Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Mengenal Diri Yang Ke 76

Salam

Selepas Adam berdiri tegak dan Allah memerintahkan kepada malaikat sujud kepadanya (malaikat semuanya sujud kecuali Iblis) maka Adam di berikan kebebasan menjelajah di dalam syurga dan makanlah buah-buahan yang di sukainya yang terdapat di syurga itu

Sesudah sekian lama berjalan dan meninjau keadaan syurga maka Adam mersa LETIH dan mengantuk lalu TERTIDUR, Apabila Adam terbangun daripada tidur di dapatinya seorang wanita sedang duduk di sebelah kepalanya lalu Adam menegur perempuan tersebut "Siapakah kamu ? Jawab wanita itu "Saya adalah seorang wanita" Adam bertanya lagi "Untuk apa kamu di jadikan ? Jawab wanita itu " Aku di jadikan supaya kamu jinak kepadaku " nampaknya wanita itu cukup faham yang dia adalah menjadi kecenderungan untuk Adam, ertinya dia faham bahawa dia adalah makhluk penggoda seorang lelaki

Sebaik saja wanita itu menyatakan bahawa dia adalah penjinak untuk lelaki maka Adampun memerintahkan wanita itu datang kepadanya, lalu wanita itu berkata" Kamulah datang kesini ! Ketika Adam mahu menghampiri wanita itu maka Adam terdengar suara "Wahai Adam ! tunggu dulu , kerana wanita itu belum lagi halal bagimu, kemudian Allah perintahkan malaikat berkumpul lalu Adam di ijab kabulkan di bawah sepohon pokok di syurga yang bernama شجرة طوبى (Shajaroti Thouba) yang di saksikan empat malaikat Jibrail,Mikail,Isrofil dan 'Izroil

Sebelum di akad nikahkan, malaikat yang berada berhampiran Adam dan wanita itu bertanyakan kepada Adam "siapakah namanya wahai Adam ? Jawab Adam " namanya Hawa ! Bertanya malaikat lagi "Mengapa Hawa ? Jawab Adam " kerana dia di jadikan dari benda yang hidup" Sebaik saja Adam dan Hawa di ijab kabulkan , tidak lama selepas itu maka turunlah perintah Tuhan kepada Adam seperti yang di nyatakan dalam Al A'araf 19

Firman Allah:

ويا ادم اسكن انت وزوجك الجنة فكلا من من حيث شئتما ولا تقربا هذه الشجرة فتكونا من الظلمين (Dan wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanan sepuasnya apa saja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu menghampiri pohon ini (jika hampiri) jadilah kamu dari golongan yang zalim)

Iblis yang begitu bedendam kepada Adam berikrar untuk menyesatkan Adam dan berusha keras menjalankan tipu dayanya secara halus yang kadangkala tidak di sedari oleh Adam sendiri, akhirnya Adam dapat di sesatkan oleh Iblis dengan membisikkan ketelinga Adam dan Hawa supaya menghampiri pohon khuldi dan memakannya, sebaik saja kedua mereka memakan buah tersebut maka terbukalah pakaian mereka

Setelah Adam dan Hawa memakan buah khuldi yang di larang oleh Allah kepada keduanya dan lupa ia akan perintah Allah setelah merengan-rengankannya maka Allah tersangat murka lalu memanggil mereka keduanya " Bukankah Aku telah melarang kamu daripada menghampiri pohon itu ? Dan Aku telah peringatkan bahawa syaitan itu musuh kamu yang terang dan nyata (Al A'araf 22)

Adam ketika di suruh oleh Allah mengadapnya pada mulanya dia merasa malu kepada Tuhan dan cuba untuk melarikan diri tiba-tiba Tuhan memanggilnya "Wahai Adam kemana engkau akan lari ? Jawab Adam " Tidak wahai TuhanKu, Ampunkan dosa kami wahai TuhanKu ! Berfirman Allah " Turunlah kamu kesemuanya setengah kamu menjadi musuh kepada setengah yang lain, di bumi tempat kamu tinggal sehingga di suatu masa (Al A'araf 24)

Soalan:
Mengapa Iblis tidak mahu sujud pada Adam ?

Jawapan:
Dia tidak mahu sujud pada Adam sebab takbur dengan asal usulnya daripada api

Soalan:
Iblis tidak mahu sujud kerana apa ?

Jawapan:
Dia tidak mahu sujud kerana dia tidak tahu rahsia Adam yang beserta Allah dan dia juga terlupa kepada yang memerintahkannya sujud itu adalah Tuhannya, yang ganjilnya ketika nak menyesatkan Adan dia memohon kepada Allah untuk mendapatkan kebenaran

Soalan:
Bahasa apakah yang di gunakan dm di syurga ?

Jawapan:
Adam menggunakan bahasa arab dan iblis juga berbahasa arab

Soalan:
Mengapa wanita itu tahu yang dia seorang wanita ?

Jawapan:
Sebab dia adalah seorang penggoda kepada lelaki dan dia juga tahu dia berasal dari sifat nafsu iaitu hawa kepada nafsu adam di sebelah kiri iaitu nafsu amarah, lawammah dan radhiah dan dia tahu bahawa hawa nafsunya mengatasi lelaki kerana dia ada tiga jenis darah iaitu darah merah, darah putih (benih) dan air susu, dia bukan di jadikan dari tulang rusuk Adam di sebelah kiri sebagaimana pandangan ahli kitab

Soalan:
Mengapakah wanita itu tahu bahawa dia adalah untuk penjinak lelaki (Adam) ?

Jawapan:
Sebab dia dapat mersakan ransangan hawa nafsunya kerana mempunyai tiga jenis darah namun akhlak malunya melebihi lelaki sebab itu Adam mahu menerkamnya lalu di tegur oleh Allah

Soalan:
Mengapa Adam memerintahkan kepada wanita itu supaya datang kepadanya ?

Jawapan:
Kerana fitrah manusia wajib mengikut kata-kata seorang lelaki (rijal)

Soalan:
Mengapa wanita itu berkata kepada Adam "kamulah datang kepadanya ?

Jawapan:
Kerana fitrah lelakilah datang melamar wanita ertinya bukan perigi mencari timba, inilah sejarah fitrah ijab dan kabul dan bermulanya halal di antara seorang lelaki dan wanita

Soalan:
Mengapa malaikat bertanyakan siapa wanita itu kepada Adam ?

Jawapan:
Sebab bentuk Adam dan wanita itu berbeza sekalipun mereka berdua memakai pakaian syurga iaitu cahaya, dan Adam memberitahu malaikat bahawa wanita itu adalah Hawa

Soalan:
Malaikat bertanya Adam mengapa Hawa ?

Jawapan:
Adam menjawab sebab Hawa di jadikan daripada benda yang hidup, ertinya Hawa bermaksud benda yang hidup atau menghidupkan

Soalan:
Bagaimana Adam tahu wanita itu Hawa ?

Jawapan:
Sebab Adam dapat merasakan sesuatu rahsia yang terdapat pada diri Hawa, sebab itu pada awalnya dia mahu menerkam Hawa lalu terdengar suara menahannya "Adam ! tunggu dulu kerana ia belum halal bagimu, kemudian dia di ijab kabulkan di bawah sepohon kayu bernama sajaroti touba

Soalan:
Mengapa Adam di larang Allah supaya jangan menghampiri pohon itu, dan siapa sebenarnya pohon itu ?

Jawapan:
Sebenarnya pohon itu adalah Siti Hawa sendiri, demikianlah ayat qiasan di dalam quran yang mengatakan pohon khudi

Soalan:
Jika Siti Hawa itu adalah pohon yang tidak boleh di hampiri oleh Adam, Mengapa ? Sedangkan mereka telah di ijab kabulkan ?

Jawapan:
Sebab di syurga bukanlah tempat untuk membiak manusia, syurga adalah tempat pembalasan bagi manusia yang soleh sebab itu dia di larang menghampiri pohon khuldi (Hawa isterinya)

Soalan:
Kemudian apakah yang terjadi ?

Jawapan:
Iblis dapat mempengaruhi Adam dan Hawa dengan membisikkan kepada Adam dan Hawa supaya memakan buah khuldi kerana kata iblis jika Adam mahu kekal tinggal di syurga, dan Tuhan tidak akan memarahi kamu berdua, beria-ia Iblis mempengaruhi mereka berdua sehinggakan Iblis bersumpah dengan nama Allah, akhirnya berlakulah hampir menghampiri, kemudian mereka terus memakan buah itu, iaitu Adam makan buah Hawa dan Hawa makan buah Adam, lalu terbukalah pakaian keduanya

Soalan:
Apakah maksudnya makan buah ini ?

Jawapan:
Maksudnya mereka telah melakukan persetubuhan, sebab itu ketika Hawa turun kebumi dalam keadaan mengadung kali pertama, demikian kesah yang di kesahkan oleh kitab manusia di langit dan bumi karangan Al Marhom senator amaluddin Darus

Soalan:
Kemudian apakah seterusnya ?

Jawapan:
Atas kesalahan Adam melanggar perintah Tuhan maka Allahpun memurkai mereka, lalu Allah arahkan mereka keluar dari syurga, dan Adam sebenarnya bukanlah bersalah kerana bersetubuh, kerana ia telahpun halal sebagai suami isteriakan tetapi dia bersalah kerana melanggar tegahan Tuhan, Jangan hampiri pohon ini !

bersambung ....











Comments (66)

Salam,

Ternyata perempuan (hawa)adalah catalyst yang menyebabkan Iblis dapat memujuk Adam.....excitement story

Salam semua,

Ternyata wanita adalah senjata halus yang boleh dimanipulasi iblis/syaitan utk menggoda 'kaum Adam'.

Barangkali utk yg mahu menguji keimanan mereka, cubalah sesekali bertafakkur dekat escalator di shopping complex! jika tidak tergoda dgn haruman DKNY atau Escada atau tak teruja dgn 'fesyen tak cukup kain' wanita, nyatalah iman masih menebal!

Kata org putih-"Eyes are the window of the soul".betapa benar proverb ini. mengikut hukum sunnatullah neuroanatomy, imej dari mata akan dibawa melalui saraf optik dan disimpan di otak.maka di situlah imej itu melekat di otak, yg menjadi salah satu stesen kawalan HATI (latifatul nafsun natiqah)-ikut istilah tasawuf.

lalu dikatakan disinilah juga terletaknya 'istana iblis' yg mesti dibersihkan-tidak lain dgn zikrullah yg berterusan.

wallahua'lam

Salam semua,

Allah yg mencipta Adam amat kasih kepadanya. Tiba-tiba ada pula Hawa untuk berkasih sayang dengan Adam tapi kenalah keluar dari syurga dulu. Iblis jadi alatnya.

salam,

1-kenapa tuhan marah pd adam? sedangkn Dia tahu perkara tersebut pasti berlaku mengikut ketentuannya (eh! betul ke ni )

2-apakah yg dimaksudkn nikah d bawah pohon shajaroti thouba sedangkan pohon itu adalah hawa

Kerana itulah Adam berkata: Ya Tuhanku ! kesalahan yang aku lakukan adalah kesalahan yang Engkau telah tuliskan atasku sebelum Engkau jadikan aku, maka Tuhan menjawab:
قال بل شئ كتبته عليك قبل ان اخلقك
(Bahkan sesuatu yang telah Aku tuliskan atasmu sebelum Aku jadikan engkau)ini menunjukkan bahawa setiap kelakuan Adam adalah fitrah hukum

Salam

1. Yang di maksudkan pohon khuldi itu adalah Siti Hawa dan yang di maksudkan Shajaroti Thouba itu adalah sejenis pokok yang terdapat di syurga Khuldi, bukanlah Shajaroti Thouba itu pohon khuldi

2. Kesalahan Adam di lihat sebagai kesalahan yang abrar

Salam Pak Karamu dan sahabat2..

saya 'copy paste' artikel dari Prof Mahmood Zuhdi berkenaan 'pokok khuldi ganti hubungan seks' yg ada persamaan juga dgn posting Pak Karamu. moga bertambah pemahaman.

Pokok Khuldi ganti hubungan seks?

Oleh DR. MAHMOOD ZUHDI ABD. MAJID

SEBAGAIMANA ternyata, tidak ada keterangan secara langsung sama ada dari al-Quran atau al-Sunah tentang 'pokok khuldi' itu. Kerana itu ia terdedah kepada tafsiran ijtihad.
Dalam al-Quran, selain dalam ayat-ayat berkenaan, perkataan syajarah atau seumpamanya disebut sebanyak 20 kali. Dan dalam jumlah itu, bukan semua perkataan berkenaan digunakan dalam pengertian yang hakiki.

Antara contoh penggunaan tidak hakiki bagi perkataan berkenaan ialah Syajarah al-zakum meskipun ia diterjemahkan dengan berbagai-bagai jenis pokok tetapi ternyata konsepnya lebih bersifat majazi.

Ini bererti menggunakan perkataan syajarah bagi mengertikan seks secara majazi bukan suatu yang jelas tidak tepat. Malah kalau dipadankan dengan perkataan harth atau ladang sebagai lambang isteri, penggunaan syajarah atau pokok sebagai ladang seks munasabah sekali.

