Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YG KE 59

SEMBAHYANG TAQWA

1. Setiap manusia yang melakukan sembahyang wajib mengaku sebagai manusia yang sempurna, iaitu Insan kamil. Kerana itu sesiapa yang tidak sembahyang maka ia bukanlah manusia yang sempurna, yang bererti ia bertaraf makhluk sebagaimana Azazil yang telah berkhidmat dengan Tuhan selama 12,000 tahun kepada Tuhan kemudian berakhir dengan menderhaka kepadaNya.

2. Derhakanya Azazil kepada Tuhan kerana tidak mengetahui rahsia perintah tunduk kepada Adam a.s oleh Allah swt, ertinya tidak mahu sembahyang dan akhirnya ia terus dilaknat oleh Allah dengan nama syaitan bertaraf iblis.

3. Sembahyang itu adalah untuk mempraktikkan ikrar dan janji kita semasa di Alam Roh. Ia bukanlah membawa kepada masuk ke syurga, hanya menunaikan ikrar dan janji rahsia tunduk di Alam Roh dan rahsia masuknya peristiwa Rohani kedalam jasad bayi kedalam perut ibu yakni tanda Ubudiah (pengabdian seorang hamba).

Firman Allah:


Maksudnya: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan

(An-Nahl 91)

4. Sembahyang seorang ahli taqwa tidak ada lafaz usalli, kerana usalli kepada orang taqwa adalah hal yang maklum, kerana usalli itu adalah kerja orang awam, dan sembahyang yang dilaksanakan itu mestilah keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan kamil. Selagi ada sifat makhluk, maka ia tetap masuk api neraka. Hanya Insan kamil sahaja selamat dari api neraka.


3 darjat manusia didalam 3 perkara pokok.

1. Insan kamil - Insan ketuhanan.

2. Insan kamil wa mukammil - Insan bertaraf Muhammad (Mahmudah).

3. Insan mukammil - Insan Abudiah (pengabdian) taraf Adam.


5.




Sembahyang mesti fana dalam Zat Allah, fana dalam Sifat Allah dan fana dalam Af’al Allah, maka fana itu ialah mempraktikkan kerja buat LA ILLAHA ILLALLAH atau LA HAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH ertinya jasad dalam kalimah Alif ertinya HU. Bagi perempuan HA ertinya HU.

6. Kita berkata didalam hati ‘Tiada Zat aku hanya Zat Allah, tiada Sifat aku hanya Sifat Allah, tiada Af’al aku hanya Af’al Allah, tiada ujud aku hanya ujud Allah’ dan jangan ingatkan batang tubuh kita, sebaik-baiknya ingatkan dia Zat dan dia Asmak ertinya menyerahkan diri kepadaNya.

Firman Allah:


Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya

(An-Nahl 89)


7. Sembahyang itu ialah untuk mempraktikkan kerja buat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kepada golongan ahli taqwa. Kepada orang syariat dimaksudkan ‘tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’ tetapi kepada golongan ahli taqwa, BISMILLAH itu Zat kepada Allah tetapi kepada kita Nyawa (Insan) atau Ruhul Hayat (LA YAHLUQU). AR-RAHMAN itu Sifat kepada Allah, maksudnya hati kepada kita, yakni Ruhul Yaqazah, AR-RAHIM itu Af’al kepada Allah dan kepada kita tubuh (jasad), Jelasnya kita berasal daripada BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, kerana itu kita tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kerana kerja buat perkara 13 rukun sembahyang itu semua dilakukan oleh Tuhan pada keseluruhannya. Rujuk kefahaman pada ilmu IFTIQAR kerana itu tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM pada Al-Fatihah dan ayat lazim kerana belajar saufisma ini kepada fekah tasauf yang tiada berkait dengan fekah dan usuluddin hanya semata-mata tasauf yang dapat mengelakkan perkara syirik khafi dan mukhafi, asrar dan jali.

8. Sembahyang hendaklah fana dalam Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah dan jangan pula kita didalam Asmak Allah kerana kita hanya menyembah Zat dan memuji AsmakNya. Apakala kita sudah fana sebagai Insan kamil, mukammil dan wa mukammil, barulah angkat takbiratul ihram (ALLAHU AKBAR)


MEMAHAMI FAEDAH SEMBAHYANG

1. Faedah sembahyang ahli taqwa ini adalah untuk mencuci nafsu, kerana daripada nafsulah perbuatan fasik dan mungkar itu terjadi. Kerana itu

1. Sembahyang Subuh untuk mencuci nafsu Ammarah

2. Sembahyang Zohor untuk mencuci nafsu Lawamah

3. Sembahyang Asar untuk mencuci nafsu Sawiah

4. Sembahyang Maghrib untuk mencuci nafsu Muthmainah

5. Sembahyang Isya’ untuk menyempurnakan nafsu Takmaninah (syurga)

2. Sembahyang itu adalah fardhu lagi wajib, fardhu kerana sampai waktu hendaklah dilaksanakan tanpa qadha, sampai masanya hendaklah dilaksanakan, melaksanakan sembahyang dengan segala rukunnya adalah wajib kecuali uzur syarie.

3. Setiap orang bertaqwa hendaklah juga bersembahyang daiem kerana sesiapa yang tidak sembahyang daiem ia lebih hina daripada anjing dan babi dan pahala sembahyang daiem 150,000 setiap hari.

