Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 80

Salam

TERSEMBUNYI

Apa-apa yang tersembunyi yang di ujudkan oleh Allah ia adalah suatu rahsia yang mesti di selidiki oleh umat islam mengikut kemampuan dan keupayaan sehingga ia dapat di fahami dan menjadikannya ilmu untuk di amalkan serta pengakuan, sebagai contoh yang nyata apabila semua makhluk yang di jadikan Tuhan termasuk manusia maka manusia perlu mengkaji dirinya supaya mereka benar-benar faham bahawa mereka adalah manusia walaupun pada asalnya mereka adalah makhluk yang Allah jadikan

Segala rahsia mestilah di cari dan di farakkan dengan menilai darjat-darjat yang ada, contohnya ialah dari makhluk menjadi manusia, dari taraf manusia menjadi insan, dari insan menjadi insan kamil, dari insan kamil menjadi insan kamil wa mukamil, Allah sentiasa melapangkan akal untuk memahami sesuatu, seterusnya sesuatu itu jika ada suruhan ataupun larangan maka di sana akan dapat kita jadikan batas dan sempadan ini tertakluk kepada keimanan seseorang

Istilah yang di utarakan oleh ulama setelah mereka berijtihad ataupun bermunajat mengikut nas al quran dan hadis nabi maka tentunya ia akan menghasilkan sesuatu yang dapat membawa faedah kepada manusia dalam hidup bertamadun mungkin hasil dari berijtihad itu akan menghasilkan sesuatu yang kadangkala semacam berkhayal akan tetapi itu semua adalah datang daripada Allah asalkan tidak bercanggah dengan asas quran dan hadis rasullullah saw

Cuba kita perhatikan istilah di bawah ini:

Manusia terdiri dari berbagai-bagai unsur yang nyata dan juga ghaib, yang penting di antara keduanya ialah yang ghaib, maka yang ghaib itu berasal daripada Nur demikian juga yang nyata, iaiatu Allah (Kullum min 'indillah) setiap sesuatu itu adalah daripada Allah, sedangkan Allah itu adalah NUR kepada cahaya langit dan bumi, itu adalah secara kasarnya, akan tetapi jika kita bawa kepada diri kita maka pengertiannya adalah lebih meluas lagi istilahnya

Sebagai contoh: diri manusia itu di sebut sebagai diri terdiri (jasmani) diri terperi (Ruhul Yaqazah) diri sebenar diri manusia (Ruhul hayat) diri tajalli (Insam Kamil) Apa yang kita fahami ialah apabila di sebut Ruhul Yaqazah,Ruhul Hayat dan Insan Kamil maka ia memahamkan kepada kita pada bab zat dan juga soal roh, yang inilah perlu di fahami oleh manusia

Persoalannya ialah adakah yang ghaib yang bertaraf zat dan roh itu terdiri daripada listrik positif (proton) ? atau listrik negatif (electron) ? yang mana kedua-dua ini apabila berpadu akan menghasilkan butiran-butiran atom, dan apabila ia dinamakan atom adakah a juga di kenali sebagai atom hidrogen yang terdapat di dalamnya unsur-unsur atom neutral yang di namakan neutron ?

Sesungguhnya konsep atom ini mungkin banyak konsepnya kerana proton dan neutron juga dapat membentuk atom, oleh itu cuba pula kita perhatikan perkara yang ghainb dan tersembunyi yang terdapat di dalam diri manusia sehinggakan manusia dapat hidup secara selesa dengan menghasilkan af'al Allah hasil dari penguasaan Zat Allah terhadap sekalian hambaNya

Kerana itu adakah konep mengenal diri dan Allah itu sia-sia ? Ijma ulama ada menyebuat jika kita tak kenal diri maka mereka akan menjadi tidak sedar diri, jika mereka tidak mengenal Allah maka mereka ada cita-cita nak jadi Allah (syirik)

Kerjasama di pinta untuk memperbetulkan ejaan yang salah


Comments (31)

Alahmdulillah.. Terima kasih. Macam tahu2 saya memerlukannya saat ini.