Seks Adam dan Hawa

Satu asas lain ialah adanya sebutan tentang 'kemaluan' Adam dan Hawa dalam ayat-ayat berkenaan. Sehubungan dengan ini plot cerita berkenaan lebih kurang begini.
Syaitan dengan tujuan menelanjangi Adam dan Hawa sehingga menampakkan kemaluan kedua-duanya menggesa mereka berdua 'mengecapi' pokok terlarang itu.

Plot ini agak jelas menunjukkan, maksud pokok itu ialah seks dan perbuatan memakan atau merasai itu sebenarnya mengadakan hubungan jenis. Kalau tidak kurang jelas relevannya soal 'kemaluan' itu disebut di situ.

Dalam ayat 20 surah al-A'raf Allah bermaksud; Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata:
"Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga)".

Malah dalam ayat 22 surah yang sama, Allah menceritakan apabila mereka berdua mengecap (zaqo) pokok terlarang itu maka kemaluan-kemaluan mereka pun terdedah dan dapat dilihat oleh mereka sendiri.

Firman Allah: Dengan sebab ini dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing…(al-A'raf: 22)

Cerita yang sama bentuknya juga terdapat dalam ayat 121 surah Taha. Mengulas ayat 20 surah al-A'raf, Syed Qutb menyebut: "Mereka kedua-duanya ada kemaluan. Tetapi sebelum itu tertutup dan tidak dapat dilihat oleh mereka.

"Daripada plot cerita, kemaluan tersebut bersifat fizikal yang memerlukan ditutup secara material. Begitu pun sebelum itu mereka berdua tidak diberitahu tujuan diadakan kemaluan itu".

..bersambung

..sambungan

Dalam ayat 121 surah Taha, Syed Qutb menyebut, Allah menggunakan ungkapan "fabadat lahuma Sau Aa Tuhuma" dan tidak "fabadat Sau Aa Tahuma", kerana ia menekankan hakikat. Sebelum itu mereka berdua tidak nampak kemaluan itu. Hanya apabila didorong oleh sesuatu perasaan dari dalam baru mereka nampak kemaluan-kemaluan itu.

Sebelum itu Syed Qutb menyebut kemungkinan pendedahan kemaluan itu ada kaitan dengan bangkitnya naluri seks dalam diri masing-masing. Dengan lain perkataan, suatu kesedaran seks telah berlaku dalam diri kedua-dua mereka.

Terpedaya Untuk Kekal

Satu hal lain yang boleh dihubungkan dengan andaian berkenaan ialah persoalan khulud atau 'kekal'. Dalam ayat-ayat 20 surah al-A'raf dan 120 surah Taha, ada ditonjolkan soal ini.
Ayat-ayat berkenaan menceritakan bagaimana iblis menggunakan isu khulud atau kekal sebagai satu daya penarik.

Dalam surah Taha pula Allah berfirman, menceritakan: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, Aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"

Mengulas ayat 20 surah al-A'raf al-Qurtubi menyebut satu pendapat ulama, Adam inginkan khulud atau kekekalan kerana dia tahu para malaikat tidak akan mati sehinggalah hari kiamat.
Syed Qutb pula mengulas isu yang ditimbulkan oleh syaitan ialah "melepaskan diri dari ikatan tubuh seperti malaikat serta bersifat kekal atau khulud". Namun beliau lebih tertarik dengan bacaan Ibnu Abbas iaitu Mulkin.

Kata beliau bacaan ini sesuai dengan apa yang terdapat dalam ayat 120 surah Taha. Berasaskan bacaan ini Syed Qutb mentafsirkan, "Pujukan itu berasaskan kepada kuasa dan umur yang kekal berpanjangan iaitu dua nafsu yang paling kuat dalam diri manusia". Beliau kemudiannya menghubungkan nafsu-nafsu ini dengan seks.

Kata beliau: "Nafsu seks itu sendiri ialah satu jalan ke arah merealisasikan nafsu khulud dengan cara melahirkan keturunan dari generasi ke generasi".

Agak jelas sama ada dari aspek plot mahupun gaya, ada tanda-tanda menunjukkan, yang disebut sebagai pokok terlarang dalam ayat-ayat berkenaan ialah seks. Dan atas dorongan untuk kekal hidup di dalam syurga, sebagaimana yang diperdayakan oleh syaitan kepada mereka, Adam dan Hawa melakukan hubungan jenis itu sekali gus melupai larangan Tuhan.
Semua ini ada hubung kaitnya dengan perancangan Allah untuk menghantar manusia ke bumi sebagai unsur yang membangun.

Cuma yang menjadi persoalannya, tidak ada mufassirin (setakat yang diketahui) yang berpendapat begitu. Paling hampir ialah zilal, tetapi tidak tegas dan terlalu umum.

*Tulisan Prof. Dr. Mahmood Zuhdi ini dipetik daripada majalah Al Islam keluaran Ogos 2009, yang mula berada di pasaran pada 17 Julai lalu

Berguna sekali takwilan Pak Karamu dan tambahan ilmu dari Pakcik dari catatan Dr. Muhammad Zuhri..Thanks

Assalamu'alaikum,

Ada saya terdengar khabar berkenaan ehwal para wali yang tak mahu bernikah umpamanya Rabi'atul Adawiyah. Katanya kepada 2 orang (wali Allah juga) yang datang meminang dirinya, Rabiatul Adawiyah menjawab, jika kamu boleh memastikan aku akan masuk syurga Allah, aku akan berkahwin. Itu jawapan Rabiatul Adawiyah.

Juga saya pun pernah mendengar khabar akan kata-kata Ibnu Arabi(ada yang menggelarkan beliau Syeikhul Sufiyyah): Seandainya aku di tempat Adam, dengan pokok-pokoknya aku makan.

Agaknya, apa sebenarnya sebab utama Rabi'atul Adawiyah tidak mahu berkahwin? Dan kenapa pula Ibnu 'Arabi berkata sedemikian rupa?

Mohon pandangan Pak Karamu, Maun, Pak Cik dan yang lain-lain.

Salam semua,

Perkara inikah yang dikatakan ILMU? Patutlah umat islam bermasalah. Bangunlah dari tidormu wahai orang islam. Gunakanlah masa mu untuk memikirkan perkara yg lebih memberi manfaat kepada ummah.

OK katakanlah ia berguna untuk akhirat kita, adakah Allah akan tanya kita tentangnya kelak? Ini semuanya sangka-sangka saja.

SAJAK ILMU

Susahlah kalau orang yang faham kulit aje....

Susahlah kalau orang ada pistol tapi peluru kapur aje...

Susahlah kalau orang yang pandai tulis tapi tiada kupasannya...
Susahlah kalau ada orang yang belagak pandai tapi bodoh sombong....

Susahlah kalau orang setakat berani di belakang ni dan takut bejumpa secara berdepan...

Susahlah macam ni lagi senang pergi tengok JOM HEBOH / PROGRAM REALITY lagi banyak ILMUnya kut...


Wassalam
..Tokushima,JAPAN....

salam ustaz....hasil drp kajian saya setakat nih... drp alat electronic (mcm TV)...mula2 bila drp pandangan jauh saya nampak mcm Alif, Alif...Alif...Alif.....bila drp dekat nampak mcm....Alif....Lam...sesekali rasanya ada Ha(simpul).....lazimnya saya lihat kilat dimulakan dgn huruf Sin...saya akan sediakan satu dokumen kpd ustaz utk kita bincang2 bersama nanti...

Salam ada nama,

Baiklah aku memang tak berilmu dan bodoh sombong. Engkau BERILMU. CUBA ENGKAU TERANGKAN DENGAN DALIL-DALILNYA SEKALI, DARI AL QURAN, DUA KALIMAH SYAHADAH YANG ENGKAU UCAPKAN ITU.

Aku tunggu jawapan dari engkau. Kalau setakat sendiri aje mengaku ada ilmu, budak sekolah pun bolih buat,

Untuk Tanpa Nama,

Kemuncak kepada tuntutan fardu 'ain ialah sebuah negara Islam. Dalam negara Islam inilah umat boleh melaksanakan sepenuhnya secara syumul apa yang terkandung dalam kitabullah dan sunnaturrasul serta sunnah khulafak ar rasyidin. Seterusnya boleh meneruskan jihad perjuangan meninggikan kalimah La Ilaha Illallah..Al islamu ya'lu, wala yu'la 'alaih..Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya..Lihatlah sirah dan sejarah...Bermula dari Mekah, berhijrah ke Madinah, Rasulullah membentuk sebuah negara Islam berdaulat...Allah menghantar rasa gentar dalam hati musuh-musuh Rasulullah dan umat Islam pada waktu itu sebulan lebih awal perjalanannya..lalu diteruskan sehingga zaman Umar, Islam menguasai 3/4 dunia!..sampailah khalifah Utsmaniah yang berpusat di Turki..Itu serba sedikit kualiti orang Islam waktu tu...

Kualiti Tanpa Nama bagaimana? Berhujah ilmu pun guna satu rujukan@BACAAN! Dah tu pulak pakai akal yang perasan bijak!

Saya ajak Tanpa Nama berjihad dengan cara berhujjah secara berdepan pun dah takut dan kecut,belum berjihad di medan perang! macam-macam perasaan dan perasan dalam sanubari Tanpa Nama keluar dan dinyatakan dalam artikel-artikel blog yang lalu.

Saya rasa Tanpa Nama ni selain join geng BACAAN, Tanpa Nama ni ahli SIS jugak, agaknya. Melihat kepada pemikiran dan stail Tanpa Nama mengeluarkan satu-satu pendapat, pandangan dan seumpamanya dalam tulisan Tanpa Nama...ala-ala Sister in Islam la...tak gitu?

Orkid,

Macam mana nak tegakkan sebuah negara islam kalau syahadah pun tak mampu dipertahankan? Selain itu menuduh orang lain dengan berbagai hal pula. Orang yang tak kena mengena pun dilibatkan juga. Macam inikah perangai seorang islam?

Ada nama,

Saya masih menunggu jawapan daripada anda yg arif.

Dulu saya dah terangkan kenapa jadi wajib bersyahadah. Tapi Tanpa Nama tetap juga dengan pendirian Tanpa Nama. Kedegilan dalam hati Tanpa Nama tetap begitu. Fikiran dah senget. Soalan-soalan saya TERAMAT BANYAK yang Tanpa Nama tak tau langsung nak jawab dan langsung tak dapat pertahankan!!Contohnya tentang korban tu!Nak tergelak saya bila Tanpa Nama cerita kefahaman dan akidah Tanpa Nama tentang korban anak tu!Ha ha ha....

Saya pun dah maklumkan jika nak betul-betul nyata syahadah dan nak tahu yang mana Al Quran tu pergi la jumpa guru mursyid. Berdepan, tanya secara 'direct' kenapa syahadah tiada dalam kitab Al Quran? Lepas tu tak puas hati, cari la lagi guru mursyid atau alim rabbani bukan alim kucing.

Yang sebenarnya banyak lagi sebab kenapa tak ada 'asyhadu an' dalam Al Quran. Kalau beri jawapan pun bukannya Tanpa Nama puas hati dan nak beriman serta berikrar dengan lafaz 2 kalimah syahadah tu! Tanpa Nama tetap tak nak beriman dan kufur dengan lafaz, pengertian serta kehendak dan tuntutan 2 kalimah syahadah tu..Maklumlah orang dah tak nak pakai hadis-hadis Nabawi. Cara Tanpa Nama ni seolah-olah nak Tuhan datang berdepan dan berkata serta memerintahkan Tanpa Nama(umumnya manusia) mengucapkan 2 kalimah tu!!

Lebih kurang kefahaman Iblis la, tak nak sujud kepada Adam, iaitu sewaktu zaman Musa, Iblis pernah berdialog dengan Musa. Katanya, Wahai Musa! Kau kalamullah dan boleh berbicara dengan Allah secara terus. Kau tolong tanya Allah bagaimana sekiranya aku ingin taubat. Musa berkata-kata dengan Allah, Kemudian Musa memberitahu Iblis, hendaklah engkau pergi bersujud di kubur Adam! Tetapi Iblis tetap berdegil, tidak beriman dan kufur malah engkar untuk melaksanakannya!

Kau hidup la Tanpa Nama dengan akidah kau yang tak mengiktiraf 2 kalimah syahadah tu. Kata je beriman dengan Rasul tetapi pada hakikatnya TIDAK BERIMAN! Bila seseorang tidak mau dengan sengaja engkar untuk bersyahadah seolah-olah dia menolak rukun Islam yang pertama. Apakah dia masih lagi Islam? Jika wujud baginda Nabi Muhammad saw di depan Tanpa Nama, apakah Tanpa Nama mau bersyahadah? Tanpa Nama jawab la sendiri..

Pada saya salah satu proses Islamnya seseorang secara berterusan generasi demi generasi diperturunkan seterusnya oleh sahabat selepas wafat Rasulullah saw, kemudian diturnkan ke generasi seterusnya sampailah sekarang hingga kiamat.

