Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Mengenal Diri Yang Ke 73


Rengkasan sejarah empat anasir

Nur Muhammad Mengunjungi empat Anasir Alam Yang Nyata


Selepas Allah s.w.t menjadikan Rohani maka Allahpun jadikan empat sumber alam yang nyata yang terdiri dari Tanah Nurani, Air Nurani, Angin Nurani dan Api Nurul 'Adhom, anasir ini seperti yang di nyatakan pada mengenal diri yang ke 72, selepas saja anasir yang empat ini di cipta oleh Allah maka Allah perintahkan kepada Nur Muhammad (Hakikatul Muhammadiyah) pergi melawat ke empat-empat anasir tersebut (ketika ini tiada satu alam nyatapun yang ujud) Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa ketika ini manusia jasmani belum lagi di jadikan Allah seperti yang di nyatakan dalam quran Al Insan ayat 1 kemudian di sambung pada ayat Al Baqarah 29 dan pandangan quran Fi Zilalil Quran terjemahan syed Qutub

Kunjungan Nur Muhammad

Kunjungan Nur Muhammad (Jangan kaitkan dengan Muhammad saw) pada peringkat ini, kunjungan pertama kepada anasir angin nurani dan salam di beri, lalu salam di sambut, ketika ini angin nurani memperlihatkan sikap dan sifatnya kepada Nur Muhammad, dia menjangkakan tiupannya yang kecang serta egonya dapat mempersonakan Nur Muhammad, lalu Nur Muhammad berkata " Adakah engkau menyedari akan kelemahanmu ? Jawab angin nurani "Engkau lihat aku kuat, aku hebat dan aku akan di tempatkan di langit dan juga bumi" Jawab Nur Muhammad " Adakah engkau menyedari bahawa engkau akan di pergunakan oleh manusia, jawab angin " jika demikian engkau rupanya lebih baik daripada aku, jawab Nur Muhammad "Aku adalah makhluk Allah yang di jadikan sama seperti kamu hanya Allah sahaja yang terlepas dari serba kekurangan

Selepas Nur Muhammad mengunjungi angin maka dia pergi pula mengunjungi Api Nurul Adhom yang pada ketika ini sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya, lalu Nur Muhammad memberikan salam kepadanya lalu Api menyahut salamnya, kemudian dia terus memperlihat sikapnya yang di anggap kuat dan hebat apabila aku di sentuh atau menyentuh nescaya musnahlah sesuatu itu, lalu Nur Muhammad berkata " Adakah engkau menyedari bahawa satu hari nanti manusia akan mempergunakan kamu ? Jawab Api jika demikian engkau lebih baik daripada aku, jawab Nur Muhammad aku adalah hamba yang Tuhan jadikan sama seperti kamu juga, hanya Tuhan saja yang tiada cacat celanya

Selepas mengunjungi Api maka Nur Muhammad pun pergi mengunjungi Air, ketika ini Air sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya, lalu Nur Muhammad memberikan salam kepadanya, lalu salam itu di sambut, Air berkata tidakkah engkau melihat kehebatanku ? Aku ganas, aku kuat, Aku pemusnah, tiada siapapun yang menandingi aku, lalu Nur Muhammad berkata " Tidakkah engkau tahu satu hari nanti kamu akan di pergunakan dan di perintah oleh manusia ? Jawab Air " Jika demikian kamu lebih baik daripada aku "jawab Nur Muhammad "Aku adalah hamba Tuhan sama seperti kamu hanya Allah saja yang tiada cacat celanya

