Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 82

Salam

LAPISAN-LAPISAN UNTUK MENGENAL DIRI

Apabila seorang manusia ingin mengenali dirinya maka mereka perlu memikirkan beberapa ayat dari Al Quran sebagai pnduan, umpamanya jika kita mendengar ada orang yang telah mati maka kita akan berucap "Inna lillihi wa Inna Ilaihi raji'uuuuun !" (Daripada Allah kamu datang kepada Allah kamu di kembalikan !) Ayat ini menunjukkan kepada istilah rohani, bukannya jasmani, jadi yang datang daripada Allah dan kembali kepada Allah itu adalah diri kita yang sebenar

Apabila kita sebut Rohani maka sudah tentu ia meliputi Roh, Akal, Nafsu dan nyawa, makhluk ini tidak dapat kita lihat dengan mata yang kasar, ia hanya dapat di lihat dengan mata hati, sila rujuk Al An'am 60 dan Az Zummar ayat 42, ia ada kaitannya dengan istilah kekuasaan Allah tentang jiwa atau roh yang kita kenali sebagai pengembaraan manusia di alam mimpi, roh, akal dan nafsu  berada dalam satu kumpulan yang di namakan Ruhul yaqazah, ia dapat di lihat dengan mata hati yang di kenali sebagai qalbun dan qalbi

Yang kita tidak boleh lihat ialah nyawa atau istilahnya bersumber dari anasir  nafas, nufus, ampas dan tanafas yang tidak boleh nampak dan tidak merupa apa juapun, nyawa inilah yang di katakan sebagai sirullah, dia bukan tuhan tapi ia adalah makhluk dan dialah yang di kenali sebagai diri sebenar diri manusia, apabila ianya makhluk maka kita kenalah fikitkan  تفكروا فى خلق الله ولا تتفكروا فى الله فتهلكوا   (Fikirkanlah tentang makhluk Allah, dan jangan kamu fikirkan tentang Zat Allah, nanti kamu  akan binasa)  H.R Abu Na'iem

Nyawa inilah di kenali juga sebagai awal makhluk atau sebagai Hakikatul Muhammadiyah atau Nur Muhammad, istilahnya banyak akan tetapi yang masyur ialah Nur Muhammad, dialah sebagai   نفسه  (Nafsahu) tanda mengenal Allah  yang bernama   ربه  (Rabbahu)  iaitu   من عرف نفسه فقد عرف ربه  (Siapa yang mengenal dirinya dia mengenal Tuhannya)

Rohani tidak boleh bergerak dan berdaya upaya melainkan ia di perintah, di tadbir, di kuasai oleh Allah, ertinya kerana Allahlah rohani itu bergerak dan berfungsi jika tidak dia tidak bererti apa-apan kerana itu Allah berfirman   وما تشا ءون ألا أن يشا ءالله   (Dan tidaklah kamu berkehendak melainkan apa yang di kehendaki oleh Allah)    dan banyak ayat lagi yang menyatakan demikian ertinya manusia dalam keadaan  "La Haw la wala quwwata Illa billah"

Adapun konsef "Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku itu adalah konsef jabariyah, hal ini perlu di rujuk kepada ilmu Iftiqar dalam sifat 20 yang mana sifat qahar di kuasai oleh sifat kamal Allah s.w.t ayat tersebut ialah عرفت ربى بربى 

Comments (48)

salam ustaz...
saya ada beberapa soklan dan pandangan berkenaan dengan artikle ustaz...
i)Insan (diri sbnr diri/ruhul hayat) ini adalh salah satu dari pecahan Nur muhammad. Nur Muhammad telah berpecah kpd 6. ada yg mengatakan 7.Insan inilah yg dikatakan ada awal tiada akhir. Insan ini yg menanggung rahsia diri Allah. diri insan ini telah dibalut dengan jasad bentuk Muhammad..ini secara ringkasnya.. apa pandangan ustaz tntng hal ini?