Dari hadis-hadis Nabawi diberitakan, kelak di padang Mahsyar semua manusia akan dibangkitkan bersama-sama Rasul masing-masing dan dikenali dengan umat-umat rasul tersebut. Kami semua umat Muhammad dan akan dibangkitkan dan dihimpunkan bersama Nabi Muhammad saw kerana salah satu ucapan kami ialah Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadarrasulullah!
Muhammad dan umatnya akan masuk syurga terlebih dahulu, baru diikuti umat-umat lain.

Tanpa Nama nak bangkit dengan umat mana? Tanpa Nama bangkitlah dengan umat 1 Tuhan 1 Kitab 1 Umat. Lalu jawablah di hadapan Allah. Ya Allah ini kitab kami-BACAAN, ini akal kami yang kami ikut mentafsir dan memahamkan kitab BACAAN ni..Kami semua tak nak pakai apa yang umat Muhammad panggil dengan hadis-hadis Nabawi tu sebab kami semua tak percayakan perawi-perawi tu macam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasai dan Tirmizi. Ya Allah kami pun tak nak merujuk kepada kitab-kitab karangan-karangan ulama mereka kerana kami tak beriman dengan isi-isi kitab karangan mereka. Kami tak percaya kepada mereka...Jawab la Tanpa Nama. Jawablah di hadapan Allah nanti!!!Agaknya jawapan-jawapan macam tu Allah terima ke, Tanpa Nama woiiii??Dah tu nak jawab nanti betul ke Tuhan yang bernama Allah yang mana satu, yang Tanpa Nama kenal tu?

Ni satu hadis Nabi-"Kalau kamu takut kepada Allah dengan takut yang sebenar-benarnya, tentu kamu mengetahui satu ilmu yang tiada kebodohan selama-lamanya, dan kalau kamu mengenal Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya, tentu gunung-gunung dapat hilang kerana doamu.-hadis riwayat Hakim dari Mu'az.(Jami'us saghir, Imam Sayuti).

Ada nama,

Manakah jawapannya?

Mungkin tengah cek lagi kut. Kenapa tak cek pada peringkat awal lagi? Orang arif sepatutnya tahu terus. Alahai!!! rukun islam yang pertama aje!!! Belum lagi yang lainnya.

Sajaknya bukan main lagi. Macam ni kalau jumpa pun buang masa aje. Kalau SPM tak luluslah kerana soalan wajib tak terjawab.

Orkid,

Quote: "Dulu saya dah terangkan kenapa jadi wajib bersyahadah."

****Lain orang tanya lain yg anda jawab. Saya tak tanya pun tentang perlu atau tidaknya bersyahadah. Cuma saya tanya kat mana anda ambil syahadah tu di dalam Quran; sila berikan ayatnya.

Quote: "Soalan-soalan saya TERAMAT BANYAK yang Tanpa Nama tak tau langsung nak jawab dan langsung tak dapat pertahankan!!Contohnya tentang korban tu!Nak tergelak saya bila Tanpa Nama cerita kefahaman dan akidah Tanpa Nama tentang korban anak tu!Ha ha ha...."

****Macam mana nak faham asyik guna pendapat orang lain aje. Lepas tu korbankan lembu pula; otak pun jadi otak lembu. Nanti di akhirat anda akan naik belakang lembu untuk meniti titi siratul mustaqim. Kalau anda sendiri tak nampak titi tu, kenapa anda yakin lembu bolih nampak? Itulah orang berotak lembu. He! he! he! mooo!!!

Quote: "Saya pun dah maklumkan jika nak betul-betul nyata syahadah dan nak tahu yang mana Al Quran tu pergi la jumpa guru mursyid. Berdepan, tanya secara 'direct' kenapa syahadah tiada dalam kitab Al Quran? Lepas tu tak puas hati, cari la lagi guru mursyid atau alim rabbani bukan alim kucing."

**** Anda lebih percaya dengan guru murshit daripada Allah rupanya. Kalau dah tak ada di dalam Quran kenapa tak cakap aje? Tapi anda pusing sana pusing sini nak menidakkan yg benar tak adanya.

Quote: "Yang sebenarnya banyak lagi sebab kenapa tak ada 'asyhadu an' dalam Al Quran. Kalau beri jawapan pun bukannya Tanpa Nama puas hati dan nak beriman serta berikrar dengan lafaz 2 kalimah syahadah tu! Tanpa Nama tetap tak nak beriman dan kufur dengan lafaz, pengertian serta kehendak dan tuntutan 2 kalimah syahadah tu..Maklumlah orang dah tak nak pakai hadis-hadis Nabawi."

**** Kalau banyak bagilah dua atau tiga sebab aje, cukuplah. Ini satu pun tak dibagi. Nampaknya anda ni cakap aje pandai tapi.... Senaraikanlah, nanti kalau betul, insyaAllah, saya akan percaya. Bunyinya macam dah setuju yg 2 kalimah syahadah tu tak ada di dalam Quran; tapi masih berdegil nak menegakkan benang yg basah.

Quote: "Cara Tanpa Nama ni seolah-olah nak Tuhan datang berdepan dan berkata serta memerintahkan Tanpa Nama(umumnya manusia) mengucapkan 2 kalimah tu!!"

**** Tak payah. Saya dah diberi tahu dah di dalam Quran. Mesej peristiwa korban tu pun saya dah laksanakan dah. Tak payah nak seksa-seksa lembu.

Quote: "Lebih kurang kefahaman Iblis la, tak nak sujud kepada Adam, iaitu sewaktu zaman Musa, Iblis pernah berdialog dengan Musa. Katanya, Wahai Musa! Kau kalamullah dan boleh berbicara dengan Allah secara terus. Kau tolong tanya Allah bagaimana sekiranya aku ingin taubat. Musa berkata-kata dengan Allah, Kemudian Musa memberitahu Iblis, hendaklah engkau pergi bersujud di kubur Adam! Tetapi Iblis tetap berdegil, tidak beriman dan kufur malah engkar untuk melaksanakannya!"

**** Kat mana anda ambil cerita tu? Ayat mana dari Quran? Buat apa iblis nak sujud pada kubur Adam? Adam ada kah kat situ lagi? Kan lebih elok kalau iblis pergi jumpa Adam dan sujud padanya? Kalau nak buat cerita pun biarlah yg masuk akal sikit.

(bersambung)

(sambung)

Quote: "Kau hidup la Tanpa Nama dengan akidah kau yang tak mengiktiraf 2 kalimah syahadah tu. Kata je beriman dengan Rasul tetapi pada hakikatnya TIDAK BERIMAN!"

***** Anda ni pantas sangat menuduh orang yg bukan-bukan. Kalau saya tak beriman kepada Muhammad rasul Allah macam mana saya bolih beriman kepada Quran? Muhammad memangnya rasul Allah, cuma saya tak bersyahadah seperti anda bersyahadah; itu saja.

Quote: "Pada saya salah satu proses Islamnya seseorang secara berterusan generasi demi generasi diperturunkan seterusnya oleh sahabat selepas wafat Rasulullah saw, kemudian diturnkan ke generasi seterusnya sampailah sekarang hingga kiamat."

****Anda ni hentam keromo aje. Fikirkanlah kenapa isteri Nabi Lot sesat tapi isteri Fir'un beriman?

Qote: "Dari hadis-hadis Nabawi diberitakan, kelak di padang Mahsyar semua manusia akan dibangkitkan bersama-sama Rasul masing-masing dan dikenali dengan umat-umat rasul tersebut. Kami semua umat Muhammad dan akan dibangkitkan dan dihimpunkan bersama Nabi Muhammad saw kerana salah satu ucapan kami ialah Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadarrasulullah!
Muhammad dan umatnya akan masuk syurga terlebih dahulu, baru diikuti umat-umat lain."

*****Kalau Nabi Muhammad tak mengaku anda umatnya, bagaimana? Macam mana beliau nak mengaku anda umatnya sekiranya banyak sangat firman-firman Allah di dalam
Quran yg anda langgar. Syok sendiri nampaknya anda ni.

Quote: "Tanpa Nama nak bangkit dengan umat mana?"

**** InsyaAllah aku akan bangkit dengan kalimah -- . "Asyahaduanlailhaillah wahdahunlaasysrikalah, lahulmulk walahuhamduyuyiiwayumit wa uwa'alakulisyaiinkadiir. Allahu akbar". Mudah-mudahan Allah iktiraf aku sebagai "muhammad" dan berdirilah aku di bawah kabilah Muhammad rasul Allah.

Quote: "...Jawab la Tanpa Nama. Jawablah di hadapan Allah nanti!!!Agaknya jawapan-jawapan macam tu Allah terima ke, Tanpa Nama woiiii??Dah tu nak jawab nanti betul ke Tuhan yang bernama Allah yang mana satu, yang Tanpa Nama kenal tu?"

**** Apalah anda ni menyalak macam ... gila.

Quote: "Ni satu hadis Nabi-"Kalau kamu takut kepada Allah dengan takut yang sebenar-benarnya, tentu kamu mengetahui satu ilmu yang tiada kebodohan selama-lamanya, dan kalau kamu mengenal Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya, tentu gunung-gunung dapat hilang kerana doamu.-hadis riwayat Hakim dari Mu'az.(Jami'us saghir, Imam Sayuti)."

**** Kalau dah macam tu kenapa tak hilangkan George W Bush dulu? Pemimpin-pemimpin kita pun banyak yg tak senonoh perangainya; hilangkanlah mereka ni dengan doa guru murshit.

Ada nama,

Saya masih menunggu ni.

cik tanpa nama ni..rasanya boleh kita ibaratkan seekor rimau tanpa taring dalam zoo..elok aje kita biarkan dia melalak sekor2..jgn dilayan...he he...

salam pak,
juga para tetamu..

maaf tanpa nama,
itu kah syahadat tuan? andai tidak keberatan bolehkah tuan huraikan lebih lanjut mengapa begitu?

Woit Tanpa Nama,

Saya memang dah bagitau 2 kalimah syahadah-Asyhadu alla ilaha illallahu wa asyhadu anna muhammadarasulullah tu memang la tak ada pun dalam kitab al quran yang semua orang Islam dan lain-lain duk baca tu. Dah lama saya tau memang tak ada. Yang ada dalam kitab al quran tu kalimah La ilaha illallah Muhammadarrasulullah. Di antara sebabnya Al Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw melalui Malaikat Jibril@guru dan sahabat Muhammad saw. 2 kalimah syahadah tu secara syariatnya melalui kalam Rasulullah saw yang disebut hadis. 2 kalimah tu kalimah penyaksian secara syariatnya di hadapan rasul, dah rasul tak de, pewaris-pewaris rasul. Umpama orang kafir yang nak menganut Islam, maka dia mengucap la dulu 2 kalimah tu di hadapan orang lain yang dah pun Islam. Nak Islamnya setelah keRasulan Nabi Muhammad memang la kena mengucap 2 kalimah tu, itulah kalimah pengakuan dan penyaksian. Apa la bengap sangat Tanpa Nama ni.

Tu la guna otak logik sangat, Allah nak uji keimanan terhadap Rasul yang diutus di kalangan manusia pun dah failed! Tanpa Nama bukan setakat tak lulus SPM, PMR, UPSR bahkan tadika pun tak lulus dan tak iktiraf cara Tanpa Nama ni!

Macam lebih kurang Yahudi Nasoro je...Macamana cara diaorang ni nak masuk agama yahudi Nasoro ha? Nak buat pengakuan tu...ada ke sebut Asyhadu an tu? Ada ke sebut Musa Rasululllah/Kalamullah atau 'Isa Rasulullah/Ruhullah ha?

Kami umat Umat Muhammad, kami iktiraf semua tu dari Adam Saufiyullah...Ibrahim Khalilullah...Musa Kalamullah...Daud Khalifatullah...'Isa Ruhullah..sampai Muhammad Rasulullah yang digelar juga Habibullah..dan kami merujuk kepada kitab Al Quran dan hadis-hadis Nabawi sebagai pedoman dan rujukan kehidupan di dunia fana ni...

Orkid,

Quote:"Saya memang dah bagitau 2 kalimah syahadah-Asyhadu alla ilaha illallahu wa asyhadu anna muhammadarasulullah tu memang la tak ada pun dalam kitab al quran yang semua orang Islam dan lain-lain duk baca tu. Dah lama saya tau memang tak ada."

**** Anda bohong. Anda tak pernah pun jawab sedemikian. Namun, kali ini, saya sahkan benarnya jawapan anda itu.

Quote: "Yang ada dalam kitab al quran tu kalimah La ilaha illallah Muhammadarrasulullah."

**** Di sini saya nak jelaskan sedikit bahawa dua kalimah itu TIDAK disatukan seperti yg anda paparkan itu. Masing-masing disebut di dalam surah yg berasingan.

Quote:"Tu la guna otak logik sangat,"

**** Anda punya otak masih brand new. Nanti di akhirat Allah akan tanya "Otak engkau Orjid masih baru lagi; engkau juallah tentu mahal harganya".

Quote:" Allah nak uji keimanan terhadap Rasul yang diutus di kalangan manusia pun dah failed! Tanpa Nama bukan setakat tak lulus SPM, PMR, UPSR bahkan tadika pun tak lulus dan tak iktiraf cara Tanpa Nama ni!"

