Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 36

Assalamu'alaikum Wr,Wb

PERANAN ROHANI DI DALAM JASMANI

Rohani adalah sebenar-benar makhluk yang di jadikan oleh Allah untuk memikul amanah Allah swt untuk menjadi khalifah di bumi, dia adalah di antara makhluk Allah yang mula-mula sekali di jadikan oleh Allah sebelum makhluk yang lain di cipta, dan dia juga telah di berikan oleh Allah panduan beribadat kepada Allah yang berasaskan kalimah Tauhid La Illaha Illallah Muhammadarrasullullah, ertinya Rohani berikrar untuk berTuhankan kepada Allah dan dia sebagai hamba yang di perintahkan untuk melakukan amanah tersebut serta dia secara suka ataupun tidak maka dia wajib menjalankan amanah tersebut

Rohani tidak boleh beribadat ataupun tidak boleh melaksanakan amanah Allah jika ia tidak mempunyai rumahnya sendiri iaitu jasmani manusia yang akhirnya Allah telah menjadikan lembaga Adam bagi memulakan perkembangan manus (makhluk jasmani) sebagai tempat Rohani beribadat, ini kerana jasmani manusia itu sebagai penyaksian kerja buat Rohani tersebut sebagaimana firman Allah menyatakan di dalam surah Al Qiyamah ayat 14, yang bermaksud: (Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri) sementara malaikat hanya mencatetkan apa yang di lakukan oleh Rohani tersebut sebagaimana firman Allah menyatakan pada surah At Thoriq ayat 4 yang bermaksud: (Tiada suatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga dan membuat catetan)

Pada Rohani itu ada nafsu yang mempunyai sikap yang berbagai-bagai yang di kenali sebagai HAWA dan sikap nafsu inilah yang wajib ada pada anasir jasmani yang Allah jadikan daripada tanah nurani, air nurani, angin nurani dan api nurul adzom, sebagaimana kita ceritakan pada bab asal kejadian manusia di ruang Pak Karamu, jika anasir Rohani dan jasmani tidak sealiran maka Rohani tidak dapat tinggal pada tubuh jasmani dan ada kemungkinan jasmani akan menjadi terbakar ataupun hancur

Apabila Rohani sudah berada dia dalam jasad manusia maka hiduplah manusia itu dan berperananlah Rohani tersebut menjalankan peranan khalifahnya dengan berpandukan kalimah La Illaha Illallah dan di sinilah kita dapat melihat jutaan perangai manusia yang hidup di muka bumi ini, ada yang jahat dan ada yang baik, dan wajib juga manusia itu memahami daripada apa ia di jadikan sebagaimana firman Allah menyatakan dalam surah At Thoriq ayat 5 yang bermaksud (Maka hendaklah manusia itu memikirkan dari apa ia di ciptakan)

Masa Rohani itu masuk ke dalam jasad manusia adalah ketika bayi dalam kandungan ibu yaitu di antara 120 hingga 145 hari, ini mengikut ketetapan Allah mengikut kematangan jasmani di dalam kandungan ibu, apabila saja Rohani sudah berada di dalam jasmani maka barulah jasad bayi itu bergerak dan tidak lagi dia bersenyawaan dengan nyawa ibunya

Soalan:
Apakah dalilnya Rohani berikrar bertuhankan kepada Allah?

Jawapan:
Didalam Al Quran Allah berfirman dalan surah Al A'araf ayat 172 dan Al Quran pada muka surat 1465 pimpinan Ar Rahman, Al A'araf 172 yang bermaksud: "Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Lalu mereka semua menjawab : Benar Engkaulah Tuhan kami, dan kami menjadi saksi, yang demikian supaya kamu tidal berkata pada hari kiamat kelak sesungguhnya Kami adalah lalai (tentang hakikat tauhid)

Soalan:
Apakah maksud amanah tersebut? dan ia berbentuk apa?

Jawapan:
Di dalam Al Quran Allah s.w.t telah menceritakan amanah itu dalam surah Al Ahzab ayat 72 yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah Kami kepada langit dan bumi serta gunung (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya, dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya, lalu di sanggupi oleh manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sesungguhnya manusia itu suka menzalimi dirinya sendiri

Soalan:
Bagaimanakah konsep Tuhan menjadikan lembaga Adam?

Jawapan:
Allah s.w.t menjadikan lembaga Adam mengikut fitrah ilmu, yang mana ia di bentuk mengikut peringkat demi peringkat sebagaimana juga Dia menjadikan perkembangan bayi di dalam kandungan ibu (Embrioloji) akan tetapi anasir Adam dan keturunan manusia itu tidaklah sama sebagaimana pada awalnya namun sumbernya adalah satu aliran iaitu himpunan molikul-molikul, atom, proton, neutron, elektron ion dan sebagainya

Soalan:
Adakah pada Rohani itu banyak nafsu? dan adakah nafsu yang memberi fungsi ransangan terhadap anasir jasmani?

