Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Mengenal Diri Yang Ke 70

Salam

CERITA DARI MASJID NABAWI

Satu minggu sebelum Pak Karamu pulang ke tanah air Pak Karamu/Umarak Dagang telah berjumpa dengan seorang yang Pak Karamu anggap orang besar agama di dalam masjid Nabawi, dia ini datang dari Indonesia dan di iringi oleh beberapa orang pengiringnya termasuk orang arab sendiri

Apabila dia berada di dalam masjid dia membaca al quran yang di unjukkan oleh seorang arab, apabila masuk waktu solat orang arab datang ambil al quran daripadanya dan meletakkan al quran itu di tempatnya balik iaitu di tiang masjid yang ada tempat khusus al quran, bersamanya ada 9 orang pengiring mereka semua berpakaian seperti orang arab

Pak Karamu hanya memerhatikan saja, dalam hati Pak Karamu mungkin dia ini orang besar agama dan mungkin selalu datang ke tanah suci ini sebab ramai orang arab yang kenal dia atau dia ini pensyarah di university Madinah fikir Pak Karamu, pada hari juma'at Pak Karamu pergi awal ke masjid seorang diri orang lain belum lagi ramai datang

Setelah lebih kurang 1 jam di masjid tetiba orang Indonesia ini masuk ke dalam masjid duduk pula bersebelahan Pak Kramu dan pengikutnya juga sudah berada di kiri kanan Pak Karamu, dia salam Pak Karamu dan pengikutnya juga turut salam, di sebabkan waktu masih lagi lama dia sapa Pak Karamu " Dari mana ? Sapanya Pak Karamu jawab rengkas "Malaysia " jawab Pak Karamu, dari negara islam hadhari ? Katanya sambil tersenyum, dalam hati Pak Karamu dia ni perli nih ! Jawab Pak Karamu tidak !

Selepas solat juma'at dia salam dan pegang tangan Pak Karamu agak lama kemudian dia sebut al hamdulillah ! kemudian tercetus dari Pak Karamu secara tetiba saja entah mengapa Pak Karamu bagitahu dia " Pak ! dalam masjid ini banyak Allah ! sambil menunjukkan kalimah Allah yang begitu banyak di setiap tiang dalam masjid haram tersebut, Allah banyak ? katanya kehairanan jawab Pak Karamu Ya ! Allah banyak ! Kemudian kami masing-masing terdiam selang tak berapa lama dalam anggaran 10 minit dia pula berkata "Ya ! memang banyak !

Kemudian dia terangkan " oleh kerana kalimah Allah itu adalah asmak tentunya asmak Allah itu banyak ! katanya, kemudian Pak Karamu tanya lagi "jika demikian mahu sembah Tuhan yang mana satu ? tanya Pak Karamu jawabnya " Masya Allah yang jelas ada ilmu tauhidul Zat,Asmak,sifat dan juga af'al " katanya" Pak Karamu terus tanya dia " mahu sembah yang mana satu jika tidak tak perlu datang haji bikin capek dan habis wang saja" jelas Pak Karamu
kemudian dia anggok, kemudian Pak Karamu terangkan bagaimana mereka yang datang haji tapi bertalbiyah dengan lenangan air mata sedangkan mereka tidak mengenal Tuhannya ?

Syarat Allah itu jika kamu tidak arif dengan dirinya maka dosa kamu tidak terampun kerana satu dari syarat keampunan Tuhan ialah Faman 'aroofani ! (barang siapa yang mengenaliKu) ertinya baru boleh sebut Labbaika la syarikalakalabbaik ! ha baru Pak Karamu nampak kelopak matanya merah lalu dia salam tangan Pak Karamu, ini adalah ingatan Pak karamu kepada seluruh umat islam jika pergi Makkah tentukan kamu tidak dalam keadaan syirik kerana tidak mengenal Tuhan

Cukuplah setakat itu ......

Comments (123)

salam pak... saya terus membaca n3 pakkaramu :)

Salam Pak Karamu,

Selamat kembali ke tanah air.

Orang yg tinggi mertabatnya tidak akan merendahkan orang lain demi untuk menggambarkan yang mertabatnya adalah jauh lebih tinggi daripada orang yang diceritaknnya itu. Cerita hanyalah cerita entah betul entah tidak.

Baru saja tunaikan haji sudah cakap yg tak sewajarnya.

"Syarat Allah itu jika kamu tidak arif dengan dirinya maka dosa kamu tidak terampun kerana satu dari syarat keampunan Tuhan ialah Faman 'aroofani ! (barang siapa yang mengenaliKu) ertinya baru boleh sebut Labbaika la syarikalakalabbaik!"Ini kata-kata Pak Karamu. Pak tolong tunjukkan ayatnya di dalam al Quran sebagai nasnya. Saya pun nak belajar ni.

Nampaknya Pak Karamu saja yang bolih dan sah sebutan "Labaikallah"nya.

Salam Pak. Nanti Pak tolong huraikan sedikit. Ingin juga saya mencari apa yang dicari.

salam tuan tanpa nama...mungkin tuan perlu baca N3 ustaz ini

http://abnnasution.blogspot.com/2009/11/haji-mabrur.html


kami tak nampak cerita ustaz ini merendahkan mertabat seseorang...cerita ini tak lain tak bukan hanya menyampaikan supaya manusia tak berlaku syirik.

PEACE AND SUNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

VIVRE LA VIEEEEEEEEEEEEEEEEE

PAZ E AMORRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

E ASSIM A HUMANIDADE,POR NÓS FALOU!

PEACEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE

Salam Zikri,

Terima kasih, sudah saya baca. Tapi syirik tidak khusus di dalam ibadah haji saja. Di dalam ibadah-ibadah yang lain pun bolih syirik juga. Jadi kalau nak memperingatkan manusia supaya tidak syirik eloklah dibuat sewaktu dia bersyahadah lagi. Kalau ketika nak buat haji baru diingatkan sudah terlambat. Kan begitu?

Mudah-mudahan semua umat islam yang menunaikan ibadah haji yang lalu tidak berlaku syirik dan haji mereka mabrur semuanya.

Berhati-hatilah tentang syirik ini, kerana orang-orang yang syirik nanti, Allah kata mereka syirik pun mereka bersumpah yang mereka tidak syirik. Cuba rujuk Surah Al 'Anaam Ayat 22 - 25.

Tentang "nampak tak nampak" tu terserahlah. Ada orang nampak dan ada orang yang tak nampak.

salam pak,
selamat kembali menulis..
aku juga masih belum mengenal...
huhuhu

Salam kembali Tuan Tanpa Nama

Kalau diri sendiri pun tak bernama dan pilih pula pilihan yang tak bernama masakan kita nak kenal dan tahu akan sesuatu. Allah pun ada byk Nama…maka tahulah kita serba sedikit tentangNya…benda2 pun ada nama2 dan sewaktunya……mmmm Hehehe jangan marah saya gurau je yer….

1.Saya fikir ada baik kita berfikir dahulu sebelum mengutarakan sesuatu persoalan. Kiranya kita sendiri tidak tahu apa yang kita nak nyatakan/soalkan/dan jawapkan bermakna kita tak ada ilmu tentang perkara itu.

2. Ruang ini dikhaskan kepada mereka2 yang ingin belajar mengenal diri mengenal Allah. Bagi saya yang jahil ini, selagi ada sekelumit tentang percaya (iman) / takut/ takzub/ takjub/ter dan ter…terhadap selain daripada Allah….selagi itu belumlah kita benar2 mengenal Allah. Kalau nak kenal maka kenalah ada ILMU dan perlu digurui dan diamal kerana Allah. Kalau tak kenal Allah bolehkah kita kata kerja buat itu sebagai kerja2 ibadah harian. Akibat tak kenal Allahlah syirik secara sengaja dan tak sengaja berleluasa merata2. Syirik dosa besar yang Allah tak ampun (tuan pun tahu dalam surah tuh) maka kerana itulah Ustaz Ariffin tekankan ILMU kenal diri kenal Allah (atau ILMU utk realisasikan perkara 1 iaitu shahadah ) dalam ruang ini. Marilah tuan kita belajar bersama-sama

Salam Zikri,

Sebagai hamba yg teramat kerdil ini apalah ada pada nama. Ada nama yang baik tapi perangai huduh dan ada nama yang tak enak didengar tapi perangai paling top.

Alahai! Sudah terang nak bersuluh lagi. Tentulah kena fikir dulu baru bertanya. Bertanya tu kerana fikir fikir pun tak tahu juga, maka bertanyalah. Jadi yang tahu tu terangkanlah jangan cakap cakap saja. Cakap tu free. Silalah tunjukkan asasnya di dalam al Quran yang tak diragui akan benarnya. Kalau nasnya selain al Quran -- kena fikir banyak kali.

Sebab nak belajarlah maka saya tanya. Bila saya tanya, jawablah. Kalau tak dijawab macam mana saya nak tahu? Kat sekolah dulu macam tulah caranya. Murid tak tahu tanya cikgu, maka cikgu jawablah.

Nabi kita dulu bertungkuslumus masuk gua hiraq nak kenal diri ke? OK lah, katalah dia nak kenal dirinya, tapi Allah bagi dia al Quran. Eh! Pelik kan? Minta gula dibagi garam. Allah silap ke? Mustahil Allah silap. Jadi anggapan kitalah yang silap. Logiknya kalau nabi kita bertujuan nak mengenal dirinya sudah tentu kitab yang Allah turunkan akan bertajuk "kitab mengenal diri". Tapi, tidak begitu jadinya kan? Perintah pertama Allah, Dia suruh "baca" pulak. Olih kerana sibuk nak mengenal diri ramai umat islam yg tak baca al Quran, maka mengadulah rasul kepada Allah, "Ya Rabb, sesungguhnya kaumku tidak mengacuhkan al Quran".

Sama-samalah kita fikirkan. Sila berkongsi hasil yg difikirkan itu.

Salam,
Mengenal diri itu maksudnya mengenal Yang Empunya Diri..
Yang Empunya Diri itu wujud dalam kekosongan HAKIKI yang tidak terjangkau oleh akal, hanya boleh dilihat mata hati yang disuluh Nur Allah.
Benarlah firman Allah:

"Dan jangan (pula) engkau sembah Tuhan yang selain Allah.Tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia.SEGALA SESUATU PASTI BINASA KECUALI WAJAH/ZAT-NYA.Bagi-Nya segala hukum/ketetapan, dan hanya kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Al_Qashash:88)

Ayat di atas memerintah manusia supaya HANYA menyembah Allah Yang Maha Esa.ayat yg dihurufbesakan itu lbh menarik-maksudnya yang akan selamat/tidak binasa ialah Zat-Nya.oleh itu sesiapa yang tidak mengenal sehingga fana di dalam Zat-Nya, maka orang itu akan binasa.Maka selepas mengenal Dia sebenar-benarnya, barulah kita boleh kembali kepada-Nya.

wallahua'lam

benar kata pakcik tuu.tapi bagaimana nak kenak kalau hanya setakat ilmu sahaja tetapi tidak merasa hu hu hu

Terima kasih atas kunjungan kalian semua, al hamdulillah saya tunai haji bukannya baru sekali saya tunai umrah bukan baru sekali tapi berkali-kali, dan orang yanti hadis eloklah keluar dari menjadi umat Muhammad

Salam semua,

Entah berapa kali agaknya nabi kita tunaikan umrah dan haji di dalam hayatnya.

Mmmmm ...mmmmm .. ada yang bolih tolong tak?

Salam Pak Karamu,

Jangan jadi umat Muhammad,jadilah umat Rasulullah atau jadilah muhammad. Kalau jadi umat Muhammad orang putih kata ugamanya "Muhammadan". Kalau jadi umat Rasul ugamanya islam (berserah diri kepada Allah). Kalau jadi muhammad, maka jadilah "yang terpuji".

Di dalam al Quran 4 kali nama Muhammad disebut. Tak ada satu pun yang memerintah supaya kita jadi umat Muhammad. Tapi banyak ayat yang memerintah kita supaya ikut Rasullullah.

Tuan Inderasakti,
Benar, ilmu hanya menjadi alat (dalil) utk mengenal, tetapi rasa (zauk) hanya diperolehi dgn berjalan di jalan kerohanian di bawah bimbingan guru mursyid.akhir pencarian adalah hakikat dan makrifat.
Hamba yg faqir ini ingin sama2 mengutip sedikit ilmu yg dikongsi oleh Tuan empunya blog dan rakan2..semoga mendapat manfaat bersama..

Binasa manusia kerana tidak berilmu
Binasa ilmu kerana tidak beramal
Binasa amal kerana tidak ikhlas
Binasa ikhlas kerana riyak.

Salam Pakcik,

Binasa manusia kerana tidak beriman kepada Allah. Tanpa iman, ilmu dan amalnya pun tak berguna kepadanya.

Ilmu tidak bolih binasa kerana sifatnya neutral.

Binasanya amal sebab dilaksanakan kerana selain Allah.

Iblis kenal Allah. Dia juga berilmu tapi tak beriman lalu tak patuh kepada perintah Allah kerana egonya, lalu berubah mertabatnya dari maklaikat kepada jin dan binasalah dia di dalam neraka kelak. Namun kenalnya dan ilmunya tidak dapat mengatasi egonya untuk meminta ampun dan bertaubat. Maka Allah laknati dia dan akan dimasukkan ke neraka.

Adam dan Hawa juga kenal Allah namun mereka juga tidak patuh lalu di keluarkan dari syurga. Tapi mereka cepat sedar, kerana rahmat dari Allah, lalu mereka meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Akhirnya mereka akan diembalikan ke syurga.

Jadi faktor yang menyelamatkan adalah PATUH KEPADA PERINTAH ALLAH.

Jadi kita ini bagaimana ya? Nak kenal ke nak patuh?

saya pikir "tanpa nama" ni mencari2 yang dia sendiri tak tahu apa yang dia hendak cari...saya tahu dia adalah orang yang sama yang suka beri komen seperti ini di dalam blog Ustaz...

sekadar cadangan saya utk disyer bersama tuan...cubalah ikhlas (mmg susah saya pun terkial2 tp mmg kena ada usaha) dalam mencari kebenaran...dan amalkan doa ini dgn sungguh2...Ya Allah,pimpinlah kami kejalan Untuk mengenalMu dan mengenal diri kami...Alhamdulillah saya jumpa guru pembimbing saya

dan alhamdulillah ustaz (Ustaz Ariffin ampunya web ini) membimbing kami dengan bahasa yang mudah utk dipaham utk semua

Salam Zikri,

Jangan ada prasangka -- tak baik. Allah pun larang. Entahlah, mungkin makrifah tuan tinggi, lalu mampu tahu apa yg terkandung di dalam hati saya.

Allah sentiasa memakbulkan doa-doa hambanya. Yg baik pun dimakbulkan dan yang tak baik pun dimakbulkan juga. Jadi, kemakbulan sesuatu doa itu tidak bermakna Allah redhai. Contohnya, Allah makbulkan permohonan iblis untuk menggoda semua keturunan Adam untuk bersama dengannya ke neraka -- Allah izinkan.

Agar laman web ustaz ini memberi manfaat kepada yang memerlukan. Saya bertanya apa yg saya tak faham dan memberi komen agar dapat jawapan yg lebih baik. Namun sering komen saya tak berjawab. Jadi tuan-tuan fikir sendirilah -- kenapa.

***dalam meniti perjalanan syariat atau kerohaian ini atau apa2 ilmu, adalah sebaik-baiknya berdepan dengan guru atau orang arif atau pensyarah kerana kadang sukar untuk diulas secara tulisan*** Bagi anda yang suka mencari diri atau lebih mencabar, search website - highlander2u - ini lebih mencabar/memeningkan tentang ulasan nya tapi guna AKAL jangan guna NAFSU.

Tuan Tanpa Nama,
Saya fikir kita bercakap ttg telur dan ayam, yang mana dulu yang mana kemudian.

Tuan mengatakan iman haruslah terlebih dahulu sebelum ilmu. tetapi bagaimana nak beriman kalau x berilmu. mengapakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan adalah 'iqra' bismirobbikallazi khalaq' (bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan)

Bacalah yakni mengaji lah @ kaji lah ayat-ayat quran-samada yang tertulis atau yang tersembunyi di alam semesta.

Nah, bukankah itu namanya ilmu?

Pada saya, nak patuh mestilah mengenal dulu. Nak patuh pada siapa? Allah itu bagaimana?

Setiap dari kita pernah ditanya, sebelum roh dimasukkan ke dalam jasad "Alastu birabbikum? Qaalu bala syahidna.." (Al-A'raf 172)maksudnya "Bukankah Aku ini Tuhanmu? mereka menjawab, Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi"

Jadi itulah janji kepatuhan itu dan bila roh dimasukkan ke dalam jasad yang gelap zulmat itu, kita menjadi lupa terhdp janji itu..

Sekadar itulah saja perkongsian sedikit sebanyak ilmu saya yg sedikit.

wallahua'lam

Salam Pakcik,

Saya tak kata beriman dulu atau berilmu dulu. Saya kata ilmu dan amal tanpa beriman kepada Allah orangnya akan binasa. Nah di bawah ini adalah apa yg saya kata:

"Binasa manusia kerana tidak beriman kepada Allah. Tanpa iman, ilmu dan amalnya pun tak berguna kepadanya."

Dah bertulis pun bolih salah faham; bayangkan kalau tak bertulis -- gurunya kata A muridnya kata B; lepas tu disalahkan gurunya pula.

Kalaulah syaratnya "kenal dulu baru nak percaya" ramai manusia tak masuk islam. Sewaktu di gua hiraq dulu, Nabi kita pun akan bertanya, "Siapa engkau yg bernama Jibrail? Benarkah engkau ini Jibrail? Allah itu siapa? Aku tak kenal pun. Apa bendanya yg nak ku baca? Kenapa aku mesti percaya pada engkau. ya Jibrail? .... "

Pakcik, kerana Pakcik masih lagi mecari dan berguru, saya anggap belum lagi kenal Allah (maaf kalau saya silap). Jadi kenapa Pakcik yakin yg al Quran itu datangnya daripada Allah? Pakcik sepatutnya kenal Allah dulu. Lepas tu baru tanya pada Allah, "Benarkah al Quran itu datangnya dari Mu ya Allah?"