Adapun rahsia rukun 13 sembahyang itu ialah:

1. Niat itu tubuh didalam dunia dan akhirat

2. Qiam itu pelita didalam kubur

3. Takbiratul Ihram itu meluaskan tempat didalam kubur

4. Al-Fatihah itu pakaian didalam kubur

5. Ruku’ itu permaidani didalam kubur

6. Iktidal itu memberatkan timbangan dari kesalahan ketika menghadap Tuhan

7. Sujud itu mempercepatkan apabila melalui titi Siratulmustaqim.

8. Duduk diantara dua sujud itu payung di Padang Mahsyar

9. Tahyat awal itu kenderaan di Padang Mahsyar

10. Tahyat akhir itu menjawab pertanyaan Mungkar Nangkir

11. Selawat itu bertemu dengan Nabi Muhammad saw

12. Salam itu membuka pintu syurga

13. Tertib itu menemukan Khalikul Alam di syurga

Bererti setiap perbuatan kita didalam sembahyang itu adalah dinilai oleh Allah swt dan ditentukan ganjarannya didunia dan akhirat, InsyaAllah.

4. Rahsia niat itu menjamin seseorang itu berlaku ikhlas terhadap Tuhan dan membolehkannya mendapat ganjaran kepada 13 rukun sembahyang tanpa niat ia tiada mendapat apa-apa faedah dan niat itu menunjukkan kesedaran seseorang itu sebagai hamba kepada Tuhan kerana itu semasa menjelmanya niat tidak boleh:

1. Hajis - ertinya tergerak hati kerana sesuatu faedah

2. Khatir - terlintas hati kepada tujuan yang berganda

3. Waham - ertinya was-was lemah ilmu dan iman

(tiga perkara diatas adalah kerja syaitan)

Berniat wajib:

1. Huzur - ertinya tetap Roh ertinya sebagai menunai janji (Alam Roh)

2. ‘Azam - cita-cita yang putus. Sedar tanggungjawab

3. Duhul - ertinya sedia tiada halangan

4. Kasad - ertinya hajat (menunaikan amanah)

Adapun niat itu tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara. Ia merupakan kerja hati (Ruhul Yaqazah) dan niat itu meliputi kepada mesra seluruh badan diluar dan dalam.

Didalam niat itu:

1. Takbiratul ihram

2. Munajat empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang

3. Tabdal kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada ma’arifat.

4. Meeraj

Empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada ma'arifat.

Ini bererti tatkala Takbiratul ihram itu nyawa mesrakan dengan jasad dan hancurkan jadi demikian, ertinya hapuskan dan lengkapkan perbuatan hamba itu didalam Af’al Allah, didalam Sifat Allah, karamkan Zat hamba kepada Zat Allah, maka yang tinggal ialah Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah.

Kerana itu tiada Zat kita (Insan), sifat kita (Ruhul Yaqazah) dan Af’al kita (jasad), hapuskan niat itu kepadanya, pulangkan kepada Adam yang sedia, barulah angkat takbir Allahu Akbar maksudnya yang maujud hanya kerja Allah tidak ada kita.

Pada Allahu Akbar itu berlakulah tawakal, iaitu serahkan kelakuan diri kepada kelakuan Allah (Af’al Allah).

Berlaku Tabdal serah diri dan hapuskan kelakuan hamba kedalam keadaan hak Allah. Berlaku Meeraj yakni berpindah naik ketempat yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang punya amanah.

Berlaku munajat serahkan kepada hanya kerja Dia dinamakan Khas ul Khas dan kalam itu menjadi Mutakallimun.

5. Adapun kunci sembahyang itu Takbiratul ihram, dan anak kunci sembahyang itu noktah ghaib La ta’ayun dan noktah Insan Ta’ayun awal.

6. Sembahyang itu Salam Zaman. Semasa melakukan solat itu tidak boleh bid’ah, ‘Apat, syirik.

7. Didalam masa melakukan Takbiratul ihram itu hendaklah ma’alom, iaitu masuk pintu Tauhid dan niat didalam musyahadah Zat Allah, ertinya segala tubuh, anggota perasaan, fikirkan bulat menjadi satu menghadap Tuhan.(kerja buat Zat dan Asmak)

8. Maka usalli itu adalah Zat wajibul wujud yang menggerakkan amal daripada niat sampai tertib mengikut susunan daripada awal dan akhir, daripada asal dan usulnya.

1. Asal Allah daripada Zat

2. Usul Allah daripada Sifat

3. Asal kita daripada Nyawa

4. Usul kita adalah hati

9. Adapun maksud fardhu itu ialah menentukan istana nyawa kita yang bernama Qolbun mukminin, tempat tilik Allah akan perbuatan hambaNya yang berasaskan niat.

10. Adapun maksud raka’at itu ialah gerak, qiam, sujud, duduk diantara dua sujud dan Iktidal.

11. Adapun usalli itu dinamakan kebangkitan hati yang disebut inbi’atul qolbi dan bukan hadiksunnafsi atau cerita hati.


SEMBAHYANG DAN SOAL JAWAB

1. Apakah maksud Solat?

Maksud solat menyembah Zat, memuji Asmak dan mengakui Af’al Allah.

