Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 78

Salam

ولا تقربا هذه الشجرة

Dan jangan kamu berdua mendekati pohon itu (Al Baqarah 35)

Ayat yang di atas adalah ayat perumpamaan, Adam dan juga siti Hawa di peringatkan oleh Allah s.w.t supaya JANGAN mendekati pohon itu, ayat di atas samalah juga dengan ayat larangan Allah kepada bani Adam "Jangan kamu hampiri zina"

Adam dan siti Hawa di berikan oleh Allah kebebasan berjalan dan memakan makanan apa saja dari syurga keculai hampiri pohon itu, ertinya Adam dan siti Hawa merdeka di situ, namun kemerdekaan yang di berikan tidak bermakna jika tiada peraturan dan undang-undang, peraturan ada suruh dan ada larangan supaya mereka dapat kemerdekaan seratus peratus

Andai semua kebebasan itu ada penghalangnya maka kebebasan akan hilang dan kerugianlah yang akan di tanggung dan penyesalanlah yang akan dapat, ini adalah suatu fitrah yang perlu di fahami sampai bila-bila demikianlah juga dengan erti kemerdekaan dan kemerdekaan tidak menjadi sempurna jika tiada pantang dan larang

Mengapa ujud pantang dan larang dalam kebebasan dan kemerdekaan ? Jawapannya mudah kerana fitrah kehidupan manusia di lengkapkan dengan berbagai ujian untuk manusia mengukuhkan keimanan dan kepercayaan, di sinilah letaknya peranan ujian dari Allah melalui Iblis yang di izinkan oleh Allah untuk menguji Adam dan Hawa

Iblis yang berdendam terhadap Adam dan Hawa berjaya menjalankan tugasnya untuk menyesatkan Adam dan Hawa yang akhirnya dia berjaya mengeluarkan mereka daripada syurga kerana mengikut kata Iblis dan mengabaikan larangan daripada Allah, maka di sinilah Iblis menunjukkan sifat takbur kali yang kedua, sekali ketika bangga dengan asal usulnya daripada api dan kedua kerana berjaya menyesatkan Adam dan Hawa

Di tipunya Adam dengan kata-kata هل اد لك على شجرة الخلد وملك لا يبلى ( Wahai Adam, mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu pohon dan kerajaan yang berkekalan dan tidak akan binasa ?) Thaha 120 . Dengan bujukan Iblis itu maka Adam dan Hawa makan juga buah tersebut kerana mahukan kekal dan tidak binasa

Selepas mereka makan pohon tersebut maka terbukalah pakaian mereka berdua lalu berlakulah apa yang menjadi fitrah pada seorang lelaki dan perempuan (manusia) di syurga rasanya ini sangat di fahami, namun ingat ! bahawa mereka bukan melakukan zina hanya mereka telah melanggar perintah Allah supaya jangan mendekati pohon itu, jadi nyatalah bahawa pohon yang di maksudkan adalah Adam dan Hawa itu sendiri

LURUTAN DARI PERISTIWA FITRAH INI:

* Pohon itu maksudnya Adam dan Hawa
* Buah khuldi adalah buah Adam dan Hawa
* Sudah menjadi fitrah bahawa jika buah dan pohon di maka maka pakaian boleh lucut
* Buah itu sebenarnya tidak kekal sebagaimana dakwa Iblis
* Di larang mendekati lelaki dan perempuan yang bukan muhrim
* Berhati-hati dengan janji syaitan, dan teliti dengan janji-janji manusia
* Fahami dengan erti kebebasan dan kemerdekaan

Apa yang berlaku kepada Adam dan Hawa akan menjadi fitrah hukum untuk anak cucunya

Comments (69)

Salam Tuan Umarak Dagang;

Terima kasih. Satu penerangan yang belum pernah saya temui ... kerana pengembaraan saya baru bermula.

Salam,

Sedikit tenang solat:

http://www.universalunity.org/UU31.2.html

http://www.universalunity.org/UU32.2.html

Alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata
2010 Mac 1 08:26

gua dah tengok tapi tak paham cuba terjemah bahse malayu gua orang kampung ulu maaa...

Sorilah nak buat macam mana. Kalau ada kemahuan, adalah jalan.

Gua pun tatak bolih tolong maa ...

(17:36) Dan JANGANLAH kamu ikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. SESUNGGUHNYA, pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan di minta pertanggung jawab.

Salama,
Persoalan mengenai adam ini mempunyai pengajaran yg cukup besar maknanya. Pertama ialah kejadian adam itu sendiri. Manusia hanya melihat sifat jasad adam tetapi gagal mengenal sifat rohnya. Roh manusia di sebut di dlm al quran diambil sebahagian dari tuhan. Ini bermakna roh manusia tidak diciptakan, ianya kekal sampai bila2. Di sebabkan ini jugalah malaikat di suruh sujud kpd manusia kerana roh manusia adalah sebahagian dari tuhan disamping kebijaksanaan adam yg diajarkan tuhan mengenal nama tiap2 yg diciptakan tuhan. Kematian hanyalah satu proses yg mesti terjadi untuk jasad dan roh manusia akan kekal untuk di hisab dan di masukkan samada di syurga atau neraka. Jadi, tiada sebabnya org2 beriman patut takut kpd kematian. http://alya-diyanah.blogspot.com

Salaam,

Memang benar Adam mempunyai jasad dan roh. Tapi malaikat-malaikat sujud pada Adam bukan kerana Adam ada roh. Malaikat-malaikat sujud kepada Adam kerana patuh kepada perintah Allah. Iblis, kerana kononya dia sebelumnya adalah penghulu segala malaikat, mustahil tidak tahu bahawa Adam telah ditiupkan dengan roh daripada Allah. Dia hanya engkar terhadap perintah Allah yang mudah lagi jelas; lalu kafirlah dia.

Entah kenapa ada manusia hendak mempertahankan kesalahan iblis di atas sebab bahawa iblis tak tahu yang Allah telah tiupkan rohNya kepada Adam. Seolah-olah kalau ada sebab, bolihlah tak patuh kepada perintah Allah. Mungkin perangai manusia ini melambangkan keadaannya sendiri yg akan mencari sebab mengapa dia juga engkar kepada perintah-perintah Allah yg jelas dan nyata.

Wallahu'alaam.