Surah 7 ayat 172 tu memang benar Pakcik. Allah mengingkatkan kita semua yang kita sudah pun kenal dan menyaksikan Allah; cuma apabila berjasad kita di-lupakan. Percaya (beriman) sajalah kepada apa yg Allah katakan itu. Seperti juga ibu dan ayah kita --- orang lain yg mengatakan mereka itu ibu dan ayah kita --- walhal sewaktu dilahirkan dulu kita nampak, rasa dan dengar --- cuma kita tak ingat --- lalu orang lain ingatkan kita. kalau kata-kata orang kita percaya, apatah lagi firman Allah.

Saya salin kata-kata Pakcik:

"Pada saya, nak patuh mestilah mengenal dulu. Nak patuh pada siapa? Allah itu bagaimana?"

Maaf Pakcik, cuba Pakcik semak balik cerita umat nabi Musa di dalam al Quran. Mereka nak lihat Allah dulu baru nak patuh/percaya. Apa jadi pada mereka? Jangan ikut perangai mereka tu Pakcik.

Banyak ayat-ayat al Quran yg menerangkan siapa itu Allah, tapi manusia tak yakin, dia nak "bersatu" juga dengan Allah. Ini yg disifatkan "melampaui batas". Yang sering dibaca adalah ayat kursi. Fir'un tak terima penjelasan nabi Musa tentang Allah lalu dia mengaku dirinya "tuhan yg tertinggi". Apa jadi pada Fir'un? (Ramai juga orang yg mengenal diri yang mengaku diri mereka Tuhan.)

Maafkan saya Pakcik kalau saya menyinggong perasaan Pakcik di dalam berhujah ini. Semoga Allah memberi kita
kefahaman yg benar tentang petunjukNya.

Salam Pada Semua,

Saya pun hairan dengan Pak Karamu ni. Dia buat cerita, kita tanya/komen dia tak jawab. Apa kena mengena dengan berapa kali dia buat haji dan umrah? 1000000 kali haji pun kalau tak betul macam mana? Macam inikah orang yang ariffinbillah? Cara dia cakap tu dia kelab "Muhammadan". Dia suruh saya keluar. Macam mana nak keluar saya ahli pun tidak.

Allah mengajar manusia dengan perantaraan kalam (Surah 96 ayat 4). Manusia mengajar manusia pun melalui perantaraan kalam juga; kalau membisu macam mana nak ajar?

Tuan Tanpa Nama,

Memang saya setuju, tanpa iman, ilmu dan amal itu akan binasa.itu mmg selalu kita dengar.

Ttp kenapa pula tuan seolah ingin mempertikaikan hal utk mengenal Allah itu dulu.

Yang saya tahu, untuk sampai kpd Allah itu ada 3 jalan ie syariat, tariqat dan hakikat.

Jadi kita pilihlah jalannya, asalkan kita sampai (makrifatullah). Tapi harus diingat, Allah hanya mahu dikenali oleh sesiapa yang dikehendaki-Nya shj.Kata guru saya, yang mencapai makrifatullah ini hanya 1 dalam sejuta org. Moga kita tergolong dalam golongan itu

Dalam hadis jibril yang terkenal itu,Rasulullah mengajar kita ttg 3 asas utama agama ie Islam, Iman & Ihsan.Bila sampai ke maqam Ihsan lah baru kita sampai kpd Allah.

Terlanjur Tuan berbicara ttg Nabi Musa, rujuk juga Surah Al-Kahfi 60-88.Tentang kisah Nabi Musa dan pertemuan dengan 'Hamba Allah'(dari hadis diketahui bahwa beliau ialah Khidr).Lihatlah bagaimana Khidr mengajar Nabi Musa ttg ilmu hakikat (yang tidak terjangkau oleh Nabi Musa).

Tujuan saya bukan apa, Tuan Tanpa Nama.saya mengajak Tuan dan diri saya supaya melihat hakikat disebalik sesuatu perkara. Kata org putih-'the essence', not 'the forms'.

Bukankah pernah tuan mendengar 'Awwaluddin makrifatullah'?

Maaf, saya bukanlah layak berbahas bidang ni, krn itu bkn bidang saya, tapi alhamdulillah Allah mempertemukan saya dengan beberapa guru yang saya yakin tahap keilmuan mereka, insya-Allah...

Akhir kalam..

'Innalillahi wainna ilaihirajiun' (Al-Baqarah: 156)

wassalam

Salam Pakcik,

Pakcik fikirkan betul-betul cerita nabi Musa dan Khidir tu. Nabi Musa tak sempat pun nak belajar dengan Khidir kerana nabi Musa tak penuhi syarat yg dikehendaki olih Khidir. Bayangkalah Pakcik, nabi Musa pun tak layak nak belajar ilmu itu. Kita layak ke?

Dengan perintah Allah, Khidir sanggup membunuh budak tu. Kalau Pakcik diperintah sedemikian, Pakcik sanggup ke? Di dalam al Quran hanya nabi Ibrahim dan Khidir saja yg sanggup.

"Awaludin makrifattullah" tu tak ada di dalam al Quran. Setengah kata dalam hadis pun tak de, hanya kata-kata ulamak tauhid aje. Logiknya, kenalah kita tahu Allah tu macam mana seperti yg termaktub di dalam al Quran. Tapi janganlah sampai melampau batas.

Saya pun pernah belajar dengan guru-guru mursyid. Saya perhatikan mereka ini jarang sekali merujuk kepada al Quran. Setakat satu dua ayat tu adalah. Ada yg tak kesah langsung akan al Quran, ada yg kata al Quran tu untuk kanak-kanak aje, ada yg kata kita lebih tua daripada al Quran jadi buat apa nak guna al Quran dan ada yg berani pijak al Quran. Mereka ni tak terfikirkah, tanpa al Quran nabi Muhammad tidak akan menjadi Rasulullah.

Seperti kata guru Pakcik, hanya 1 dalam 1 juta yg sampai. Kalau begitu buat apa buang masa, bacalah dan fahamilah al Quran. Jadilah Quran hidup. Allah sering menekankan pentingnya al Quran tapi manusia tak kesah aje. Mereka ingat mereka lebih pandai dari Allah. Iblis sentiasa mencari jalan supaya kita tidak ikut kata-kata Allah i.e. tak percaya pada Allah.

Berhati-hatilah Pakcik. Di akhirat nanti kita akan menyalahi satu sama lain. Guru pun akan menafikan kita bila berhadapan dengan neraka. Ingatlah, guru, Musa, Isa dan Muhammad dll. pun bolih jadi selain Allah.

Pembahasan yang menarik minat sekelian pembaca. Bukan siapa yang kalah atau siapa yang menang, yang pasti ada ILMUnya untuk difikirkan.

Saya nak jawab tanpa nama sedikit saja, apabila dia kata baru saja tunaikan haji sudah cakap yang tak sewajarnya, saya rasa itu hak saya dan kamu tak sepatutnya kemen dara moral saya sendiri inilah mulanya pertentangan ini

Kemudian kamu kata sya berdiam diri, sebenarnya kamu telah masuk blog dan E Mail saya dan saya dapati kamu seolah-olah anti hadis sebab itu aya tak layan kamu

sALAM

kHUSUS KEPADA pAKCIK,iNDRASAKTI,zIKRI,AKU DAN ADANAMA

Saya rasa tuan-tuan boleh pertimbangkan cara orang yang hendak bertanya kerana nak tahu dan kepada orang yang hendak menguji, biasanya orang yang hendak tahu bertanya tentunya dia penuh dengan akhlak dan cara orang yang nak menguji dan biasanya dia tak perkenan dengan hadis qudsi dan hadis Rasulullah

Terlalu banyak kerenah bukanlah orang yang hendak tahu tapi hendak menguji, cuba kamu tanya dia tentang hadis dan hadis qudsi apa jawapannya ?

Salam Pak Karamu,

Memang itu haq Pak Karamu. Tapi sebagai seorang tokoh agama yg berilmu dan waras, yang saya pun tabik, tak wajar Pak Karamu buat macam itu; apatah lagi baru saja pulang dari haji. Saya rasa kecewa bila seorang tokoh islam buat macam itu; tak ada fatanahnya. Namun saya minta berbanyak maaf kerana menyinggung perasaan Pak Karamu.

Pak Karamu, ilmu saya tak seberapa adanya, tapi bila Allah kata, "... Maka kepada hadis manakah mereka akan beriman selepas al Quran itu?"(Surah Al A'raaf ayat 185). Hati saya hancur dan air mata berlinangan kerana saya tiada lagi sebarang pilihan melainkan patuh kepada perintah Allah. Pak Karamu nak lebel saya sebagai anti hadis, silakan saya redha. Cuma saya yg bodoh ini nasihatkan berhati-hatilah. Ayat itu bukannya yg bersifat mutashabihaat.

Di dalam mencari kebenaran Pak Karamu jangan pilih kasih; orang ini saya jawab orang itu saya tak nak jawab. Kalau sudah kenal Allah, Allah tak buat macam itu (sila lihat Surah al A'raaf ayat 172). Petunjuk-Nya dibagi kepada semua, nak ikut atau tidak terserahlah.

Sekali lagi saya minta maaf. Kita masih ada masa untuk mencari yang haq. Di dalam prosesnya kekadang kita terpijak kaki orang lain. Maafkan saya.

Salam Pada Semua,

Nampaknya seolah-olah Pak Karamu cari geng pulak. Beginilah tuan-tuan, kalau kita yakin ilmu kita benar kita tak takut kena uji -- tak kesahlah ikhlas atau pun tidak; kita bolih jawab dengan ikhlas.

Untuk tatapan bersama di bawah ini sebahagian daripada firman-firman Allah tentang HADIS:

Perkataan "HADIS" yg hilang di dalam terjemahan. Sekiranya dikekalkan, ayat-ayatnya akan bermaksud seperti di bawah:

Surah An Nisaa'Ayat 87 yg bermaksud:

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia. Sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, yang tidak ada syak padanya. Dan siapakah pula yang lebih benar HADIS-nya daripada Allah?

Surah Al A'raaf Ayat 185 yg bermaksud:

Kenapakah mereka tidak mahu memperhatikan langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa mungkin telah dekat ajal kebinasaan bagi mereka? Maka kepada HADIS yang mana lagi sesudah (Al-Quran) itu mereka mahu beriman?

Surah Yusuf Ayat 111 yg bermaksud:

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Bukanlah ia HADIS yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Surah Lukman Ayat 6 yg bermaksud:

Dan di antara manusia ada orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada HADIS-HADIS dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan dan menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah tanpa berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

Surah Az Zumar Ayat 23 yg bermaksud:

Allah telah menurunkan sebaik-baik HADIS iaitu Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain, yang berulang-ulang, yang kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang, tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

Surah al Jaathiyah Ayat 6 yg bermaksud:

Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepadamu (Muhammad) dengan benar; maka dengan HADIS yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?

Surah Al Mursalaat Ayat 50 yg bermaksud:

Maka kepada HADIS yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?

Nah! Fikirkanlah tentang apa yg menjadi kemarahan Pak Karamu terhadap saya.

Tuan Tanpa Nama,

Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam satu hadis-"Sesungguhnya sedikit amalan akan berfaedah bila disertai dengan ilmu mengenal Allah, dan banyak amalan tidak akan bermanfaat bila disetai dengan kejahilan mengenai Allah"

(dipetik dari buku "Melihat Allah" karangan asal Syeikh An-Nafiri)

Ya, kecualilah jika tuan tidak dpt menerima hadis? (nampaknya spt tuan begitu, agak jelas dlm respond di atas)

Lebih malang jika tuan sepertinya tidak mahu mengaku jadi umat nabi Muhammad. Lihat petikan ayat tuan.."Tak ada satu pun yang memerintah supaya kita jadi umat Muhammad"

Tidak mahukah tuan mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak? masya-Allah..

Jelaslah tujuan tuan ke sini, bukannya utk menambah ilmu (kerana kononnya telah belajar dengan ramai guru) melainkan utk menguji ilmu empunya blog +- mempromosi manhaj anutan tuan

Semoga Allah memberi kita semua taufik dan hidayah..

"Ihdinassiro tolmustaqiim"

wassalam

Salam,

Satelah ayat-ayat di atas, perhatikanlah ayat di bawah ini pula:

[18:57] Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat. Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.

Buatlah keputusan sendiri. Kemana kita akan berakhir kelak, tiada siap pun bolih tolong. Allah mengatakan hanya al Quran sahaja yang tiada keraguan di dalamnya. Fikir secara bebas, ikhlas dan mohon pertolongan dari Allah.

Jangan ikut saya --- ikut Allah.

Salam Pakcik,

Tak tahulah saya sama ada nabi kata macam itu atau tidak. Namun kata-kata itu betul dan bolih saya terima.

Terima kasih di atas keperihatinan tuan terhadap saya. Adakah syafaat? Cuba perhatikan firman-firman Allah di bawah ini:

[2:48] Dan peliharalah diri kamu dari hari yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka tidak akan diberi sebarang pertolongan.

[2:123] Dan peliharalah diri kamu dari hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong.

[6:51] Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa.

Ayat-ayat ini pun datangnya melalui nabi Muhammad juga Pakcik. Takkan beliau berani menyanggah Allah kut. Tapi orang kata dia buat. Nak percaya kat orang ke nak percaya kat Allah?

Tepuk dada tanyalah selera.

Pakcik mohon petunjuk ke jalan yg benar kepada Allah. Tapi bila Allah berfirman Pakcik tak percaya; Pakcik percaya kepada orang yg Pakcik tak kenal pun. Tapi bila Allah, Pakcik nak kenal dulu baru percaya.

Jangan ikut saya. Ikutlah Allah pasti selamat.

Salam Pak Karamu,

Terima kasih atas nasihat Pak.

Salam ustaz...insyAllah saya ikut anjuran ustaz.Sekadar cadangan daripada saya...mungkin mana2 ulasan drp seseorang sbg contoh drp org yang TIDAK JUJUR...tak perlu kita highlightkan di dalam ruang ini (ustaz boleh delete).

MMMM...DAH terang lagi bersuluh menampakkan cth orang yang anti hadis...selama hari saya tak tahu mereka2 seperti ini...tapi yg sangat jelas, apa yang mereka tulis semua kena balik kepada dia dan menampakan diri dia yang sebenar... menung saya memikirkan bagaimana sesuka hati menambahkan "hadis" yg tak ada dalam terjemahan quran.

Nak pinjam drp pakcik...

"Ihdinassiro tolmustaqiim"

Salam Zikri,

Yang anda nafikan bukanya saya. Yang anda nafikan adalah firman-firman Allah. Anda tak nampak. Macam mana nak nampak kalau Allah dah tutup? Sedarlah sebelum terlambat. Saya sekadar menyampaikan dan memperingatkan ayat-ayatNya saja.

Pada orang yg tak kenal mereka percaya tapi pada Allah mereka nak kenal dulu baru percaya. Maka berjalanlah firman Allah di dalam Surah al An'aam ayat 22 - 25.

Permohonan "Ihdinassiro tolmustaqiim" sekadar di bibir saja nampaknya.

Jangan ikut sesiap; ikutlah Allah.

Salam Zikri,

Cuba semak bahasa Arabnya. Ada tak perkataan "hadis" tu. Tapi bila diterjemah jadilah dia "berita, cerita,dll". Saya nak bohong buat apa.

Salam,

Nabi Ibrahim sanggup sembelih, satu-satu anak kesayangnya ketika itu, Nabi Ismail semata-mata kerana mengikut perintah Allah. Lalu Allah tebus anak itu dan Allah anggapnya sebagai ujian yang besar.

Kita pula Allah tak suruh sembelih anak-anak kita. Kalau disuruh pun ramai mungkin tak sanggup buat (termasuklah saya). Tapi "anak" yang kita perlu "sembelih" adalah "kepercayaan yang sudah lama bersemadi dengan kita", apabila sudah diketahui yang HAQ, ia itu, firman-firman Allah di dalam al Quran yg nyata bertantangan dengan "anak" kita tersebut. Maka ada yg samggup dan ada yg tak sanggup. Ujian ini besar seperti yg difirmankan olih Allah.

Fikir-fikirkanlah.

Salam,

Perhatikan nasihat Allah kepada semua manusia:

[2:38] Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

[2:39] Dan orang-orang kafir (tak percaya) yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Ayat ini jelas maksudnya. Tak mampu saya nak menjelaskan lagi.

Fikirlah sendiri.

Salam,

Cubalah tuan-tuan fikirkan, pelik tak orang-orang ini. Mereka tak percaya pada firman-firman Allah tapi mereka nak kenal Allah. Kalau macam itu mereka tidak akan kenal Allah sampailah unta bolih masuk ke lubang jarum.

Yang menakjubkan lagi, mereka paling cepat percaya pada kata-kata orang-orang yang mereka tidak kenal pun.

Macam mana Allah tak marah pada orang macam ini? Tak ada akal langsung.

Allah anugerahkan pendengaran, peglihatan dan hati tapi sedikit sangat mereka bersuykur. Kenapa berlaku demikian? Kerana mereka tidak menggunakannya dengan betul di dalam mencari kebenaran.

Maka tersenyumlah iblis di atas kebodohan manusia tersebut.

salam pak,
tak kira lah yang nak patuh saja tanpa mengenal atau yang dah patuh tapi nak mengenal..
teruskan lah mengajar pada yang sudi pak..
kalau tak ada yang sudi, aku tetap sudi..

Tuan-tuan sekalian,

Seronok juga membaca komen-komen Tanpa Nama,Zikri,Pak Cik dan yang lain-lain...

Untuk Tanpa Nama: Boleh saya tau kenapa tuan menggunakan Tanpa Nama?

Tuan Tanpa Nama,

Tuan telah memetik beberapa ayat Quran yg mengandungi perkataan HADIS, lalu membuat kesimpulan tidak perlu mengikut hadis, hanya berpandulah pd al-Quran

Hadis secara harfiah bermaksud sesuatu yang baru dari segala bentuk. Dari segi maksudnya, ia memiliki beberapa erti, antaranya kata-kata, ucapan dan sebutan yang dikhabarkan, disampaikan dan diberitakan. Di dalam al-Quran perkataan hadis digunakan beberapa kali dengan beberapa maksud dan tujuan yang berbeza sesuai dengan konteks perbicaraan ayat, spt ayat-ayat yang 'tuan tanpa nama' petik itu.

