Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 81 (3)

Salam

3. DIRI SEBENAR DIRI

Diri ini di kenali sebagai Insan atau Ruhul Hayat, sebenarnya  diri sebenar diri ini istilahnya sangat banyak ia terpulang kepada individu bagaimana pengetahuan ini di pelajari oleh peminatnya, walau bagaimanapun istilah yang paling mirip mengikut al quran perlu di utamakan kerana tiada keraguan orang ramai untuk menerima ilmu ini, bagi pengarang saya lebih mirip kepada 3 istilah diri sebenar diri iaitu Insan, Ruhul Hayat dan juga Nur Muhammad, sekalipun ianya saya  utarakan 3 nama akan tetapi ia tetaplah satu

Insan ini di sebut oleh Allah di dalam al quran sebagai   لقد خلقنا الأنسن فى احسن تقويم   (Sesungguhnya Kami telah jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian) At-Tin 4, mungkin Insan yang di fahami oleh orang awam berbeza dengan orang khusus, orang awam memahami Insan itu sebagai manusia pada maksud keseluruhannya  akan tetapi mengikut fahaman orang khusus Insan itu adalah Diri batin yang mengawal seluruh istilah diri

Diri ini di kira sangat seni dan tidak menanggung dosa kerana diri ini tidak di sertai sesuatu yang mencemarkan martabatnya dari sempurna dan diri inilah yang di maksudkan  من عرف نفسه فقد عرف ربه   (Barang siapa yang mengenal dirinya maka ia mengenal Tuhannya) diri ini juga yang bertaraf Sirullah atau rahsia Allah kerana kesempurnaannya di kaitkan untuk tangga mengenal Allah yang menjadikan seluruh alam dan keadaannya tidak menyerupa apa jugapun

Mungkin ada di antara kita yang keliru tentang Insan yang tidak menyerupai apa jugapun seolah-olah sama dengan keadan Tuhan iaitu LAISA KAMISLI SYAI UN  namun di sini kita perlu terangkan supaya orang yang membaca kitab ini tidak tersesat dengan mengemukakan hujah al quran yang di petik dari surah An Nahl ayat 17  افمن يخلق كمن لايخلق أفلا تذكرون   ( Kalau sudah begitu adakah Allah yang menciptakan (Zat yang menjadikan) semua itu sama seperti makhluk  (zat yang tidak menjadikan)  yang tidak menciptak sesuatu? Maka patutkah kamu lalai kerana tidak mahu memikirkannya ? )

Ayat An Nahl 17 di atas menerangkan bahawa di antara Zat Allah dan  Zat manusia adalah tidak sama kerana Zat Allah ada sifat keagunganNya (sifat Salbiyah) yang tidak ada permulaan dan akhirnya sementara zat Manusia ada awal kejadiannya, ini bererti ianya makhluk yang bertaraf zat yang di jadikan oleh Allah dan manusia perlu melihat ke dalam diri mereka sendiri, kerana itu Allah suruh manusia berfikir "Dan di dalam diri kamu itu tidakkah kamu perhatikan ?

Sesungguhnya Insan ini anasirnya daripada nafas, nufus, ampas dan juga tanafas dan ialah yang menjadi rahsia kepada mengenal ujudnya  Zat Allah sebab itu di katakan Al Insani sirri wa ana sirrohu dan diri inilah yang di sebut oleh Allah di dalam Al quransebagai   وهو معكم أينما كنتم   (Dan Dia beserta kamu di mana saja kamu berada) Al-Hadid 4 dan  banyak lagi ayat yang menyatakan bahawa Dia adalah beserta manusia dan juga hampir di antaranya ayat Al Baqarah 186, Surah Qaaf 16

MENGAPA DIA DI SEBUT SEBAGAI DIRI SEBENAR DIRI ?