**** Anda bukannya beriman kepada Rasul, anda beriman kepada Allah dan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad ibn Hanbal, dllnya. Nanti berlakulah apa yg Allah ceritakan di dalam Al An'aam 22-27 itu. Ingatlah, dosa syirik itu tak diampuni Allah; sebab itu Allah bagi warning bahawa kebanyakan orang yg beriman tidak berbuat demikian melainkan di dalam keadaan syirik.

Baiklah, saya nak tanya anda. Anda kata "anda naik saksi Muhammad rasul Allah". Soalan saya adalah:

1. Anda sezaman kah dengan Muhammad yg membolihkan anda naik saksi Muhammad itu rasul Allah?

2. Muhammad masih hidup lagi kah yg anda naik saksi dia itu rasul Allah?

3. Segala umat-umat islam sebelum Muhammad, bagaimana pula mereka jadi saksi kepada rasul-rasul mereka. Kalau ada, sebutkan ayat Qurannya sekali.

4. Kenapa anda teramat berpihak kepada Muhammad sedangkan anda berjanji dengan Allah anda tak membeze-bezakan di antara rasul-rasulNya? Malahan anda kata "kami dengar dan kami patuh".

5. Kalau Allah dah kata "cukuplah Dia jadi saksi di atas kerasulan Muhammad", kenapa anda engkar? Inilah yg dikatakan "bodoh sombong"

Disini saya nak tekankan sekali lagi bahawa bukannya saya tak percaya bahawa Muhammad itu rasul Allah, cuma saya tak bolih jadi saksi, itu saja.

Salam Ada nama,

Mana perginya anda? Orang lain pula yg sebuk nak jawab!!!

Ahlan Wa Sahlan

Jika kita berbincang biarlah pada ahlinya, jika dengan bukan ahli maka jadilah keributan, soalnya sekarang jika saya tidak silap semua masalah tu sudah di bincangkan cuma ada yang belum berpuas hati, lalu ada yang meminta berjumpa secara nyata akan tetapi tanpa nama tidak berani nak berjumpa, sebab itu saya anggap tanpa nama hanya berani di alam maya sahaja

Salam,

Bincang kat sini kan lebih bagus, semua orang bolih baca benar tidaknya.Jamaahnya jauh lebih ramai. Jadi seseorang itu akan lebih berhati-hati tentang apa yg dikatakannya. Kita mestilah bertanggungjawab di atas apa yg kita katakan. Janganlah kita pakar mengata orang aje. Buktikan di mana salahnya.

Salam ada nama,

Kat mana anda menghilang. Saya tak tahu, namun Allah tetap tahu. Lama sangat saya menanti jawapan dari anda. Kalau tak tahu copy paste ajelah Orkid punya tu.

Ahlan Wa Sahlan

Saya ada di Madinah, saya tak menghilangkan diri dan saya sentiasa mengikuti blog ini dan saya juga selalu membincangkan fahaman tanpa nama dan ada nama

Saya juga sedang bincang tafsiran quran secara terus mengikut alih bahasa arab yang sebut Tuhan ada tangan dan wajah, juga turut di bincangkan masalah orang menolak hadis Rasullullah seperti fahaman ada nama dan tanpa nama

Salam aku,

Sila semak pos-pos saya yg lepas tentang syahadah.

Cik Tanpa Nama,

Saya nak face to face sebab nak merealisasikan maksud hadis di depan mata Tanpa Nama dan terhadap Tanpa Nama sendiri.!!-"Kalau kamu takut kepada Allah dengan takut yang sebenar-benarnya, tentu kamu mengetahui satu ilmu yang tiada kebodohan selama-lamanya, dan kalau kamu mengenal Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya, tentu gunung-gunung dapat hilang kerana doamu.-hadis riwayat Hakim dari Mu'az.(Jami'us saghir, Imam Sayuti)."

..George W. Bush tu semua orang maklum sehingga hari ni, dia banyak menjadi penyebab porak peranda dan terbunuhnya ramai orang yang tak bersalah. Firaun dan Namrud pun Allah biar dia hidup ratusan dan ribuan tahun, bermaharajalela melakukan fasad di muka bumi..sehinggalah akhirnya mereka mati dalam kekeufuran..Firaun di telan laut..Namrud di serang tentera Allah@Nyamuk!...Tanpa Nama fikir la sendiri...Bangang!..Lagi cerita-cerita pengorbanan Ibrahim tu banyak lagi hikmahnya, bukan setakat akidah Tanpa Nama yang tersasar dari landasan yang benar tu, ada ke korban anak tu, korban macam Tanpa Nama faham tu, teramat ceteklah fikiran Tanpa Nama yan perasan dah jadi ulul albab!..Bodoh Tanpa Nama ni!Tuntut la lagi ilmu...

Saya juga nak merealisasikan maksud ayat..."Telah datang yang benar dan lenyap yang palsu, sesungguhnya yang palsu itu mesti lenyap" (Israk : 81)...!

Bila saya boleh jumpa Tanpa Nama?Di mana?

Takut apa Tanpa Nama..Biar Allah menjadi SAKSI...Kita berjuang dan berjihad siapa lebih BENAR dan siapa BATIL@PALSU!!!Jika mati pun syahid!!!

Assalamualaikum pakkaramu:

Assalamualaikum wbth. Izinkan saya bertanya kepada pakkaramu dan semua kenalan di blog ini bagi memenuhi persoalan yang ingin saya timbulkan:
1. Antara adam dan hawa, siapakah terlebih dahulu dicipta?
2. Semasa adam dan hawa diijabkabulkan, apakah maskawin (mahar) turut dikenakan terhadap adam? apakah mahar tersebut?
3. Pak, adalah roh dalam jasad kita ini ada pecahan/bahagian? walaupun pada hakikatnya satu?

Orkid,

Macam gila talak aje anda ni, nak jumpa saya buat apa? Cakap aje kat sini, orang lain pun nak juga tahu benar tidaknya.

Saya bukannya nak menegakkan saya benar anda salah. Saya nak orang lain fikirkan bahawa yg benar itu adalah kalam Allah. Kalau kebetulan pendapat saya benar percayalah pada Allah jangan pada saya. Kalau saya salah jangan diikut. Fikirkan ayat ini:

[18:29]Dan katakanlah: "KEBENARAN ITU IALAH YANG DATANG DARI ALLAH, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya"....

[18:27]Dan BACA SERTA TURUTLAH APA YG DIWAHYUKAN KEPADAMU DARI TUHANMU (QURAN); tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan ENGKAU TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENDAPAT TEMPAT BERLINDUNG SELAIN DARIPADANYA.

***** Muhammad baca dan ikut al Quran yg datangnya dari Allah.
Anda ikut Allah, Muhammad dan Abu Hurairah, Bukhari, Muslim, dllnya. Anda juga ada yg memberi pelindung selain Allah. Kat siapa anda belajar? Cuba fikirkan ayat ini:

[18:43] Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.
[18:44] Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

**** Nanti berlakulah seperti ayat ini:

[18:52] Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: "Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.
[18:53] Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.
[18:54] Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
[18:55] Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.

**** Anda terlampau banyak MEMBANTAH FIRMAN-FIRMAN ALLAH; seperti yg dikatakan Allah di dalam ayat 54 itu.

Tak payah jumpa saya. Bacalah dan fikirkanlah. Jangan buang masa ikut cakap orang; ikutlah firman Allah sepenuhnya. Buat keputusan sendiri. Kita yg kena jawab nanti bukannya orang lain. Allah kata kita diberi pendengaran, penglihatan dan hati, sedikit sangat kita bersyukur. Fikirkanlah ayat ini:

[6:94] Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) DENGAN BERSENDIRIAN, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan KAMI TIDAK MELIHAT BESERTA KAMU PENOLONG-PENOLONG yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).

Alhamdulilah.

Orkid,

Quote: "Tanpa Nama fikir la sendiri...Bangang!..Lagi cerita-cerita pengorbanan Ibrahim tu banyak lagi hikmahnya, bukan setakat akidah Tanpa Nama yang tersasar dari landasan yang benar tu, ada ke korban anak tu, korban macam Tanpa Nama faham tu, teramat ceteklah fikiran Tanpa Nama yan perasan dah jadi ulul albab!..Bodoh Tanpa Nama ni!Tuntut la lagi ilmu..."

**** Kalau betul cakap anda yg arif terangkanlah kepada kami semua akan hikmah kesah korban tu. Jangan pandai cakap kosong ale.

***** Engkau juga yg kata "Telah datang yang benar dan lenyap yang palsu, sesungguhnya yang palsu itu mesti lenyap" (Israk : 81)...! PETUNJUK DARI ALLAH ITULAH YG HAQ, MAKA KORBANKANLAH "KEPERCAYAAN" ANDA YG PALSU TUUU!!!! Jangan jadi "kami dengar tapi kami tak patuh".

Alhamdulillah.

Ahlan Wa Sahlan

Perselisihan kalian ini nampaknya kerna ada perselisihan tentang pegangan, yang mana Tanpa nama hanya focus pada quran sahaja dan mungkin pakai akal dan tanpa nama menolak hadis dan nampaknya tanpa nama menafikan uhaddisin

Apa yang tanpa nama perlu fikirkan ialah segala apa yang datang dari makhluk pada hakikatnya adalah dari pada Allah, ertinya Dia izinkan melalui akhlukNya tapi sebenarnya daripadaNya, ini kita kena belajar pada bab qadar

Cuba tanpa nama fikirkan dalam surah An Nisa ayat 59 (Taat kamu kepada Allah dan taat kepada Rasu dan jika kamu berselisih dalam satu perkara kembalikan kepada Allah iaini quran dan sunah rasulNya jika kamu beriman)

Ayat 61 An Nisa (Marilah berhakim dengan hukum Tuhan, yang telah di turunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasullullah ....

Ayat 64 (Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan supaya ia di ta'ati dengan izin Allah .... jika mereka memohon ampun kepada Allah, dan Rasullullah juga memohon ampun untuk mereka ...)

An Nisa 65 (Maka demi TuhanMu mereka tidak di sifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana -mana perselisihan yang timbul di antara mereka).....

An Nisa 69 ( Dan sesiapa yang ta'at kepada Allah dan RasulNya maka mereka akan di samakan dengan orang-orang yang telah di kurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka yaitu nabi dan orang siddiqin)

Apa yang saya nampak jika kita cuba memahamkan al quran mengikut bahasa arab tanpa memasukkan perkara yang tersirat di dalamnya maka kita tidak akan sampai kemana sebab itu kita kena mengenal diri dan Tuhan

Salam Singamaraja,

Perhatikanlah, kesemua ayat-ayat yg anda paparkan itu berbunyi "taatlah kepada ALLAH dan RASUL"

Kalau tak salah saya, di dalam bahasa Arab, perkataan "rasul" tak bolih dipisahkan dengan "mesej yg dibawa olih rasul" Di dalam konteks, Muhammad rasul Allah, di sini ianya adalah al Quran.

Takkan Allah nak kata "Taat pada Allah dan jangan taat pada Rasul pula". Kalau jadi begitu maka berkecamuklah semuanya.

Tapi, kenapa Allah tak pernah kata "Taatlah kepada ALLAH dan taatlah pada MUHAMMAD"? (walaupun di dalam kes yg hanya melibatkan keluarga Muhammad saja). Olih kerana nak menerangkan bahawa MUHAMMAD juga bertaraf rasulNya, maka Allah firmankan "MUHAMMAD rasul Allah".

Rasul ramai, bukannya Muhammad saja, jadi bila Allah berfirman sedemikian maka firman Allah jadi "consistant" ia bolih merangkupi juga seluruh rasul-rasul Allah yg lainnya.

Fikirkan peristiwa perang Badar ketika nak menentukan kedudukan pasukan islam. Muhammad sarankan satu daerah, lalu sahabat bertanya, "Adakah itu firman Allah?" Muhammad kata, "Tidak". Lalu sahabat-sahabat cadangkan daerah yg lain dan dipersetujui olih Muhammad kerana cadangan itu lebih baik. Sekianya Muhammad berkata, "Ia firman Allah". Maka tak ada seorang pun sahabat yg akan membangkangnya; "kami dengar dan kami patuh".

Ada banyak ayat-ayat yg menjelaskan bahawa "Muhammad rasul Allah" diperintah supaya HANYA mengikuti al Quran yang diwahyukan kepadanya tapi anda sendiri tak paparkan.

Alhamdulillah.

Salam semua.

Saya kira kita mesti jelas, samada kita bercakap atas jalan SYARIAT atau HAKIKAT.

Pada jalan syariat, RASUL yang dimaksudkan dalam al-Quran adalah Nabi Muhammad S.A.W (7:157, 7:188, 9:128, 29:48, 41:6 dan banyak lagi)

Kadangkala Allah berfirman 'Engkau' yang ditujukan secara spesifik kepada Nabi Muhammad S.A.W

(Ingat: Al-Quran diturunkan sebagai kalamullah melalui Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W.hairan pula kenapa Quran boleh terima tapi hadis, tidak? sedangkan keduanya disampaikan melalui Nabi Muhammad S.A.W?)

