Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Mengenal Diri Yang Ke 77

Salam

Adam dan Siti Hawa setelah melakukan kesalahan maka Allah perintahkan mereka keluar dari syurga khuldi, mereka berdua dan Iblis juga di arahkan turun kebumi dan menjadi musuh di antara mereka, sebelum Adam turun ke bumi mereka sempat memohon ampun kepada Allah, ketika Adam hendak memohon ampun kepada Allah ketika mana dia hendak mengangkat kepalanya maka ketika itulah dia nampak di tiang aras kalimah shahadah

Hadis yang di riwayatkan oleh Al-Baihaqi (seorang Imam hadis bermazhab syafi'e 384 H- 458 H)

يا ادم كيف عرفت محمدا ولم اخلقه قال يا ربى انك لما خلقتنى وفعت راءسى فارانت على قوائم العرش مكتوبا فيه لا اله ا لا الله محمد
رسول الله
Maksudnya:

Wahai Adam, Bagaimana kamu tentang Muhammad pada hal Aku belum lagi menjadikannya ? Adam menjawab: Wahai Tuhanku, ketika Engkau ciptakan aku (ketika memohon ampun) aku mengangkat kepala kemudian terlihat olehku tulisan di tiang 'Arsy berbunyi La Illaha Ill Allah Muhammaddarrasullullah

Kalimah tersebut memberi kefahaman kepada Adam selepas Tuhan ampunkan dosanya dan di anggap kalimah tersebut sebagai kalimah karamah yang awal di berikan Allah kepada manusia pertama itu, dengan kalimah itu fahamlah Adam bahawa Muhammad (manusia) adalah pesuruh Allah

Dalam hadis qudsi yang lain yang di riwayatkan oleh Abu Na'iem (Ahmad b Abdullah b Ahmad Al Asbahani seorang hafiz quran di lahirkan di Asbahan 336 H- 430 H) meriwayatkan

ما خلقت خلقا اكرم على منه كتبت اسمه مع اسمى فى العرش قبل ان اخلق السموات وا لأرض

Maksudnya:

Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih mulia menurut pandanganKu, telah Aku tuliskan namanya (Muhammad) bersama namaKu di 'Arsy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi

Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa ujud nama Tuhan dan Manusia (Muhammad) di 'Arsy sebagai pengetahuan kepada manusia dan ujud juga tujuan manusia (Muhammad) untuk mereka bersyahadah kepada Tuhan dan bersyahadah pengakuan diri mereka kepada Allah dan inilah suatu riyaliti yang terdapat sehingga ke hari ini dan demikianlah juga dengan kembaran ALLAH dan MUHAMMAD yang menjadi hiasan dinding

Nabi Adam dan Siti Hawa semasa turun kebumi maka berlakulah suasan gawat dengan ribut petir sambung menyambung yang menghasilkan kemudiannya menjatuhkan sejenis batu hitam (Hajratul Aswad) sesampainya di bumi mereka berpisah di antara satu dengan yang lain demikian juga Iblis yang di rejam kemudiannya di kenali sebagai syaitan, ertinya di atas dia terkenal dengan nama Iblis dan di bumi dia bernama syaitan (Jauh dari rahmat Allah)

Nabi Adam di turunkan di sarindit Pulau ceylon dan Hawa di Padang 'arafah demikian fakta sejarah yang tidak di catat di dalam Al Quran, walau apapun yang pentingnya mereka bertiga iaitu Adam dan Hawa serta syaitan kekal di planet bumi sehinggalah ke hari ini, di antara mereka berdua telah menjadi musuh dan keturunan Adampun bermusuhan sesama di antara mereka

Adam dan Hawa sesampai di planet bumi mereka memohon ampun sekali lagi kepada Tuhan Robbana zolamna anfusana .......... namun syaitan tidak pernah menyesal akan kesalahannya kepada Tuhan malah menuduh Tuhanlah yang menyesatkannya. Nabi Adam dan anak cucu Adam dan Hawa di peringatkan oleh Tuhan : Dibumi kamu hidup dan mati dan mereka akan di turunkan dengan petunjuk dari Allah dan RasulNya, sesiapa yang mengikutinya tidak ada siapa yang dapat menyesatkan mereka, dan sesiapa yang berpaling daripadanya akan di kumpulkan di dalam neraka

sambung ...





