Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Mengenal Diri Yang Ke 75

Salam

Sila sama-sama kita perbetulkan tentang ejaan dan ayat-ayat

Penciptaan Adam Manusia Pertama

Sebelum Allah s.w.t menjadikan Adam sebagai manusia yang pertama, terlebih dahulu Allah s.w.t telah memaklumkan kepada para malaikat bahawa Dia akan menjadikan manusia untuk menjadi pengganti makhluk yang terdahulu daripadanya (Khalifah)

Dalam sebuah firman Allah (Al Baqarah ayat 30) menyatakan yang bermaksud:

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat "Sesungguhnya Aku akan menjadikan se orang khalifah di muka bumi"

Khalifah di sini bermaksud pengganti, iaitu manusia khalifah yang akan mengantikan bangsa Jin yang terlebih dahulu di tugaskan sebagai khalifah di planet bumi, Jin telah membuat kerosakan di bumi kerana anasirnya tidak sesuai dengan planet bumi, lalu Allah telah mengirim bala tentera dari malaikat yang di ketuai oleh Azazil yang pada ketika itu masih patuh dengan perintah Allah, rujuk juga firman Allah Al An'am ayat 165

Rujuk juga pandangan Ibnu Abbas r.a dalam tafsir quran Ibnu Katsir

Seterusnya saya ceritakan mengikut soal dan jawab untuk kemudahan semua pehak

Soalan:
Apakah reaksi malaikat apabila Tuhan hendak jadikan khalifah ?

Jawapan:
Reaksi pertama malaikat tidak bersetuju kerana dia tidak mengetahui sebab dia tidak tahu manusia khalifah itu makhluk jenis apa dan adakah nanti manusia khalifah ini sama perangainya dengan jin yang telah di peranginya yang di ketuai oleh Azazil

Soalan:
Mengapa malaikat bimbang tentang manusia khalifah ?

Jawapan:
Kerana sangkaan malaikat nanti manusia akan membuat kerosakan dan bertumpah darah, walaupun manusia khalifah belum terbukti melakukan sebarang kerosakan dan bertumpah darah

Soalan:
Kemudian apa jawapan Allah ?

Jawapan:
Jawapan Allah sesungguhnya Aku lebih mengetahui dari apa yang kamu tidak mengetahuinya

Soalan:
Mengapa Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahi rahsia manusia khalifah ?

Jawapan:
Kerana malaikat hanya di beritahu tentang ilmu bidang tugasnya sahaja, ini bermaksud pengetahuan malaikat adalah terhad tentang rahsia Tuhan jadikan manusia

Soalan:
Apakah akhirnya malaikat bersetuju tentang penciptan Adam ?

Jawapan:
Malaikat akhirnya tidak membantah kerana terbukti Adam telah menerangkan segala benda di syurga (taman) sedangkan malaikat tidak mengetahuinya

Soalan:
Setelah Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahui dari apa yang di rancangkan oleh Nya, Apakah terjadi selepas itu ?

Jawapan:
Selepas itu Allahpun pergi mengunjungi Rohani di alam Roh untuk di ambil kesaksiannya seperti firman Allah dalam surah Al A'araf 172

Soalan:
Kemudian Apakah yang terjadi selepas itu ?

Jawapan:
Selepas Rohani di ambil kesaksian maka Allah perintahkan empat malaikat mengambil Zat tanah dari bumi

Soalan:
Mengapa Allah tugaskan malaikat mengambil Zat tanah daripada bumi ?

Jawapan:
Kerana rahsia tanah bumi sesuai untuk menempatkan Adam menjadi manusia khalifah di planet bumi dan penciptaan bagi persediaan menjadikan Adam ini bukan hanya tanah bumi sahaja bahkan tanah syurga juga sebab manusia bakal akan mendiami di syurga juga

Soalan:
Di manakah manusia khalifah akan di ciptakan oleh Tuhan ?

Jawapan:
Manusia pertama di jadikan oleh Tuhan di jannatul khuldi, bukan di bumi, syurga ataupun jannah adalah juga di kenali sebagai tempat balasan anak cucu Adam yang soleh dan soleha

Soalan:
Adakah semasa Tuhan memaklumkan pada malaikat Rohani telah di cipta ?

Jawapan:
Benar ! Rohani telah di cipta oleh Allah lebih awal daripadanya cuma belum lagi dapat bertugas sebagai manusia khalifah sebab lembaga Adam (jasmai) belum lagi di jadikan Tuhan

Soalan:
Mengapakah Rohani belum boleh bertugas sebagai hamba sehingga manusia pertama di cipta ?

Jawapan:
Rohani tidak boleh bertugas kepada Tuhan tanpa jasmani sebab jasmanilah akan menjadi saksi atas perbuatan Rohani itu dan Rohanilah sebenarnya diri manusia tersebut lihat al qiyamah 14

bersambung ...


Comments (39)

Salam Pak Karamu & rakan-rakan..

Saya melihat begini..

Perkara yg paling ditakuti Iblis & keturunannya ialah bila keturunan Adam tahu dan sedar asal-usul mereka iaitu martabat kemuliaan, dari mana mereka diciptakan iaitu Nur Muhammad.

Insan-insan yang bermujahadah & musyahadah pada jalan Al-Haq antaranya akan sampai ke tahap golongan mukhlisin (IKHLAS), di mana dinyatakan dalam AlQuran bahawa hanya 1 golongan ini tidak dapat diperdaya Iblis & syaitan.

(Iblis)menjawab, "Demi kemuliaan-Mu, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang Mukhlisin di antara mereka"-QS Shad:82-83.

Ia (Iblis) berkata, "Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-Mu yang Mukhlisin di antara mereka.-QS Al-Hijr:39-40.

Lihatlah tipudaya licik Iblis semenjak penciptaan Adam sehingga halusnya sekutu-sekutu mereka spt puak Freemason, Illuminati (ada kajian pengaruh Dajjal di sini) dsb mempengaruhi manusia (Islam) melenyapkan tafsiran ayat2 spt di atas.

Mereka memasukkan jarum supaya orang2 Islam menterjemah Al_Quran secara 'harafiyyah' dgn tujuan supaya mesej2 rohaniyyah yg terkandung di dalamnya dilenyapkan.

Amat malang, golongan spt ini semakin berleluasa, termasuk ada yg terlepas ke blog Pak Karamu.

Fikir-fikirkanlah..

wassalam

Salam semua,

Pakcik tu suka suruk-suruk ayat yg berikutnya yg menjelaskan keadaan. Macam orang politik pula Pakcik tu.