2. Apakah kesempurnaan solat?

Kesempurnaan solat apabila kerja-kerja yang mengandungi

1. Kerja-kerja hati (Qalbi)

2. Kerja-kerja lidah (Qouli)

3. Kerja-kerja pergerakan anggota (Fe’li)

3. Apakah kandungan rukun Qalbi, Qouli dan Fe’li?

Adapun kandungan rukun Qalbi itu dua perkara

1. Niat

2. Tertib

Rukun Qouli itu lima perkara

1. Takbiratul Ihram

2. Membaca Al-Fatihah

3. Membaca Tahiyat Akhir

4. Selawat Nabi pada tahiyat Akhir

5. Mengucap salam yang pertama

Rukun Fe’li itu enam perkara

1. Berdiri betul

2. Ruku’

3. ‘Iktidal

4. Sujud

5. Duduk diantara dua sujud

6. Duduk membaca Tahiyat Akhir

4. Apakah kandungan niat (hakikat niat)?

Kandungan niat itu adalah perkara yang berkait dengan ilmu qashad, taaradh dan ta’ayien

1. Qasad – menyehajakan kerja solat

2. Taaradh – menyatakan fardhu (kefardhuan)

3. Ta’ayien – menentukan waktu (nama sembahyang)

5. Mengapa wujud Solat?

Ujud solat kerana ujud hamba dan ujud Tuhan.

6. Mengapa ada yang belajar agama tetapi tiada solat?

Kerana tiada sampai kepada kefahaman ma’arifah hakikat.

7. Apa rahsia rukuk dan sujud?

Rahsia rukuk kerana tunduk kepada kebesaran Allah dan rahsia sujud bermaksud mempraktikkan pengabdian diri seorang hamba zahir dan batin.

8. Berapa jenis takbir didalam sembahyang dan diluar sembahyang?

Didalam sembahyang ada dua takbir dan diluar sembahyang pun ada dua takbir.

- Dalam sembahyang Takbiratul Ihram dan Takbiratul Intiqal

- Diluar sembahyang Takbir Mursal dan Takbir Muqid.

9. Apa maksud sebenar Usalli?

Usalli itu maksudnya mahu melaksanakan sembahyang akan tetapi ia bukan Mahiyyah atau Hakikat sembahyang dan Hakikat sembahyang itu dari takbir hingga salam.

10. Bila hendak memakrifatkan La hawla wala quwwata illa billah?

Ketika qiam dan sebelum takbir.

11. Mengapa rukun sembahyang itu 13 perkara?

Rukun sembahyang 13 perkara kerana mengikut fitrah kejadian manusia yang terdiri daripada 13 bahagian.

Daripada Allah satu iaitu - Nyawa 1

Daripada Rasul empat iaitu - Pendengaran 2 - Penglihatan 3

- Penciuman 4 - Perasaan 5

Daripada Ibu empat iaitu - Darah 6 - Roma 7

- Daging 8 - Otak 9

Daripada Bapa empat iaitu - Kulit 10 - Urat kecil 11

- Urat besar 12 - Tulang 13

12. Apakah rahsia ujud solat?

Rahsia solat adalah kerana menunaikan janji semasa dialam Roh (semasa manusia belum ujud). Firman Allah:


Maksudnya: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan

(An-Nahl 91)


13. Mengapa apabila solat terpaksa keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan Kamil?

Kerana mengelakkan dari perbuatan syirik dan untuk menepati penyerahan diri kepada Allah.

Firman Allah:


Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya

(An-Nahl 89)

14. Membaca Al-Fatihah tanpa Bismillah didalam solat?

Al-fatihah semasa solat seperti firman Allah didalam hadis Qudsi. Firman Allah:

Sabda Rasullullah saw


Maksudnya: Telah berfirman Allah ‘Azza Wajalla “Aku bagi shalat (Al-Fatihah) diantara Aku dan hambaKu menjadi dua bahagian, setengah untuk Aku dan setengah untuk hambaKu. Bagi hambaKu apa yang mereka minta, apabila hambaKu berkata: Al-Hamdulillahirobbil ‘alamiin! Allah menjawab: hambaKu telah memujikan Aku dan apabila hambaKu berkata: Arrahmaanirrahiim! Allah menjawab: hambaKu telah menyanjung Aku, apabila hambaKu berkata: Maaliki yaumiddiin! Allah menjawab: hambaKu telah memuliakan Aku, dan apabila hambaku berkata: Iyyakana’ budu wa iyyakanasta’iin! Allah menjawab: Ini setengah untukKu dan setengah lagi untukmu, bagi hambaKu apa yang mereka minta dan apabila hambaKu berkata: Ihdinas shirothol mustaqim, shirothollazina an’amta ‘alaihim, ghoiril maghduubi ‘alaihim, waladdhooliin! Allah menjawab: Ini semua untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa yang mereka pinta

(H.R Imam Muslim dari Abu Hurairah)


Firman Allah:

Maksudnya: “Wahai anak Adam! Aku telah turunkan tujuh ayat. Tiga daripadanya untuk Aku, dan tiga untuk engkau. Sementara yang satu lagi Antara Aku dan engkau. Adapun tiga untuk Aku, iaitu: Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin (segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam). Ar-Rahmaanir-Rahiim (Yang Maha Pengasih Maha Penyayang). Maaliki Yaumiddiin (Yang menguasai hari kiamat). Yang antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na’budu Wa Iyyaaka Nasta’iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami meminta pertolongan). Daripadamulah penyembahan, dan atas Aku pula pertolongan. Dan yang tiga untuk engkau ialah: Ihdinash-shiraathal Mustaqiim (tunjukilah kami jalan yang lurus!) Shiraathal ladziina An’amta alaihim (jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka). Ghairil Maghduubi alaihim Waladh-Dhaalliin (bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat.)”

(Riwayat Thabarani)

15. Apakah maksud menyerahkan diri kepada Tuhan didalam sembahyang?

Maksudnya Rohani dikuasai oleh Allah (ertinya ikut kata Allah) sementara Jasmani fana dalam Af’al Allah ertinya dibawah pentadbiran Bismillahirrahmanirrahim.