Akhirnya Nur Muhammad pergi pula berjumpa dengan Tanah Nurani lalu memberikan salam kepadanya, salam itu di sambut oleh Tanah dengan baiknya, ketika ini tanah sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya yang tenang, dia tidak bongkak, sombong, ego, malah dia sentiasa merendahkan dirinya, lalu Nur Muhammad memperkenalkan dirinya yang di perintah Allah untuk mengunjungi Angin, Api, Air dan dia sendiri lalu Nur Muhammad berkata " Engkau sesungguhnya akan menjadi kekasih kepada Allah (Muthmainnah) Jawab Tanah "Engkau rupanya lebih baik daripada Aku, lalu jawab Nur Muhammad " Sesungguhnya aku sama seperti kamu iaitu hamba kepada Tuhan yang menjadikan aku, hanya Tuhan yang tiada cacat dan celanya

Selepas Nur Muhammad mengunjungi le empat-empat anasir tersebut maka Nur Muhammadpun melaporkan kepada Allah hasil selidiknya, lalu Allah berfirman : Sesungguhnya Aku telah memakluminya dari ilmuKu sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia (jasmani) dari Empat anasir tersebut kerana Aku tidak mahu bersikap tidak adil terhadap empat anasir yang Aku jadikan serentak (KUN) itu, sejarah anasir ini di padankan dengan firman Allah dalam surah al anbiya ayat 30 dan 32 dan surah al fussilat ayat 9 hingga 12 serta surah qaf ayat 38

Demikianlah rengkasan cerita asal usul alam yang nyata yang Allah jadikan dari empat anasir tersebut yang mempunyai berbagai ragam makhluknya untuk renungan kita bersama dan melihat perangai setip daripada kita dan alam yang lain




Comments (29)

Salam Pak Karamu,

Kat mana Pak Karamu ambil cerita niii?

Mohon nas-nasnya Pak.

Kalau takde, siapa-siapa pun bolih cerita.

Salam
Baca tafsir quran tafsir Ibnu Kathir dan tazakkur aulia dan masa saya berguru dulu

Terima kasih Pak.

salam pak,
yang lain semuanya nurani, kenapa api nurul adhom?

Salam

Sebab api nurul adhom menunjukkan api itu tersangat kuat, hanya satu anasir itu saja untuk asal usul Jin, kerana itu di katakan sejahat-jahat manusia sebaik-baik Jin jadi bererti Jin itu tersangat jahat dan kerana itu juga apabila anasir tersebut ada pada manusia maka di campur oleh Allah lagi dengan tanah,air dan angin sebagai cooling sistemnya

Salam Pak,

Bukankah unsur tanah, api, air dan angin itu asalnya dari Nur Muhammad juga?

lihat di-http://abuahsan.blogspot.com/2009/02/penciptaan-nur-muhammad-saw.html

Salam Pakcik

Benar ! Sebab itu di hujung perkataan tanah,air dan angin itu di hujungnya ada perkataan nurani kecuali api, namun api juga ada di sebut nurul ertinya nur juga ini membawa kepada maksud semuanya nur belaka

Adapun perbezaan nurani dan nurul adhom itu ialah nurani bersifat baik sementara nurul adhom bermaksud cahaya yang tinggi erinya kuasa nya terlebih dan sukar di kawal

Jazakallah..Pak

Pak..bagaimana dengan ilmu martabat tujuh?

lihat: http://walikutub.tripod.com/hakikat/hakikat.html

Adakah sesuai dibincang secara terbuka di blog ni?

Kalau Pak nak berhubung secara personal dgn saya, ni email add saya: drpakcik@yahoo.com

salam.

Slam

Sebenarnya martabat tujuh asal usul ilmunya daripada sifat ma;ani yang tujuh, akan tetapi pengamalnya tidak begitu mahir asal usul sifat itu tambahan pula mereka tidak melazimkan sifat itu dengan sifat Maanawiyah menyebabkan mereka hanya beramal biasa sahaja

Salam Pak Karamu,

Quote:"kerana itu di katakan sejahat-jahat manusia sebaik-baik Jin"

****** Kalau benarlah kata-kata ini Pak, jin tak mersasa syurga nampaknya. Bayangankanlah, manusia yg terjahat, mungkin seperti Fir'un, tak akan masuk syurga. Jin yg terbaik di bawah lagi ... masakan jin boleh merasa syurga.