ii) jika insan ini telah mengenal rahsia Allah, adakah ini yg dikatakan DIRI TAJLI dan jadilah ia insan kamil seperti(para wali, anbia,aulia nabi& rasul)Pada pndangan saya, diri tajli ini telah pun mencapai apa yang dikatakan sebagai dialah yg awal dialah yg akhir dialah yg zahir dialah yg batin...tiada apa pd dirinya hanya Allah semata-mata pd sifat Jamalnya...dan ada juga setengah pendapat mengatakan Dia menguji dirinya sendiri...harap Ustaz faham..apa pandangan ustaz?

iii)satu hadis Qudsi mengatakan Aku adalh perbendaharaan tersembunyi,maka aku jadikan alam(makhluk ini) supaya aku dapat mengenalkan diriku kpda mereka dan mereka dapat mengenaliku....dan tnggungjawab ini telah diberi kpd makhluk bernama Insan bg menyatakan semua di alam ini adalah milik Aku(aku disini bawa makna ganti nama Dia(hu.semua bentuk dan benda di alam ini mempunyai rahsia ku dan insan yg perlu menyatakannnya. sebab itulah nama setiap benda makhluk di alam ini telah diberi nama oleh Nabi Adam dan setiap nama bagi makhluk ini ada rahsianya(Alif lam) yakni Allah yag wajibul ujud..mintak pandangan ustaz?

iii)yg terakhir,ustaz ada mengatakan sifat Allah itu makhluk, maka disini saya keliru adakah Al-Quran itu makhluk sbab Alquran itu adalah kalam Allah?

harap pandangan dan soklan saya mendapat penjelasan dari Ustaz. saya hamba yg hina lg fakir hanya memohon petunjuk dan kebenaran dari ilahi serta ingin mendekatkan diri kepada Allah...amin...

Al Quran diturunkan dlm bahasa arab dan tanpa baris dan tanda. Ini bermakna nama tuhan yg sebenar ialah Allaha yg bermaksud Al-Segala, Laha-Miliknya. Ini juga bermakna di dlm apa jua yg dijadikan tuhan, diletakkan sebhgn namanya melambangkan dialah pemiliknya. Contoh Al Aradho, Al Samaa, Al Bahara dll.
Bagi manusia2 yg tidak beriman kpd tuhan, sudah pasti tidak mengenalnya dan hanya menduga2 tanpa ilmu. Manusia adalah makhluk yg paling hebat diciptakan tuhan, tetapi mengapa manusia tidak merasai kehebatan yg tuhan kurniakan? Kenali diri yg penuh sifat kehebatan melalui pengabdian diri kpd tuhan, maka terserlahlah segala kehebatan zuriat Adam yg bersifat mengetahui.

Salam

Mahadaya said

Al Quran diturunkan dlm bahasa arab dan tanpa baris dan tanda........

-- mahadaya, apa ni? cerita tentang baris dan tanda, mana ada al-quran turun secara bertulis, kalau macam tu senanglah pi cari kat batu, kayu, pelepah tamar dsb, kot2 sekarang ni pun ada lagi yang masih belum dijumpai. Pandai betul mung ning.............

Awak bukan Islam, taksah nak sibuklah nak masuk dalam berbincangan orang Islam, hanng berbahaslah sama2 puak hang-bukan marah, tapi nak bagi tahu, yang orang Islam tak usah layanlah mahadaya ni(kadangkala guna tanpa nama), sebab dia bukan Islam.

Mahadaya said...
Hamba tidak mengikuti agama Islam, hamba mengikuti agama nenek moyang hamba nabi2 dan rasul2 iaitu Asalama dan kami tidak menyengutukan Allaha dgn sesuatu apa pun
Rahsia Surat Al Kahafa (Gua) ( dalam http://1asalama.blogspot.com

AyahSu

Salam,

Bukan pecahannya kepada 6 bahagian tapi istilahnya banyak

Insan di balut dengan jasad yang mengandungi 4 anasir tanah, air, api dan angin sebagai cooling system