Pada jalan HAKIKAT pula, Muhammad atau Rasul itu adalah diri yang empunya diri kita.maksudnya dari Nur Muhammad atau Hakikat Muhammad.

Jadi ayat-ayat yang difahami pada jalan syariat ditujukan kpd Nabi Muhammad itu, pada HAKIKATnya ditujukan pada kita yg hidup di dunia kontemporari sekarang.

Pun begitu, pemahaman pada jalan syariat atau hakikat mestilah selari dan tidak boleh meninggalkan salah satunya.

Kata Imam Malik r.a, "Sesiapa yang hanya mengambil syariat tanpa hakikat, maka dia adalah fasiq, sesiapa yang hanya mengambil hakikat tanpa syariat, maka dia disifatkan sebagai zindiq, sesiapa yang menghimpun kedua-duanya, maka itulah sebaik-baiknya".

Saya kurang faham, tanpa nama berada di jalan mana?

Salam Pakcik,

Kalau macam itu kenalah kita "colour code" akan Quran itu. Yg ini untuk orang syariat warnanya merah, yg ini untuk orang hakikat warnanya biru, yg ini untuk orang tarikat warnanya unggu dan yg ini untuk orang makrifah warnanya hitam. Macam mana Jibril bolih lupa pula? Jibril itu tak cerita habislah; ada saja yg disuruknya. Tapiiii ..... takkan Jibril buat macam itu kut!

Orang yg tak percayakan HADIS bukannya ikut sesuka hati mereka Pakcik. Allah yg melarangnya, maka mereka TERPAKSALAH akur. Semaklah kembali ayat-ayat di bawah:

Surah An Nisaa'Ayat 87 yg bermaksud:

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia. Sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, yang tidak ada syak padanya. Dan siapakah pula yang lebih benar HADIS-nya daripada Allah?

Surah Al A'raaf Ayat 185 yg bermaksud:

Kenapakah mereka tidak mahu memperhatikan langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa mungkin telah dekat ajal kebinasaan bagi mereka? Maka kepada HADIS yang mana lagi sesudah (Al-Quran) itu mereka mahu beriman?

Surah Yusuf Ayat 111 yg bermaksud:

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Bukanlah ia HADIS yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Surah Lukman Ayat 6 yg bermaksud:

Dan di antara manusia ada orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada HADIS-HADIS dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan dan menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah tanpa berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

Surah Az Zumar Ayat 23 yg bermaksud:

Allah telah menurunkan sebaik-baik HADIS iaitu Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain, yang berulang-ulang, yang kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang, tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

Surah al Jaathiyah Ayat 6 yg bermaksud:

Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepadamu (Muhammad) dengan benar; maka dengan HADIS yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?

Surah Al Mursalaat Ayat 50 yg bermaksud:

Maka kepada HADIS yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?

Allah tahu isu HADIS ini akan timbul setelah Nabi Muhammad wafat, maka awal-awal lagi Allah sudah bagi warning tentangnya. Siapa yg nak beriman, berimanlah; siapa yg tak nak beriman tak usahlah beriman. (Nota: HADIS itu ditulis di dalam bahasa Arab).

Pakcik, ingatlah kesah korban Nabi Ibrahim tu. Kalau faham ikutlah, kalau tak faham nak buat macam mana ....

Alhamdulillah.

Buat Azizul

Adam dahulu kemudian baru Hawa, mereka di fitrahkan tiada bapa dan Ibu

Mahar Al Quran

Jenis Roh ada 3 jenis zat ada satu

Salam cik tanpa nama,

Berkenaan perkataan HADIS, telah diterangkan dalam posting terdahulu, tak perlulah diulangi lagi.

Tanpa nama telah memetik beberapa ayat Quran demi menegakkan pendirian beliau bahawa tidak perlu percaya pada 'hadis nabi', seperti yang menjadi pegangan ASWJ sejak sekian lama.

Malang, kamu memetik ayat-ayat Quran dalam konteks yang salah.Maka jadilah ilmu wahyu itu menurut akal, bukan akal menurut wahyu.

Perhatikan dalam ayat-ayat yg dipetik tanpa nama spt An-Nisa:87, Al-A'raaf: 185.Kalimah 'Hadis' di situ ialah ucapan/perkataan Allah.Jadi siapakah yg mempertikaikan kebenaran ucapan/perkataan Allah? Bagi kami yg menyokong dan mendukung hadis Nabi Muhammad S.A.W spt yg diriwayatkan oleh para sahabat sehingga ke hari ini, tidak satu pun ayat-ayat Al-Quran yg kami nafi atau pertikaikan.Telah lengkap sempurna semuanya.

spt firman-Nya bermaksud..

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. [al-‘Araaf 7 :52]

Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya SATU-PERSATU. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. [Hud 11:01]

..bersambung

Dalam suasana kelengkapan dan keterperincian inilah al-Qur’an meletakkan dasar serta prinsip yang jitu bahawa hadis serta sunnah Rasulullah S.A.W wajib dijadikan salah satu dari sumber syari’at yang ditaati, dirujuki dan dipegangi.

Apabila hadis dan sunnah Rasulullah disisihkan, maka ia bererti menyisih sebahagian dari dasar dan prinsip penting yang digariskan oleh al-Qur’an; dan apabila hadis dan sunnah Rasulullah ditentang, ia bererti menentang sebahagian dari ajaran al-Qur’an itu sendiri.

Adalah merupakan tindakan yang amat jahil apabila seseorang itu memahami ayat-ayat di atas secara ZAHIR (face value) sehingga mereka berkata segala apa yang berkaitan dengan agama dan kehidupan di dunia ini telah diperincikan satu-persatu di dalam al-Qur’an.

Jika inilah kefahaman mereka, maka kita nak bertanya – jika pagi tadi tanpa nama bersarapan mee goreng dan ingin mengetahui hukumnya, bolehkah tanpa nama mencarinya di dalam al-Qur’an ? Pastinya tanpa nama tidak akan menemui keterangan tentang mee goreng. Maka apakah dengan itu mee goreng tersebut menjadi sesuatu yang halal, atau haram, atau sesuatu yang dilupai oleh al-Qur’an ?

Sebaliknya jika difahami ayat-ayat di atas sebagai yang menerangkan peranan al-Qur’an dalam meletakkan dasar serta prinsip syari’at dan kehidupan, pasti kita akan ketahui bahawa Mee Goreng tersebut adalah halal dan baik untuk dimakan, kerana al-Qur’an sedia menggariskan beberapa prinsip asas pemakanan, antaranya semua yang ada di mukabumi ini adalah halal untuk dimakan (Yunus 10:59) asalkan disembelih atas nama Allah (al-An’aam 6:121) atau dari sembelihan Ahli Kitab (al-Maidah 5:05) dan ia bukan bangkai atau daging khinzir (al-Maidah 5:03); dan bahawa umat Islam sangat dianjur makan (al-An’aam 6:142) asalkan mereka tidak berlebih-lebihan (al-A’raaf 7:31).[3]

Inilah maksud dan cara sebenar mengguna-pakai ayat-ayat di atas yang menjadi asas perbincangan.

ada faham kot, tanpa nama?

wallahua'lam

Assalamu'alaikum semua,

Kisah sultan sufiyah@Syeikh Junaid Al Baghdadi dan salah seorang anak muridnya elok dijadikan teladan dan juga kisah di zaman Rasulullah bersama para sahabatnya elok dijadikan renungan mendalam, kisah-kisah tersebut adalah seperti berikut(lebih kurang maknanya):-

1. Dalam satu peperangan, para sahabat berkata, alangkah hebatnya pemuda tersebut (kelihatannya berjuang bermati-matian, gagah berani bertempur!). Jika dia gugur syahidlah dirinya. Muhammad lalu bersabda, pemuda ini dalam neraka. Kemudian tak beberapa lama, datang seorang sahabat mengkhabarkan bahawa dia terlihat pemuda yang disebut-sebut tadi mengalami luka yang agak parah, tiba-tiba dia menikam dirinya sendiri(dia membunuh dirinya sendiri kerana tak sabar menanggung kesakitan semasa kecederaan)...

2. Seorang anak murid Junaid mengasingkan diri beramal ibadah. Dia pernah mengatakan bahawa dia telah sampai ke tempat yang dituju, lagi katanya apabila beramal dia mendapati dihiburkan bidadari-bidadari syurga. Lalu Junaid mengatakan..tak mengapa, biarlah dia sementara ini. Esok perhatikan di mana dia akan ditemui...Esoknya ternyata si anak murid tadi ditemui di sebuah tandas! Si anak murid ini hanya perasan dirinya telah sampai ke kedudukan mulia, tapi ternyata dia hanya perasan.

Berikut apa yang saya faham kisah pengorbanan Ibrahim yang diperintah Allah menyembelih Ismail.

Semasa belum dikurniai anak, Ibrahim pernah berkata/berniat/bernazar dalam suatu peristiwa, seandainya aku mempunyai seorang anak pasti akan ku sembelih dirinya untuk menjadi korban...

Pada usia Ibrahim lebih kurang 86 tahun, Ibrahim dikurniai anak sulongnya bernama Ismail. Masa berlalu. Ismail pun dah boleh bekerja menyara hidup sendiri. Lalu seperti tercatat kisah Ibrahim dalam Al Quran, Allah mengingatkan Ibrahim terhadap kata-kata/niat/nazar Ibrahim melalui mimpi yang benar. Allah memerintahkan Ibrahim melaksanakan penyembelihan anak yang sangat disayanginya@Ismail. Ibrahim laksanakan. Ketika nyata Ibrahim dan Ismail telah bulat dan tekad melaksanakan perintah Allah itu, Allah mengganti Ismail dengan kibas yang didatangkan dari syurga. Inilah kibas yang diterima Allah dari pengorbanan Habil. kisah Habil dan Qabil yang menghadapi masalah pemilihan jodoh. Pengorbanan Qabil ditolak kerana Qabil mengorbankan hasil tanamannya yang tidak berkualiti. Habil pula mengorbankan seekor kambingnya yang paling berkualiti@#1. Keikhlasan memenuhi hati Habil sebab itu pengorbanan beliau Allah terima dan kambingnya dijadikan pula tebusan menggantikan Ismail. Ibrahim seterusnya tidak jadi menyembelih Ismail, tetapi Ibrahim menyembelih kibas tersebut.
(bersambung)

(Sambungan)

Lalu peristiwa korban menjadi sebahagian syariat Muhammad saw sepertimana yang berlaku setiap tahun pada Hari Raya Aidil Adha. Hakikatnya yang dituntut ialah keikhlasan dalam berkorban pada tarikat/jalan Allah. Pada makrifatnya/pengenalannya nyatalah segala-galanya milik Allah!

Al Quran itu syariatnya disampaikan kepada Muhammad melalui kalam Jibril. Jibril menjadi tarikat/jalan turunnya Al Quran dari Allah. Pada hakikat / yang sebenar-benarnya, Al Quran itu Kalam Allah dari Allah sendiri. Pada makrifatnya, matahati memandang Allahlah segala-galanya (Muhammad, Jibril, Ayat-ayat Al Quran, suara yang terbit dari Jibril dan Muhammad, semuanya milik Allah).

Pandanglah diri sendiri secara zahir maupun batin. dari hujung rambut ke hujung kaki. Jasmani dan rohani. Semuanya milik Allah.Innalillahiwainnailaihiraji'un. Pada syariatnya, pada tarikatnya, pada hakikatnya dan pada makrifatnya dari Allah jua. Kelak pada Hari Kebangkitan dikumpulkan semua manusia dan jin. Semua jin dan manusia akan dipersoalkan atas segala-galanya, diadili seadil-adilnya dan diberikan pembalasan setimpal dan seadilnya zahir dan batin.. Allah takkan ditanya. Allah tidak zalim. Manusia dan jinlah yang zalim.Allah, Dialah Tuhan, Maalikiyaumiddin..Dialah Yang Awal Dialah Yang Akhir Dialah Yang Zahir Dialah Yang Batin Dia Yang Maha Adil Maha Melihat Maha Mendengar Maha Mengetahui Maha Keras SiksaNya Maha Kasih Sayang. Hatta Muhammad dan Jibril sendiri TAKUT dan Harap kepada Allah, mencintai Allah dan orang-orang yang beriman kepada Allah, kepada para malaikat Allah, kepada Rasul-rasul Allah, kepada kitab-kitab Allah, kepada Hari Kebangkitan, kepada qadak dan qadar Allah.

Secara makna lafaz iman itu ertinya percaya. Percaya semata-mata tak diterima. Anak George W.Bush pun boleh kata - I Believe in God@Allah! I Believe In Allah's Messengers, I Believe in so on, so on..Iman/percaya memerlukan pengakuan dalam hati penuh keikhlasan, pengucapan lidah penuh kesedaran, penghayatan dan pelaksanaan amal perbuatan penuh kefahaman...Orang yang sedang dalam mabuk kerana minum arak, mengaku beriman sambil solat atau orang yang pandai, mengetahui makna-makna ayat-ayat quran, hebat berhujah tidak menutup aurat atau tidak mahu menerima kebenaran dari mulut orang lain(secara syariatnya), apakah sah iman dan Islamnya?