Diri ini di sebut oleh jumhur Ulama semasa mereka berada di alam Roh adalah sebagai diri yang menjadi wakil kepada sekalian Roh-roh (roh,nafsu dan akal) bagi menjawab pertanyaan Allah sebagaimana yang terdapat di dalam al quran pada surah Al A'araf ayat 172

ألست بربكم قالوا بلى شهدنا أن تقولوا يوم القيمة أنا كنا عن هذا غفلين
Maksudnya:   Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Mereka semua menjawab "Benar Engkau adalah Tuhan kami dan kami menjadi sksi" yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak, sesungguhnya Kami adalah lalai (tentang hakikat Tauhid ini)

Ayat di atas menunjukkan janji diri sebenar diri  itu kepada Tuhan yang mereka mahu berTuhankan kepda penciptanya iaitu Allah dengan berkata kami menyaksikan, ertinya menaik saksi bahawa tiada tuhan yang wajib di sembah melainkan Allah iaitu La Illaha Illallah ( لا اله الا الله ) yang mana kalimah tersebut sebagai pengakuan diri sebenar diri itu mahu menjadi hamba yang soleh kerana mahu mengamalkan semua cara hidup berasaskan Lillhi Ta'ala ( لا اله الا الله )

Mengikut pandangan yang lain ada juga yang mengatakan bahawa yang mewakili sekalian roh tersebut adalah Nur Muhammad dan ada juga yang mengatakan Hakikatul Muhammadiayah, semuanya itu adalah sama iaitu dialah sebagai diri sebenar diri atau Insan atau Ruhul Hayat






Comments (25)

تحياتي لك وبارك الله فيك

Peringatan:

[7:33]Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti tentangnya dan KAMU MEMPERKATAKAN TENTANG ALLAH APA YANG KAMU TIDAK MENGETAHUINYA.

[7:35]Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu RASUL-RASUL DARI KALANGAN KAMU YANG MENCERITAKAN KEPADA KAMU AYAT-AYAT KU, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[7:36]Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang angkuh daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

[7:37]Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta tentang Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka dari apa yang telah tersurat, hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami untuk mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): "Manakah yang kamu sembah selain Allah?" Mereka menjawab: "Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami", dan mereKa pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar.

[7:38]Allah berfirman: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: "Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka". Allah berfirman: "Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui".

[7:39]Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".

[7:40]Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang angkuh daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Fikirkanlah baik-baik.

Peringatan:

[7:52] Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka sebuah Kitab (Al-Quran) YANG KAMI TELAH MENJELASKANNYA SATU PERSATU BERDASARKAN PENGETAHUAN KAMI untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang beriman.

Apa masih kaburkah penjelasan yang diberikan olih Allah?

salam ustaz...

bagaimana pula dengan jin...adakah mereka juga mempunyai 2 ruh juga sama mcm manusia....sbab yg dihisab di akhirat nnti iblis dan manusia...apa beza kita dengan jin selain daripd kita dijadikan daripada tanah?

Salam

Mahadaya said...

Hamba tidak mengikuti agama Islam, hamba mengikuti agama nenek moyang hamba nabi2 dan rasul2 iaitu Asalama dan kami tidak menyengutukan Allaha dgn sesuatu apa pun
Rahsia Surat Al Kahafa (Gua) ( dalam http://1asalama.blogspot.com

p/s: mahadaya dalah orang yang sama dgn tanpanama-fikir-fikirkan lah

Surah Al Haaqah ayat:

[38]Maka Aku bersumpah dengan apa yang kamu meliha,
-
[39]Dan dengan apa yang tidak kamu lihat,

[40]Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.

[41]Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair amatlah sedikit kamu beriman.

[42]Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang dukun amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.

[43](Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

[44]Dan kalaulah (Muhammad) mengatakan atas nama Kami secara dusta sebarang kata-kata rekaan,

[45]Maka Kami akan menyentap dia dengan kekuasaan Kami,

[46]Kemudian Kami akan putuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta);

[47]Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.

[48]Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.

[49]Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).

[50]Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir.

[51]Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).

[52]Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

***P/S: Allah tahu siapa yg menabur fitnah di kalangan kita.

Adama bermaksud Aa-Kami dan Dama bermaksud Darah. Kejadian adama adalah kejadian berbentuk fizikal, dijadikan dari tanah dan nyawanya terletak pada darah di sebabkan inilah manusia di haramkan dari memakan darah yg boleh menyebabkan rosak anggota fizikal adama. Manakala pasangan Adama ialah Hawa. Hawa di dlm Al quran bermaksud DiaLah. Inilah yg tidak difahami kebanyakan manusia malah iblis pernah menanyakan soalan ini kpd tuhan mengapa dia perlu sujud kpd Adama sedang dia lebih baik kejadiannya berbanding Adama.