Salam

Ikutilah ! mudah-mudahan kita dapat menefa'atkan bersama-sama rakan yang lain

salam...

bila ruh dah keluar bila mati dikatakan jasad tu akan mengerang kesakitan ketika dimandikan dengan kasar betul ke? ruh jenis apa yang ada pada jasad tu?

selayang

Salam

Jasad tak pernah mengerang bila Rohani sudah keluar dari jasad

Roh yang ada pada jasad ialah dari jenis akal, nafsu dan roh itu sendiri sementara roh yang bertaraf nyawa di kenali sebagai bertaraf zat yang tidak menjadikan, dalam quran di sebut sebagai La Yakhluqu

salam...

tq,

maknanya selepas mati masih ada lagi ruh (akal,nafsu & ruh )pada jasad tersebut la.dlm kata lain jasad tu masih hidup lagi jadi adakah (akal,nafsu & ruh ) yg akan bersoal jawab dengan malaikat dlm kubur nanti?

selayang

sALAM

Jawapan saya kurang lengkap dan sukar untuk di fahami

Sebenarnya apabila rohani sudah keluar daripada jasad maka matilah manusia (jasadnya)

Jasad manusia yang terbujur tidak pernah mengerang merasa kesakitan sebab jasad tidak pernah berdosa kerana dia hanya sebagai saksi sahaja kepada perbuatan Rohani seperti nas firman al qiyamah 14

Apabila rohani keluar maka dia akan kembali kepada Tuhannya dalam keadaan majhul di alam darul baidha sebelum turun balik ke dalam jasad untuk menjawab soalan nungkar nangkir (sementara) selepas soal jawab maka ia kembali balik ke alam darul baidha

Selepas sahaja rohani keluar tiada lagi rohani (Roh) di dalam jasad ertinya jasad akan hancur lebur kembali ke asalnya yang tinggal bersama jasad yang hancur ialah roh amalannya sahaja

Rohani terbahagi kepada dua bahagian iaitu Ruhul Yaqazah dan Ruhul Hayat,Ruhul Yaqazah mengandungi Roh,Akal dan Nafsu, sementara Ruhul Hayat terdiri dari nyawa (Ruhul Hayat dan jasad tidak berdosa)

Yang menanggung dosa dan menjawab segala soalan adalah Ruhul Yaqazah

Salam kepada tanpa nama 8 April
Secara ringkasnya mati ni ada 4 martabat. 1-Yang keluar roh tu yang hancur dalam kubur (orang islam dan kafir-kena hisab di alkhirat),2,3 dan 4 -roh tak keluar, tak hancurlah (orang beriman-kurus kering, gemuk tambun atau hilang ghaib), roh tu berpulang ke maqam baqa' (kena pi belajar kat tok syeikh lah ). Kalu ngaji kenal diri tak kenal jika tengok mayat samaada hancur ke tidak maka pengajian tak habis lagi, kerana mayat tak pernah menipu.

Salam kepada tanpa nama 8 April
Secara ringkasnya mati ni ada 4 martabat. 1-Yang keluar roh tu yang hancur dalam kubur (orang islam dan kafir-kena hisab di alkhirat),2,3 dan 4 -roh tak keluar, tak hancurlah (orang beriman-kurus kering, gemuk tambun atau hilang ghaib), roh tu berpulang ke maqam baqa' (kena pi belajar kat tok syeikh lah ). Kalu ngaji kenal diri tak kenal jika tengok mayat samaada hancur ke tidak maka pengajian tak habis lagi, kerana mayat tak pernah menipu.

Tuan tanpa nama

blh tuan ceritakan apa yg dikata roh tidak keluar, x hancur...? apa nama keempat2 martabat mati 2..?

