Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 81 (4)

Salam

4,  DIRI TAJALLI

Hanya orang-orang khusus saja yang faham dengan istilah DIRI TAJALLI ini namun  tidak pula terkecuali untuk orang awam memahaminya asalkan mereka rajin berwirid dengan al quran, DIRI TAJALLI ini bermula di ceritakan oleh golongan yang menghampiri diri mereka kepada Allah s.w.t sama ada mereka ingin mengetahui dengan jelas lagi bagaimana perhubungan manusia dalam soal beribadah (Uluhiyah) Walau apapun DIRI TAJALLI ini bukan makhluk akan tetapi Rububiyah

Kesah bermula daripada peristiwa Nabi Allah Musa mahu melihat Zat Allah s.w.t sebagaimana firmanNya dalam surah Al A'araf ayat 143

Firman Allah s.w.t

ولما جاء موسى لميقتنا وكلمه ربه قال رب أرنى أنظر أليك 
قال لن ترنى ولكن انظر ألى الجبل فأن استقر مكانه فسوف 
ترنى فلما تجلى ربه للجبل جعله د كا و خرموسى صعقا فلما
أفاق قال سبحنك تبت أليك وأنا أول المؤمنين 

Maksudnya:  Dan tetekala nabi Musa  datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhanmu berkata dengannya, maka nabi Musa berkata "Wahai Tuhankuperlihatkanlah kepadaku (akan ZatMu) supaya aku dapat memandang kepadaMU,  Allah berfirman "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi lihatlah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada pada tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu, maka tetekala Tuhan mentajallikan dirinya, kepada gunung itu maka hancur leburlah gunung itu, lalu Musapun jatuh pengsan, setelah ia sedar semula berkatalah Musa Maha suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal beriman kepadaMu

Demikianlah sejarah Tajalli yang di kaitkan dengan ilmu DIRI TAJALLI.  Istilah DIRI TAJALLI ini ada yang mengertikan sebagai menunjukkan Diri Zat, ada juga yang mentafsirkan sebagai menzahirkan, dan  ada juga sebagai menampakkan diri Zat itu, dalam tafsiran pimpinan Ar Rahman menyebut sebagai menzahirkan sifat kebesaran ZatNya, walau apapun soal pokoknya ialah Zat yang Maha Agong itu telah mentajallikan dirinya di bukit Thur Sina lalu bukit itu menjadi hancur berderai

DIRI TAJALLI SATU ANALISA

berdasarkan ayat Tajalli di atas sudah jelas bahawa DIRI TAJALLI itu bukan makhluk akan tetapi Tuhan dengan sifat keagunganNya yang memiliki sifat yang berlainan dengan sifat kebesaranNya, saya lebih menumpukan analisa ini berdasarkan ilmu sifat 20 yang membezakan sifat keagungan dan sifat kebesaranNya kerana sifat keagunganNya itu adalah sifat yang menetapkan sifat keagungan DiriNya secara mutlak sementara sifat kebesaranNya adalah sifat yang di timpakan kepada sekalian makhlukNya  sebab itulah sifat ma'anawiyah dan Salbiyah berbeza, hal ini perlu di rujuk kepada guru yang lebih arif

Soal mengapa DIRI TAJALLI ini menjadi rujukan diri yang di kaitkan dengan  diri manusia ialah kerana ujud sifat salbiyah (Wahdaniyah) pada sifat Kamal Allah s.w.t hal ini adalah jelas, inilah yang terdapat pada sifat Iftiqar kerana itu di katakan bahawa  semua perbuatan,kehendak, dan kuasa penggerak adalah datang daripada Allah s.w.t sila rujuk pada ayat at takwir 29, ayat ash shaffat 96, ayat Al An'am 61, ayat surah al Baro'ah 51, ayat surah al anfal 17 dan An Nisa 78 dan banyak ayat lagi, dan yang terbaiknya ialah berjumpalah dengan guru yang arif

Jika kita ambil daripada peristiwa Musa ini maka kita dapati ilmu ini merangkumi dua ilmu yang besar dan asas iaitu ilmu Rububiyah dan Uluhiyah yang mana ilmu Rububiyah inilah yang di katakan Tuhan menjadikan sesuatu daripada alam ini, sementara ilmu uluhiyah adalah ilmu yang membabitkan diri terdiri, diri terperi dan diri sebenar diri dan yang menghubungkan di antara dua ilmu yang asas ini ialah sifat Wahdaniyah dari kumpulan sifat Salbiyah. Tuhan tidak di katakan Tuhan jika Dia tidak bersifat Salbiyah

Melihatkan kepada peristiwa  nabi Musa maka jelaslah kuasa Uluhiyah di kuasai oleh sifat Wahdaniyah yang ada pada sifat Kamal yang menunjukkan bahawa segala sesuatu itu datangnya daripada Ke Esaan Allah belaka iaitu SETIAP SESUATU ITU DATANG DARIPADA ALLAH.   cuma adalah agak mustahil bagi nabi Musa mahu melihat wajah Zat Allah sebab kuasa Nur ala Nur itu tersangat kuat sehinggakan bukit Thur sinapun hancur berderai menjadi abu, itulah sebabnya  pandangan para ulama menyatakan bahawa NUR itu memiliki kuasa yang bukan layak bagi sekalian baharu mendampinginya dan sebab itulah juga Allah menjadikan alam yang nyata ini bersumber daripada tanah nurani, air nurani, angin nurani dan api nurul adhom sebagai pelindung kuasa ketahanan, semua ini perlu di gurui










Comments (58)

Bagaimana mengenal tuhan? Bacalah dan fahami kitabnya kerana itulah datangnya ilmu. Di dlm al quran, tuhan menyatakan bhw dialah pemilik segalanya. Ini bermakna setiap sesuatu itu berlaku dgn kadar yg telah di tentukannya dan tiada yg dpt mengubah kehendaknya.
Manusia mempunyai kehebatan yg tersembunyi di dlm dirinya dan apabila manusia dpt mengenal pencipta dan mengabdikan diri, maka terserlahlah segala yg tersembunyi di dlm diri. Jadilah dia manusia yg hebat kerana mendpt sifat kehebatan dari tuhan.

