Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 49

Assalamu'alaikum Wr,Wb

قل من كان عد و ا لجبريل فأنه نزله على قلبك بأذن الله
Katakan (wahai Muhammad) sesiap yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al Quran di dalam hatimu dengan izin Allah (Al Baqarah 97)

RAHSIA HURUF DALAM AL QURAN

Al Quran adalah suatu petunjuk daripada Allah terhadap orang-orang yang bertakwa, sesiapa saja di antara orang islam yang bertakwa maka wajib bagi mereka merujuk semua perkara dengan Al Quran, sesiapa sahaja yang membelakangkannya maka berdosalah mereka dan di akhirat akan di campakkan kedalam bakaran api neraka terutama pemerintah-pemerintah

Di dalam Al Quran yang mengandungi setiap huruf, titik dan ayat-ayat mempunyai hikmah yangtersangat besar

لكل اية وحرف ونقطة من القران حكمة
Setiap huruf,ayat dan titik di dalam Al Quran ada mempunyai hikmah

Sementara seluruh isi Al Quran itu pula mempunyai penjaganya

أنا نحن نزلنا الذكرو انا له لحا فظون
Sesungguhnya Kami turunkan peringatan (zikra,Al Quran) dan sesungguhnya bagi Al Quran itu pula ada penjaganya (Al Hijr 9)

Ayat yang di atas menunjukkan bahawa Al Quran itu ada yang menjaganya dan bukan boleh di permain-mainkan, adalah berdosa besar jika kita mempersenda-sendakan Al Quran tanpa menghayatinya tambahan lagi jika ada yang menyatakannya sebagai sudah tidak sesuai, sesungguh nereka yang melakukan sedemikian adalah telah kafir sekalipun jika ada di antara umat islam yang terus melakukan ibadat

Al Quran itu mengandungi:

Huruf alif sebanyak 48,740 huruf
Huruf ba sebanyak 11,420 huruf
Huruf ta sebanyak 1,404 huruf
Huruf tha sebanyak 190,480 huruf
Huruf jim sebanyak 3,322 huruf
Huruf ha sebanyak 4,138 huruf
Huruf dal sebanyak 5,998 huruf
Huruf zal sebanyak 4,934 huruf
Huruf ro sebanyak 2,206 huruf
Huruf zai sebanyak 1,680 huruf
Huruf sin sebanyak 5,799 huruf
Huruf Syin sebanyak 2,115 huruf
Huruf sod sebanyak 2.780 huruf
Huruf dhod sebanyak 1,882 huruf
Huruf tho sebanyak 1.204 huruf
Huruf zhi sebanyak 842 huruf
Huruf 'ain sebanyak 9,470 huruf
Huruf ghain sebanyak 1,229 huruf
Huruf fa sebanyak 9,813 huruf
Huruf qof sebanyak 8,099 huruf
Huruf kaf sebanyak 8,022 huruf
Huruf lam sebanyak 33,922 huruf
Huruf mim sebanyak 28,922 huruf
Huruf nun sebanyak 17,000 huruf
Huruf waw sebanyak25,506 huruf
Huruf ha sebanyak 26,925 huruf
Huruf lam alif sebanyak 14,707 huruf
Huruf ya sebanyak 25,717 huruf

Kesemua huruf yang terkandung di dalam Al Quran itu ialah 127,000 huruf, jumlah ini sama dengan jarak di antara syurga dengan syurga yang lain atau jarak antara langit dan bumi, di dalam Al Quran ada ayat Makiyah dan Madaniyah, ayat makiyah sejumlah 4,780 dan ayat madaniyah sejumlah1.456 ayat jumlah semua ayat ialah 6,236 ayat yang mengandungi 114 surah iaitu 86 surah di makkah dan 28 surah di madinah

Dalam banyak ayat maka بسم اتته الرحمن الرحيم itulah yang nuzul (turunnya) yang amat luar biasa, ketika turun ayat ini maka berlakulah peristiwa:

لما نزل بسم الله الرحمن الرحيم هرب الخيم الى المشرق وسكنت الرياح وحاج
البحرواضغت البها ئم بأذا نها ورجمت الشيا طين من السماء
Ketika Bis millahirrahmanirrahim di turunkan, awan-awan bergerak ke timur, angin-angin menjadi tenang, laut bergelora, bintang-bintang sama mendengarkan dengan pendengarannya, syaitan-syaitan di lempar daripada langit (Al Marawaih)

Demikuan kehebatan turunnya ayat Bis millahirrahmanirrahim tersebut, dan tidaklah menjadi hairan ia menjadi bacaan bagi setiap pembukaan pada setiap surah malah ia menjadi bacaan pada segala permulaan sebarang pekerjaan dan pergerakan kecuali pada surah At Taubah, ayat ini bermula pada huruf BA ب