Salam Pakcik,

Quote: "Berkenaan perkataan HADIS, telah diterangkan dalam posting terdahulu, tak perlulah diulangi lagi.Tanpa nama telah memetik beberapa ayat Quran demi menegakkan pendirian beliau bahawa tidak perlu percaya pada 'hadis nabi', seperti yang menjadi pegangan ASWJ sejak sekian lama."

**** Yang menggunakan perkataan HADIS itu adalah Allah sendiri, tapi firman Allah itu anda tak percaya. Maka kafirlah (tak percaya) anda kepada Tuhan anda.

Quote: "Malang, kamu memetik ayat-ayat Quran dalam konteks yang salah.Maka jadilah ilmu wahyu itu menurut akal, bukan akal menurut wahyu."

**** Ayat-ayat itu mampu berdiri dengan sendirinya. Namun, di dalam konteks apa sekali pun maknanya tetap sama. Cuma anda berdegil dan tak mahu percayakan firman Allah yg terang lagi nyata, lalu anda bantah dengan cara yg batil. Buatlah Pakcik; cuma jawablah di akhirat nanti.

Quote: "Perhatikan dalam ayat-ayat yg dipetik tanpa nama spt An-Nisa:87, Al-A'raaf: 185.Kalimah 'Hadis' di situ ialah ucapan/perkataan Allah.Jadi siapakah yg mempertikaikan kebenaran ucapan/perkataan Allah?"

**** Kenapa agaknya Allah guna pakai perkataan "HADIS"? Setiap perkataan yg Allah gunakan adalah deliberate; bukannya Allah main-main. Pakcik orang bijak, pilihlah Pakcik. Belalah "anak Pakcik" tu baik-baik, nanti di akhirat anak tu akan "bantu" Pakcik.

Quote: "Bagi kami yg menyokong dan mendukung hadis Nabi Muhammad S.A.W spt yg diriwayatkan oleh para sahabat sehingga ke hari ini, tidak satu pun ayat-ayat Al-Quran yg kami nafi atau pertikaikan.Telah lengkap sempurna semuanya."

**** Cakap manis di bibir saja tapi bohong pada diri sendiri. Nanti terimalah akibatnya. Cuba perhatikan ayat-ayat yg Pakcik sendiri paparkan di bawah:

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. [al-‘Araaf 7 :52]

Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya SATU-PERSATU. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. [Hud 11:01]

**** Allah dengan jelas gunapakai perkataan "HADIS" tapi Pakcik menolaknya kerana kalau Pakcik setuju, maka Pakcik wajib sembelih kepercayaan lama yg Pakcik anuti itu. Tapi Pakcik tak sanggup kan? Tapi Pakcik yakin "Apabila datang yg HAQ maka binasalah yg batil". Pakcik tak faham akan maksud sembelihan Nabi Ibrahim itu. Pakcik asyik nak salahkan lembu dan kambing aje sebab senang nak disembelih. Lembu dan kambing tak mampu nak mempertahankan dirinya.

Alhamdulillah.

Salam kembali Pakcik,

Apa yg Pakcik cakapkan tentang nak menghalalkan mee goreng Pakcik tu memangnya betul. Tapi Pakcik itu bukanlah isunya. Isunya adalah apabila firman Allah itu sudah jelas lagi terang, ikut sajalah. Itulah yg dikatakan "Kami dengar dan kami taat".Pakcik pula asyik berdolakdalih dengan berbagai helah yg batil.

Contohnya Pakcik, Allah dengan jelas melarang kita makan bangkai, tapi saya tak percaya. Bagaiamana agaknya pandangan Pakcik pada saya?

Alhamdulillah.

Salam Orkid,

Quote:"Semasa belum dikurnia anak, Ibrahim pernah berkata/berniat/bernazar dalam suatu peristiwa, seandainya aku mempunyai seorang anak pasti akan ku sembelih dirinya untuk menjadi korban..."

**** Kat mana anda ambil cerita ini? Kenapa anda cepat sangat percaya cerita yg menghina Nabi ibrahim? Anda ingat Nabi Ibrahum itu zalim ke? Oiii ... bertaubatlah.

Quote:"Pada usia Ibrahim lebih kurang 86 tahun, Ibrahim dikurniai anak sulongnya bernama Ismail. Masa berlalu. Ismail pun dah boleh bekerja menyara hidup sendiri. Lalu seperti tercatat kisah Ibrahim dalam Al Quran, Allah mengingatkan Ibrahim terhadap kata-kata/niat/nazar Ibrahim melalui mimpi yang benar."

**** Kalau benarlah andaian anda, kenapa pula Allah kata "Engkau membenarkan mimpi itu ya Ibrahim!" Sekiranya mimpi itu dari Allah tak perlulah Allah berkata sedemikian. Yg bermakna Ibrahim sendiri yg membenarkan bahawa mimpinya itu adalah dari Allah. Anad beranggapan bahawa Allah itu macam manusia; beri arahan lepas itu cancel. Cuba bagi satu contoh di mana Allah buat macam itu. Bayangkan Allah kata KUN FAYAKUN lepas itu Allah cancel fayakun pula.

Quote:"Ketika nyata Ibrahim dan Ismail telah bulat dan tekad melaksanakan perintah Allah itu, Allah mengganti Ismail dengan kibas yang didatangkan dari syurga. Inilah kibas yang diterima Allah dari pengorbanan Habil kisah Habil dan Qabil yang menghadapi masalah pemilihan jodoh. Pengorbanan Qabil ditolak kerana Qabil mengorbankan hasil tanamannya yang tidak berkualiti. Habil pula mengorbankan seekor kambingnya yang paling berkualiti@#1. Keikhlasan memenuhi hati Habil sebab itu pengorbanan beliau Allah terima dan kambingnya dijadikan pula tebusan menggantikan Ismail. Ibrahim seterusnya tidak jadi menyembelih Ismail, tetapi Ibrahim menyembelih kibas tersebut.

**** Jadi sewaktu di syurga kambing Habil dihidupkan kembali dan ditukar Allah menjadi kibaslah. (Adakah David Copperfiekd terlibat di dalam acara ini.) Stok kibas Allah pun seekor saja nampaknya. Malang sungguh nasib kambing itu, dah disembelih, dihidupkan semula, dimasukan ke dalan syurga tapi di keluarkan kembali untuk disembelih olih Nabi Ibrahim pula. Eh!!! Ini satu cerita yg bestlah. Ish!! Ish!!! Apa dah jadi pada umat Muhammad niii !!!! Asyik mengigau aje.

Hai kambing malang sungguh nasib kau! Pergilah kau cari orkid tu dan kau mamah.

Salam 'tanpa nama'

Atas dasar husnus-zhan (bersangka baik),saya tidak mahu menghakimi kamu.Pulangkan semuanya pada Allah Azza Wajalla.

Agaknya pernah tak tanpa nama lihat ayat-ayat Quran 'Atiullah wa'atiurrasul'spt dalam An-Nisaa’ [4]: 59 .kenapa Allah tidak mengatakan taatilah Aku saja?

Kerana Allah telah menunjukkan asas-asas dan teorinya dalam Quran, manakala Rasul adalah pelaksananya, ataupun tariqat (jalan).jadi jika kamu hanya menurut Quran tanpa menurut hadis/sunnah Rasul, itu hanya khayalan ttg kebenaran yg telah disesatkan syaitan/hawa nafsu.

175. Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.

176. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

177. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.

(Q.S. Al-A’raf: 175-177)

wallahua'lam

Salam Pakcik,

Quote: "Atas dasar husnus-zhan (bersangka baik),saya tidak mahu menghakimi kamu.Pulangkan semuanya pada Allah Azza Wajalla."

**** Oiii!! Terrornya Pakcik ni dia bolih menghakim orang lain pula. Kan itu tugas Allah Pakcik? Kita setakat berbeza pendapat aje.

Quote:"Agaknya pernah tak tanpa nama lihat ayat-ayat Quran 'Atiullah wa'atiurrasul'spt dalam An-Nisaa’ [4]: 59 .kenapa Allah tidak mengatakan taatilah Aku saja?"

**** Tentulah Allah berfirman macam itu Pakcik. Tapi SYARATNYA selagi rasul mengikuti al Quran. Pernah tak Allah menegur rasul kerana beliau HAMPIR mengikut kehendak orang lain selain Allah? Apakah amaran yg Allah berikan kepada rasul Pakcik? Pakcik tahu kan? Kenapa agaknya Pakcik Allah beri amaran yg sebegitu keras sekali? Sebagai rasul beliau tak akan lupa Pakcik akan amaran dari Allah tersebut. Apa agaknya komen Pakcik?

Quote: "Kerana Allah telah menunjukkan asas-asas dan teorinya dalam Quran, manakala Rasul adalah pelaksananya, ataupun tariqat (jalan).jadi jika kamu hanya menurut Quran tanpa menurut hadis/sunnah Rasul, itu hanya khayalan ttg kebenaran yg telah disesatkan syaitan/hawa nafsu."

****Baiklah, cuba Pakcik paparkan satu saja ayat al Quran di mana Allah arah kita ikut SUNNAH RASUL.

****Mari kita huraikan ayat-ayat yg Pakcik paparkan di bawah:

175. Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.

**** Pakciklah yg berlepas diri dari ayat-ayat Allah kerana pakcik ikut ayat-ayat Allah DAN ayat-ayat selain Allah seperti abu Hurairah, Bukhari, Muslim dll.

176. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

**** Sudah berarus tahun orang-orang macam Pakcik buat begitu. Tapi tak ada pun Allah "tinggikan darjat" umat islam; Allah jatuhkan lagi ada. Jadi Allah ibaratkan mereka macam anjing, walaupun ayat-ayat Allah itu teramat terang dan jelas mereka tetap menjelirkan lidah juga; tak peduli langsung.


177. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.

**** KALAULAH ORANG MACAM PAKCIK TAK MENDUSTAKAN AYAT-AYAT ALLAH SIAPA LAGI? CAKAP AJE TAK, TAPI BUATNYA MENDUSTAKAN. Malangnya tak disedari -- Allah pun ada cerita akan perkara ni.

Alhamdulillah.

Wahai Tanpa Nama!

Mari kita sahut seruan ayat ini:

Ali Imran 61: Siapa yang membantahmu dalam hal ini setelah engkau memperoleh ilmu, katakanlah (Muhammad)"Marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isterimu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian marilah kita bermubahalah agar laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta."

Bermubahalah bermaksud masing-masing pihak di antara orang-orang yang berbeza pendapat berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh, agar Allah menjatuhkan laknat kepada pihak yang berdusta.

Kita berjumpa di mana-mana, Tanpa Nama bawa gang Tanpa Nama, saya bawa gang saya. Kemudian kita bermubahalah.

Marilah Tanpa Nama!

Pak Cik kalau nak join gang saya pun boleh! Maun, Singamaraja, Pak Karamu, Aku, Zikri juga boleh join gang saya.....

Salam Orkid,

Wow! Wow! Wow! Bunyinya macam dah naik angin. Alahai!! Ini baru berbincang dah nak bermubahalah. Pada pengalaman saya, orang syiah aje yg sering mengguna ayat itu. Kali ini orang ahlisunnah pun buat juga. Kalau tak salah bermubahalah itu dicabarkan kepada orang yahudi/nasrani yg menganggap al Quran itu tak benar. Ini sesama islam pun nak dibuat juga? Engkau Orkid dah kehabisaqn modal ke? Fikirlah baik-baik, Allah bagi masa lagi untuk difikirkan dan mohon petunjuk kepadaNya.

Pada saya, untuk manusia sejagat, biarlah kita bermohon kepada Allah agar semuanya diberi petunjuk olihNya, agar terselamat dari neraka. Saya tak nak Allah menurunkan laknatNya kepada kita di dalam kita mencari kebenaran yg haq. Allah juga berfirman "RahmatKu mengatasi KemurkaanKu". Fikirkanlah firman Allah tersebut, jangan terlalu ghairah nakkan Kemurkaan Allah kerana kalau sudah diturunkan Allah sudah tiada ubatnya lagi.

Ampunilah keterlampauan kami semua ya Allah.

Alhamdulillah.

Salam semua,

Boleh aje orkid.nak juga pakcik tengok rupa 'tanpa nama' ni.cakap aje di sini berdegar-degar..he he..

quote:"Baiklah, cuba Pakcik paparkan satu saja ayat al Quran di mana Allah arah kita ikut SUNNAH RASUL"

Jawapan

Banyak...memang banyak ayatnya..pada yang ingin buka mata dan tidak memekakkan telinga.

Lihat:

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".-Ali Imran: 31

Sebab Nuzul

Adalah diriwayatkan bahawasanya ayat ini diturunkan ketika Nabi SAW menyeru Ka'ab bin al-Asyraf dan pengikut-pengikutnya dari golongan orang-orang Yahudi supaya beriman, tetapi mereka mengatakan: "Kami anak-anak Allah SWT dan kekasih-Nya".Maka Allah SWT menyuruh Rasul-Nya untuk mengatakan: "Saya ini adalah pesuruh Allah SWT yang menyeru kamu kepada Allah, sekiranya kamu mengasihi Allah SWT ikutlah saya dan patuhilah suruhan saya, nescaya Allah SWT mengasihi pula akan kamu dan reda kepada kamu". Inilah riwayat Abu Salih daripada Ibn Abbas.

kemudian,

Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir".-Ali-Imran:32

Ibn Kathir berkata: "Ayat ini menunjukkan bahawa menyalahinya daripada cara Nabi Muhammad SAW adalah kufur dan Allah SWT tidak suka siapa yang bersifat seperti ini".