Dari surah Saad:

[82] Iblis berkata: " Demi kekuasaanMu, aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

[83] "Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan (mukhlisin)".

[84] Allah berfirman: " Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan -

[85] "Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya ".

[86] Katakanlah (Muhammad): " Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini, dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada ".

[87] Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk seluruh alam.

[88] Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi.

***** "Kecuali hamba-hambaMu yg muhklisin" itu mengikut tafsiran Pimpinan Ar Rahman adalah "dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan" Jadi mereka itu adalah orang yg 100% akur kepada firman-firman Allah yg jelas lagi nyata; ia itu mereka itu suci 100% dari sebarang penyelewengan dan ikutan selain al Quran.

***** Pakcik, iblis tak akan ganggu orang yg seperti Pakcik senaraikan itu kerana keadaan "iman" mereka teramat jelas sekali dan sudah satu kelab pun dengannya. Iblis akan masuk ke dalam ke imanan orang yg mengaku diri mereka islam, apatah lagi yg bertaraf guru, kerana "virus" ini akan merebak jauh lebih besar lagi. Macam MLM!!

**** Ayat 86 kata Muhammad tak minta apa-apa pun dari kita dan dia bukannya orang yg mengada-adakan, tapi kita kata dia minta kita doakan dia dapat makam mahmud, mengada-adakan berbagai hukum, dll.

Pakcik melihat, saya pun melihat juga.

Anda fikirkanlah sendiri.

Salam..

Tidak..tidak disorok-disorokkan..kalau nak ambil semua ayat2 Quran, tak muat pula ruangan ni.(dan pakcik bukan org politik :))

Saya cuma memetik ayat-ayat yg berkenaan dgn topik perbincangan kita ie keikhlasan.pada saya definisi mukhlisin sbg 'dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan' itu kurang tepat.

Sejauh mana keikhlasan kita beribadat sbg hamba-Nya?

Kata Rasulullah :-

'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)

Mereka yg mendalami ilmu Tasawuf sgt menitikberatkan keikhlasan.Mereka tidak memikirkan balasan pahala @ syurga.Ibadat mereka hanya LILLAHITAALA semata.itulah KEIKHLASAN MUTLAK. dan barulah mereka dikatakan golongan mukhlisin spt maksud ayat Surah Shad 83 dan Al_Hijr 40 tersebut.

wallahua'lam

Salam Pak Karamu,

Quote: "Selepas itu Allahpun pergi mengunjungi Rohani di alam Roh untuk di ambil kesaksiannya seperti firman Allah dalam surah Al A'araf 172"

***** Kesah yg Pak ceritakan di atas adalah kesah sebelum kejadian Adam lagi. Al An'aam 172 itu menceritaka kesah setelah Adam dicipta sebab itu dikatakan "keturunan atau zuriat Adam". Bolih Pak jelaskan sikit lagi?

Salam Pakcik,

Quote:"Mereka yg mendalami ilmu Tasawuf sgt menitikberatkan keikhlasan.Mereka tidak memikirkan balasan pahala @ syurga.Ibadat mereka hanya LILLAHITAALA semata.itulah KEIKHLASAN MUTLAK. dan barulah mereka dikatakan golongan mukhlisin spt maksud ayat Surah Shad 83 dan Al_Hijr 40 tersebut."

***** Kalau macam itulah Pakcik, al Quran itu hanyalah untuk orang-orang tasawuf saja kerana orang lain banyak yg tak layak berbuat demikian. Nabi Musa pun nampaknya tak layak juga kerana beliau gagal belajar dengan Khidir. Patutlah Fir'un tolak nabi Musa kerana dia syak nabi Musa pun bermasalah tentang ikhlasnya. Nabi Musa pun takut nak jumpa Fir'un, dia bawa nabi Harun bersama. Kalau dia ikhlas semata-mata kerana Allah, dia tak kesah pergi ajelah seorang diri kerana Allah.

Bila sudah melampaui batas begitulah jadinya. Macam setengah pemandu Singapura masuk ke Malaysia -- mereka hentam habis-habis, saman pun dah ada 50% diskaun.

Salam

Tentang ayat 172 dari surah al a'araf saya turunkan maksudnya di sini:
"(Wahai Muhammad) Ketika TuhanMu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi TERHADAP DIRI MEREKA MENDIRI ..... MAKSUD: Tuhan mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari tulang belakang untuk di jadikan saksi, (bukan rohani akan tetapi benih zuriat jasmani) yang akan menjadi saksi kepada diri mereka sendiri (Rohani) Rujuk al qiyamah 14, ertinya zuriat itu bukan di ambil kesaksian akan tetapi dia menjadi saksi atas perbuatan dirinya (Rohani)

Salam Pak Karamu,

Terima kasih. Satu fahaman yg saya perlu fikirkan. Alhaamdulillah.

Salam Pak Cik,

Mohon perbetul, bukankah ikhlas itu hanya wujud bila berada dalam keadaan "dalam Allah" tanpa 'iktiqad melainkan segalanya dilihat perbuatan Allah yakni fana' dalam perbuatan Allah walaupun menyedari wujud dirinya, pada hal wujudnya pada maqam taayun thani...dan bukanlah dalam keadaan "kerana Allah". Kerana Allah adalah dalam perjalanan dan perjuangan menuju Allah...ikhlas adalah penyudah maqam..tidak ada maqam sesudah ikhlas melainkan makrifatullah...

Pandangan saya,

Gambaran tentang ikhlas seperti Nabi saw bersabda (lebih kurang)..Sedekah menggunakan tangan kanan,tangan kiri pun tak mengetahuinya.

Perumpamaannya membuat sesuatu/segala jenis kebajikan itu, diserahkan segala-galanya kepada Allah. Tidak langsung diingati malah tak pernah mengungkit kebajikan-kebajikan yang pernah dikerjakannya,tak mengharapkan balasan termasuklah usaha ikhtiar yang pada sisi syariatnya gerak laku tubuh melaksanakannya atas kesan qudrat dan iradat rohani yang menguasai diri yang mempunyai ilmu dalam akal yang dihidupkan dari sifat hayat.Pada hakikat dan makrifahnya, jasad lahir dan jasad batin (rohani) berasal dari Allah, itulah kenyataan matahati memandang Allah.Itulah ikhlas yang hanya Allah mengetahuiNya.Atau umpama orang soleh yang bangun di tengah malam, sedang orang lain nyenyak melayani nafsu tidur, si hamba bangun bersimpuh di hadapan duli kebesaran(Allah), memohon keampunan dan keredhaan Ilahi...Selepas beribadah@membuat kebajikan,tak pernah hadir walau satu pun lintasan bahawa dia pernah membuat kebajikan itu kerana segala-galanya diserahkan kepada Allah 'Azzawajalla dan kaifiat usaha ikhtiar hamba membuat kebajikan itu mesti tacaranya bersyariat jasad tubuh mengikuti Sunnah Muhammad saw.Itulah salah satu kefahaman dalam ucapan/ayat Lahaulawalaquwwata illa billahil 'aliyyil 'azhiim....Betul tak Pak Karamu?