16. Jika sembahyang fana dan dikuasai oleh Allah, siapa yang membaca setiap pujian dan pujaan?

Yang melaksanakan ialah Mutakallimun, iaitu Zat yang bersifat Kalam inilah yang mesti di’iktikadkan bukan sifat Kalam atau mentakwil kaunuhu Mutakallimun.

17. Adakah sembahyang itu wajib?

Sembahyang itu Fardhu lagi wajib.

18. Apakah maksud solat dalam solat?

Ada yang menyebut solat daiem.

19. Sembahyang dikatakan tidak boleh syirik. Apakah syirik itu?

Syirik bermaksud menyekutukan Allah pada ZatNya, pada SifatNya dan pada Af’alNya.


Comments (33)

Salam ustaz.

ape perbezaan solatuldaim dengan solat biasa?sama atau berlainan?

Salam Gociko,

Solat biasa dilakukan mengikut peraturan tertib dimulai dgn niat dan diakhiri dgn salam.

Solat daim ada menyebutnya solat didalam solat. Amalannya Zikir Nafas (Shuhud) iaitu mengingati Allah tidak putus2.

Salam insan tanpa nama.

Timo kacih...timo kacih....

Assalamualaikum Tuan,

Syukran.

BarakaAllah fi ka.

Salam,

Antara solatud da'iem dengan solat biasa banyak perbezaannya, solat ini adalah kerja nyawa sahaja, sedangkan solat biasa adalah menyeluruh dan mempunyai rukun-rukun tertentu

Terima kasih tanpa nama, pandangan anda bernas

Salam ustaz.

Mana yang dulu, berdiri tegak dengan betul or niat dulu?

Salam Gociko,

Segala sesuatu perlaksaan perlu pada peraturan tertib yakni yg dahulu didahulukan. Jadi Niat adalah perkara pertama dlm memulakan sesuatu kerja.

Didalam salah satu karangan Ustaz ada diceritakan bab Niat. Niat itu tidak berhuruf, tidak bersuara dan tidak berupa. Sila rujuk pada karangan Ustaz yg lepas2

Salam Pak,
Apa pandangan pak tentang guru arif yang dapat mengeluarkan roh dan roh tersebut menyerupai tuan badan itu sendiri.yakni batin berhadapan dengan jasad jasmani.?

Salam Pak,
Diharap Pak Karamu Sihat Sejahtera.
Saya nak tanya, ada setengah guru mengajar zikir sehinga 10 jenis untuk membersihkan hati kemudian menyembelih ayam.Lalu mengeluarkan jantung ayam tersebut.Dibelah dua untuk melihat kebersihan nya sebagai petunjuk bahwa ia bersamaan dengan kebersihan jantung/hati pengamal tersebut.apakah amalan ini ada?

Salam tanpa nama.

Oleh yang demikian seperti mana telah tuan tuliskan diatas,bermakna apabila "NAK" itu sudah dikira niat?So apabila kita berdiri dgn tegak dan betul,kenapa perlu kita baca USOLLI?bukankah itu niat juga yang dibaca?

Salam Gociko,

Seperti maksud niat yg tidak berupa, bersuara dan berhuruf, maka perkara yg menuju kepada perbuatan itu sudah dikira niat.

Adapun yg dibaca org, USOLLI itu adalah lafaz niat. Perlu difahami Niat dan Lafaz Niat.

Sila renung2kan karangan Ustaz berkenaan Niat. InsyaAllah..lama kelamaan Gociko bole faham.

Salam Ustaz,

memohon penjelasan/ pencerahan tentang masaalah berikut :-
a) pembacaan bismillah, maksudnya kita tidak perlu membaca bismillah bagi permulaan surah al-fatihah, tapi untuk surah yang selepas al fatihah, adakah perlu??

wassalam,

testlan

Salam Ustaz,

Solat wajib 5 waktu adalah dari peristiwa israk mikraj dimana Rasullulah telah meminta Allah SWT untuk mengurangkan jumlah kepada 5 yang perlu ditunaikan sehari semalam. Hukumnya berdosa jika meninggalkannya. Tapi ia berlainan pada solat sunat kerana jika tidak buat rugi kerana ia mendatangkan pahala. Tetapi yang menjadi pertanyaan, kenapa orang berpusu2 mengerjakan sembahyang sunat jumaat tetapi meninggalkan solat zohor yang wajib. Sunat Jumaat ada kelonggran jika 3 kali berturut2 tanpa alasan yang munasabah hukumnya murtad..tatapi tidak solat zohor hukumya wajib. Ini kerana nas Tuhan mengatakan dariNya satu hari wajib ditunaikan lima waktu iaitu subuh, zohor, asar, megrib dan isyak. Dimanakah zohor di waktu jumaat sedangkan solat berkenaan wajib. Dan siapakah yangmengatakan tidak perlu solat zohor pada hari jumaat tersebut..sedangkan sunat jika xbuat rugi inikan pula yang wajib..???manakah janji ISLAM 5 waktu sehari semalam...??maysaALLAH...fikirkanlah...kalo sunat Jumaat itu wajib...kenapa wanita tidak diwajibkan mendengar sekali khutbah yang ada...tetapi sunat hari raya penuh pula....minta Ustaz beri pendapat kepada hamba yang musykil ini..
wassalam

Salam Ustaz,

Hadis olih Tabarani itu matematiknya tak betul ustaz. Al Fatihah ada 7 ayat termasuklah Bismillahhirahmannirahim. Kalau ikutkan logik Tabrani, al Quran mengandungi 8 ayat.

Tabrani pula pecahkan ayat "Siratallazi... waladhaalliin" kepada 2 ayat. Takanlah Nabi kita buat silap pula. Sebab itu Allah suruh percayakan Al Quran sahaja kerana yg lainnya mempunyai banyak percanggahan.