Benar komentarmu saudara mahadaya, yang bersaksi di depan Allah sebelum ditiupkan ke dalam perut ibu adalah ruh. Ruh yang bersaksi. Sebelum Ruh ditipkan ke dalam lembaga Adam juga, Ruh telah bersaksi. Sebelum Allah meniupkan Ruh ke dalam lembaga Adam, iblis memasuki lembaga adam dan merasakan bahawa Adam yang diciptakan dari tanah adalah rendah tarafnya dan tiada apa-apa kelebihan pun berbanding dirinya yang dicipta dari api. Oleh sebab itulah iblis tidak mahu sujud kepada Adam. Dan sewaktu Adam ditiupkan Ruh ke dalam lembaganya, maka Allah perintahkan bahawa semua malaikat sujud kepadanya. Pada ketika itu, semua malaikat sujud kerana taatnya mereka kepada Allah walaupun ketika itu para malaikat tidak tahu mengapa Allah perintahkan sedemikian rupa. Kecuali Iblis yang tahu bahawa lembaga Adam tidak ada apa-apa yang istimewa makanya iblis tidak mahu sujud kerana pada ketika itu, iblis merasakan dia adalah mahkluk yang tinggi tarafnya dan kenapa pula perlu sujud kepada Adam yang rendah tarafnya.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".(30) Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!" (31) Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(32) Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" (33) Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (34) Al Baqarah

Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. (11) Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". (12) Allah berfirman: "Turunlah kamu dari surga itu; karena kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina". (13)

Iblis menilai adam hanya dari sifat jasadnya shj tanpa mengetahui kehebatan roh adam.

Ayat-ayat Quran yg dipaparkan itu semua adalah benar belaka. Yang pentingnya apakah "pelajaran" yang kita dapati daripada peristiwa-peristiwa yang Allah ceritakan iut?

Pada saya peristiwa tersebut memberi tahu kita supaya janganlah "ego" kita menghalang kita daripada patuh kepada perintah Allah.

Ramai manusia yg menolak kebenaran yg dibawa olih nabi/rasul masing-masing kerana mereka (nabi/rasul) datang dari golongan yg dipandang rendah. Ramai orang Yahudi tidak terima nabi kita kerana beliau bukannya dari kalangan orang Yahudi. Orang Quraish juga ramai yg menolak nabi kita kerana beliau bukan dari golongan orang yg mereka (Quraish) anggap wajar menerima wahyu Illahi.

Yang BENAR-BENAR TAHU kenapa iblis tak sujud kepada Adam adalah iblis sendiri selain dari Allah. Yang lainnya hanyalah prasangka belaka dan prasangka bukanlah kebenaran mengikut friman Allah.

Pengajaran yg penting ialah manusia mempunyai potensi yg tinggi berbanding segala makhluk yg diciptakan. Potensi inilah yg telah membolehkan raja/nabi yusuf membina tamadun yg hebat di Mesir. Piramid dan berbagai teknologi yg dikatakan dtgnya dari makhluk asing adalah dari hikmah dan kebijaksanaan yg dikurniakan tuhan kpd nabi. Semua nabi2 mempunyai kehebatan kerana mereka di ajar oleh tuhan yg maha bijaksana. Ini beerti untuk menjadi manusia atau bangsa yg hebat perlulah beriman kpd tuhan dan melakukan perintah2 tuhan kpd kita.

Siapakah agaknya yang beriman kepada Allah dan mengikuti segala perintah-perintahNya? Umat islamlah.

Tapi,lihatlah keadaan umat islam dewasa ini. Umat islamlah yang paling mundur dari segala aspek duniawi, membunuh sesama sendiri, diberi Allah sumber-sumber alam yg banyak tapi disalah gunakan, mempunyai pemerintah-pemerintah yg menindas rakyatnya sendiri, rasuah, tidak berlaku adil, pembohong besar, suicide bombers, pengganas, dll.

Lihatlah kemampuan umat bukan islam pula. Kejayaan mereka teramat besar sekali sehinggkan seluruh manusia dapat merasi nikmatnya. Kalau dulu Nabi Sulaiman dan pengikutnya saja bolih terbang, sekarang semua manusia bolih terbang beramai-ramai, manusia dah sampai pun ke bulan. Manusia bolih menyelam beramai-ramai ke dasar laut berbulan-bulan lamanya, dll. Yg bergelar "super power" pun bukannya dari kalangan negara islam.

Di manakah kehebatan yg Allah janjikan? Walhal, sekiranya bukan umat islam yg dimaksudkan yg beriman dan mengikuti perintah-perintah Allah, umat mana kah lagi?

Di atas kenyataan dan faktor-faktor yg berlaku, yg tak bolih dinafikan kebenarannya, mungkin tak, tak ada umat islam yg sebenarnya di dunia ini lagi, walaupun ramai yg mengakui diri masing-masing islam. Sebab, kalau ada, memang sudah lama diberi bantuan olih Allah.

tu name ujian allh kepada umat yg mengaku dn ambik saksi ketika alam roh lg...
Dunia ni syurga bagi yang org khafir dan penjara bagi umat yang tunduk dan sujud kite di dalam alam roh...
Bagi manusia yang rase diri ye islam dan rase ditindas dan marah kepada tuhan semesta alam mentakdir bergini...tunggu sampai masa setiap pengakuan akan dihisab...
waalam....

Itu jawapan yang sering didengar, ia itu jawapan orang yg merajuk dan putus asa kerana tak dapat sesuatu yg dikehendakinya, lalu secara tak langsung Allah dipersalahkannya. Kalau betullah apa yg dikata, kenapa pada satu ketika dulu orang islam pernah memerintah hampir seluruh dunia?

Perhatikan surah An Nur ayat 55:

"ALLAH MENJANJIKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, DARI KALANGAN KAMU, BAHAWA IA AKAN MENJADIKAN MEREKA KHALIFAH-KHALIFAH YANG MEMEGANG KUASA PEMERINTAHAN DI BUMI, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa, DAN IA AKAN AKAN MENGUATKAN DAN MENGEMBANGKAN UGAMA MEREKA yang telah diredhaiNya untuk mereka, DAN IA JUGA AKAN MENGGANTIKAN BAGI MEREKA KEAMANAN SETELAH MEREKA MENGALAMI KETAKUTAN. MEREKA TERUS BERIBADAH KEPADAKU DENGAN TIDAK MEMPERSEKUTUKAN SESUATU YANG LAIN DENGAN KU. Dan SESIAPA YANG KUFUR DAN ENGKAR SESUDAH ITU, MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG DERHAKA."

Mungkin kita perlu suluh betul-betul diri kita dulu, di mana salahnya kita, kerana Allah tidak memungkiri janji-janjiNya.

Kembali semula kpd tujuan asal kejadian manusia. Manusia di jadikan untuk mengabdikan diri kpd tuhan. Hendak mengenal pencipta perlu mengenal diri. Alif Lam Lam Ha apakah maksudnya? Alif berbunyi Aa iaitu bermaksud Kami. Lam Lam berbunyi Lala beerti milik/hak. Ha pula bermaksud Dia. Allaha - Kami Miliknya. Jadi, tuhan yg sebenar ialah Allaha, itulah tuhan yg disembah oleh nabi2 dan rasul2. Nama tuhan ini diubah musuh tuhan selepas zaman nabi dgn meletakkan baris dan tanda pada al quran. Sudahkah anda menjadikan memahami al quran sebagai matlamat terpenting hidup ini? Fahami al quran dan segala persoalan akan terjwb.