Manakala Fana' itu satu RASA yang sukar diterjemahkan dengan perkataan,begitu juga dengan Baqa billah.....Si hamba terus-menerus beramal kebajikan atas makam hamba yang bersyukur seperti jawab Nabi kepada Saidatina 'Aishah apabila ditanya(ayat lebih kurang)...kenapakah kau bersusah payah beribadat kepada Tuhan walhal engkau sudah dijamin Allah akan masuk syurga?.Nabi menjawab:Aku beribadah sebagai seorang hamba yang bersyukur".

Betul tak Pak Karamu?

Terima kasih Orkid,

Namun jika ikhlas itu berserta usaha dan ikhtiar nampaknya masih terdapat qasad sedangkan ikhlas adalah satu maqam yang melepasi hati mahupun roh yang mana hapus segala iktibar sifat mahupun af'al atau hilang sifat basyariah dirinya atau seolah-olah diam semata tanpa qasad melainkan shuhud akan Allah..

Pada hemat saya roh menguasai hati dan hati itu menguasai jasad. Pada peringkat ikhlas Roh urusan Tuhan itu dapat merealisasikan apa saja urusan tanpa ada cacat cela mahupun lintasan kerana hati dan aqal sudah dapat menguasai nafsu tanpa ada lagi halangan dan lencongan...

Maka dengan sebab itu Iblis atau tenteranya tidak dapat menguasai hati kerana hati itu telah kosong dari segala sesuatu melainkan Nur Allah yang akan memusnahkan syaitan sekiranya dia memasukinya...

Mohon penjelasan...

Ahlan Wa Sahlan

Ma'af ! nampaknya kalian ni sudah begitu jauh berbicara, sedangkan jodul di artikal ini hanya di sentuh sangat sedikit, tanpa nama sedang memikirkan tentang maksud ayat Al A'araf 172 mengikut fahaman Pak Karamu yang berkait dengan artikal

Perbincangan kita saya lihat sangat berguna kerna ia membuatkan kita berbicara tentang keilmuan Tuhan dan RasulNya maka ianya adalah satu ibadat untuk menambahkan keilmuan yang sedia ada

Sepatutnya kita undang lebih ramai memberikan pandangan masing-masing untuk membuka minda sahabat-sahabat yang lainnya kan ini juga dakwah namanya di samping kita berseminar dalam blog, jika boleh kita ambil pokok perbincangan ini kepada nas dua sumber sepertimana yang di utarakan oleh Allah kepada kita

Firman Allah yang bermaksud:

1. Ta'at kamu kepada Allah dan ta'at kamu kepada Rasul dan Uluil Amri
Dan kemudian jika kamu berbantah-bantah pada sesutu perkara hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan RasulNya An Nisa 59

2. Dan apabila di katakan kepada mereka"Marilah berhakim kepada quran yang di turunkan oleh Allah dan kepada hukum RasulNya An-Nisa 61

3.Dan Kami tidak mengutuskan seorang Rasul melainkan supaya ia di ta'ati dengan izin Allah ... An Nisa 64

4. Maka demi TuhanMu (Hai Muhammad)mereka tidak di sifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan ... An Nisa 65

5. Dan sesiapa yang ta'at kepada Allah dan RasulNya maka mereka akan di samakan dengan orang-orang yang telah di kurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka ... An Nisa 69

Ini bererti sesiapa yang ta'at kepada Allah maka ia juga ta'at kepada rasulnya, maka ini suatu jalan yang selamat

Salam maun dan rakan-rakan

Saya fikir tuan berbicara tentang makam ikhlas bagi insan kamil mukamil yg telah sempurna perjalanan kerohaniannya.Golongan ini sampai ke tahap nafsu Kamaliah.

Dalam ikhlas ada ikhlas dan ada ikhlas lagi.ada pelbagai tahapan bergantung pd ahwal dan makam si salik.

Adapun fana baqa' billah itu adalah kurniaan Allah semata.Kata Syeikh An-Nafri (Kitab Roaitullah), utk sampai kepada Allah, seorang salik itu harus meninggalkan ilmu, amal malah makrifatnya-barulah sampai ke hadirat-Nya..

wallahua'lam

Salam

Orang yang menempuh jalan ini perlu memahami ilmu amanah, ilmu amanah yang di janjikannya kepada Allah ketika di alam Roh iaitu ilmu Laillaha Illallah Muhammadarrasullullah, yang membawa ikrar dan janjinya kepada Allah iaitu Lillahi Ta'ala segala perbuatan dan percakapan

Ikhlas adalah kerana mahukan keredhaan dari Tuhan namun ikhlas itu wajib muntaha (Ikhlas yang Tinggi) jalannya ialah dengan mencuci dosa dan nafsu dan selepas itu barulah bermujahadah, muraqabah, dengan syuhud dan perlu memahami ilmu harij dan tanzil iaitu shuhudul wahdah fil kasrah, shuhudul kasrah fil wahdah dan lain-lain amalan yang muqarrabin

Memahami istilah diri adalah penting misalnya memahami Ruhul Yaqazah,Ruhul hayat yang merangkumi Insan Kamil atau wa mukamil, dengan istilah bahasa keilmuannya tidak ada Zat aku hanya Zat Allah, tidak ada sifat aku hanya sifat Allah, tidak ada Af'al aku hanya Af'al Allah dan tidak ada ujud aku hanya ujud Allah, ertinya la maujudan Illallah (La Illaha Illallah)

Tentang fana itu adalah kurniaan Allah semata-mata, terpulang kepada keikhlasan kita pada awalnya iaitu nawaitu kita, dan fana tidak bererti kita sudah zouq melainkan sehingga kita mendapat majuzub, apa yang sangat penting ialah kita wajib farakkan di antara beserta dengan bersatu dengan Tuhan iaitu antara yakhluqu dan la yakhluqu

Pada pandangan saya ulasan Pak Karamu terhadap ayat 172 dari surah Al A'araf dan kaitan jasmani menjadi saksi terhadap rohani dalam Al Qiyamah 14,pada saya tepat.Dalam tulisan saya sebelum ini pun saya sudah keluarkan satu hadis yang sama maksudnya dengan ayat 172 Al A'raaf. Memang benar di padang mahsyar, anggota-anggota tubuh menjadi saksi yang boleh berkata-kata terhadap af'al kita semasa hidup di dunia bukannya suara kita yang lahir dari lidah dan keluar dari peti suara yang menjadi saksi seperti di dunia.