Salam Ustaz,

Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan

(An-Nahl 91)

Janji ini bukankah terkandung di dalam Al Fatehah Ayat 5? "Kepada Mu-lah Kami sembah dan kepada Mu-lah kami meminta pertolongan". Inilah janji yang kita ikrarkan sebanyak 17 kali (yang wajib) sehari semalam.

Salam Ustaz,

"Jelasnya kita berasal daripada BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, kerana itu kita tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kerana kerja buat perkara 13 rukun sembahyang itu semua dilakukan oleh Tuhan pada keseluruhannya."

Jadi Tuhan menyembah Tuhanlah Ustaz ya? Kalau macam itu tak perlulah baca Al Fatehah.

Tapi macammana pula di dalam hadis qudsi Allah kata tentang Al Fatehah "Aku dan hamba Ku?" Sepatutnya "Aku dan Aku".

Salam Ustaz,

"Setiap orang bertaqwa hendaklah juga bersembahyang daiem kerana sesiapa yang tidak sembahyang daiem ia lebih hina daripada anjing dan babi dan pahala sembahyang daiem 150,000 setiap hari.

Saya cari di dalam Al Quran tak ada pun hukum saperti di atas. Dari mana Ustaz ambil? Tolong Ustaz berikan nasnya.

Kalau betul kata Ustaz saya tak mahu solat kerana saya tak tahu solat daiem maka saya lebih hina dari babi dan anjing.

Nabi Ibrahim dulu tahu tak solat daiem? Nabi Isa? Musa? Takkan Allah tak beri tahu perkara yg penting macam ini. Beri salam pun Allah cerita.

Salam Ustaz,

Surah Al Baqarah:

[1]Alif, Laam, Miim.

[2]Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

[3]Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

[4]Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

[5]Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Orang-orang yg melaksanakan perinth Allah di atas (ayat 2 sampai 4) Allah kata mereka mendapat petunjuk dan berjaya. Tidak ada pun solat daiem di dalamnya Ustaz. Macammana mereka yg lebih hina daripada babi dan anjing bolih berjaya? Saya rela dihina sebagai babi dan anjing tapi Allah kata saya dapat petunjuk dan berjaya.

Lepas itu Ustaz, Allah sambung lagi dengan ayat-ayat berikut:

[6]Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

[7](Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

[8]Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

[9]Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

[10]Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

[11]Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

[12]Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

[13]Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Mereka ini menganggap mereka lebih pandai daripada orang-orang yang beriman. Mereka adakan hukum-hukum, syarat-syarat dan peraturan sendiri selain dari yang ditetapkan Allah. Berani sungguh orang macam ini iya tak Ustaz? Mereka ini Allah kata:

[59]Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perintah yang diturunkan kepada mereka dengan melakukan yang tidak diperintah; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).

Allah terangkan lagi siapa sebenarnya yang berjaya:

[62]Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Fikirkanlah.

Salam Ustaz,

Allah beri contoh (perumpamaan) kepada kita bagaimana perintah yang mudah dari Allah telah dijadikan susah kerana kononnya hendak tahu dengan lebih mendalam lagi. Surah Al Baqarah ayat:

[67]Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".

[68]Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".

[69]Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya".

[70]Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".

[71]Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.

Apakah khasiatnya lembu tersebut?

[72]Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.

[73]Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.

Namun peristiwa ini tidak mendatangkan kesan apa-apa kepada hati mereka.

[74]Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

Allah memperingatkan umat Muhammad supaya jangan ikut perangai mereka yang telah Allah ceritakan itu.

[75](Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?

Ada tak persamaan dengan apa yang sedang berlaku?

Jangan jadikan ugama Allah bengkok dan susah.

Salam
Mengenai ulasan yang diberi oleh Tanpa Nama berkata...sy ingin memberi komen, bahawa saudara boleh mengikut kisah nabi ALLAH Musa Alaihi Salam. Kisah nya saudara boleh tengok di internet dan di dalam Al-Quran. Ia menceritakan tentang kehebatan Nabi Musa bagaimana dia bijak pandai boleh menundukkan Firaun, Tongkat menjadi ular, membelah lautan dan meminta rezeki dari langit dengan izin ALLAH untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat seperti pokok bawang. Pada satu hari sedangan Nabi ALLAH itu berdakwah maka salah satu umatnya bertanya, ya Nabi ALLAH, siapa lah yang paling andai dan bijak dalam dunia ini...maka jawab Nabi Musa...Aku...kemudian ALLAH mendengarnya dan berfirman...ungkapan yang diberikan mencerminkan keriakan dan kesombongan dalam ilmu. Maka ALLAH mengutuskan pada Nabi Musa untuk bertemu dengan seorang lelaki diantara dua lautan. Maka berjalanlah Nabi Musa untuk menemui lelaki itu untuk berguru(sedangkan Nabi Musa itu hebat). Maka berjumpalah Nabi Musa dengan laki tersebut iaitu Nabi ALLAH KHIDIR yang mempunyai ilmu ladunni yang(sufisme). Kisah seterusnya saudara bolehlah selidik sendiri kerana dari pengamatan saya saudara rajin berilmiah..insyaAALAH akan mendapat maklumat ini. Kesimpulannya...ISLAM telah ada sebelum Rasullullah lagi sejak Nabi ADAM bapak segala manusia. tetapi kita mengenali dengan nama ISLAM bila Rasullulah menyebarkannya. Ingatlah telah ada penyebaran ISLAM selum itu. Dan sapalah kita untuk menolak segala ilmu yang ada sedangkan Rasullullah berpesan hendaklah kita menuntut ilmu sampai ke liang lahat.....ingat itu...ilmu yang macam mana...adakah dengan jalan syariat....dimana tarikat..dimana hakikat dan dimana pula ilmu maarifat,....fikir-fikirkanlah...cari ilmu...wasaalam...