Comments (23)

Salam Pak,

Mohon kepastian, kalimah 'Muhammad' yg tercatat pada tiang arasy itu adakah maksudnya Nur Muhammad atau Nabi Muhammad S.A.W?

Ramai yg memahaminya sebagai Nabi Muhammad S.A.W

Salam

Jika kita sebut Nur Muhammad maka ia adalah juga betul jika kita ambil kira soal kebatinan Muhammad saw dan manusia yang lainnya,iaitu Insan atau diri sebenar diri manusia, jika kita ambil kira secara yang tersurat ia bermaksud manusia, jadi Allah dan Muhammad itu melambangkan ADAM atau ma'iyah iaitu Allah dan Muhammad (manusia)tidak bercerai

Di tiang 'Arsy itu Allah cuma nak bagi pengetahuan kepada Adam tentang kedudukan manusia(Muhammad) tidak bercerai dengan Tuhannya dengan inilah Adam mendapat kefahaman saufiyullah kerana mengkaji dan memahamkan bahawa manusia dan Allah tidak bercerai, ertinya Muhammad di sini ialah manusia

Sementara kalimah yang di lihat oleh Adam semasa mendongak sebelum turun adalah way of life kepada mereka dan manusia lainnya, inilah yang wajib di sampaikan oleh Adam dan nabi dan rasul lainnya

SALAM PAK

mintak maaf klu saya terlepas pandang...

nak tanya , apa kaitan ular dan iblis bole citer tak sejarahnya...
(hehehe..sebab ada kata iblis nyorok d siong ular masa goda adam & hawa)

zul

Pandangan dan pendapat saya semata-mata,

Ular secara fitrahnya menangkap mangsa dengan membelit, mematuk bahkan menelan terus mangsanya. Sifat ular tu macam tu la. Berjalan menjalar jer..Dah kenyang macam perangai ular sawa tu..faham-faham la kan? Ular kebanyakannya berbisa. Haram dimakan kecuali darurat. Sunat dibunuh (antara sebabnya kisah tu la@Iblis masuk ke syurga melalui ular), betul tak? Dalam hadis-hadis, ada disebut ada jin jenis ular!

Licik ular ni. Badannya licin semacam je......

Salam

Ada riwayat sebut, apabila Iblis telah di singkirkan dari syurga setelah tidak mahu sujud pada Adam maka Iblis mencari helah nak masuk juga ke dalam syurga, lalu dia masukkan dirinya dalam badan ular, kemudian apabila ular dapat masuk syurga maka Iblispun dapat juga masuk dan terus membisikkan kepada Adam untuk makan buah khuldi

Saya nampak riwayat ini adalah suatu yang lojik TAPI mentafsirkan peristiwa ini sebagai fitrah muslihat yang terdapat pada masa kebelakangan ini

Salam semua,

Jangan marah ini pendapat aje.

"Ular" itu ada pada lelaki lalu masuk ke syurga nisa', berseronok-seronok sebentar, hasilnya keluarlah adam ataupun hawa dari "syurga". Begitulah "kalam" Allah itu berfungsi.

Pendapat aje!!! Maaf mungkin salah kut.

Wallahu'alam.

Salam semua,

Kenapa agaknya Allah berfirman seperti di bawah?

[7:35] Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu RASUL-RASUL DARI KALANGAN KAMU YANG MENCERITAKAN KEPADA KAMU AYAT-AYAT KU, maka sesiapa yang bertakwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[7:36] Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

Alhamdulillah.