Allaha = 139
13 adalah merujuk kpd kami/hamba
19 adalah merujuk kpd tuhan
Laa Alaha Alaa Allaha = 21 129 121 139
Terdpt 19 huruf pada Basama Allaha
Terdpt 13 Al pada surata Al Fatahata (Surat Kemenangan Engkau)
Solat 5 waktu
Pagi(4), Tgh Hari(4), Ptg(4), Senja(4) dan mlm(4) = 19 rakaat x 13 Al = 247 Al
2+4+7 = 13
Tuhan maha bijaksana, setiap sesuatu itu dijadikan tanpa sia2.

Silap sikit senja 3 rakaat.
Org2 beriman mengenal tuhan dgn mengenal tandanya. Perhatikan surat Mudatthir yg menyebut ttg angka 19. Dan tiada yg mengetahui jumlah TENTERAnya.
Peperangan akhir zaman telah tercatit di mana kebangkitan agama tuhan akan ditentang oleh kebanyakan umat manusia yg tidak mengenal tuhan.

Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Manusialah yg sering menjadikan ciptaanNya sia-sia.

Solat fajar (pagi) 4 rakaat?

Allah = 139?

Jumlah rakaat solat 5 waktu = 19?

Dalam surah Al Fatehah ada 13 Al?

Mula-mula kata, nak kenal tuhan kena kenal diri, lepas tu kena kenal tanda-tandaNya pula; yg mana satu ni?

CUBA TERANGKAN.

Surata Al Fatahata (Surat Kemenangan Engkau) Bacaan sebenar sebelum di letakkan baris dan tanda oleh Org2 Arab.

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahima (1)
Al Hamada Lalaha Raba Al Alamina (2)
Al Rahamana Al Rahima (3)
Malaka Yawama Al Dina (4)
Aya'aka Na'abada Wa aya'aka Nasatai'na (5)
Ahadana'a Al Soroto Al Masataqi'ma (6)
Soroto Al a'zina Anaa'mata Alaya Hama Ghi'ra Al magha'dhu'ba Alaya Hama Walaa' Al dha'alina (7)

Apabila di bariskan dan di letakkan tanda, maka hilanglah sebutan Al yg merupakan sebahagian dari nama tuhan. Org2 yahudi menukarkan sebutan Al ini kpd El.

Yg lainnya bagaimana?

Ahlan Wa Sahlan

Komen dari Madinah

Semua makhluk di bawah tadbiran Allah, jika mana-mana manusia berkata bahawa manusia boleh berikhtiar maka tidak ada guna agama islam tetapkan La haula Wala Quwwata Illa billah

Kullum min 'indillah (setiap sesuatu itu daripada Allah)
manusia merancang atas tadbir Allah juga namun tidak boleh berfahaman Jabariah melainkan ahlul sunnah wal jama'ah

Andainya manusia berkata bahawa mereka berkuasa secara mutlak maka sahlah syiriknya, kembalilah kepada Allah dan Rasulnya dan atas sabab musabab jangan fahamkan mutlak itu suatu tiket memutlakkan kepada kuasa diri

Agama tuhan sudah semestinya penuh kehebatan kerana tuhan itu maha hebat. Jadi, mengapa org2 Islam yg mempunyai pengikut lebih 2/3 dunia tidak dpt mengadakan walau satu kerajaan dan memimpin manusia kearan kebaikan? Nabi2 di zaman dahulu semuanya dikurniakan kerajaan oleh tuhan supaya dpt memimpin manusia dan berhukum mengukit perintah tuhan. Nabi yg memebawa al quran hanyalah menyambung syariat agama nabi ibrahim dan bukan menambah selain dari itu. Ana Al Dina Anada Allaha, Asalama. (Sesungguhnya Agama Disisi Allaha, Asalama)
Laa Hawalaa Wa Laa Quwata Alaa Ba Allaha. Sabahana Allaha Wa Taalaya. Masanya kian hampir dan kiamat di dlm al quran bermaksud kebangkitan. Kebangkitan ini merujuk kpd kebangkitan agama tuhan dan hamba hanyalah utusan yg menerangkan. Anaya Rasula mana Allaha yatalua sohafaa matoharota. http://alya-diyanah.blogspot.com

Mahadaya,


apa lu cerita ni mahadaya

emmm cite ape lagi....
nak jadi rasul la..tu
kalu benar al-quran ade perubahan
lpas wafat ye rasullah..?
kenapa wali2 allah tetap dengan ajaran ye dan amalan ye?
pesoalan sekarang adakah wali2 allah slepas rasullah berdosa sepanjang hidup ye.....????

Agama seharusnya membawa byk kebaikan kpd manusia. Tuhan berfirman bhw terdpt perbezaan antara org beriman dgn org2 yg tidak beriman. Tuhan janjikan kesejahteraan di dunia dan akhirat kpd manusia yg beriman kpdnya.
Apakah anda melihat ada agama di dunia yg di lebihkan atau mengatasi mana2 agama? Malah org2 yg beragama kinilah yg lebih byk menimbul kerosakan dan bala bencana. Mereka pula berperang padahal menganut agama yg sama.
Hamba berhijrah kearah agama tuhan yg maha esa dan berusaha meninggikan semula agama tuhan.

Bolehkah tuan mahadaya bawakan bukti kitab al-Quran yang tanpa baris itu di'pronounce'kan seperti dakwaan tuan?

apa yang saya faham, ayat-ayat Al-Quran pada zaman Rasulullah, ditulis pada pelepah-pelepah kurma, batu, kulit binatang dan sebagainya. saya tak pasti samada ia bergaris atau tidak pada masa itu, tapi tak penting sebab bangsa Arab dengan senang boleh membacanya, bukan macam bangsa Melayu.

Bagaimana dengan ayat ini tuan?

"Sesungguhnya Kami yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah pemelihara-pemelihara-Nya" QS 15:9

Adakah tuan beranggapan Allah memungkiri janji-Nya dengan TIDAK memelihara al-Quran seperti yang kita baca kini?..

wallahua'lam

Begitulah orang islam; maju 1 langkah mundur 2 langkah; tak bolih berjaya punya. Dah ada al Quran yg sekarang, yg sudah pun DIBUKTI secara ilmiah yang ianya daripada Allah, nak juga yang asalnya. Pasti, kalau sudah dapat yang asal, dia hendak pula yang diberi kepada Jibril.

Macam sama aje dengan cerita umat Musa dengan perintah sembelih lembu betina tu.

Baca dan fikirkanlah:

http://www.universalunity.org/4.html

Makin bertambah pula orang-orang yang perasan dan syok sendiri@'ujub@rasa diri atau 'akal fikirannya sendiri bijak...he he he.....