Taati Rasul itulah maksudnya mengikut segala sunnah Baginda dan tidak sekali-kali mempersenda dan anti kepada Baginda.dgn yang demikian akan membawa ketaatan kepada Allah S.W.T

Sekadar itulah dahulu.harap boleh faham kot.

wassalam

Salam Pakcik,

Nabi kita membawa al Quran semata-mata. Dia tak bawa "sunnah dia" sendiri. Dia hanya membawa "Sunatullah"; tak ada sunatulmuhammad Pakcik. Dia tidak akan berani memandaimandai campur adukkan sunatullah dengan sunatulmuhammad. Jadi apa saja yg diajar beliau adalah bersangkut paut dan consistant dengan apa-apa yg difirmankan Alah kepadanya. Malangnya Pakcik, umat Muhammad tak percaya. Maka adalah ajaran-ajaran tambahan yg kononnya dari Muhammad. Kebanyakan ajaran-ajaran tersebut timbul daripada hadis-hadis.

Bila Allah terima Islam sebagai ugama yg diredhai melalui Al Maaidah ayat 3, sewaktu itu di manakah duduknya hadis-hadis itu Pakcik?

Contohnya Pakcik, Nabi kita tak minta apa-apa pun balasan dari kita di dalam penyampaian ugama Allah. Tapi hadis kata Nabi minta kita puji dia, lagi banyak lagi bagus. Nabi-nabi sebelum Muhammad pun tak minta apa-apa dari umatnya selain dari mengharapkan keredhaan Allah. Kalaulah Pakcik jadi guru sanggupkah Pakcik minta murid-murid Pakcik puji Pakcik? Tentu Pakcik sanggupkan? Kerana Pakcik percaya Nabi kita sanggup buat begitu.

Dalam solat Pakcik, kita berjanji kepada Allah bahawa SEGALA PUJI adalah untuk Allah saja. Tapi sebelum selesai solat kita sudah puji Muhammad malahan kita minta Allah puji Muhammad pula. Kita banyak sekali berbohong pada Allah Pakcik.

Allah juga ajar kita ambil wuduk Pakcik. Tapi kita tak percaya lalu kita tambah dengan perkara lain di atas alasan sunat. Yg memberi andaian bahawa apa yg Allah ajar itu tak cukup.

Wallahu'alam.

Kepada daun69,

Botol yg kosong bukan saja ringan tapi kalau digoncang tak berbunyi langsung, kalau dipalu baru dia berbunyi macam gendang kosong.

Turunlah padang, berkongsi pendapat, kan baik? Air di simpan lama-lama pun takkan bertambah. Usahlah guna air orang saja.

69????? He!! He!!! He!!!

Salam tanpa nama,

Ya, benar.Nabi Muhammad hanya membawa ajaran dari Al-Quran.tidak ada penambahan apa-apa pun.kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w itu 'ummi'-Baginda tidak menambah apa2 kandungan Al-Quran, tapi tugas Baginda ialah menunjukkan dan memahamkan isi/mesej/isyarat dari Allah kepada sahabat dan umat Baginda.maka kerna itulah timbulnya HADIS/SUNNAH yg menghuraikan kandungan Al-Quran itu.

Kadangkala dalam Al-Quran, Allah berfirman secara umum sahaja, contohnya perintah supaya solat:

(rujuk 6:72,92; 7:170, 205; 10: 87; 11:114; 13:22; 21:73; 22: 35,41,77-78)

Jadi, ketika Al-Quran diturunkan, sahabat bertanya, jadi, wahai Muhammad, bagaimanakah caranya solat itu?
maka itulah timbulnya HADIS:

"Solatlah kamu sepertimana kamu melihat saya solat"-direkodkan oleh Bukhari dan Ahmad ibn Hambal

(bukan solatlah kamu sebagaimana puak 1 kitab 1 umat solat:))

Perhatikan lagi, tanpa nama, dalam Surah an-Najm, ayat 3-4:

"Dan apa yang diucapkannya, tidak menurut kemahuan hawa nafsunya.Ia tidaklah hanya wahyu yang diturunkan"

Nabi Muhammad tidak mereka-reka, baik solatnya, baik puasanya, hajinya, akhlaknya, muamalahnya, kesemuanya berpandukan wahyu Ilahi.tidak ada keraguan walau sebesar atom, tanpa nama.

"Para rasul adalah pembawa berita gembira dan memberi peringatan supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutuskan para rasul"-an-Nisa':165

Mengenai salawat ke atas Nabi dalam solat, perhatikan pula dalam Quran (mungkin tanpa nama tak jumpa ayat ni)

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi.Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya"- Al-Ahzab:56

Sedangkan Allah dan para malaikat bersalawat terhadap Nabi, maka besar sangatkah tanpa nama utk tidak bersalawat? maka jadilah spt iblis spt yg dibincang sebelum ni.

nauzubilllahi min zalik.

wallahua'lam

Salam Pakcik,

Quote: "Ya, benar.Nabi Muhammad hanya membawa ajaran dari Al-Quran.tidak ada penambahan apa-apa pun."

**** Cuba Pakcik bandingkan cara berwuduk yg difirmankan dalam al Quran dengan apa yg Pakcik lakukan. Sama Tak? Kalau tak sama, maka adalah penambahan Pakcik.


Quote: "Solatlah kamu sepertimana kamu melihat saya solat" (oleh Bukhari dan Ahmad ibn Hambal)

**** Kalau benarlah hadis itu Pakcik, maka bodohlah nabi kita Pakcik. Bayangkan Pakcik, kalau kita nak ajar orang memandu kereta hanya dengan berkata "Pandulah seperti mana engkau tengok aku memandu". Hadis itu menghina nabi kita Pakcik, tapi ramai umat islam tak tahu.

Quote:"(bukan solatlah kamu sebagaimana puak 1 kitab 1 umat solat:)"

****Ini Pakcik tanyalah kat dia.

Quote:"Perhatikan lagi, tanpa nama, dalam Surah an-Najm, ayat 3-4:"Dan apa yang diucapkannya, tidak menurut kemahuan hawa nafsunya.Ia tidaklah hanya wahyu yang diturunkan"

**** Fahamlah Pakcik, tak semua yg diucapkan olih nabi kita adalah wahyu. Perkara inilah yg sering mengelirukan umat islam.

Quote: "Nabi Muhammad tidak mereka-reka, baik solatnya, baik puasanya, hajinya, akhlaknya, muamalahnya, kesemuanya berpandukan wahyu Ilahi.tidak ada keraguan walau sebesar atom, tanpa nama."

**** Kalau betul kata Pakcik, kenapa dia mengharamkan untuk isteri-isterinya apa yg Allah halalkan? Lalu Allah marah dia. Kenapa dia tak suruh Zaid ceraikan Zainab pada peringkat awalnya? Lalu Allah marah dia sekali lagi. Ada lagi kes Pakcik yg Allah ceritakan dalam al Quran.

Quote: "Para rasul adalah pembawa berita gembira dan memberi peringatan supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutuskan para rasul"-an-Nisa':165

**** Ini benar Pakcik.

Quote:"Mengenai salawat ke atas Nabi dalam solat, perhatikan pula dalam Quran (mungkin tanpa nama tak jumpa ayat ni)"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi.Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya"- Al-Ahzab:56

**** Tapi Pakcik tak selawat pun pada nabi. Pakcik minta Allah pula yg selawat pada nabi. Cuba Pakcik renungkan selawat Pakcik tu, "Ya Allah selawatlah kepada saidina Muhammad".

**** Ayat ini Pakcik sudah disalah tafsir. Nabi kita amat pemalu orangnya. Dia berakhlak amat mulia. Dia tak akan perintah umatnya puji dia; dia hanya tekankan supaya umatnya sentiasa memuji Allah semata-mata. Perintah ini consistant dengan perintah nabi/rasul yg terdahulu. Lagi pun di dalam al Quran Allah terangkan bahawa nabi kita tak minta apa-apa pun dari kita; tapi firman Allh itu kita tak percaya.

Wallahu'alam.

Salam kembali cik tanpa nama,

Kita lihat ayat ttg wuduk spt dlm Al-Maidah:6

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai kedua buku lali.."

Maka lengkaplah anggota wuduk yg wajib spt yang digariskan oleh Allah, dipraktikkan oleh Rasulullah, sahabat, ulama fiqah sampai ke hari ini.pun begitu ada juga sunat wuduk spt menghadap kiblat, berkumur, memasukkan sedikit air ke dalam hidung dsb.ini berdasarkan HADIS Nabi yg merupakan perkataan/perbuatan Rasulullah.dah namanya pun sunat, nak buat, buatlah-dapat pahala. tak nak buat, takpe lah, tak dosa pun.mcamna pula kata tanpa nama, kalau ada tambahan dalam berwuduk jadi engkar suruhan Allah? sungguh keliru...tanpa nama

Dgn kebodohannya mengulas, tanpa nama nak membodohkan Nabi pula dalam hadis tu. maka jadilah bodoh kuasa 2.maksud hadis tu ialah Nabi kata 'kamu tengoklah cara saya solat'.mcamana takbiratul-ihramnya, berdirinya, rukuknya, sujudnya, bacaan semasa rukuk, sujud dll dll.susah sangat ke nak faham tanpa nama? kecuali kalau geng tanpa nama tolak hadis, maka sembahyanglah 3x sehari

Tak semua yang Nabi ucap adalah wahyu. tapi kenapa semuanya kamu tolak?

Saya tak terkejut, dengar kamu tak mahu salawat ke atas Nabi.2 kalimah syahadah pun lain.Nyata kamu bukan umat Muhammad S.A.W.Mungkin akidah pun dah out.

wallahua'lam

Salam Pakcik,

Pakcik memangnya orang bijak, saya tabiklah.

Beginilah Pakcik, kalau Pakcik jadi ketua kampong dan Pakcik diarah mengadap Menteri Besar untuk diberi satu projek. Di dalam pejabat MB, beliau memberi arahan agar Pakcik membina sebuah masjid di kampong Pakcik yg bernilai RM1 juta. Tapi Pakcik bina masjid bernilai RM2 juta kerana masjid RM2 juta lebih baik daripada masjid RM1 juta. Agak Pakcik, marah tak MB pada Pakcik?

Itu baru arahan MB Pakcik, ia itu seorang manusia aje. Bagaimana agaknya sekiranya arahan Allah swt kita modify?

Tapi umat islam kata nabinya sanggup modify firman-firman Allah hanya berdasarkan cerita orang aje.

Kalau ketua kampung buat masjid yang kualiti dan spesifikasinya 2 juta dgn harga 1 juta macamana, tanpa nama? adakah PM nak marah? tentu PM tersenyum lebar dan bangga dgn ketua kampung macam tu!

Lihat, hujah berdasar akal dgn senang sekali boleh dipatahkan oleh logik akal!

Namun wahyu dari Al-Quran dgn explanation dan practicality dari Sunnah Rasulullah (aspek akidah,ibadah,akhlak) adalah ilmu tertinggi tanpa sebarang takwil dan keraguan.itulah yg dinamakan konsep hieraki ilmu (maratib al-ulum). manakala aspek-aspek kehidupan kontemporari spt sosial, ekonomi dibenarkan penyesuaiannya (ijtihad) kerana Islam itu mudah.

Jadi tanpa nama, jangan lah menyongsang arus, nanti kelak terhanyut arus hawa nafsu dan iblis!

wallahua'lam

Pakcik,

Sampai kiamat pun takkan terbina masjid yg mempunyai kualiti dan spesifikasi RM2 juta mmampu dibina dengan harga RM1 juta. Pakcik ni belum bangun dari tidor lagi rupanya.

Pakcik firman Allah yg jelas dan terang pun nak dimodify juga. Kan Allah dah sindir kita Pakcik dengan bermaksud sekiranya Allah nak tambah lagi jumlah ayat-ayat al Quran itu berbillion ayat tak menjadi masalah; cuma ia akan menjadi masalah besar kepada kita nanti. Apa yg Allah beri itu terimalah dan cukuplah untuk kesejahteraan kita dunia dan akhirat.

Ini bukan kerana sengaja nak melawan arus Pakcik. Ini soal benar atau salah, tauhid atau syirik, syurga atau neraka. Kalau terpaksa melawan arus, nak buat macammana Pakcik. Bukannya orang lain nanti akan kena jawab; saya sendiri kena jawab.

Wallahu'alam.

Itu cuma analogi, tanpa nama.kerna akal itu ada batasnya.Akal adalah juga makhluk.Tuhan tak mungkin dikenali dengan akal dan ilmu. Begitu juga Al-Quran sebagai kalamullah, tidak mungkin hanya difahami dengan akal dan logik semata.