Ish! ish! ish! malang sungguh nasib jin.

Salam

Jangan silap Jinpun ada yang islam dan istilah jahat tu di nyatakan oleh hadis juga mungkin istilah jahat tu adalah ketegasannya tentang akidah di pandang oleh orang syari'at sebagai jahat kerana jahat itu adalah sikap yang baik juga seperti nafsi amarah, iaitu ada amarah yang baik dan juga jahat

Salam Pak Karamu,

Inilah yg dipanggil "menegakkan benang yg basah". Kita terima saja bulat-bulat apa yg orang dulu kata. Kalau didapati salah, kita akan cari jalan bagaimana nak membetulknnya. Inilah yg Allah maksudkan,"Adakah kamu mempunyai kitab yg di dalamnya kamu kamu memperolihi apa-apa saja yg kamu mahu?"

Kalau Pak kata itu adalah hadis. Itulah hadis palsu. Nabi kita bijaksana, takkanlah beliau berkata macam itu.

Saya pun belum pernah jumpa hadis sebegini.

Setahu saya, di kalangan jin pun ada yang mencapai taraf Kekasih Allah@wali Allah.

Cuma dari segi darjat antara kekasih Allah dari bangsa jin dengan kekasih Allah dari bangsa manusia,dari kalangan bangsa manusia lebih tinggi tarafnya....Laqad khalaknal insaanafi ahsanitakwim..Surah At-tiin..Begitu juga dengan malaikat, darjah ketakwaan insan di sisi manusia boleh lebih tinggi dari malaikat,seperti yang berlaku dalam kejadian Israk Mikraj, Jibril hanya mampu naik sehingga ke langit ke-7 sahaja, Muhammad Rasulullah saw, naik melebihi dari Jibril.Kata Jibril kepada baginda saw-jika aku menemanimu lebih dari ini,nescaya diriku akan hangus terbakar....kalau tak betul tolong betulkan....terima kasih.

Pandangan dan pendapat peribadi saya saja-Jika diteruskan renungan terhadap kata-kata ini-"sebaik-baik jin,sejahat-jahat manusia", sedikit sebanyak kita boleh mendapat sedikit kefahaman.

Jika jin dalam maksud ayat ini merujuk kepada Iblis,ayat ini tepat.Mari kita lihat sikap dan sifat Iblis seperti yang telah dilaksanakannya dengan menipu Adam dan Hawa.Iblis sangat licik,dibisikkan kata-kata penipuan yang lebih kurang begini..Allah hanya melarang kamu mendekati pohon khuldi bukan melarang memakannya.Dengan memakannya kamu akan terus kekal di syurga ini.Itulah bisikan Iblis yang berbangsa jin kepada Hawa. Hawa terpengaruh, lalu dipujuknya Adam. Adam yang memang mengerti dan faham akan larangan Allah, termakan jua pujukan Hawa.(Itulah salah satu kelemahan orang lelaki, mudah tewas kepada rayuan wanita!)Lalu mereka memakan buah khuldi itu. Itulah caranya Iblis berbangsa jin memperdaya Adam dan Hawa yang berbangsa manusia dengan melakonkan watak yang berskrip ayat-ayat terbaik. Kata-kata Iblis baik-baik belaka seolah-olah dialah jin yang sangat baik.

Manakala bagi ayat sejahat-jahat manusia, kita boleh ambil kefahaman begini...Jika manusia mengambil cara, bersikap dan bersifat seperti mana yang Iblis buat kepada Adam dan Hawa dahulu terhadap orang lain, maka jadilah dirinya sejahat-jahat manusia!

Itulah sedikit kefahaman terhadap ayat-"Sebaik-baik jin,sejahat-jahat manusia."

Itu pandangan peribadi saya sahaja terhadap ayat ini. Jika tak bersetuju, terpulang kepada diri sendiri.