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahima (1)

Qola Auza Ba Raba Al Naasa (1)
Katakan Kami Berlindung Kpd Tuhan Manusia

Malaka Al Naasa (2)
Raja Manusia

Alaha Al Naasa (3)
Tuhan Manusia

Mana Shara Al Wasawaasa Al Honaasa (4)
Dari kejahatan Bisikan Tersembunyi

Al 'azi Yawasawasa Fi Soduro Al Naasa (5)
Yg Membisikkan Ke Dada Manusia

Mana Al Janata Wa Al Naasa (5)
Dari Jin Dan Manusia

Semua kitab2 diturunkan dlm bahasa yg satu iaitu bahasa arabia. Org2 arab hanya meminjam bahasa arabia ini yg merupakan bahasa tertua di dunia dan bahasa syurga. Adam diajar tuhan nama2 benda menggunakan bahasa ini.

..pening2!!!!!! Berhati-hati dgn ulasan Maha daya.. takut nanti Tak Berdaya pulak...

Masa semakin di penghujungnya. Hamba hanya menyampaikan kebenaran dan pastinya ramai manusia mempunyai gambaran ttg kebenaran bagaimana yg mereka kehendaki.
Terpulanglah kerana setiap diri di pertanggungjwbkan dan neraka dan syurga itu buat selamanya.

Al-Quran itu tetap kekal sebagaimana asalnya sehingga kini dan sehingga ke hari kiamat, sebagaimana janji Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 9 itu.

Jadi 'versi quran'(kononnya) yang dijumpai mahadaya itu yang telah pupus, amat contradict dengan janji Allah itu.berhati-hatilah, jgn termakan racun yang disebarkan musuh-musuh Islam.

wallahua'lam

Ahlan Wa Sahlan

Saya sedang perhati dan ikuti komen kalian

Org Islam kata dia ikut al quran dan sunnah. Tetapi pernahkah anda sahkan apa yg anda ikuti dgn al quran? Hamba beri contoh. Org Islam mengatakan kiblat mereka ialah kaabah yg juga rumah tuhan mereka. Di dlm al quran, di surah al baqarah tuhan nyatakan bhw kiblat ialah maqam nabi ibrahim (Al Baqarah 125) dan kaabah itu ialah tempat menyembelih korban semasa haji. Hanya 2 ayat shj (Al Maeda 95 & 97)memperkatakan ttg kaabah dan ianya tidak menyatakan kaabah itu rumah tuhan.

Mahadaya mahadaya,

patut la org tua2 kata belajar agama ni kena berguru tak boleh baca buku

Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan,(1) Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.(2) Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,(3) Yang mengajar dengan perantaraan kalam. (4) Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.(5) Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,(6) karena dia melihat dirinya serba cukup.(7)Al Alaqa

Hamba belajar dgn al quran dan tuhan berjanji mengajarkan hamba apa yg tidak hamba ketahui. Apakah ada yg lebih dari ini?

lawak la mahadaya....lu nye blog gua baca tergelak2... best la lu bole msuk raja lawak kat astro la...

Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.(151) Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari-Ku.(152) Al Baqarah

Tak habis-habis perasan dan syok sendiri...rasa diri macam best je...rasa diri bijak sangat...terasa diri tu MULIA..Iblis terlaknat disebabkan rasa diri mulia la..mulia dari Adam, dari manusia yang Allah angkat menjadi khalifah, mata kasarnya, apa ada kat Adam? Dicipta dengan campuran tanah yang busuk secara zahir syariatnya, tetapi direnung dalam-dalam penuh keterasaan, nanti nyatalah akan hikmahnya Allah mengangkat Adam sebagai khalifahNya yang pertama! Apatah lagi jika dibukakan oleh Allah akan kehakikatan Adam dilantik menjadi khalifah!

Tuntutlah ilmu yang HAK..

Atas ketaatan dan amal ibadah Iblis yang hebat,jua penciptaannya dari api lalu diangkat Allah menjadi ketua para malaikat, Iblis merasa teramat bangga.. Namun teramat malang bagi Iblis, jiwanya tiada tawaduk, jiwanya tiada keinsafan, jiwanya tiada kerendahan budi. Sifat dan sikap api begitulah, nyalaannya menjulang-julang, amarahnya menggunung membaham apa saja. Jiwa Iblis penuh keegoan dan keakuan, dendam kesumat, degil, menyesatkan, dengki, khianat, sombong, 'ujub, berpemikiran merosakkan orang lain, akhirnya terlaknatlah sampai Hari Kiamat!!..Bagi sebahagian orang yang tak berilmu dan berkefahaman yang HAK, barangkali mudah terpengaruh dan terpesona dengan hujjah golongan perasan/syok sendiri ni..walhal cuba renung dalam-dalam..ilmu dan kefahaman apa yang golongan ni miliki? Cuba tanya para 'ariffin?

Muhammad saw ada pesan..Tholabul 'ilmi faridhotin 'ala kulli muslim!..Menuntut ilmu itu fardu atas tiap-tiap Muslim..Apa ertinya/maksudnya perkataan menuntut itu? Ilmu apa pula yang jadi fardu tu? Siapa pula muslim seperti yang dimaksudkan dalam hadis tu? Dengan siapa pula nak dituntut ilimu-ilmu tu?

Golongan yang perasan/syok sendiri ni eloklah tenang-tenangkan fikiran, fikir-fikirkan dan muzakarahlah dengan orang-orang yang 'arifin..mana siratul mustaqim yang dimaksudkan dalam Al Fatihah tu? Apa pula maksud Allah dengan firmanNya dalam surah Al 'Alaq ayat 1-5 seperti yang mula-mula diwahyukan kepada Baginda Rasul saw dalam Gua Hirak tu? Apa ertinya wahyu@Al Quran itu diturunkan melalui perantaraan Jibril? Banyaklah lagi boleh diketengahkan dan diusul sedalam-dalamnya.

Saya sekadar mengutarakan pendapat dan pandangan peribadi sahaja.

Tuan hamba Orkid,
Hamba nak tanya sikit, di ayat mana mengatakan tuhan melantik iblis sebagai ketua para malaikat?
Apakah bukti ayat al Alaq itu turun di gua Hira', cuba bagi dalil al quran?
Tahukah anda di dlm al quran menyatakan bhw tuhan adalah raja manusia dan tuhan mempunyai kerajaan langit dan bumi, serta tentera yg tiada sesiapa mengetahui jumlahnya. Tentera tuhan sudah tentu terdiri dari makhluk2 yg diciptakan dan melakukan apa saja yg diperintahkan kpd mereka. Hamba mengajak manusia supaya termasuk di dlm kerajaan tuhan kerana tentera kegunaannya ialah untuk peperangan. Singgahsananya di atas air dan di akhirat kelak 8 org malaikat akan mengangkat arsh(singgahsananya) dan hanya org2 beriman yg mengenalinya layak melihatnya.

