Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 51

Assalamu'alaikum Wr,Wb

AL QURAN DI DALAM DIRI MANUSIA

Di dalam Al Quran ada dua ayat yang jelas menyebut bahawa Al Quran itu di turunkan oleh Allah di dalam diri manusia dengan menggunakan istilah hati, ayat dari surah Al Baqarah 97 menerangkan:

" Sesiapa yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril menurunkan Al Quran di dalam hatimu dengan izin Tuhan ..."

Ayat yang kedua adalah dari surah Al Qiyamah 17 yang bermaksud:

" Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al Quran itu (di dalam dadamu) dengan menetapkan bacaannya"

Jika kita teliti ayat Al Quran yang di atas maka terkenanglah kita kepada pelajaran yang telah lalu (mengenal diri yang ke 50) yang menceritakan kesah Al Quran yang terbentuk dari titik kepada huruf dan seterusnya kepada ayat yang berjumlah 6236 ayat

Setelah kita memahami Al Quran tersebut dari titik kepasa huruf dan seterusnya menjadi ayat yang membawa maksud yang berbagai-bagai sebagai panduan hidup manusia maka hari ini kita bawa tuan dan puan kepada penumpuan Al Quran tersebut yang di masukkan oleh Allah pula di dalam diri manusia

Pelajaran ini tersangat jarang di perkatakan oleh kebanyakan orang akan tetapi yang menyelidikinya tetap akan mencari mksud sebenar ayat di atas kerana mafhum ayat tersebut tersangat terang dan mudah untuk di fahami, yang menjadi persoalannya sekarang ialah Al Quran yang macam mana ? atau berbentuk apa ?

Apa yang jelas ialah Al Quran itu sudah berada di dalam dada manusia (Al Qiyamah 17) atau Al Quran itu sudah berada di dalam hati manusia (Al Baqarah 97) kedua-dua ayat ini sudah jelas mengatakan bahawa Al Quran itu sudah bertempat pada diri manusia dan tidak boleh di pertikaikan lagi, cuma siapa Al Quran itu ?

Setiap apa yang di katakan Al Quran itu adalah qadim, ataupun qalam qadim, ini bererti al Quran itu bersifat Qidam ? Jika ia bersifat Qidam maka ia bukanlah muhadas (yang baharu) sebab yang baharu itu adalah makhluk yang di jadikan, dan yang di jadikan itu jika ia berbentuk Roh maka jelaslah ia makhluk yang berdarjat ammar (urusan Tuhan)

Pandangan jumhur ulama mengatakan bahawa Al Quran itu adalah qadim iaitu awal tiada permulaan ertinya qalam yang qadim yang menjadi hak Allah, jika ia menjadi hak Allah maka dia tidak boleh bersifat Roh akan tetapi ia adalah bersifat zat, jadi yang bersifat zat itulah yang di turunkan oleh Allah di dalam dada atau hati manusia, siapa dia ?

Adakah Al Quran yang berbentuk Jirim ? atau Jisim ? atau Jauharul Fardhi ? atau Jauharul Basits ? *

* Jirim : Setiap benda yang memenuhi ruang sama ada kecil atau besar

Jisim : Benda yang tersusun dari jauharul Fardhi yang dapat di bahagi-bahagikan

Jauhar: Gambaran kewujudan sesuatu benda yang tidak dapat di pecah atau di pisahkan

Jauhar Fardhi: Benda yang paling kecil yang tidak dapat di bahagi-bahagikan

Jauhar Basits: Benda yang terlalu seni yang menjadi sumber melapangkan kehidupan

Jika Al Quran itu berbentuk yang beristilah di atas maka apakah dia sebenarnya yang di muatkan oleh Allah di dalam hati manusia atau di dalam dada manusia ? Manusia wajib tahu sebab dia berada di dalam diri kita sendiri, dan menjadi pula sebagai panduan hidup setiap manusia

Jika ia sebagai panduan hidup manusia maka dapatlah kita katakan bahawa dia itu menjadi panduan kepada Roh, akal, nafsu dan tubuh badan manusia yang terdiri dari tulang, daging, urat,darah, rambut, roma dan sebagainya, tanpanya semua yang ada pada sebuah batang tubuh manusia menjadi tiada bererti sama sekali, sebab itu ada di antara yang bijak pandai dalam ilmu balaghah, mantik dan bayan menyatakan mencari sesuatu di dalam diri

bersambung .....






Comments (8)

bila kapan tiba nya tubuh badn rasul yang telah lama hapus oleh kamal dulu..huhu...
slm singgah

Salam, Terima kasih atas kunjungan anda

slm,,sebelum ni sy da pernah dengar ALLAH telah masukkan Al quran dlm diri manusia sehingga syaitan memusuhi manusia..tapi x penah terpikir lebih jauh dari itu..ceteknya akal saya...

