Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Mengenal Diri Yang Ke 75 (II)

Salam

Allah Mencipta Lembaga Adam

Allah mencipta lembaga Adam daripada sari pati tanah yang di ambil daripada bumi dan juga langit, tanah-tanah ini di adun dengan air serta bau-bauan dari syurga, di antara tanah yang di sebut di dalan Al Quran ialah : Tanah Tin, tanah liat tin yang mampat, tanah yang panas yang hilang baunya, tanah keras seperti tembikar Selepas adunan itu selesai maka Allah dengan sifat Jalal dan Jamalnya mula membentuk lembaga Adam dengan tanganNya (qudrat dan iradatNya) Setelah lembaga Adam di bentuk maka ia di biarkan sehingga menjadi hitam dan berubah baunya

Selepas di bentuk dalam keadaan kosong maka lembaga tersebut di biarkan kering sehingga ia berbunyi nyaring apabila di sentuh (di ketuk) dengan benda yang lain, semasa lembaga Adam terbiar mengikut masa yang tertentu itulah iblis datang untuk melihat ciptaan Tuhan tersebut, di tendangnya lembaga tersebut lalu mengeluarkan bunyi yang nyaring (Min shal shalin kal fakh khar) seperti bunyi tembikat yang kosong dan iblis juga telah masuk ikut lubang mulut lembaga itu dan ia keluar pula ikut lubang dubur lembaga Adam

Iblis ketika keluar dari lembaga Adam berikrar akan menysatkannya dan demikian juga terhadap anak cucunya, namun mana-mana yang tetap mengikut jalan yang benar maka tidak ada kuasa baginya untuk disesatkannya malah dia akan menghalang mereka dari di sesatkan. Apabila sampai waktu yang di tetapkan maka Allah dengan sifat Jalal dan JamalNya meniupkan Rohani dari ciptaannya masuk kedalam jasad Adam, lalu lembaga tersebut berubah menjadi makhluk yang dapat bergerak seperti manusia biasa, dengan cepat dan tergesa-gesa dia mahu berdiri tapi tidak berdaya

Adam yang di cipta oleh Allah setinggi 60 hasta (90 kaki) dan lebarnya 7 hasta (15 kaki) akhirnya dapat berdiri,kemudian Allah perintahkan semua malaikat sujud kepada Adam, semua malaikat sujud kecuali Iblis yang tidak mahu sujud kerana dia takbur tentang asalnya daripada api sedangkan Adam di jadikan daripada tanah kontang, demikian pandangan Iblis tentang Adam, lalu Allah murka kepadanya

Allah berfirman : Hai Iblis apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada makhluk yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu ? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi ? Jawab Iblis " Aku lebih baik daripadanya Engkau cipta aku daripada api sedang dia Engkau cipta daripada tanah

Firman Allah: Jika demikian keluarlah engkau daripadanya (syurga) Sesungguhnya engkau telah di laknat terus menerus sehingga hari kiamat, Iblis pula berkata" Jika demikian berilah aku tempuh sehingga ke hari mereka di bangkitkan, kemudian atas permohonan Iblis itu Allah perkenankan, lalu Iblis berikrar untuk menyesatkan Adam dan anak cucunya semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang di antara zuriat Adam yang telah di bersihkan dari kederhakaan dan penyelewengan

Soalan:
Mengapa Allah cipta Adam menggunakan dua sifat

Jawapan:
Sebab dengan dua sifat tersebut iaitu sifat Jalal (kebesaran) dan sifat Jmal (Keindahan) menunjukkan bahawa sifat tersebut Allah berkuasa menjadikan hambanya dengan sempurna dengan tiada cacat cela kerana terdapat sifat qudrat dan iradat atas dasar kemahuanNya dan keindahan bagi sekalian ciptaaNya dan sifat itulah yang mutlak bagi DiriNya

Soalan:
Mengapa lembaga Adam di biarkan setelah selesai di cipta ?