Salam Ali,

Kata-kata saudara itu ada yang benar dan ada yang tidak benarnya. Di dalam Al Quran, setahu saya, Allah tidak menceritakan kenapa Nabi Musa diarah untuk berjumpa dengan hamba Allah itu (Allah pun tidak cerita yg hamba Allah itu adalah Nabi Khidir) walaupun cerita yg mirip seperti yg saudara cerita itu ada. Apakah iktibar yg bolih kita ambil daripada cerita tersebut? Pada saya yg kerdil ini, Nabi Musa pun gagal ujian asas untuk menuntut ilmu tersebut, inikan pula kita! Ujiannya teramat mudah sekali ia itu "jangan tanya dulu". Kenapa Allah ceritakan perkara ini? Nak memalukan Nabi Musa ke? kerana ujian yg sebegitu mudah pun tak lulus. Mungkin Allah nak bagi tahu ilmu itu ada, tapi bukan sebarang orang yang mampu menempuh ujiannya, Nabi Musa pun tak lulus. Kalau saudara sanggup silalah. Kalau berjaya tentunya saudara lebih handal daripada Nabi Musa. Saya tabik kemampuan saudara.

Fikirkanlah peristiwa Nabi Sulaiman pula. Beliau sendiri pun minta tolong kepada rakyatnya untuk membawa istana puteri Balkish ke istananya.

Bacalah Al Quran saudara kerana itulah yang diminta setiap kali solat. Fahamkan betul-betul apa yang Allah firmankan. Bukannya susah sangat. Yang tersirat itu kebanyakannya sangkaan belaka. Ambil yg tersurat dulu. Kalau tak kenal yg zahir macam mana nak kenal yang batin.

Tuntutlah ilmu ke bulan sekali pun kalau tinggalkan Al Quran batal juga.

Rasul pun pernah mengadu kepada Allah yang kaumnya mengabai-abaikan Al Quran. Mungkin mereka asyik tekun membaca kitab-kitab lain.

Alhamculillah.

Salam,

Saya tertarik pada maksu ayat 'Jangan jadikan ugama Allah bengkok dan susah'

Pernah satu ketika Saidina Umar Al-Khattab berkata...adalah mudah bagiku memerintah dunia dari mendirikan sebuah solat...solat yang bagaimana?bagaimana beliau boleh berkata begitu?susah sangatkah untuk mendirikan solat?adakah solat dalam solat?
Kesimpulannya..walaupun beliau tergolong dalam golongan jaminan syurga tetapi tetap mengatakan sukar mendirikan sebuah solat...bukan setakat khusyuk sahaja tapi apa itu rahsia sembahyang yang banyak orang tidak mahu tau...kerana ALLAH berfirman...jangan kamu mengerjakan apa yang kamu tidak ketahui...bagi yang tidak tahu perlu cari jalan ini...A-Quran dan Sunnah sebagai panduan bukan untuk perdebatan mana betul mana salah(dalam pencarian ilmu yang hak)...adakah kita ini kasyaf hati untuk mengetahui rahsia dalam rahsia... mengiringi jalan ilmu ketuhanan yang amat luas...rugi bagi mereka yang menolak ilmu...
Percayalah selagi ada keyakinan Ainul yakin atau hakkul yakin kita akan sentiasa didalam petunjuk ALLAH SWY...

Salam Saudara,

Terlebih dahulu saya mohon maaf...mungkin didalam Al-Quran tidak tertulis mengenai kisah Nabi Allah Musa dengan saorang lelaki(Nabi ALLAH Khidir). Mungkin saya terbanyak baca sehingga maklumat ini bercampur aduk.
Tentang kisah Nabi ALLAH Sulaiman meminta rakyatnya meminta pindahkan istana Puteri Balkis itu adalah mungkin dari pandangan baginda kemungkinan ada hamba ALLAH yang pandai dalam hal sebegini. Tetapi istana tidak dipindahkan oleh rakyatnya tetapi oleh jin yang menjadi suruhan baginda. Renungkan sejenak bagaimana akur dan takutnya Jin kepada Nabi ALLAH ini sehingga kemangkatan baginda pun tidak mereka tahu...saya ni bukanlah handal seperti saudara maksudkan...tetapi dalam menjalankan amalan dan perintah ALLAH perlu tau sedikit sebanyak apa yang telah berlaku untuk menjadi panduan. Salah satu pemberian yang diberi oleh ALLAH kepada orang pilihannya ialah seperti pada Anbianya, dan dengan amalan ilmunya ini percayalah segala gangguan mahkluk halus akan terhindar.
Nota: Untuk mengetahui ilmu kita ini dijalan yang benar..yang hak...jika terjumpa ujian ALLAH orang yang dalam kerasukan...siekiranya bukan majlis orang..hanya kita berada disitu...bacakan ayat Al-Quran pada mereka yang kerasukan...tunggu dan lihat kesannya...sekiranya masalah ini boleh selesai dengan ilmu yang ada ...Alhamdulilah...tetapi jika tidak berkesan maka perlu dituntut ilmu pada yang benar(jika untung berkemungkinan makhluk tersebut akan berbicara dengan anda)...ini mungkin ada sesuatu yang kita tertinggal kerana Azazil telah beribadat dengan ALLAH beribu tahun lamanya..Ini merupakan cara mudah untuk menguji ketaqwaan seseorang kepada ALLAH samada sampai atau tidak sampai...
Wallahualam...

