Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 37

Assalamu'alaikum Wr,Wb

RAMPAI SARI ROHANI DALAM KEHIDUPAN

Pelajaran ini rangkuman soalan yang di kemukakan oleh yang bertanya

TENTANG MENGENAL DIRI ASAS

1. Diri terdiri

Yang di maksudkan diri terdiri itu ialah jasmani dan komponennya (anatomi) yang awalnya di jadikan daripada tanah nurani, air nurani, anging nurani dan api nurul adhom, inilah asal usul Adam a.s , selepas Adam maka manusia keturunan Adam di jadikan pula daripada benih lelaki dan benih perempuan iaitu dari Wadi, Wazi, Mani dan Maknikam

2. Diri Terperi

Yang di maksudkan diri terperi itu ialah Ruhul Yaqazah, yang terdiri daripada Roh, Akal dan Nafsu, ia itu terdiri daripada komponen Rohani, ia berasal daripada Nur atau di sebut juga sebagai daripada Allah dan kembali kepada Allah, tarafnya ialah sebagai ammar Rabbi, Ruhul Yaqazah inilah yang di pegang dan di kuasai oleh Allah di dalan masa tidur dan mati, sila rujuk Al Al An'am ayat 60 dan Az Zummar ayat 42

3. Diri Sebenar diri

Yang di maksudkan diri sebenar diri itu ialah Ruhul hayat, yang terdiri daripada Nyawa atau Nafas atau Insan, ia adalah sebahagian daripada komponen Rohani dan dia berasal daripada Nur,diri sebenar dirilah yang dinyatakan oleh Allah sebagai insan yang sempurna, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: " Aku jadikan Insan itu sesempurna-sempurna kejadian"

4. Diri Tajalli

Yang di maksudkan Diri Tajalli itu ialah Insan Kamil, iaitu insan yang beserta Allah, iaitu Insan beserta Allah (tidak bersekutu) iaitu Insan dari Ruhul Hayat dari sifat qahar, dan dari sifat Kamal itu ialah ujud Wahdaniyah, adapun Insan itu ia bertaraf Zat la yakhluqu, sementara Wahdaniyah bertaraf Zat Yakhluqu, untuk memahami ini perlu faham sifat 20

BERHATI-HATI TENTANG ZAT DAN ISTILAH ALLAH

Berhati-hati dengan istilah zat kerana ada Zat yang wujudnya tidak bersebab dan ada juga zat yang wujudnya bersebab, seperti Zat Nafsiyah adalah Zat yang wujudnya tidak bersebab, sementara Zat yang wujudnya bersebab seperti ma'anawiyah ataupun Asmak, ini kena faham ilmu sifat 20, demikian juga dengan istilah kalimah Allah, kalimah Allah adalah Asmak Allah, yang mengandungi ZatNya, SifatNya, AsmakNya, dan juga Af'alNya, sebab itu bila kita sebut kalimah Allah maka kita ingatlah empat perkara tersebut, iaitu dalam keilmuan Tauhidul Zat, Tauhidul Sifat, Tauhidul Asmak dan Tauhidul Af'al

MENSUCIKAN DIRI

Ilmu mensucikan diri itu adalah diri yang empat jenis di atas, cara mensucikannya adalah dengan amalan mensuci dosa cara syari'at, tarikat, hakikat dan makrifat, kemudian amalan mensuci hawa nafsu, kemudian mujahadah, Muraqabah, musyahadah, muqabalah, Tanzih, shuhud, dan sebagainya , ini kena jumpa orang yang arif

ASAL USUL HAWA

Asal usul Hawa adalah daripada Hawa nafsu Adam yang di sebelah kiri, adapun hawa nafsu Adam yang di sebelah kiri ialah Ammarah, Al Lawamah dan Radiyah, adapun yang menyatakan bahawa Hawa terjadi dari tulang rusuk Adam di sebelah kiri itu adalah terdapat dalam kitab fahaman tafsiran pengikut Nabi Musa dan Isa, fahaman tersebut adalah hanya tafsiran, demikian juga yang mengatakan ia daripada Nafsu Adam yang disebelah kiri, dan pandangan ini lebih jelas dan dekat kebenarannya jika kita kaji sifat nafsu, dan Hawa inilah yang di maksudkan pohon khuldi yang sebenarnya

MASALAH BERSUCI ATAU WUDHUK

Masalah bersuci atau wudhuk adalah berasal daripada mensuci anggota kesalahan Adam kerana memakan dan menghampiri pohon dan buah khuldi, mengapa cuci muka ? kerana Adam memandang pohon khuldi, mengapa mencuci tangan dan lengan,? Kerana Adam memegang buah khuldi, mengapa cuci mulut ? kerana Adam makan buah khuldi, mengapa cuci telinga ? Kerana Adam dengar hasutan Iblis sepaya makan buah khuldi dan seterusnya, apa yang kita kena fikir ialah selepas makan buah tu maka terlucutlah pakaian kedua-duanya apa hal haaa! sendiri fikir laaaa!