Jawapan:
Sebab hendak menentukan kematangan batang tubuh manusia (Adam) mengikut prosesnya iaitu tempuh matang untuk sesuatu kejadian bagi menetapkan fitrah ilmu bagi manusia untuk di fikirkan

Soalan:
Bukankah lebih baik Allah jadikan Adam berasaskan KUN FAYAKUN ?

Jawapan:
Kita hendaklah ingat bahawa yang di jadikan oleh Allah ialah jasad Adam BUKAN Rohaninya, jasmani Adam inilah yang di cipta oleh Allah supaya di fikirkan oleh Tuhan yang menjadi fitrah ilmu kepada manusia untuk di buat kajian (anatomi) Jika Allah jadikan lembaga Adam berasaskan KUN maka manusia hari ini tidak berjaya menyingkap rahsia imu anatomi kecuali kepada mereka yang arif sahaja

Soalan:
Mengapa Iblis tendang lembaga Adam, pada hal dia belom lagi di istihar dehaka dan takbur ?

Jaapan:
Segala perbuatan Iblis pada ketika itu adalah untuk mencari rahsia kejadian manusia sama ada manusia akan melawan apabila di sanggah ataupun tidak, kebetulan apabila Iblis menendang lembaga Adam rupanya lembaga itu berbunyi, ertinya manusia akan melawan apabila dia di apa-apakan dengan cara yang tidak hak, inilah suatu fitrah sebenarnya, jika di tendang tidak berbunyi alamat manusia menerima apa saja tanpa bantahan dan ikhtiar inilah fitrah hukum namanya

Soalan:
Mengapa Iblis masuk kedalam lembaga Adam ?

Jawapan:
Ini juga suatu fitrah sebenarnya kerana akan masuk kedalam lembaga Adam itu makhluk yang ghaib sepertinya, iaitu Rohani, malaikat hafazho dan qarin akan tetapi Iblis tidak faham rahsianya kerana di hijab oleh Allah pengetahuannya sampailah ia tidak mahu tunduk kepada Adam dan terus membantah perintah Tuhan kerana tidak mahu tunduk sujud apabila di perintahkan oleh Allah sujud, Iblis tetap dengan pendiriannya dengan menyebut Adam di cipta dari tanah sedangkan dia dari api dan dia tak tahu rahsia Rohani yang di tiupkan Allah ke dalam jasad Adam tidak terfikir olehnya bagaimana Adam bangun dan bersifat hidup

Soalan:
Adakah Adam boleh nampak malaikat sujud dan Iblis tidak sujud kepadanya ?

Jawapan:
Adam boleh nampak pada ketika itu tapi dia tidahk tahu siapakah makhluk yang di perintahkan Allah sujud kepadanya kerana dia melihat dengan mata hatinya dan terus ke mata jasadnya

Soalan:
Adakah Iblis tidak tahu rahsia Rohani yang terdapat dalam jasad Adam ?

Jawapan:
Pada ketika itu dia tidak tahu sehinggalah Adam dan Hawa dapat di sesatkannya

Soalan:
Mengapa Allah perkenankan permohonan Iblis hendak sesatkan Adam dan anak cucunya ?

Jawapan:
Allah dengan sifat kasih sayangnya tetap memberikan keizinan kepada sekalian makhluk ciptaanNya tanpa memilih siapa mereka, ini juga satu fitrah bagi DiriNya cuma Allah akan memelihara siapa di antara hambaNya yang patuh dengan perintahNya, ternyata Iblis sudahpun tidak mahu mengikut perintah Allah supaya sujud kepada Adam, ertinya sesiapa manusia yang tidak mahu ikut perintah Allah maka ia samalah seperti Iblis yang di beri nama syayatinul Ins, ini semua adalah suatu fitrah hukum

Soalan:
Apakah maksud fitrah hukum ?

