Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Mengenal Diri Yang Ke 69

Salam,

Rezeki ilmu di Malam Lailatul Qadar

Lailatul qadar yang di tunggu sudahpun berakhir walau apapun rahmat Allah tetap tidak berwaktu kepada sesiapa yang Allah hendak kurniakan, rahmat Allah tidak terkira banyaknya cuma kepada orang-orang khusus rahmat Allah tetap di cari semperna dengan bulan ibadah dengan ketetapan pada malam qadar mengikut maksud ayat al quran

Kepada mereka yang beramal syuhud pada sepanjang bulan ramadan dan malam bulan ibadah sebelumnya mereka sangat mengharapkan kurniaan Allah pada kefahaman ilmu mengikut konsep sifat 20 namun pada hakikat diri yang mengingat Allah tidak berputusan itu tetap juga mengharapkan sesuatu petunjuk daripada Allah

Apabila kita menarik nafas ataupun nyawa maka tetekala kita mengingat Diri Zat maka teringatlah kita akan keagungan Tuhan yang lima perkara iaitu sifat Salbiyah dan sifat kalanNya yang enam iaitu sifat sama'a,bashar dan kalam yang di kuasai oleh Sami'un,Basyirun dan Mutakallimun

Apabila kita turunkan nafas tetekala kita mengingat Allah maka teringatlah kita kepada ZatNya,AsmakNya,SifatNya dan Af'alNya sekali gus kita juga mengingat ZatNya yang Maha Esa pada sifat Kamal, kita ingat sifat kebesaran Allah (Asmak) pada sifat qadirun, Maridun,Alimun dan Hayyun, kita ingat pula sifat makhluk pada sifat qahar dengan mengingat sifat Qudrat,Iradat,Ilmu dan Hayat yang menjadi Rohani, dan kita ingat Af'al Allah dengan mengingat batang tubuh kita yang menjadi penghuni kepada Rohani

Adapun sifat Diri Zat itu di dalam ilmu sifat 20 di namakan sifat Istaghna dan kita ingat diri kita yang beserta Allah dalam ilmu sifat 20 yang bernama Iftiqar, sifat Istaghna mengandungi sifat Jalal dan Jamal sementara sifat Iftiqar adalah sifat yang mengandungi sifat Qahar dan Kamal, ini bererti bahawa apabila kita mengingat Zat maka kita ingat DiriNya dan apabila kita ingat Allah maka kita ingat kita beserta Allah

Comments (7)

"namun pada hakikat diri yang mengingat Allah tidak berputusan itu tetap juga mengharapkan sesuatu petunjuk daripada Allah"

-- PAK KARAMU, NAK CARI PETUNJUK MACAM MANA LAGI? ALLAH DAH BAGI PUN TAK TAHU JUGA! CUBA CHECK SURAH ALBAQARAH AYAT 2. AYAT 1 MUNGKIN TAK FAHAM.

MANUSIA MEMANG SUKA MELAMPAUI BATAS; BAGI BETIS NAKKAN PEHA.

salam tuan Tanpa Nama...nama tuan sendiri tanpa nama, cuba bayangkan kalau kubur tak bernama,alat2 tak bernama, kereta tak bernama, jalan tak bernama....jadi macam nak jumpa petunjuk...mmmm gurau je yee....kita sekadar bincang2 je yer...saya ni jahil...kurang faham agama....tapi saya cuba juga berfikir sekadar ini...baik...Jika bersolat...kan kita buat berkali2,kalu solat 5x sehari bermakna 17x kita baca fatihah,bermakna 17kali kita tidak berputusan tetap juga mengharapkan sesuatu petunjuk daripada Allah (ayat 4&5 fatihah)...itu tak masuk lagi kalu baca surah Al-Asr...1)DEMI MASA 2)SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN.....jangan citer yang ayat seterusnya lagi...mari kita pikirkan ayat 1 dan 2 nih....drp ayat 1 dan 2 kalau tak tahu jalan yang betul boleh pasti ke paham dan kenal jalan utk realisasikan ayat ke 3...