Insan bukan diri Tajalli, kerana iftiqar dan istaghna adalah berlainnan, sila lihat peristiwa Musa di bukit Thur

Insan Kamil hanya ada Wahdaniyah, Tuhan yang mutlak ada kelima-lima sifat Salibiyah

Dalam mengenal diri dan Tuhan Nur Muhammad itu adalah sumber sekalian alam,ertinya pada setiap alam ada sumber Nur Muhammad tapi mengikut kesesuaian

Kalam Tuhan itu qadim bukan baharu,yang baharunya ialah apabila ia di tulis dan di kitabkan

TERIMAKASIH BANYAK USTAZ..

apala mahadaya ni....
hang ckp agama hang asalama. klau huruf arab bunyinya "Alif Sin lam Mim" = Islam....agama Islam la tu..aku xtaula samada ang reti mengeja ke tak reti mengeja Huruf-huruf dlam Al-Quran...malu ke nak mengaku Agama Islam...mengaku jela...jgn lupa mengucap 2 kalimah syahadah...

Perangai manusia memang suka melampaui batas. Bila berlaku sedemikian maka timbullah berbagai masalah. Maka bergembiralah si iblis laknattullah itu, kerana kita sudah masuk ke alam yg ghaib yg dia familiar tapi kita tak familiar. Maka jadilah cerita 5 orang buta dengan gajah; masing-masing mempunyai pandangan sendiri-sendiri bagaimanakah keadaannya gajah itu.

Di dalam bidang sains contohnya, garam adalah sodium chloride, ia itu, campuran secara chemical di antara sodium dan clorine. Kedua-duanya adalah racun bagi kita. Tapi bila "dicampur" jadilah garam yg bolih kita makan.

Samalah macam mereka ni,mereka nak tahu dulu apakah campurannya garam itu baru mereka nak makan. Apabila dah tahu bahawa bahan campuran garam adalah racun bagi manusia, maka haramlah dimakan garam kerana bahan asalnya racun.

Bacalah dan fikirkanlah yg betul buat tauladan yg salah buat sempadan:

http://www.e-bacaan.com/artikel_10soalan.htm

Salam.

Bacalah dan fikirkanlah. Yg betul buatlah tauladan dan yg tak betul buang sajalah. Jangan serah nasib kpd orang lain walau besar mana pun serbannya; fikirkan sedalam-dalamnya.

http://www.e-bacaan.com/album950721b2.htm

Salam.

Tuan hamba Addean,

Di dlm al quran, tiada kalimah 2 syadah tu kerana itu kalimah menduakan tuhan. Kalimah yg kekal di dlm al quran ialah kalimah mentauhidkan tuhan iaitu Laa Alaha Alaa Allaha.
Alif Sin Lam Mim jika dibaca tuan hamba tidak akan menemukan Islam kecuali tuan hamba memperbodohkan diri sendiri. Org2 melayu di zaman dahulu menulis jawi agama mereka iaitu Alif Sin Lam Mim yg bermakna Asalama dan bukan Islam. Jika Islam ianya dieja sebagai Alif Ya Sin Lam Mim. Islam sebenarnya dicipta supaya musuh2 tuhan dpt menguasai dunia milik tuhan ini. Apakah kehebatan Islam?

KELAKARLAH TUAN MAHADAya NI.....

wei mahadaya hang berguru ngan sapaaa.....syok gak sembang hang ni...manusia alaf baru....hihihi

takpela...nak wat cam manakan, dah hang mengaji mcm tu....yang penting jngn syirik Kan Allah ikut sunnah nabi...tp jngn kata i setuju dengan u....

kenal Allah bkan setakat mgetahui dengan ilmu tetapi merasakan akan kewujudannya dengan mata hati...

salam...bye bye

MAHADAYA???? MIHIDIYI???? MUHUDUYU?????

MOHODOYO????? MIHADAYA??? MIHIDAYA???

MOHIDAYA???? MOHUDIYU??? ........??????