Jawapan:
Fitrah hukum itu ialah sesuatu fitrah peristiwa awal untuk di kenalpasti yang kemudiannya melahirkan sumber panduan hidup tentang kewujudan pantang dan larang yang di tunjukkan Allah kepada manusia sebagai rujukkan sekalipun Allah menggunakan makhluk yang ternyata telah melanggar perintah Allah ertinya Iblis adalah makhluk yang telah di tetapkan oleh Allah untuk menjadi ujian kepada manusia, dengan adanya peristiwa Adam dan Iblis maka lahirlah panduan untuk di jadikan suri tauladan



Comments (14)

Ahlan Wa Sahlan

Posting ini memmaparkan penciptaan Adam (manusia yang pertama)Meneliti pada posting ini yang menyentuh tentang sifat Jalal dan Jamal maka terpanggil bagi saya untuk meneroka secara ilmiah dan kerohanian

Saya teringat perintah Tuhan kepada manusia pada ayat Ali Imran 79
Maksudnya: Jadilah kamu orang Rabbani/Ahlullah dengar mengajar kitab dan mempelajarinya

Rabbani atau ahlullah bererti Hizbullah yakni kumpulan Allah yang memahami erti Rububiyah dan Uluhiyah rujuklah al Quran)Kalau rajin cari jumpa insya Allah

Menjadi Ahlullah wajib kenal Allah jika tak kenal ia akan jadi hampas, ertinya bukan nak kenal Nafsahu (Zat) atau Diri Tuhan akan tetapi cukuplah dengan mengenal Allah kerana Allah itu adalah Asmak iaitu nama bagi ZatNya sebab itu kita kena mengaji baik-baik

Tuhan memang tak bagi tahu tentang Dirinya atau ZatNya sebagai mana firmanNya ويحدركم الله نفسه Dan Allah memperingatkan kamu (mencegah) untuk mengenali DiriNya)

Sebab itu kita kenalah mengenal mana satu DiriNYa, AsmakNya, SifatNya Dan juga Af'alNya, jangan cepat sangat melenting sedangkan kita tak faham lagi

Hadispun ada menyebut : Fikirkanlah tentang makhluk Allah dan jangan kamu fikirkan Zat Allah, nanti kamu akan binasa فتهلكوا

Apa yang penting sekarang ialah kita wajib fikirkan dari peristiwa Adam ini untuk meneliti kerja Tuhan yang di katakan "Setiap hari Dia dalam urusanNya

Salam semua.

Terima kasih singamaraja. ayat 79 Ali Imran itu sungguh indah dan menginsafkan.

Allah meletakkan golongan 'Rabbaniyyun' ie yang mempelajari ilmu ketuhanan di kedudukan yg tinggi,seiringan dengan seruan agar mengajar dan terus mempelajari kitab (Al-Quran).

Menyentuh tentang posting Pak karamu ni, teringat saya pepatah Melayu-"Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung"

Ternyata manusia itu dicipta dari bumi (jasad) dan langit (roh)

"Kemudian, dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya (jasad manusia) dengan roh (ciptaan-Nya)"-As-Sajdah:9

-rujuk juga dalam Al-Hijr:28-29, Shad:71-72

Pada saya, inilah mesej jelas yang mesti difahami-

Jasad-asalnya dari tanah, dan bila kita mati,di situlah akhirnya kita dikembalikan.

Roh-asalnya dari roh (ciptaan) Allah dan disitulah kembalinya kita bila kita mati.(ingat:roh tidak mati,cuma berpindah dari alam dunia kemudian ke alam barzakh dan alam akhirat)

"Setiap yang bernyawa pasti merasakan mati.Kemudian hanya kepada Kami, kamu dikembalikan"-Al-Ankabut:57

ada banyak lagi ayat yang berbunyi 'turjauun' (kamu dikembalikan)

Jadi manusia-manusia 'Rabbaniyyun' yang mengenali diri mereka, lantas mengenali Tuhan mereka (makrifatullah)inilah yang tahu 'jalan pulang' ke sisi Allah.