Singgahsananya di atas air dan di akhirat kelak 8 org malaikat akan mengangkat arsh(singgahsananya) dan hanya org2 beriman yg mengenalinya layak melihatnya.-Boleh tuan bagi dalil untuk kenyataan ni?

Tuan hamba Mahadaya,

Hamba nak tanya sikit, di ayat mana pula mengatakan tuhan TIDAK melantik iblis sebagai ketua para malaikat?
Apakah pula bukti ayat al Alaq itu TIDAK turun di gua Hira', cuba bagi dalil al quran?

Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi dan Allaha Maha Menyaksikan segala sesuatu. (9) Al Burooj
Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, dan adalah ’Arsy-Nya di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan jika kamu berkata: "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", niscaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata". (7)
Dan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia. (31) Al Mudatthir
Jangan! Apabila bumi digoncangkan berturut-turut,(21) dan datanglah Tuhanmu; sedang malaikat berbaris-baris. (22) Al Fajar
Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat, (15) dan terbelahlah langit, karena pada hari itu langit menjadi lemah. (16) Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ’Arsy Tuhanmu di atas mereka. (17) Al Haaqa

Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab, kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga. (78) Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini dari Allaha", untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan.(79) Al Baqarah
Tuan hamba Orkid, apa yg tuan hamba dakwakan ttg iblis sebagai ketua malaikat itu tidak difirmankan tuhan di dlm al quran. Jadi, adakah tuan hamba mengetahui sesuatu yg ghaib?

Sejahtera semua...

Komentar2 yg menakutkan. Mana Pak kara Mu? Knp d biarkan tanpa sebarang penjelasan?

Tidakkah Pak Kara Mu berasa akn d pertanggungjawabkan atas sgl komentar d dlm blog tuan ini?

SENAPANG patah

Hya Engkau yg kami sembah & hya kod ENgkau kami mohon prtolongan.
Tunjuki kami jln yg lurus.
(iaitu) Jln org2 yg Engkau anugerahi nikmat kpd mrk...

Tuan Mahadaya yang sebenarnya Maha(pe)daya

Mengapa tuan delete blog tuan? Takut kerana salah? Tuan hendak mengelak kami menyerang tuan di rumah tuan sendiri?

1) Dalam blog tuan, tuan mendakwa sembahyang fardhu sehari semalam 17 rakaat itu salah. Tuan dakwa sebenarnya 19 rakaat kerana subuh itu 4 rakaat.

2) Juga tuan dakwa kiblat sembahyang bukan ka'abah. Kaabah hanya tapak sembelihan korban.

3) Tuan dakwa, "... Beberapa fakta yang menunjukkan bahwa Brahma yang terdapat di dalam Mitologi Jawa adalah Nabi Ibrahim ...." dalam posting tuan berjudul "Nabi Abarahima dalam Mitologi Jawa"

Nabi Ibrahin a.s. beragama Hindu? Begitu?? Dan tuan sudah membuat pengakuan tuan mengikut Abrahama=Brahma hindu itu ... dan sesudah itu tuan menggunakan ayat-ayat Qur'an sebagai hujjah-hujjah pemMahapeDayaan tuan?

4) Juga tuan dakwa, "....Nabi Muhammad yg diciptakan org arab mmg bertujuan menyesatkan manusia."
yang tuan tulis sebagai menjawab komen saya dalam posting "Pengabdian Diri"

Sila jawab semua ini tuan Mahadaya. Apa kebenarannya tentang keimanan tuan yang seperti di atas yang tuan cuba jaja kepada khalayak ramai?

Ini semua adalah sebahagian daripada dakwa-dakwa yang saya akan kemukakan terhadap tuan untuk mendedahkan sebenarnya tuan adalah musuh Islam yang menolak kebenaran karasulan Muhammad s.a.w.

Walaupun tuan delete blog tuan, sempat saya copy paste dari Google cache ... salinan-salinan posting-posting tuan tetap ada di sana.

Ayuh tuan Umarak Dagang dan sahabat sekelian, kita dedahkan siapa Mahadaya ini sebenarnya.

Tuan Mahadaya, kalau sebenarnya tuan tidak gentar seperti yang tuan dakwa dalam komen-komen tuan, jawab dahulu 4 perkara di atas. Tidak cukup tuan setakat hendak mengelabui mata kami dengan membabi buta menyuntingkan ayat-ayat qur'an yang tuan sendiri kelabu maksud, kehendak, takwil dan asbabun-nuzulnya.

Tuan Hamba Dal,
Terima kasih kerana memberitahu hamba ttg blog hamba yg telah di delete. Sebenarnya semlm terdpt internet security block yg menghalang hamba mengemaskini blog hamba dan menjwb persoalan. Jadi, apabila tuan hamba memberitahu blog hamba telah di delete maka tahulah hamba bhw terdpt musuh2 tuhan yg tidak mahu kebenaran di bongkar. Hamba tidak pernah gentar dgn manusia kerana hamba hanya menjlnkan tugas hamba menyampaikan kebenaran walau kebanyakan manusia benci.
Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. (196) Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.(197) Al Baqarah

Tuan takmahadaya ni pun memang bengap dan bangang, biol, otak senget...Macam posting yang lepas-lepas...orang guna 2 mata...dia satu mata! Ntah ape-ape kefahaman...perasan nama t-a-k-m-a-h-a-d-a-y-a...tup-tup blog pun dah lenyap, terima kasih Dal, saya pun tak tau blog dia dah tiada, ada sekali baca, ntah ape-ape isinya, perasan je banyak dalam blog tu...dah padam tu tandanya takut, kecut telor...eloklah dengan tuan sekali pun lenyap sama dari muka bumi ni...

Kepada yang tak kenal Pak Karamu, kalau soalan atau kemusykilan tak berjawab, eloklah pergi berdepan, soal jawab sampai puashati..dah puashati beramallah dengan ilmu dan kefahaman yang ada tu..tak puashati, pergi pulak tanya orang lain yang lebih 'alim..tak puashati lagi, doa munajat la kat Tuhan minta taufik dan hidayahNya...buat je la macam mana yang patut berdasarkan ilmu dan kefahaman yang dimiliki...bukannya perasan nak tunjuk terrer berhujjah, mempergunakan ayat-ayat quran ikut nafsu serakah je...amacam kawan-kawan?? Setuju?

Ada Quran dan Hadis-ditolaknya Hadis. Dah jadi umat Muhammad, nak jadi umat Ibrahim pula..

Entahlah..apa nak jadi umat Islam sekarang..

Perhatikanlah diri masing-masing.jgn memaki hamun dan mencerca, sebaliknya doakan sahabat kita semoga diberi taufik dan hidayat.

ada jalan yang telah dirintis oleh Nabi Muhammad S.A.W yg telah dijamin syurga oleh Allah Azza Wajalla..