Tolong bagi baris pak.

mahadaya di huni 7 ekor jin yg membolak balikkan akal dan fikirannya...rohnya kelihatan hodoh dan tua meneguk arak yg di sajikan oleh jin2 ifrit itu...

dia tersesat dalam perjalanan mencari diri sebenar diri...

hati2 pendusta rasul ini....

Org2 beriman hanya mengambil tuhan sebagai penolong dan bukan jin2 yg disembah oleh manusia yg menyengutukan tuhan. Apabila manusia tidak beriman kpd tuhan, mereka lebih mempercayai cerita2 bomoh yg mengambil kesempatan menyesatkan manusia dgn ilmu jinnya. Tidak hairan ramai org2 Islam terutamanya perempuan dirogol oleh bomoh2 ini kerana manusia taksub dgn jin2, padahal tuhan nyatakan supaya hanya memohon pertolongan dari tuhan.
Hamba hanya berserah diri kpd tuhan semesta alam serta bersabar dan bersolat.

mahadaya...

bagaimana sebutan kalimah syahadah dalam agama asalama..?

Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapaknya dan kaumnya: "Sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab terhadap apa yang kamu sembah. (26) tetapi Tuhan yang menjadikanku; karena sesungguhnya Dia akan memberi hidayah kepadaku". (27) Dan menjadikan kalimat tauhid itu kalimat yang kekal pada keturunannya supaya mereka kembali kepada kalimat tauhid itu. (28) Al Zukhruf

Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allaha telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Asalama". (132) Al Baqarah

Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allaha dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya dalam agama. (11) Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama-tama berserah diri". (12) Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut akan siksaan hari yang besar jika aku durhaka kepada Tuhanku". (13) Katakanlah: "Hanya Allaha saja Yang aku sembah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya dalam agamaku". (14) Al Zamara

Laa Alaha Alaa Allaha. Tiada Tuhan Selain Allaha.

wahai jin mahadaya,

agamaku adalah agamaku dan agamamu adalah agamamu,aku tidak menyembah apa yg engkau sembah dan engkau tidak akan menyembah apa yang aku sembah...

Tiada paksaan dlm agama. Jika tuan hamba tidak suka apabila al quran dibacakan dan mendustakannya, terpulang pada diri. Hamba hanya menyampaikan dan berpesan2 dgn kebenaran dan kesabaran.

Si LUNCAI, LUNCII??, LINCAI???, LONCAI???, LONCII??, LINCUI??? ... (siapa nak bagi baris niii!!!) terjun dengan labu-labunya; biarkan, biarkan. Kalau sudah tak mampu berfikir nak buat macam mana.

Salam, mahadaya yg cuba memperdaya.

mahaperdaya...

bacaan alguran engkau adalah batil...sesat dan menyesatkan...

alquran kami adalah benar dan di benarkan...dipelihara hingga kiamat...

jangan ubah alquran kami...laknat Allah tertimpa ke atasmu...

EN MAHADAYA ATAU MAHADI???

Cuba kita kaji nama MAHADAYA. MAHADAYA dlm huruf arabnya "MIM HA DAL YA"= JIKA DILETAK BARIS(bahasa jawi) akan jadi MAHADI....persoalannya adakah MAHADAYA ingin memberitahu kita bahawa dia adalah IMAM MAHADI tp malu-malu kerbau(shine-shine buffalo). sama-sama kita renungkan... sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...ALLAHU S.W.T yang wajibul ujud tahu akan segala-galanya. wahai manusia jangan ingat diri kamu itu hebat....tujuan saya bkan utk merendah-rendahkan orng lain, tp klau dah terang sangat akan kebatilan itu, wajib ke atas saya menegur sekadar yg termampu..dlm pada sama mohon Allah bukakkan pintu hati kita dan jauhi dari kesesatan yang nyata....

salam..bye bye

Tuan hamba Addean,

Apa maksud Mahadi? Setiap sesuatu perlulah mempunyai penjelasannnya. Apa guna perkataan tanpa makna? Siapakah tuan hamba yg menghukum manusia seolah2 tuhan? Bagaimana tuan hamba begitu yakin bhw tuan hamba tidak sesat padahal jika hamba bawakan al quran di hadapan tuanhamba, tiada sedikit kebenaran pun atas yg tuan hamba ikuti.
Ma-Beri, Hadaya-Petunjuk
Tuhan anugerahkan hamba nama di sisinya, dan adalah hamba berjuang meninggikan agama tuhan dan menakluk dunia sebagai janji yg pasti iaitu bumi ini diwarisi oleh hamba2 tuhan yg soleh.