Salam, tuan tanpa nama yang bertanya.
Harap kena carilah syeikh mursyid, kena bermusyafahah, mintak diceritakan secara jelas sempurna dari segi nama, cerita dan pemakaian. Minta maaf banyaklah tuan.

Tolonglah beri tahu dimana saya bolih bertemu dan belajar dengan sheh murshid itu?

salam
kalau bolej minta PakKaramu tolong ceritakan saya rasa nak tahu ni

[4:56] Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali KULIT mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka KULIT yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[22:20] Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam PERUT mereka, dan juga KULIT BADAN mereka.

[70:16](Membakar serta) menggugurkan KULIT UBUN-UBUN dan ANGGOTA ANGGOTA TUBUH BADAN,

Kalau jasad tak berdosa kenapa pula Allah siksa jasad seperti ayat-ayat yg dipaparkan olih Tanpa Nama sebelum ini?

Pak Karamu pernah berkata "jasad manusia yang terbujur tidak pernah mengerang merasa kesakitan sebab jasad tidak pernah berdosa kerana dia hanya sebagai saksi sahaja kepada perbuatan Rohani seperti nas firman al qiyamah 14"

Ada yg tak kena dalam hal ini.





.

[17:36] Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya penglihatan, dan hati, semuanya akan dipertanggungjawabkan.

Errmm... Saya rasa kalau nak bersoal jawab, disini bukanlah platformnya. sbb ilmu kalau mahu dipelajari kena direct dengan guru. Fitrah budak baru kenal hurufpun kena pergi sekolah inikan pulak orang nak belajar bab tasawuf.

Jika anda teringin sangat untuk belajar, saya rasa kat board Pak Karamu ada banyak info yg boleh anda cari. Melainkan... anda sebenarnya mmg berniat utk cuba nak "mengetest" Pak Karamu.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "(Syirik yang kecil itu) ialah riak - Allah Taala akan berfirman pada hari Kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: " Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dahulu ( untuk menunjukan kepada meraka ), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?" Mahmud bin Labid r.a

Wallahua'lam..

Jadi kalau yang dikatakannya tak benar, kerana bertentangan dengan Al Quran, nak dibenarkan juga kah?

Dimana nak diletakkan "menggalakan yg maaruf dan mencegah yg mungkar"?

Rasulullah takkan bersabda macam itu kerana beliau seorang yg pandai dan tahu "riak dan syirik" tak sama. Kalau baginda sayangkan umatnya, beliau takkan samakan kedua perkara itu kerana dosa syirik Allah tidak akan ampun. Bukankah baginda teramat sayang akan umatnya?

Jangan tergesa-gesa, fikirkanlah. Jangan telan apa-apa yg orang kata bulat-bulat.

Seperti yg saya katakan tadi... sekiranya anda ingin benar tahu penerangan yg lebih jelas dan bertanyakan soalan2 ini berdepan (YA BERDEPAN) dengan guru bukan melalui laman online begini kerana dibimbangi tidak sampai fahaman atau ilmu yg sepatutnya.

That's why cara anda saja telah menyalahfahamkan hadis tsbt. selebihnya, terpulang awak nak menilaikan apa lagi sbb tak perlu melayan sangkaan awak melebih2 dr sepatutnya. Wassalam..

Anda terlampau taksub terhadap manusia. Perkara yg Allah jelaskan dengan ayat-ayatNya pun anda masih tak percaya. Kalau ayat-ayat itu saya yg punya, saya fahamlah. Tapi ayat-ayat itu Allah yg firman kepada kita semua.

Olih kerana Al quran itu mengandungi lebih dari 6,000 ayat, maka mungkin kita terlalai daripada beberapa ayat. Jadi kita perlulah ingat memperingatkan satu sama lain. Itulah hikmahnya berjemaah.

Berguru secara empat mata, memang ada ketika dan tempatnya. Di sini penyampaiannya adalah international, yg menyampaikan perlulah berhati-hati.