Istilah ruhani(@Pak Karamu) ada 4 iaitu Ruh(dari sifat qudrat),nyawa(dari sifat hayat),nafsu (dari sifat iradat) dan akal(dari sifat ilmu). Ada yang berpandangan.. hati,satu medan yang luas, letaknya dalam akal, dalam 5 lembaga akal(fikir,manik,sukma,budi,rasa-pecahan ilmu kerohanian yang lebih seni). Ruh pula meliputi seluruh tubuh jasmani. Apabila kita berkeinginan terhadap sesuatu, iradat/nafsulah yang mencetuskannya, lalu ditimbang oleh akal melalui ilmu yang ada. Jika dilaksanakan, nyatalah af'al, bergeraklah tubuh beserta ruh.Ruh inilah kenyataannya sifat ma'ani dalam ilmu sifat 20. Jika af'alnya hak, jadi amar rabbi.Jika batil jadi amar syaithan..Niat di hati, tak berhuruf, berupa dan bersuara..Sempurnanya amal ibadah setelah sempurnanya niat. Sempurnanya niat setelah af'al amal ibadah terlaksana dengan penuh tertib menurut sunnah Nabi.

Shuhud itu penyaksian.Penyaksian hati terhadap af'al,asmak.sifat dan zat Allah.Sempurna syuhud,lahir fana' fillah(suatu rasa/zauqi-La maujudan illallah,Lahaulawala quwwata illa billah.....ramai yang kata susah nak dapat,selagi hati banyak zulmah,selagi batil dalam diri masih banyak, selagi syubhat pun selalu dibuat.. Apatah lagi baqa' billah!).Kecuali orang-orang tertentu yang ditarik oleh Allah atas kehendakNya..

Ikhlas itu satu sifat yang lahir dari hati terhadap perlakuan jasad/af'al apabila amal kebajikan dibuat. Kata orang ,nawaitu dah lain, ada udang di sebalik batu.

Ada orang hafal Kalam Tuhan kerana nak lulus periksa.Ada yang hafal kerana nak dapat gelaran Al Hafiz. Ada orang menuntut ilmu agama niatnya nak jadi ustaz/ustazah. Ada orang solat kerana malu dengan bapa mertuanya. Anak-anak kecil pula solat kerana takut dipukul ibu ayahnya. Ada orang solat kerana takut ancaman Allah, tak buat masuk neraka. Ada juga orang buat kenduri, mudah-mudahan dapt projek lebih besar,masyuk banyak sikit. Ada orang pergi berperang di medan perang jihad fisabilillah kerana nak gelaran panglima/pendekar. Ada orang baca quran berlagu, sedap didengar supaya orang memanggilnya qari. Ada juga pergi menunaikan haji di Mekah kerana nak gelaran Haji, bila ada majlis-majlis orang sebut nama dia, hati dia kecik,marah,tak puas hati, merajuk dll. Ada juga pergi Mekah, melancong, membeli belah. Ada orang buat amal ibadah kerana perintah Allah....

Itulah sedikit kefahaman dan pendapat serta pandangan saya. Jika ada salah dan silap harap perbetulkan.

Alhamdulillah.perkongsian yg bermanfaat dari Pak Karamu,orkid,maun, singamaraja dll.sekadar sedikit perkongsian ilmu..

Allah s.w.t hanya boleh dikenal jika Dia sendiri mahu Dia dikenali. Jika Dia mahu memperkenalkan Diri-Nya kepada hamba-Nya maka hati hamba itu akan dipersiapkan dengan mengurniakannya warid. Hati hamba diterangi dengan Nur-Nya. Tidak mungkin mencapai Allah s.w.t tanpa dorongan yang kuat dari Nur-Nya. Nur-Nya adalah kenderaan bagi hati untuk sampai ke Hadrat-Nya. Hati adalah umpama badan dan roh adalah nyawanya. Roh pula berkait dengan Allah s.w.t dan perkaitan itu dinamakan as-Sir (Rahsia). Roh menjadi nyawa kepada hati dan Sir menjadi nyawa kepada roh. Boleh juga dikatakan bahawa hakikat kepada hati adalah roh dan hakikat kepada roh adalah Sir. Sir atau Rahsia yang sampai kepada Allah s.w.t dan Sir yang masuk ke Hadrat-Nya. Sir yang mengenal Allah s.w.t. Sir adalah hakikat kepada sekalian yang maujud.

Nur Ilahi menerangi hati, roh dan Sir. Nur Ilahi membuka bidang hakikat-hakikat. Amal dan ilmu tidak mampu menyingkap rahsia hakikat-hakikat. Nur Ilahi yang berperanan menyingkap tabir hakikat. Orang yang mengambil hakikat dari buku-buku atau dari ucapan orang lain, bukanlah hakikat sebenar yang ditemuinya, tetapi hanyalah sangkaan dan khayalan semata-mata. Jika mahu mencapai hakikat perlulah mengamalkan wirid sebagai pembersih hati. Kemudian bersabar menanti sambil terus juga berwirid. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki warid akan didatangkan-Nya kepada hati yang asyik dengan wirid itu. Itulah kejayaan yang besar boleh dicapai oleh seseorang hamba semasa hidupnya di dunia ini.

Salam semua,

Bukan niat saya nak memperlekehkan ilmu-ilmu kalian. Tapi ilmu ini tidak membawa ke mana untuk masyarakat islam sejagat. Untuk persendirian mungkin ada berbagai manfaatnya dengan izin Allah.

Pada pendapat saya, sekiranya nabi Muhammad dahulu memberikan fokusnya terhadap ilmu-ilmu ini, beliau tidak akan mampu menegakkan sebuah negara islam, yg terus dibina olih para sahabat sesudahnya, sehingga menjangkau ke seluruh pelosok dunia.