Salam saudara Ali,

Maafkan saya, dari hujah saudara saya membuat andaian yg saudara belum selesai membaca dan memahami isi Al Quran yg tersurat lagi. Mungkin saudara sudah beberapa kali khatam Al Quran, tapi Al Quran wajib difahami kerana ia adalah petunjuk. Petunjuk kalau tidak difahami tidak mungkin bolih jadi petunjuk.

Cerita Nabi Musa bertemu dan ingin belajar dengan seorang hamba Allah itu ada. Sila semak Surah Al kahfi ayat 65-82. Nabi Musa tidak sabar hendak tahu jawapannya, maka dia tidak layak diajar ilmu yg dikehendaki itu.

Di dalam kesah Nabi Sulaiman pula bukanya jin (ifrit) yg membawa istana puteri Balkish tapi olih seorang hamba yg mempunyai ilmu daripada al kitab. Sila semak Surah An Naml ayat 38-40.

Maaflah saudara, Al Quran bukanlah untuk dibuat alat menghalau hantu. Walaupun khadam ayat-ayatnya bolih digunakan untuk tujuan itu.

Cuba semak Surah Al Baqarah ayat 2 kalau nak tahu fungsi Al Quran.

Dalam bulan ramadan ini bacalah terjemahan Al Quran. Satu hari satu juz. 30 hari selesailah 30 juz. Dan mohonlah kepada Allah agar dapat memahami petunjuk yg Allah beri.

Salam saudara Ali,

Maaf saya tak nampak bahagian pertama tulisan saudara.

Betulkah saudara saidina Umar berkata sedemikian? Saya rasa tidak, kerana saidina Umar adalah seorang yang bijak dan berakal.

Solat adalah semata-mata di antara kita dan Allah dan pada waktu yg tertentu saja. Kerana mertabat kita yg tidak berdaya upaya ini, maka kesilapan kita di dalam solat besar kemungkinan Allah akan ampunkan sebab Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Tapi perkara pemerintahaan dunia adalah suatu hal yg berterusan dan melibatkan seluruh makhluk Allah. Ini satu tanggungjawab yang paling berat. Ia bukan sahaja melibatkan Allah malah melibatkan seluruh makhluk-makhluk Allah dan sepanjang masa; tiada hentinya. Nah! kalaulah saudara dikehendaki membuat pilihan yg mana satu agaknya yg saudara pilih? (Saya tidak akan pilih pemerintahan dunia kerana tak terpikul olih saya.)

Saudara nak cari rahsia di dalam rahsia? Maaflah saudara itu bukan ilmu yg saya cari. Mertabat saya hanyalah "tiada berdaya upaya" maka tak mampu saya nak cari rahsia di dalam rahsia. Kalau saudara mencarinya, saya nasihatkan berhati-hatilah kerana ranjau dan durinya banyak; ramai yang terjerumus dari yg selamat. Saperti kata saya dulu Nabi Musa pun tak lulus ujian kesabarannya.

Di sini kita bukanya hendak berdebat. Kita bermesyuwarah dan berkongsi pendapat demi mencari kebenaran. Kalau saudara betul, saya ikut; kalau tidak saya simpan saja dulu mungkin akal saya tak kesampaian nak faham sekarang ini, esok lusa mungkin saya faham.

Di zaman moden ini ramai orang yang menulis kitab. Cuba saudara semak Surah Al Baqarah ayat 79. Berhati-hatilah, Allah sudah beri amaran. Kalau nak selamat bacalah Al Quran sahaja untuk panduan hidup kita. Jangan jadi seperti orang-orang di dalam Surah Al Baqarah ayat 91.

Alhamdulillah.

Salam saudara Ali,

Rakyat Nabi Sulaiman bukan sahaja manusia tapi termasuk juga jin dan juga burung-burung.

Kenapa Allah ceritakan yang jin tak tahu bahawa Nabi Sulaiman sudah mangkat? Kerana Allah nak beri tahu kepada manusia bahawa jangan taksub kepada jin kerana kemampuan jin pun ada batasnya. Malahan kemampuan manusia jauh lebih tinggi lagi daripada kemampuan jin di dalam hal pemindahan istan puteri Balkish. Bahkan di dalam kesah Nabi Sulaiman ini, kita bolih menggunakan kemampuan jin sekiranya kita ada ilmu di dalam bidang itu; cuma jangan jin guna kita.

Alhamdulillah.

Salam saudara Ali,

Memang ilmu Allah teramat luas, seperti yang saudara katakan. Ambillah contoh "besar" sahaja. Dunia yang Allah ciptakan untuk kita ini besarkan? Tapi besar lagi matahari. 1,300,000 dunia baru sama besar dengan satu matahari. Dan matahari hanyalah satu bintang di dalam "galaxi milkyway" yang mempunyai berbillion pula bintang-bintang.

Sekiranya Allah beri satu matahari kepada setiap manusia sejak Nabi Adam sampailah dunia ini kiamat, masih ada lagi bertrillion matahari yang berlebihan.

Itu baru aspek ukuran besar sahaja. Tak terbayang olih akal kita akan keluasan ilmu Allah. Namun, ada juga manusia nak "bersatu" dengan Allah.

Di zaman Nabi Musa dulu umatnya nak melihat Allah lalu disambar petir sampai pengsan. Malahan Nabi Musa pun sebelumnya nak juga melihat Allah tapi pengsan juga. Cuma umat Nabi Muhammad di bawah sedkit mereka hanya nak "makrifah" saja; mungkin bolih kut.

