Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YG KE 60

MENCARI KUASA TERSIRAT

Mencari yang ada dan yang kekal, yang ujudnya sebagai perbendaharaan yang tersirat yang sebenarnya tidak dapat dinilai kerana tiada bentuk dan warna, akan tetapi dialah yang mewarnai kehidupan setiap sesuatu, dialah yang tersembunyi yang mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai rahsia yang perlu diselidik didalam kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain, namun kebanyakkan manusia yang berakal tidak menghiraukannya, kerana dia di anggap memeningkan kepala kerana ghaib dan terpendam, tidak di nafikan bahawa setiap sesuatu mempunyai rahsia yang tersirat dan mencarinya bukanlah semudah bercakap tentangnya, akan tetapi ia perlu di kaji kerana ia adalah sumber ilmu dan perkara yang hak, ramai yang memandang remeh tentang tersirat itu kerana tersurat di anggap lebih penting dan bermutu dan yang benar, yang kekal, dan yang mewarnai kehidupan, namun pandangan tersebut sebenarnya salah dan tidak benar sama sekali, oleh kerana itulah setiap yang berakal perlu mempelajari serta mengkaji setiap zarah apa yang ia nampak ataupun yang ia tidak nampak kerana apa yang dia nampak itu adalah bayangan sahaja kepada rahsia ilmu tersiratnya, kerana itulah contoh yang baik adalah mencari ilmu dan rahsia yang ada pada ilmu tersebut supaya yang hak itu menjadi teras dan kenyataan

Ilmu di ambil daripada nas kalam Tuhan ia itu Al Quran, sedangkan Al-Quran itu mengandungi rahsia kejadian alam yang besar dan perlu di selidik ( Li kulli ayatin wa harfim wa nuqthotin minal quraani hikmatun ) Setip huruf, ayat dan titik, di dalam Al Quran adalah mempunyai hikmah. Dan di terangkan juga tentang hikmah yang tersangat besar yang terdapat di dalam Al Quran itu ialah:

Maksudnya: Al Quran adalah kalam Allah, setiap huruf ada kemanisannya, setiap kalimah ada kemuliaannya, setiap ayat ada kebahagiaannya, setiap juzuk ada pembalasannya, dan setiap surah ada keselamatannya

Ayat yang di atas adalah sebagai contoh yang terdapat di dalam kitab Al-Quran, yang mana di nyatakan setiap titik,huruf,ayat dan surah mempunyai hikmah dan rahmat, demikian juga dengan berbagai peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan menjadi ilmu serta ingatan, juga tauladan supaya di jadikan batas dan sempadan, manusia perlu mencari rahsia dari kejadian kejadian yang terang dan nyata supaya boleh di jadikan ilmu dan kefahaman tentang kekuasaan dan kebesaran Tuhan yang berlaku terhadap seluruh makhluk Tuhan, ini bukanlah bererti segala kejadian tersebut habis begitu sahaja malah ianya perlu di jadikan iktibar atau kajian sebab dan musabab dan di atas kajian itulah akan lahir ilmu di sebalik tabir atau tersirat dan menjadi dalang bagi menghidupkan segala kehidupan dan watak mengikut ketetapan yang Maha Pencipta kepada seluruh alam,sebab itulah tidak akan bergerak sesuatu juapun jika tiada dalangnya

KEWUJUDAN YANG MAHA PENCIPTA

Kewujudan Yang Maha Pencipta di terangkan oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya Al Insan ayat 1

Maksudnya: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa yang beredar sedang ia (insan) belum ujud lagi, zaman itu tidak dapat untuk di-sebut-sebut mengikut perhitungan masa, mengapa kaum musyrik itu engkar?

Mengikut jumhur ulamak zaman yang di sebut oleh Allah swt di atas adalah zaman yang hanya ujud ialah Zat Allah semata-mata dan makhluk Allah yang lainpun belum lagi ujud, akan tetapi Allah yang kita kenali sekarang sebagai Tuhan yang wajib di sembah itu dan di kenali sebagai (Dialah yang awal, Dialah yang Akhir, Dialah yang Zahir dan Dialah yang Batin) telahpun sedia ujud, Yang di katan yang Awal itu kerana Dia bersifat Qidam, iaitu sifat yang mutlak bagi diriNya, dan tiada di dahului oleh sesuatu jugapun, demikianlah juga dengan sifat Akhir dengan tiada berkesudahan, kerana ia memiliki sifat mutlak yang Baqo, ini bererti Dia memerintah, mentadbir, Mengurus, Menguasai semua makhluk ciptaaNya daripada awal sehingga ke akhir, sementra siafat ZahirNya ia menunjukkan kepada jelas dan terangnya segala apa yang berlaku atas bergerak dan diamnya segala alam ciptaanNya adalah dari kerja urusanNya, ia juga di kenali sebagai Af’al Tuhan atau kerja buat urusan yang sentiasa menjalankan urusanNya sebagaimana firmanNya menyatakan