Orang islam di zaman nabi dahulu bersikap "kami dengar dan kami taat" dan terus dilaksanakan segala yg diperintah. Mereka tak buang masa nak mengkaji itu dan ini untuk mengetahui benar tidaknya. Itulah yg dinamakan ikhlas. Mereka terus saja membenarkan (siddiq?) firman-firman Allah.

Ibarat orang yg disuruh minum air, tapi dia nak kaji dulu apa itu air baru dia nak minum. Apabila dikaji dia dapati setiap molikiul air terdiri dari dua atom hydrogen dan satu atom oxygen yg dipanggil molikiul. Dikaji lagi dan didapatinya hydrogen dan oxygen itu pun tak wujud malainkan berupa gegaran gelombang tertentu saja. Akirnya dia sangsi bahawa air yg nak diminum itu adakah benar-benar air ataupun apa. Lalu air tak diminum dan segala manfaat dari air tak diperolihnya.

Thanks Pak Karamu, Orkid, what a great response!!! Bab agama ni kalau disyarah dari kulit hingga keisi baru ada nikmatnya...Orang yang blur macam saya ni boleh jelas sikit. Barulah isi Al-Quran tu tepat dan selari syariat dan hakikatnya dan merasakan kehebatan Al-Quran sebagai mukjizat terbesar dari segala mukjizat....

Salam semua,

IKHLAS itu adalah mengikuti AJARAN ALLAH SEMATA-MATA ia itu AL QURAN. Yang TAK IKHLAS itu mencampuradukan ajaran AL QURAN dengan ajaran-ajaran yang datangnya dari selain Allah (prasangka).

IKHLAS itu NYATA (HANYA ALLAH SAJA) anda masukkan ke dalam bekas yg berdebu (saperti lagu suci dalam debu). Maka jadilah dia tak nyata. Lepas tu berkecamuk sama sendiri berasaskan prasangka belaka.

Ubahlah.

Salam tanpa nama,

Tampak sepertinya kamu mahu menaiki 'bot' lain.tak mengapa-sekurang-kurangnya kamu mahu juga 'belayar' seiringan bot kami.

perhatikan firman Allah:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami"-Al-Ankabut:69

Yang bermaksud jalan yg dpt menghantarkan kpd Allah dari redha-Nya adalah pengaruh dan kesan dari mujahadah (perjuangan rohani)

Mujahadah merupakan usaha manusia sedangkan hidayah adalah kurnia dan pemberian Allah.Mujahadah tidak dapat wujud dan sempurna tanpa taufik dan pertolongan Allah.

Jadi manusia tidak hanya perlu ikut dan taat saja tapi berjuang (bermujahadah) melawan hawa nafsu, tipudaya syaitan, bertaubat, bertaqarrub,menyucikan qalbu dsb.

Mujahadah merupakan jalan untuk mendapat hidayah.manakala hidayah merupakan permulaan dari takwa.

"Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka balasan ketakwaan"-Muhammad:17

Secara ringkasnya,

Mujahadah menghantarkan kepada hidayah, kemudian hidayah menghantarkan kepada takwa.Ini semua tidak dapat sempurna tanpa taufik dan pertolongan Allah S.W.T

wallahua'lam

Apakah pula keadaan apabila dikatakan Allah menjadikan Adam dalam rupa Nya. Mustahil Allah menyerupai sesuatu samada dari segi zahiriahnya mahupun batiniahnya. Jadi nisbah Allah dan Adam ini adakah pada sir sehinggalah dikataka sesiapa mengenal dirinya maka mengenal akan Allah....maka sesiapa yang tidak sampai kepada sir ini tiada mengenal dia akan Allah dan sesiapa tidak mengenal Allah didunia bagaimana boleh dia mengenal Allah diakhirat.....

Salam Pakcik,

Berjihad itu Allah kata adalah dengan "harta dan jiwa" kamu. Kenapa agaknya "harta" di dahulukan daripada "jiwa" kerana kalau harta tak mampu dijihadkan masakan jiwa pula bolih. Jihad macam ini, kalau diurus dengan betul, barulah bolih membantu menengakkan negara islam Pakcik. Kalau asyik berkalwat dalam kelambu aje mana bolih.

Surah As Shaf:

[10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

[11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah (BERJIHAD) dengan HARTA dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

[12] (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

Rujuk juga kepada Surah At Taubah 20, 41, 44 dan 88. Dan Surah Hujuraat 15.

Salam Maun,

Benarkah kita bolih kenal Allah? Kalau tak salah Pak Karamu kata Allah kata Dia "Laisakamishlihisyaiuun". Dalam surah al Ikhlas pun kata "Walamyakullahukufuanahad"

Kalau secara zahirnya pun, kalau Allah yg meliputi seluruh alam ciptaanNya ini zahirkan DiriNya dan berkata "Lihatlah Aku kat sini" Kita bolih nampak ke? Sebaliknya, kalau Allah zahirkan dirinya sebesar atom dan berkata "Aku kat sini" Kita bolih nampak ke?

Usahlah melampaui batas. Mengenal diri itu ada dua jalan. Satu kepada diri dan satu kepada Allah. Ikutlah kepada diri.

Berhati-hati si tanpa nama...kalau tak ada ilmu belajar, jangan bodoh sombong, tak tahu bertanya, jangan buat statement bodoh mengatakan Allah tidak boleh dikenal..Kenyataan macam tu boleh kufur yop. Tidak dijadikan manusia dan jin melain untuk mengabdikan diri kepada Ku, yakni mengenal ku.

Tujuan beribadat untuk menghampiri diri kepada Allah dan seterusnya mengenalNya. Allah cuma tidak menyerupai sesuatu dan tiada yang menyerupai dan tiada bersekutu sesuatu dengan Allah, makna Allah wujud dan bila wujud pasti boleh dikenal, tetapi tidaklah dikenal dengan mata zahir. Untuk mengenal sesuatu..kalau zahir dengan zahir, kalau batin dengan batin, kala sir dengan sir..Aku rahsia manusia, manusia rahsia Aku...

Berhati-hatilah dengan kenyataan bodoh dengan bersandarkan aqal yang hampir kepada nafsu..akhirnya boleh membawa kekufuran..

Mengatakan manusia tidak boleh mengenal Tuhannya adalah tuduhan yang berat....dan siksaan yang paling berat kepada manusia adalah tidak mengenal Tuhannya..adalah dia bukan saja buta di dunia bahkan diakhirat. Bahkan bukan Tuhan yang menghijabkan DiriNya, sebenarnya manusia yang menghijab dan terhijab dari mengenal Tuhannya....

