Tuan A Talib Naiim tak suruh baca langsung.

Bagaimana pula dengan arahan Allah di dalam surah 17 ayat 110? Tak payah ikut ke?

"... Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu." (17:110)

Quote: "Tidak ada satu ayat pun didalam quran yang menyebut bagaimana solat itu dilaksanakan, cuma Allah hanya menyebut aqimussolah!"

**** Tak ada juga hadis-hadis yg mengajar kita cara bersolat Pak. Kenapa nak diajar kalau manusia memang sudah solat sejak zaman Nabi Ibrahim lagi. Semua nabi-nabi setelah Ibrahim diperintah Allah supaya solat. Kalau ada pun hadisnya adalah "Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat". Bolih kah kita belajar solat sebagaimana yg tersebut di dalam hadis tersebut Pak? Mustahil!!!

Salam
Tanpa nama 27 Julai 11:11 tu anak murid Tn Hj Talib Naim ke? atau tumpang dengar sekali sekala, atau dengar orang cakap kot.Masa arwah ada tak nak bertanya, murid beginilah yang merosakkan Tok Guru,apalah awak ni!! Anda sepatutnya hubungi PakKaramu melalui email n bincang betul2 tentang ilmu Tn Hj Talib Naim kalau tak puas hati kerana PakKaramu kata dia penyambung dan mewarisi pelajaran Tn Hj Talib Naim,sebab ditakuti setengah2 perkara boleh mengelirukan orang dalam n3 ini.
AyahSu

Salam
Bilangan 7 ayat dalam fatihah disepakati oleh semua ulama fekah dan qiraat, cuma ada yang mengatakan basmallah termasuk ayat, ada yang kata tidak, yang kata tidak, ayat ke 7 bermula dari ghoirill maghdhu bi 'alaihim......hingga akhir ayat ,hal tu tak payah, pergi cari tok guru n bertanya n belajar. Pendapat mahadaya tu orang Islam tak boleh pakai sebab dia agama asalama bukan agama Islam, ikut dia lah,biar ke dialah nak masuk syurga/ neraka agama dia,dia dengan quran(qorana...?) dia,tuhan (tohana....?) dia, kita orang Islam ikut Islam lah.
AyahSu

Bab ni gak takde dalil solat berjemaaah sebab tuhan firmankan lembutkan bacaan seolah2 kita merayu kpd tuhan supaya memberikan kita hidayah. Kalu dah imam baca sampai satu masjid dengar, perlahan ke tu? Pas tu katakan imam tengah solat pastu seorang masuk saf dan terus ikut rukuk tanpa baca al fatahata yg tuhan nyatakan perlu dibaca, boleh sah ke solat tu? Nabi takkan adakan sesuatu yg baru selain dari apa yg tuhan firmanknan, jadi hanya nabi palsu yg diciptakan musuh2 tuhan saja yg menyuruh manusia melanggar perintah tuhan.

Ahlan Wa Sahlan

Jika hendak berhujah biarlah ada ilmu, jika tidak payahlah sudahnya ! Didalam panduan solat yang berteraskan terlalu banyak hadis yang menerangkan tentang solat mengapa tidak baca ? Hairan saya mengapa dikatakan dalam hadis tak jumpa tentang solat ? Sungguh hairan ! Hadis apa yang awak baca ?

Hampir 7 tahun saya di university Madinah tak jumpa seorangpun bercakap tentang tak ada hadis tentang solat

Kepada Mahadaya, Awak payah nak berbincang dan berdakwah fahaman awak disini sebab awak tidak pakai hadis, Al Quran awakpun lintang pukang, nahu lagilah berterabur

Awak kata tiada berjema'ah ? Tapi awak baca Al Fatihah, boleh saya tanya awak apa maksud 'Iyyakana'abudu Wa Iyya kanastaien ? Bukankah itu dalil ayat berjama'ah ! Tu la kecil-kecil tak mau belajar, sudah besar menyusahlan orang ! Dah tu buat N3 yang bercanggah dengan nahu Al Quran !