Jawapan:
Pada Rohani itu hanya ada satu nafsu akan tetapi sifat kepada nafsu itu saja yang banyak yang di namakan Hawa, maka hawalah yang memberikan fungsi ransangan terhadap anasir jasmani yang mempunyai sikap dari anasirnya

Soalan:
Apakah malaikat menjaga manusia itu untuk menyelamatkan manusia?

Jawapan:
Malaikat yang di maksudkan itu ada dua jenis malaikat satu jenis yang mencatat kelakuak Rohani yang di pamirkan oleh jasmani dan yang kedua malaikat jenis menjaga manusia yang bernama Hafazo

Soalan;
Mengapakah perangai manusia ini di katakan tidak sama dan apa asas puncanya?

Jawapan:
Asas puncanya ialah manusia tidak membela dirinya sendiri untuk berkhidmat terhadap Allah dengan sebenarnya, sebab yang lain ialah kerana kedudukkan tempat tinggal yang berbeza dan keadaan suhunya, ini menyebabkan keadaan ransangan alam keliling yang mengubah perangai dan sikap

Soalan:
Allah mencipta jasad manusia itu mengikut kesesuaian apa?

Jawapan:
Allah telah menjadikan jasad manusia itu mengikut kesesuaian bentuk Rohani itu pada bentuk Muhammad iaitu manusia yang berwajah dan bentuk Ruhul Yaqazah dan demikianlah sesuainya adalah mengikut keadaannya (Rohani) sebagaimana firman Allah dalam surah AlA'ala ayat 2 yang bermaksud: 'Tuhan yang telah menciptakan sekalian makhluknya serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya

Soalan:
Apakah penting bagi manusia memikir atau mengenal asal kejadiannya?

Jawapan:
Mengenal diri daripada apa manusia zahir dan batin adalah wajib, ini kerana ada perintah Allah daripada Al Quran yang memerintah manusia berbuat demikian sebagaimana ayat dari surah At Thoriq ayat 5, ertinya jika manusia tidak berusha untuk mengenal dirinya maka ia sama seperti azazil yang engkar perintah Allah

Comments (22)

salam pak..
kalau begitu hawa la yg tak elok.bukan nafsu..
bukankah nafsu ada tujuh nafsu?

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Kepada aku, terima kasih atas kunjung, sebenarnya Nafsu hanya satu setiap Rohani yang di kurniakan oleh Allah, sikap nafsu itu yang banyak dan berbagai namanya, kerana itu orang ramai memanggilnya hawa nafsu,ertinya nafsu itu diri bagi nafsu, sementara hawa itu adalah sifat atau sikap nafsu itu, jika kita katakan nafsu itu sumber kejahatan maka itu tidak benar kerana nafsu yang berhawakan Muthmainnah di seru oleh Allah memasuki syurganya

Hawa kepada nafsu itu sebenarnya banyak tapi yang mashur ada lapan iaitu: Amarah, Lawamah, Sawallah, Muthmainnah, Radhiyah, Mardhiyah, Kamaliyah dan Natiqah, pun demikian ada lagi istilah yang lain yang di berikan akan tetapi ia tetap di maksudkan hawa yang di atas

Assalamu'alaikum Pak....

Seperti mana yg telah saya katakan dahulu dlm bab 35 yg lepas, bagaimana saya nak mengenal diri saya yg sebenar2nya.
Banyak juga kitab2 lama saya mentalaah termasuk juga blog2 di internet,dan sehingga kini saya masih belum faham mencari diri yg sebenar.

Jesteru itu saya memohon sedikit tip2 dari pakkaramu bagaimanakah cara2nya....

Adakah cukup sekadar mentelaah ilmu2 hakiki ini, ataupun ada cara yang lain.?
Perlukah saya mencari guru yg muktabar.?
Bagaimana saya hendak membersihkan jiwa yg kotor ini.?
Bagaimana saya hendak mengetahui jiwa saya ini berada ditahap nafsu Muthmainnah.?

Secara teorinya memanglah saya faham apa yg diperkatakan tentang ilmu hakiki ini tapi adakah itu sudah memadai untuk saya mengenal diri batin ini.
Harapan saya semoga Pakkaramu boleh bg penjelasan.

Salam PakKaramu,

Bagaimana pula yang di maksudkan dengan: Nafsu-Nafsi, Nafsu-Akal dan Akal-Nafsu?

Mohon pencerahan....

salam pak..
kalau nafsu mutmainnah diseru Allah memasuki syurga,camane ngan hawa yang lain? bukan ke nafsu tu dalam rohani dari Allah

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Kepada aku, terima kasih!

Apabila Allah menyeru nafsu yang berhawakan Muthmainnah memasukki syurganya maka hawa nafsu yang lain pasti berdarjat amarah yang hak, Al Lawamah yang hak, Sawallah yang hak dan Natikah yang hak, ini tidaklah bermakna hawa nafsu itu tinggal di luar syurga!

Sebagai contoh kita ambil nafsu ammarah (yang mengajak keburukkan)hawa nafsu ini yang tinggal hanya amarah yang hak, ia guna untuk marah yang hak bagi mempertahankan maruah, ertinya kita wajib marah jika akidah, agama,dan sebagainya di cemar oleh orang lain, ertinya kita wajib marah, jika kita tidak marah nanti takut pula dayus!!!!