Salam semua

Al hamdulillah ! semua hujah mantap,kepada yang faham, telahpun faham, kepada yang belum faham akan faham, pokoknya fikir, fikir dan fikir

MENGENAL DIRI DAN ALLAH

Siapa diri kita yang sebenarnya ? Diri jasmani iaitu diri terdiri, ok habis, kedua diri terperi iaitu hati atau Ruhul Yaqazah yang terdiri dari Roh, Akal dan Nafsu dari komponen Rohani, ok habis, ketiga diri sebenar diri iaitu nafas ataupun nyawa yang di kenali sebagai ruhul hayat, ok habis, ke empat diri tajalli iaitu Insan kamil, ok habis

Diri sebenar diri itu atau Ruhul hayat juga di kenali sebagai Insan yang anasirnya dari nafas, nufus, ampas dan tanafas yang Allah maksudkan sebagai diri yang bersifat tidak menyerupai apa juapun, ertinya bagaimana rupa diri sebenar diri maka demikianlah rupa Allah itu yang di katakan laisa atau Zat laisa kamishlihi syaiun

Maksud firman " Dalam diri kamu itu terdapat tanda kekuasaan Tuhan mengapa kamu tidak fikirkan ? Dan di bumi juga terdapat tanda kekuasaan Tuhan mengapa kamu tidak fikirkan ? Kemudian Tuhan bertanya kepada kita maksud Al Quran " Apkah Zat yang menjadikan itu sama dengan zat yang tidak menjadikan kepada orang yang berfikir, nah sekarang fikirkanlah, apa yang kita nak faham ialah UJUD yang dapat kita rasa dan kesannya

Soalannya dapatkah kita menyatakan bagaimana rupa atau sifat diri sebenar diri kita ? dan Allah juga ? Inilah secara kasarnya, juga diri sebenar diri itu pula di kenali juga sebagai sirullah iaitu rahsia Allah, kalau nak tahu kita tanyalah Allah kerana Dia yang faham tentang rahsiaNya, sebab itu ujud amalan yang di sebut Muqabah dan lainnya

Maaf ejaan tersalah, amalan muraqabah dan tambah sikit lagi, muqabalah,tanzih dan shuhud

Terima kasih

Tambah lagi sikit, kata tanpa nama boleh nampakkah ? Jawab saya begini Allah itu Hu wal Awwalu, tak nampak, Hu wal akhiru, tak nampak, Hu wal batinu, tak nampak juga, Hu Wazzahiri nampakkkkk !

Disebabkan ayat quran itu banyak istilah misal-misalan maka fikirkanlah, dan carilah ayat dan istilah itu sendiri di dalam al quran

Maaf ye !

Wah! banyaknya harta tanpa nama nak berjihad ye?

katalah tanpa nama gunakan duit sebanyak 1 juta menyumbang utk berjihad.TAPI kalau tak ikhlas,tak guna kan? so balik-balik pada diri rohani juga ye iaitu HATI.

HATI yang sakit (Qalbun maridh)menghasilkan perbuatan yg sumbang dan sia-sia.sebab tulah kena elokkan hati dulu ye..sebab tulah kena belajar tasawuf untuk menyucikan hati.

tanpa nama tak perlulah bicara tentang negara Islam.daulatkan daulah Islamiyyah itu dalam diri dulu.

maaf, tanpa nama-aqidah kamu keliru, syariat kamu pelik dan akhlak kamu pincang..

renung-renungkanlah..

wallahua'lam

Salam semua,

Bukannya kita tak perlu mengenal Allah. Perlu, tapi janganlah sampai melampaui batas. Dan saya tak mengatakan ilmu kalian salah; cuma saya tak ketemu di dalam al Quran keperluannya. Berhati-hatilah supaya jangan sampai kalian membuktikan kebenaran ayat di bawah pula:

[3:7] Dia lah yang menurunkan kepadamu (Muhammad) Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Thanks Singamaraja,

Adakah Hu wazahir itu tajalli Allah yang terkemudian sekali dalam bentuk insan kamil lagi mukammil yang dikatakan Muhammad s.a.w yang sempurna af'al, sifat zatnya...

Wahai tanpa nama, tiada istilah melampui batas dalam mujahadah mencari dan mengenal Tuhan. Biar gila mencari Tuhan dari gila benda lain.

Jangan cakap Al-Quran itu samar-samar, rosak iman. Al Quran itu jelas kepada sesiapa yang jelas. Samar kepada sesiapa yang samar. Kalau Al-Quran macam novel bukanlah mukjizat namanya!!!!

Isi kandungannya boleh diterima dari yang kafir hinggalah kepada insan...tak ada keraguan isinya. Tafsir untuk orang awam, takwil bagi orang khusus. Jika tidak demikian tidaklah Saidina Abbas dikhususkan Nabi sebagai yang boleh menakwilkan ayat Al-Quran.

Banyak orang yang pandai berfikir tetapi tetap kafir. Jika fikir tanpa zikir hampas, zikir tanpa fikir tak sampai, zikir fikir mestilah berbolak balik keduanya bagi menghasilkan hakikat dan makrifat...

Sdr Maun,

Mohon kongsi sedikit apa yang saya tahu.

Ayat tu dipetik dari Surah Al-Hadid:3

"Dialah Yang Awal Yang Akhir Yang Zahir Yang Bathin"

Yang Awal itu Allah
Yang Akhir itu Roh Muhammad
Yang Zahir itu Jasad Muhammad
Yang Bathin itu Nyawa Muhammad.

Roh, jasad dan nyawa inilah yang hendak mengenal yang awal ie Allah.

Lihat juga tajalli Allah dalam ilmu martabat tujuh untuk lebih memahami:

http://jalansufi.com/islam/hakikat/hakikat-insani

wallahua'lam

Salam

Perbincangan yang memberikan kita terlalu banyak faedah sekurang-kurangnya kita tergerak untuk merujuk quran,hadis sebagai panduan hidup kita al hamdulillah Tuhan menyaksikan kerja kita untuk mencari kefahaman

Saudara dekalian !