Betullah Tanpa Nama,

Saya mohon Tanpa Nama huraikan maksud berikut :-

1. [7:35] Wahai anak-anak Adam!-Siapa anak-anak Adam ni?

2. Jika datang kepada kamu RASUL-RASUL DARI KALANGAN KAMU YANG MENCERITAKAN KEPADA KAMU AYAT-AYAT KU, maka sesiapa yang bertakwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

- Siapa maksud kamu dalam ayat ni?
- Siapa pula Rasul-rasul dari kalangan kamu tu?
-apa pula maksud Rasul-rasul yang menceritakan kepada kamu ayat-ayatKu dan bilamasa agaknya Rasul-rasul ni nak datang cerita kat kita dan orang-orang yang hidup sekarang ni?
- Apa pula maksud ayat-ayatKu dalam firman Allah ni?
- Macamana maksud takwa dalam ayat ni?
- Macamana pula nak memperbaiki amal tu?

[7:37] Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya? Mereka itu akan memperoleh bahagian yang telah ditentukan dalam kitab sampai datang para utusan(malaikat) Kami kepada mereka untuk mencabut nyawanya. Mereka (para malaikat) berkata "Manakah sembahan yang biasa kamu sembah selain Allah?" Mereka (orang musyrik) menjawab, "Semuanya telah lenyap dari kami." dan mereka memberikan kesaksian diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang kafir.

Saya mohon Tanpa Nama terangkan dengan jelas, boleh? Saya nak menuntut ilmu la dengan Tanpa Nama...

Orkid,

Aku paparkan ayat-ayat itu supaya orang yang membacanya akan berfikir tentangnya. Kalau difikirkan sendiri maka jawapannya akan lebih berkesan dan bolih dipertahankan sendiri.

Tanyalah pada guru murshit kamu itu. Aku bukannya guru engkau. Kalau aku beri tahu pun engkau tak akan terimanya kerana "cawan" engkau sudah penuh.

Sebenarnya pada orang yg benar-benar "mukhlis", seperti kata Pakcik tu, senang aje mereka akan faham. "Anak" anda sudah teramat menguasai anda, maka anda tidak akan sanggup menyembelihnya.

Wallahu'alam.

salam

to orkid

begitu la (Tanpa nama 2010 Februari 17 09:24)& anti hadis bergerak dlm alam maya sejak internet bertapak d m'sia..
mereka tanya dan paksa org jawab soklan mereka tp bila kena tanya tukar tajuk& pusing2 kedian hilang pastu muncul semula... pastu sindir perlekehkn org... sy dah ikut cara puak2 ni sjk 90an dlm egroup & forum agama d alam maya, x ubah2 lagi... puak2 saja mengacau oh ya! dulu ada 1 ust ajak puak2 berdebat hanya guna ayat quran je tanpa guna hadis dlm 1 egroup akhirnya puak blah camtu jer... dgn tinggalkn jwban yg x de jawapan & berpusing2 & perlekehkn org... bila ust tu ajak face2 face byk alasan sbb takut... tp kata quran itu hak , klu dah hak apa takut..btol tak? hehehe...

moral of story x yah layan apa saja yg d tanya...

gua pon pengacau jugak....

Ye betul macam shit! Busukkk...lagi membusukkan. Degil dan menyesatkan macam evil!!!Bila la agaknya nak sedar dan insaf puak-puak ni.....

Salam,

Ayat-ayat itu memberi maksud bahawa selepas zaman nabi Muhammad kelak akan ada rasul-rasul dari kalangan bangsa-bangsa di dunia ini yg akan membawa bukti-bukti yg nyata akan kerasulan mereka dan akan menerangkan semula tentang kebenaran ISI DAN KANDUNGAN AL QURAN sesuai dengan kemajuan ilmu pada zaman masing-masing. Sebab itulah al Quran itu bolih digunapakai sampai ke akhir zaman.

Mereka itulah yg bertaraf "Yg Terpuji Rasul Allah".

