Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 40

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Sambungan dari pelajaran yang ke 39

QADAR QADIM

Satu istilah yang di wujudkan oleh Allah mengikut AsmakNya yang ke 69 iaitu Al-Qadir yang membawa maksud "menimpakan sesuatu takdir mengikut apa saja yang di kehendakkiNya dengan tiada batas masa dan keadaan"

Konsef takdir ini berasaskan Al Quran: Inna kulla syai in kholaq na hu bi qadari" yang bermaksud " Sesungguhnya Kami telah menjadikan sesuatu menurut ketetapan" Al-Qamar 49

Qadar qadim terbahagi kepada dua bahagian:

1. Kadar Allah yang tidak ada kaitan dengan usha makhluk seperti Allah s.w.t menjadikan sekalian alam-alam atas fitrah alam itu sendiri, misalnya putaran bulan, mata hari dan bintang-bintang dan planet yang lain (alam Jamaad) menjadikan pasang dan surutnya air, embrio manusia jasmani seperti penciptaan Adam dan perkembangan bayi dalam kandungan, menidurkan dan membangunkan manusia dari tidur, hidup dan matinya manusia dan perkembangan alam yang lain yang mana keadaan embrio itu tidak di kaitkan dengan dosa dan pahala, kadar ini di anggap qadim

2. Kadar daripada Allah s.w.t yang di timpakan Allah terhadap alam ciptaan Nya yang lahir dari daya dan usha (ikhtiar) seperti makan, minum, bekerja, nikah kahwin, beranak pinak yang datang dari daya usha yang di gerakkan oleh Allah kerana fitrah hidup kerana menunaikan kewajipan hajat yang hidup yang di kaitkan dosa dan pahala setelah cukup akal baligh untuk di tanggung sendiri, nafsu yang di pandu dengan aktiviti gerak dan diam yang melibatkan takdir Allah bagi menentukan keizinanNya dan keredaanNya, qadar ini di anggap muhaddas (baharu) dan kerana wujudnya kadar inilah wujudnya balasan daripada Allah atas perhitungan dan catatan dari MalaikatNya, kedua-dua kadar ini di kaitkan dan di sempurnakan oleh Allah atas Al-QadirNya

MENILAI TAKDIR

Di dalam Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:

" Dan boleh jadi kamu kurang menyukai sesuatu (takdir) sedangkan ia adalah ia lebih baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu (takdir) pada hal ia tidak baik bagi kamu, Hanya Allah saja yang mengetahuinya, sedangkan kamu tidak mengetahuinya" Al-Baqarah 216

Ayat yang di atas sebenarnya adalah satu ketetapan daripada Allah s.w.t kepada manusia dan ia berada di dalam ilmu Allah s.w.t , manusia juga perlu memahaminya dengan akal yang di kurniakanNya kepada manusia cuma manusia tidak dapat memahami segala yang baik pada manusia itu sebenarnya tidak baik bagi dirinya dan yang tidak baik itu sebenarnya baik bagi dirinya, ini kerana manusia kebanyakkannya tidak memahami ilmu hikmah yang sepatutnya di makrifatkan dengan banyak membaca Al-Quran, dan kerana itulah juga Dia menjadikan manusia itu menjadi ketawa dan menangis sebagaimana firmanNya;

Wa in nahu huwa adh haka wa ab ka ( Dan bahawa sesungguhnya Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (sesorang itu berdukacita) menangis Al-Najm ayat 43

Soalan:
Adakah segala takdir itu mempunyai hikmah ?

Jawapan:
Berpandukan ayat Al Quran di atas maka segala takdir itu mempunyai hikmah, namun kebanyakan manusia tidak mengetahuinya

Soalan:
Bagaimana hendak mengetahui hikmah ?