..dan mahadaya pula berasal dari cantuman maha + (per)daya..manusia dan jin sejagat

..belum selesai rasanya tugas merasuk kamu di sini ya?

Audzubikalimaa tillaa hittammah..

-terima kasih..

Kemenangan kian hampir!!
Terbaru kes ustazah berzina dgn warden sekolah. Ustazah siap pakai tudung labuh dan sarung tangan. Kena denda RM3,000 jer, kalu ikut hukum agama hamba kena sebat pasal bukan setakat 4 org saksi, 1Msia tengok.
Pendidikan seks di sekolah lebih mudah, sbb anak2 boleh tengok ustazah demo dan ikut ramai2. Tapi lebih baik pakai tudung dgn sarung tangan ikut contoh ustazah solehah.
Terdahulu, di tangkap minum arak dan hendak di kenakan hukum sebat. Hamba x jumpa hukum minum arak di dlm al quran dan tuhan tidak firmankan arak tu haram.
Jadi, mengikut Islam, minum arak lebih besar dosa dari zina. Patutla bersepah kat youtube budak2berzina. Bende ni kecik jer bagi Islam.
Takkan Melayu Hilang Di Dunia!!

Quote: 'Hamba x jumpa hukum minum arak di dlm al quran dan tuhan tidak firmankan arak tu haram'.

Pakcik:Dah baca ke al-Quran betul-betul?

Pengharaman arak sebenarnya dilakukan secara berperingkat melalui penurunan empat ayat al-Quran iaitu:

Ayat 67, surah al-Nahl-

Firman Allah bermaksud: “Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya.”

Ayat ini diturunkan ketika di Makkah di mana di dalam ayat itu Allah belum lagi menjelaskan pengharaman arak dan masih boleh diminum ketika itu.

Ayat 219, surah al-Baqarah-

Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."

Ayat kedua ini menjelaskan perbezaan di antara baik dan buruk arak. Ia juga menjelaskan bahawa dosa arak adalah lebih besar daripada manfaatnya.

Ayat 43, surah an-Nisa'-

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu bersembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan..."

Ayat ketiga ini pula melarang umat Islam ketika itu meminum arak tatkala hampir waktu untuk bersolat. Perkara ini berlaku kerana imam sembahyang ketika itu dikatakan telah tersalah membaca ayat al-Quran kerana berada dalam keadaan mabuk. Maka turunlah ayat ketiga di atas.

Ayat 90, surah al-Maidah-

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Ayat keempat ini mengharamkan arak secara sekali gus. Jumhur fuqaha mengharamkan arak disebabkan ia adalah najis dan memabukkan.

Adapun hukuman sebat utk peminum arak adalah berdasarkan bbrp hadis Rasulullah..

Abu Said Al-Khudri menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengenakan hudud kepada pesalah arak dengan memukul sebanyak 40 kali dengan kasutnya

Sur bin Zaid Ad-Daili meriwayatkan bahawa Omar didatangkan seorang lelaki yang minum arak. Ali bin talib menyatakan, “aku berpandangan, orang yang minum arak dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali. Ini kerana, orang yang minum arak, adalah mabuk. Apabila dia mabuk, maka dia meracau. Apabila dia meracau, maka dia akan mengarut” makanya, Omar pun menjatuhkan hukuman sebat 80 kali kepada peminum arak.

sekian, terima kasih

-Pakcik

Kejamnya Islam, tuhan tak pernah firman boleh hukum hambanya yg minum arak. Tapi manusia melebihi kuasa tuhan menghukum hamba tuhan. Ooo dah mmg Firaun tu bangsa arab, so mmg dari dulu ngaku tuhan.

Dulu kata Allah tak haramkan arak dalam Quran.bila ditunjuk ayat pengharaman ayat, lain pula ceritanya.

Hukum peminum arak adalah dari Nabi Muhammad S.A.W, yg diiktiraf Kekasih Allah.

Kalau kamu tak mahu ikut, nyata kamu mahu jadi tuhan sendiri, spt Firaun tu lah..oopps skrg Firaun dah tak ada..yg ada bekas firaun spt Freemasons dan Illuminati. agaknya kamu ini kekasih depa.

terima kasih

Salam,

Maaf Pakcik. Ayat mana dari al Quran yg iktiraf nabi Muhammad sebagai kekasih Allah?

Si Jahil.

Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allaha, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allaha mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya. (125) Al Nisa

Hamba ikut agama nabi Ibrahim dan tuhan lebih syg nabi Ibrahim mengikut firman tuhan. Jika x tau hamba bagitau.. nabi Ibrahim adalah penghulu segala malaikat. Itupun kalau tuan hamba beriman dgn malaikat.

mahadaya,

Mana dalilnya yg nabi Ibrahim adalah penghulu segala malaikat?

Kenapa pula penghulu tak kenal bila pengikutnya bertandang? Malahan timbul rasa takut padanya.

Yg Tak Berdaya.

Salam
Salam

Mahadaya said...

Hamba tidak mengikuti agama Islam, hamba mengikuti agama nenek moyang hamba nabi2 dan rasul2 iaitu Asalama dan kami tidak menyengutukan Allaha dgn sesuatu apa pun
Rahsia Surat Al Kahafa (Gua) ( dalam http://1asalama.blogspot.com

p/s: mahadaya adalah orang yang sama dgn sesetengah tanpanama

So, kepada pakcik n tanpanama yg lain apalah bodoh sangat(bodoh tahap nak mampus) hang dok berbahas dengan mahadaya, dia bercakap tentang agamanya, hang becakap tentang agama Islam, mana ada titik pertemuan, kecuali hang nak ikut mahadaya.
AyahSu

Salam
Mahadaya ni sekor bodoh jugak, kalu aku, aku buat agama sendiri tak tu ikut agama nabi Adam lagi lagi pior. Tak tu pun tak payah beragama lah, kepala otak tak nyusah mikir, buat macam kambing lembu.
AyahSu

Salam,

Ayah Su,

[16:125] Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Si Jahil.

Salam
Si Jahil=Mahadaya=tanpa nama

Macam mana cara hamba nak mengikuti agama nenek moyang nabi2 dan rasul2 iaitu Asalama?
Kat mana tempatnya.
Siapa gurunya.
Apa syarat2nya.
Berapa bayarannya.
Bagaimana amalannya.
Bila hamba boleh mula belajar.

Tuhan menyatakan yg menyampaikan agamanya adalah pesuruh2 tuhan. Jadi, perhatikan siapakah yg membacakan ayat2 tuhan dan menerangkan setiap sesuatu kpd umat manusia. Tuhan nyatakan di dlm al quran, jgnlah menjual ayat2 tuhan untuk keuntungan sendiri, maka tiada bahagian di akhirat kelak.
Hamba mengajak manusia beriman kpd tuhan dan memahami al quran supaya beroleh hikmah dan kesejahteraan. Hamba tidak pernah meminta upah dan hamba berusaha membangkitkan kembali bangsa hamba yg telah di tipu oleh bangsa Firaun (Arab).

Salam semua,

Maaf, Pak Su. Kata-kata kejian tidak boleh menyelesaikan masalah, malah mengusutkannya, ada.

Ambillah iktibar seekor burung cuba memadamkan api dengan air dari paruhnya tatkala Ibrahim a.s dibakar. Nampak mustahil, tapi itu lah tanggungjawab, sekadar termampu, jika ditanya Rabbul Jalil nanti..

Salam
Berbelit sungguh Mahadaya ni, jawablah orang tanya-direct to the point je, apa susah. Rasa nak gi belajar jugak asalama tu, kalu senang boleh ikut.
AyahSu

Sesungguhnya kewajiban Kamilah memberi petunjuk, (12) dan sesungguhnya kepunyaan Kamilah akhirat dan dunia. (13) Maka Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala. (14) Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka, (15) yang mendustakan dan berpaling. (16) Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu, (17) yang menafkahkan hartanya untuk membersihkannya, (18) padahal tidak ada seorangpun memberikan suatu ni’mat kepadanya yang harus dibalasnya, (19) tetapi karena mencari keridhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. (20) Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan. (21) Al Lila
A-Salama = Kami-Sejahtera

dimana saya ingin mencari dan mempelajari ilmu ini??

Mohegan Sun - Casino & Resort Spa Spa in Montville, CT
Mohegan 강릉 출장마사지 Sun - Casino 공주 출장샵 & Resort Spa in Montville, Connecticut is the 오산 출장마사지 premier entertainment 여수 출장샵 destination in the 영천 출장안마 world created to enrich,