Salam Tuan Zikri,

"Tanpa Nama" sebab program tu suruh saya klik Tanpa Nama. Lagi pun apalah yg ada pada nama.

Ada benar kata-kata tuan itu. Sehari semalam 17 kali membaca Fatihah di dalam 5 solat yg wajib. 17 kali pula minta Allah tunjukkan kita ke jalan yg benar. Sudah pula bertahun-tahun lamanya. Apa, masihkah Allah, Yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang, belum lagi makbulkan apa yg kita minta? Kalau belum, zalimlah Allah kepada hamba-hamba-Nya. Tapi Allah tak zalim, yg diminta sudah pun diberi-Nya. Kalau sudah diberi, mana barangnya? Kalau tak tahu, maka berjalanlah ayat-ayat di dalam Surah Al Ashr itu.

Kan begitu tuan?

Salam sekali lagi tuan....saya rasa kalau kefahaman kita terhad atau kita sendiri menghadkan fahaman kita atau tidak terbuka bermakna susah kita nak dapatkan sesuatu manafaat. saya nih memang jahil setakat itu je yang Allah beri saya faham tapi saya cuba juga nak terbuka fikiran danbelajar....persoalan yang kita bincang ialah mengenai petunjuk drp Allah...yang pada fikiran saya harus berterusan dan pendapat saya selari dgn penulis blog ini iaitu ustaz ariffin. Betul quran itu petunjuk (Al Baqorah-2) tapi jika tidak digurui masakan dapat beroleh petunjuk drp Allah. Maka haruslah selalu mengadu selalu dan tidak putus mengharap drpnya agar asbab asbab tertentu menjadikan pentunjuk itu lebih jelas difahami.

ke-2 saya kurang bersetuju dgn ayat tuan ".....zalimlah Allah kepada hamba-hamba-Nya. Tapi Allah tak zalim, yg diminta sudah pun diberi-Nya. Kalau sudah diberi, mana barangnya?".....saya fikirkan pengutaraan itu tergantung....dalam quran ayatnya jelas...hidup ini ujian...ni saya fwdkan ayat2 yang berkaitan dgn ujian

“Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” Mulk-2

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” al-Ankabut, ayat 2

“Dan Aku jadikan bagi kamu sekalian keburukan dan kebaikan sebagai fitnah (ujian) dan kepada Aku-lah kamu akan dikembalikan.” Surah al-Anbia’, ayat 35

kalau kita tak faham ayat nih makna susah kita nak realisasi ayat Asr-3

moga dpt manafaat bersama

Salam Tuan Zikri,

"..persoalan yang kita bincang ialah mengenai petunjuk drp Allah..."

Jadi pada hemah tuan "petunjuk" daripada Allah itu apa?

Benar kita di dalam ujian Allah. Kalau nak lulus ujian Allah itu nak gunakan apa?

Beginilah tuan, saya bagi satu contoh. Kalau anak tuan hari-hari, sebanyak 17 kali sehari, minta tuan belikan dia laptop; lalu tuan belikan sebuah untuknya. Tapi dia tak guna pun laptop itu. Anihnya dia minta lagi tuan belikannya laptop. Apa agaknya yang akan tuan buat?

petunjuk yang diharapkan itu ialah beriman dgn sepenuh jiwa dan raga iaitu kepada kalimah Tiada Tuhan Melainkan Allah. Dan itulah yang hendak disampaikan oleh ustaz.

Tanggungjawap ini bukan sebarangan...dan bukan mudah...seperti yang dinyatakan dalam Al Ahzab-72

Ariffinbillah ada berkata...jangan kamu bertanya soalan yang kamu sendiri tidak tahu mengenainya.

kehendak manusia itu menurut nafsunya, dan jangan disamakan dgn kehendak Allah.

terima kasih

Salam Tuan Zikri,

Semoga tuan bertemu dengan petunjuk yang tuan cari itu.

Maafkan kesilapan saya.