Belajarlah dan beramallah. ada Iman-Islam-Ihsan.

ada Syariat-Tariqat-Hakikat-Makrifat..

wallahua'lam

Minta maaf la pak cik, saya ni kalau ada orang perleceh-lecehkan syariat atau sunnah Nabi Muhammad saw ni, bila 2 3 kali saya bagitau tak nak terima jugak! macam tu la.....sekali sekala nak melenting dibuatnya...macam dulu tu pernah tercetus seorang pemimpin besar negara mempersenda-sendakan janggut Nabi...ulama'-ulama' yang berpengaruh diam je...akhirnya tak de ape2 yang dibuatnya, ada yang bersuara dilucutnya jawatan, bila ulama ni meninggal, beritanya kecik je keluar kat akhbar...artis meninggal pula dapat berita prima...akhir zaman ulama' su' pun ramai...cerita artis ditonjol-tonjol...ulama' pun dah jadi selebriti! bersama-sama berjuang menegakkan kebatilan...

Pak cik pernah dengar tak cerita...Cerita ni saya dengar dari tuan-tuan guru la...nak sebut riwayatsaya tak dapat, sahih atau tidak silalah kawan-kawan semua mengkajinya....ceritanya lebih kurang begini...Zaman Rasulullah saw, bila ada seseorang bertanya perkara-perkara lebih kurang macam mempermain-mainkan agama Allah berkali-kali, lalu Nabi minta bertemu Saidina Umar atau 'Ali...Bila orang-orang macam ni berjumpa je, nescaya bercerailah kepala dengan jasadnya...dalam Al Quran pun ada...Tabbat yada abi lahabinwatab!...Celakalah kedua tangan Abu Lahab...Pandangan syariatnya begitulah...Namun jika ditelusuri alam tarikat, alam hakikat dan alam makrifatnya barangkali lain pula pandangan dan pengetahuannya...Zahirnya kita semua sekarang di alam syariat. Syariat Muhammad saw...Wallahuaklam

Betul Pak Cik, saya setuju, banyak berdo'a agar Allah berikan taufik dan hidayah. Itu je kuasa yang ada dan yang termampu...sekurang-kurangnya duduk dalam selemah-lemah iman...membenci kebatilan, mudah-mudahan nanti dapat halawatul iman, insya Allah akhirnya jadi Islam@mukmin sejati yang ada halawatul iman bermakamkan martabat ihsan...Ya ayyutahun nafsul mutmainnah, irji'i ila rabbikiradi yatam mardhiyah....

Yaa ayyatuhannafsul muthmainnah, irji'ii ila rabbiki raadhiyatammardhiyyah, fadkhuli fii 'ibadii, wad khuli jannatii...Al Fajr 27-30....

Salam

Hah ! saya dah lama meninjau komen dan hujah kalian, saya dapati mahadaya telah membudayakan al quran dengan harapann supaya al quran itu bersandar kepada budaya

Pandangan Mahadaya adalah mirip budha dan hindu dan di antara keduanya, jika Mahadaya teruskan fahaman ini maka kamu boleh sesat

Saya baru saja pulang dari Bali dan berbincang dengan orang Bali yang mana pandangan mereka tentang Tuhan ada persamaannya dengan ajaran AYAH PIN kat Trengganu

Mahadaya tidak perlu membuat tafsiran mirip maksud nahu arab kepada nahu ala hindu ataupun hindu
tulin, apa yang saya nampak ialah Mahadaya mahu kembalikan asal agama tauhid dari keturunan Nabi Nuh a.s

Al Quran yang ada ini sudah cukup bagi Mahadaya untuk menjadi selamat dan tak perlu lagi quran yang lain ataupun kitab yang lain dan yang paling baik ialah Mahadaya perlu incang semua perkara yang berkait dengan akidah dengan jamaah dalam blog ini

Salam PakKaramu dan sekelian ahli sidang;
Minta izin laluan; berhajat mendedahklan lagi kepalsuan Mahadaya ...

menghantar kepada saya, komen mistis dalam blog "Kebenaran Asalama" pada postingnya "Sejarah Hidup Mahadaya" pada Mon, Mar 22, 2010 at 2:29 AM berbunyi:-
mistis has left a new comment on the post "Sejarah Hidup Mahadaya":
"Tuan Mahadaya antihadis,mana dia tulisan cuneiform yg tuan cedok dari wikipedia.Saya rindukan tulisan itu.Bukankah ia bermaksud tiada agama selain asalama?Mengapa gantikan dengan tulisan orang Arab?kitakan orang Melayu.Malulah saya sebagai pengikut agama asalama antihadis bernabikan Nabi Melayu yg pakai bahasa Arab.Tak rock la tuan Mahadaya Nabi Melayu.Saya cadangkan tuan buat kitab alqurana bahasa Melayu pakai tulisan cuneiform,sebab tulisan itu asal dari Hittite,kerajaan Melayu Asalama dahulu,bernas tak cadangan saya?"

Pada 19 Mac 2010, Mahadaya, pengikut Brahma (yang Mahadaya dakwa adalah Nabi Ibrahim) membuat komen seperti berikut, (lihat komen Mahadaya ketika mengelak 4 soalan saya di atas) " Sebenarnya semlm terdpt internet security block yg menghalang hamba mengemaskini blog hamba dan menjwb persoalan."
Kalau ada internet security block pada atau sebelum 19Mac, bagaimana Mistis boleh masuk meninggalkan komen?

Sebenarnya Mahadaya sudah block IP saya dari terus menterorise segala dakwaan dan ajaran sesatnya ... bukankah begitu Maha(pe)Daya? Kamu sudah kecut telur tercungap-cungap lalu kamu gam saya dan lepaskan lain-lain komen. Bukankah tuan Mahadaya ini sudah ikrar tidak takut sesiapa?

Baru 4 soalan kamu sudah cabut lari. Mana "ikrar tidak takut sesiapa?" kamu.

Orang Melayu marah bila Lim Kit Siang cuba cemarkan kedaulatan Melayu. Tetapi ada Melayu amat marah bila ada pretenders to Islam cuba mencabuli kesucian Islam dari dalam.

Akan kami jejaki kamu Mahadaya kemana jua kamu pergi.

Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani - betul ke ni pak karamu?