Kebenaran apakah yang ingin kamu bawakan disini, mahadaya?

Aku melihat ia mirip kpd ajaran Bahaiyah, abad ke 19 ciptaan Mirza Ali Muhammad, seorang Syi'ah Imamiyah. Ia menekankan kepada agama yg 3 (Islam, Yahudi, Nasrani) semuanya benar, dipanggil 'dinullah'. Ia juga menyeru kpd pembentukan 'agama Internasional'.

Sejarah tidak boleh menipu dan sejarah telah menunjukkan Mirza ini berketurunan Yahudi dan agen Freemasons Yahudi yg bertujuan menghancurkan Islam dari dalam..

Antara 'perjuangan' mrk ni spt:
-semua agama langit adalah sama. (mahadaya:agama Nabi Ibrahim lah yg benar)

-Mewujudkan keraguan pada kitab al-Quran. (mahadaya: al-Quran asal adalah tanpa baris...harus dibaca 'aaaaa')

-menanam keraguan dan kebencian pada Nabi Muhammad, lantas menolak segala hadis-hadis Nabi (Ini memang sah lah yg mahadaya buat)

-dan banyk lagi.

-Semoga Allah melimpahkan taufik dan hidayah kepada mahadaya dan kita semua. Bertaubatlah...

wallhua'lam

Tuan hamba Pakcik,

Hanya setelah memahami al quran dan kitab2 sebelumnya, tuan hamba akan memahami bhw muhammad itu ciptaan bangsa Arab yg menggunakan hadis2 yg asalnya amalan agama yahudi. Al Quran telah lengkap panduannya tentang agama nabi Ibrahim dan apa yg diambil selain itu bukanlah agama nabi Ibrahim melainkan agama ciptaan manusia. Hamba katakan bhw agama tuhan adalah penyelesaian keatas masalah yg dihadapi oleh umat manusia kini dan ianya bersifat adil dan tidak akan menindas mana2 manusia.

Nabi Muhammad TIDAK membawa ajaran yg lain dari Nabi Ibrahim serta Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sebelumnya.

Ajarannya ialah supaya manusia dan jin mentauhidkan Allah dan tunduk patuh kepadanya. Muhammad s.a.w tidak pernah menyuruh manusia menyembahnya, begitu juga Ibrahim.

Ibrahim a.s tidak pernah menyuruh anak-cucu-cicitnya supaya tunduk dan patuh kpd Baginda membuta-tuli, tapi tunduk dan patuhlah kepada Yang Empunya diri Ibrahim, Muhammad, Yang Empunya agama Ibrahim, agama Islam serta seluruh Alam termasuk diri mahadaya serta saya.

Jadi bagaimana?

Jalannya senang sahaja kalau betul2 faham-syariat-tariqat-hakikat-makrifat

syariat & tariqat-kenalah ikut Nabi Muhammad krn Baginda diutuskan kemudian dari Ibrahim, oleh itu seluruh syariat Ibrahim adalah terbatal.

hakikat dan makrifat-titik akhir perjalanannya adalah sama. spt yang diajar Khidir a.s

saya percaya tuan mahadaya dalam perjalanan mencari hakikat, tapi tersasar syariat dan tariqatnya.

terima kasih.