Adakah satu pun dari ayat itu mencegah kita dari mengikut hadis Nabi?-TIDAK sama sekali, kerana hadis (kata Nabi) juga adalah hadis (Kata-kata dari Allah yang diwahyukan kepada Baginda)


Soalnya, al-Quran itu bagaimana, tuan? yang berhuruf, yang bercetak spt sekarang kah? Bukankah Al-Quran itu kalamullah? Adakah kalam Allah berbentuk tulisan yang disusun dalam lembaran2 spt yang kita baca sekarang?

Sedarkah tuan yang Al-Quran spt yang ada sekarang juga ditulis atas pelepah2 tamar dan dikumpulkan pada zaman sahabat? ya, oleh orang-orang yang sama juga yang meriwayatkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Golongan spt tuan menyempitkan roh dan falsafah yang terkandung dalam al-Quran itu sendiri, sedangkan tafsir Al-Quran itu mengandungi maksud zahir dan batin yang Maha Luas.

Dalam posting Pak Karamu sebelum ni ada diterangkan bahwa al_Quran itu telah diturunkan ke dalam hati manusia, siap dengan dalil-dalilnya.

Maaf kalau saya tersilap. Mengaji x tinggi.

wassalam

Salam Pakcik,

Saya hanya memaparkan ayat-ayat al Quran sekadar adanya. Kalau ada penterjemah menyurukkan sesuatu kerana sebab-sebab tertentu, maka saya tunjukkan supaya pembaca dapat membuat keputusan sendiri. Tak buat keputusan pun tak apa. Kalau ada yg pakar yg mampu menyanggah, maka sanggahlah; yg benarnya haq Allah nanti memberi penjelasan tentang apa yg kita semua perselisihkan.

Pakcik kalau orang yang kita beri duit, lepas itu dia tanya -- duit itu dibuat daripada apa, siapa yg design, guna kertas recycle atau tidak, siapa yg meluluskan, dicetak kat mana, gabnor mana yg turunkan tanda tangan, dll, maka saya akan rampas duit dari dia dan suruh cari duitnya sendiri.

Pakcik al Quran yg saya tahu adalah yg biasa kita bacalah. Tak tahu pula saya sekiranya ada al Quran lain. Kalau ada saya minta Pakcik kongsilah bersama kami di sini.

Pakcik nak percaya dengan penjelasan Pak Karamu di dalam post yg dia buat tu, terserahlah kepada Pakcik. Saya tak pertikaikan; Pak Karamu memang tinggi ilmunya. Saya belum baca lagi post tu.

Salam Orkid,

Kenapa pakai nama "Orkid"?

Nama saya tu blog Pak Karamu yg bagi. Tanyalah kat dia mengapa.

Salam Pakcik,

Kekadang seronok juga berhujah begini, saya rasa elok kita teruskan perbincangan-perbincangan yang sebegini supaya terurai keemahan kita tentang maksud-maksud perkataan ataupun ayat di dalam al quran

Huraian Pakcik tepat bagi orang yang mengkaji dan mengaji jika tak faham lagi, tak jelas lagi memang pintu hati telah tertutup rapat, ini tak dapat kita nak tolong, sebab itu pada awalnya dulu saya sertakan hujah berbahasa arab dia tak mahu juga terima dan saya terus saja diam sebab buang masa saya saja, tapi dia datang lagi, itu tak apa sekurang-kurangnya kita dapat menilai yang mana jahil dan yang mana arif tentang hurufiah atau harafiayah al quran

Terima kasih Pakcik

Salam Pakcik,

Pakcik ni banyak sangat soalannya -- tahu tak, tahu tak. Beginilah Pakcik, saya pun nak tanya juga seperti di bawah ni:

Tahu tak Pakcik nabi kita pernah melarang sahabat-sahabatnya menulis hadis selain al Quran.

Tahu tak Pakcik saidina Abu Bakar pernah membakar semua hadis yg ada padanya setelah teringat akan larangan nabi di atas.

Tahu tak Pakcik Siti Aishah pernah memarahi Abu Hurairah kerana banyak meriwayatkan hadis-hadis palsu.

Tahu tak Pakcik yg Abu Hurairah sendiri tak pegang pada hadis yg dia riwayatkan.

Tahu tak Pakcik yg Abu Hurairah masuk islam 3 tahun sebelum nabi wafat tapi dialah pencerita hadis yg paling banyak.

Tahu tak Pakcik nabi pernah tukar nama asal Abu Hurairah tapi dia tak mahu guna nama itu.

Tahu tak Pakcik Muawiyah, khalifah yg ke 5, nak tulis satu hadis tapi dilarang olih sahabat yg meriwayatkannya.

Tahu tak Pakcik hadis hanya ditulis 200 tahun selepas nabi wafat.

Tahu tak Pakcik penulis hadis bolih dikatakan 100% bukannya orang arab.

Tahu tak Pakcik imam Bukhari menolak 99% hadis di zaman dia.

Tahu tak Pakcik yang guru imam Bukhari buang dia sebagai murid kerana imam Bukhari anggap koleksi hadisnya setaraf dengan al Quran.

Tahu tak Pakcik yg pemerintah di zamannya buang imam Bukhari keluar negara kerana pendiriannya tentang hadis.

"Hey berapa banyak tahu tak laaa...." Teringat cerita Bujang Lapok.

Maaf Pakcik -- tak usahlah jawab -- semua orang pun dah tahu.

Salam Pak Karamu,

Alhamdulillah --- Pak Karamu mempunyai pendekatan yg terbuka.

Maaf Pak saya tak pernah menolak sekiranya Pak nak menjelaskan keadaan dengan mengguna bahasa arab. Silakan. Semoga saya dapat manfaat darinya.

Bila saya cuba guna,orang marah kat saya.

Ahlan Wa sahlan

Wow ! hebat debat kat sini rupanya ek, ana lihat masalah quran belum jawab lagi ek, masuk terus lak bab hadis ek

Betullah tu yang tanpa nama kata tu tapi itu sebelum para perawi dan penulis sanadnya di kenal pasti bener atau tidaknya tapi selepas itu penyusunannya di olah maka wajiblah di jadikan panduan kedua selepas quran itupun jika maksud hadis tidak bercanggah dengan maksud tarjamahan dan tafsirnya quran, kita umat islam jangan telan bulat-bulat pengertian quran kerana maksud quran saja ada 10 terjemahan zahir dan batin atau yang mana lebih miripnya asalkan tiada syirik pemahamannya, saya kira tanpa nama perlu akui sahabat 7,9 dan 13 dalam masalah hadis, loh belajar dulu dong !

Tuan Tanpa Nama,
Semoga taufik hidayah Allah turun ke dalam hati kita.
Dalam blog Pak Karamu, nama kita boleh pilih..termasuk Tanpa Nama...Setau saya di alam dunia, adalah alam sebab-musabab.jadi pilih nama ni pun ada sebab-musabab..saya pilih orkid sebab kebetulan dalam koleksi gambar saya ada gambar orkid..itu je...Tanpa Nama apa sebab pilih?...Setau saya lagi orang yang sering mempertikaikan orang lain, sering melihat 'aib orang lain, hatinya bermasalah@ada penyakit hati.tambah-tambah terhadap para sahabat Rasulullah saw...Tahu tak..Tahu tak yang Tanpa Nama tulis tu semuanya mempertikaikan..Saya rasa ada baiknya kita seringkali melihat 'aib diri terutama bab hati dan bagaimana nak memperbaiki diri menjadi mukmin yang lebih baik dari hari ke sehari supaya nanti Allah&Rasul mengakui kita sebagai Hamba dan umat baginda...

oleh kerana ustaz membenarkan maka saya teruskan dgn dua soalan utk pendekar tanpa nama yang berjuang utk mendapat nama...baik

1. Drp persoalan "tahukah ....dan tahukah...."....sila buktikan drp sumber "HADITH MANA" dan secara betul2 sampai ke rasulullah telah tuan gunakan. Kalau tak sampai ke rasulullah maka jelas tuan adalah palsu yang nyata.

(aneh sekali sumber2 hadith yang telah diperakui sahih dan diterima pakai kami di sini dan merata pelusuk alam ditolak bulat2 oleh tuan tapi tuan terima pakai pulak "Haidth" ciptaan tuan).

2. Macam mana tuan perakui "Hadith" tuan betul dan macam mana tuan perakui kata2 tuan adalah betul-


3. Bagaimanakah cara tuan bersyahadah secara lengkap (kerana kami pegang wajib mengucap dua kali masyahadah)

Salam Pakcik,

Ini pertanyaan Pakcik yg saya terlupa jawab:

"Adakah satu pun dari ayat itu mencegah kita dari mengikut hadis Nabi?-TIDAK sama sekali, kerana hadis (kata Nabi) juga adalah hadis (Kata-kata dari Allah yang diwahyukan kepada Baginda)"

Yang sebenarnya hadis dari Allah adalah al Quran dan bukanya hadis seperti mana yg lazim kita percayai. Cuba fikirkan firman Allah di dalam Surah Az Zumar Ayat 23 yg bermaksud:

"Allah telah menurunkan sebaik-baik HADIS, iaitu Al-Quran, ... yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain, yang berulang-ulang, yang kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang, tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya."

Lalu Allah bertanya di dalam Surah al Jaathiyah Ayat 6 yg bermaksud:

"Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepadamu dengan benar; .... maka dengan HADIS yang manakah lagi mereka hendak beriman,..... sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?"

Juga di dalam Surah Al Mursalaat Ayat 50 (Allah bertanya) yg bermaksud:

"Maka kepada HADIS yang mana lagi, sesudah itu (al Quran), mereka mahu beriman?"

Pada saya, yang jahil ini, maksudnya amat jelas sekali. Kalau Pakcik tak faham juga, tak tahu macam mana saya nak huraikan.

Masalah Pakcik adalah kerana Pakcik percaya semua kata-kata nabi kita adalah wahyu. Tidak begitu Pakcik. Wahyu dan kata-kata harian nabi kita tak sama. Contoh: Kalau nabi berkata "Aishah saya nak ke masjid dulu" --- ia bukannya wahyu. Wahyu, ataupun yg Allah katakan sebagai hadisNya, adalah al Quran dan bukannya kata-kata nabi kita yg lainnya. Salah faham inilah yg menyebabkan kita keliru.

Sebab itu nabi hanya mengizinkan al Quran saja yg ditulis. Begitu juga di zaman sahabatnya yg empat.

Tuan Tanpa Nama,
Kelihatannya Tuan Tanpa Nama tak mahu bersumberkan@berdalilkan hadis-hadis Rasulullah saw(maksud saya hadis dari kitab-kitab Imam Hadis yang 6+Al-Muwatta' Imam Malik@keseluruhan hadis-hadis yang hampir 7 juta hadis diriwayatkan,maksud saya hadis di sini bukan hadis@quran seperti kefahaman yang Tuan Tanpa Nama miliki).Ada waktunya Tuan Tanpa Nama merujuk entah tulisan/karangan sapa-sapa entah seperti kisah memepertikaikan perkara-perkara tertentu yang ditulis berkenaan berapa banyak tahu tak dalam cerita P.Ramlee..Nampaknya macam Tuan Tanpa Nama minat juga cerita P.Ramlee. Ada ke nas atau dalil dalam quran suruh tengok cerita ni? Bila saya baca lagi hujah tuan,ada antara hujah Tuan Tanpa Nama merujuk hadis dan perkataan/tulisan orang-orang tertentu misalnya-Sebab itu nabi hanya mengizinkan al Quran saja yg ditulis.Begitu juga di zaman sahabatnya yg empat.-Ayat ini Tuan Tanpa Nama yang tulis). Adakah dalil dan nas dari ayat al quran mengatakan seperti yang Tuan Tanpa Nama tulis ni@dari hadis yang kefahaman Tuan Tanpa Nama miliki?? Ada waktu pulak, Tuan Tanpa Nama berdalilkan kefahaman tersendiri yang barangkali lahir dari akal nafsu sendiri atau perbincangan dengan kumpulan tuan yang tersendiri atau tuan merujuk mana-mana kitab bacaan tuan tersendiri..Tuan Tanpa Nama banyak tak merujuk ijtihad/pandangan dan pendapat Imam Mujtahidin@Imam Mazhab yang 4@Imam Al Ghazali@Ibnu Taimiah@Imam Nawawi@Imam Sayuti@Imam Hasan Al Asya'ari@Imam-imam Tarikat Tasauf@Imam Ilmu Usulluddin@Ahli Sufi/Kerohanian@ulama salaf/khalaf? Barangkali tuan langsung menolak kefahaman Imam-imam ni?Apatah lagi pendapat-pendapat atau ijtihad Imam yang agak terbaru seperti Imam Hassan Al Banna/Syed Qutb atau Buya Hamka?Mana taknya, hadis qudsi pun tak nak ambil pedoman dan kefahaman? Kefahaman dari mana yang Tuan Tanpa Nama miliki ni? Terjemahan quran siapa pula yang Tuan Tanpa Nama rujuk ni??...melalut-lalut...Ilmu dan kefahaman apa yang Tuan Tanpa Nama miliki ni?Syiah?Khawarij?Muktazilah?Qadariah?Jabbariah?Wahabi?Sunni?Socrates?Mao Tze Tung?atau kefahaman yang lahir dari pemikiran sendiri yang disaluti perasaan dan nafsu yang merasa diri bijaksana? Siapakah sebenarnya DIRI TUAN TANPA NAMA NI?

Ya terima kasih Pak Karamu. sekurang-kurangnya, pak, kita di sini boleh buka balik mushaf al-Quran @ kitab hadis untuk refresh..

He he..Tuan tanpa Nama, banyak betul soalan 'tahu tak' pada saya ye? soalan saya satu je, di mana tuan dapat sumber-sumber tu ya? (saya pasti dalam Quran yang mulia tidak diterangkan bagaimana Aishah memarahi Abu Hurairah etc etc).So dari hadis Nabi? tak mungkin sebab tuan tidak percaya hadis kan?

atau tuduhan yang tuan kutip dari musuh-musuh Islam? (kalau begitu tuan lebih percaya dari tuduhan musuh-musuh Islam dari hadis Nabi S.A.W?)

Memang saya tak kata kita boleh telan bulat-bulat hadis Nabi.sbb itu ada pakar-pakar hadis (muhaddithin) yang mengkaji status hadis-soheh, hasan, mauduk dsb

Dan lagi, mcamana tuan solat ye? kami pun nak tahu, sbb dalam Quran tak diterangkan bagaimana utk solat, cuma perintah mengerjakannya..

Ya, teruskan tuan dgn hujah-hujah itu.semoga kita tidak dipengaruh hawa nafsu dan syaitonirrajim semasa berhujah.

Hanya kebenaran yang kita cari-hakikat kpd segala hakikat.Itulah Al-Haq!

wassalam

Ya Allah Ya Tuhan Kami...bukalah pintu hati mereka agar mendapat hidayah dan supaya bernama mereka2 itu semua....amin

Salam,

Tuan-tuan semuanya ini adalah orang-orang yg cerdik pandai belaka. Tapi kenapa amat percaya kepada orang-orang yg tak dikenali pun. Kalau macam itu lebih baik tak tahu nama. Sama saja.
Percayalah kepada al Quran 100%.

Orkid kata ada 10 tafsiran. Kalau macam tu dari 6000 makna ayat sudah jadi 60,000 makna ayat. Sudah habis baca ke Orkid? Tafsiran yg mana yg tuan ikut?

Contoh-contoh yg saya senaraikan itu adalah untuk menggambarkan yg hadis-hadis mempunyai banyak masalah dan percanggahan. Banyak sekali keraguan tentang benar tidaknya.

Orkid tu ada berbau wangi ke tidak? Cakap pun rapid fire -- tak ada hentinya. Jangan emosi dong!

Salam Zikri,

Cakap biar teratur. Dalam cakap sendiri pun dah ada salahnya bayangkanlah hadis yg mengalir sampai 8 keturunan. Kata nak tanya 2 soalan. Tapi tanya 3. Ini di zaman kita kalau dulu macam mana ye? Jangan marah tuan, bergurau saja.

Salam Zikri,

Sudahlah dengan doa-doa tu. Nak tunjuk gah ke? Kan kita semua selalu berdoa "Berilah KAMI petunjuk ke jalan yang benar"? 17 kali sehari semalam (itu yg wajib aje) dah bertahun-tahun dah. Ini tuan tambah lagi. Tapi malang sekali kerana doa tuan tak sama dengan yg Allah ajar. Allah ajar "kami" tapi tuan kata "mereka". "Mereka" tak termasuklah diri tuan. Kalau Allah makbulkan doa tuan ini, tuan terkeluarlah. Nak ke macam tu?

Salam Orkid,

Tuan? Puan? ... Saya guna puan sajalah.

OOOOOO!!!!! Bukan nama asal rupanya. Ini perkara biasa. Orang sekarang buat, orang dulu pun buat juga; nama samaran. MMMMmmm ..... perawi-perawi yg banyak tu ada tak guna nama samaran ... mmmmm ... mintak-mintak janganlah. Tapi.....
entahlah. Manusia perangainya lebih kurang jeee.

Kalau saya tengok gambar saya, saya tengok bulu hidung banyak. Mungkin sesuai kalau saya ambil nama "bulu hidung". He .. He .. He Jangan marah, saya bergurau aje!!

Tentang nama saya tu kan saya dah kata tanya Pak Karamu.

Tuan kata, "Setau saya lagi orang yang sering mempertikaikan orang lain, sering melihat 'aib orang lain, hatinya bermasalah@ada penyakit hati." -- NAH! PAK KARAMU SILALAH JAWAB. TUAN PENGARAH, SAYA KETUA KELAS AJE. Dia ni pukul kita ni.

Salam Pakcik,

Ini kata-kata Pakcik, "Memang saya tak kata kita boleh telan bulat-bulat hadis Nabi.sbb itu ada pakar-pakar hadis (muhaddithin) yang mengkaji status hadis-soheh, hasan, mauduk dsb"

Hadis dah tak bolih telan bulat-bulat pulak dah. Kena bergantung pada pakar ye!

Pakcik, ini perkara "syurga atau neraka" dan selama-lamanya. Ini bukan soal kehidupan dunia. Banyak "pakar-pakar" yg silap berkaitan ilmu yg nyata,Pakcik. Kalau ilmu yg tak nyata apatah lagi, seperti kajian shahihnya hadis ataupun tidak. Fikirkanlah Pakcik. Hanya al Quran saja yg kita tak perlu ragui. Kalau kita salah faham pun, kita berdasarkan al Quran; masih bolih diampuni olih Allah. Tapi, kalau Pakcik tak percaya firman Allah kerana nak ikut kata-kata imam X, imam Y dan imam Z --- Pakcik buatlah. Saya ingatkan saja.

