Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 35

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Dalam pelajaran ini kita akan membincangkan peranan Akal, Roh, Nafsu dan Nyawa di dalam tubuh manusia, sebagaimana kita maklum bahawa ke empat-empat makhluk ini di berikan atas satu nama iaitu ROHANI, ia di cipta oleh Allah di bawah peraturan KUN di alam ulwi oleh Allah swt

Setelah di cipta maka Allah telah menempatkan Rohani itu di alam Roh, dan semasa di alam Roh itulah ia di ambil saksi oleh Allah s.w.t sementara menunggu Allah menjadikan Adam (jasmani) bagi membolehkan dia beribadat kepada Allah, tanpa jasmani dia tidak boleh beribadat kerana tiada penyaksian kerjanya

Rohani mempunyai sikap yang cukup sempurna untuk melaksanakan tugasnya sebagai seorang khalifah di bumi kerana cukup sifatnya untuk menjalankan amanah Allah, ini kerana ia memiliki akal, nafsu,Roh dan nyawa yang mana makhluk tersebut mampu untuk berjuang kepada jalan Allah, ertinya ia di jadikan oleh Allah di alam yang tinggi dan beribadat di alam yang rendah

Komponen Rohani bertugas atas dasar bekerjasama di antara satu dengan yang lainnya, setiap daripada mereka mempunyai tanggungjawab yang seimbang dalam menjalankan tugasnya tiada kelebihan di antara mereka, namun darjat mereka adalah berlainan di antara satu dengan yang lain, umpamanya jika mengikut susunan maka ia akan menjadi begini: nyawa, Akal, nafsu dan Roh, ini bererti di antara mereka tidak boleh tiadak ada di antara mereka

Semasa masih di alam Roh maka Nyawa menjadi wakil Roh,Akal dan Nafsu untuk menjawab soalan daripada Allah, yang mana Nyawalah yang menjawab bagi pehak Roh,Akal dan Nafsu untuk mengakui bahawa Allah itu Tuhan mereka dengan menjawab Qolu bala shahidna.........(Al A'araf ayat 172) namun di bumi maka akal pula yang menjadi ketua bagi mereka terutama dalam soal ibadat kepada Allah atau menjalankan aktiviti hidup sebagai khalifah

Dalam masa menjalankan aktiviti hidup di bumi ini maka nafsu pula menjadi penentu corak aktiviti tersebut kerana dia penentu ke arah mana yang hendak di tuju sama ada ke neraka ataupun ke Syurga, dan dia pula adalah sebagai penentu untuk mengenalpasti sikap jasmani manusia yang mana anasir jasmani itu adalah seimbang dengan sifat hawanya, ini bererti hawa kepada nafsu itu menyebabkan berlakunya gerak dan gerit yang di kendalikan oleh Roh pula

Soalan:
Apakah peranan Rohani di dalam tubuh manusia ?

Jawapan:
Peranan Rohani di dalam tubuh manusia ialah menggerakkan tubuh sesuai dengan tanggungjawab masing-masing, ertinya Roh bertanggungjawab untuk memberikan daya kekuatan tenaga kepada jasad sehingga jasad dapat bergerak dan bertenaga. Nafsu pula memberikan ransangan kepada akal supaya akal membuat keputusan untuk bergerak dan melakukan sesuatu gerak dan diam kepada jasad mengikut sifat nafsu (hawa) sama ada baik ataupun sebaliknya. Akal pula berfungsi untuk menerima dan mengumpulkan maklumat ilmu sama ada ilmu yang hak ataupun yang batil ini bergantung kepada pendidikan. sementara Nafas pula ia tidak terikat kepada mana-mana ransangan atau dorongan dari akal atau nafsu ataupun Roh, dia sekadar berfungsi untuk tugas menghidupkan setiap sel-sel darah, air, daging, tulang, rambut dan bulu serta kuku dan lainnya

Soalan:
Apakah maksud di ambil kesaksian di alam Roh itu ?

Jawapan:
Maksudnya ialah Rohani di ambil kesaksian supaya membuat pengakuan bahawa mereka bertuhankan kepada Allah dan tidak kepada yang lain selain Allah, maksudnya ialah LA ILLA HA ILLALLAH (tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah) atau atas dasar pengakuan ana 'abduka ibni a'bduka la ma'abud ghoirika illa Anta (aku hamba Engkau anak-anak hamba Engkau tiada kami mengabdikan diri melainkan dengan Engkau)

Soalan:
Apakah tanpa jasad maka Rohani itu tidak boleh beribadat?

Jawapan:
Rohani itu tidak boleh beribdat tanpa jasad kerana jasad adalah berfungsi menjadi saksi terhadap kerja buat Rohani sepertimana maksud firman Allah "Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri" Al Qiyamah ayat 14 dan ayat 15 pula dari surah yang sama menyatakan "walaupun ia (Rohani itu) memberikan berbagai-bagai alasan untuk membela diri"

Soalan:
Mengapakah Rohani itu di tempatkan ke alam yang rendah untuk beribadat ?

Jawapan:
Inilah perancangan Allah, yang mana pada mulanya makhluk jin di tugaskan sebagai khalifah di bumi akan tetapi ia membuat kerosakan di planet bumi lalu di perangi oleh bala tentera Allah, kemudian ia kalah dan hilang kuasa, lalu Allah tugaskan pula kepada Rohani menjadi pengganti, lalu Allah jadikan Adam (jasmani) daripada tanah pilihan bagi menempatkan Rohani itu untuk menjadi khalifah (pengganti) di planet bumi, sebagaimana firman Allah menerangkannya yang bermaksud "kemudian Kami turunkan manusia ke tempat yang terendah" At Tin 4

Soalan:
Apakah dalilnya bahawa planet bumi ini alam yang rendah ?