Jawapan:
Ilmu hikmah datang dari pengertian yang tersirat yang datang dari jiwa yang bersih yang dapat menduga gerak dan diam serta suri dan tauladan dari peristiwa yang silam atau cerita yang telah di ceritakan Tuhan terhadap kaum yang terdahulu sama ada baik ataupun buruk

Soalan:
Bolehkah takdir itu berubah ?

Jawapan:
Segala takdir itu boleh berubah hanya dengan do'a, walau apapun manusia tidak akan tahu apa yang akan terjadi terhadap dirinya sebagaimana yang tersurat di lauhil mahfuz, apa yang penting manusia hendaklah sentiasa baik sangka dengan urusan takdir kerana ia dapat menyembuhkan kerisauan, dan yang paling penting pulangkan segala takdir yang telah di timpa kepada urusan Allah

Soalan:
Dapatkah takdir yang kita tidak suka itu di selesaikan dengan cepat ?

Jawapan:
Terpulang kepada keikhlasan kita menerima takdir itu, jika kita berbaik sangka dengan takdir maka kita hendaklah berdo'a kepadaNya supaya takdir itu cepat berlalu, sesungguhnya takdir yang kita kurang senangi itu adalah untuk menyelamatkan kita atau untuk mengurangkan segala dosa yang kita telah lakukan

Setengah orang ada yang mengeluh kerana ia merasakan dirinya baik kerana tidak melakukan apa-apa maksiat akan tetapi mereka tidak sedar hakikat akidah mereka telah rosak binasa, dan akibat kesalahan akidah inilah yang menyebabkan kebanyakan manusia menjadi rosak sekalipun dia bersembahyang, puasa , haji , membayar zakat dan sebagainya



Comments (9)

salaams pak...hahaha silap entry ka? patutlah tajuknya berbeza sangat....erisya ingatkan pak nak citer pengalaman jumpa bunian :)

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Elok juga ceritakan tentang berjumpa dengan bunian ni, saya ada pengalaman tentang tu

salam pak..
betul ke doa boleh ubah ape yg dah ditetapkan allah sejak azali?

Assalamu'alaikum Wr,Wb

kepada Aku
Benar, bahawa do'a boleh mengubah apa yang di tetapkan Allah dari azali sebab Allah beritahu "Pohonlah padaKU nescaya akan Aku kabulkan"

Yang menetapkan dar azali adalah Allah dan yang mengkabulkan do'apun Allah jadi tiada masalah bagi Allah mengubah apa yang telah di tetapkanNya, yang menjadi masalahnya kita tak tahu apa yang di timpakan Allah atas kita

salam pak..
kenapa adanya dosa pahala pak?sedangkan semuanya diaturkan olehNya..

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Assalamu'alaikum Wr Wb

Kepada Aku

Kerana adanya suruhan dan adanya larangan

Kerana adanya Api Nurul Adhom yang bersifat Abba was takbaro

Kerana adanya hawa, dan hawa itu adalah fitrah

salaams pak...bagus juga jika pak sudi kongsi pengalaman tuh sebab erisya selalu tertanya2...camner nak bezakan bunian dari makhluk lainnya?

Pada peringkat kita mula mengenal diri sesekali ada juga terganggu dengan ujian yang kita rasakan tidak tertanggung kita untuk hadapinya. Namun untuk teruskan hidup telah sedaya upaya juga meneruskan dengan hadapi jua ujian tersebut. Kadang-kadang terfikir juga tak boleh terfikir tindakan yang bakal diambil. Boleh jadi perkara tersebut akan mengakibatkan kerosakan juga. Berharap supaya tindakan tersebut tidak memudaratkan diri dan masyarakat. Selain itu juga, selalu berharap untuk mendapat inayah serta merta supaya tidak terlepas daripada batas sepatutnya sebagai insan. Mengaku akan diri lemah adalah perkara yang kadang-kadang menjadi sukar kerana adanya ego. Apa yang boleh dilaksanakan adalah sentiasa cuba untuk menjadi kompeten dalam apa juga yang bakal berlaku.