Segala apa yang di perintahkan oleh Allah kita wajib buat mengikut kemampuan dan mengikut apa yang terdaya namun berpandulah kepada quran dan hadis nabi, nasnya sangat jelas

Bukan semua orang dapat memahami isi quran dan hadis dengan tepat akan tetapi cukuplah sekadar yang termampu oleh kita sekalipun di ujudkan ijmak ulama dan qias

Berhubung dengan ayat al hadid ayat 3 JANGAN sekali-kali kita kaitkan dengan Muhammad sebab ayat itu jelas menunjukkan kepada Zat Allah semata-mata, cuma waz zohiru sahaja yang meliputi seluruh alam iaitu Af'alNya, di sinilah letaknya penafian Allah tentang zat manusia dan Zat Allah itu tidak sama rujuk An Nahl ayat 17 dan maksud al quran Al Furqan adalah lebih jelas lagi

Adapun maksud TAJALLI itu JANGAN di ertikan penjelmaan sebab jika penjelmaan bererti kadang ada dan kadang tiada, apa yang lebih tepat ialah sentiasa beserta sejak dari alam Roh lagi sebagai suatu fitrah dan TIDAK juga boleh di katakan bersekutu

Maksud berjihad kepada jalan Allah, jihad ada berbagai-bagai jihad, Rasullullah menta'arifkan jihad itu kepada dua cara satu jihad asghar iaitu jihad kecil iaitu berperang dengan melibatkan hilangnya nyawa, kedua jihad akbar iaitu jihad melawan hawa nafsu, demikianlah kenyataan nabi selepas kembali dari perang Badar dan Uhud

Berjihad ikut kemampuan kita sama ada dengan harta ataupun nyawa, mengikut taraf umur kita, dalam bab jihad ini Allah paparkan dalam quran dalam surah At Taubah 24 dan banyak ayat lagi

Menegakkan agama Allah bererti menegakkan cara hidup yang di anjurkan oleh Allah iaitu menegakkan kalimatul 'ulya iaitu segala kerja buat adalah dengan maksud La Illaha Illallah, ertinya Lillahi Ta'ala itulah sebab Allah perkenalkan kalimah اسلام

Alif bermaksud ALLAH, Sin Bermaksud salamatun (selamatkan) Lam alif bermaksud La Illaha Illallah dan mim bermaksud Nuhammadarrasullullah dan itulah yang di maksudkan kalimatul 'Ulya dan itulah juga bermaksud al islamu ya'alu wala yu'ala alaih islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi selain darinya

Tentang Allah mencipta Adam itu mengikut gambar rahman surratul Rahman maka rujuklah kepada saudara maun

Maun,

Quote: "Jangan cakap Al-Quran itu samar-samar, rosak iman. Al Quran itu jelas kepada sesiapa yang jelas. Samar kepada sesiapa yang samar. Kalau Al-Quran macam novel bukanlah mukjizat namanya!!!!"

***** Bukan saya yg kata macam itu. Tafsir "Pimpinan Ar-Rahman" yg diterbitkan olih Bah. Hal Ehwal Islam, Jab Perdana Menteri, yg kata.

***** Apa BUKTINYA al Quran itu mukjizat? Tolong tunjuk dan sahkan.

Quote: "Isi kandungannya boleh diterima dari yang kafir hinggalah kepada insan...tak ada keraguan isinya."

***** Orang kafir pun bolih terima? Setahu saya mereka menolaknya. Kalau tak ada keraguan kenapa anda tak percaya sepenuhnya? Malahan anda bangkang kata-kata Allah. Cuba perhatikan, Allah kata tak ada yg mengetahui takwilnya melainkan Allah, tapi anda kata orang lain pun bolih takwil juga.

Quote: "Tafsir untuk orang awam, takwil bagi orang khusus. Jika tidak demikian tidaklah Saidina Abbas dikhususkan Nabi sebagai yang boleh menakwilkan ayat Al-Quran."

***** Takwil itulah yg dipanggil prasangka. Prasangka bukannya kebenaran kata Allah.

Quote: "Banyak orang yang pandai berfikir tetapi tetap kafir. "

***** Itu betul. Tapi Allah suruh juga berfikir. Kat masjid pun suruh berfikir; tak de pula suruh berzikir dan berfikir.

Quote: "Jika fikir tanpa zikir hampas, zikir tanpa fikir tak sampai, zikir fikir mestilah berbolak balik keduanya bagi menghasilkan hakikat dan makrifat..."

***** Oh! jadi ada udang disebalik batu rupanya; tak ikhlaslah macam itu. Tak benarlah kata Pakcik "Lillahitaala" aje.

Semoga tidaklah aku termasuk orang-orang yang menggunakan kalam Allah untuk berhujah tanpa menghiraukan isi kandungannya baik yang zahir ataupun batin, baik yang tersurat atau tersirat, baik yang ditafsir ataupun yang ditakwil yang dinukil dari mereka yang diredha Allah..

Semoga dengan Al-Quran itu tidak aku memperlekehkan pesuruhMu, KitabMu, sahabat-sahabat pesuruhMu, seruanMu mendekatkan diri kepadaMu supaya mengenalMu agar sentiasa aku berzikir denganMu yang kebanyakan manusia mengambil enteng rahsianya...

Aku lebih percayakan Nabi dari Jab Ehwal Islam, aku percaya Al-Quran itu mukjizat terbesar sepanjang zaman sehingga dengan kitab ini menjadi ikutan bersama sunnah PesuruhMu tertegak agama Islam hingga ke hari ini...

Aku menganggap sahabat-sahabat nabi itu bagai bintang petunjuk sesudah kenabian. Iman mereka tidak dapat ditandingi...

Aku berlepas tangan dari manusia yang mengatakan Engkau tidak boleh dikenal,zikir itu bukan keutamaan, sahabat itu berprasangka dan tidak ada yang berprasangka melainkan Iblis ketika tidak mahu sujud kepada Adam...

Mohon dijauhkan!!!!!

Malaaun,

Quote: "Semoga tidaklah aku termasuk orang-orang yang menggunakan kalam Allah untuk berhujah tanpa menghiraukan isi kandungannya baik yang zahir ataupun batin, baik yang tersurat atau tersirat, baik yang ditafsir ataupun yang ditakwil yang dinukil dari mereka yang diredha Allah.."

***** Engkau seorang sajalah yg bolih berhujah tentang al Quran. Orang lain semuanya tak betul. Asal tak kena dengan selera engkau aje -- tak betul.

Quote: "Aku menganggap sahabat-sahabat nabi itu bagai bintang petunjuk sesudah kenabian. Iman mereka tidak dapat ditandingi..."

***** Engkau tak tahu pun kesah sahabat berkelahi dengan anak Nabi semata-mata kerana harta dan sahabat-sahabat yg berkelahi kerana merebut pangkat. Itulah terrornya "bintang petunjuk" engkau tu. Jangan taksub pada orang; tasublah pada Allah.

Quote; "Mohon dijauhkan!!!!!"