Alahai!!! quran tak perlu. terus saja kepada yg mengeluarkan quran. kan kita lebih tua daripada quran????

maka mengadulah rasul "Ya Allah, kaumku mengabai-abaikan al quran".

salam....
Apa pandangan Ustaz tentang ayat dia yang awal dia yg akhir dia yg zahir dia yang batin?minta izin copy...

Dia yang awal sebab dia bersisat Qidam, Dia yang akhir sebab dia bersifat Baqa, Dia yang batin di sebakan Dia Laisa Kamislihi Syaiun Dia tang Zahir yang boleh di lihat Af'alNya

Semuanya ghaib kecuali Af'alNya

Allaha, Laa Alaha Alaa Hawa Al Haya Al Qoyawama, Laa Taahozaha Sanata Wa Laa Nawama, Laha Maa Faya Al Samawaata Wa Maa Faya Al Aradho, Mana Zaa Alazaya Yashafaa' A'nadaha Alaa Ba Azanaha Yaa'lama Maa Bayana Ayadaya Hama Kholafa Hama Wa Laa Yahayathowana Ba Syaya Mana A'lamaha Alaa Ba Maa Shaa, Wa Saa' Karasayaha Al Samaawaata Wa Al Aradho Wa Laa Yawawadaha Hafazhohamaa Wa Hawa Al A'laya Al A'zhoyama. Al Baqarata 255

Bacaan surat kursi sebenar sebelum bangsa Arab munafik letak baris dan tanda untuk cipta agama Islam.

Salam
Mahadaya said...

Hamba tidak mengikuti agama Islam, hamba mengikuti agama nenek moyang hamba nabi2 dan rasul2 iaitu Asalama dan kami tidak menyengutukan Allaha dgn sesuatu apa pun
Rahsia Surat Al Kahafa (Gua) ( dalam http://1asalama.blogspot.com

Saudara Mahadaya
Anda bukan ikut Islam jadi tak usah menyibuklah nak mengata Arab munafik letak baris al_Quran cipta agama Islam, itu hak dia, kalau tak ikut Islam buatlah macam tak ikut Islam, sedar ke dirilah sikit, anda tak usak menyibuklah masuk blog orang Islam ni, anda tulislah apa2 yang nak tulispun dalam blok anda.
AyahSu

Surah Yunus ayat-ayat:

[103]Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).
[104]Padahal engkau TIDAK MEMINTA KEPADA MEREKA SEBARANG UPAH tentang ajaran Al-Quran, sedang Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran dari Allah bagi umat manusia seluruhnya.
[105]Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.
[106]Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutu-kannya juga dengan yang lain.
[107](Mengapa mereka bersikap demikian?) Adakah mereka merasa aman dari didatangi azab Allah yang meliputi mereka, atau didatangi hari kiamat secara mengejut, sedang mereka tidak menyedarinya?
[108]Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
[109]Dan tiadalah Kami mengutus Rasul - sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?

Assalamualaikum Ustaz,
Apa pandangan ustaz tentang yang dikata muhamad awal, muhamad akhir, muhamad batin dan muhamad zahir?

Adakah sama seperti dia yang awal, akhir, batin dan zahir seperti ulasan ustaz diatas.

Mohon perjelasan dari ustaz.

Salam

Muhammad awal dan akhir sebenarnya adalah satu, iaitu Hakikatul Muhammadiyah atau Nur Muhammad yang kemudiannya di kenali sebagai Insan, dan insan inilah tangga mengenal diri dan Tuhan

Adapun zahir muhammad itu adalah jasmani dan batinnya tetap Hakikatul Muhammadiyah, inilah secara kasarnya,

Ada juga yang memandang awal dan akhir Muhammad itu satu iaitu manusia, ertinya manusia itulah Muhammad dalam maksud namanya

Pak Karamu/atau siapa pun saya nak tanya sikit.

Adakah di akhirat nanti Allah akan tanya kita,

1. "Kamu tahu tak Muhammad Awal dan Muhammad Akhir, Muhammad Zahir dan Muhammad Batin?"

2. "Kamu tahu tak diri tajali, diri sebenar-benar diri, diri terperi?"

3. "Kamu kenal tak diri kamu siapa?"

4. "Kamu kenal tak Aku?"

Salam.

Assalamualaikum Ustaz,
Terimakasih diatas ulasan ustaz,

Dalam ilmu sifat 20 ini,adakah boleh dikata
Zat menjadi Rohul Hayat (Zat yang tak menjadikan),
Sifat menjadi Rohul Yakuzah,
Afaal menjadi Jasad
Asma pulak menjadi apa kepada kita?

Harap ustaz dapat memberi penjelasan untuk pemahaman saya dari sudut ilmu sifat 20.

Wassalam

sALAM

Ruhul Hayat itu adalah nyawa (roh menghidupkan) Di sebabkan dia tidak merupa apa juapun maka sifat itu di katakan (zat yang tidak menjadikan)

Istilah sifat dalam ilmu sifat 20 ialah "berdiri sifat pada Zat, ertinya sifat itu berkehendakkan Zat, jadi sifat itu adalah makhluk yang kemudiannya di kenali sebagai makhluk jenis roh,

Sementara Af'al pula tidak menjadi jasad akan tetapi af'al itu adalah gerak geri jasad di namakan Af'al Allah sebab Allahlah yang menggerakkan jasad

Asmak atau ma'anawiyah pula menggerakkan sifat (roh) sebab itu sifat dan asmak lazim melazimi di antara keduanya, dan yanggerakkan sifat adalah sifat Asmak Allah

Salam

Apa yang di tanyakan oleh ada nama ialah berbentuk ilmiah diri sendiri,tidak ada apa salahnya untuk bertanya, Tuhan di akirat nantipun tak tanya ilmu Histry atau mathematic tapi kita belajar juga

yang tak kenal diri ramai sebab mereka tidak sedar diri macam kebanyakan orang sekarang, yang tak kenal Tuhanpun ramai yang akhirnya menjadi Firaun yang mengakui dirinya sebagai Tuhan
inilah akibat tidak kenal Tuhan itulah satu contoh yang jelas

Maaf Pak Karamu, Al Quran mengandungi 114 surah dan 6 ribu lebih ayat. Tolong sebutkan ayat-ayat, atau satu saja ayat, yg menyuruh umat islam mengenal diri.