Hola:Gracias por visita.
Un abrazo.
Marina

Assalamua'laikum ustaz moga ustaz sihat selalu bersama keluarga dan rakan2 lain...lama sgt tak communicate dengan ustaz.....saya kerap berdepan dengan satu situasi perbincangan pasal agama dan science dgn group saya....tadi isunya:

kes (a) prof saya(supervisor) seorang kristian yang ingin tahu pasal quran dan isi maksud quran...asalnya saya cakap rumit nak ingat/faham pasal apa yg kena study...kemudian dia persoalkn kepada saya kalau kamu boleh ingat surah kenapa yg kamu belajar ni tak ingat atau tak boleh paham....seterusnya dia cakap kalau kamu ajar saya surah...saya akan ajar kamu apa yg kamu nak tahu


kes (b)seorang yang mengaku islam...saya rasa dia mencari2 identiti sebagai islam..mempertikaikan kesahihan kebenaran yang termaktub dalam quran...suka berpikiran kenapa mesti gitu gini?....kadang2 dia kata "God not accurate"tapi dia percaya ada Tuhan......sbb bagi dia quran itu bukan direct drp nabi muhammad tetapi adalah sesuatu yang terhasil drp kerja sampai-menyampai drp satu orang kepada satu orang jelasnya seolah2 quran seperti boleh dipertikai kesahihannya...

Soalan saya...

untuk kes (a)Apakah cara2,persediaan,jenis surah (nmungkin paling simple) untuk saya sampaikan kepada prof saya....masalahnya saya tak strong ustaz...sekadar nak baca dan translate sekadar adanya boleh la ustaz...

untuk kes (b)...kalau pikir tak betul kadang2 nak je bagi jawapan Lakum Dinukum Waliyadin....tapi saya pikir tak patut...saya pernah bincang2 dgn dia contoh tentang keWujudan Allah....tapi tu la...argument dia banyak kadang2 saya lebih bersifat diam atau tidak meneruskan sesi bincang2 pasal ni....tapi tadi agak berani sikit masa sesi minum kopi dengan ramai2 seperti biasa...

Mohon jasabaik ustaz memberi cadangan

sambung lagi nih ustaz...lupa nak bagi tau nama....nama prof saya tu vernon cooray dia memang terkenal dalam kajian lightning...beratus2 kertas journal yg dah dia hasilkan...orangnya lembut hatinya...berfikiran terbuka...sebenarnya dah lama dia minta saya surah yang ada kaitan dengan lightning...tapi saya tak bersedia berdepan dgn dia.....nama yang kedua tuh mahbubur rahman...keluarganya ulama2 drp Bangladesh...keluarga org ternama tapi masuk ke sweden sbb isu/keadaan tak stabil dibagladesh ketetika itu....tapi orangnya kadang2 boleh bertolak ansur...suka tolong kawan...cara agak keras.....mohon ustaz doa kepada mereka nih...saya kat sini cuba sekadar yang saya mampu

Salam Zikri

Sebaiknya jika pada Zikti ada Quran terjemahan, Al Quran itu adalah petunjuk, sebab itu dalam surah awal Al Baqarah ada menerangkan Hudan (petunjuk)

Allah mewajibkan Dirinya memberikan petunjuk Al Quran sebab semua makhluk Dia yang punya, semua planet termasuk bumi tempat kita tinggalpun Dia yang punya dan Dia suruh kita jaga dengan baik mengikut arahanNya

soalan (b)

Dia ini adalah dalam delima kerisis keyakinan, orang islam di kehendaki beriman kepada perkara keimanan, salah sayu dari pokok iman ialah mempercayai Quran itu datang dari Allah tanpa ragu, dan sejauh ini belum ada lagi seorangpun yang mengakui bahawa Quran itu di cipta oleh mana-mana manusia, walaupun mana-mana ahli falasafah sekalipun atau wa imma dari Nabi dan Rasul sekalipun

Apa yang penting Apa yang di ceritakan oleh Quran pada sejarah orang dulu akan berulang cerita itu pada masa terkemudian dan telah di ceritakan oleh Allah demikian dan ternyata berlaku, ini menunjukkan bahawa cerita dalan Quran itu buka bikinan manusia, hanya Allah saja yang mampu mengetahui segala-gala apa yang akan berlaku

Salam Pak Karamu,

Terima kasih atas ilmu ini Pak... saya sangat tertarik apabila membaca yg Al-Quran itu ada dlm diri setiap manusia.

Saya terus teringat sebahagian ayat (saya lupa ayat apa) yg bermaksud "Allah akan ajar kamu apa yg kamu tidak tahu (dengan mencampakkan kedalam hati kamu)".

Saya doakan Pak Karamu akan terus menyambung siri ini.