Tuan hamba Singa,
Hamba hanya mahu persaksian tuan hamba diambil bhw hamba telah menyampaikan kandungan al quran. Jika tuanhamba nak dustakan pun tidak menjadi masalah bagi hamba. Kelak ditanya malaikat, maka hamba telah sampaikan.
Ayaka Naabada Wa Ayaka Nasataa'yana. Kpdmu memperhambakan diri dan kpdmu memohon pertolongan. Tuan hamba banyak makan budu ke sebab hamba tak jumpa perkataan BUDU dlm bahasa arab.

Salam
Awak ni pun satu singamaraja, dop layan ke mahadaya wat apa, dia bukan Islam, dia tu agama asalama.Awak univ Madinah 7 tahun pulak tu, memang hebat lah, mahadaya univ tuhan dia, yang ngajor nabi abarahama dia,dia pakai qorona dia,dia guna bahasa arabaya dia,dia tu makan n minum macam nabi abarahama dia,berak pun gitu gop , apa lagi, beri ke dia belaka lah apa yang dia nak.....
AyahSu

Salam
Harap kita beri perhatian dan buat perbincangan serta ambil kefahaman kepada N3 PakKaramu, kalau tak tu tak payah masuk sinilah kalau nak bincang hal lain kecuali mahadaya sebab dia saja je agama asalama, biar dia soranglah kalau nak asalehe ke, goco2 ke, wakaka ke.....kalau layan ke dia jadi macam dia lah...
PakSu

salam pak...
saya cuma nak tanya, saya ada belajar berkenaan Al-Fatihah, Al-Fatihah ni ada 7 ayat, ada satu hadis yg mengatakan ia perlu dibaca dengan 7 ayat,saya xingt hadis tersebut....kemudian di tambah dgn Bismillah dan Amin. oleh itu, semuanya 9 ayat,barulah sempurna AL-fatihah..9 itu melambangkan kesempurnaan, ataupun huruf "Ha"(pati Ha = Fatihah). sebab itulah klau kita baca surah At-taubah xdak Bismillah sb ia surah yg ke-9. mintak pandangan pak.....klau pak rasa xsesuai bg penerngan disini, bleh email saya di addean08@gmail.com..tq
salam.....

Salam,

Surah Al Faatehah Surah 1.

Jumlah ayat-ayatnya adalah 7.

**** Kalau disambung nombor surah dan nombor-nombor ayatnya; jadilah ia: 1 1 2 3 4 5 6 7. Angka ini bolih dibahagi dengan 19 ie 19 X 591293.

Ayat 1 ada 19 huruf dan abjadnya 786.
Ayat 2 ada 17 huruf dan abjadnya 581.
Ayat 3 ada 12 huruf dan abjadnya 618.
Ayat 4 ada 11 huruf dan abjadnya 241.
Ayat 5 ada 19 huruf dan abjadnya 836.
Ayat 6 ada 18 huruf dan abjadnya 1072.
Ayat 7 ada 43 huruf dan anjadnya 6009.

**** Kalau nombor surah di sambong dengan urutan jumlah hurufnya, jadilah ia 1 19 17 12 11 19 18 43. Angka ini pun bolih dibahagi dengan 19.

**** Kalau ditambah nombor abjad satelah setiap hurufnya, jadilah 1 19786 17581 12618 11241 19836 181072 436009. Angka ini pun bolih dibahagi dengan 19.

**** Jumlah angka di atas adalah 38 ie 19 x 2.

**** Kalau dijawikan 38 angka di atas, jadilah 600943 107218 83619 24111 61812 58117 78619 1. Angka ini pun bolihdi bahagi dengan 19.

ALLAH HU AKBAR!!!!!!

Salam
Alhamdulillah lah kalau kita pegang konsep kehebatan al Quran dengan kiraan matematik (kod 19 lah tu), jangan bawak ke lain pulak. Tapi kalau mazhab atau qiraat yang mengatakan basmallah bukan ayat, kiraan tu mungkin tak jadi begitu (kena tolaklah 786), pening kepala pulak nak kira lain dan nak reka formula lain pulak.
AyahSu

Sebab tu hamba solat 19 rakaat sehari. Tulis nama tuhan dlm nombor arab ialah 139. Al Fatahata ada 13 Al, maka dlm sehari hamba solat 19 x 13 Al = 247 AL (2+4+7)=13
Manusia sebahagian dari tuhan jadi nombor manusia ialah 13. Ini menujukkan perintah solat itu dari tuhan kpd manusia (hamba). Al quran sebenarnya mempunyai 113 surat kerana surat al taubah tidak dimulakan dgn Basama Allaha bermaksud org arab dah pecahkan surat ini kpd 2 untuk menghilangkan nombor 13 pada al quran.