Salam Singamaraja,

Ini kata-kata anda, "kita umat islam jangan telan bulat-bulat pengertian quran kerana maksud quran saja ada 10 terjemahan zahir dan batin atau yang mana lebih miripnya asalkan tiada syirik"

Anda ni lebih teruk lagi dari Pakcik. Pakcik kata tentang hadis anda pula tentang al Quran.

Nasib baik Allah tak pilih anda jadi nabi. Bayangkanlah Jibril kata, "Bacalah". Anda akan bertanya, "Baca tafsir yg mana ya Jibrail? Ada 10 semuanya". Kami semua tak akan tahu tentang al Quran tu.

Ada tak manusia minta, "Turunkanlah kitab yg lain untuk kami selain al Quran ini" ?

Tuan Tanpa Nama,

Janganlah kona-kona pula.silalah jawab pertanyaan saya dan zikri tu.

..dan tentang solat tu? bagaimana tuan solat? (takde diterangkan dalam al-Quran mcmana kita solat, melainkan dalam hadis Nabi)

Dan tolong Tuan tegaskan lagi di sini bahwa Tuan 'tidak perlu syafaat Nabi Muhammad S.A.W' di akhirat. supaya nanti Malaikat Atid dan Rakib mencatatkannya, utk dijadikan bahan bukti di akhirat nanti..

silakan tuan..

Salam Pakcik,

Ini kata-kata Pakcik,"atau tuduhan yang tuan kutip dari musuh-musuh Islam? (kalau begitu tuan lebih percaya dari tuduhan musuh-musuh Islam dari hadis Nabi S.A.W?)"

Pakcik kalau nak belajar belajarlah dengan apa-apa yg dikatakan olih musuh. Kerana musuh akan menggambarkan kelemahan kita lalu kita bolih baiki; kawan akan sering mengampu kita terutamanya orang Melayu. Tak ramai manusia yg sanggup berkata benar dalam dunia ini. Lihatlah apa yg berlaku dalam parti politik kita.

Musuh kekadang bukan sebenarnya musuh. Kita aje anggap dia musuh semata-mata kerana berlainan pendapat. Siapa sebenar-benarnya musuh kita Pakcik? Musuh yg nyata siapa Pakcik? He ... He ... He ... Pakcik tahu kan?

Salam Pakcik,

Saya cakap saya buat,"Nah! malaikat tulis betul-betul. Saya hanya perlukan syfaat dari Mu ya Allah seperti yg Engkau firmankan kepada manusia sekelian melalui nabi Mu Muhammad. Saksikanlah ya Allah, Engkaulah sebaik-baik Saksi".

Saya ingatkan bai'ah Pakcik kepada Allah yg Pakcik lafazkan setiap hari. "Kepada Mulah aku sembah dan kepada Mulah aku mohon pertolongan". Perhatikan apa yg Pakcik buat. Jangan bohong pada Allah, Pakcik.

Tentang solat dalam al Quran pula Pakcik tak jumpa kan? Kenapa agaknya Pakcik? Kalau sudah buat salah macam mana nak jumpa Pakcik. Apa salahnya? Cuba fikirkan ayat ini Pakcik:

[18:57] Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang DIBERI INGAT DENGAN AYAT-AYAT TUHANNYA, LALU IA BERPALING DARIPADANYA dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; SESUNGGUIHNYA KAMI ADAKAN TUTUPAN BERLAPIS-LAPIS ATAS HATI MEREKA, MENGHALANG MEREKA DARIPADA MEMAHAMINYA, DAN PADA TELINGA MEREKA PENYUMBAT. DAN JIKA ENGKAU MENYERU MEREKA KEPADA PETUNJUK, MEREKA SEKALI-KALI TIDAK AKAN BEROLIH PETUNJUK SELAMA-LAMANYA.

Kalau Allah ajar nak masuk rumah kena masuk melalui pintu dan beri salam dulu, takkan Allah tak ajar solat kut?

Berhati-hatilah Pakcik. Jangan cepat menyalahi orang lain. Ilmu Allah teramat luas sekali.

Salam Orkid,

Ini kata-kata tuan, "maksud saya hadis dari kitab-kitab Imam Hadis yang 6+Al-Muwatta' Imam Malik@keseluruhan hadis-hadis yang hampir 7 juta hadis diriwayatkan,"

Ha!!! Ada hampir 7 juta hadis kesemuanya? Kalau al Quran 6000 ayat (lebih kurang) ini bermakna hadis aje 1166 kali lebih banyak jumlahnya dari pada al Quran. Woowww!!!!! Tahniah!!! Mudah-mudahan tuan-tuan semua selamat.

Salam.

Kpd semua yg terlibat dlm hujah disini...

Alhamdulillah... mungkin ini yg dimaksudkan Nabi "Perselisihan umatku adalah satu rahmat".. apabila semua cuba mempertahankan pendapat masing2 bersandarkan Al-quran dan Hadis... maka akan lahirlah satu ilmu dan kefahaman... Mungkin sebab itu Ustaz berfikiran terbuka dalam perdebatan ini atas sebab diatas.

Pada pendapat saya, Al-quran itu adalah panduan lengkap sesuai sebagimana Manusia itu sebagai Khalifah dibumi. Cuma perlaksanaannya sahaja yg berbeza berdasarkan kefahaman dan tafsiran masing2. Ini dapat dibuktikan apabila Rasulullah sendiri memberi jawapan yg berbeza2 pada sahabat2 atau orangramai berdasarkan akan taraf ilmu semasa mereka. Tetapi maksud asal dan asasnya tetap sama.
Jadi adakalanya untuk mendapat kefahaman akan maksud ayat2 Quran itu diperjelaskan melalui Hadis Rasulullah seperti perlaksaan Solat 5 waktu(sabda nabi "Sollu kama roaitumuni usalli", zakat, bab Haji, ayat2 mutasyabihat dan sebagainya.

Kesimpulannya Al-quran dan Hadis memainkan peranan antara satu sama lain agar Iman dan Aqidah kita tidak tergelincir seperti mana Nasrani mengatakan Tuhan itu Trinity dan Hindu menggambarkan Tuhan itu banyak tangan etc. Sedangkan Allah itu "Laisakamislihi syaiun"

(salah dan silap harap perbetulkan)

Wallahu'alam

Salam Orkid,

Ini kata-kata tuan, "Ada waktu pulak, Tuan Tanpa Nama berdalilkan kefahaman tersendiri yang barangkali lahir dari akal nafsu sendiri atau perbincangan dengan kumpulan tuan yang tersendiri atau tuan merujuk mana-mana kitab bacaan tuan tersendiri..Tuan Tanpa Nama banyak tak merujuk ijtihad/pandangan dan pendapat Imam Mujtahidin@Imam Mazhab yang 4@Imam Al Ghazali@Ibnu Taimiah@Imam Nawawi@Imam Sayuti@Imam Hasan Al Asya'ari@Imam-imam Tarikat Tasauf@Imam Ilmu Usulluddin@Ahli Sufi/Kerohanian@ulama salaf/khalaf? Barangkali tuan langsung menolak kefahaman Imam-imam ni?Apatah lagi pendapat-pendapat atau ijtihad Imam yang agak terbaru seperti Imam Hassan Al Banna/Syed Qutb atau Buya Hamka?Mana taknya, hadis qudsi pun tak nak ambil pedoman dan kefahaman? Kefahaman dari mana yang Tuan Tanpa Nama miliki ni? Terjemahan quran siapa pula yang Tuan Tanpa Nama rujuk ni??...melalut-lalut...Ilmu dan kefahaman apa yang Tuan Tanpa Nama miliki ni?Syiah?Khawarij?Muktazilah?Qadariah?Jabbariah?Wahabi?Sunni?Socrates?Mao Tze Tung?atau kefahaman yang lahir dari pemikiran sendiri yang disaluti perasaan dan nafsu yang merasa diri bijaksana? Siapakah sebenarnya DIRI TUAN TANPA NAMA NI?"

Alamak! Marah betul tuan ni kat saya.

Tuan, Allah yang suruh saya gunakan akal. Tapi tuan ni terror betul, bila saya gunakan akal aje tuan kata saya gunakan nafsu. Ilmu tuan nampaknya sama macam ilmu Khidir. Kalau macam itu saya mengaku aje salah. Lepas ini tuan apakah agaknya Allah akan buat kat saya? Bolih beri tahu tak? Tolonglah saya nak tahu sama ada ke syurga tak? Bolih ye? Jangan marah tuan. Jangan cepat tuduh orang yg bukan-bukan.

Beginilah tuan. Di akhirat nanti kita akan berhadapan dengan Allah sendiri-sendir kan? Semua ulamak-ulamak yg tuan senaraikan tu tak ikut serta tahu; mereka tak bolih jadi lawyer untuk kita. Bila Allah tanya siapa nak jawab kalau bukan kita sendiri? Katakanlah kita jawab yg kita ikut ulamak A. Kalau Allah tanya, "Engkau kenal kah orang tu?" Sudah tentu kita akan jawab,"Tidak" kerana semua senarai yg tuan beri tu seorang pun tuan tak kenal. Kalau Allah tanya, "Jadi kenapa engkau ikut dia?" Tuan akan jawab, "Tapi orang kata dia betul". Lalu Allah tanya lagi, "Engkau semak tak dengan al Quran Ku yg kata-kata dia tu betul?" ....... ini cerita khayalan aje ye, sekadar iktibar aje untuk difikirkan.

Saya kalau ke neraka biarlah atas kesalahan saya sendiri dan tidak kerana saya ikut si pulan, si pulan. Memang senang nak persalahkan orang lain malangnya Allah tak terima alasan itu.

Siapa saya?
"Saya adalah seorang hamba Allah yg amat kerdil yg berusaha mengikuti perintah-perintah Allah sebaik mungkin dan sering mengalirkan air mata memikirkan keaadan umat di sekelilingnya yg mengakui diri mereka islam. Saya tak tahu apa yg Allah akan buat pada saya; saya amat mengharap "salam" dari Allah."

Salam Zikri,

Tuan bertanya bagaimana saya bersyahadah.

Ini soalannya," Bagaimanakah cara tuan bersyahadah secara lengkap (kerana kami pegang wajib mengucap dua kali masyahadah)"

Syahadah lazimnya adalah:

"AshaduallailhaillAllah wa ashhaduannaMuhammadarasullullah"

Betul tak tuan?

Tuan Tanpa Nama, mudah-mudahan Allah limpahkan hati-hati kita semua dengan Nur Taufik dan hidayahNya

1. Tuan, Allah yang suruh saya gunakan akal.SOALAN SAYA-BILA DA DI MANA TUAN JUMPA ALLAH & ALLAH SURUH TUAN GUNA AKAL?Tapi tuan ni terror betul, bila saya gunakan akal aje tuan kata saya gunakan nafsu.BAGAIMANA TUAN PASTI IANYA LAHIR DARI AKAL TUAN YANG BERSUMBERKAN ILMU ALLAH YANG HAK?SAYA CADANGKAN, MARI SAMA-SAMA KITA CARI PAKAR YANG AHLI DAN TUTUT ILMU MENGENAL AKAL,NAFSU,RUH,NYAWA DAN USUR-UNSUR ROHANI DALAM DIRI KITA MENIKUT KEFAHAMAN AHLI SUNAH WAL JAMAAH. Ilmu tuan nampaknya sama macam ilmu Khidir...TUAN YANG KATA,SAYA TAK KATA PUN ILMU SAYA MACAM ILMU KHIDIR! Kalau macam itu saya mengaku aje salah..BAGUSLAH,BERAI MEGAKU SALAH,HARAPNYA PENGAKUAN TUAN JUJUR,BENAR DAN IKHLAS KERANA ALLAH.Lepas ini tuan apakah agaknya Allah akan buat kat saya? Bolih beri tahu tak? Tolonglah saya nak tahu sama ada ke syurga tak? Bolih ye?..TAK BOLEH,SAYA TAK DE ILMU NI.SYURGA ATAU NERAKA, ALLAH MAHA MENGETAHUI,TADI KAT ATAS TUAN KATA ALLAH SURUH TUAN GUNA AKAL, TUAN PERGI JUMPA ALLAH DAN TANYA LA SENDIRI ALLAH MENGIKUT KEFAHAMAN TUAN..Jangan marah tuan.TAK,SAYA TAK MARAH PUN..Jangan cepat tuduh orang yg bukan-bukan.ANDAIAN TUAN AJE TU.TUAN TERASA KE?JIKA TERASA APA SEBABNYA?

Beginilah tuan. Di akhirat nanti kita akan berhadapan dengan Allah sendiri-sendir kan? Semua ulamak-ulamak yg tuan senaraikan tu tak ikut serta tahu; mereka tak bolih jadi lawyer untuk kita. Bila Allah tanya siapa nak jawab kalau bukan kita sendiri?..BENAR KATA-KATA TUAN.. Katakanlah kita jawab yg kita ikut ulamak A. Kalau Allah tanya, "Engkau kenal kah orang tu?" Sudah tentu kita akan jawab,"Tidak" kerana semua senarai yg tuan beri tu seorang pun tuan tak kenal...SAYA JAWAB,YA!SAYA KENAL DARI PERKHABARAN YANG DATANG DARI KITAB-KITAB YANG SAYA BELAJAR DARI GURU-GURU YANG BERAKHLAK DAN MENURUT CONTOH TELADAN KEKASIHMU RASULULLAH SAW...Kalau Allah tanya, "Jadi kenapa engkau ikut dia?" Tuan akan jawab, "Tapi orang kata dia betul". Lalu Allah tanya lagi, "Engkau semak tak dengan al Quran Ku yg kata-kata dia tu betul?" .ini cerita khayalan aje ye, sekadar iktibar aje untuk difikirkan..YA, SAYA SEMAK DENGAN AL QURAN DAN HADIS-HADIS SEKADAR YANG MAMPU SAYA FAHAMI!SAMBIL SAYA AKAN MERUJUK KEPADA MANA-MANA GURU YANG BENAR SAMPAI DATANG RASA YAKIN DAN SAYA MENGHARAP REDHAMU, YA ALLAH.

Saya kalau ke neraka biarlah atas kesalahan saya sendiri dan tidak kerana saya ikut si pulan, si pulan. Memang senang nak persalahkan orang lain malangnya Allah tak terima alasan itu.SAYA TAK NAK KE NERAKA.PANAS TERIK MATAHARI/LIGHTER PUN SAYA TAK MAMPU TANGGUNG!!!SETIAP GURU YANG BENAR TERMASUK RASULULLAH SAW HANYA MENYAMPAIKAN DAN SAYA AMAT YAKIN ATAS APA YANG SAMPAI KEPADA SAYA DARI RASULULLAH MELALUI ORANG-ORANG YANG BERAKHLAK MULIA YANG HIDUP MEREKA BERPEDOMANKAN AL QURAN DAN HADIS YANG BENAR DAN BAIK.(Bersambung)

Tuan-tuan semuanya ini adalah orang-orang yg cerdik pandai belaka. Tapi kenapa amat percaya kepada orang-orang yg tak dikenali pun. Kalau macam itu lebih baik tak tahu nama. Sama saja.TUHAN PUN BERNAMA,PARA MALAIKAT PUN BERNAMA, PARA NABI DAN RASUL PUN BERNAMA, SEGALA SESUATU DIKENAL DENGAN NAMA.

Percayalah kepada al Quran 100%.SAYA PERCAYA/BERIMAN KEPADA ALLAH, PARA MALAIKAT, PARA NABI, KITAB-KITAB,HARI KIAMAT DAN QADAK & QADAR 100%.

Orkid kata ada 10 tafsiran.SAYA TAK PERNAH KATA PUN.Kalau macam tu dari 6000 makna ayat sudah jadi 60,000 makna ayat. Sudah habis baca ke Orkid? BELUM HABIS BACA, MASIH TERUS MENCARI, MEMBACA, MENGAJI,MENGKAJI, MERENUNG, BERTAFAKUR, CUBA BERAMAL SEMAMPU YANG BOLEH MENGIKUT APA YANG ALLAH DAN RASULULLAH SAW KEHENDAKI.Tafsiran yg mana yg tuan ikut?YANG SAYA TERAMAT YAKIN!

Contoh-contoh yg saya senaraikan itu adalah untuk menggambarkan yg hadis-hadis mempunyai banyak masalah dan percanggahan. Banyak sekali keraguan tentang benar tidaknya..TUAN MENGAKU RAGU-RAGU@WAS-WAS,JANGAN TUAN, JANGAN MELAYAN BISIKAN SYAITHAN AL-KHANNAS.CARILAH KEYAKINAN YANG ALLAH DAN RASULULLAH KEHENDAKI!

Orkid tu ada berbau wangi ke tidak?SAYA RASA TUAN SENDIRI MAKLUM! Cakap pun rapid fire -- tak ada hentinya. Jangan emosi dong!
Tuan? Puan? TUAN PUN APA KURANGNYA!TUAN?PUAN?TANPA NAMA TAK ADA JANTINA?... Saya guna puan sajalah.ITU HANYA ANDAIAN TANPA NAMA.

OOOOOO!!!!! Bukan nama asal rupanya. Ini perkara biasa. Orang sekarang buat, orang dulu pun buat juga; nama samaran. MMMMmmm ..... perawi-perawi yg banyak tu ada tak guna nama samaran ... mmmmm ... mintak-mintak janganlah. Tapi.....
entahlah. Manusia perangainya lebih kurang jeee..LAGI LAGI PERTIKAIKAN MAKHLUK ALLAH YANG TELAH MATI.MUDAH MENGHUKUM MANUSIA BERPERAGAI LEBIH KURANG JEE.NANTI DI PADANG MAHSYAR, TUHAN TANYA APA SEBAB TANPA NAMA BERFAHAMAN BEGINI?APA SEBAB GUNA TANPA NAMA? SAYA DAH JAWAB APA SEBAB GUNA NAMA ORKID.LAGIPUN SAYA TENGOK CANTIK ORKID TU.SUBHANALLAH INDAHNYA.ALLAH MAHA INDAH.

Kalau saya tengok gambar saya, saya tengok bulu hidung banyak. Mungkin sesuai kalau saya ambil nama "bulu hidung". He .. He .. He Jangan marah, saya bergurau aje!!AMBIL GAMBAR TANPA NAMA FOKUS LUBANG HIDUNG?DALAM ILMU KETUHANAN NYAWA/NAFAS YANG KELUAR MASUK MELALUI HIDUNG DAN BULU HIDUNG PUN ADA ILMUNYA.ITU UNSUR-UNSUR ROHANI YANG TURUT JUGA AKAN DITANYA DI HADAPAN ALLAH NANTI!