Nabi Muhammad adalah nabi terakhir yg diturunkan ke dunia ini dan al Quran adalah Kitab yg terakhir untuk manusia sejagat.

Jangan marah-marah. Ini pendapat aje berdasarkan firman-firman Allah.

Wallahu'alam.

pada pandangan saya,ianya pendapat Tanpa Nama yang lahir dari kefahaman yang menyesatkan.full stop.noktah.

pada pandangan saya,ianya pendapat Tanpa Nama yang lahir dari kefahaman yang menyesatkan.full stop.noktah.

Orkid,

Tak apalah nak buat macam mana. Cuba fikirkan ayat ini:

[7:52]Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah KITAB (AL-QURAN) yang KAMI TELAH JELASKAN SATU PERSATU BERDASARKAN PENGETAHUAN KAMI, UNTUK MENJADI PETUNJUK DAN RAHMAT, BAGI ORANGORANG YG (mahu) BERIMAN.
[7:53]TIDAKLAH YANG MEREKA TUNGGU-TUNGGUKAN MELAINKAN KEBENARAN (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu, berkatalah orang-orang yang telah melupakannya, "SESUNGGUHNYA telah datang RASUL-RASUL Tuhan kami dengan membawa kebenaran (AL QURAN), maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?" Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.

Ayat-ayat di atas pun menceritakan kesah rasul-rasul selepas nabi Muhammad, kalau tidak bagaimana mereka nak membawa al Quran ia itu kebenaran atau yg haq. Ayat pertama berhubung rapat dengan ayat kedua.

Engkau renungkanlah sendiri Orkid.

Apabila datang yg haq maka binasalah yg batil. Sewaktu turunnya perintah merubah arah kiblat dari Jerusulem ke Masjidil Haram ada juga orang islam yg tak mahu ikut. Mereka tak sanggup sembelih "anak" yg biasa mereka kendung.

Wallahu'alam.

Rasul lain? ada.. Rasul Dahri dari Singapore...takpun Rasul Melayu kat selangor tu..

ada lagi..'rasul' sesat mcm rasheed khalifa, kassim ahmad, etc

oopps..tertinggal amina wadud..mungkin tanpa nama nak ikut dia ni..

ada lagi...kassim selamat cucuk mata (sebab depa byk tengok citer p ramli)

oppp ada ada....ada lagi...kassim fatholan....pasai byk buat undeng undeng sendiri....last2 sendiri kena jerat

Itulah hasilnya kerana beriman secara ikut-ikutan. Ayat-ayat Allah yg jelas maksudnya pun tak mampu difahami juga. Lepas itu bagi contoh-contoh yg tak senonoh tanpa ilmu.

Yang lagi peliknya, yg tak ada ayat-ayat pendukung pun, dipercayai pula. Sebab itu Allah menyindir "manusia pembangkang yg paling kuat".

[39:29] Allah memberikan satu perupamaan: Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berserikat yang dalam perselisihan, dan seorang hamba lelaki yang lain yang hanya dimilik oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.

***** Hamba yg pertama percaya kepada Quran dan hadis-hadis (yg banyak kekeliruan di dalam kandungannya).

***** Hamba yang kedua hanya percaya kepada Quran saja.

***** Buatlah pilihan.

Wallahu'alam.

Salam,

sedikit ulasan dan pembetulan ttg tafsir Surah Al-A'raf 7:52-53 yang telah dipetik dgn cara yang keliru dan mengelirukan oleh si tanpa nama.

Ayat di atas jelas ditujukan kepada orang-orang KAFIR. Kisahnya ialah mengenai dialog di antara penghuni syurga dan neraka.