Bagaimana pula ulasan Tanpa Nama, Pak Karamu dan yang lain-lain.

Salam

Kamu cepat sangat nak menuduh, cuba baca balik 19 18 33 fahamkan baik-baik nahu ayat itu, jangan main tuduh-tuduh sembarangan, fahaman kamu jika di dapati berlainan dengan fahaman saya maka kamu rujuk betul-betul mula 14 22 28, nampaknya kamu sengaja mahu mencari kesalahan orang lain sedangkan kamu tidak teliti, nah kali ini kamu terkena juga, saya harap kamu jangan bersikap gelojoh

Ahlan Wa Sahlan

Saya tak jumpa Pak Karamu sebut sejahat-jahat Jin, yang Pak Karamu sebut ialah sejahat-jahat manusia,faham saya pada 19 18 33 menyatakan tentang jahat manusia yang bertaraf syayatinul Ins kerana di kaitkan dengan akidah, tidak timbul soal Jin masuk syurga ataupun tidak, nampaknya tanpa nama merapu lagi

Apa yang saya faham yang masuk neraka di kalangan Jin ialah yang mana yang bertaraf syaitan sama seperti manusia yang bertaraf syaitan manusia

Singamaraja,

Quote:"Saya tak jumpa Pak Karamu sebut sejahat-jahat Jin, yang Pak Karamu sebut ialah sejahat-jahat manusia,faham saya pada 19 18 33 menyatakan tentang jahat manusia yang bertaraf syayatinul Ins kerana di kaitkan dengan akidah, tidak timbul soal Jin masuk syurga ataupun tidak, nampaknya tanpa nama merapu lagi"

Cara kamu ni teringatk saya akan lagu lama yg berbunyi "Kalau hati sudah suka semua indah saja, itulah tanda ...." Sampai barang yg terang pun tak nampak. Benarkah kamu ada 2 ijazah masters?

Itulah dia kalau sudah terlampau taksub kepada manusia; begitulah jadinya.

TAKSUBLAH PADA ALLAH --- PASTI SELAMAT.

Salam Pak Karamu,

"Sejahat-jahat manusia sebaik-baik jin" secara dipaparkan adalah "satu statement of fact" kata jawa. Ayat ini berdiri dengan sendirinya dan maknanya jelas sekali bagi orang yg berakal fikiran.

Ayat ini menghina kaum jin. Mereka pun dicipta olih Allah untuk beribadah kepadaNya. Malahan nama jin disebut dulu, mungkin sebagai menyatakan bahawa mereka lebih senior dari manusia. Jadi sekiranya ayat di atas benar maka Allah telah menzalimi kaum jin. TAPI ALLAH TIDAK MENZALIMI SESIAPA PUN.

Janganlah cuba nak berselindung di sebalik telunjuk pula; kalau tersalah mengaku ajelah, habis cerita.

Ahlan Wa sahlan

Ai ! marah nampak ?

Ada bela Jin ke ?

Oooo! Jin di sebut dulu ya, bagaimana dengan ayat Al An 'am 172 , mengapa Allah sebut manusia dulu ? Belajarlah baik-baik, jangan gelojoh, ulaslah dengan berhemah, kamu ni kasar sangatlah, kita berhujah di dalam blog Umarak Dagang ini untuk mencari dan menambah ilmu, bukan mencari salah orang, perbetulkan diri dulu kemudian barulah bersuara ok bye !

Singa oh singa,

Quote: "Oooo! Jin di sebut dulu ya, bagaimana dengan ayat Al An 'am 172 , mengapa Allah sebut manusia dulu ? "

Allah itu Maha Kaya, Dia nak tunjuk kepandaian anda yg ada 2 masters degree.

Surah Al An'aam itu cuma ada 165 ayat aje, yg anda pandai tambah-tambah sampai 172 ayat tu kenapa? 165 ayat itu tak cukup ke?