TEMPAT SEKALIAN BERGANTUNG

As Shomad adalah tempat sekalian bergantung, ertinya Nur As Shomad atau Nurullah, As Shomad itu adalah Ahad, dan Ahad itu bersifat Salbiyah yang tidak berupa apa jua pun iaitu laisa kamislihi syai un, Ahad ini adalah Zat Yakhluqu, sementara Insan itu adalah zat la yakhluqu, zat la yakhluqu inilah yang di maksudkan NAFSAHU bagi mengenal diri dan mengenal Allah iaitu RABBAHU

Sekian secara rengkasnya ....



Comments (13)

Salam ustaz,

Terima kasih di atas penerangan ini.Sekiranya ada soalan tambahan,akan saya kemukakan nanti.Sekali lagi terima kasih..

Salam ustaz..

Ada satu soalan dari saya (maaf kiranya pertanyaan ini tidak berapa enak)iaitu apabila kita sudah mengenali diri sendiri,adakah ini sudah memadai tanpa beramal?Pernah juga saya terjumpa orang yang sedemikian iaitu tidak perlu solat,puasa,zakat dan haji.Macam mana pandangan dari ustaz?Golongan ini berkata hanya sekadar perlu tahu asal usul udahlah dan sudah tahu dan nampak jalan pulang..

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Soalan yang baik!

Setelah mengenal diri maka wajib mencuci diri (adalah cara zikir dan mencucinya)

Adapun orang yang telah mengenal dirinya dan Tuhannya tidak melaksanakan rukun ibadat, sembahyang,puasa,haji,zakat dan lainnya sebenarnya mereka BELUM LAGI MENGENAL ALLAH DAN DIRI sebab itu saya pernah kata BERHATI-HATI!

Saya yakin golongan ini JIKA di dalamkan lagi ilmu ini maka mereka akan betul balik,yang susahnya mereka berhujah dengan ilmu yang cetek dan gunakan akal, dan akal pula tidak selari dengan Al Quran dan Hadis

Sesungguhnya mereka yang bebas dari melakukan ibadat adalah BANGKAI BERNYAWA

Tambahan:

Ada yang berkata: mana kamu tahu aku tak sembahyang? Sebenarnya mereka tak faham tentang ilmu Uluhiyah, mereka tak faham Sifat pada Zat dan sifat pada Insan, merka juga tak faham maksud Ma'anawiyah dan ma'ani dan juga jasmani, orang jenis ini masih boleh di perbaiki

Salam ustaz...

Boleh kita bersua tak ustaz sekiranya ustaz turun ke KL.Saya ingin bertemu dengan ustaz bersama-sama sahabat saya.

salam pak..
kemusykilan aku yang petama,
semua diri tersebut(4 diri), letaknya dalam nur muhammad ye pak? yakni insan kamil..

masyAllah....bagus tujuan ady...moga Allah lorongkan jalan...harap dapat jumpa satu hari nanti....teruskan bersama

Salam...

Bagi yg belajar ilmu hakikat tp tak nak solat,puasa,zakat, haji.. tu tarikat firaun...bersepah2 kat M`sia ni... Bahaya tu...

Daripada Din melaka: 1.Seluruh anggota kita dgerakan dgn isyarat elektrk dr otak(telah dbuktikan), mungkinkah roh kita berada dlm otak sj ustaz..

Pendapat zikri: umumnya apa yang telah dibuktikan secara scientific adalah melalui pemerhatian secara jasmani...iaitu hubungan di antara urat2 saraf , salur darah utama dan aliran darah.Tenaga elektrik tsk nsmpsk jugak tapi ia ada kaitan dengan tenaga cahaya(ada kaitan dengan kelajuan cahaya 300juta meter per saat...mari kita tanya balik..dr mana asal cahaya itu kalau... ikut pengajian usul ada drp gabungan nurani api+nurani angin+nurani air+nurani tanah) Darah mempunyai sifat seperti pengalir( conductor) yang seterusnya menghubungkan Deria A ke saraf2 ke salur darah utama dan terus ke bahagian2 tertentu..contoh katakanlah penderia A mengawal jari tangan telunjuk kanan....maka connection2 yang berkaitan akan di aktifkan...walaubagaimana pun sekali lagi saya katakan ini adalah bersifat gerakan2 jasmani. Secara Rohaninya Roh(asal roh daripada Sifat Qudrat) ini berada di setiap urat2 atau saraf utama. Berbalik kepada kes utk gerakkan jari telunjuk kanan tadi....orang dalam berkeadaan hendak mengerakan jari kanan atau kata lainnya nafsunya(asal nafsu drp Sifat Iradat)berkeinginan sedemikian. Seterusnya akal(asal akal daripada Sifat Ilmu)melalui kombinasi lembaga akal (manik,fikir,sukma,budi,perasaan)akan diaktifkan merujuk kepada keadaan nafsu ketika itu akan memberi isyarat kepada roh agar mengerakkan bahagian tersebut. Namun begitu pergerakan ini tertakluk kepada syarat hubungan di antara sifat lazim melazimi daripada sifat ma'nawiyah dan maani. Di mana sifat ma'nawiyah akan menchargingkan sifat maa'ni(kunuhu Qodirun agak memberi charging kepada qudrat yang seterusnya mengaktifkan roh,kunuhu maridun agak memberi charging kepada iradat yang seterusnya mengaktifkan nafsu,kunuhu A'limun agak memberi charging kepada sifat ilmu yang seterusnya mengaktifkan Akal)....one more thing...kalu tak cukup nafas tak boleh angkat guna jari.....so kena guna byk tenaga...so kena sedut byk2...haaa yang ini macam mana....hehehehe.....cuba2 la pikirkan wahai Din Melaka