Al Quran juga mengandungi beberapa ayat yg menggambarkan keadaan Allah, tolong sebutkan ayat-ayat yang jelas yg menerangkan supaya kita mengenal Allah melalui zat, sifat, asmak dan afaalNya.

Mungkin kerana ilmu saya cetek, maka saya tak tahu. Saya mohonlah Pak terangkan.

Sekian.

Salam

Buatlah tafsiran sendiri tentang ayat Al A'araf ayat 172 dan 173, ayat Bani Israil ayat 85, Surah At Thariq ayat 5, al an'am 60 dan az zumar ayat 42 cukuplah setakat tu

Salam,

JIka ingin melihat dan mengenal Allah, lihatlah dengan hati yang terbuka, bukannya tertutup rapat. Manakan mungkin Allah dapat dilihat dengan hati yang gelap zulumat.

Sedangkan Wajah Allah itu dapat dilihat dengan nyata dan terang, malah lebih nyata dari cahaya matahari..

”Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka kemana pun kamu menghadap maka disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha luas (rahmatNya) lagi Maha mengetahui”. (al-Baqarah: 115)

"Allah cahaya langit dan bumi" (an-Nur: 35)

"Dan pada diri kamu sendiri...Apakah kamu tidak perhatikan" (az-Zariyat: 21)

Barangkali si tanpa nama balik nanti dan pandanglah diri di cermin, pandang betul-betul dan jelas-jelas dalam 15 minit.

Siapakah bayang di dalam cermin dan siapakah yang menggerakkan bayang tersebut? bolehkah bayang di dalam cermin bergerak sendiri, bercakap, menulis, makan minum dgn sendiri tanpa ada pelakunya?

Nah! kitalah sebenarnya makhluk seperti yang ada di dalam cermin itu!

Itulah yang dikatakan, hendak mengenal Allah itu dengan mengenal diri dulu!

Bacalah Kitab Ilmu Makrifat Tok Kenali Kelantan yang menghuraikan dengan jelas dan detail tentang ilmu mengenal diri ni..

wallahua'lam

Pakcik,

Penjelasan anda itu budak sekolah pun tahu. Inikan pula orang dewasa. Itu suatu tafsiran yg mudah tak payah nak ulang-ulang lagi.

Kalau begitu pentingnya perkara mengenal diri itu, kenapa Al Quran yg mempunyai lebih enam ribu lebih ayat tak terang-terang menceritakannya? Yg ada hanyalah gambaran saja itu pun di atas tafsiran masing-masing. Dengan lain perkataan ianya adalah perihal mutasyabihat saja dan bukannya mukhamat. Contohnya, Allah menceritakan kalau nak masuk rumah masuklah dari pintunya dan beri salam dulu. Tapi perkara mengenal Allah melalui mengenal diri, yg anda pandang jauh lebih penting, Allah tak cerita pun secara terang. Kan pelik tu Pakcik? Tapi, Allah berfirman:

[2:99] Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

Sebab itu saya minta "ayat-ayat yg jelas" Pakcik; contohnya: "hendaklah kamu kenal diri kamu supaya kamu kenal Allah". Ada tak ayat dari Al Quran yg serupa macam contoh saya Pakcik?

Pakcik ingat tak bagaimana iblis menipu Adam dan Hawa supaya mereka tersingkir dari Syurga? Umpan yg diguna iblis adalah mengajak keduanya supaya mahukan taraf kehidupan yg lebih baik daripada Syurga yg di anugerahkan Allah. Di dalam lain perkataan supaya keduanya melampaui batas yg diadakan Allah. Nampaknya, umpan yg sama juga diguna iblis untuk anak cucu Adam dan Hawa.

Salam.

Salam.

Terpulanglah tanpa nama...ternyata kamu masih mencari sesuatu..

teruskanlah mencari..moga jumpa apa yang ditemui..

semoga kamu tidak terperangkap dgn agenda musuh.

Aku petik sebahagian dari kajian tentang agenda Yahudi (Freemasons) yang nampak sedikit sebanyak telah meracuni pemikiran kamu-

"Selain itu, Gerakan Freemasonry juga mensponsori terbentuknya berbagai tarikat yang memakai nama Islam, yang berfatwa dan bergerak sejalan dengan ajaran-ajaran Freemasonry. Tahun 1946, misalnya mereka mensponsori terbentuknya aliran Qur’aniyah di Palestina yang dipimpin oleh Shaikh Yakub. Aliran yang mengaku- ngaku Islam ini mendasarkan segala sesuatunya harus berdasarkan Al- Qur'an tanpa ada tafsiran apapun. Semua hadits yang berasal dan bersumber dari Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam harus ditolak, sehingga shaum dan shalat mereka hanya berdasarkan Al- Qur'an. Tidak ada rakaat, tidak bacaan dan waktu tertentu, tidak ada azhan, tidak ada iqamat, dan tidak ada yang lain-lainnya)"

rujuk artikel lengkap di:

http://www.scribd.com/doc/7909171/Abdullah-Patani-Tipudaya-Freemasonry-Di-Asean

fikir-fikirkan lah..

terima kasih..

Pakcik,

Anda ini sama juga macam orang kristian. Pada mereka siapa saja yg berlainan pendapat dengan mereka, mereka akan tuduh sebagai "anti-Christ". Itu saja modal yg ada pada mereka. Mereka tak mampu berhujah secara ilmiah.

Kita orang islam jangan berperangai macam mereka itu Pakcik. Kan Allah sudah berfirman, "Tiada paksaan di dalam ugama, yg benar dan yg batil sudah jelas". Jangan suka melulu menuduh orang lain yg bukan-bukan. Allah perintah kita berbicara dengan cara yg lebih baik kepada mereka, melainkan mereka melampaui batas ia itu memerangi kita. Kan kita umat yg terbaik yg dilahirkan olih manusia --- bincanglah secara yg terbaik.