Jangankah Allah, ibu kita yang kita keluar dari perutnya pun, walaupun kita rasa dan melihat dan mendengarnya waktu kejadian melahirkan kita dulu, kita terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mengatakan bahawa dia itu ibu kita; kalau orang tak kata, kita pun tak tahu. Setelah orang kata dia itu ibu kita, bolih tak kita sahkan dengan apa yang kita lihat dan dengar sewaktu kelahiran kita dulu? Tak bolih kan? Kalau orang bohong pada kita bagaimana? Tapi Allah tak bohong kan? Lihatlah Surah Al A'raaf ayat 172 dan apa saja yang Allah firmankan di dalam Al Quran patuhlah.

Manusia memang suka melampaui batas.

Salam Saudara..

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf pada sesiapa yang terbaca dalam penulisan saya sebelum ini...jika ada yang kurang betul pohon maaf di pinta...Satu sahaja pendapat saya, kisah nabi ALLAH Musa gagal dengan seoarang lelaki bukan kerana dia tanya dulu...pasal dalam hatinya ada sifat riak dan takbur...megah diri...lalu diberi ujian oleh ALLAH..jika kamu mengatakan kamu pandai ..ada lagi yang pandai dari kamu...kisah Nabi ALLAH Sulaiman...saudara mengatakan seorang ahli kitab yang memindahkan istana putri balkis...tapi dengan bantuan siapa??? tahukah saudara Putri Balkis tu siapa??dalam hal ini ..dalam dunia yang luas...walau dalam dimana kita berada sekalipun...mestilah jaga hati kita supaya tidak ada rasa megah, riak, sombong, membanding2kan ilmu...ujub....tapi perlu ada kesabaran(faktor gagalnya Nabi Musa), keyakinan, keikhlasan dan kejujuran.. Didalam Al-Quran cuma diberitahu 25 rasul yang wajib tahu sedangkan kalam ALLAH itu menciptakan beratus2 rasul dan beribu-ribu nabi dan para Anbia yang tak terkira banyaknya sehingga kehari ini...tapi bagaimana kita nak tahu dengan ilmu yang kita ada...wallhualam...Betul kata saudara Al-Quran ada menceritakan kisah2 yang ada tapi tidak semua cerita akan diceritakan dengan terperinci...sebab itu saudara tidak tahu siapa itu Nabi ALLAH Khidir..adakah saudara dapat membezakan darjat seseorang disisi ALLAH SWT. Tentu tidak kan..kerana sifat ALLAH itu jika DIA berkehendakkan terjadi maka jadilah dia...tiada yang mustahil baginya...cuma kita yang tidak tau kekuasaannya..Jika ia mahu memberi ilmunya pada orang pilihannya atau tidak itu semua atas izinNYA...jadi dalam hal ini tidak salah kalau mencari ilmu...saya faham sebab saudara bimbang banyak ajaran yang tersimpang...tapi ambillah A-Quran dan sunnah Rasul untuk dijadikan panduan...betul dengan Al-Quran dan Sunnah diterima ketaqwaan oleh ALLAH...tapi ilmu yang tersembunyi itu jika dicari...insyaALLAH akan diberi petunjuk...tiada yang mustahil bagiNYA...sedangkan AZAZIL itu lagi dipenuhi permintaannya..

Walahualam

Salam,

Saya tertarik dengan ungkapan penulis yang mengatakan 'Malahan kemampuan manusia jauh lebih tinggi lagi daripada kemampuan jin di dalam hal pemindahan istana puteri Balkish'...saya setuju...tetapi cuba renung kembali manusia yang bagaimana...ilmu yang bagaimana...amalan yang bagaimana...adakah cukup dengan amalan yang dibuat harian...tepuk dada tanya selera...hanya diri kita sebenarnya yang tahu kemampuan diri sendiri..adakah kita ini lebih hebat dari jin yang diciptakan dari api???bagaimana mahu kita tahu???siapa dia(JIN) perlu kita takuti???pernah anda cuba...Jika amalan ini diredahi ALLAH SWT....makhluk ini yang akan takut untuk mendekati atau mencari dan cuba mendapat syafaat dari anda kerana ilmu anda(sebab mereka lagi langsung pada yang ghaib)...tetapi jika ilmu atau amalan yang dicari sebaliknya, maka berkawan lah kita atau menjadi suruhannya pula...Sedangkan permintaan diri kita perlu menjadi seperti para Aulia yang diredahi(bagaimana untuk menjadi Aulia itu)...
walahualam...

Salam saudara Ali

Saya minta maaf kerana saya tak sanggup lagi berbicara dengan saudara kerana ilmu saudara teramat tinggi dari ilmu saya. Sebelum saya terlanjur kata lebih baik saya berundur diri dulu. Sekali lagi, maafkan saya sekiranya hujah-hujah saya tersinggung hati dan perasaan saudara.

Salam.

Salam Saudara,

Saya ini hanyalah hamba ALLAH yang masih mentah...masih dalam penitian perjalanan yang masih jauh...siapalah saya untuk membetulkan hamba-hamba ALLAH yang lain...cuma diruangan ini untuk kita bermuzakarah..tiada niat menunjuk-nunjuk tapi hanya mencari sedikit ilmu didalam forum ini...maafkan saya sekiranya penulisan ini menyinggung perasaan pada pembaca2 lain..niat saya hanya satu, hanya untuk memberitahu bahawa masih ada lagi ilmu ALLAH yang masih kita tidak tahu tetapi perlu dengan panduan AlQuran dan Sunnah sebagai pegangan supaya kita tidak menyimpang atau tersesat.Walahualam