wallahua'lam

Tuan hamba Pakcik,

Jika tuan hamba katakan begitu, mengapa di masjid2 letak tuhan berpasangan iaitu Allah Muhammad, ini bermakna tuan hamba mempunyai 2tuhan. Mengapa dlm solat tuan hamba sebut2 nama Muhammad, bukankah solat itu untuk tuhan semata2 kerana ucapan kalimah di dlm al quran ialah tiada tuhan selain Allaha. Tuhan nyatakan kiblat di dlm al quran ialah Maqam Ibrahim, jadi mengapa jadikan tempat menyembelih binatang korban sebagai rumah tuhan? Tuhan firman solat pagi mengikut syariat agama Ibrahim di dlm al quran, sapa suruh solat subuh? Byk lagi yg bercanggah dgn al quran, jadi jgn samakan agama tuhan dgn agama Muhammad.
Hamba akan perjuangkan agama Nabi Ibrahim dan peperangan adalah suatu yg difardhukan sebagai ujian. Kematian adalah sesuatu yg indah dan hamba tahu org Islam paling takut mati lebih dari takutkan tuhan. Tunggulah dan hamba juga menunggu bersama2.

Itulah yang hamba kata, tuan hamba masih mencari..

Apakah hakikat lafaz lailahaillallah muhammadarrasulullah itu?

lailahaillallah-pada hakikatnya tiada yg maujud sebenar-benarnya melainkan Allah

muhammadarrasulullah-Muhammad Rasulullah

Muhammad yang mana? Nabi Muhammad yg hidup 1400 tahun lalu itukah..?
Itu iktikad org awam, tuan mahadaya..pada hakikatnya Muhammad itu ialah Zat Muhammadiyyah, juga dipanggil Hakikat Muhammadiyyah, juga dipanggil Nur Muhammad yg berasal dari Nurullah

Dialah Nur Muhammad yang menjadi rasul Allah atau pesuruh, hamba atau kuli Allah

Allah itu Maha Esa (Satu) dan Nur Muhammad juga satu-yang mana 7 petala langit, 7 petala bumi asalnya dari Nur Muhammad-terkamil menjadi satu...

wallahua'lam

Assalamualikum Pakcik,

Boleh tak Pakcik bagi alamat email pada saya dan juga contact pakcik seperti email dibawah

ada.nama2010@gmail.com

Wassalam & terimakasih

Salam,

Kenapa Allah berfirman seperti di bawah ini?

[7:35] Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.[7:36] Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang angkuh daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

**** Untuk umat islam yg
mempunyai pendengaran, penglihatan dan hati.

Salam,

[48:24] Kenapa mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Apakah telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

Salam,

[6:114] Katakanlah: "Patutkah aku mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.
[6:115] Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

Salam,

[16:89] Dan ingatlah hari Kami bangkitkan dari kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkan kamu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah, petunjuk, serta membawa rahmat dan khabar yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.

Salam,

[17:46] Dan Kami jadikan tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.

[30:59] Demikianlah Allah meterai mati hati orang-orang yang tidak mahu menerima pengajaran (kebenaran).

Salam,

[4:105] Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah wahyukan kepadamu (Al Quran); dan janganlah engkau menjadi pembela kepada orang-orang yang khianat.

Salam,

[5:48] Dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al Quran), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka dari apa yang telah datang kepadamu. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat, tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

Salam,

Cara yg wajar nak mengenal diri lalu mengenal Allah; akhirnya kembalilah semula kepada firman-firman Allah yg lainnya, ia itu, Al Quran:

http://www.youtube.com/watch?v=KACuxX319U8&feature=related

Salam,

Adanama-email add pakcik:
drpakcik@yahoo.com

terimakasih Pakcik.

Tuhan itu esa dan dia tidak mahu di samakan dgn apa pun. Mengenalnya adalah melalui apa yg diciptakannya dan manusia adalah sebaik2 ciptaan. Sifat kerohanian manusia itu sendiri dari pancaran nur tuhan dan bukan nur selain itu. Tiada hujjah adanya Nur muhammad di dlm al quran. Mengapa perlu pergantungan kpd makhluk sedangkan manusia di perintah hanya menyerahkan dirinya kpd penciptanya. Sebarang pergantungan kpd makhluk inilah yg menjadikan manusia itu syirik kpd tuhan. Ilmu tuhan yg maha hebat dikurniakan kpd hambanya yg berserah diri bulat2 kpdnya malah hanya menyebut nama tuhan saja apabila bersolat kerana solat itu adalah lambang hamba kpd pencipta. Apabila memahami hakikat ini barulah kerohanian manusia itu akan menyerlahkan sifat2 malaikat dlm diri dan di beri darjah pentadbir alam kabir dan berhukum dgn hukum tuhan.