Kalau pertanyaan saya Pakcik tak tahu jawapannya, kata saja tak tahu atau masih mencari jawapannya. Ilmu Allah teramat luas, banyak yg kita tak tahu. Kalau Allah kata Al Quran itu sempurna, lengkap dan jelas, janganlah kita kata tidak. Maka Allah jadikannya tak sempurna, tak lengkap dan tak jelas untuk kita.

Fikirkanlah Pakcik.

Salam.

Ahlan Wa Sahlan

Kepada tidak punyai nama,

Kamu tahupun maksud Al Quran itu luas dan banyak yang kita tidak tahu tapi kamu masih menyanggah pandanga orang lain

Jika Pak Karamu suruh kamu fikirkan ayat di atas kamu tidak mahu terima, sudahlah bahasa al quranpun kamu tak tahu tapi masih mengaku macam orang pandai

Orang islam jika mereka tidak faham Al Quran maka mereka merujuk pada hadis, tapi kamu anti hadis pula, tentulah di antara kita tidak sama, lepas tu kamu terus menekan supaya melayan fahaman kamu, tentulah tidak ada lojiknya

Jika kamu ajak orang kafir berbincang dengan kamu tentulah kita jadi bodoh sebab tidak sealiran betul tak ?

Singamaraja,

Pak Karamu hanya memberi ayat-ayat yg samar. Saya minta ayat yg jelas. Yg samar orang bolih memutar belitkan. Tak mahu panjangkan cerita, maka saya tak jawab; orang tak faham soalan, saya nak buat macam mana.

Saya minta ayat Al Quran kerana saya tak perlu ragu akan kebenarannya.

Anda yg arif tolonglah jelaskan sikit. Takkan nak simpan aje ilmu itu nanti kena soal-jawab.

Salam.

Jika begitu kamu juga menuduh segolongan kami dalam pengajian mengenal diri dan mengenal Allah ini sebagai sesat, tanpa nama!

Bukankah itu juga satu tuduhan tak berasas?

Ingat, golongan Yahudi dgn pelbagai organisasi-Freemasons, Illuminati, Global Elite dsb dgn pakatan Iblis dan Dajjal telah berusaha sekian lama memerangi golongan kristian dan mereka telah berjaya. sekarang target mereka pula ialah orang Islam.

Mereka berusaha memisahkan hubungan antara manusia dan Allah (hablun minallah). Tugas utama ialah memisahkan roh Al-Quran itu sendiri dari jiwa umat Islam, seperti dengan cara tafsiran literal yg sembrono. kemudian memisahkan umat Islam dari hadis, dan penyebaran ideologi sekularisme, liberalisme, materialisme dll.

Harus diingat, pergerakan mereka adalah sangat licik dan rahsia dan seringkali berselindung di sebalik pemimpin politik, ahli akademik, economist malahan ulama.

Adakah anda kenal Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Rida...mereka-mereka ini adalah sebenarnya Freemasons!

http://www.turntoislam.com/forum/showthread.php?t=64921

Saya bukan ingin menuduh tapi sekadar ingin supaya kita semua lebih celik mata terhadap permainan musuh.

wassalam

Pakcik,

Eh! Eh! saya tak tergamak pun nak menuduh gologan yg nak mengenal Allah sebagai sesat. Saya hanya menanyakan ayat Al Quran yg jelas yg membenarkan mereka berbuat demikian. Pakcik jangan menuduh secara melulu Pakcik; tak baik.

Dalam Al Quran Pakcik Allah ada menceritakan kisah hamba-hambaNya yg sudah pun "mengenal Allah", malahan mereka pernah "berbicara dengan Allah", namun berlaku juga keengkaran mereka terhadap perintah-perintah Allah yg jelas. Paling top sekali adalah iblis; dia tak mahu langsung bertaubat kerana egonya teramat besar sekali.

Ayat Al Fatehah, umul kitab dan yg wajib dibaca di dalam setiap solat, Allah hanya mengajar kita supaya Dia memberi petunjuk kpd kita ke jalan yg benar ia itu jalan orang yg diberi nikmat, bukan jalan yg dimurkai dan bukan jalan yg sesaaaaat.

Bukannya kita tak perlu mengenal Allah, tapi janganlah sehingga melampaui batas; memadailah apa yg diajar Allah tentang DiriNya di dalam Al Quran itu. Yg penting kita dengar dan kita patuh akan segala perintah dan larangan Allah di dalam Kitab-kitabNya.

Umat islam memang sudah lama dijajah olih orang yahudi dan kristian. Apa adakah mereka berdiam diri sajakah di dalam keadaan sedemikian? Tidak Pakcik, mereka sudah lama menikam jarum mereka ke dalam diri kita supaya sesat. Bayangkan Pakcik, Arab Saudi pun pernah berada di bawah telapak kaki mereka. Apa segala kitab-kitab ugama yg ada akan mereka biarkan begitu saja kah? Universiti Al Azhar Mesir sewaktu zaman pemerintahan mereka dulu siapa agaknya professor-professor dan tenaga pelajarnya Pakcik? Siapa Chancellornya kalau bukan the Queen?

Di negara kita Pakcik kebanyakan kelulusan atasan di dalam bidang ugama kita adalah hasil pembelajaran dari universiti-universiti yg di kelolakan olih orang bukan islam. Apa tulin islam kah apa yg mereka pelajari atau sesuatu yg sudah diracuni?

Walau apa pun Pakcik, Al Quran mereka tak mampu berbuat apa-apa kerana sudah dijaga rapi olih Yg Menurunkannya. Sungguh sedih, ada
pula umat islam yg tak percaya sepenuhnya akan Al Quran itu.

Sorilah Pakcik tak cukup masa. Saya akhiri di sini saja.

Salam.

Hamba beriman kpd tuhan dan hamba yakin janjinya bhw agamanya akan ditegakkan sebelum akhirat. Manusia akan hidup menurut hukum2 tuhan dan sesiapa yg bertuhan thagut iaitu mengambil hukum selain hukum tuhan akan diperangi, mereka akan di jadikan hamba abdi kerana hidup di dunia yg diciptakan tuhan namun kufur (engkar) kpd tuhan.