Saya bagi contoh, jika tanpa nama nak jadi pakar bedah jantung, saya suruh baca dan hafal saja buku 'How To Operate A Heart' tulisan seorang Pakar Bedah Jantung.

Bolehkah tanpa nama bedah jantung dengan hanya hafal buku? tentu sekali tidak, kerna itu tanpa nama perlu dilatih dibawah asuhan dan pemerhatian seorang Pakar Bedah Jantung sehingga di'certified' lulus.

Maka begitulah tugas rasul-rasul sebagai pembawa agama tauhid utk mendidik seterusnya pembimbing dan menjadi tauladan kpd umat manusia.

Sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi dan rasul terakhir sebagai contoh teladan untuk diikuti:

"Sungguh, telah ada suri teladan yang baik pada (diri) Rasulullah bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah" -Al-Ahzab:21

Terang-terang Allah menyuruh kita mengikut Rasulullah, tanpa nama, kerana Rasulullah telah menunjukkan teladannya berdasarkan Al-Quran. maka disinilah pentingnya mengkaji sirah, sunnah/hadis baginda..wahai tanpa nama

wallahua'lam

Salam Pakcik,

Memang benar firman Allah tu Pakcik:

"Sungguh, telah ada suri teladan yang baik pada (diri) Rasulullah bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah" -Al-Ahzab:21

Yg dikatakan "suri teladan yg baik" tu kan terkandung di dalam ayat di bawah ni Pakcik?

[2:285] Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya (rasul beriman kepada AL QURAN Pakcik), dan juga orang-orang yang beriman (orang-orang mukmin pun beriman kepada al Al Quran Pakcik); semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya (semua perkara ini ada dalam al Quran Pakcik). (Mereka, [termasuklah nabi kita Pakcik] berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka (termasuklah nabi kita juga Pakcik) berkata lagi: "Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". Kat mana pula timbulnya hadis Pakcik? Tak adapun Allah mention hadis Pakcik!

Firman Allah tu juga merangkumi nabi kita yg terima wahyu tu Pakcik. Kalau nabi kita pun beriman kepada al Quran takkan dia berani adakan hukumnya sendiri Pakcik.

Perintah Allah tak sama dengan perintah manusia Pakcik. Jangan terikut sangat dengan cerita-cerita orang yg Pakcik pun tak kenal mereka itu; patuhlah pada perintah Allah Pakcik.

Kalau kita tersalah kerana ikut perintah Allah, mungkin Allah bolih lagi ampun Pakcik. Tapi kalau kita salah kerana ikut perintah selain Allah Pakcik, tak ada maaflah nanti.

Buatlah apa yg Pakcik suka. Kubur asing-asing. Saya setakat memberi ingat saja, kalau Pakcik fikir saya salah, tak usahlah ikut.

Alhamdulillah.

Jangan jadi manusia yang BUTA HATI, tanpa nama.

Bukankah jelas dalam Al-Ahzab:21 itu Allah menyuruh kita mengikut suri teladan (MODEL) yang telah digariskan Rasulullah. Nah, bagaimana mengikut model Rasulullah yang telah meninggalkan kita lebih 1400 tahun dahulu. kena tengok youtube kah?

Jawabnya begitu terang dan bersuluh, ianya terkandung dalam ratusan ribu HADIS-HADIS yang telah dicatat dan diperturunkan oleh para Sahabat Baginda sehingga hari ini.

Ya, nanti tanpa nama dan saya mati kubur lain-lain dan tanpa nama boleh memperlekeh dan menyindir saya seadanya, tapi tanpa nama, kami tidak boleh membiarkan kamu semahunya merendah-rendahkan dan memperleceh kemurnian ajaran agama Islam seperti yang dibawa Rasulullah.

kita jumpa lagi..

wassalam

Salam Pakcik,

Maafkan saya sekiranya perasaan pakcik tersinggung.

Sekali lagi saya tekankan, ini bukannya persoalan perasaan (ego) tapi ia adalah persoalan yg haq dan yg batil.

Kalau benarlah pengertian Pakcik tentang maksud dan tujuan ayat itu, maka nabi kita tak akan bolih berihat langsung kerana beliau akan sentiasa dikerumuni olih umat-umatnya pada setiap masa kerana mereka hendak menyaksikan segala perbuatan dan tingkah-laku beliau untuk dibuat sebagai teladan. Tak pernah pula berlaku keadaan sedemikian di dalam sejarah rasul, Pakcik.

Fikirkanlah baik-baik Pakcik.

Alhamdulillah.

sungguh kelakar hujah kamu ni.

Baginda Rasulullah s.a.w yang hidup 1400 tahun lalu menjadi ikutan sahabat yang hidup sezaman baginda (live model).

kemudian, cara hidup Islam itu menjadi ikutan tabi'in, kemudian para tabi'ittabi'in (generasi ke generasi).jadi kerna itulah ditulis dan dibukukan HADIS-HADIS supaya cara hidup Rasulullah itu tidak terpadam begitu saja oleh lipatan sejarah, dan boleh diikuti sehingga kini.

Kerna itu bagi mereka yang mendalami tariqat/tasawuf dan ilmu-ilmu lain yang seumpamanya spt ilmu hadis menekankan supaya hanya mengikut guru-guru yang sanad ilmunya sampai kepada Rasulullah. kalau tidak, jadilah ilmu itu dipengaruhi syaitan.

quote:Kalau benarlah pengertian Pakcik tentang maksud dan tujuan ayat itu, maka nabi kita tak akan bolih berihat langsung kerana beliau akan sentiasa dikerumuni olih umat-umatnya pada setiap masa kerana mereka hendak menyaksikan segala perbuatan dan tingkah-laku beliau untuk dibuat sebagai teladan. Tak pernah pula berlaku keadaan sedemikian di dalam sejarah rasul, Pakcik

ulasan:

Katalah Chef Wan nak ajar tanpa nama buat kek-lalu tanpa nama tengoklah mcamana dia buat, dan salin resipi-resipi dia.

kemudian lepas tu tanpa nama sendiri nak buat kek, perlukah tanpa nama jumpa chef wan @ tengok video dia lagi?

Begitu jugalah analogi ilmu yang diajar oleh Rasulullah, tanpa nama.

Bukalah hati sikit, celikkan minda, zikirlah kepada Allah selalu, semoga dilimpahkan Nur kefahaman.

wallahua'lam

Salam Pakcik,

Elok juga Pakcik buat cef Wan sbg contoh. Kalau cef Wan nak ajar saya memasak Pakcik, pertama dia akan kata, "Mari aku ajar hang masak". Lepas itu baru dia tunjukan segala alat dan ramuan-ramuan yg diperlukan. Lepas itu baru dia ajar satu persatu bagaimana caranya nak masak masakan itu, Pakcik. Barulah betul caranya.

Tapi kalau cef Wan kata, "Hang masaklah bagaimana hang tengok aku masak". Saya tak mahu belajar masak dengan dia Pakcik; sebab itu cara orang bodoh mengajar.

Ada tak Pakcik hadis di mana nabi kita,"Wahai umatku yg tak pernah solat, aku nak tunjukkn bagaimana kalian semua nak lakukan solat kerana aku baru saja pulang dari israk-mekraj dan solat diwajibkan kepada kita semua."

Tak ada kan Pakcik?

Tapi yg ada hanyalah "Engkau solatlah sebagaimana engkau lihat aku solat". Sebab itulah maka cara solat kita berbeza-beza Pakcik. Ada yg tangannya diletak lurus ke bawah, ada yg letak kat pusat, ada yg letak tangan kat dada, ada yg lafaz niatnya, ada yg tidak, ada yg baca .... ada banyak macam bezanya, Pakcik. Bila gurunya ajar tak betul, maka murid-muridnya berkecamuklah.

Siapa sebenarnya yg menghina nabinya Pakcik kalau bukan orang-orang seperti Pakcik?

Kalau nabi kita tanya Pakcik nanti, "Pakcik, engkau ingat aku ini bodoh kah mengajar orang solat macam itu?" Macam mana Pakcik, sebagai umatnya, nak jawab?

Alhamdulillah.

Nabi Muhammad s.a.w tidaklah sesingkat pemikiran kamu itu, wahai tanpa nama.

Apabila Baginda mengatakan 'solatlah kamu sebagaimana saya solat', ianya bermaksud mempraktikkan cara solat baginda-bagaimana cara berdiri, cara mengangkat takbir,cara sujud,rukuk,iktidal, bacaan-bacaan dalam solat, apa yang membatalkan solat etc etc. semuanya diajar oleh Nabi dari A-Z dan kadangkala Nabi menegur para sahabat yang membuat kesilapan.

Ini kerana pada masa itu para sahabat belajar secara LANGSUNG dari Nabi Muhammad.Jadi bagaimanakah generasi yang hidup selepas kewafatan baginda dan sahabat (katalah 100-200 tahun selepasnya) belajar cara solat itu?

Tidak lain mereka diajar secara langsung oleh para sahabat yang belajar juga dari sahabat atau Rasulullah sendiri.HADIS tidak lain hanyalah dokumentasi kata-kata/perlakuan/penzahiran perbuatan Rasulullah yang berkaitan dengan apa yang difirmankan Allah dalam al-Quran.

Maka selepas itu lahirlah disiplin ilmu FIQH yg diterajui Syafi'i, Hanbali, Maliki & Hanafi yang mengkaji Al-Quran dan Hadis Baginda lalu membukukan hasil kajian dan ijtihad mereka untuk memudahkan generasi-generasi selepas itu beramal ibadah.

Contoh: ayat Quran yang menegaskan perlunya menghadap kiblat semasa solat (rujuk Al-Baqarah:149).

Ianya adalah rukun solat. tapi bagaimana kalau dalam keadaan musafir (tak tahu langsung arah kiblat) atau dalam peperangan misalnya?

Jadi ulama-ulama berpegang kepada cara solat Nabi dalam keadaan2 sebegitu. cthnya:

'Ibn Omar meriwayatkan saya melihat Rasulullah bersolat di atas seekor keldai semasa dalam perjalanan ke Khaybar' (HR Abu Daud, Malik dan Ibn Hibban)

Begitu banyak lagi contoh-contoh hadis (tentu sekali tidak bertentangan dengan ayat Al-Quran) yang menerangkan dengan sejelas-jelasnya bagaimana cara solat Nabi.

Tak perlu nak ikut solat cara 1 Tuhan 1 kitab 1 umat nak solat.sah-sah memang sesat dan menyesatkan.

wallahua'lam

Pakcik,

Kita mempunyai seorang saja nabi yg terakhir dan satu saja Kitab yg terakhir. Sepatutnya kita hanya mempunyai satu cara saja melakukan solat. Namun, orang sunni mempunyai 4 mazhab yg solat mereka pun berbeza-beza. Itu tidak diambil kira orang syiah lagi.

Saya sedang semak hadis-hadis Sahih Bukhari tentang solat. Setakat ini tak ada pun terjumpa nabi kita mengajar solat secara teratur Pakcik. Paling hampir yg saya jumpa adalah:

Narrated Abu Huraira:

Once the Prophet entered the mosque, a man came in, offered the prayer and greeted the Prophet. The Prophet returned his greeting and said to him, "Go back and pray again for you have not prayed." The man offered the prayer again, came back and greeted the Prophet. He said to him thrice, "Go back and pray again for you have not prayed." The man said, "By Him Who has sent you with the truth! I do not know a better way of praying. Kindly teach Me how to pray." He said, "When you stand for the prayer, say Takbir and then recite from the Qur'an what you know and then bow with calmness till you feel at ease, then rise from bowing till you stand straight. Afterwards prostrate calmly till you feel at ease and then raise (your head) and sit with Calmness till you feel at ease and then prostrate with calmness till you feel at ease in prostration and do the same in the whole of your prayer."

Kalau Pakcik jadi orang di atas, sama tak solat Pakcik sekarang dengan apa yg diajar olih nabi kita di atas?

Salam,

Book 004, Number 0768:

Abu Salama reported that Abu Huraira recited takbir in prayer on all occasions of rising and kneeling. We said: O Abu Huraira, what is this takbir? He said: Verily it is the prayer of the Messenger of Allah (may peace be upon him).

Book 004, Number 0769:

Suhail reported on the authority of his father that Abu Huraira used to recite takbir on all occasions of rising and bending (in prayer) and narrated that the Messenger of Allah (may peace be upon him) used to do like that.


Book 004, Number 0765:

Abu Huraira reported: When the Messenger of Allah (may peace be upon him) got up for prayer, he would say the takbir (Allah-o-Akbar) when standing, then say the takbir when bowing. then say:" Allah listened to him who praised him," when coming to the erect position after bowing, then say while standing:" To Thee, our Lord, be the praise", then recite the takbir when getting down for prostration, then say the takbir on raising his head, then say the takbir on prostrating himself, then say the takbir on raising his head. He would do that throughout the whole prayer till he would complete it, and he would say the takbir when he would get up at the end of two rak'as after adopting the sitting posture. Abu Huraira said: My prayer has the best resemblance amongst you with the prayer of the Messenger of Allah (may peace be upon him).

***** Perhatikan hadis-hadis dari Abu Hurairah pun bercanggah isi kandungannya tentang hal solat.