Otak manusia menyimpan maklumat dlm bentuk nombor. Jadi, bagaimana mengembangkan keupayaan otak ialah dgn melakukan perintah tuhan yg juga diwakili nombor yg merujuk kpd tuhan. Nombor 1 dan 9 mewakili sifat Awal dan Akhir Tuhan, jadi setiap solat itu menambah keupayaan manusia menjadi bijaksana dan mewarisi sifat tuhan iaitu maha bijaksana.

Salam Ayahsu,

Tak pening. Orang yg bijak dan mengguna akal fikirannya tahu apa yg perlu dibuat. Cuma yg yg suka-suka ikut cakap orang tanpa buktinya ... peninglah.

Fikirkanlah baik-baik. Itulah antara buktinya (mukjizat) Al Quran itu dari Allah. Tak mampu jin dan manusia membuat "formula" kawalan macam itu. Itu baru Al Faatehah; ada banyak lagi Ayahsu.

Surrender sajalah pada Allah bulat-bulat dengan beriman bahawa Al Quran itu sudah cukup untuk kita berugama. Janganlah lawyer buruk pula dengan berkata "Tapi al Quran tak bagi tahu bagaimana kita nak goreng mee, nak main bola, nak buat rumah, nak akad nikah, dll."

Iblis nak menyesatkan kita dengan syirik kerana dosa syirik tidak ada ampunnya. Fikirkanlah baik-baik. Jangan nanti berlaku apa yg Allah cerita di dalam Suran Al An'aam Ayat 22-28.

Salam Singamaraja,

Quote: "Jika hendak berhujah biarlah ada ilmu, jika tidak payahlah sudahnya ! Didalam panduan solat yang berteraskan terlalu banyak hadis yang menerangkan tentang solat mengapa tidak baca ? Hairan saya mengapa dikatakan dalam hadis tak jumpa tentang solat ? Sungguh hairan ! Hadis apa yang awak baca ? Hampir 7tahun saya di university Madinah tak jumpa seorangpun bercakap tentang tak ada hadis tentang solat."

**** Itulah anda, pakai ikut saja kata-kata orang. Maklumlah orang sedang belajar. Cuba cek tengok semua hadis-hadis Bukhari dan Muslim tentang solat. Dengan hanya menggunakan apa yg mereka katakan bolih tak kita solat? Tak ada satu pun hadis di mana Rasulullah berkata, "Mari aku nak ajar kamu solat." Dan seterusnya baginda ajar satu persatu bagaimana hendak melakukan solat seperti yg termaktub di dalam rukun solat yg 13 itu. Kalau orang tak tahu nak solat, itulah satu-satunya cara kita nak ajar mereka solat; kita mesti tunjukkan untuk mereka satu persatu dan mungkin berulang kali. Kalau perkara macam ini berlaku mesti ada hadisnya sebab ramai orang yg akan menyaksikannya. Tapi, di mana hadisnya?

Kajilah sendiri benar tidaknya; jangan assume semuanya beres belaka kerana iblis tak jemu-jemu nak menyesatkan kita dari percaya akan Al Quran sepenuhnya. Ia suka kalau kita percaya sikit-sikit sudahlah, maka syiriklah kita tanpa disedari. Allah kata cukup, kita kata tak cukup, Allah kata sempurna, kita kata tidak, Allah kata senang, kita kata susah,dll. Allah kata Nabi Ibrahim dan yg lain-lain pun solat, kita kata solat mereka tak sama dengan kita punya; kalau tak sama kenapa Nabi Musa masuk campur tangan? Kalau tak sama bagaimana mereka berjemaah dengan Nabi Muhammad di Jeruselam? Kan Allah kata tak ada perubahan pada sunnatullah?