Nah! Sekarang siapa agaknya yg gelojoh?

Macam mana saya tak tegur!! Salahnya terang sangat. Itu pun berkaitan barang yg nampak. Kalau benda rohani, zat, sifat, afaal, ismak, alam lahut, alam jabarut, dll bagaimana agaknya?

Ahlan Wa Sahlan

Ma'af pembetulan ayat al an'am 112 bukan 172, amboi ! salah teknikalpun pelupuh juga ke ? betullah kamu ni memang mencari salah orang saja, nampaknya kamu ni tiada kompromi langsung dan kamu masuk lamanni memang mencari kesalahan orang kemudian pelupuh, orang jenis apa kamu ni ha ?

Kalau silap tegur dan perbetulkan dengan baik sangka bukan macam bahasa jin dari jenis manusia kan gitu ?

Nak belajar, banyak tanya tak apa jangan banyak soal...tak mendapat yop!..permulaan ilmu, penyudah adab. Manusia beriman dari Muhammad s.a.w..manusia Islam dari yang beriman, dari yang Islam inilah jadinya jin dan kafir dan segalanya...

Maksud Pak Karamu sejahat-jahat manusia yang Islam, adalah sebaik-baik jin yang Islam

Singamaraja,

Anda orang yg mempunyai 2 ijazah masters tak bolihlah buat silap macam itu!!!! Kalau macam saya dan yg lain-lain tu masih bolih diterima kesalahan macam itu.

Ada juga soalan saya yg anda belum jawab lagi kan? Saya memang amat mengharapkan jawapan dari anda kerana Allah telah memuliakan anda dengan ilmu yg tinggi.

Tidakkah anda perhatikan bahawa Al An'aam 112 itu menceritakan tentang MUSUH-MUSUH NABI? Kenapa Allah dahulukan manusia di dalam kes sebegini? Adakah ini suatu penghormatan? TIDAK!! Ia menggambarkan bahawa manusialah yg paling top di dalam hal ini kalau dibandingkan dengan jin.

Salam,

Tanya dengan soal itu apa bezanya?

Quote:"Maksud Pak Karamu sejahat-jahat manusia yang Islam, adalah sebaik-baik jin yang Islam"

***** Kalau jin berkata, "Sejahat-jahat jin islam adalah sebaik-baik manusia islam" Apa agaknya akan dikata pula olih manusia?

Tanya itu mewarisi hikmah, mewarisi wirid, wirid mewarisi warid dan seterusnya...soal itu mewarisi ketidakpuasan mewarisi kegolojohan, merosakkan hati...

Sejahat-jahat jin Islam lebih mendekati kepada kufur.

Kalau dikatakan "Soal itu mewarisi hikmah, mewarisi wirid, wirid mewarisi warid dan seterusnya...tanya itu mewarisi ketidakpuasan mewarisi kegolojohan, merosakkan hati..." ***** Bagaimana pula? Jangan masuk dalam bakul, angkat sendiri.

"Sejahat-jahat jin Islam lebih medekati kepada kufur." ***** Dan sejahat-jahat manusia kafir, munafik, syirik dan melakukkan kerosak di muka bumi.

Tak perlu masuk bakul kerana neraka tu memang pasti untuk sekelian manusia. Manusia yang sentiasa melihat dirinya serba cukup tidak akan kemanapun, kesisi Tuhan lah penyudahnya dengan penuh ketakutan....dunia tidak termuat untuk ilmu Tuhan yang pelbagai rahsianya. Wajib didengar bagi yang sudah sampai, sunnah bagi yang menjalaninya, bidaah kepada yang bukan mahramnya...

Bismillah.
Assalamualaikum, Apa yang Pak Keramu terangkan itu benar. Susah lah jika menda yg remeh pun tak boleh faham. Teruskan je Pak. InsyaAllah.

Tengah syok baca komen2 kat sini...tiba2 rasa terganggu dengan nada yang tidak menghormati diskusi.