Pakcik,

Kita bersua kembali. Pernah dulu Pakcik menengahkan Surah An Nas untuk saya. Berikut dipaparkan kembali ayat-ayatnya:

[1]Katakanlah (Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
[2]"Yang Menguasai manusia,
[3]"Tuhan sekalian manusia,
[4]"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]"Dari kalangan jin dan manusia".

Ia adalah surah terakhir atau surah penutup Al Quran. Ayat 1 hingga 3 menunjukan kepada Al Quran, Pakcik. Ayat 4 hingga 6 menunjukan kepada SELAIN Al Quran, Pakcik. Kalau selain Al Quran termasuk tak hadis-hadis buatan manusia dan jin, Pakcik?

Cuba fikirkan ayat ini pula, Pakcik:

Al Israa' ayat 86 yg bermaksud: Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami.

Allah berfirman sekiranya dihapuskanNya Al Quran dari kita, tiadalah harapan lagi bagi kita untuk selamat, Pakcik. Kenapa agaknya Allah tak kata "selepas itu kembalilah kamu kepada hadis dan sunnah mu".

Pakcik ada menyebut nama beberapa orang yg Pakcik anggap anti islam. Di antaranya adalah Dr Rashad Khalifah. Saya sering membaca web site masjid Tucson dan saya tak jumpa sebarang kesalahan. Segala hujah mereka diikuti dengan penerangan dan bukti yg cukup kuat berdasarkan Al Quran. Malahan saya amat kagum dengan penemuan mereka tentang Al Quran. Jadi, apa masalahnya Pakcik? Allah ada berfirman ia itu yg menjadikan masalah kepada kita adalah timbulnya kedengkian di antara kita setelah adanya ilmu pengetahuan. Orang bukan islam tidak pula berbuat demikian. Kan Allah ada berfirman "apabila datang yg hak maka binasalah yg batil ..."? Kenapa agaknya ya?

Salam.

SALAM PAKCIK...

NK TANYA MCM MANA NAK DAPATKAN KITAB TOK KENALI yang pakcik nyatakan dalam catatan?...SAYA SUDAH LAMA MENCARINYA....INI EMAIL SAYA addean08@gmail.com..moga Allah lanjutkan usia pakcik....

salam Pak Karamu...
1)nk tanya ckit adakah bermimpi jumpa dengan wali adalah mimpi yang betul?

2)adakah hakikat Muhammad rasullulah itu adalah sebagai untuk menzahirkan rahsia diri Allah yg wajib ujub...ustaz pernah tak dengar istilah "aku kenal tuhanku dengan tuhanku dengan tuhanku"...mintak penjelasan ustaz?

Adden saya akan buat artikal sebagai jawapannya

terima kasih ustaz...

Owh..owh..

geli rasanya bila nama Rashad Khalifa tu disebut. kagum pulak tu dgn golongan sebegitu..

Tahukah siapa Rashad Khalifa tu?
Dia ni sebenarnya bukan seorang Islam, melainkan seorang Kristian yg telah dibiayai pertubuhan pro-zionis Freemasons.

Tugas utama golongan ni (dgn gelaran 'the submitters' ialah memerangi sunnah dan hadis Rasulullah dan kononnya hanya berpegang dengan al-Quran semata-mata.

maaf tanpa nama, racun yg kamu cuba sebarkan di sini dah tak laku lagi...he he..

wassalam

sila baca di sini ttg Rashad Khalifa lakatullah..

http://islamicweb.com/beliefs/cults/submitters.htm

Begitulah perangai manusia Pakcik, suka sangat menabur fitnah apabila tak sealiran. Allah perintah kita supaya mengguna akal fikiran tapi kita tak mahu.

Alahai Pakcik, saidina Umar pernah membunuh anak perempuannya hidup-hidup dan pernah berusaha nak membunuh nabi kita Pakcik. Para sahabat nabi pun sanggup membunuh satu sama lain. Siti Aishah pun pernah berperang menentang saidina Ali. Saidina Abu Bakar pernah berkelahi dengan Siti Fatimah dan Ali. Nabi kita sendiri pun berkali-kali membuat kesilapan lalu ditegur olih Allah; malahan Allah memberi amaran keras kepada beliau. Kenapa Pakcik? Kerana mereka adalah manusia dan manusia mempunyai banyak kelemahan. Jadi Pakcik,jangan terpengaruh sangat dengan cerita orang tentang Dr R Khalifa tu. BACALAH DAN FIKIRKANLAH BETUL TIDAKNYA APA-APA YG DI PAPARKAN DI DALAM WEB SITE SUBMISSION.ORG TU. "BICARA AL QURAN" ITULAH YG PENTING PAKCIK -- BUKAN MANUSIANYA.

Ya, sememangnya manusia banyak kelemahan, termasuklah sahabat-sahabat Nabi. di atas kelemahan manusia inilah iblis mengambil kesempatan menyesatkan manusia supaya menurut jalannya..

Telah dinyatakan submission.org itu adalah propaganda yahudi. kamu nak baca...bacalah...aku nak balik baca Quran dan Hadis..

terima kasih

salam

Salam Pakcik

Mahadaya said...
Hamba tidak mengikuti agama Islam, hamba mengikuti agama nenek moyang hamba nabi2 dan rasul2 iaitu Asalama dan kami tidak menyengutukan Allaha dgn sesuatu apa pun
Rahsia Surat Al Kahafa (Gua) ( dalam http://1asalama.blogspot.com

Pakcik- Entry salah satu tanpa nama tu adalah mahadaya- yang pakcik layan buat apa- pakcik ni pun satu ngaji kenal diri, ngenal tuhan benda macam ni tak berapa nak kenal-dia tu bukan Islamkan layan buat apa sampai bilapu tak berjumpa punca- maaf pakcik .

AyahSu

"Telah dinyatakan submission.org itu adalah propaganda yahudi. kamu nak baca...bacalah...aku nak balik baca Quran dan Hadis.."

Macam mana Pakcik tahu ia adalah propaganda yahudi? Masakan yahudi galakkan kita supaya percaya kepada Al Quran dan bertungkus lumus membuktikan bahawa Al Quran itu benar. "Jauh panggang dari api" kata pepatah melayu. Kitab-kitab kuno yg Pakcik percaya itu, tak mampu kah yahudi dan kristian menyelitkan jarum mereka di dalamnya? Bukankah kita semuanya pernah dijajah beratus tahun olih mereka dulu? Cubalah Pakcik fikirkan semasak-masaknya.