Sebaliknya yang tidak pernah tahu asal-usul mereka, bagaimana nak pulang? ibaratnya orang yang pelupa, tak ingat rumah mereka di mana, pastilah mereka ni tak dapat pulang ke rumah.

wallahua'lam

Salam Pak Karamu dan semua,

Mungkinkah Adam boleh termakan pujukan Iblis kerana sebatian antara roh dan jasad masih belum sebati atau apa pada masa itu? Mohon maklumat..

Bukankah Iblis tidak mengetahui rahsia antara manusia dan Allah itu, cuma peranannya cuma dilapangan hati sahaja..maknanya hati sanubari sahaja..

Assalamu'alaikum,

Apa khabar semua-Pak Karamu, maun, pak cik, singamaraja, tanpa nama, ada nama, zikri, dll?

Berikut pendapat dan pandangan saya berkenaan persoalan maun:-

Maun: Mungkinkah Adam boleh termakan pujukan Iblis kerana sebatian antara roh dan jasad masih belum sebati atau apa pada masa itu? Mohon maklumat..

Orkid: Dalam rohani Adam, bersamanya Allah beri nafsu (kehendak diri batin Adam dari sifat iradat). Allah jua mencipta dari diri Adam, isterinya Hawa. Diri rohani Hawa, Allah jua beri nafsu/kehendak. Kehendak manusia tak terbatas. Melalui nafsu inilah, Iblis membisikkan tipu dayanya, ..makan buah khuldi, kamu akan kekal berada dalam syurga...

Maun: Bukankah Iblis tidak mengetahui rahsia antara manusia dan Allah itu, cuma peranannya cuma dilapangan hati sahaja..maknanya hati sanubari sahaja..

Orkid: Melalui hati sanubari(nafsu yang mudah terpengaruh dan masih kotor umpama nafsu ammarah. lawamah dsbgnya) inilah Iblis mudah menggoda manusia melalui bisikan untuk membuat amalan kejahatan dan kebatilan, Iblis membisikkan sesuatu yang indah walhal pada hakikatnya bukan. Sabda Nabi ada menyebutkan Iblis@Syaitan boleh berada dalam tubuh manusia di dalam aliran darah..Juga ada hadis yang menyebutkan, hati anak Adam ditempa oleh makanan..
Dalam sesetengah riwayat ada dikhabarkan (saya tak pasti cerita ni israiliyat atau tidak)..Adam dan Hawa memakan binatang(anak kambing) yang dicemari Iblis, maka Iblis dapat memasuki tubuh mereka lalu dapat membisikkan sesuatu..
Begitu juga pancaindera lain, syaitan dapat bersekongkol apabila manusia membuat sesuatu kebatilan, contohnya mata yang melihat aurat bukan mahram sehingga terangsang syahwat, maka tercemarlah mata sekaligus roh. Itu sebab susah nak dapat khusyu' dalm solat.Apatah lagi fana'!. Atau makanan dan minuman syubhat yang dimakan sekaligus menjadikan rohani turut tercemar. Begitulah juga yang lain-lain, pokoknya jika nafsu rohani kita suci bersih, kehendak@nafsu kita banyak menjurus kepada amalan kebaikan dan kebenaran sepertimana yang digariskan Allah dan Rasul melalui Al Quran dan hadis-hadis/sunnah,lalu datang suka.lazat.gembira apabila kebaikan dan kebenaran terlaksana..Wallauaklam..

Mohon dibetulkan sekiranya ada tersilap atau tersalah.

Salam Semua & Pakcik,
Alhamdulilah dengan ulasan-ulasan sahabat & perbincangan secara ilmiah dapat juga ilmu yang berguna.

Pakcik,
Diharap pakcik atau sahabat lain dapat ulas ttg tulisan pakcik seperti dibawah ni untuk pemahaman.

"Sebaliknya yang tidak pernah tahu asal-usul mereka, bagaimana nak pulang? ."