Kalau macam ini bagaimana umat islam nak maju dan nak jadi umat yg terbaik? (apa Allah tipu kita kah?) Umatnya tak mampu berfikir lagi. Namun manusia makin lama makin ramai dan Al Quran itulah satu-satunya PETUNJUK untuk mereka semua.

Bangunlah dari tidormu hai umat islam. Kamu sudah lama tidor. Jangan asyik guna "ilmu" orang dahulu kala saja. Ilmu kamu di mana?

Salam
Hebat hang mahadaya, hang agama asalama bukan beragama Islam, nak solat 19 rakaat ke, 100 rakaat ke sehari ikut hang lah. Nak pakai qorona tak nak pakai hadasa ke itu agama hang,nak pakai huruf ke nombor ke ikut hang lah kalau tuhana hang kata gitu.Singamaraja, addean dll yang Islam tu tok sah layanlah ke dia apa dia nak kata pun, ye lah orang agama asalama tak kan sama dengan orang Islam, asalehe, goco-goco, wakaka,gelek-gelek, dang dut pun lain jugak, kot pah ni semua tu jadi agama pulak.
Adalah nanti al fatihah tak jadi alfatahata dah (macam agama asalama), mungkin jadi iltifihiti ke, ultufuhutu ke, ultraman ke, sebab tuhan dia kata bahasa tu yang asal pulak,nasib aku lah labu.....
AyahSu

Salam Mahadaya,

Quote:"Sebab tu hamba solat 19 rakaat sehari."

**** Kat mana anda ambil benda ini?

Quote:"Tulis nama tuhan dlm nombor arab ialah 139."

**** Yg ini pula anda ambil kat mana? Yg saya tahu abjad "Allah" adalah 66.

Quote:"Al Fatahata ada 13 Al, maka dlm sehari hamba solat 19 x 13 Al = 247 AL (2+4+7)=13"

**** Kenapa diambil Al saja? Bolih tak diambil "Bismi" saja?

Quote:"Manusia sebahagian dari tuhan jadi nombor manusia ialah 13"

**** Nasnya mana yg mengatakan manusia sebahagian dari tuhan? Bagaimana anda mencapai angak 13 itu adalah manusia?

Quote:"Al quran sebenarnya mempunyai 113 surat kerana surat al taubah tidak dimulakan dgn Basama Allaha bermaksud org arab dah pecahkan surat ini kpd 2 untuk menghilangkan nombor 13 pada al quran."

**** Ada sebab lain kenapa Surah Taubah tak ada Bismillahnya. Dan Al Quran tetap 114 surah semuanya. 114/19 = 19 x 6.

wahai MAHADAYA,

jauh benar, tuan hamba tersasar....eloklah tu...ada hikmahnya anda masuk ke blog ni....Allah nk tunjukkan pd anda yg mana hak dan yg mana batil....semua org xstuju dgn anda...separuh org pun xdak.....cuba tanya balik pd diri betulke apa yg aku belajar ni.....xdak sorng pun mau ikut n setuju dgn anda....sy syorkan anda bngun malam smbhyang tahjud tiap2 mlm.. itupun klau masih percaya dengan ibadat sunat....saya yakin anda akan jumpa permata yg anda cari itu....biasalah dlm perjalanan mcm2 dugaan dtng...kaca pun dikatakan permata....nafsu kita turun naik, syaitan akan melaksanakan printah Allah shingga nyawa manusia berpisah dengan jasadnya.....masih ada masa lg....yg penting ego mesti kena buang.....

Ini utk renungan:
i)9 x 24=216 (2+1+6) = 9
ii)17 x 5 = 85(8+5)= 13
iii)13 x 17 = 221(2+2+1)=5
iv)9 x 13 x 5=585(5+8+5)=18(1+8)=9

Allah=99 nama(9+9)=18(1+8)=9

Note:
i)9 adalah huruf Ha
ii)9 kali kalimah shahadah yg kita baca dlm solat 5 kali sehari
iii)huruf dlm Al-quran berasas kpd 3 huruf dan 3 huruh ini berasaskan kpd huruf Ha..3 huruf itu ialah Alif, lam dan ha...