Saya suka yg Pakcik nak mempelajari Al Quran (kerana mendengar aduan rasul di dalam Al Furqaan ayat 30). Di dalam Al Quran nanti Pakcik pasti bersua dengan beberapa ayat Allah yg memerintah hamba-hambaNya yg beriman supaya hanya percaya kepada hadisNya saja ia itu Al Quran. Contohnya: Az Zumar ayat 23, Al Jathiyaah ayat 6, Al Mursalaat ayat 50, Al 'Araaf ayat 185. dllnya.

Salam.

tanpa nama,

Aku baca Quran dgn berguru, kamu baca Quran dgn tafsiran submission.org

Renungkan ayat pertama yg diturunkan melalui Jibril kpd Rasulullah-Iqra'! (bacalah!) sehingga diulang 3x

Apakah yang hendak dibaca oleh Rasulullah, tanpa nama? sedangkan pada masa itu Quran belum lagi diturunkan, lagipun Rasulullah adalah seorang yg ummi?

Jawabnya Allah memerintahkan (melalui Jibril) supaya membaca ke dalam diri, itulah kitabullah yg telah sedia ada diturunkan (pada roh).itulah perintah supaya mengenal diri yg sebenar diri.

Itulah maksudnya bila baca al-Quran, baca maknanya yg tersirat (disamping tersurat)-baca ke dalam, bukan ke luar, spt yg R Khalifa dan submission.org itu cuba menyesatkan kamu dan geng-geng kamu.

Ingatlah, tanpa nama, golongan yahudi dan nasrani itu tidak sesekali akan berhenti menjalankan tipu muslihat mereka sehingga kita ikut agama mereka (rujuk al-Baqarah: 120)

Zaman skrg ni, golongan nasrani (kristian) agak senang kita nak hidu dakyah mereka. tapi yahudi ni sangat licik dan rahsia, krn depa ni bersekongkol dgn dajjal dan iblis.

Aku tak akan pernah jemu menyampaikan yg haq, selagi kamu masih di sini, tanpa nama..

wassalam

Anda nak menyampaikan yg haq tapi nak guna maksud yg tersirat. Kalau yg tersurat pun anda tak faham macam mana nak faham maksud yg tersirat? Yg tersiratlah yg sering menyesatkan kita kerana kebanyakannya adalah apa yg Allah kata "prasangka belaka". Masakan Allah yg mencipta segala-galanya dan yg tahu zahir dan batin tak mampu menerangkan secara jelas lagi terang firman-firmanNya. Anda sangat mengnina tuhan anda sendiri.

Quote:"Renungkan ayat pertama yg diturunkan melalui Jibril kpd Rasulullah-Iqra'! (bacalah!) sehingga diulang 3x" ***** Semuanya tahu ayat itu adalah yg pertama diterima olih nabi kita. Soalannya, kenapa di dalam Al Quran Allah letakkannya pada surah yg ke 96? Kalau ikutkan logiknya ia patut berada sebagai surah yg pertama. Anda dan guru anda sudahkah renungkan perkara tersebut?

Quote:"Apakah yang hendak dibaca oleh Rasulullah, tanpa nama? sedangkan pada masa itu Quran belum lagi diturunkan, lagipun Rasulullah adalah seorang yg ummi?" ***** Perkara yg berlaku adalah gambaran peristiwa awal tentang bagaimana Al Quran itu di sampaikan kepada nabi kita. Baca tidak semestinya dengan melihat apa yg hendak dibaca. Masalah anda adalah bila dikatakan baca, maka hendaklah ada kitab yg hendak dibaca. Tak semestinya begitu. Bukalah minda sedikit. Lagi pun anda menganggap nabi kita "ummi" atau buta huruf. Takkanlah seorang yg sudah berumur 40 tahun, sudah terlibat dan berjaya di dalam perniagaan antarabangsa dan yg bijaksana bolih dianggap buta huruf. Kamu sedang menghina nabi kamu sendiri. Dalam Al Quran pun ada diberi tahu bahawa orang kafir menuduh nabi kita mendengar cerita-cerita orang lain lalu ditulisnya sebagai Al Quran. Kalau beliau buta huruf kenapa orang kafir kata beliau tulis pula?

Quote:"Jawabnya Allah memerintahkan (melalui Jibril) supaya membaca ke dalam diri, itulah kitabullah yg telah sedia ada diturunkan (pada roh).itulah perintah supaya mengenal diri yg sebenar diri." ***** Anda ini mengadakan barang yg tak ada. Main silap mata rupanya. Sila beri satu ayat yg terang berkenaan perkara itu. Tak ada kan? Takkanlah perkara yg amat penting, pada anggapan anda, Allah nak selindung-selindung pula.

Bacalah Al Quran itu betul-betul dan fikirkanlah baik-baik. Jangan taksub sangat kepada hamba-hamba Allah.

Salam.

Tanpa nama,

Siapakah yg menyuratkan Al-Quran itu? bukankah manusia juga. Al-Quran itu bukanlah diturunkan 'sedebuk' mcm tu, tanpa nama, seperti jatuh dari langit dlm bentuk kitab seperti sekarang.

Tetapi Ia adalah kalamullah yg tidak berhuruf, tidak berupa, tidak bersuara yg diturunkan melalui Jibril terus ke dalam HATI Muhammad s.a.w. Lantas Nabi Muhammad s.a.w lah yg menyuarakan firman Allah itu utk difahami oleh manusia, lalu seterusnya ditulis dan dikumpulkan oleh sahabat-sahabat baginda seperti yg ada sehingga sekarang.

Jadi yang tersurat adalah untuk memahami yang tersirat di sebaliknya. Jika hanya mahu kaji yang tersurat, jadilah macam idol kamu Rashad Khalifa yg kaji kod 19 dlm al-Quran...semuanya hendak 'fit' ke dalam angka 19 nya...entah apa-apa.