Terpulang kepada ANDA.

Setiap orang menulis dan menyampaikan adalah atas HAQ menyampaikan. Kemudian apa yang disampaikan itu hanya akan ditentukan kelak oleh Allah.

Kata pepatah arab: "Kebijaksanaan adalah seperti barang tercicir bagi umat Islam, lalu di mana muslim menjumpai kebijaksanaan, maka mereka yang paling layak untuk mengambilnya"

Begitu juga tentang saya. Adalah haq anda untuk menganggap yang macam-macam sebab apa yang anda sangka tidak lebih anda hanya seorang manusia untuk menuduh saya macam-macam. Anda tidak punya haq untuk menjadi Tuhan kerana hanya ALLAH saja YANG MAHA MENGETAHUI setiap isi hati setiap hambaNya. Dan cuma DIA saja yang tahu niat si Penulis ini...

Wallahua'lam

Beginilah. Mari kita kembali kepada persoalan asal. Ia itu:

Pak Karamu kata "jasad tak merasa sakit/disiksa kerana jasad hanyalah sebagai saksi" ----- memang ada ayat Al Qurannya.

Lalu saya paparkan ayat-ayat Al Quran yg lain yg mengsahkan bahawa jasad juga akan disiksa.

Mungkin saya salah faham tentang maksud ayat-ayat tersebut. Kalau demikian, terangkanlah saja di mana salah saya. Apa susah sangat ke?

Kenapa, tiba-tiba timbul isu yg blog ini bukannya platfom soal jawab? Kalau macam itu nak ulas macam mana? Nak jadi macam orang parti politik ke? Semuanya YES saja? Salah satu sebab utama kenapa umat islam mundur adalah sistem pembelajaran tradisional kita yg tak galakkan langsung soal jawab.

Buat apa saya nak test Pak Karamu? Tapi kalau ada yg saya anggap tak betul, saya soallah. Dia sebagai guru perbetulkanlah.

Kalau benar anda tak taksub kepada sesiapa kecuali Allah, Alhamdulillah!!
Saya sekadar ingatkan saja.

(35:5) "Wahai manusia, janji Allah adalah benar; maka janganlah kehidupan dunia menipu kamu, dan JANGANLAH SEORANG PENIPU DAPAT MENIPU KAMU MENGENAI ALLAH."

IQRA'

http://www.universalunity.org/toc.html

Masanya sudah hampir.

Orang-orang beriman diMuliakan oleh Allah dengan mengutus kepada mereka Nabi Muhammad s.a.w. Marilah sekelian muslimin muslimat berselawat kepada kepada Muhammad pesuruh Allah ini.

Orang-orang beriman diMuliakan oleh Allah dengan Al Qur'an yang diwahyukan melalui Nabi Al Mustoffa Muhammad Rasulillah s.a.w. Marilah sekelian muslimin muslimat berselawat kepada Muhammad Habibullah Allah ini.

Orang-orang beriman diMuliakan oleh Allah dengan Islam. Marilah sekelian muslimin muslimat berselawat kepada Muhammad Rahmatun lil alamiin ini didalam atau diluar sembahyang.

سُوۡرَةُ الاٴحزَاب 33:56
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا
(33:56) Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
Oleh yang demikian apakah yang menghalang sekelian muslimin muslimat daripada berselawat dan mengucapkanlah salam penghormatan kepadanya s.a.w?