Tentang nama saya tu kan saya dah kata tanya Pak Karamu.PADA SAYA LEBIH BAIK SAYA TANYA PERKARA YANG MEMBERI MANFAAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT JIKA NAK TANYA PAK KARAMU.

Tuan kata, "Setau saya lagi orang yang sering mempertikaikan orang lain, sering melihat 'aib orang lain, hatinya bermasalah@ada penyakit hati." -- NAH! PAK KARAMU SILALAH JAWAB. TUAN PENGARAH, SAYA KETUA KELAS AJE. Dia ni pukul kita ni..KENAPA?TERASA KE?JIKA BENAR,APA SEBAB TERASA?DARI MANA DATANG TERASA TU?

Ha!!! Ada hampir 7 juta hadis kesemuanya? Kalau al Quran 6000 ayat (lebih kurang) ini bermakna hadis aje 1166 kali lebih banyak jumlahnya dari pada al Quran. Woowww!!!!! Tahniah!!! Mudah-mudahan tuan-tuan semua selamat.CUBA RENUNG, UMUR RASULULLAH BERAPA TAHUN?SETIAP HARI TIDAKKAH RASULULLAH SERINGKALI BERSABDA MENGAJAR, MENASIHATI DAN MACAM-MACAM LAGI UNTUK KELUARGA DAN PARA SAHABAT?TANPA NAMA DAH BERAPA TAHUN HIDUP?DAH BANYAK MANA BERKATA-KATA?CUBA RENUNG DALAM-DALAM.
Siapa saya?
"Saya adalah seorang hamba Allah yg amat kerdil yg berusaha mengikuti perintah-perintah Allah sebaik mungkin dan sering mengalirkan air mata memikirkan keaadan umat di sekelilingnya yg mengakui diri mereka islam...JIKA KITA MERUJUK AL QURAN.PATUH DAN TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH DAN RASUL DAN ULIL AMRI.BANYAK LA AYAT-AYAT MACAM NI.Saya tak tahu apa yg Allah akan buat pada saya; saya amat mengharap "salam" dari Allah."JAWAPAN SAYA MACAM KAT ATAS TADI.

WALLAHU'AKLAMBISSAWAB.WALAHAULAWALAQUWWATAILLABILLAHIL'ALIYYIL'AZHIIM.WAL'ASRI

Salam Orkid,

Saya terima dan faham akan pedirian anda. Saya tak bolih membenarkan ataupun menyalahkan kerana bukan hak saya untuk berbuat demikian. Yang ada hanyalah al Quran sebagai petunjuk dan sebagai batu ukuran. Terserahlah kepada Allah menentukannya. Semoga sama-sama kita diredhai dan dirahmati Allah di atas pedirian yg ikhlas.

Saya bermohon maaf kepada anda dan yg lainnya sekiranya terkasar bahasa dan terlanjur kata di dalam kita berbicara ini. Saya tidak berniat lain; semata-mata untuk menegakkan kebenaran demi mencari keredhan Allah jua. Saya yakin tuan pun begitu juga.

Salam.

Salam,

Dipaparkan ayat-ayat ini untuk difikirkan sendiri-sendiri. Dari Surah Az Zukruf:

[36] Dan barang siapa yang berpaling daripada pengajaran Yang Maha Pemurah (al Quran), Kami adakan baginya syaitan, lalu syaitan itulah yang menjadi temannya yang tidak renggang daripadanya.

[37]Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.

[38]Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".

[39](Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".

Fikirkanlah.

Salam,

Mari kita renung sedalam-dalamya ke mana maksud firman Allah dalam surah Al-Fatihah sedalam-dalamnya:

1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian(seluruh) alam.
3. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
4. Pemilik Hari Pembalasan.
5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memoho pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Assalamu'alaikum untuk Pak Karamu, Tanpa Nama,Pak Cik,Zikri dll,

Surah pembukaan(Al-Fatihah) diulang baca banyak kali setiap hari.

Sekarang mari kita renung ayat ke-6 dan ke-7 dalam-dalam...

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Dalam ayat ini kita membaca firman Allah dalam bentuk doa supaya ditunjukkan jalan yang lurus.

Apakah maksud firman Allah, dalam bentuk doa supaya ditunjukkan jalan yang lurus?

7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Dalam ayat yang ke7 pula, Apakah yang Allah maksudkan dengan jalan yang lurus itu?

Siapakah yang Allah maksudkan dengan orang-orang yang TELAH Engkau(Allah) beri nikmat? Apa pula yang Allah maksudkan dengan nikmat tu?

Siapa pula Allah maksudkan dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat?

Apa ciri-ciri, sifat-sifat dan cara hidup golongan yang dimurkai dan sesat sampai Allah telah copkan mereka sampai sebegitu rupa?

Salam Orkid,

Benar, surah ini adalah surah yg amat terpenting untuk umat islam yg wajib pula dibaca di dalam solat-solat kita setiap hari. Tak baca surah ini, maka batallah solat. Sudah tentu ia mengandungi suatu keramah yg amat besar sekali. Tapi, mungkin kerana sudah menjadi kebiasaan, kerana sudah berulang-ulang kali dibaca, maka umat islam tidak ambil acuh akan apa tujuan sebenarnya. Tokguru-tokguru saya pun tak pernah memperingatkan.

Namanya pun "Pembukaan" dalam bahasa Jawanya "the key". Sudah tentu ada sesuatu yg nak dibukakan dengannya. Peliknya surah ini yg kelima (kalau tak salah, yg diwahyukan) namun ia adalah surah yg pertama di dalam al Quran -- begitulah hebatnya surah ini.

Ahlan Wa Sahlan

Cukuplah ! cari hujah yang lain pula, adalah tidak relavan jika hujah yang di kemukakan adalah dhaib dan melucukan apa yang penting belajar dulu

Apa yang jelas jika ada yang tinggalkan hadis nabi dan quran atau salah satu darinya adalah sesat, MANA-MANA HADIS YANG BERTENTANGAN DENGAN QURAN ADALAH LEMAH ATAU MUNGKAR DAN MANA-MANA TERJEMAHAN QURAN YANG TIDAK MENEPATI HAJAT AKIDAH ADALAH KURANG ARIF DAN BOLEH DI TINGGALKAN

Selepas belajar quran dan hadis barulah berdebat,sepatutnya debat kalian biarlah bermutu biar senang orang membacanya

Singamaraja,

Wah!!!! Terrornya singa ini. Kata-katanya seolah-lah "kun fayakun" namakpnya. Tapi secebis ilmu pun tak dihasilkan.

Dah lama kita berbicara dia masih tak tahu yg dibicarakan adalah al Quran dan hadis.

Gendang kosong!!! Pekak telinga saja mendengarnya. Pergilah ke blog lain kalau tak ada apa yg nak dikongsi.

Salam,

Ramai kita tahu kesah Adam dan Hawa yg diceritakan olih Allah di dalam al Quran. Kenapa Allah menceritakan kepada kita kesah ini? Allah tidak bermain-main dan bersembang kosong dengan kita. (Pernah kawan saya berkata, "Quran itu banyak cerita=cerita dongeng saja".)

Pada saya Allah menceritakan kesah Adam dan Hawa, agar kita ambil pelajaran daripadanya. Pelajarannya begini (kalau salah -- maaflah):

1. Kehidupan mereka di syurga hanya ada SATU saja PETUNJUK, yg berbentuk larangan, ia itu "Jangan mereka HAMPIR akan pokok ini".

2. Mereka kenal Allah; mereka pun kenal iblis.

3. Iblis cari jalan nak menipu mereka. Dia kata, "Allah larang kamu tu semata-semata supaya kamu tidak hidup kekal dan kamu tak jadi maklaikat". Iblis sudah umpan mereka dengan dua perkara tu aje, lalu mereka turut. Bukan saja mereka hampir kat pokok itu, mereka makan pula buahnya. Kan itu sudah lebih daripada "melampaui batas"?

Nah!, kita di dunia ini macam itu juga. Allah sudah beri PETUNJUK berupa al Quran (dan Injil, Taurat, Zabur, dll) namun kita anggap PETUNJUK DARI ALLAH ITU TAK CUKUP. Kita wajib tambah lagi dengan petunjuk-petunjuk yg lain -- barulah cukup. Allah sudah buat silap kerana memberi petunjuk yg tak lengkap ke? Kalau macam tu, cuba tambah dua mata lagi kat belakang kepala -- kan senang tak payah nak menolih ke belakang lagi -- 360 darjah semuanya nampak.

Adam dan Hawa dulu umpan iblis bukan dengan nak "mengenal Allah" (mungkin kerana mereka dua sudah pun kenal kut) tapi untuk kita itulah dia -- kalau ini tak melampaui apa lagi.

Fikirkanlah, kenapa Adam yg sudah pun mengenal Allah, berbicara dengan Allah, diajar olih Allah akan segala nama-nama dan melihat malaikat sujud kepadanya, tidak pula menolak syurga dan berkata, "Aku hanya inginkan Engkau ya Allah aku tak mahu syurga Engkau". Bersama Allah kan lebih baik daripada syurga?

Salam tuan tanpa nama,

Ya, tulislah semahu kamu, dan bawalah dalil-dalil ayat-ayat Al-quran yang menepati citarasa/nafsu kamu itu...(sudahkah dipastikan diri kamu itu benar dan yakin seyakinnya (haqqul yakin) sebelum menasihati orang lain?)

Saya minta kamu terangkan bagaimana kamu solat subuh 2 rakaat (dari niat, takbiratul ihram hingga ke beri salam) MENURUT DALIL2 KITAB QURAN SAHAJA.Boleh? kalau boleh terangkan dengan yakin, saya akan mengikut golongan kamu.

Kalau tak boleh,,,sendiri mau faham lah..

wassalam..

Assalamu'alaikum untuk Pak Karamu, Tanpa Nama,Pak Cik,Zikri,Singamaraja,Inderasakti, Ada Nama, Aku, Kolam Hati dll,

Mari kita perhatikan pula bagaimana kefahaman dapat diambil dalam meneruskan renungan yang mendalam terhadap maksud Al-Fatihah seterusnya....Ayat Pertama
1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Apakah kefahaman kita apabila Allah memulai surah ini dengan AsmakNya@Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim? Jika kita merenung sememangnya nyatalah Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Antara sebabnya semua makhluknya baik yang beriman/tidak,yang buat maksiat,yang tak percaya hadis, atau apa saja semuanya yang hidup di muka bumi ini dapat lagi merasa lazatnya makanan,minuman,hirup udara pun free,nak duit banyak pun dapat asalkan berusaha, justeru Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang tak mungkir janji, tak berbohong. Dia banyak berfirman Dialah yang memberi rezeki, Dialah yang mendatangkan rasa lazat, rasa lapar dan kenyang, Dialah yang menurunkan hujan bila tiba waktunya, Dialah..Dialah..Bila manusia nak kaya, Dia izin asalkan berusaha dengan cara yang halal baru Dia Redha.Yang lelaki nak isteri yang menepati citarasa dan spesifikasi tersendiri pun dia izin. Asal saja lelaki itu menurut jalan/panduan yang Dia redha....Bagaimana dengan diri sendiri sebagai makhluk Allah..banyak tak kita berbohong?banyak tak kita mungkir janji?Terhadap Allah, terhadap Rasul apabila kita bersaksi Asyhadualailahaillallahuwaashaduannamuhammadarrasulullah?

Assalamu'alaikum untuk Pak Karamu, Tanpa Nama,Pak Cik,Zikri,Singamaraja,Inderasakti, Ada Nama, Aku, Kolam Hati dll,

Seterusnya kita dalami pula ke mana maksud dan kehendak 2 kalimah syahadah. Macamana pula kefahaman dalam ilmu 2 kalimah syahadah ni?

Assalamu'alaikum untuk Pak Karamu, Tanpa Nama,Pak Cik,Zikri,Singamaraja,Inderasakti, Ada Nama, Aku, Kolam Hati dll,

Semoga semuanya selamat.

1. Saya rasa ilmu dan kefahaman dalam penyaksian hamba terhadap 2 kalimah syahadah ni, Pak Karamu 'arif.. Boleh Pak Karamu huraikan, jelaskan dan nyatakan dengan terang dalam Mengenal Diri Yang ke 72 ke? Terpulanglah kepada Pak Karamu...saya cadangkan saja.

2. Seterusnya, kita renung pula kefahaman ayat ke-2 Al-Fatihah, yang bermaksud..Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian 'Alam.

Memang confirm kan Allah tu Tuhan sekalian/seluruh alam?sampaikan jadi isu panas sekarang. GOD pun nak tukar jadi Allah!

Dalam ayat ni Allah sendiri memujiNya.Dialah Tuhan Seluruh 'Alam!Memang Dia Maha Terpuji.Terpuji ZATNYA,SIFATNYA,ASMAKNYA DAN AF'ALNYA Yang Maha Suci,yang laisa kamislihi syai'un!Muhammad juga yang terpuji.Terpuji akhlaknya,peribadinya,sunnahnya,seluruh dirinya zahir dan batin.sebab Allah dah iktiraf dalam Al Quran!Cuba semak tengok!Muhammad juga suci.Suci dari salah,silap,khilaf dan dosa, baik zahir maupun batin. Bagaimana diri kita?Tak nak ke jadi terpuji dan suci jugak macam baginda Rasulullah?kalau nak kena la ikut jalan Muhammad Rasulullah saw,itulah ihdiassiratal mustaqim.. betul tak?berjalan pada jalan Nabi Muhammad saw semampu yang boleh, berjuang sedaya boleh....

Macamana pula nak memuji Allah dalam seluruh alam?Alam yang mana pulak tu?

Alam yang zahir, alam yang batin.Alam yang nyata,alam yang ghaib..ucapan selamat hari raya pun ada maaf zahir dan batin...betul tak? dalam perkahwinan pun ada nafkah,zahir dan batin? WAJIB PULAK TU ATAS PARA SUAMI....JADI BAGAIMANA SEBENARNYA Alhamdulillahirabbil'alamin ni?

Salam Pakcik,

Bukannya saya yg mengikut nafsu Pakcik; tapi orang lain rupanya. Apa tidaknya, buat tafsiran sendiri-sendiri tentang Al Rahman, ia itu Yg Maha Pemurah;tapi dia kata Yg Maha Pengasih. S. Samsuddin dulu katakan, "Hentam sajalaaah!!!"

Pakcik janganlah banyak cerita tentang Al Rahman itu --- salah tu. Cuba Pakcik baca Surah Ar Rahman (Surah 55) bagaimana pula Ar Rahman cerita tentang Ar Rahman. Kalau macam itu barulah betul. Pelek tak Pakcik, Allah berfirman orang yg mengaku muslim pun tak tahu.

Pakcik, Pakcik, macam mana saya nak terangkan nama solat pun tak betul. Cuba cari "solat subuh" di dalam al Quran ada tak? Yg Pakcik maksudkan "solat fajar" kan? Itulah orang islam, Allah berfirman solat fajar mereka kata bukan -- solat subuh. Asyik menukar aje. Maka berlakulah surah Al An'aam ayat 22 - 25.

Salam Pakcik dan Orkid,

Belum selesai al Fatihah, anda dah ke 2 kalimah syahadah pula. Takpalah. Ini rukun islam yg pertama. Yg saya nak tanya di sini adalah mengapa 2 kalimah seperti yg kita laung-laungkan di dalam azan itu TIDAK ADA DI DALAM AL QURAN.

Pelek tak sekiranya RUKUN ISLAM YG PERTAMA TAK ADA DI DALAM KITABULLAH.

