Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 57

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Maksud Qalbun dan Qalbi

Dalam islam selalu Tok Imam membacakan do'a dengan menyentuh perkataan Qalbun dan juga Qalbi, ada di antara orang islam mentafsirkan Qalbun dan Qalbi ini dengan istilah hati ini kerana do'a tersebut berbunyi "Allahummas sawaba qalbun Qalbi bi nuurikal 'azim abadan abada birahmatika ya Ar hamarrahimin !" (Wahai Tuhanku berikanlah qalbun dan qalbiku sentiasa bercahaya dengan kekal buat selama-lamanya) demikian lebih kurang maksud do'a tersebut, iaitu manusia mengharapkan qalbun dan qalbi itu sentiasa bercahaya, ertinya dua hatinya bercahaya, walaupun setiap manusia hanya ada satu hati

Dalam ilmu kerohanian Qalbun dan Qalbi itu bermaksud dua mata hati bukannya dua hati, Allah s.w.t menjadi manusia ini terdiri dari dua unsur iaitu unsur Jasmani dan Unsur Rohani, unsur Jasmani di cipta oleh Allah mengikut fitrahnya dari sumber tanah di Syurga Khuldi iaitu penciptaan ADAM, sementara unsur Rohani di jadikan oleh Allah daripadaNya di suatu alam, iaitu alam Ulwi sebelum Allah jadikan makhluk-makhluknya yang lain, ini bererti manusia batinlah yang Allah ciptakan terlebih dahulu

Mengikut ilmu kerohanian juga bahawa manusia jasmani Allah kurniakan dua biji mata iaitu mata yang kita dapat lihat dan yang kita semua maklum, mata ini dapat melihat alam yang nyata sahaja, dia tidak boleh melihat alam yang ghaib, sementara Rohani juga Allah kurniakan dengan dua biji mata iaitu Qalbun dan juga Qalbi, dua mata inilah yang menjadi focus kita sekarang yang tidak ramai orang yang memahaminya kerana ia berada pada Roh, bukan pada Akal dan juga nafsu iaitu komponen Ruhul Yaqazah

Adapun Qalbun ini ialah mata hati yang memandang dunia dan seluruh isinya serta memandang kepada Allah, maksudnya mata yang wajib baginya mengenal dunia tempat mereka berlakon (beribadat) selaku khalifah di bumi sementara ta'arif yang lain ialah memandang kepada Allah iaitu mengenal ZatNya, AsmakNya SifatNya dan juga Af'alNya, dengan lain perkataan ialah mengenal Tuhannya, itulah tugas mata hati ini, ini bererti jika seseorang tidak mengenal pentas mereka beribadat sebagai khalifah dan juga mengenal TuhanNya maka kehidupan mereka samalah seperti haiwan

Sementara Qalbi ialah mata hati yang memandang kepada Allah dan juga akhirat, ertinya mengenal Tuhan dan kerja Tuhan yang meliputi seluruh alam, di samping itu mengenal akhirat, ini bererti kedua mata hati ini akan memandang menyeluruh dunia dan akhirat, sebab itu kita apabila berdo'a yang bermaksud "Wahai TuhanKu berikanlah aku satu kesenangan dunia dan satu kesenangan akhirat" ini bererti jika kita mampu menyebut dunia dan akhirat maka kita juga mampu melihat serta mengenal nya, dan sebab itulah juga apabila kita bersembahyang maka hukum Qalbi itu tersangat penting kerana ia menjurus kepada penumpuan kita memakrifatkan yang ghaib


Comments (2)

salam pakkaramu

sy seorang yg cetik ilmu agama mungkin juga dlm golongan yg jahil.sy berminat dgn cara pembelajaran pakkaramu dan ia adalah sesuatu yg asing bg saya. sy berkeinginan mengetahui lebih lanjut tapi sy merasakan seakan belun ada petunjuk/ilham ataupun belum masanye.- HARAP PAKKARAMU DOA UTK SAYA MOGA DIBERI PETUNJUK.

sy ingin bertanya satu soalan berkenaan ayat ini.

Dengan nama ALLAH yg MAHA PEMURAH lg MAHA PENYAYANG.

mengapa dlm ayat ini tuhan menggunakan Maha Pemurah lg Maha Penyayang, bukankan tuhan mempunyai banyak mana lain( 99 ).
ia hanya sekadar soalan dari sy yg hina ini dan sekiranya soalan ini adalah sesuatu yg tak perlu dijawap jadi abaikan kerna sy tahu
semua sesuatu adalah hak ALLAH yg Maha Mengetahui. Harap maaf dari saya.

Salam, Lanun,

Tuhan Maha itu maksudnya tiada yang lebih berkuasa selain daripadanya

Tuhan Pemurah maksudnya Dia melempah segala yang di perlukan oleh sekalian hambanya di dunia tanpa memilih kasih

Tuhan maha Penyayang hanya di kurniakanNya kepada hambanya sebagai balasan di akhirat

Tuhan mempunya nama yang di ketahui malaikat sebanyak 2,000 nama, Nabi dan Rasul mengetahui nama Tuhan sebanyak 1,000 nama, dan umat Muhammad memadai mengetahui nama Tuhan hanya 99 nama

Adapun nama yang 99 itu bermaksud kuasa yang terperinci kerhadap ma'anawiyah kepada semua makhluk ciptaanNya