Surah al-Alaq walaupun di dalam susunan diletakkan sbg surah ke 96, tetap merupakan surah yang pertama diturunkan (berdasar tafsiran ulama dari hadis-hadis Baginda). Apakah aku peduli ia diletakkan dalam surah ke berapa? yang aku nak tahu cuma mesej dan pengajaran yang terkandung dalam setiap huruf dan ayat al-Quran itu!

Tulisan kamu yang dicerminkan dalam "Tuhan anda" dan "nabi anda" jelas menunjukkan kamu bertuhan dan bernabikan yang lain dari kami.

Tak ada Tuhan lain lagi yang disembah, tanpa nama. kalau yang lain itu kamu ikut, maka iblis la tu tuhan kamu tu...nauzubillah..

Pakciki,

Kalau Al Quran diturunkan untuk lembu, maka lembulah akan menyuratkannya. Apalah Pakcik ni, sudah terang bersuluh pula.

Kat mana Pakcik tahu yg Al Quran itu di turunkan kepada nabi kita tanpa huruf dan suara? Yg dikatakan tanpa huruf dan suara itulah yg dikatakan "rasa" Pakcik. Takkan Allah turunkan Al Quran kepada nabi kita dengan rasa kut? Ianya bukan kueh Pakcik; ianya adalah petunjuk, peringatan, pelajaran dan amaran kepada manusia seluruhnya.

Quote:"Apakah aku peduli ia diletakkan dalam surah ke berapa? yang aku nak tahu cuma mesej dan pengajaran yang terkandung dalam setiap huruf dan ayat al-Quran itu!" **** Pakcik "tak peduli?" Sombongnya Pakcik dengan Allah! Macam mana Pakcik nak kenal Allah kalau apa yg Allah beri dan sudah diatur dengan rapi Pakcik tak peduli pula. Kalau urutan nombor surah itu tak penting Pakcik, bolih tak saya cetak Al Quran, yg ayatnya semuanya sama, tapi saya tukar nombor-nombor surahnya, Pakcik? Contohnys, surah Al Fatehah saya jadikan surah 96 dan surah Al 'Alaq saya jadikan surah pertama, dan huruf "ali, laam, mim" dllnya saya hapuskan kerana tak ada makna apa-apa pun. Bolih Pakcik?

Quote:"Tak ada Tuhan lain lagi yang disembah, tanpa nama. kalau yang lain itu kamu ikut, maka iblis la tu tuhan kamu tu...nauzubillah.." **** Tapi Pakcik, Allah kata Al Quran itu sudah sempurna, jelas, sudah dipermudahkan untuk pelajaran, maka dengar dan patuhlah; namun Pakci tak setuju. Jadi, Pakcik sudah mempunyai tuhan selain dari Allah kerana Pakcik tak setuju dengan firman-firman Allah.

Alhamdulillah.

Pakcik suka sangat menghina arwah Dr Rashad Khalifah. Padahal dia memberi bukti yg nyata, secara matematik, tentang apa saja yg dihujjahnya. Semuanya berdasarkan Al Quran belaka. Siapa-siapa saja, sama ada dia muslim atau pun tidak, bolih cek betul tidaknya secara jelas lagi nyata. Malangnya perkara ini menjadi masalah kepada sesetengah orang islam untuk percaya. Tapi Pakcik, apa yg ustaz cerita di dalam blog dia ini bolih dikatakan semuanya samar-samar belaka, namun ada orang yg terus saja terima. Inilah yg saya anggap pelik lagi menakjubkan. Gajah di depan mata tak nampak, tapi tungau dihujung kampung nampak pula. Mungkin itulah yg disebut sebagai kekuatan makrifah kut.

Wallahu'alam.

Tanpa nama,

Al-Quran itu adalah wahyu dari Allah, Tuhan sekalian alam yang bersifat 'laisa kamislihi syai'un'.
Jika kamu mengatakan Al-Quran itu diturunkan 'sebijik-sebijik' spt yg kamu faham, nyatalah kamu ingin menyamakan Allah dengan makhluk, malah merendah-rendah dan menghina Allah pula.Sesungguhnya tetaplah Allah itu dengan sifat Kekuasaan-Nya

Malah Al-Quran itu diturunkan secara beransur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Dan turunnya setiap ayat ada asbabun-nuzulnya. Bukan boleh pandai-pandai terjemah, spt yg Rashad khalifa, SIS, Kassim Ahmad, submission.org mengikut kepala otak depa yg dah masuk virus yahudi (termasuklah kamu, kot, tanpa nama).

Itulah yang aku katakan, susunan ayat-ayat dan surah itu dah disusun dengan cantik sejak 1400 tahun dulu.tak perlu kita nak kaji dah. yang penting galilah makna yg terkandung dalam al-Quran tu.

Yang nyata, setiap ayat al-Quran itu adalah keluar melalui mulut Rasulullah, lalu disusun dan dibukukan.jadilah ianya kekal sampai sekarang

Ia tak keluar dari mulut Rashad Khalifa.org macam ni ada agenda, iaitu MENYESATKAN umat Islam.

sekian,

wassalam

Pakcik,

Allah tidak buat sesuatu perkara dengan sia-sia. Segalanya ada sebab dan hikmahnya. Contohnya Pakcik, huruf-huruf yg terpacak di permulaan sesetengah surah dan ayat-ayat yg dipecah-pecah kepada dua atau tiga ayat, walhal kalau disatukan pun maknanya sama juga, dan peraturan surah-surah yg tak mengikut urutan turunnya surah-surah tersebut, semuanya Pakcik ada sebab dan hikmahnya. Itulah di antara "clue-clue" yg Allah bagi kepada kita supaya kita mencari jawabnya. Tapi malangnya, apabila ada umat islam yg mampu memberi tahu akan jawapan kepada perkara itu, secara nyata dan sah, ada juga umat islam tak mengakuinya. Yg lebih malang lagi adalah orang itu digelar sesat pula.

Macam mana islam nak maju Pakcik kalau umatnya asyik 100% rujuk kepada Ilmu nenek moyang mereka saja. Kan Allah ada menegur Pakcik "Engkau nak ikut juga kah walaupun nenek-moyang engkau itu tak dapat petunjuk?"

Salam.