Salam semua.
Saya ingat bila tuan dah minta maaf tanda tamat,rupanya tak penat.Pandai check kesalahan orang rupanya.kalau saya nak padam awal2 lagi saya suruh ustaz deletekan sengaja buat gitu sbb nak tengok diri tuan nih.Ya memang cekap mencari kesalahan orang.Kesalahan sendiri sudah pandai ke check.KALAU TUAN IKHLAS TUAN TAK AKAN MEMPELECEHKAN,SERTA BERFIKIRAN TERBUKA. DALAM MENCARI KEBENARAN. DARIPADA SIRI2 SEBELUM INI TUAN BANYAK MEMPERSOALKAN PERKARA YANG TAK SEPATUTNYA DIPERSOALKAN SERTA MEMPELECEHKAN TUAN PUNYA BLOG...MENGATAKAN YANG AMPUNYA BLOG MERENDAHKAN MARTABAT SESEORANG DAN KINI AKHIRNYA ALLAH MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMI TUAN PULA MEMPERLECEHKAN SEMUA.TAK PERLU MOHON MAAF KEPADA KAMI.MINTA AMPUNLAH KEPADA ALLAH DAHULU SEBAB INI SEMUA KEHENDAK ALLAH,AFAALNYA.TUAN PANDAIKAN CARI SENDIRI DALAM QURAN PERKARA YANG INI SEMUA DRP ALLAH....KALAU TAK PERCAYA ATAU PUTAR BELITKAN AYAT.TUNGGULAH DI HARI PEMBALASAN NANTI. kalau dengan firman2 Allah boleh dipermain2kan secara murahan kata2 rasul,shabat2 ulama2 lagi la.Pasal hati tuh sama mcm yang tuan tulis ([18:57]) Saya baru je tanya 3 soalan bahasa simple(termasuk tentang perawi2 yang ada kaitan dgn soalan pakcik)...yang itu pun tak mampu dijawap...memang tak boleh jawap pun...tak payahlah saya tanya semula mcm mana tuan buat Solat Fajar..takkan mampu dijawap sebab tuan tak ada ilmu. Yang dijawap hanya quran yang menurut hawa nafsu tuan atau quran yang telah ditokok tambah oleh tuan .Lagi satu lain ditanya lain dijawap.Tak guna kalau diberi ratusan firman daripada Allah. Saya ulang sekali lagi dan cubalah tuan letakkan ayat-ayat itu dalam diri tuan duhulu checkkkk(nanti tegur tau silap taip) . diri tuan. Cubalah cari tempat yang tak ada gangguan haaa...cuba tanya Allah dengan bersungguh-sungguh.betul ke aku ni...betul ke tok guru aku nih...betul ke cara aku guna quran nih.. Belajarlah ilmu kenallah Allah dulu supaya diri kita tu tak ada cita-cita nak jadi Tuhan macam tuanlah akibat tidak kenal Tuhan pasal tu cuba nak jadi Tuhan dengan cara menambahkan maksud...mengikut HAWA NAFSU tuan dan membelit2kan firman. Iblis yang pernah jadi ketua pun kantoi pasal tak betul2 kenal Allah...malahan Nabi Adam a.s. pun terkeliru dek kerana tertipu dgn hasutan iblis....apa tah lagi diri yang tak pernah kenal diri sendiri dan kenal Allah. Saya cadangkan esok bawa khemah,makanan secukupnya,alatan mengelak binatang buas atau sebagainya,kompas/ kiblat dan maklumkan kepada pihak berkuasa sepaya senang dicari...mana la tau kot2 boleh lari daripada termakan di rimau.handphone bawa dan masuk sorang2 dalam hutan. Dok la dalam tuh...check sejauh mana patuh dan taatnya dengan Allah....saya ada hint iaitu INGAT JANGAN ADA SYIRIK DGN ALLAH....kalau dah ada syirik tak gunalah taip2 panjang dalam ruang nih....buang masa je.kalau dah dapat jawap nanti maklumkan kepada kami semua. Betullah cara mengucap 2kali masyahadah seperti itu. Sudahkah betul2 sampai di hati tuan tu. Saya mula ingat yang syahadah ke 2 je tuan tolak...rupanya yang pertama pun boleh diperkotak-katikan…OO.. tak jumpa dalam quran ya.<nah check dalam ni...Fush Shilaat: 30...cari sendiri selebihnya. Akhir drp saya pada ruang khas MDYK70 ini.Satu surah sebagai renungan.Sebelum ini pernah saya sampaikan kepada tuan tanpa nama yg sedikit nih pun susah nak amal. Moga Allah beri kekuatan kepada kita utk mengamalkan ayat yang sedikit nih. Satu lagi jgn kata kami ikut orang sesuka hati...yang tuan tu pulak ikut guru tuan...yang entah betoi entah idak...yang pasti tak betul...kalu sekadar baca terjemahan sorang2 sah sah seperti firman yang tuan tulis dahulu...gurunya ialah shaitan..jadi tuan berguru dengan syaitan!!! Kami berguru dengan guru yang bersanad sampai ke rasulullah dan daripada Alquran juga...paham!!!
[1]Demi Masa![2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. SILA CHECK DIRI SENDIRI DAHULU

Salam Zikri,

Saya mohon maaf tu kerana saya rasa dia tu sudah terlampau emosi; tekanan darahnya sudah naik tinggi. Apa taknya setiap ayat saya, walau pun saya berseloroh, dia jawab. Jadi saya nak koolkan sedikit keadaan. Saya tak nak dia kena stroke nanti. Namun saya ikhlas mohon maaf kalau tergoris perasaan sesiapa pun. Di dalam menegakkan yg haq kita kenalah berkata yg benar. Kebenaran sering terasa pahit; sering tak mampu diterima.

Zikri, bacalah betul-betul ayat (40:31) -- "Rabbunallah" tak sama dengan "Ashhaduanlaailahaillalah". Adakah di dalam azan dilaungkan "Rabunallaaaaah......". Tak pernah pula saya dengar. Kalimah "Lailahaillallah" pun ada dalam al quran, tapi "Ashadu" tu tak de.

Anda kata saya putar belitkan ayat-ayat Allah. Tolong tunjukkan ayat-ayatnya. Kalau Allah dak kata al quran itu jelas dan sempurna, macam mana saya bolih putar belitkan? Cuba anda baca ayat (18:57) tu, anda berpaling daripada ayat-ayat Allah yg jelas, yg saya tunjukkan kan? Alaaahhai! tak payah masuk hutan!!!

Pelek betul anda ni. Allah sudah berkata-kata dengan kita lebih daripada 6000 ayat anda suruh saya masuk hutan nak bertanya pada Allah. Pening kepala saya memikirkan logiknya. (Kalau saya baca hadis yg 7,000,000 tu lagi mampus saya. kalau sehari saya baca 100 hadis saya akan ambil 192 tahun baru selesai).

Ini ayat yg anda tulis, kalau saya guna saya punya nanti kata saya salah tafsir pula,: "[1]Demi Masa![2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. SILA CHECK DIRI SENDIRI DAHULU" **** Beriman itu maknanya percaya pada Allah 100%. Beramal soleh, buat amal-amal yg Allah redhai kerana Allah. "Berpesan-pesan" tu yg kita buat sekarang ini; cuma saya guna ayat-ayat Allah aje. Anda perlu tokok tambah dgn ayat-ayat orang lain. Kalau Allah tanya, "Engaku kata engkau beriman pada Ku, tapi engkau juga beriman pada kata-kata orang lain walaupun bertentangan dengan firman-firmanKu. Macam mana kau ni Zikri?" Macam mana anda nak jawab? Tentulah,"Demi Allah ya Tuhanku aku tak syirik". CHEK KAT SINI DULU, DI AKHIRAT NANTI DAH TERLAMBAT!!"

Salam,

Di dalam Surah Al Baqarah ada Allah cerita tentang orang yahudi di zaman nabi Musa. Allah suruh mereka sembelih sapi betina aje. Tapi mereka banyak bertanya -- sapi macam mana, umurnya berapa, warnanya apa, dah dibajak ke belum,dll. Ahirnya mereka dapat juga sapi itu tapi terpaksa bersusah payah dulu. Allah kata hampir-hampir mereka tak jumpa sapi tu.

Sama juga macam zaman sekarang tak? Perintah Allah yg mudah ditokoh tambah, seolah-olah perintah Allah yg asal tu tak betul dan tak complete.

Contoh: "Segala puji bagi Allah, Tuhan (Rabb) sekelian alam". Ada yg cari dan tanya -- "alam macam mana ye? Yg zahir, yg batin, yg ..... ".

Salam tuan tanpa nama,

Saya senaraikan apa yang telah tuan yakini:

1) menolak hadis Nabi
2) menolak syafaat Nabi
3) menolak makrifatullah
4) mempertikaikan 2 kalimah syahadah

Tuan tanpa nama,

Saya rasa kita telah terlalu banyak membuang masa di sini.

Jelas, tuan belum benar mengerti dan mendalami bab syariat. Saya memahami Tuan empunya blog ni cuba memahamkan khayalak tentang aspek tareqat (= jalan Nabi), seterusnya hakikat dan makrifat

Kasihan, Kami sedang belajar silibus tingkatan 5, tuan masih terkial-kial silibus tingkatan 1.

Saya sertakan sedikit ayat-ayat Quran. (mudah-mudahan tuan berjumpa ayat ni semasa tuan mengkaji kitab Al-Quran)

Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Qur'an yang mewajibkan taatnya). [al-Anfal 08:20]


Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang yang beriman. [al-Anfal 08:01]

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Uli'l-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’ 4:59]

Perkataan 'Rasul' diulang-ulang dalam quran.Siapa pula Rasul tuan? Rashad Khalifa? Kassim Ahmad?

Fikirkanlah..

Wassalam

Salam Zikri,

Kita bukannya cari-cari kesalahan orang. Cuma kalau kita dapati orang cakap tak benar, kita komenlah berasaskan firman-firman Allah. Orang tulis dalam blog tujuannya supaya kita baca dan fikirkan; bukanya untuk ditelam bulat-bulat. Yg baiknya orang lain pun bolih baca juga; buatlah keputusan sendiri tentang betul tidaknya.

Orang yahudi dulu pernah juga minta pada Allah melalui nabi Isa supaya diturunkan makanan dari langit untuk mereka. Allah kabulkan, TAPI Allah kata, "Kalau engkau kafir selepas itu, Aku akan seksa engkau dgn seksa yg tak pernah Aku seksa hamba-hamba Ku yg lain." Bayangkanlah, itu baru minta makanan aje. Anda, melalui guru anda, nak "jumpa" dengan Allah. Agaknya kalau Allah makbulkan, besar mana pula "warning" Allah kat anda? Tak ada bahasa yg mampu menerangkannya.

Ada al Quran -- bacalah dan fahamkanlah. Ada akal gunalah baik-baik. Musuh kita yg nyata adalah iblis; dia sentiasa menyanggahi Allah. Kan begitu Pakcik?

Saya setakat beri ingatan aje.

Salam..

Tanpa Nama...

Melihat pada hujah Tuan, nampaknya Tuan berpegang bulat2 pada Al-quran dan tidak pada hadis nabi. (sila perbetulkan klu sy tersilap tafsir)

Saya rasa Tuan kena bak kata omputeh "give credit" kat ulamak dahulu baik ulamak ketuhanan maupun ulamak feqah(fuqaha). Mereka menghambakan diri mereka kepada Tuhan, bermunajat dan sebagainya untuk memahami sesuatu ayat al-quran sehingga terhasilnya ilmu2 yg didapati hari ini.

Sebagai contoh : ALAM. Bila Tuhan sebut Fatehah ayat 1 itu, Ulama dahulu cuba memperincikan lagi maksud ALAM bagi mudah difahami. Cuba kita lihat sekarang ini. Setiap hari ramai org Islam yg bersembahyang akan baca ayat ini. Tetapi kebanyakannya tetap buat jahat juga. Sebab mungkin paham mereka Alam merujuk pada bumi, planet, bulan, matahari dan sebagainya tetapi mereka lupa bhw diri mereka sendiri merupakan Alam juga.

Al-quran itu sendiri perlu dipelajari akan maksud Tersurat, Tersirat dan Hikmah. Atas Ijtihad ulamak terdahulu itu, mengaji dan mengkaji, berwirid dan bermunajat, kita bole lihat akan kebenaran ilmu yg terhasil. Surah Al-Kahfi Ayat 109 Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan

Adakalanya dalam kepayahan memahami ayat quran, kita kena merujuk akan hadis Nabi untuk mendatangkan kefahaman. Justeru itu hadis Nabi merupakan sumber reference selepas al-quran. Tidak bole dipelecehkan, Surah Kahfi Ayat 108 (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahanam, disebabkan mereka kufur ingkar dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

Kesimpulannya, sekiranya kita sudah bole menguasai akan ilmu Tersurat, Tersirat dan Hikmah setiap ayat quran yg sebanyak 6666 ayat (klu silap sila perbetulkan), maka barulah bole tepuk dada tanya selera untuk menolak selain al-quran.

Kepada yg disini suma...

Jgnlah berkecil hati atau marah atau berputus asa.. Jadikan medan perbahasan ini sebagai kayu pengukur akan kemampuan ilmu dan kefahaman tuan-tuan puan-puan semua. Setiap manusia ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Kaji akan hikmah Allah menggerakkan anda semua untuk berhujah disini. "Wama tasha uu nailla anyasha Allah"


Wallahu'alam

Salam Pakcik,

Ayat-ayat yg Pakcik senaraikan tu semuanya betul. Tapi cuba Pakcik tengok, ada tak Allah kata "taatlah kepada MUHAMMAD?" Tak ada kan? Kenapa Pakcik? Kerana, RASUL BARULAH ADA AL QURAN BERSAMANYA. Kalau Muhammad aje belum tentu. Dalam hidup Muhammad hanya 23 tahun saja beliau jadi rasul 40 tahun tidak; 30% aje. Jadi taat pada Allah dan rasul itu, adalah taat pada Kalam Allah, ia itu taat pada semua kitab-kitabNya kepada semua rasul-rasulNya; barulah "consitant" firman Allah tu cakap jawa.

Pakcik paparkan firman Allah ini:

"Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik, dan lebih elok pula kesudahannya." [al-Nisa’ 4:59]

(Yg dalam braket tu saya cancel kerana itu tambahan.)

Sekarang kita berbantah-bantah kan? Macam mana nak balik pada Allah? Kena balik pada KitabNya dulu kan? Nak balik pada rasul, macam mana pula? Rasul bawa apa? Al Quran, Taurat, Injil,Zabur dan suf-suf. Tapi yg ada, yg masih utuh sekarang ni, adalah al Quran. Al Quran cover juga isi kandungan kitab-kitab yg lain tu. Jadi memadailahn untuk kita al Quran yg "tiada keraguan di dalamnya".

Pakcik,kita jangan pandang pada orang, tapi dengarkan pada apa yg dikatakan. Kalau budak-budak mentah sekali berkata brnar, kita kena percaya. Yg benar itulah yg haq.

Iblis sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan kita semua. Nak masuk dalam al Quran dia tak bolih kerana Allah dah tutp bagi dia. Jadi, dia cari jalan yg Allah tak tutup. Jalan apa agaknya Pakcik kalau bukannya jalan "hadis dan sunnah". Jalan inilah yg menyebabkan kita umat islam berpecah belah kepada berbagai golongan. Di sini aje dia sudah berjaya. Kenapa tidaknya, cuba Pakcik semak firmsn Allah berkenaan orang islam yg berpechah-belah. Pandai betul iblis tu, "Laknati si iblis tu ya Allah sampai ke akhir masa."

Tuan Tanpa Nama,

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.Pujilah Allah dalam seluruh alam.alam pekerjaan dunia maupun pekerjaan akhirat.Atas sifatNya Yang Maha Kasih Sayang, atas taufik anugerah dan kurniaNya, Allah memberi rezeki,akal,tenaga,kekuatan,kepandaian,ilmu,kekayaan dan macam-macam lagi la.tak kira la, alam apa pun.sampai ada yang jadi kaya.ada yang rasa kelazatan.ada yang dapat beribadat.ada yang jadi bijak.macam-macam la.kerana segalanya milikNya.tu sebab kena puji Dia.sekurang-kurangnya(dalam hati-subhanallah,lazatnya makanan ni-sebagai contoh).Tuan Tanpa Nama pulak,puji siapa?Puji Akal dan Kefahaman tersendiri ke? Puji diri sendiri yang perasan bijak berhujah menggunakan erti dari ayat-ayat kitabullah mengikut faham sendiri?Allah bagi akal,di situ tempatnya ilmu.Ada ilmu hak, ada ilmu batil.Jika kita tuntut semua diizinkanNya.Berguru menuntut ilmu sihir dengan Iblis atau Harut Marut,pun Allah izin.Tapi yang Allah perintahkan, yang macamana? Yang Allah redha, macamana pulak?Renunglah lagi SELURUH ayat-ayat suci al quran tu sedalam-dalamnya.keluarkan kefahaman yang tuan miliki.

Renung dalam-dalam ke mana pula maksud wahyu pertama.Iqrak!(ayat 1-5).Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan.Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Mulia.Yang mengajar(manusia) dengan pena.Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.Pada saya ayat ni suruh kenal diri yang diciptakan, kenal allah yang menciptakan,Yang Maha Mulia, yang mengajar manusia melalui perantaraan pena.kemudian rujuk lagi ayat-ayat lain yang senada,kalau tak cukup,rujuk hadis-hadis nabi, kata-kata sahabat,pandangan ulama' pewaris nabi.

Cuba renung pula apa maksud quran yang ni-lauanzalna hazalquraana'ala jabalinlaraaitahukhasyi'am(Al Hasyr:21).....ni quran yang mana, sampai terpecah belah gunung?Cuba ambil quran yang Tuan Tanpa Nama rujuk,letak atas gunung,apa yang jadi?

Beriman kepada Allah, beriman kepada Rasulullah(manusia,pesuruh Allah)-Agama Islam.Rujuklah Al-Quran.banyak tempat disebut.baik umat Nuh,Lut,Syu'aib dll

Beriman kepada Allah, tidak beriman kepada Rasul-siapa?

Tidak beriman kepada Allah, beriman kepada Rasul-siapa?

Tidak beriman kepada Allah, tidak beriman kepada Rasul-siapa?

Salam Kolam Hati,

Di sini saya nak betulkan sikit. Saya terpaksa tegur bukannya nak menghina ye. Ayat al Fatehah yg megandungi Perkataan "alam" tu ayat nombor 2 bukannya nombor 1. Maaf tuan.

Kita diwajibkan memuji Allah di dalam setiap solat dengan ayat ini. Kalau tidak batallah solat kita. Tapi, pernah tak kita menghayati kandungan ayat ini? Setahu saya jarang.

Kenapa agaknya kita puji Allah sedemikian rupa? "SEGALA PUJI" kepada Allah. Apa yg Allah buat yg kita nak puji? Kerana Dia Rabb sekelian alam -- Dia Tuhan, Dia Mencipta, Dia Mengatur, Dia Mentadbir, Dia Kontrol, Dia menej, ... dll sekelian alam (Yg nampak, yg tak nampak, yg kita tahu dan yg kita tak tahu -- semuanya tak ada yg terkecuali.) Allah sudah mengaturkan semuanya dengan sempurna tiada salahnya dan tiada cacat celanya --- PERFECT.

Maka Allah sedemikianlah yg kita puji. Selanjutnya Dia juga bersifat "Ar Rahman dan Ar Rahim". TAPI MALANG SEKALI SELEPAS ITU KALAU TAK KENA DENGAN SELERA KITA, KITA TAK SETUJU, KITA KOMEN, KITA ANGGAP ALLAH TAK ADIL, TAK SETUJU DENGAN YG ALLA ATUR,DLL. DAH PUJI -- TAPI TAK REDHA RUPANYA. MAKA, MUNAFIKLAH KITA. EH! EH! MASUK AJE WAKTU SOLAT PUJI LAGI. BERAPA KALI MUNAFIK LAAAAAA ....

Nasib baik juga ada "Ar Rahim". Kalau tidak .....

Maka adalah "MAALIKIYAU MIDDIN".

Macam mana nak selamat? Maka, Allah beri jalanya, ia itu, "Kepada Mu sajalah kami sembah (patuh) dan kepada Mu sajalah kami mohon pertolongan."

Pertolongan yg pertama yg kita minta adalah ayat 6 dan 7,ia itu PETUNJUK DARI ALLAH. Pertolongan berupa PETUNJUK dari Allah itu adalah KalamNya, ia itu al Quran. Lepas itu, ada pula yg tak mahu guna al Quran. Ada yg kata al Quran tak cukup untuk kami. Maka Allah sindir mereka itu dengan:

Surah Al-Kahfi Ayat 109 Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

Kalau jadi macam itu, maka dari sejak lahir sampai mati kita tidak akan selesai baca al Quran. Hadis saja sudah 192 tahun .... macam mana ni.

Sedarlah, al Quran yg ada itu sudah lebih dari cukup untuk keselamatan kita di dunia dan di akhirat.