Salam,

Baru kali pertama mahadaya make sense.

Umat-umat Bukhari, umat-umat Muslim, umat-umat Tarmizi, umat-umat Abu Daud dan yg lainnya, sedarlah akan kekeliruan anda. Jangan sesekali berpaling daripada ajaran Ar Rahman. Ambil beratlah AMARAN di dalam Az Zukruf 36-39.

Salam,

Kalau nak kenal MUKJIZAT AL QURAN bacalah di di sini:

http://www.universalunity.org/35.html

Kemudian sambil bermohon kefahaman dari Allah fikirkanlah; gunalah pendengaran, penglihatan dan hati (akal).

Sempena Ramadhona

.. Wa Kalawa Wa Asharabawa Hataya Yatabayana Lakama Al Khoyatho Al Abayadho Mana AL FAJARA, thama Atamawa Al Shoyama Alaya AL LAYALA.. Baqarah 187

Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar (pagi). Kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam (Isyak)..

Ayat itu jugalah dalil tentang solat Fajar (pagi)

.. Mana Qobala Solawata AL FAJARA Wa Hayana Tadhoa'wana Thayaba Kama Mana Al Zhohayarata Wa Mana Baa'da Solawata Al A'shaa.. Noor 58

.. Dari sebelum solat Fajar (pagi) dan ketika kamu menanggalkan pakaianmu di tengah hari dan dari sesudah solat Isya (Malam).

Salamun qaulan mirrabbir rahiim..

Begitu jika akal & 'made sense' menjadi kompas mencari kebenaran, lalu iblis pantas menjadi penasihat..makanya sesatlah di belantara ilmu..

Bukankah kita telah dibekalkan peta dan kompas-Nya ie Quran & Sunnah?

Semulia-mulia Musa masih belum mengerti hakikat kebenaran jika akal menjadi pertimbangan, lalu Khidir yg diberi petunjuk Tuhan memberi pengajaran (Surah al-kahfi)..

wallahua'lam

Pakcik,

Kalau anda tidak guna akal, apakah yg anda guna? Yg saya tahu yg tidak mempunyai akal, lalu tak bolih menggunakkannya, adalah haiwan. Manusia dianugerah Allah akal dan diperintah olih Allah supaya menggunkannya dengan betul.

Cuba Pakcik baca Al Quran betul-betul. Allah berfirman, "Aku cipta engkau Musa kerana Aku'" Ada tak Allah kata sedemikian untuk orang lain? Allah berkata-kata dengan Musa secara langsung di dunia ini; tak payah nak melepasi langit ke 7. Allah ceritakan kisah ini pada kita secara jelas dan terperinci. Ada tak Allah buat macam itu kepada hamba-hambaNya yg lain Pakcik. Usahlah pandang remeh akan kedudukan Musa.

Pakcik kata Musa masih menggunanya akal sebagai pertimbangan. Itu wajar. Tapi macam mana Musa nak guna akal apabila tongkatnya menjadi ular, tangannya menjadi bercahaya, gunung berkecai, laut terbelah, orang mati dihidupkan kembali, terpancarnya 12 mata air dari tepi bukit, air sungai menjadi darah, dllnya.

Ilmu laduni yg Pakcik hendak sangat itu, ada yg menyalahi hukum Allah. Apa, Pakcik mampukah untuk memenuhinya nanti? Perintah Allah yg jelas dan tak menyalahi hukum pun ada yg Nabi kita tak sanggup memenuhinya. Adakah taraf Pakcik lebih tinggi daripada taraf Nabi kita Pakcik?