KHAS UNTUK PAKCIK DAN ORANG-ORANG YG SEPENDAPAT DENGAN BELIAU:

http://www.e-bacaan.com/artikel_nabibaca.htm

Ini bukannya dari orang yahudi ataupun nasrani Pakcik. Ianya dari orang melayu.

Jangan diikut-ikut saja. Fikirkanlah dulu benar tidaknya.

Salam.

maaf, tak ada masa nak baca dari website tu..

Lagipun kalaulah penulisnya Melayu, tak semestinya dia org islam. skrg pun ramai org melayu jadi talibarut kristian dan yahudi (Freemasonry)

Oh ya..website yg sama jugalah kata sembahyang 3 kali saja 1 hari, rakaat sembahyang tak ditentukan, bacaan dalam sembahyang juga tak disebut dalam Quran..

Agaknya ada 1 perkataan je lah utk website mcm ni..bullshit

Pakcik,

Tak semua yg Bukhari, Muslim, Tarmizi, dllnya kata benar. Demikianlah juga dengan web e bacaan itu. Yg pentingnya, e bacaan bicara tentang Al Quran. Jadi ambilah yg mana benar dan tolaklah yg tak benar.

Salam.

Salam
Pakcik (Pacika)
Apalaha layan mahadya (yanga guna tanapa nama), taka ada kesudahana karana alarana kama (kamu) taka sama, sata (satu) ka barata sata ka tamara.
Lantak lah nak tulis n bercakap loghat manapu pakcik oooiiii!!!!
AyahSu

Ayahsu,

Jangan samakan saya dengan mahadaya tu. Tak ada kena mengena.

Lain kali ikutlah ilmu pasti jangan ikut ilmu sangka-sangka. Maka afaal kita pun banyak prasangkanya.

Terima kasih, AyahSu

Hamba ni org tak mengaji, Ayahsu. tak masuk universiti mcm depa..

Cuma kata guru hamba, hidup kita ni biarlah ada guna sikit--tegaknya kita jadi tiang, rebahnya kita jadi titian

Pakcik ni org tua, walau sepatah mau juga menegur, tengok budak2 skrg yg hanyut melayan pemikiran 'moden' depa-Al-Quran nak diubah, hadis nak ditolak..entahlah Ayah Su..

Sama-samalah kita berdoa agar kita semua ditunjukkan jalan yang lurus...sebelum kita dipanggil mengadap-Nya..

Oh ya..AyahSu..rasanya pakcik dah agak lama kenal blog ni..mahadaya dan tanpa nama tu bukanlah org yg sama..tapi agaknya tujuan depa tu sama-nak 'mengacau' dan 'memancing' di sini..hehe

wallahua'lam

Salam Pakcik,

Kalau nak jadi tiang atau titi biarlah yg kuat dan yg tak reput; kalau tidak nanyalah orang yg bergantung padanya.

Kenapa nak dicari-cari lagi jalan yg lurus? Bukankah sudah lama diberi olih Tuhan kita? Masalah kita adalah kita beranggapan bahawa jalan yg Tuhan kita bagi itu TAK BERAPA LURUS. Maka, perlulah kita cari "tiang untuk bergayut dan titi untuk menampung".

Apa mungkinkah Tuhan Yg Mencipta segala-galanya, yg nampak dan yg tak nampak, memberi jalan kepada kita, tapi tak lurus pula. Mungkin kerana inilah maka Allah berfirman "Sekiranya engkau mengikuti kebanyakan manusia di muka bumi ini, engkau akan disesatkan dari jalan Allah".

Salam pak karamu,apakah perbezaan diri tajalli dan tajalli diri dan huraikan dalam keseluruhan tingkat nafsiah,salbiah,makni dan maknawiah.

Tanpa nama,


http://www.e-bacaan.com/artikel_nabibaca.html

Dalam artikel nie kata Nabi bukan UMMI(tak tahu baca dan tulis)..

taktik diorang nak bg orang islam ataupun orang bkn islam ragu2 al quran datang dr Allah...hati-hati lah...

Auzubillahimminasyaitanirrajim..bismillahirrahmannirrahim.1.ia tau orang pun tau klo dia mengetahui maka itulah orang alim.2.orang tau dan ia tidak tau kalau dia mengetahui,maka bangunkanlah dia.3.ia tau dan orangpun tau klo dia tidak mengetahui maka ajarkanlah dia.4.orang tau dan dia tidak tau klo dia tidak mengetahui itulah orang bodoh,maka jauhlah dari dia.ciri2 ke 4 lah sama seperti tanpa nama..wasalam.

tanpa nama @pro-rasyad khalifa: jauh lagi tuh...aku doakan agar kau berjaya mengharungi ujian ini dan tidak jadi hamba akal dan ananiyah...

apalah itu pon nk berbalah, ap yg ak tg pak karamu tulis ad benarnya, sme dgn had ak blajar. .. peliknya. yg byk tnya2 soalan2 yg ckup lawak dari org yg blajar syariat semata2 atau skerat2. . taklid buta. .. blajar asas syariat , pasto tarikat , hakikat pula cari guru yg sebenar , makrifat carilah guru yg mursid lagi arif, dan sentiasa lah brpegang pd al-quran dan hadis, ,

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

assalam ustaz, sy ada satu soalan ..
bismillah

allah wujud dulu atau dzat wujud dulu ??

terimakasih :)

said: tulisan dan pemikiran anda semacam osman ali and the geng satu ketika dulu, yg pernah saya jumpa.-cukup-cukup bahaya aliran sebegini, buktikan rashid khalifa bukan ajen anti islam. kalau rasa tak mahu tahu dan tak yakin dengan ilmu rasa, kenal diri, tak payah susah-susah bertanya. balik study yang lain.

Akal tidak bisa melihat batin
Tetapi batin bisa malihat akal
Melihat yg zahir ini cukup dgn kedua bola mata ini tp melihat yg batin harus dgn mata hati nurani yg bersih
Alquran bisa diambil hukum nya bisa diambil pahalanya jg bisa di ambil kandungannya ruhnya alquran itu sendiri
Kenapa alquran tidak menerangkan secara langsung tentang yg ghoib supaya manusia mau berpikir .. 52 kali Allah menekankan didlmnya afalata,kilun... Manusia manusia gunakan otakmu.