Salam

Mahadaya said...
Tuan Hamba Rosli,

Hamba tidak mengikuti agama Islam, hamba mengikuti agama nenek moyang hamba nabi2 dan rasul2 iaitu Asalama dan kami tidak menyengutukan Allaha dgn sesuatu apa pun
Rahsia Surat Al Kahafa (Gua) ( dalam http://1asalama.blogspot.com

boleh pak guru terangkan pada saya pecahan dan kegunaan huruf2 hijaiyyah.
bagaimana pula kita nak meletakkan diri pada "walyatholataf "

bantu saya untuk dapatkan keterangan dan maksud" awal muhammad akhir muhammad"

Assalamualaikum buat diri Pak Karamu yang zahir dan juga yang kekal ...

saya sudah lama mencari dan tetap terus mencari ilmu mengenal diri dan mengenal Allah ni .. jiwa saya tidak tenteram dengan tidak dapat mengenal diri dan juga Allah ....

saya mohon agar pak karamu dpt membantu sy merungkai setiap persoalan yang melanda jiwa saya ini. dah atas keizinan Allah dapatlah saya berjumpa dgn pak karamu untuk terus menerus mempelajari ilmu ini daripada pak karamu.

I do not know if it's just me or if perhaps everyone else encountering issues with your blog. It appears like some of the written text in your posts are running off the screen. Can somebody else please comment and let me know if this is happening to them too? This may be a issue with my browser because I've had this happen previously.
Thanks

Here is my weblog ... online graduate certificate programs

Salamun 'alaik,

Setiap yang berjiwa pasti akan MERASA mati...

siapa yang merasa?
siapa yang menanggung amanah?
siapa yang pecah amanah?
jasadkah, ruhkah?

bila berbohong sewaktu hidup, siapa yang berbohong? Lidahkah, atau yang empunya lidah itu?
bila jasad disiksa dalam kubur, siapa yang akan meRASA siksa itu...jasadkah atau tuanpunya jasadkah?

jasad itu alat, tanpa ruh tidak akan dpt meRASA...kematian itu dimensi persinggahan menuju keabadian - samada untung atau malang, kematian itu dilalui dengan RASA, dirasai....every soul shall TASTE death...kullun nafsin dzaaaiqatul mawt (Ali Imran:183)

jasad itu akan hancur dan binasa, ruh itu tidak akan hancur dan binasa selama-lamanya, ruh itu meRASA siksaan, kebinasaan dan kehancuran yang berlaku pada jasadnya di dalam kubur...

Fahami perkataan RASA itu...

tiada apa yang disebut pak karamu di sini yang bertentangan dengan ayat itu...

namun perlu juga ditegaskan di sini, bahwa sifat kekal yang ada pada makhluk tidak seperti sifat kekal yang pada Al-Khâliq. kekalnya Allah tidak didahului oleh tiada (awalnya tiada permulaan,akhirnya tidak berpenghujung) sedangkan kekalnya makhluk di dahului oleh ketiadaan makhluk itu...

lautan hakikat itu rasanya manis dan indah jika dilalui dibawah bimbingan guru yang meRASA...di dalam dunia cyber ini hanya boleh dicedok informasi berkenaan hakikat tetapi belum lagi ilmunya, jadi tidak perlu berkasar bahasa atau menuduh penipu kepada sang penyampai...sang penyampai hanya berkhidmat menunjukkan pintu kepada jalan itu, yang kena buka pintu itu adalah orang yang berminat nak belajar mengenal dirinya sahaja, tak minat dan tak yakin tak perlu buka pintu itu....ini semua pun dengan gerak Allah jua...

hendakkan ilmu hakikat, tadahlah kitab bersuri dengan guru yang telah 'merasa' dan sudah sampai ke tahap putus ilmu...hendak jumpa guru itu, perbanyakkanlah tawassul dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berdoalah minta kepada Allah untuk dipertemukan dengan guru mursyid....jalan hakikat ini ada satu bekal sahaja, iaitu ikhlas...

Islam mundur bukan kerana platform pengajian tradisional tidak menggalakkan sistem bersoal jawab....Islam mundur kerana terlalu banyak bersoal jawab, kurangnya tauhid, taqwa dan ihsan dalam keilmuan...ilmu baru dikertas, belum turun masuk ke hati tetapi lagak sudah seperti seorang murrabbi...ini pandangan peribadi ana...