Fikirkanlah Pakcik.

Alhamdulillah.

Apakah ilmu yg paling tinggi? Ianya adalah ilmu kalam tuhan, segala pengetahuan dicurahkan melalui kitabnya yg membawa manusia dari kesesatan kpd cahaya tuhan. Apakah bahasa kitab? Inilah bahasa tertua di dunia sejak Adam mempelajari menamakan setiap benda. Bahasa ini jugalah bahasa kitab dan bahasa syurga. Semua nabi dan para rasul serta org beriman memahami bahasa ini. Bahasa inilah penghubung yg menyampaikan perkataan kita apabila menyembah tuhan dgn bahasanya sebagai lambang hamba yg sampai tuhan dgn ilmu. Apakah bahasa ini sukar? Tuhan memudahkan hambanya yg mencari tetapi kesukaran adalah perbuatan musuh2 tuhan menjauhkan manusia dari jln tuhannya. Kebanyakan manusia mengambil jln mudah tanpa sedikitpun berusaha memahami kalam tuhan, maka wajarkah manusia2 begini diberikan taraf org2 beriman?

Siapa pula kata akal tak penting?
Ya ia sangat penting. pun begitu, akal yg dikurniakan pd manusia tu sangatlah terbatas, tanpa nama. seumpama ilmu itu adalah kenderaan dan akal pemandunya. org yg berilmu setinggi gunung atau secekap manapun bawa kenderaannya takkan ke mana, malah blh masuk gaung jika memandu di malam gelap tanpa lampu . seumpama itu org yg tidak diberi cahaya (nur) Allah.

(Allah berfirman bahawa Dia akan memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, begitu juga boleh menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya)

sbb itu diturunkan nabi-nabi dan rasul-rasul utuk memandu akal manusia supaya memahami mesej yang tersurat dan tersirat di dalam kitab-Nya.jika begitu fikir kamu, baik sahaja Allah Taala turunkan kitab-nya utk dibaca dan diamalkan oleh umat manusia, tanpa nabi dan rasul-Nya.

seumpama tanpa nama belajar chemistry dgn hanya baca buku, tanpa ada cikgu,boleh luluskah?

Nabi Musa pernah mengatakan kpd kaumnya bahawa dialah yang paling berilmu. Kata Allah-Hai Musa, ada lagi yang lebih berilmu, iaitu hamba-Ku yg dikurnniakan ilmu laduni, pergilah belajar dgn dia ni di pertemuan dua sungai..

Saya tidak pernah memandang rendah Nabi Musa atau Nabi2 dan rasul lain yg tidak terbilang ramainya itu. mereka semua adalah 'the chosen men'. tapi kita yg bodoh, lalai, banyak dosa dan jahil ni ikutlah jalan yang telah dirintis junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yg kemudian disambung oleh segala ulama dan auliya' Allah yang benar..

Itulah jalan yang lurus..

wallahua'lam

Pakcik,

Yg dikatakan ilmu itu adalah "pengetahuan" atau "pelajaran" yg diperolihi daripada Allah melalui Al Quran-Nya. Lalu akal dipergunakan untuk mengetahui bagaimana untuk mempratikkannya demi mencapai kebaikan yg diredhai Allah. Bukan kah begitu Pakcik?

Berguru untuk menuntut ilmu adalah wajar. Namun, guru pun manusia juga yg tak lekang daripada melakukan kesilapan. Olih itu di dalam berguru pun kita wajib berwaspada. Sekiranya, didapati guru kita berilmu yg menyalahi Al Quran, maka wajiblah kita tolak.

Percaya atau tidak, yg di tinggalkan olih Nabi kita adalah Al Quran yg TIDAK ADA KERAGUAN di dalamnya dan dijamin Allah akan kebenarannya. Yg lainnya mempunyai/mengadungi berbagaqi jenis keraguan dan tidak dijamin Allah akan kebenarannya.

Buatlah pilihan yg terbaik.