Orang dayus tak boleh cium syurga apa lagi untuk memasukkinya

Salam kepada aku

Nafsu itu bukannya di dalam Rohani akan tetapi ia adalah salah satu komponen Rohani, dan komponen Rohani itu ialah Nyawa+Akal+Nafsu dan Roh itulah yang dimaksudkan Rohani

KepadaISA

Yang di maksudkan nafsu nafsi itu maksudnya DIRI, hanya orang melayu saja sebut nafsu dan nafsi sedangkan asal perkataan tersebut ialah Nafsun dan nafsin (bahasa Al Quran,kedua-dua perkataan ini bermaksud diri.

Sementara nafsu akal dan akal nafsu itu adalah istilah orang melayu yang sebut demikian, sedangkan nafsu itu maksud bahasa Al Quran Nafsun ertinya diri dan akal itu adalah aqli, aiatu makhluk pelengkap Rohani yang mempunyai lembaganya, dan Allah menyeru akal itu sebagai Ya ulil albab

sekian terima kasih

Assalamu'alaikum qimi,

Saya syorkan supaya qimi mengikuti blog saya Dagang dengan teliti, saya cuba nak terangkan kat blog qimi tapi tiada hasil, atau nanti esok saya akan terangkan dalam blog saya Umarak dagang

Terima kasih

Terima kasih Pak....
saya sedia menanti....

Gracias por tu visita a mi blog.
No hablo mas que Español.
Marina pastor

Salam Ustaz dan semua...

Roh tu ada lelaki dan perempuan ke ustaz?atau tiada kedua-duanya?

Alhamdulillah, baru le saya paham yang di katakan nafsu yang hak.

t.kasih pada aku dengan membuka soalan. t.kasih juga pada ustaz.

salam pak..
dalam mengenal diri,kenapa perlu berhati-hati tentang diri sebenar diri dan diri terperi.ruhul hayat dan ruhul yaqazah? mengakibatkan tergelincir ke?

Salam to Ady

Rohani tiada lelaki dan perempuan

Salam aku nanti saya buat artikal tu petang nih

Salam Ustaz....

Terima kasih dan alhamdulillah kerana baru saya mengerti akan roh itu seba sedikit.

Kenapa dikatakan kaum hawa tu dari tulang rusuk sebelah kiri lelaki?
Cerita saja atau ada memang benar?

Soalan kedua
bila masa solat kita perlu berwudhuk.Adakah Nabi saw mendapatkannya semasa israj & mikraj atau masa yg lain?Kenapa mandi tidak boleh disamakan dengan berwudhuk?

Salam Ustaz...

Macam mana dengan persoalan qimi tu?Adakah dengan hanya membaca dan mengenal diri itu sudah cukup bagi kita tanpa perlu beramal.Dengan erti kata yang lain kita sudah tahu jalan untuk pulang?

Yang menanti....

Salam Ustaz...

Surah Al-Ikhlas

Katakanlah (wahai Muhammad):"(Tuhanku) ialah Allah yang Esa.Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.Ia tidak beranak dan Ia pula tidak diperanakkan.Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNYA"

Boleh ustaz huraikan secara terperinci lebih mendalam sedikit?

vine a visitarte.....

pero si no pones un traductor de idiomas,va a ser imposible que entablemos una relación de amigos.......
gracias por tu visita!!!!!!!!

un abrazo

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]software support prices, [url=http://firgonbares.net/]shop till software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] software cd purchase macromedia flash software downloads
buy pos software [url=http://firgonbares.net/]ms office 2003 proofing tools[/url] discount childrens software
[url=http://firgonbares.net/]autocad 2009 won't install on vista[/url] adobe creative suite 3 master collection upgrade
[url=http://firgonbares.net/]Premium Mac Retail Price[/url] resellers of software
buy microstation software [url=http://firgonbares.net/]educational software purchase[/b]

[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]acdsee pro 2 ebooks torrents, [url=http://sunkomutors.net/]lowest price for adobe creative suite 3[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] educational software solutions crack coreldraw 12 trial
filemaker pro 10 upgrade [url=http://sunkomutors.net/]educational software applications[/url] acdsee s-sw58 software
[url=http://sunkomutors.net/]edition software discounts[/url] dreamweaver to buy
[url=http://sunkomutors.net/]software of ms office[/url] cheapest software for
adobe image editing software [url=http://sunkomutors.net/]prices of softwares[/b]

[url=http://hopresovees.net/][img]http://hopresovees.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]a software reseller, [url=http://hopresovees.net/]nero liquid tv[/url]
[url=http://vonmertoes.net/][/url] discount kids software software support canada
winzip 12 download [url=http://bariossetos.net/]software on sale[/url] microsoft frontpage software
[url=http://hopresovees.net/]academic software inc[/url] oem software with
[url=http://hopresovees.net/]cs3 discount software[/url] linux software store
kaspersky online scanner [url=http://bariossetos.net/]winzip 12 registration key[/b]