Assalmu'alaikum semua,

192 tahun, baru selesai baca hadis,ehmmm.itu congakkan akal fikiran Tanpa Nama!

Maaliki yaumiddin-Yang Memiliki(Raja) pada Hari Pembalasan(Agama).Pada hari pembalasan/hari akhirat itu, Yang Maha Raja(Allah) akan mengadili semua jin dan manusia.Dialah Yang Maha Adil, Maha Menghakimi. Apa yang ada pada hari itu?Penentuan ke SYURGA atau NERAKA.Amalan yang manakah yang kita amalkan?Amalan ke syurgakah?atau ke neraka?Renung-renunglah...

Iblis dan Adam memang kenal Allah.Iblis berdendam kepada Adam dan anak cucunya.Kerana Iblis melanggar perintah Allah menyuruh sujud kepada Adam.Iblis dengki kepada Adam kerana Allah menetapkan Dia mahu menjadikan Adam seorang khalifah.Tetapi para malaikat patuh dan taat, walau awalnya mereka protes, tetapi Allah menjawab:Aku lebih mengetahui apa yang Aku ciptakan.Lalu tanpa soal para malaikat akur.Iblis engkar.Iblis degil.Iblis sombong.Iblis merasakan dirinya lebih mulia.Iblis takabbur.Dia diciptakan dari api,tetapi dia memandang enteng ciptaan Adam sebab patung Adam dilihatnya di bumi macam tembikar kosong.Iblis masuk melalui hidung Adam lalu keluar melalui dubur Adam(semasa belum ditiupkan RUH).Nama asal Iblis ialah Azazil. Iblis ni dari bangsa jin!kerana mengenal Allah dan amal ibadatnya yang hebat, Allah mengangkatnya menjadi ketua para malaikat.Iblis jadi bongkak.Satu masa para malaikat riuh, bimbang kerana mereka mengetahui, ada makhluk yang akan dilaknat Allah.Para malaikat minta tolong kepada Azazil untuk berdoa. Azazil berdoa untuk keselamatan para malaikat.Dia lupa doakan untuk dirinya supaya selamat.Dia bangga diri,hairan dirinya yang perasan dia mulia dan akan selamat.Akhirnya berlakulah kehendak Allah. Azazil dikutuk.Melanggar perintah Allah,Penciptanya,Pencipta sekalian alam.Mulai saat itulah dia bernama Iblis.Kerana kenal Allah,Iblis mohon izin untuk menyesatkan Adam&anak cucunya. Allah izinkan Iblis merayu&menggoda melalui bisikan ke dalam hati-hati anak-anak Adam.Semuanya kena rayu dan tertipu kecuali yang IKHLAS KERANA ALLAH!Anak-anak Adam yang tak mengenali bisikan Iblis akan menyangka bisikan itu kata hati mereka,tetapi sebenarnya tertipu kerana tidak kenal bisikan Iblis.Iblis berada di alam ghaib!Iblis boleh berada dalam tubuh manusia melalui saluran darah!

Engkarnya Adam kerana rayuan Hawa yang termakan bisikan syaitan. Adam & Hawa dihukum turun ke dunia.Adam kenal Allah.Allah Maha Pengampun.Adam bertaubat beratus-ratus tahun lamanya menangis,menyesal atas kesalahan dan dosa-dosanya.Akhirnya Allah ampunkan.Adam bergelar khalifah Allah/Saufiyullah.Allah berfirman kepada Adam:Adapun anak cucumu hai Adam!Aku ampunkan mereka setelah MengenaliKU!

Renung sifat mazmumah yang ada pada Iblis-DENDAM,BONGKAK,SOMBONG,DENGKI KHIANAT,MENIPU,BANGGA DIRI,MERASA DIRI MULIA,DEGIL,MENYESATKAN....RENUNG-RENUNGKANLAH..

Salam Tanpa Nama,

Terima kasih kerana memperbetulkan. Utk pengetahuan Tuan, terdapat 2 golong berkenaan ayat fatehah nie

1. Yg menerimapakai Basmallah termasuk dlm ayat Fatehah

2. Yg menerimapakai Basmallah tidak termasuk dlm ayat fatehah

Kedua-duanya ada dalil yg menyokong pendapat golongan tersebut.

Jadi yg mana ayat 1 dan yang mana ayat 2, tidaklah menjadi pertikaian.

Saya rasa tiada siapa disini mempertikaikan bhw Al-quran itu x cukup.. semua sedar bahawa al-quran itu lengkap.. perfect... cuma adakalanya utk mendapat faham akan sesuatu ayat yg kurang jelas pd kita(ALLAH belum bg faham)... hendak rujuk pada Rasulullah, baginda dh lama wafat... tetapi Pusaka abadi nya tetap ada..iaitu Sunnah baginda. Nak tanya pada Allah yg empunya Al-quran, ilmu masih cetek dan masih belum mencapai taraf nabi musa dan nabi ibrahim yg bole bertanya dan berdialog dgn Tuhan.

Jadi xsalah rasanya mencari rujukan yg bole mendatangkan faham selagi tidak bertentangan ngn syarak. Nabi Ibrahim pun diceritakan didalam quran meminta satu petunjuk yg mendatangkan LEBIH YAKIN akan wujudnya Tuhan (Tuan tau ayat mana satu kan?)

Hayati ayat ini "kullum min 'indillah"

Salam Orkid,

Dalam ayat (Al Alaq 1 - 5) ni takde pun Allah suruh mengenal Dia. Dia suruh manusia baca dengan nama Dia aje. Cuma Allah sendiri mengatakan bagaimanakah keadaan-Nya supaya si pembaca faham. Diri kita ni setakat "tak berdaya upaya melainkan dengan Allah saja."

"(Hasyr:21).....ni quran yang mana, sampai terpecah belah gunung?Cuba ambil quran yang Tuan Tanpa Nama rujuk,letak atas gunung,apa yang jadi?"

***** Bukankah Allah kata itu adalah suatu PERUMPAMAAN saja. Allah nak menerangkan begitu pentingnya dan beratnya anugerah al Quran yg dibagi pada kita tu -- gunung pun diibaratkan bolih hancur. Jadi, berhati-hatilah dan berwaspadalah. Kita akan ditanya olih Allah tentang al Quran itu nanti.

Untuk Orang yg "uululalbab".

Tuan tanpa nama:

Cuba hayati ayat ni:-

'Likulli halikun illa wajhah'
(Segala sesuatu pasti binasa kecuali Wajah-Nya)-Al-Qashash:88

Nampak perkataan binasa di situ? kecuali Wajah Allah. Bagaimana wajah Allah itu, tuan?

Allah memberikan kiasan yang cukup hikmah dan bijaksana.yang akan selamat dan tidak binasa ialah sesiapa yang menjadi Wajah Allah.

Bagaimana? tak lain tak bukan dengan belajar ilmu Tauhid iaitu tauhid af'al,asma', sifat dan zat-Nya.

Sehingga kita fana' di dalam zat-Nya. itulah Wajah-Nya, dan barulah kita tidak binasa. siapa yang cakap? Sayakah yang cakap? zikrikah yang cakap? orkidkah? kolam hatikah? pak karamukah?

tidak..tidak..itu firman Allah Taala dalam Quran yang tuan dan kita baca-cuma maksudnya difahami dengan jalan zauki (rasa), bukan sama'ie (literal)

Jika tuan belajar anatomy, ada 114 tulang utama dalam badan, ada 6666 urat dalam badan. adakah itu kebetulan saja tuan dengan jumlah surah dan jumlah ayat dalam Kitab Quran?

Saya hanya hendak menunjukkan bahwa Al-Quran itu adalah diri kita sendiri (diri insan/alam saghir (kecil)).manakala Kitab Al-Quran itu pula merupakan wahyu Allah yang keluar dari mulut Nabi Muhammad juga.Hadis Nabi pula merupakan kata-kata @ perbuatan Nabi Muhammad.

Ibaratnya, Quran itu adalah PETA dan Hadis Nabi merupakan KOMPAS.

Kedua-duanya perlu, dan jika ikut salah satu je, nescaya kita sesat di hutan belantara ilmu..

wassalam

Tuan Tanpa Nama,

Cuba tuan tengok lagi ayat-ayat quran,banyak sungguh Allah bagi perumpamaan-perumpamaan.renunglah dalam lagi semampu yang boleh.misalnya...tali Allah..ibarat anjing yang terjelir lidahnya..nur atas nur..perumpamaan cahaya Allah..dan seumpamanya..semoga bermanfaat..

Ulul Albab ni merenung penuh mendalam atas segala kejadian dan apa sahaja yang nyata,yang ghaib,yang lepas,yang sekarang,yang akan datang penuh bijaksana,mencari hikmah atas setiap sesuatu.Samudera Ilmu Allah itu teramat luas.

Segala kejadian pasti ada sebab-musababnya.renunglah seluruh sebab-musabab itu dari segala sudut.Saya tak kisah jika Tanpa Nama hanya guna akal fikiran Tanpa Nama gitu-gitu aje,terpulang.Itu ilmu dan kefahaman yang Tanpa Nama miliki.

Umpama orang yang teramat faham tentang pisang,KENAL benar PISANG TU,maka banyaklah gunanya pisang itu kepada dirinya sebab dia faham dari akar pisang,dahan,daun,buah,kulit dan segala bab tentang pisang diketahuinya.Digunakannya ilmu dan kefahaman tentang pisang tu ke jalan kebaikan,meratalah ilmu dan kefahaman yang mendalam tu tentang pisang memberi manfaat kepada dirinya dan kepada orang-orang sekelilingnya.Itulah perumpamaannya jika KENAL ALLAH,KENAL AL QURAN,KENAL MUHAMMAD,KENAL RASULULLAH,KENAL BISIKAN IBLIS,MEMAHAMI,MERASAI...Bila dah kenal,datanglah faham,dari faham dapat rasa.Dalam tasauf, rasa itu zauk.Perumpamaannya seorang lelaki kenal perempuan,kenal namanya,kenal sifatnya datanglah faham,dicintainya perempuan tu,dikahwininya perempuan itu...datanglah rasa...solat pun macam tu la...Tauhid tu KENAL,Fekah tu FAHAM,Tasauf tu RASA..Itulah namanya ilmu 3 serangkai.Dalam ilmu tauhid itulah diperincikan sedalam-dalamnya tentang Allah,Rasul,Al Quran,Malaikat,Hari Kiamat,Qadak Qadar.Lahir ilmu sifat 20,usuluddin,iman,kafir,munafiq,syirik,nafi,isbat dsbgnya.Jadi iktikad hati.Dalam ilmu fekah dapat faham tentang hukum hakam kaifiat amalan,halal,haram,wajib,sunat,harus,makruh.Manakala tasauf pula tentang rasa yang lahir dari hati,akal,nafsu,ruh,mengenal HATI.Allah memandang hati dan amalan/akhlak seseorang..Sumber ilmu-ilmu ni lahir semuanya DARI Al-Quran&hadis....Terpulanglah pada TANPA NAMA,jika nak rujuk quran@hadis yang TANPA NAMA faham,ilmu dan kefahaman tu ajalah yang TANPA NAMA miliki....Cuba fikir kalau seorang tukang masak yang amat KENAL,FAHAM tentang sesuatu kuih,dibuatnya kuih itu mengikut kenal dan fahamnya, secantik-cantiknya...pasti bila dimakan RASA lazat,nikmat...

Salam kepada semua,

Saya sungguh terharu dengan niat murni tuan-tuan sekelian hendak meyakinkan saya bahawa kepercayaan tuan-tuan itulah yg benar. Saya tidak sangsi akan kesucian niat dan laku tuan-tuan kerana semata-mata mencari keredhaan Allah jua. Sedih hati saya dan mengalirlah air mata kerana rasa teramat terharu mengenangkan peristiwa yg berlaku ini.

Marilah kita sama-sama terus bertukar-tukar pendapat dengan ikhlas agar orang lain pun dapat manfaat darinya. Kita akan tinggalkan perbincangan ini sebagai suatu warisan/legacy yg murni untuk generasi sekarang dan yg akan datang. Biarlah mereka sendiri-sendiri membuat keputusan bagaimana hendak menghindarkan diri dari pada api neraka.

Saya rasa saya layak masuk ke neraka tapi saya amat tak sanggup; saya tak layak ke syurga tapi saya amat inginkan syurga itu. Inilah masalah saya.

Saya amat pasti dosa yg tidak diampuni Allah adalah syrik sekiranya tak sempat bertaubat dan diterima olih Allah. Saya baca kisah Fir'un yg bertaubat ketika nak lemas; tapi "sudah terlambat" kata Allah. Saya baca ayat 22 - 25 dalam surah Al An'aam, maka saya terkejut; bagaimana bolih jadi begitu. Saya khuatir diri saya akan jadi sebagaimana orang-orang yg diceritakan olih Allah itu. Siapakah mereka itu? Lama saya renungkan dan fikirkan. Saya dapati banyak ayat-ayat Allah yg menegur orang-orang yg beriman termasuklah nabi sendiri. Selai itu dewasa ini saya perhatikan berbagai amalan orang islam yg bertentangan dengan apa yg termaktub di dalam al Quran. Jadi saya berandaian mereka itu adalah terdiri daripada orang-orang yg beriman juga kerana mereka jelas mengengkari firman-firman Allah. Perkara ini jelas, kerana siapakah lagi yg sanggup bersumpah dengan nama Allah yg mereka tidak syirik setelah Allah kata mereka syirik? Sudah tentulah orang-orang yg "beriman" ini. Mereka teramat hairan kenapa Allah anggap mereka syirik, pada hal mreka mengucap 2 kalimah shahadah, mereka solat, mereka puasa, mereka bayar zakat dan mereka tunaikan amalan haji. Jadi mana mungkin mereka syirik? Tapi mereka lupa akan firman Allah di dalam surah Fushilat ayat 40-42 dan surah Az Zukruf ayat 36-39. Begitulah keadaannya pada pendapat saya.

Saya dulu pernah bersama dengan kepercayaan tuan-tuan. Tapi setelah saya kaji, baca dan renongkan segala-segala data yg ada dan pengalaman saya berugama, maka saya korbankan "anak" saya dan percaya semata-mata kepada Kitab-kitab Allah saja terutamanya al Quran. Saya tidak bolih terima sama sekali bahawa al Quran yg datangnya dari Pencipta saya, melalui rasulNya yg terpuji, itu tidak lengkap dan cukup untuk saya.

Saya bersyukur kepada Allah di atas kesucian niat dan laku tuan-tuan sekelian hendak "membetulkan" saya -- Terima kasih yg tak terhingga daripada saya.

Diantara ayat-ayat yg menyadarkan saya adalah Surah Al Baqarah 285 yg bermaksud:

Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya (al Quran), dan begitu jugalah orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasul-Nya". Mereka berkata lagi, "Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

Perhatikan bahawa:

1. Allah kata Rasul beriman kepada al Quran. Jadi beliau tidak akan mengeluarkan perintah yg bercanggah dengan al Quran.

2. Selain itu dia (Muhammad rasul) juga beriman/percaya kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya yg lain.

3. Mereka berjanji tidak membeza-bezakan di antara para rasul-rasulNya.

4. Mereka berjanji yg mereka dengar dan mereka taat. Lalu mereka memohon ampun kepada Allah; kepada Allah-lah mereka akan kembali.

Fikirkanlah berapa banyak perkara di atas yg sudah dilanggar olih umat islam?

Salam,

APAKAH TANGGUNGJAWAB RASULULLAH?

a. [42:48] Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; TUGAS-MU TIDAK LAIN HANYALAH MENYAMPAIKAN (WAHYU ALLAH) dan ......

b. [13:40] Samada Kami perlihatkan kepadamu (Muhammad) sebahagian dari azab yang Kami janjikan untuk mereka (yang ingkar) atau kami wafatkanmu sebelum melihatnya maka tidaklah menjadi hal kerana TANGGUNGJAWAB-MU HANYALAH MENYAMPAIKAN HUKUM-HUKUM YG KAMI TURUNKAN KEPADA-MU dan urusan Kami menghitung dan membalas amal mereka.

c. [5:99] TIDAK ADA KEWAJIPAN YG DITUGASKAN KEPADA RASULULLAH SELIN DARIPADA MENYAMPAIKAN (WAHYU ALLAH) SAHAJA dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

APAKAH YG DIWAHYUKAN KEPADA RASUL?

[21:10] SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN KEPADA MU SEBUAH KITAB (AL-QURAN) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka MENGAPA KAMU TIDAK MEMAHAMINYA?

APAKAH YANG DIKHUATIRI OLIH RASUL?

[25:30] Dan berkatalah Rasul (di akhirat nanti), "Wahai Tuhanku SESUNGGUHNYA KAUMKU telah menjadikan AL-QURAN ini satu perlembagaan YANG DITINGGALKAN, TIDAK DIPAKAI".

BOLIHKAH RASUL MENYAMPAIKAN SELAIN AL QURAN?

[69:43-51] (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta-merta); Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya. Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertakwa. Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya). Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang tidak percaya. Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).

BOLIHKAH RASUL MENERANGKAN AL QURAN?

[75:16-19] Sesungguhnya Kamilah yang , berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu), maka bacalah menurut bacaannya itu; KEMUDIAN, SESUNGGUHNYA KEPADA KAMILAH URUSAN MENJELASKAN KANDUNGANNYA.

SIAPAKAH YG MENGAJAR AL QURAN?

[55:1-2] (Tuhan) Yang Maha Pemurah. Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran.

PERLUKAH HUKUM-HUKUM LAIN SELAIN AL QURAN?

[6;114-116] (Katakanlah wahai Muhammad): Patutkah aku mencari hakim selain dari Allah, padahal Dialah yang menurunkan kepada kamu Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu? Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.
115. Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya dan Dialah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.
116. Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

Fikirkanlah dan renungkanlah. Mudahmudahan Allah memberi kita fahaman yg sebenarnya.

Tuan Tanpa Nama,

Boleh tak, jelaskan,terangkan dan nyatakan dengan secantik-cantiknya penuh kefahaman kepada saya perkara-perkara berikut(syaratnya tuan kena guna akal tuan(sebab tuan rasa tuan ulul albab,kan? dan guna kitabullah sahaja)?