Tuan hamba Dal,
Hamba akan menjwb soalan2 tuan hamba dgn al quran.
1. Di dlm al quran, manusia diperintahkan solat pagi (fajar) iaitu dari terbit fajar hingga masuk waktu seterusnya. Subuh itu adalah sebahagian dari mlm, maka mustahil tuhan perintah 2 solat dlm waktu yg sama.
2. Ttg Kaabah pula hanya terdpt 2 ayat al quran saja memperkatakan ttg Kaabah. 5:95,97 48:25 Tuhan tidak nyatakan ianya rumah tuhan tetapi apabila berkorban, bawa bintang korban ke Kaabah untuk dikorbankan.
3. Suhuf2 nabi ibrahim, taurat musa, zabur daud dan injil isa semuanya di dlm bahasa arabia. Kitab2 ini di terjemahkan ke bahasa sanskrit dan dianuti oleh pengikut agama nabi ibrahim dgn syariat yg sama. Semua kitab2 menceritakan ttg agama nabi ibrahim termasuklah al quran. Manusia kemudiannya di sesatkan dan memecah2kan agama menjadi hindu dan buddha. Pergi tanya org hindu berapa tuhan yg dia percaya? Mesti dia ckp satu sebab semua agama asalnya mempercayai keEsaan tuhan.
4. Mim Ha Mim Dal tanpa baris dan tanda tidak mungkin menemukan Muhammad. Jadi, nabi yg membawa al quran tidak mengenalpun siapa itu muhammad ini kerana nabi nabi yg membawa al quran ialah Ahamad di sebut di dlm surat Al Saaf dan gelaran yg diberikan tuhan kpd nabi ialah Mahamada (Yg Terpuji). Alif Sin Lam Mim di baca dgn cara apa sekalipun tuan hamba tidak akan menemukan Islam. Agama nabi Ibrahim seperti di firmankan di dlm al quran ialah Asalama (Kami Sejahtera).
Nama Mahamada hanya di sebut 4 kali di dlm al quran.3:144 33:40 47:2 48:29 61:6
Ianya menyatakan bhw nabi ialah penutup nabi2 dan salah seorg dari rasul2, nabi tiada keturunan dan diayat2 itu tidak menyatakan nabi buta huruf. Ini hanya fitnah musuh2tuhan untuk merosakkan agama nabi Ibrahim yg diikuti oleh semua nabi2dan para rasul. Nabi Isa juga sudah semestinya mengikuti agama nabi ibrahim yg lurus dan apakah anda yakin dgn agama yg anda ikuti yg disaat ini sedang menghancurkan sesama sendiri serta melakukan banyak kerosakan tanpa ada rasa takut kpd tuhan yg Esa?

Tuan hamba Dal,
Majlis agama ada menelifon isteri hamba bertanyakan ttg hamba dan isteri hamba telah memberikan no tel. hamba kpd mereka. Mereka2 itu ialah JAWI dan JAIM. Mereka tidak pernah menghubungi hamba untuk penjelasan malah kini laman blog hamba di hapuskan. Ianya seolah2 perbuatan pengecut yg baling batu sembunyi tangan. Mereka menggunakan taktik menakut2kan isteri hamba. Jika berani kenapa tidak bersemuka? Hamba akan bangunkan kembali laman blog yg baru dan hamba tidak akan tunduk kpd manusia yg mengkhianati tuhan dan nabi yg membawa al quran. Hamba akan membela nabi hamba yg telah di fitnah oleh musuh2 tuhan.

Salam PakKaramu dan sekelian ahli sidang;
Minta izin laluan lagi sekali ...

Tuan Mahadaya ...

Ahhaah! Terbongkar sudah rahsia ijtihad tuan.

Dengan berkiblatkan kitab hindu Brahma dan merujuk kepada bahan Wikepedia yang boleh diedit mengikut selera sesiapa pun itu, tuan telah berijtihad mengeluarkan fatwa songsang.

Tuan telah menolak segala pedoman Hadith da Sunnah Muhammad Rasullah s.a.w.; telah membelakangkan Ijmak Ulamak dan Kias Ahlus-Sunnah-Wal-jamaah.

Buat sekarang ... Mafhum hadith riwayat Dailami dari Ibn Abbas:
Bencana agama ada tiga: Faqih yang curang, Imam yang menyimpang, Mujtahid yang bodoh.

Tuan Mahadaya berjaya memenuhi ketiga-tiga affat atau bencana-bencana tersebut.

Untuk mahadaya yang tak berdaya:

Ayat quran pun dah jelas.....maksud lebih kurang....tanyalah kepada orang-orang kafir atau yahudi atau nasrani....siapa Tuhan mereka...nescaya mereka menjawab Allah?.......

Sebab tu kena menuntut ilmu...tentang Allah dari orang yang 'arifbillah....Inilah juga tugas para Rasul...tersesat dan tersasarnya manusia apabila semakin jauh dengan zaman kerasulan sampailah Rasul penutup Muhammad saw...Tugasnya disambung para ulama...al ulama'u warasatul anbiya'...

Saya pun pernah tanya orang hindu, patung-patung yang ada belalai dan banyak tangan tu sape? Diaorang jawab dewa-dewa bukan tuhan, Tuhan tu Tuhan Allah la.....Dari sudut rububiyyahnya lebih kurang macam tu la....yang mereka ni syirik dari segi ilahiyah! Cara hidup berbeza. Cara beramal berbeza. Cara berfikir pun berbeza. Cara mereka kenal dan sembah Tuhan Allah tak sama. Kitab rujukan pun berbeza. Cara mereka kenal dan ikut jalan-jalan para nabi pun berbeza. Yahudi dan Nasrani yang disebut dalam quran tu bukannya penganut agama seperti agama dan kepercayaan yang dibawa Nabi Allah Isa dan Musa! Jalan Nabi Allah Ibrahim, lagilah jauh berbeza! Bahkan mereka sampai mengatakan Isa tu anak Allah! 'Uzair tu anak Allah! Sesat tu! Hindu dan Buddha, lagi la sesat. Mereka semua bersekutu dengan makhluk dalam penyembahan, akidah, perbuatan dan semua cara hidup mereka...Bahkan bersekutu dengan diri mereka yang diistilahkan dengan keegoan dan keakuan diri!

Untuk Tanpa Nama dan juga Mahadaya yang tak berdaya!

Jangan ambil ilmu ceduk-ceduk@ilmu serkup ni macam orang guna serkup pergi tangkap ikan, silap-silap serkup dapat ular! Sebaiknya, seelok-eloknya dan sewajarnya, cari guru yang 'alim rabbani, menuntut ilmu secara berhadap-hadapan. Bukannya cedok kat Internet atau kat blog je atau baca kitab macam tu je, dibimbangi tersalah memahami yang membawa kesesatan..atau cedok dari kata-kata seseorang yang keluar kat akhbar atau tv yang ramai tahu dikawal oleh orang-orang yang berkepentingan. Usaha dan carilah ilmu yang lahir dari ketulusan hati dan amalan yang hak, yang mengikut Al Quran dan Sunnah Nabi saw...yang tiada berkepentingan diri atau kepentingan sesuatu semata-mata...umpama ada ayat dari quran@kata-kata para Rasul yang maksudnya lebih kurang...aku tidak meminta upah atas nasihat atau atas apa yang aku sampaikan. Aku hanya menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Tuhanku...atau sabda Nabi saw....lebih kurang la...tangan kiri pun tak tahu tangan kanan yang bersedekah...