Tuan hamba Addean,
Tahupun kenal huruf ingatkan buta huruf tadi. Jadi huruf ha itu ada lah bunyinya Ha bukan? Di sebabkan inilah tuhan yg disembah oleh semua nabi2 dan rasul2 serta org2 beriman ialah Allaha. Org Islam jer yg buang bunyi Ha lepas letak sabdu dan baris. Jadi, nabi hamba yg bawa al quran tidak pernah sembah tuhan yg disembah oleh org2 Islam dan nabi hamba sudah tentu patuh perintah tuhan mengikuti agama nabi Ibrahim dan bukan Islam. Agama tuhan yg diredhai ialah Alif Sin Lam Mim iaitu Asalama. Kebenaran adalah hak dan kebathilan akan lenyap apabila yg hak ditegakkan.

Salam PakKaramu
Harap Pak terangkan sedikit lagi bagaimana nak kaitkan lembaga akal-manik, fikir, sukma, budi dan rasa dengan rohani dalam memahami La Ilahaillallah sebagai satu kefahaman dan amalan
AyahSu
Quote: singamaraja n addean nampaknya lebih berminat dgn mahadaya dari nak bincang N3 PakKaramu-geng nampak, hantar pulut kuning ngan telur lah,asalehe..asalehe

Salam, tuan hamba mahadaya,

Wah...bagus, tuan hamba ada Tuhan sendiri, agama sendiri,nabi sendiri dan kitab sendiri..

Baguslah..nampaknya tuan selesa jadi jd kuda tunggangan freemasons + illuminati

Salam PakKaramu
Harap Pak terangkan sedikit lagi bagaimana nak kaitkan lembaga akal-manik, fikir, sukma, budi dan rasa dengan rohani dalam memahami La Ilahaillallah sebagai satu kefahaman dan amalan
AyahSu
Quote: addean nampaknya lebih berminat dgn mahadaya dari nak bincang N3 PakKaramu-geng nampak, hantar pulut kuning ngan telur lah,asalehe..asalehe
Relaks singamaraja..layan ke dia

Salam PakKaramu
Harap Pak terangkan sedikit lagi bagaimana nak kaitkan lembaga akal-manik, fikir, sukma, budi dan rasa dengan rohani dalam memahami La Ilahaillallah sebagai satu kefahaman dan amalan
AyahSu
Quote: addean n pak nampaknya lebih berminat dgn mahadaya dari nak bincang N3 PakKaramu-geng nampak, hantar pulut kuning ngan telur lah,asalehe..asalehe
Relaks singamaraja n hujann..layan ke dia

Ceritan lembaga akal ini terlalu panjang, tidak dapat diceritakan disini, mungkin saya akan masukkan diblog Umarak dagang sebagai N3

Namun apa yang penting ialah kita wajib memahami dimana kedudukan kita pada kalimah syahadah itu kemudian daripada mana asal usul kalimah syahadah kedua dalam kalimah Tauhid tersebut

oleh yang demikian se eloknya kita adakan perbincangan secara terus,

SAYA CADANGKAN KITA ADAKAN PERTEMUAN DI KUALA LUMPUR, KITA CADANGKAN ORANG YANG BERMINAT DENGAN ILMU INI BERSAMA KITA UNTUK HADIR BERBINCANG, APA PANDANGAN TUAN ?

Salam PakKaramu, terima kasih.
Satu cadangan yang baik, bolehlah saya tumpang ambil kefahaman,harap Pak buat cadangan masuk dalam FB n dapatkan penyertaan.
AyahSu

Salam Pak Karamu,

Kalau cerita kat sini kan lebih baik. Seleruh dunia akan tahu betul tidaknya. Kalau betul kan ramai manusia akan mendapat manfaat darinya? Kalau tak betul kenalah Pak tanggung dosanya. Kan Allah sudah beri amaran:

"[2:159] Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Tapi kalau nak jumpa dalam grup pun buatlah demi untuk kebaikan. Ingatlah firman Allah:

[3:64] Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang sama di antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah selain Allah, dan kita tidak sekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka barpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

Selamat bermesyuarah.

Salam,

Oh ya saya nak ingatkan orang yg bermesyuarah dengan ayat ini:

[17:36] Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Salam.