Maksudnya: Semua makhluk yang berada di langit dan di bumi sentiasa Berhajat dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam urusanNya (Mencipta dan mentadbir makhlukNya)

(Ar Rahman 29)

Ayat yang di atas mengukuhkan lagi kefahaman umat islam bahawa segala yang bergerak dari sekalian makhlukNya adalah ditadbir dan disebabkan oleh kuasa dan kehendak Allah swt, dengan kuasa tadbir itu bermakna takdir seluruh makhluk itu adalah di bawah kuasa gerak daripada Ke Esaan Tuhan secara mutlak dan di tentukan oleh Allah swt, mengikut nafsu semasa makhluk tersebut, inilah suatu rahsia takdir daripada Tuhan terhadap makhlukNya, dan di-sinilah kekaburan manusia tentang ilmu qadha dan qadar Allah swt sehingga membawa kepada pertengkaran yang tiada berkesudahan, ini bererti sekalian makhlukNya tiada mempunyai pilihan daya dan keupayaan setelah di nilai taraf kehendak nafsu seseorang tersebut sebelum takdir di timpakan oleh Allah swt kepadanya, ini bererti ke EsaanNyalah yang sepatutnya di fahami oleh sekalian makhluk terutama manusia yang memiliki akal lagi mampu berfikir secara waras, dengan kenyataan di atas jugalah kita di fahamkan bahawa Tuhan itu sentiasa menjalankan urusanNya tanpa berhenti-henti dan tanpa batas waktu dan masa, ertinya setiap bergeraknya makhluk itu adalah datang dari takdir ke Esaan Tuhan, demikian jugalah dengan sifat wal Batinu Tuhan yang sememangnya tidak dapat di lihat dengan mata yang zahir, hanya dapat di yakini oleh mata basirah iaitu mata hati manusia kerana itulah juga manusia wajib tahu dan mengenal fungsi mata hatinya di samping mengenalinya dengan sempurna, terutama mengenal kekuasaan Tuhan secara yang menyeluruh sebagaimana firmanNya

Maksudnya: Dialah Allah,yang tiada tuhan melainkan Dia,yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang amat pemurah dan amat mengasihani,Dialah Allah,yang tiada tuhan melainkan Dia, yang menguasai, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang melimpahkan Keamanan, yang Maha Mengawal dan Mengawasi, yang Maha Kuasa, yang Maha Kuat, yang melengkapi segala Kebesaran, Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan, Dialah Allah, yang mencipta sekalian makhluk, yang mengadakan, yang membentuk rupa, (mengikut kehendakNya) baginyalah nama yang sebaiknya dan semulia-mulianya, bertasbih segala apa yang berada di langit dan di bumi, Dialah yang tiada tolok bandingnya, lagi amat Bijaksana

(Al-Hasyar 22, 23, 24)

Ayat yang di atas adalah merupakan ayat akidah yang wajib di percayai oleh semua manusia yang beriman kepada kuasa Ketuhanan yang menjadikan sekalian alam-alam ciptaanNya, dan ayat yang diatas menunjukkan kekuasaanNya yang menyeluruh terhadap alam tersebut, oleh kerana itu manusia wajib mengenali Tuhan secara menyeluruh sama ada Zatnya, Asmaknya, Sifatnya dan juga Af’alnya, yang ke semuanya bergerak serentak tanpa ada yang mendahulu atau terkemudian

Comments (5)

Paso saludarle, espero entienda mi saludo
Me gustaría entender lo que escribe

Celia desde México

salam ustaz..
maaf, bukan nya hendak ulang bicara..cuma ingin kepastian supaya akidah saya tidak terpesong dan fahaman saya jelas...
dalam siri yang lepas2..(MD yg ke 56)01)adam(manusia) bererti allah dan nur muhammad..ianya berpadu dan tidak pula bersekutu..betul x fahaman ni ustaz...?
02)jika diri ini sudah terbahagi kepada 4 bhgian,diri terdiri,diri terperi,diri sebenar diri dan diri tajjali, yang mane satu yang akan di hentam di akhirat jika ade yg berbuat salah...
03)lagi satu..mintak maaf kat org johor tmpat saya tinggal...ade yg tau jugak ilmu kerohanian ni..tp dia x panggil istilah keempat itu sebagai diri tajjali..sebalik nya empunya diri..sama ke maksud nya tu ustaz..

Salam,

Benar,

Diri di hentam ialah diri Diri terperi

Jika di maksudkan diri yang empunya diri itu empunya diri itupun benar juga cuma istilahnya saja yang berlainan, iaitu Allahlah yang mempunyai segala-galanya

PEÇO IMENSA DESCULPA MAS NÃO CONHEÇO O IDIOMA ...LIMITO-ME APENAS A AGRADECER A VISITA

OBRIGADA

Salam Pak...izinkan saya kopi dan peste pelajaran dari blog ini...semuga pak karamu mengizinkan dan menghalalkan saya ye...terima kasih