Lihat ayat sebelumnya, 7:50-

"Para penghuni neraka menyeru kepada penghuni syurga, 'tuangkanlah (sedikit) air kepada kami atau rezeki apa saja yang telah dikurniakan Allah kepadamu'.'mereka menjawab, 'sungguh, Allah telah mengharamkan keduanya bagi ORANG-ORANG KAFIR'

7:51-

(Iaitu) orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai PERMAINAN dan senda gurau dan mereka tertipu oleh kehidupan dunia. Maka pada hari ini (kiamat), kami melupakan mereka sebagaimana mereka dahulu melupakan pertemuan hari ini, dan kerana mereka mengingkari ayat-ayat kami.

tanpa nama-sila take note perkataan PERMAINAN dalam ayat di atas. jangan suka mempermainkan ayat-ayat Allah, tanpa nama.

kemudian lihatlah pula dalam ayat 7:52 dan 7:53 sebagai kesinambungan dari ayat 7:50 dan 7:51, iaitu ORANG-ORANG KAFIR yang menyesal tidak mengikut Al-Quran seperti yang telah diturunkan, juga TIDAK MAHU MENGIKUT RASUL-RASUL (yang menerangkan kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran)

Adalah jelas membohongi ayat-ayat Allah apabila mentafsirkan ayat-ayat itu sebagai bukti untuk mempercayai Rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W.

terima kasih dan wassalam

Salam Pakcik,

Al Quran itu Pakcik diwahyukan kepada nabi kita untuk dia, orang-orang yg sezaman dengan dia dan juga untuk orang-orang yg sesudah dia; BUKANNYA untuk orang-orang yg SEBELUM dia. Orang-orang yg sebelum zaman nabi kita, peringatan al Quran sudah tidak memberi apa-apa makna lagi Pakcik; mereka diberi Allah Kitab-kitab yg lain.

"7:52,53" Pakcik berbicara khusus tentang al Quran, Pakcik. Cuba Pakcik fahami semula ayat tersebut. Untuk memudahkan, saya paparkan kembali ayat-ayatnya di bawah ini:

[7:52]Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, SEBUAH KITAB (Al-Quran) yang KAMI TELAH JELASKAN SATU PERSATU BERDASARKAN PENGETAHUAN KAMI, UNTUK MENJADI PETUNJUK DAN RAHMAT, BAGI ORANG-ORANG YG (mahu) BERIMAN/PERCAYA.[7:53]TIDAKLAH YANG MEREKA (mereka yg tak mahu percaya)TUNGGU-TUNGGUKAN MELAINKAN KEBENARAN, pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (KEBENARAN ITU), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya, "SESUNGGUHNYA telah datang RASUL-RASUL TUHAN KAMI dengan membawa kebenaran (AL QURAN), maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?" Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.

Saya tak berani nak mempermain-mainkan firman-firman Allah Pakcik. Apatah lagi bila Allah dah berfirman yg Dia sudah memperjelaskannya satu persatu di atas IlmuNya. Tapi, masih ada orang percaya bahawa penjelasan Allah itu tidak cukup.

Alhamdulillah.

Arash dari bahasa arabia ialah arasha yg bermaksud singgahsana. Tuhan menyatakan bhw tuhanlah penguasa kerajaan langit dan bumi. Tuhan jugalah yg mengurniakan kerajaan kpd hamba2nya supaya mereka berkuasa di muka bumi serta menjalankan hukum2 tuhan. Sebagai syarat penting menjadi raja di zaman dahulu ialah memahami perintah2 tuhan di dlm kitab. Jadi agama tuhan ini menceritakan ttg kerajaan tuhan dan di dlm surah2 di dlm al quran juga menceritakan ttg tentera2 tuhan. Tentera2 tuhan inilah yg akan di hantar memerangi manusia yg menentang agama tuhan di sedikit masa lagi. Pengikut agama tuhan kecil jumlahnya tetapi tentera2 tuhan yg tidak kelihatanlah yg akan membantu. Kerajaan tuhan yg baru akan dibangkitkan bersama hukum2nya dan peperangan telah diceritakan di dlm al quran. Sabahana Allaha! Laa Alaha Alaa Allaha! Allaha Wa Ahada Laa Sharika Laha, Mahamada Rasula Allaha! http://alya-diyanah.blogspot.com