Huruf ب BA ini tiada bermakna apa-apa jika ia tiada bertitik satu (.) maka pada titik lah rahsia segala rahsia, pada tahun lima puluhan iaitu zaman saya belajar mengaji dan bersekolah arab saya dapat membaca ayat tanpa baris akan tetapi tidak dapat membaca tanpa titik

Al Quran itu hanya dapat di baca jika ia ada mempunyai titik satu,dua dan tiga kemudian barulah datang huruf awal ALIF semua ini perlu di ketahui dan saya fikir ia menjadi fardhu kifayah kerana dengan titiklah mka lahirnya huruf dan pengetahuan ini tersangat ilmiyah

Di dalam Al Quran hanya ada tiga titik yang membentuk ayat-ayat Al Quran pada setiap huruf yang kesemuanya berjumlah 102,440 semuanya, sementara huruf yang berjumlah 320,779 huruf, pengkajian ini haruslah di buat analisa dari suatu zaman yang berada pada surah Al Insan ayat 1

Adapun zaman satu titik di sebut sebagai :

بى كان ماكان ayat ini menunjukkan bermula dari satu titik Ba yang menunjukkan maksud "Bersama Aku ada apa yang telah ada" apa yang telah ada ? iaitu Ta'ayun awal, bertanyalah kepada yang arif

Kemudian lahir Ta'ayun sani iaitu dua titik .. apa rahsia dua titik ?

بى كانو مايكانو (BersamaKu akan ada apa sahaja yang akan ada, oleh sebab itu maka umat islam yang ingin tahu rahsia titik maka hendaklah belajar la taayun, taayun awal, taayun sani dan taayun salasa, ada empat taayun yang mana Allah swt menjadikan sesuatu dari rahsia serba empat rahsia, umpamanya Zat,Sifat,Asmak dan Af'al kemudian Ujud,Ilmu,Nur dan Dyuhud kemudia Tnah Nurani,Air Nurani, Angin Nurani dan Api nuruk Adhom, kemudian Wadi,Wazi, Mani dan Maknikam, sekian secara rwngkasnya

Mohon izin kepada Wak jono untuk Link pada tempat dia dan inilah asas ilmu wali songo sebenarnya namun saya tidak khususkan kepada yang berkenaan



Comments (9)

tinggi sungguh ilmu bapak tak tercapai saya yang lemah ini.

Sungguh indah.
Sungguh indah setelah bertitik.
Namun, keindahan haqiqi ialah tanpa titik.

Kedamaian untuk kamu yang di sisi TUHAN wahai Pak Karammu.

Pakkaramu... mengenai cara menulis Basmallah (jawi) yang betul, benarkan? bahawa sebenarnya ada huruf alif di hadapan ba.

dan saya harus terus menggali.

Salam,

Terima kasih kepada kalian semua, kepada Mak Su itu sangat benar, saya ingat Mak Su pun ada belajar gak nya

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Terima kasih banyaklah kepada para pengunjung semua, ilmu ni taklah tinggi mana, inilah sekadar yang ada buat jariah nanti

Kepada cucunda rajin-rajin belajar, kepada Mak Su tentu ada belajar ilmu ini rasanya,kepada Ondak Ompun inilah sekadarnya,Kepada fital belajar itu adalah harta yang di bawa pulang

TERIMA KASIH SEMUA SALAM KUNJUNG

salam kunjung pak!

subhanallah..ternyata sungguh luar biasa pengaruh satu titik terhadap kemampuan kita membaca Al Qur'an
terimakasih dengan pencerahan ini ya ustadz

Salam PakKaramu,

You are very knowledgeable person.

Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah dengan segala anugerahNya..

Alhamdulillah syukur dengan informasi mengenai huruf-hurf yg terdapat di dlm Al Quran...

Namun dengan limpah kurniaNya Ilmu dari Engkau Ya Allah memberi pengertian iaitu bermulanya dari satu titik lalu mencorakkan huruf dan huruf-huruf itu adalah rumus yang pada asal dan mulanya tidak memiliki erti dan maksudnya apa-apa, sehingga kemudian dengan izinMu tersusun menjadi sebuah kata dan lagi susunan kata di olah menjadi pula sebuah kalimat (Ilmu) dan dari sebuah kalimat itu terkandungnya sebuah pengertian (mesti faham) ...dan seterusnya pengertian itu sebenarnya bukanlah sebuah kalimatpun ( mesti nampak ), dan untuk (merasa) jangan lagi pandang dan tilik pada titik tersebut tapi teruskan pada di sebalik titik itu.. Luasnya dan dalamnya Ilmu di dalam Ilmu dari Allah tidak terhingga..Ya Allah, Ya Allah, Allah, Allah Muhammad RasulAllah.....