Wassalam

kisah abu yazid al bustami sangat elok untuk direnung..salah seorang anak murid beliau,yang juga berjawatan pernah mengadu.wahai tuan guru!sudah 30 tahun aku beramal ibadat mengikut apa yang telah kau syarahkan tapi aku tak pernah mengalami pengalaman seperti yang kau ceritakan.abu yazid mengatakan,kau takkan mendapatkannya.si murid tetap inginkan ubatnya.abu yazid membalas,jika aku khabarkan ubatnya pun kau takkan mampu melaksanakannya.si murid tetap berkeras.abu yazid lalu memberikan ubatnya.baiklah.nanti kau tanggalkan jubah kebesaranmu,

pakailah pakaian buruk,cukur rambutmu,buangkan janggut.ambil kantung,isikan dengan biji kacang,masuklah ke pasar.suruhlah anak-anak nakal membaling biji kacang kepadamu sambil mengejek-ejek dirimu.tuan guru,aku tak sanggup melakukannya.abu yazid menjawab,sudahku katakan kepadamu..saya tulis maksudnya lebih kurang.cerita penuh boleh rujuk kisah para wali allah oleh syed ahmad semait...moralnya-selagi keakuan dan keegoan diri dipunyai,ianya menjadi hijab untuk menuju jalan pulang..wallahuaklam

Terima kasih Orkid, namun rohani tidak pernah tercemar walaupun jahat sekalipun manusia...yang tercemar dan mencemar adalah nafsu. Nafsu tidak pernah baik..Nafsu yang dapat dikalahkan aqal maka lawammahlah dia, kalau bersekongkol dengan hawa maka amarah lah dia. Kalau dikalahkan oleh iman mutmainnah lah dia.

Salam 'ada nama' dan sahabat2 yang dihormati.

'Innalillahi wainna ilaihi rajiun' bermaksud dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.

Itulah amanah besar yang kita tanggung, yang tak tertanggung, even oleh Malaikat muqarrabin.

mengenai tempat tinggal roh sesudah mati, pendapat ulama sangat pelbagai, bersandarkan kajian hadis.

-Roh orang beriman: pada umumnya tinggal di syurga dan berbeza2 sesuai dgn darjatnya, spt ditegaskan oleh Imam Syafi'ie.Imam Malik meriwayatkan dalam sebuah hadis marfu' (yang sanadnya sampai kpd Rasulullah s.a.w):

"Sesungguhnya roh seorang yang beriman tergantung pada pepohonan syurga sehingga Allah s.w.t mengembalikannya ke dalam jasad pada waktu dibangkitkan kembali"

-Roh orang kafir pula berada di dalam kandungan burung-burung hitam, makan dan minum dari api neraka

Bagaimana dengan roh orang-orang Islam awam yang tidak sempurna keimanan mereka?

Kita kembalikan urusan itu kepada Allah Taala Yang maha Mengetahui. w/bagaimanapun melalui pengalaman beberapa orang yang dibukakan hijab mereka, ada antara roh-roh yang telah meninggal ni, w/pun dilihat beramal soleh di dunia, masih 'terawang-awang' antara bumi dan langit.

wallahua'lam

terimakasih, pakcik

Salam semua

Bertambah mantap pandangan kalian dalam persoalan kerohanian ini, cukup banyak rahsia tafsiran quran dapat kita singkap berkait dengan diri kita

Apa yang sangat penting cuba kita tinjau pula firman ini, dalam surah An Nahl ayat 91 maksudnya: Dan tepatilah janji kalian apabila kamu berjanji, dan jangan kalian batalkan sumpah dan janji itu sedangkan kalian telah menguatkannya, sedangkan kamu telah menjadikan ALLAH sebagai saksi atas janji (sumpah)itu, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan

Ayat ini jika kita rujuk pada ayat Al A'araf ayat 172 maka kita akan merasa lebih insaf lagi, dan dengan ayat inilah kita perlu bertanya kepada diri kita, BILA KITA BERJANJI ? BILA KITA BERSUMPAH ? BILA KITA JADIKAN ALLAH SEBAGAI PENJAMIN (SAKSI ?)