Salah jawapan Ilmu Sifat 20 dari Greek dan Yahudi!! Ilmu ni asalnya dari Rasulullah saw. Terhasil dari kefahaman yang dalam, terbit dari mutiara dan permata kalam-kalam suci dari Al Quran dan sabda-sabda Muhammad saw serta amalan hak yang ikhlas yang mengikut tuntunan Nabi Muhammad saw. Ilmu yang dapat mencanaikan pengamalnya yang memahaminya penuh dalam dari dosa syirik. Syirik yang Allah takkan ampun dosa siapa saja yang memilikinya.

Tahukah anda bahawa Internet yang kita guna sekarang asal-usulnya dari musuh Islam iaitu tentera Amerika!@Yahudi Nasrani la!!. Apasal boleh dikatakan hampir semua orang guna medium Internet ni? Sebab ada jua kebaikannya. Keburukannya memang banyak! Tak perlu saya senaraikan. Anda pun tahu, faham serta amat memakluminya. Facebook yang sampai ketua negara pun suka tu, Yahudi asal-usul penciptanya! Tapi ada jua kebaikan bagi yang pandai menggunakannya ke arah kebaikan dan kepentingan tertentu, maka orang gunalah! Kalau nak tahu cari sendiri la bukti dan dalilnya! Anda kan bijak mencari dan mengkaji?

Ilmu sifat 20 tu, bagi yang teramat memahaminya, nescaya teramat banyak kebaikan dan kegunaannya......

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

salam ustaz,jua buat ustaz orkid,pakcik dan kepada semua. Salam tanpa nama...I rindu kat u la, tapi I follow you selalu.....


mohon diperbetulkan kalau saya silap....

drp pembacaan saya dan kuliah ustaz hadi awang, pelopornya Imam Abu Hassan Asyaari semasa peristiwa mimpi bertemu dgn Rasulullah (yang semasa itu beliau berfaham muktazillah(logik akal daripada Al-Quran dan Hadith))...dalam mimpi Rasulullah saw berkata:
“Engkau buangkanlah segala ilmu dan amalan yang engkau amalkan itu kerana ilmu dan amalan engkau itu adalah sesat”.
Imam Abu Hasan Asyaari:
“Bagaimana hamba hendak membuangkan ilmu dan amalan ini kerana telah tiga puluh tahun lamanya telah menjadi ibadat kepada hamba”.
Kata Rasulullah lagi:
“Allah berkuasa pada segala-galanya”.
Daripada peristiwa ni dia bertukar daripada mazhab muktazillah. muridnya Imam Abu Mansor Al-Matarudi memperkenalkan istilah pengajian yang mudah difahami sebelum mempelajari ilmu Tasawwuf yang dinamakan ilmu Aka’idul Iman iaitu Sifat Dua Puluh.

Al Israa
Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.

Katakanlah: Barangsiapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya ke dalam hatimu dengan seizin Allaha; membenarkan apa yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman.(97) Barangsiapa yang menjadi musuh Allaha, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allaha adalah musuh orang-orang kafir.(98) Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tak ada yang ingkar kepadanya, melainkan orang-orang yang fasik.(99) Al Baqarah
Semua kitab2 terdahulu di turunkan kpd nabi2, jadi jika hamba tak percaya kitab2 itu bermakna hamba tidak beriman dgn nabi2.

Blog hamba gagal diakses jadi hamba telah gunakan blog address yg baru iaitu http://1asalama.blogspot.com bg sesiapa yg mahu berlapang dada dan melihat kebenaran al quran.

Moho-Doyo
kebenaran Quran tu memang tiada yang perlu dipertikaiakannya,

Yang jadi masalahnya ada cara anda menafsirkan cara ikut AKAL anda contohnya sembahyang pun dah jadi 19 raka'at. Bacaan pun dah kena tambah "a" pulak.

Al-Quran itu diturunkan ke dalam HATI, jadi nak memahaminya pun dgn HATI, bukan dengan akal.

Ibarat matahari yang memancarkan sinarnya (nur). Tiada yang mampu sampai mahupun mendekati matahari, nescaya hancur binasa. Hanya yang mampu sampai adalah melalui nur matahari itu sendiri..

Itulah cahaya atas cahaya...

Salam hormat.kepada al fadhil ustaz dal insya Allah saya cuba nyatakan,jelaskan dan terangkan.sebagai permulaan untuk faham cuba hayati artikel-artikel pak karamu tentang mengenal diri 1 hingga sekarang.cuba dal fahami dalil-dalil dan hujjah-hujjah serta nas-nas yang disebut pak karamu.tidakkah asalnya dari kalamullah dan rasulullah saw.Atau dal boleh hayati kitab-kitab lain berkenaan ilmu sifat 20.Perhatikan dalil,hujjah dan nas-nasnya,yang nyata ianya dari rasulullah saw.jika mimpi imam pun dari rasulullah juga.ya saya akui imam abul hassan dan muridnya pelopor yang menyusunnya secara sistematik,tapi hakikatnya dari nabi juga.setuju tak akhi dal?bagaimana dengan yang lain-lain.begitu juga ilmu dan amalan tarikat sufiah yg lahir dan wujud pada hari ini dengan 1001 nama dan kefahaman.cuba renung-renungkan..

Salama,
Penemuan terbaru menunjukkan bulan kini mengandungi kandungan air di dlmnya. Mengikut pemerhatian bulan mempunyai rekahan2 dan air mempunyai sifat menghakis. Hamba ingin mengingatkan tuan hamba ttg firman tuhan di dlm al quran berkenaan kiamat.
Telah dekat saat itu dan telah terbelah bulan.(1) Dan jika mereka melihat sesuatu tanda, mereka berpaling dan berkata: "sihir yang terus menerus".(2) Dan mereka mendustakan dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya.(3)Al Qamara

Salama,
Hamba ingin berkongsi sedikit ilmu ttg Eye of Ra. Jwpnya terdpt di dlm al quran. http://1asalama.blogspot.com

Salam
Maaf Pak Karamu kerana mengganggu.
Sahabat ku Dal, Orkid, Pakcik dll. Sebenarnya anda dengan Mahadaya sebenar ikut jalan lain2, sampai bila2pun anda berbahas takkan jumpa titik temu.

Mahadaya said...
Tuan Hamba Rosli,

Hamba tidak mengikuti agama Islam, hamba mengikuti agama nenek moyang hamba nabi2 dan rasul2 iaitu Asalama dan kami tidak menyengutukan Allaha dgn sesuatu apa pun
Rahsia Surat Al Kahafa (Gua) ( dalam http://1asalama.blogspot.com

Justeru itu:
i. anda semua kena guna hujah/ilmu mahadaya untuk jadikannya Islam
11. mahadaya pula kena guna hujah/ilmu Islam untuk jadikan anda mengikut agama nenek moyang (Asalama)

Anda semua pakat bahaslah, syok gok tengok,jadi sama2 ngok, tapi jangan bertengkar n bertumbuk, tak macholah geng.