Salam
Tanpa nama (mahadaya), hang ni satu gop, kan PakKaramu kata nak buat N3 dalam blog, tu pun tak reti..payah orang macam hang ni, semua yang orang buat tak betul belaka. Ikut kita orang lah nak bermesyuarat ke, muzakarah ke, perjumpaan ke, apa hang dop susah, hang bukan Islam, hang agama asalama, yang dop campur urusan agama orang Islam wat apa.Nanti orang agama asalehe-asalehe, waka- waka, goco-goco kacau hang baru tau.
AyahSu

Salam Ayahsu,

Saya bukannya Mahadaya tuuuu. Kalau ilmu ma'rifat sudah tinggi takkan tak bolih bezakan kot?

Ini saya quote kata-kata Pak Karamu,"kita wajib memahami dimana kedudukan kita pada kalimah syahadah itu kemudian daripada mana asal usul kalimah syahadah kedua dalam kalimah Tauhid tersebut."

**** "WAJIB FAHAM" katanya. Bermakna dia sudah tahu. Jadi WAJIB-lah pula dia memberi tahu kepada semua. Kalau tidak berlakulah ayat Al Quran itu. Bayangkan, semua makhluk laknati dan Allah juga. Saya sekadar memberi peringatan saja.

**** Pada yg mendengar penerangannya pula jangan terima bulat-bulat saja. Fikirkan betul tidaknya kerana nanti Allah akan tanya.

**** Bermusyuwarah tu bagus; tapi lebih bagus dipaparkan di sini supaya semua orang tahu perkara yg wajib tersebut. Pak Karamu pun akan dapat ganjarannya dari Allah, insyaAllah.

Salam.

salam,,

sidang diskusi yang mulia,, saya baru di sini,, tapi saya seronok,,
macam-macam ada (macam astro pulk),,

baguslah tu harap teruskan,,
tapi janganlah sampai sakit hati,, nanti jarum syeitan masuk,,

ilmu yang banyak itu bagus, tapi untuk ssampai kepada Allah tidak perlu ilmu,, (CONTOHNYA RASULLULLAH, pada awalnya Beliau itu tidak berilmu, tetapi setelah mendapat ilham, beliau yang paling hebat)

semasa di gua hirak jibrail suruh beliau baca,

walhal pada masa itu belum ada kitib tentang islam, belum ada alquran,

jadi kitab apa yang disuruh baca?

pastilah kitab diri,, membaca ke dalam diri,,

nah, pak karamu dah buat n3, empat jenis diri, DIRI TERDIRI, DIRI TERPERI, DIRI SEBENAR DIRI DAN DIRI TAJALI,,

cuba lihat kita pakai diri yang mana?

Salam

Tujuan saya nak berjumpa dan berkenal-kenalan sambil bemuzakarah, saya rasa itu lebih baik dari baca N3 ni, disamping itu kitaberbincang tentang ilmu kerohanian ini

Bukan takut untuk membuat apa juga tulisan berbentuk ilmiah dan tiada seorangpun manusia nak sesatkan orang kejalan syaitan,jika sesiapa yang ingin hadir sambil berkenalan dapat juga kita bertukar-tukar pandangan, tak kiralah siapapun

andainya bersetuju call saya pada nombor 013 2996226 atau 017 2133391

Salam semua,

Sebelum bermesyuwarah dengarkanlah lagu ini dulu:

http://www.youtube.com/watch?v=qZdKkqiwrqU&feature=related

Salam.

Salam Pak Karamu dan seluruh sidang,

Saya setuju perjumpaan tu diadakan. Cadangan saya dibuat selepas Aidilfitri, maksudnya spt perjumpaan hari raya sambil berbincang dan berkenal-kenalan.

Saya percaya kebanyakan di sini telah ada guru masing-masing, jadi bolehlah bertukar-tukar fikiran sambil merapatkan barisan.

Kita tak punya banyak masa. musuh dah semakin hampir dan semakin membelenggu. Munculnya Al-Mahdi kian hampir..