Terima kasih Pak Karamu dan sahabat2 di atas perbincangan yg harmoni, pada jalan yg haq.

sedikit response pada persoalan yg ditimbulkan sdr Maun ie 'kenapa Adam boleh termakan pujukan Iblis':

Allah s.w.t menetapkan nama-nama-Nya menjadi hakikat-hakikat yang menguasai sekalian kejadian-Nya.

Setiap yang maujud dipegang oleh nama Tuhan dan nama Tuhan yang menjadi hakikat itu mengheret makhluk yang di bawah bidang kekuasaan-Nya pada jalan yang Allah s.w.t telah tentukan.

Tidak ada satu makhluk pun boleh bebas daripada nama Tuhan yang menjadi hakikat yang menguasainya. Nama al-Hadi membimbing seseorang kepada jalan yang benar. Semua guru-guru merupakan ‘cermin’ tempat zahirnya kesan kekuasaan al-Hadi. Sesiapa sahaja yang mendapat bimbingan kepada jalan yang lurus dan sesiapa sahaja yang membimbingnya, pada hakikatnya al-Hadi yang memberi bimbingan.

Al-Muzil mempunyai kekuatan untuk menyesatkan dan kekuatan ini terzahir pada makhluk-Nya yang bernama iblis. Sekalipun kelihatan iblis yang menyesatkan manusia tetapi iblis bukan berdiri dengan sendiri. Iblis tidak mempunyai sebarang kekuasaan. Allah s.w.t mengizinkan iblis menumpang kekuasaan al-Muzil. Oleh kerana iblis menumpang kekuasaan nama Tuhan maka tidak ada kekuasaan makhluk dapat mengalahkannya. Hanya satu sahaja kekuasaan yang mampu mengatasinya, iaitulah kekuasaan ALLAH yang menguasai segala kekuasaan. Lantaran itu Dia mengajarkan 'Auzubillahi minassyaitonirrojiim'

segalanya berbalik pada soal hikmah dan kebijaksanaan Allah sebagai asbab kepada sekalian asbab.

wallahua'lam

Ahlan Wa Sahlan

Mari kita sama-sama fikirkan, daripada manakah asal usul hukum yang kita perlu fikirkan, bila ujud hukum bagi manusia ?

Hukum semuanya daripada Allah, pantang larang dan suruhan berasal dari Allah, manusia hanya melakukan saja, dengan adanya Adam maka bermulalah sejarah hukum bagi manusia, ertinya Adam adalah asas sejarah hukum hakam kemudian di ikuti oleh nabi-nabi dan rasul

Nabi dan Rasul adalah maksum, terutama yang 25 orang yang wajib di percayai termasuklah Adam, tapi dalam peristiwa Adam dapatkah kita mengatakan bahawa Adam itu berdosa sedangkan dia maksom ?

PANDANGAN

Rohani di tempatkan di suatu tempat yang bernama DARUL BAIDHA iaitu satu tempat yang suasananya ada yang senang dan ada yang susah DARUL BAIDHA umpama planet yang ada beberapa buah negara,di antaranya ada negara yang susah dan ada negara kering kontang serta susah di sanalah di tempatkan manusia itu mengikut amal

Yang mencari jalan pulang adalah mereka terlupa tentang kalimah ikrar di alam Roh iaitu dua kalimah shahadat, apa yang menjadi masalahnya ialah kita tak faham ILMU dua kalimah tersebut, kita hanya faham tentang mengucapkannya saja, sebab itu kita tercari-cari jalan pulang, ertinya kita wajiblah mengaji

Siratul Mustaqim ! Jalan yang lurus yang mengenal diri dan Tuhan, jalan yang menuju Tuhan ia ada 3 jalan iaitu syari'at, tariqat dan hakikat sementara ma'arifat bukanlah ilmu akan tetapi (mengenal) iaitu mengenal tiga jalan tersebut sebab itu rahsia ilmu ada pada gigi SIN yang tiga pada kalimah Bis millahirrahmanirrahim

salam pak....mcm mana nk bukakkan mata hati, biar bleh paham apa yang pak ceritakan ini? ada pape petua pak?