Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 55

Assalamu'alaikum Wr,Wb

HAQIQAH SOLAH (sambungan)

TIDAK AKAN FAHAM HAQIQAH SOLAH MELAINKAN MENGENAL DIRI

Sebenarnya HAQIQAH SOLAH ini hanya dapat di lakukan oleh orang yang mengenal dirinya dan Tuhannya, kebanyakan orang yang bercakap tentang HAQIQAH SOLAH ialah golongan oeang yang mempelajari ilmu tariqah dan Tasauf, mereka kadang kala menjadi bangga dengan ilmu ini dan kadangkala mereka menjual HAQIQAH SOLAH ini kepada orang yang tidak mengenal diri dan Allah dengan merasa sedikit bangga diri, ini sangat terlarang kerana ilmu jenis ini bukanlah untuk menguji atau mempermain-mainkan orang yang tidak mengenal akan dirinya malah jika kita halusi ilmu ini tiada bezanya dengan solat biasa cuma HAQIQAH SOLAH ini hanyalah mengkaji solat dan rukun solat biasa secara mendalam sahaja

HAQIQAH SOLAT di lakukan oleh diri yang empat jenis diri iaitu diri yang bernama DIRI TERDIRI iaitu JASMANI, jasmani ini melakukan solahdi bawah ketetapan hukum fi'li, DIRI TERPERI iaitu kerja HATIatau diri yang di kenali sebagai RUHUL YAQAZAH yang terdiri daripada ROH, AKAL dan NAFSU ATAUPUN kerjabuat oleh makhluk yang termaktub pada hukum QALBI, DIRI SEBENAR DIRI iaitu makhluk yang di namakan RUHUL HAYAT atau kerja NYAWA ATAU NAFAS ATAU INSAN ATAU HAKIKATUL MUHAMMADIYAH ilmu ini termasuk kerja yang di lakukan oleh NYAWA dalam peraturan hukum qalbi, sementara DIRI TAJALLI adalah kerja di bawah peraturan ketentuan sifat KAMAL

Dalam melaksanakan HAQIQAH SOLAH semua makhluk zahir dan batin pada sebuah batang tubuh di kehendaki bersolat misalnya bagaimana jasad bersolat, bagaimana Roh,Akal, nafsu dan Nyawa bersolat yang mana semua makhluk yang berada pada batang tubuh zahir dan batin bersolat yang mana kerja buat setiap makhluk itu di kuasai oleh Allah sepenuhnya, sesungguhnya manusia zahir dan batin yang tidak mempunyai daya dan upaya itu wajib meyakini bahawa tidak sah solah tanpa makrifah, persoalannya apakah yang hendak mereka makrifatkan ? Ini semua kena di pelajari dengan guru yang arif

HAQIQAH SOLAT yang berlaku serentak ini wajiblah faham kerja mereka yang bergerak,mengingat,membaca, kerja shuhud (solat daiem) Wahdah dan Kasrah, HAQIQAH SOLAH berlaku pada sembahyang fardhu dan pada masa di luar solah, ilu ini perlu di gurui

Comments (7)

salam tuan.

boleh tak tuan huraikan berdiri menunjukkan ape,ruku menunjukkan ape,sujud tunjuk ape dan duduk antara 2 sujud tujukkan ape x?
mcm mana solat israk & mikraj?sabda Rasulullah-solatlh kamu seperti mana aku bersolat.bukan 2 dan 3 tapi hanya SATU cara sahaja.

adakah benar,solat ini mesti di ambil dari seorang yg mursyid tanpa mengikut-ikut dari org lain sbbnya mana2 bahan bacaan menulis berdiri dengan betul bkn sekadar berdiri saja.Masa itu jua berlaku dailog?ape penjelasan tuan?saya dahului dgn ucapan terima kasih.

wasalam.

salam ustaz.

melalui pembelajaraan mengenal diri ke-54 ustaz menulis,yang benar menyembah Tuhan.Adakah ianya penyembahan ataupun kontek perhubungan yg sebenarnya?Kalau diguna pakai penyembahan seolah-olah bererti kita sama seperti ugama yg lain menyembah?bagaimana pandangan ustaz tentang hal ini?
maafkan saya ustaz kerana bertanya sbb saya keliru.

Salam,

Qian menunjukkan huruf ali , ertinya HU Ruko' menunjukkan ha, sujud menunjukan mim dan duduk antara dua sujud menunjukan dal yang mana ia membentuk akhlah ahmad yang bermaksud yang sangat terpuji, yang melakukan solat adalah muhammad

Rasullullah bersolat mengikut cara fitrah beberapa nabi yang terdahulu seperti Adan, Musa, Ibrahim dan sebagainya dan malaikat pada dasar rokaat, dan fitrah peristiwa kesyukuran nabi tertentu pada waktunya (fardhu) yang juga melibatkan perkara qalbi,qouli dan fi'li

konsef yang saudara sebutkan itu adalah sembahyang yang di lakukan oleh ahli takwa sahaja, yang mana solah zahir dan batin ertinya nyawa bermikraj macam mana,peranan roh, akal dan nafsu ertinya kharij dan tanzil, apabila faham tentang harij dan tanzil maka faham pulalah tujuan sembahyang dan akad sejarahnya sejak dari alam roh lagi

KEPADA ROMAN

sEBENARNYA KONSEF SEMBAHYANG BANYAK ORANG MELAYU GUNAKAN ISTILAH SEMBAHYANG, SEBAB ITU SAYA KATAKAN MELAYU DAN ISLAM ITU AMAT JAUH BEZANYA

SOLAH SEBENARNYA BUKAN ISTILAH DARI MANUSIA DI BUMI AKAN TETAPI IA ADALAH ASAL IKRAR DAN JANJI DI ALAM ARUAH IAITU TANDA TA'ABUD ATAS JANJI KITA SEBAGAIMANA YANG TELAH KITA IKRARKAN KEPADA ALLAH DI ALAM TERSEBUT SILA RUJUK BANI ISRAIL AYAT 86

Dorim sa va invit , in Blogul meu frate in Domnul Creatorul......

salam ustaz, dmana boleh sy dptkn mengenal diri 1-10?

Salam,

Irsyadian

Ok ikuti blog Umarak Dagang sepenuhnya

salam ustaz
sy ada soalan mengenai solat ni,soalnnyer semasa kiter berjemaah di masjid atau di surau atau pun di rumah,kiter sudah tahu hakikat imam dihadapan adalah imam kepada kiter dan imam kepada jemaah sekalian,siapakah pulak hakikat imam kepada kiter tatkala kiter solat secara seorng diri??
ape penjelasan ustaz?saya dahului dgn ucapan terima kasih.