Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YG KE 67

NILAI KEROHANIAN

Allah swt menilai makhluk kerohanian ini dengan nilai yang tinggi dan utama, namun manusia memandang rendah dan tiada nilai, jika manusia menilainya sudah pasti manusia mempelajarinya dan mengambil berat tentangnya, sehinggakan makhluk Allah yang bernama Malaikat dan Jin pun di perintah oleh Allah sujud kepadanya, sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: Maka apabila Aku sempurnakan dia (Adam) dan Aku tiupkan padanya Roh dariKu maka hendaklah kedua kamu sujud kepadanya

(Al Hijr 29)

Ayat yang di atas menerangkan selepas sahaja Allah swt mencipta Adam dengan sempurna (Berbentuk manusia) maka Allah pun meniupkan Roh (ciptaan) Tuhan ke dalam jasad Adam, selepas itu Allah swt memerintahkan kepada Malaikat dan Jin sujud kepada Adam, ayat ini jelas menunjukkan bahawa nilai Roh itulah yang menyebabkan Allah swt memerintahkan keduanya sujud kepada Adam, ertinya Roh inilah yang bernilai di sisi Allah swt walhal jika nilai Adam terletak pada batang tubuh Adam (jasmani) maka lebih awallah Allah perintahkan kedua makhluk itu sujud, dan sebenarnya pada Roh itulah terletaknya nilai kemanusiaan tersebut, oleh kerana nilai manusia ada pada Roh mengapa manusia tidak mahu mengenal Roh sehingga ada yang menakutkan untuk mengenalnya? malah ada yang melarang untuk mempelajarinya, dan jika kita menganggap bahawa manusia itu adalah makhluk yang sempurna maka yang menyebabkan kesempurnaannya adalah Roh, ini juga bererti bahawa yang tersirat itu adalah Roh kerana yang tersiratlah maka manusia menjadi mulia ini jelas jika perhatikan benar-benar peristiwa lurutan ayat Al Hijr 29 di atas, manusia yang telah di lengkapkan oleh Allah Akal tentunya tiada berasa masalah untuk memahaminya, kerana itu janganlah manusia terlalu tertekan dengan larangan oleh pemikiran dan pandangan orang yang berfikiran sempit tentang memperkatakan tentang Roh tersebut, Allah swt juga tidak menegah manusia untuk memikirkan tentangnya secara biasa, kerana itulah Allah swt menyatakan “kamu tidak di berikan ilmu Roh itu kecuali sedikit”.

Comments (5)

Salam Pak Karamu..
Saya datang mencedok ilmu kat sini.. (^__^)

Salam pak karamu.. terima kasih dengan nasihat itu.. saya berusaha mencedok ilmu selagi terdaya.. (^__^)

Terima kasih atas cedokan itu

Salam Pak Karamu,

Tuan kata Allah perintahkan malaikat DAN JIN sujud kepada Adam. "DAN JIN" itu mana datangnya tuan? Mohon rujukan ayat Al Qurannya.

Azazil@Iblis tu bangsa jin ler...