1. Kenapa 2 tulisan tuan yang terakhir ini, tuan terima pakai terjemahan dalam bracket( )?

2. Boleh tuan beri dalil dari Al Quran yang menyuruh korbankan "anak"? Apa pula maksud tuan dengan "anak"? macam yang tuan tulis ni.-Tapi setelah saya kaji, baca dan renongkan segala-segala data yg ada dan pengalaman saya berugama, maka saya korbankan "anak" saya dan percaya semata-mata kepada Kitab-kitab Allah saja terutamanya al Quran.

3. Bagaimana (Tuhan) Yang Maha Pemurah, telah mengajarkan Al-Quran kepada tuan seperti ayat ini?-55:1-2] (Tuhan) Yang Maha Pemurah. Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran.

4. Apa maksud dosa?Bagaimana yang dikatakan syirik?Apakah dosa syirik masih diampuni Allah jika sempat bertaubat?Ayat Quran yang mana tuan rujuk, bila tuan tulis tentang ni?.-Saya amat pasti dosa yg tidak diampuni Allah adalah syirik sekiranya tak sempat bertaubat dan diterima olih Allah.

5. Saya cadangkan tuan buat buku atau buat blog, tuan terangkan,jelaskan dan nyatakan kesimpulan sepenuh-penuhnya tentang kefahaman tuan yang ulul albab,huraikan seluruh maksud,makna,erti,isi dan segalanya tentang kitabullah seperti yang tuan faham mengikut perintah seperti dalam Al Quran.

Salam Orkid,

Janganlah jadikan ayat ini kena pada diri anda:

[2:6] Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan percaya/beriman), sama sahaja kepada mereka: Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

[2:7] Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

Saya sekadar memberi perigatan saja. Sama ada anda nak percaya atau pun tidak itu terserahlah kepada anda. Sedar tak anda yg saya paparkan itu adalah ayat-ayat Allah?

Tentang perkara "anak" tu bukankah saya sudah terangkan dulu di dalam kesah nabi Ibrahim? Tak faham faham juga!!

Anda ni benda remeh temah anda persoalkan. Kadang kala saya cancel braket tu kerana nak pendekan tulisan, tapi maksud ayat tak berubah.

Bagaimana Allah mengajar kita al Quran terserahlah kepada Allah saya mana tahu. Tugas saya bermohon saja padaNya dan saya yakin Dia akan beri tahu. Bagaimana? Saya pun tak tahu. Sama juga seperti bila saya minta Allah sihatkan saya; mana saya tahu bagaimana Allah buat. Hanya saya tahu saya sihat, alhamdulillah. Kalau saya tak sihat pun saya redha, sebab itu saya puji Dia di dalam solat saya. Bila Allah kata begitu, saya terus percayalah. Saya tak banyak soal jawab bila Allah sudah beri tahu; itulah yg dikatakan"siddiq". Itulah yg kita janjikan kepada Allah , "Kami dengar dan kami taat".

Anda bagaimana? Adakah Allah berdiri di hadapan anda dan memberi anda petunjuk?

Jangan ikut perangai yahudi di zaman nabi Musa tu ---- terlalu banyak soal jawab.

Anda ni melalutlah. Dosa pun tak tahu. Syirik pun buat-buat tak tahu. Iya saya faham, anda kan sudah "bersatu" dengan Allah!! "Showing off" rupanya.

Dosa apa pun kalau kita tak terlewat bertaubat dan dengan ikhlas pasti Allah akan ampunkan.

Oh! Oh! suruh saya buat buku/blog pulak. Apa yg Pak Karamu punyai ni tak cukup ke? Ceritanya sama juga.

Sekali lagi saya ingatkan. Yg saya paparkan itu adalah ayat-ayat al Quran. Ada juga saya terangkan pandangan saya.Kalau pandangan saya salah, jangan ikut. Buatlah apa yg diyakini sendiri kerana diri sendiri yg akan menjawab nanti di hadapan Allah. Jangan sampai kulit, tangan dan kaki, dll anggota jadi saksi di atas kesalahan kita pula nanti.

Terkejut saya pagi ni, bila buka ulasan utk mengenal diri yang ke 70 ni, rupa-rupanya pembahasan masih berterusan seolah tiada titik noktah.

Untuk menghormati pembaca setia blog ini, saya cadangkan TANPA NAMA membuka satu blog anda untuk perbincangan atau pembahasan.

Akhir kata dari saya, jika TANPA NAMA dapat makan KATAK, hujah anda dapat diterima pakai.

Carilah erti kata-kata yang tersirat dari kata yang tersurat dari kata akhir ku ni...

Tuan Tanpa Nama,

Tuan Tanpa Nama berkahwin?Ada anak?Korbankan anak?Nanti anak tuan nak korbankan cucu tuan pulak?Itupun kalau tuan ada ramai anak.kalau seorang je ada anak,macamana?Kalau ada orang tak de anak,nak korbankan sapa ha?

Tolonglah terangkan,ajaran yang terhasil dari kefahaman yang mana yang tuan amalkan ni?

Ada nama? Apa namanya?

Anda terkejut? Nasib baik tak mati. Kalau mati tak sempat nak bertaubatlah.

Wah! Menghina orang nampaknya. Suruh saya makan katak pula. Apa, kita tak bolih makan katak ke? Apa? Tak bolih? Ikutlah ajaran bible tu. Nasib baik terkejut je, adalah masa lagi untuk mencari kebenaran.

Jangan pandang pada orangnya, pandang pada apa yg dikatakannya. Kalau salah tunjukkan kat mana salahnya. Ini pakai serkap jarang je. Tak bolihlah macam tu; be specific. Mana nasnya di dalam Kitabullah yg mengatakan hujah saya tu salah. Jangan guna ayat-ayat yg mutashabihaat. Guna ayat-ayat yg terang, senang nak faham.

Kata-kata tu hebat sangat ke yg nak saya fikirkan? Begitulah kalau hati dah ada penyakit. Tunjukkanlah firman-firman Allah untuk saya fikrkan. Atau, utarakan hadis-hadisnya untuk dibincang.

Oh! Oh! Dia dah bagi kata terakhir macam mana nak jawab nanti jadi munafik pula.

Sayonara!!!!

Salam Orkid,

Baru-baru ni anda tak berhari raya korban ke? Tak pernah dengar cerita nabi Ibrahim dan nabi Ismail ke? Kalau dah dengar, apa pelajaraan yg bolih diambil darinya?

OOhh!! ya tak ya juga; kalau dah asyik nak mengenal diri mana nak tahu cerita orang lain. Tapi kan saya dah cerita kesah ini? Tak baca? Kalau macam itu tak usahlah komen.

Komen kat sini pun dah berjela-jela dah; tak payahlah saya ulangi lagi. Carilah sendiri.

"Saya sungguh terharu dengan niat murni tuan-tuan sekelian hendak meyakinkan saya bahawa kepercayaan tuan-tuan itulah yg benar. Saya tidak sangsi akan kesucian niat dan laku tuan-tuan kerana semata-mata mencari keredhaan Allah jua. Sedih hati saya dan mengalirlah air mata kerana rasa teramat terharu mengenangkan peristiwa yg berlaku ini."

Ini saya petik sbhgian tulisan tuan tanpa nama yg lepas.ingat dah insaf dan bertaubat..rupanya makin melampau..

jangan jadi orang yang zalim..tuan..ni mungkin nasihat saya yang terakhir..lepas ni saya nak concentrate on posting pak karamu yang seterusnya..malas dah saya melayan tuan..

"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombong dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaanKu. Mereka jika melihat tiap-tiap ayatKu, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk , mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka lihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhinya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya" - Al Araaf:146

Tuan yakin tidak termasuk dalam golongan di atas?

wassalam..

Tuan tanpa nama

Amboi-amboi sedapnya hujah lapok, sekurang-kurangnya saya ada master dari U Madinah dan Mesir kamu ? Sebenarnya kamu hanya mengaji tapi kami semua yang follow blog ni mengaji dan mengkaji

Assalamu'alaikum Pak Cik,

Saya sokong.....

Terima kasih, orkid.

"Katakanlah, "aku berlindung kepada Tuhan manusia.Raja manusia.Tuhan yang disembah manusia.Dari kejahatan (was-was) al-khannas.Yang selalu membisik-bisikkan (was-was) di dalam hati manusia.(Iaitu syaitan)dari golongan jin dan MANUSIA."-Surah An-nas.

pengajaran: sesiapa yang cuba membisikkan was-was ke dalam hati manusia, maka dia lah golongan al-khannas ni, ie syaitan berupa manusia.

sekian, wassalam.

Alhamdulillah, Sudah mengauum rupanya singa betina kita ni!!! Jangan marah bergurau ajeee!!!!
.
Salaamum'alaikom Singamaraja,

Tahniah di atas kejayaan puan di menara gading. Kata Pakcik saya di tingkatan 1 aje dan dia semua di tingkatan 5. Anda dah jauh ke langit. Tapi ingat-ingatlah kalau jatuh merudum saya jatuh 1 tingkat aje, Pakcik dan gengnya 5 tingkat, anda ... Masakan jatuh kut.

Kita sepatutnya bermegah dengan kejayaan kita supaya semua orang tahu. Barulah bermakna segala usaha kita tu. Kalau orang tak canang, kitalah canang sendiri sekeliling kampong. Macamlah itulah lebih kurangnya.

Di tingkatan 1 ni, saya asyik bertanya aje. Kalau tak tanya nanti tak tahu. Bila saya tanya murid di tingkatan 5 pun tak jawab. Saya minta puan yg di langit tolonglah jawab.

"Puan, Ada tak 2 kalimah syahadah seperti yg dilaungkan di dalam setiap azan itu di dalam al Quran?" (Ia juga adalah rukun islam yg pertama, kalau tak salah saya.)

["Amboi-amboi sedapnya hujah lapok, sekurang-kurangnya saya ada master dari U Madinah dan Mesir kamu ? Sebenarnya kamu hanya mengaji tapi kami semua yang follow blog ni mengaji dan mengkaji"]

Saya pasti kalau orang yg mengaji dan mengkaji seperti puan bolih jawab soalan lapok di atas.

Salam Pakcik,

Saya dah cek, tapi Pakcik tak sampai pun 6666 ayat di dalam al Quran. Macam mana ni Pakcik? 114 surah tu betul.

Cuba Pakcik pula cek! Saya budak tingkatan 1 mungkin buat salah.

Salam Pakcik,

Jangan jawab salam iblis-manusia Pakcik. Tapi, saya tak bisik-bisik, saya bantai terang-terang aje supaya semua tahu; nanti jangan kata tak tahu.

Baiklah, Pakcik percayakan hadis kan? Pernah tak Pakcik dengar hadis ini, "Kaum yahudi berpecah belah kepada 71 golongan, kaum nasrani berpecah belah kepada 72 golongan dan kaumku akan berpechah belah kepada 73 golongan. Satu golongan saja yg selamat". 1 di dalam 73, peluang nak selamat amat tipis sekali. Kalau orang main roulette kat casino pun lebih baik peluangnya kerana 1 dalam 37 aje. Kalau benar hadis ini, kita wajib berhati-hati yg amat sangat sebelum membuat pilihan. Bukahkah begitu Pakcik?

Sebab tu saya banyak soal.

Salam semua,

Nampaknya majlis ini dah makin panas dan semakin jauh kedalam. Kita sepatutnya bermuzakarah bukannya berdebat. Saya tidak berminat untuk masuk campur tetapi lebih suka memerhati dan mendengar. masing-masing mempunyai hujjah. Cukup-cukuplah, berbaliklah kita kepada kitabullah dan hadits nabi.

Untuk meleraikan kekusutan ini. Kita hayati maksud ayat Al quran di dalam surah Al Kafirun lebih kurang beginilah "Engkau Agama Engkau, Aku Agama Aku"

Salam Pakcik,

Di bawah adalah ayat-ayat Allah yg Pakcik sendiri paparkan:

"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombong dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaanKu. Mereka jika melihat tiap-tiap ayatKu, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk , mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka lihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhinya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya" - Al Araaf:146

Lepas tu Pakcik tanya saya pula, "Tuan yakin tidak termasuk dalam golongan di atas?"

Baiklah mari kita buat analisis ayat-ayat tersebut:

"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombong dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaanKu." ****** INI SATU AMARAN YG AMAT KERAS DARIPADA ALLAH KEPADA SESIAPA SAJA YG DENGAN SOMBONGNYA BERPALING (TAK PERCAYA/ENGKAR) DARIPADA, SUDAH TENTUNYA, FIRMAN-FIRMAN ALLAH, TANPA ALASAN YG BENAR.

"Mereka jika melihat tiap-tiap ayatKu, mereka tidak beriman kepadanya." **** KESALAHANNYA SEMATA-MATA KERANA TIDAK PERCAYA SEPENUHNYA AKAN AYAT-AYAT ALLAH; ADA SAJA ALASAN YG DIUTARAKANNYA -- TAK JELASLAH, TAK SEMPURNALAH, SUSAHLAH, NAK BELAJAR BAHASA ARAB DULULAH, SALAH TAFSIRLAH, DLL.

"Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk , mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka lihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhinya." ***** JALAN YG MEMBAWA PETUNJUK ITU BUKANKAH FIRMAN-FIRMAN ALLAH? NABI KITA DULU PUN AKUR KEPADA JALAN PETUNJUK ALLAH.

"Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya" ***** MENDUSTAKAN AYAT-AYAT ALLAH TU SEPERTI YG BERKATA AYAT ITU TAK BETUL, PERLU DI TOKOK TAMBAH, PERLU DIKURANGI, DLL. SEOLAH-OLAH ALLAH BERDUSTA DENGAN FIRMANYA ITU.

Ramai tak orang islam yg beranggapan bahwa al Quran tu tak cukup. Kita perlu itu dan perlu ini. Cuba buat analisis amalan Pakcik dengan firman Allah. Tak usah pergi jauh, ambil wuduk saja cukup. Sila lihat surah (5:6). Sama tak dengan apa yg Allah perintahkan? Lagi contoh yg mudah, Allah kata solat fajar tapi kita kata solat subuh.

Tuan tanpa nama,

kamu ni selalu nak membisikkan was-was pada perkara yg Nabi Muhammad dah selesaikan 1400 tahun lalu dan disambung oleh para Sahabat, tabi'en, ulama2 spt Imam Syafi'i, Asya'ari, Maturidi, Ghazali, Qardhawi dsb.

Tidak ada was-was lagi bagi kami, tuan tanpa nama, tentang:-

-percaya dan taat 100% pada Al-Quran
-percaya dan taat pada Nabi Muhammad S.A.W dan mengikut hadis dan sunnah Baginda
-percaya pada kalimah syahadah spt yang diamalkan
-percaya pada syafaat Nabi Muhammad S.A.W
-dsb dsb

Kalau kamu masih nak membisikkan was-was, maka saya sudah sertakan surah An-Nas itu sebagai renungan..

seeloknya Tanpa Nama itu kita namakan saja sebagai...

sekian, terima kasih

wassalam

Salam Pakcik,

Pakcik dengan saya ni, seperti kata seorang daripada sahabat kita tu -- "Lakomdiinukimwaliyadiin".

Seperti saya kata sebelum ini, saya tak bisik-bisik. Saya terang-terang berhujjah. Jangan dengar cakap saya -- cek dulu ayat-ayat Allah tu dan fikirkan dulu -- baru buat keputusan. Biasanya kita didedahkan kepada kepercayaan yg tradisional aje. Kita telan saja bulat-bulat; tanpa fikir dalam-dalam. Kalau betul tak apalah -- selamat. Kalau salah macam mana? Allah dah beri amaran tentang perkara tersebut -- jangan ikut-ikut saja; sahkan dulu dulu dengan ayat-ayat Allah.

Ceklah dengan al Quran, banyak sekali amalan-amalan kita yg bertentangan dengan al Quran. Contohnya:
Allah kata al Quran itu mudah - kita kata susah, Allah kata al Quran itu sempurna - kita kata tidak, Allah kata al Quran itu jelas - kita kata tak jelas, Allah ajar bagaimana nak berwuduk - kita tokoh tambah, Allah bayangkan yg syahadah ke 2 tu syahadah orang munafik - kita tak peduli, kita janji puji Allah saja di dalam solat - sebelum selesai solat kita sudah puji orang lain, kita janji tidak membeza-bezakan rasul-rasulNya - kita tak tunaikan janji itu, Allah kata rasul hanya percaya al Quran - kita tak percaya, dll. Jadi bagaimana ni? Kan itu namanya "tak dengar dan tak taat?"

Bagusnya blog Pak Karamu ini ia antarabangsa. Seluruh dunia bolih baca; bukan untuk Pakcik aje. Bacalah dan fikirkan dan buatlah keputusan sendiri. Jangan salahkan orang lain. Nabi tak pernah mengadu, "Ya Allah, kaumku mengabai-abaikan hadis-hadis ku."

Salam...
Sekadar pandangan, jgn kata mcm2, jgn kata itu, jgn kata ini, jika "sendiri" belum sampai di penghujung perjalanan... Jangan di cari salah orang, kaji salah sendiri... muhasabah diri itu yg terlebih baik... satu jari menuding org lain, empat lagi jari menghala ke mana? bukankah pada diri sendiri...

moga kebahagiaan yang anda semua ke temu...

Hidup lagi ker tanpa nama?

Salam Tanpa nama,

Di haraf tak naik angin.2 kalimah shahada itu kita lafazkan kerana diri kita ini bersaksi dan mengaku dengan Allah yang Tiada tuhan melainkan Allah[yg disembah],mohd itu rasul Allah.Ni antara kita dgn Allah.Tak payah di putar2.
Memang kita kena pakai diri empunya diri/tajalli sekurang2nya untuk berdoa ,beribadat antara kita dgn Allah...itu betul..jadikan tanda/saksi aje...
Kamu setuju tak diri kita umpama cip talipon bimbit?bila masuk bateri hidop..dapat berkata2/komunakasi berbagai bahasa,dan bermacam fungsi lain dapat berfungsi.Bila cabut bateri matila....Tapi dlm cip tu tak de orang pon ,cuma ciptu boleh mengeluarkan kata2 bila bernyawa..cip tu lah diri kita..rupa nya macam kita klu nak kenal segi rupala..diri kita tak melekat apa2 sifat pon..mcm cip..tapi bila bernyawa dapat mentajallikan/menyatakan sifat sifat yg di sifatkan untuk memahami zat Allah sahaja.ye ta?

Boleh tak nak ikut hadis...tapi kena terer giler lah pasal Quran. Master giler bahasa arab. Blh tafsir Quran dlm konteksnya dan bukan main cilok2 camtu aje...Pinjam UAI. Peace Yooooo....