Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 81

Salam

 PELAJARAN KITA PADA KALI INI KITA AKAN TERANGKAN ISTILAH DIRI

من عرف نفسه فقد عرف ربه، ومن عرف ربه فسدالجسد

Jika kita tinjau di dalam al quran maka kita akan berjumpa dengan istilah diri yang di petik dari istilah nafas, nufus, Ampas dan juga Tanafas yang membawa maksud diri, diri ini tidak di pahami oleh kebanyakan orang awam kerana istilah ini sangat seni dan halus namun istilah ini tetaplah bermaksud diri sebagaimana yang terdapat di dalam al quran 

Orang saufisma yang berlandaskan kepada tauhid memahamkan istilah diri ini berpunca dari istilah INSAN yang mana di katakan anasir INSAN ini daripada istilah Nafas, Nufus, Ampas dan juga Tanafas yang membawa maksud diri di dalam al quran dan di dalam al quran juga terdapat istilah diri sebagai Fuad, Anfusahum, Nafasaka, Nufusikum, Nafsun, Nafsin, Anfusikum, Nafsahu, Nufusun, Nafsika dan lainnya

Dalam mempelajari ilmu ini kita ambil saja istilah ini secara kasarnya sahaja yang mana  ilmu ini  telah masyhur di perkatakan dan di pelajari oleh ahli ilmuan yang membawa kepada tarikat, tasauf, tasawwuf dan Kerohanian yang  membawa kepada ilmu tamadun manusia di sepanjang zaman

ISTILAH DIRI

1. Diri Terdiri (Jasmani)
2. Diri Terperi (Yang terdiri dari Roh, Akal, dan Nafsu) atau di namakan juga Ruhul Yaqazah
3. Diri Sebenar Diri (Yang terdiri dari istilah Insan) atau di kenali juga sebagai Ruhul Hayat
4, Diri Tajalli yang berpaksi kepada sifat Kamal

1. DIRI TERDIRI

Diri ini membawa kepada maksud diri jasmani, perkataan TERDIRI  ini menunjukkan bahawa jasmani itu terdiri daripada apa asal usul kejadian awal dan selepasnya  ia juga bererti bahawa jasmani manusia itu TERDIRI  dari apa serta mengapa ia di ciptakan oleh Tuhan

Diri ini mula di ciptakan oleh Allah di mulai ilmunya daripada sejarah ADAM a.s di syurga Khuldi (Jannatul Khuldi) Anasir awalnya daripada tanah yang di perintahkan oleh Allah malaikat mengambilnya yang mana tanah pilihan ini mengandungi air,api dan juga angin dan selepasnya diri terdiri ini di jadikan pula dari unsur jenerasi kedua iaitu dari wadi,wazi, mani dan juga maknikam iaitu benih Hawa dan juga Adam

Ilmu ini adalah ilmu kajian para doktor (Anatomi) Yang mana ilmu ini memakan masa yang agak lama untuk di pelajari dan di selidiki sehingga mereka memperoleh kepakaran dalam bidang kedoktoran dan sehingga zaman ini belum lagi para doktor berpuas hati di dalam kajiannya

Diri TERDIRI ini secara rengkasnya adalah terdiri dari apa juga yang terdapat pada sebatang tubuh manusia sama ada di luar jasmani ataupun di dalam jasmani, ertinya sebatang tubuh manusia yang TERDIRI dari kepala, tangan, badan, kaki, kulit,daging, rambut, urat, jantina dan lainnya

Diri ini jugalah yang di maksudkan oleh Allah di dalam al quran sebagai

ينبؤ االأ نسن يومئذ بما قدم وأخر، بل الأنسن على نفسه بصيرة، ولو ألقى معا زيره

Maksudnya:   Pada hari itu manusia di beritahu akan apa yang ia telah lakukan dan apa yang ia telah tinggalkan, bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun ia memberikan alasan-alasan (Untuk membela diri)
                                                                                                                             (Al Qiyamah 13,14 dan 15)

Ayat yang di atas menunjukkan secara jelas bahawa diri terdiri ini telah di tentukan oleh Allah untuk menjadi saksi kepada segala perbuatan dirinya, ini bererti ada diri yang sebenar yang bersoal jawab dengan Tuhannya sementara jasadnya tetaplah menjadi saksi, siapakah diri ini ? Diri inilah yang di maksudkan diri TERPERI

Dan diri inilah juga yang di terangkan oleh Allah sebagai :  الذى خلقك فسو ىك فعدلك  (Tuhan yang telah mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (Dengan tujuan yang kerananya di adakan anggota itu) serta menjadikan (benaan tubuhmu) sama padan dengan kekuatannya  (Surah Infitar ayat 7)

Jelas sekali ayat ini menujukkan bahawa  tujuan Allah menjadikan jasad (Diri Terdiri) ini dengan tujuan kerananya iaitu kerana diri Terperi yang kekuatannya adalah lebih kuat dari diri jasmani akan tetapi di sebabkan asal usul  bahan diri TERDIRI ini di jadikan dari sumber tanah, air, api dan juga angin yang kemudiannya  dari bahan wadi, wazi, mani dan juga maknikam maka ia di anggap sebagai bahan daya tahan atau cooling system maka mampulah diri TERPERI itu tinggal di dalamnya dan diri TERDIRI inilah yang dapat dan mampu memperlihatkan  Af'al daripada Allah






Comments (3)

Salam Pak Karamu;

"... dan diri TERDIRI inilah yang dapat dan mampu memperlihatkan Af'al daripada Allah"

Apabila ada kurnia dari Allah kesedaran sebegini, inikah yang dikatakn seseorang itu telah mencapai kepada Maqam Tauhid Af'al?

Cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong jolokkan.

Salam
Maaf Pak Karamu kerana mengganggu.

Mahadaya said...

Hamba tidak mengikuti agama Islam, hamba mengikuti agama nenek moyang hamba nabi2 dan rasul2 iaitu Asalama dan kami tidak menyengutukan Allaha dgn sesuatu apa pun
Rujuk:
Rahsia Surat Al Kahafa (Gua) ( dalam http://1asalama.blogspot.com

Masuklah bahas Mahadaya, syok gok kalau ada hang, kelakao, haa haaa.

Salam pak karamu,
Soalan sy ialah apakah maksud sebenar diri dan diManakah letaknya diri.?