Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 42

Assalamu'alikum Wr,Wb

NUR MUHAMMAD

Untuk membicarakan Nur Muhammad ini ramai di antara manusia terkeliru atau di kelirukan oleh ahli-ahli keilmuan di dalam islam, kepada golongan yang cetek ilmu berkenaan Nur Muhammad ini mereka menjadi pening kepala, sementara kepada golongan yang bijak pandai berselisih pula pandangan dan pendapat mereka, Orang yang menolak wujudnya Nur Muhammad ini terus yakin dengan pandangan dan pendapatnya dan mereka terus menolak dan menghukum kafir kepada orang yang mempercayainya, sementara golongan yang menerima Nur Muhammad pula terus yakin dengan pendirian mereka, adapun golongan yang menolak Nur Muhammad ini bukanlah dari kalangan tidak berilmu dan tidak berfikiran untuk memikirkannya, kerana itu cukup ramai dari kalangan mereka menolak, sementara golongan yang menerimanya juga cukup ramai maka jadilah masalah Nur Muhammad ini mempunyai pro dan kontra, erti nya lahirlah

1. Ulamak Sufi
2. Ulamak Faquha

Ulamak Sufi menuju ke arah Tasauf, sementara ulamak faquha menuju ke arah fekah, ulama tasauf adalah golongan yang telah melalui kefahaman fekah, sementara ulamak fekah terhenti di situ sahaja apabila mendengar istilah tasauf ataupun sufi kerana menurut mereka istilah tersebut tiada di dalam nas Al Quran ataupun ajaran islam dan terus pula membuat keputusan bahawa golongan sufi terlibat dengan golongan yang berfahaman Syi'ah dan terkeluar dari ajaran islam yang sebenar, semuanya kerana masalah Nur Muhammad dan cabangnya (kerohanian) ada pula yang menuduh sebagai telah sesat di samping di perintahkan berhati-hati dengan golongan Syi'ah atau sofiah

Golongan yang mempercayai Nur Muhammad ini adalah golongan yang sangat di takuti oleh orang-orang barat terutama Yahudi dan Nasrani kerana fahaman dan pegangan mereka yang tidak mudah tunduk kepada barat, kerana itulah golongan yang berfahaman syi'ah ini di cerca dan di benci oleh barat dan sebahagian umat islam yang taksub dengan bermazhab, sementara golongan fekah kebanyakan mereka ini tidak langsung di takuti oleh barat, walau bagaimanapun kita sama-sama fikirkan dengan baik sangka apakah Nur Muhammad tersebut

bersambung....

Comments (2)

Hola amigo gracias por tu visita
saludos
Marina

salam ustaz...topic ini memang menarik dan perlu di exposekan kepada semua...ada seperkara lagi yang pada pendapat saya beberapa golongan pemikir,pengkaji dan pembaca yang terlalu menitik beratkan soal ilmiah (atau mungkin terlalu berhati2)yang dirujuk daripada sumber yang jelas contoh daripada ayat2 quran yang jelas maksudnya dan daripada hadith sohih.Manakala jika sekiranya ayat2 quran itu bersifat bahasa tersirat depa cakap hold dulu atau kata jangan main suka translate kalau tak ada nas2 yang kuat...adalah "ulama" asean termasuk dengan satu orang di malaysia(sekarang dah keluar gomen kott)mengulas dalam siri kuliahnya(ada dlm youtube)contoh Ibnu Abbas muda lagi ketika zaman rasullullah dan ada beberapa pendapat kata memang dia banyak mengutarakan ayat2 yang tersirat dan israeliat...sedangkan rasulullah memang mengiktirafkan dia...jadi saya lihat unsur2 ini sedikit sebanyak mengekang perkara2 penting yang wajib kita kena tahu. Peliknya tak nak pula dipikirkan yang rasulullah itu ummi

Ikhlas dari saya sekadar untuk mengutarakan pendapat...terima kaseh ustaz