maaf spelling tak berapa betul....bukan kunuhu...CONTOH KAUNUHU MARIDUN (keadaan yang sentiasa berkehendak)

salam semua

..Jauh dr riak/ujub..Tidak lain hanyalah ingin mencari pengertian diri sendiri..

Panjang lebar tu zik, sy cuba permudahkan..mulakan dgn Bezaan antara 1.Saraf ke otak 2. saraf dari otak. Saraf dari otak menggera otot.Perhatikan saraf ini berakhir ke dalam otot.

Otot secara semulajadi peka thd isyarat elektrik, lalu mengerut/kecut. elektrik juga sesuatu yg 'tidak nampak'. Kekuatan isyarat sekitar miliVolt. Tidak perlu kuat sebab otot sensitif..

Terlalu banyak sgt kajian tentang ini sehingga sukar menolaknya. Pengetahuan ini tiada rahsia utk seorg doktor (sy bukan doktor, isteri zik mungkin kot).

Secara pribadi sy percaya roh dimasukan melalui umbun2 (terdapat juga video menarik boleh request ke email_din3@yahoo.com).ttpi tdk pasti bentuknya. Di dlm otak juga terdpt voltan tinggi sekitar 12volt yg aneh seolah2 bekalan kuasa

sy sgt2 berharap kita/pengunjung saling dpt menerangkan perkara yg sgt subjektif ini.. spt kata ustaz (dah sy juga percaya)ilmu ini terlalu byk istilah.. & sulit..& kena sgt berhati2..


terima kasih..

1...kenapa saya ingin mengutarakan pendapat....kerana tiada ilmiah atau literature reviews dalam bidang kebatinan yang mengkaitkan science....

2.InsyAllah kita bebincang utk dapat hikmah sama2 tak lebih dari itu yaa sahabatku....

betul setuju apa yang tuan din maksudkan...even kalu kita ukuq badan guna multimeter akan memberikan bacaan ratusan kilo ohm ke mega ohm (xxx xxx - jutaan ohm) dan setiap orang lain2 nilainya.Logiknya kalu ada voltan sekian2 nilai maka kerana itu voltan pada sekian2 segmen bernilai mili volt(lebih kurang 0.0XXX ke 0.000XXX)...dan ini kitaa lihat dari sudut fizikal atau jasmani...pendapat saya soalan ini masih berlegar dan tiada jawapan...yang saintis barat kata bermula drp mother of nature(sifat semula jadi)maka dari segi siapakah yang memchargingkan(sifat semula jadi dan apa anasir2nya tak diketahui) atau siapa yang memberi kuasa yang seterusnya mengerakan elemen2 ghaib(dalam rohani)tidak ditimbulkan dalam skop ilmiah walhal kita wajib percaya unsur dan anasir ghaib (konsep ketuhan dan rohani) ini yang memainkan peranan utama.

3. Selebihnya kita mohon ustaz memberikan ulasan ini...

4. Memang istilah2 nih banyak rumit tapi pelan2 dan sabar kuncinya...saya pun dok blank lagi nih..hehehe...masih byk yang perlu tahu

kepada Ustaz....prof senyap je nih...kita sama2 perlukan dia nih ustaz....

(fowardkan yang nih din...)
Secara pribadi sy percaya roh dimasukan melalui umbun2 (terdapat juga video menarik boleh request ke email_din3@yahoo.com).ttpi tdk pasti bentuknya. Di dlm otak juga terdpt voltan tinggi sekitar 12volt yg aneh seolah2 bekalan kuasa

salam..
hang pa pi dok cita letrik ni pasai apa..? penin aku..

Feliz año 2009
Abrazos.
Marina Pastor