Ahlan wa sahlan

Jangan cepat sangat nak keliru, dalam N3 Umarak dagang pada ruang ARTIKALNYA kita boleh semak banyak perkara yang kita tanyakan disini telah tersedia bukankah kita periksa dulu kemudian baulah kita tanya benda yang tidak ada lagi atau tak faham ?

Berhubung dengan cadangan Pak Cik tu saya bersetuju benar, saya insya Allah akan hadir dan anak murid Pak Karamu juga mungkin ramai yang bersetuju, harapkan saya berada didalam negara waktu itu

Bacalah:


http://www.universalunity.org/

apa tak kena dengan mahadaya ni? bacaan al quran yang di dengar timur ke barat dari china, india, barat dan arab sendiri baca macam biasa, tak macam yang mahadaya baca ikut faham saudara. Saya tengok pelik betul cara fikiran mahadaya. Sungguh pelik...sungguh pelik. Abih, dah semua tahu, Allah yang beri nama-Nya sendiri. Nak bagitau macam mana pulak Alif Lam Lam Lam Ha? Sekadar nak suruh berfikir. Ha fikir.!!!

Assalamualaikum wbt,

Saya adalah salah seorang anak murid kpd Mursyid saya, Tn Hj Abd Talib Naim Al Saufi. Saya mula berguru dgn almarhum mulai pd tahun 1968.
Saya ingin memberi pandangan kpd semua pembaca blog ini dan kpd Pak Karamu sendiri supaya sentiasa berwaspada manakala membincangkan hal-hal yg bersangkutan dgn ilmu yang sgt tinggi nilainya yg ditinggalkan oleh Mursyid saya agar ianya tdk mendatangkan fitnah dan meosakkan akidah seseorang.

Sesiapa yang ingin berjumpa dan berhajat untuk bermuzakarah dgn lebih mendalam lagi, sila hubungi saya melalui email a.halim1946@gmail.com, kita boleh berbincang secara ilmiah luaran.

Yang rahsia dan tersirat seharusnya dibincangkan dengan menghadirkan diri.

Terima Kasih

ILLAHINA ANTAMAKSUDINA WAREDHAKA MATHLUBINA

Salam..
saya adalah piut kepada Al Marhom Ngah impol..
Ayah saya merupakan cicit kepada Al Marhom Ngah Impol.

Sehingga kini masih ada yang berminat untuk mengetahui sejarah Al Marhom. terima kasih dari keluarga kami.. Sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Al Marhom nyit saya..

salam

Dengar cerita, Pak Ngah Impul ni lah yg membawa Tn.Hj Abu Talib Naim berjumpa dgn seorang lagi pakar saufisma/guru kpd Pak Ngah Impul (kalau tak silap sy la). Tp siapa dia ek? Boleh sy tahu? Dengar2 cerita juga mereka bertiga ni lah yang berpulang ke Rahmatullah secara ghaib. Kata2 pakar ahli saufisma itu seperti "Awak orang duduk dalam gelap (Kubur) sorang2 apa bikin? Orang kasik masuk pintu depan (liang lahad),keluar la ikut pintu belakang (keluar dari kubur/seumpamanya)". Benarkah dakwaan ini, Muriddin Tn.Hj. Abu Talib Naim?

P/s: Maaf la bertanya, sy budak baru belajar.

Salam.
Soalan saya merujuk kpd saudara/saudari Bella Boo.
Menurut pemerhatian saya di dalam kawasan kubur Mohom Ngah Impol ada 8 kubur.

Antaranya adalah kubur moyet dr sebelah bapa saya iaitu Pandak Indat. Turut dikuburkan di situ adalah isterinya dan seorang anaknya yg meninggal semasa kecil.

Menurut atok saya moyang saya ada kaitan dgn Mohom Ngah Impol.
Saya baru mengetahui tentangnya dr atok saya.

Jadi kalau saudara/i ada maklumat, soalan saya adalah;

1. Kubur yg berdekatan adakah saudara-mara ataupun pengikut ataupun hanya orang kampung lama Cg.Mincang.

2. Jika saudara ada menyimpan salasilah, adakah terdapat nama Pandak Indat?

Anak Pandak Indat pula bernama Othman & kuburnya di Kampung Tanjung Bangkong, Malim Nawar.