***** Engkau ingat Allah itu hamba engkau ke? Perkara macam ini engkau hadapilah sendiri. Gunakanlah petunjuk yg Allah dah bagi tu.

to mamat: 2010 Januari 28 07:31...

lu ni mcm geng aduka taruna jer.. hehehe.....

Terima kasih Pak Karamu atas huraian itu.semoga kita terus dilimpahkan Nur hidayah Allah.

Nampaknya dizaman cyber ni, dugaan menuntut ilmu tu lain ye Pak.?

Kalau dulu orang nak menuntut ilmu kena masuk hutan dan gua dan kena berdepan dgn gajah,rimau,kala jengking dsb.

Sekarang, senang aje,dgn internet-tapi ada pulak dugaan pengacau dan penyebar was-was..

Ternyata syaitan pun dah pandai internet ye Pak?..hu hu..

Seolah-olah terserlah keiblisannya......

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh!

Saya setuju tulisan dan nasihat Pak Karamu dalam artikel beliau pada
2010 Januari 27 20:57.

Ni pengalaman sendiri. Dulu ada juga dalam muzakarah dengan kawan-kawan tentang ketuhanan ni, mana yang merujuk Kitab Hakikat Insan seringkali saya temui mereka tak nak solat dah!Puasa pun entah ke mana. Ada seorang kawan tu, bahkan dia belajar kitab tu 'direct' dengan bapanya. Macam kata Pak Karamu seolah-olah kefahaman mereka Tuhan menjelma (tajalli) dalam diri!Saya cakap kefahaman begini SALAH!Mereka seringkali mentahkikkan tuhan dalam diri, itu sebab amalan syariat mereka tak nak buat. Seolah-olah akidah mereka-gugur taklif syara'!! Sebab Tuhan dah ada dalam diri,so Tuhan tak perlu beribadah. Begitulah juga jika tak nak mengenal Allah. Mengabdikan diri kepada Allah secara sembrono..Bolehkah begitu, sahkah?Allah terimakah? Allah berfirman Allah dah bagi kepada insan dan menciptakan insan dengan sebaik-baik kejadian, kenapa begitu cantiknya penciptaan insan? Al insanu sirri, wa ana sirrah-Insan itu rahsiaKu, Aku rahsia dirinya....Manusia semuanya tidur, bila mati barulah mereka jaga!

Yang perlu beribadah dan diperintahkan beribadah, mengabdikan diri kepada Allah ialah hamba Allah yang beriman bertaraf insan! Muhammad itu wujud, ilmu, nur dan syuhud. Untuk umat Muhammad, yang dapat dicapai hanyalah syuhud,penyaksian kepada zat, sifat, asma', afa'al dan wujud mutlak yang sebenar-benarnya kepunyaan Allah 'azzawajalla.Itu sebabnya, usaha ikhtiar hamba tidak memberi bekas. Itulah makam mukhlisin,makam syakiirin,muqarrabin.

Apakah yang sebenar-benarnya dikehendaki dari intisari dan kesudahan kepada ilmu mengenal diri?Ilmu asal usul?Ilmu mengenal Allah?Ilmu Tauhid?Ilmu Fekah?Ilmu Tasauf?Ilmu Kerohanian Islam?Ilmu syariat?Ilmu tarikat?Ilmu hakikat?Ilmu makrifat? dan 1001 ilmu yang ada dalam seluruh dada dan akal fikiran manusia?sejak Adam hingga manusia terakhir??????????????

(bersambung)...

(Sambungan)...

Ada sebahagaian ulama' berkata, setinggi mana pun ilmu dan kefahaman yang dimiliki, pandanglah Rasulullah@Nabi Muhammad saw.Bagindalah orang yang Allah sudah jamin akan masuk syurga Firdaus yang Tertinggi.Ikutilah tarikat@sunnah baginda. Sehebat mana pun ilmu bahkan bertaraf laduni umpama Khidir sekalipun atau mematahkan sihir umpama Musa atau ilmu perubatan umpama Isa atau menundukkan jin umpama Sulaiman atau menguasai besi umpama Daud alaihimussolatu wassalam, takkan ada sebarang makhluk yang melebihi Nabi Muhammad saw! Bagindalah uswatun hasanah,punyai akhlak al 'azhiim. Allah sudahpun mengiktiraf baginda...Innallaha wamalaaikatahu yusollu na 'alannabiy,Ya ayyuhallazi na amanu sollu alahi wasallimu tasliima... Allah jua telah pun mengiktiraf semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Jalan mereka inilah yang dimaksudkan an'am ta'alaihim...Inilah sirotal mustaqim..

Ada juga yang berkata, jika hendak kenal Rasulullah, itulah Al Quran, jika hendak kenal sunnah Rasulullah bacalah hadis sebanyak-banyaknya.Inilah 2 pedoman dan rujukan yang takkan membuatkan orang yang mengikutinya sesat selama-lamanya. Apa yang penting ialah kefahaman dalam mengamalkannya penuh keikhlasan mengharap keredhaan Allah. Sebagai satu contoh, dalam sebuah hadis dinyatakan apabila lalat termasuk ke dalam air minuman, maka selamlah dia, angkat dan buang. Lalu minumlah air itu sebab satu sayap ada racun, satu lagi sayap ada penawarnya. Amallah pesanan Nabi ini penuh yakin akan sabdanya. Nescaya selamat....Saya dah amal banyak kali, alhamdulillah tak de apa-apa pun mengenai saya selepas airnya diminum. Ada juga orang yang saya temui, berpengalaman lalat termasuk ke dalam air, tapi dia tak nak minum. Dia tahu hadis tu tapi tak yakin! Terpulanglah kepadanya. Tetapi saya tetap yakin&pasti akan sabda Nabi tersebut..atau dalam satu cerita, seorang mengadu sakit perut, Nabi suruh minum madu...dia minum sampai 3 kali, perutnya tak sembuh juga. Lalu Nabi berkata, perut kamulah yang bermasalah!

Telah sempurna agama(Islam).Dalam ilmu dan di alam syari'at, segala yang haram tetap haram sampai kiamat, Yang halal tetap halal sampai kiamat.Akidah ahli sunnah wal jamaah berfahaman barangsiapa mengharamkan yang halal,menghalalkan yang haram, maka akidahnya rosak. Di antara yang halal dan yang haram, ada yang syubhat. Pilihlah jalan mana yang lebih selamat.

Jika tulisan saya di atas ada salah, mohon betulkan dan saya mohon keampunan Allah atas salah dan silap diri saya....