Jawapan:
Di dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud: ......Kesenangan dunia ini hanyalah bagi memburu kemewahan yang palsu (terpedaya) Ali Imran 185
dan firmanNya lagi: ..Penghidupan dunia itu hanyalah permainan dan godaan" Al An'am 32 dan lagi firmanNya yang bermaksud: Perhatikan bahawa kehidupan dunia ini hanyalah permainan, godaan, perhiasan, dan bermegah-megah di antara manusia serta berlumba-lumba dalam menimbunkan harta ekayaan dan memperbanyak anak untuk kesombongan diri Al Hadid 20 dan lagi firmanNya: Sesungguhnya Kami telah jadikan di muka bumi sebagai perhiasan, kerana Kami hendak menguji mereka siapa di antaranya yang lebih baik amalannya (Al khaf 7)

Soalan:
Apakah dasar Rohani itu menjadi khalifah Allah di bumi ?

Jawapan:
Dasarnya ialah SEBAGAIMANA apa yang telah di ikrarkannya semasa di alam Roh iaitu LA ILAHA ILLALLAH, ERTINYA SECARA TEGAS IALAH LILLAHI TA'ALA






Comments (14)

Salam Ustaz,

Semasa masih di alam Roh maka Nyawa menjadi wakil Roh,Akal dan Nafsu untuk menjawab soalan daripada Allah, yang mana Nyawalah yang menjawab bagi pihak Roh,Akal dan Nafsu untuk mengakui bahawa Allah itu Tuhan mereka dengan menjawab Qolu bala shahidna

PADA KETIKA INI SAPA YG BERTANYA DAN SAPA PULA YG MENJAWAP USTAZ?BUKANKAN ALLAH ITU SENDIRI?

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Sudah lama saya tunggu soalan ini terutama kepada orang yang mempelajari ilmu ketuhanan, soalan ini tidak mungkin terungkai selagi kita tidak mempelajari ilmu sifat 20

Tuhan bertanya dan Tuhan yang menjawab ? he, he,he, hu,hu,hu

Tuhan yang mana satu ? Bukankah apabila kita sebut ALLAH maka Allah itu adalah Asmak! ALLAH itu merangkumi ZAT, ASMAK, SIFAT DAN AF'AL rangkuman Rububiyah dan uluhiyah

Rububiyah itu Zat dan Asmak sementara sifat dan Af'alNya itu Uluhiyah, jadi mana satu Rabbun dan mana satu Marbun dan mana satu Yakhluqu dan mana satu LA YAKHLUQU ?

HATI-HATI WAHAI SAHABATKU ramai yang terperangkap tentang ini !

salam pak..
roh,nyawa,akal dah nafsu adalah makhluk. bukankah makhluk itu tiada daya.
jadi bila diturunkan kebumi, semua makhluk bergerak/berbuat samada yang baik atau yang batil bukankah atas kehendak Tuhan?

Salam Ustaz

Di alam roh nyawa menjadi wakil Roh, Akal dan Nafsu untuk menjawab soalan daripada Allah..tetapi adakah Nyawa juga berbuat demikian ustaz?

Salam ustaz...


HATI-HATI WAHAI SAHABATKU ramai yang terperangkap tentang ini !


Bagi lah tips bagi mengelak perangkap nie?atau huraikan lebih terang mahupun terperinci.

Di suruh oleh seseorang kpd saya bagi memahirkan sifat 20 bagi mendalami maksudnya.

tunggu saya pulang dari kl

tunggu saya pulang dari kl

Salam..

Setelah saya membaca kesemua ulasan pakkaramu mengenai bab MENGENAL DIRI maka bagai manakah untuk saya mengenal diri saya, adakah hanya sekadar memahami dgn ulasan2 dr kitab2 dan alquran saya sudah mengenal diri saya,

ataupun ada satu kaedah jalan kesufian penyucian diri dimana saya perlu berzikir,bersuluk,bertapa,atau apa2 jua yg membolehkan saya mencari diri ini.

Dizaman kemodenan ini mampukah saya untuk menempa diri dgn cara jln kesufian tersebut, masa begitu singkat utk saya melakukan hal2 tersebut.

Perlukah saya mencari guru sebagai panduan untuk mengenal diri ini, ataupun sekadar hanya belajar secara tidak fomal aje. Ada org bg tau saya kena cari guru mursyid.. sukar juga tu nak cari,boleh ke saya menuntut dgn Pakkaramu...dgn izin

Salam

Terima kasih aku

Sebenarnya Rohani itu telahpun beserta dengan Allah sejak daripada alam Roh lagi dan Quwwata illa billah atas rahmat ammar Rabbi

Salam Ha

soalan Ha itu kurang jelas, adakah semasa yang di maksudkan itu di alam mana?

Salam !

Kepada aku

Apabila kita menyebut perkataan Allah maka ingatlah empat perkara, hal ini tidak boleh kita lupa sampai bila-bila ini kerana perkataan Allah itu merangkumi istilah ZatNya, SifatNya, AsmakNya dan juga Af;alNya
dalam erti Tauhidul Zat, Tauhidul sifat, Tauhidul Asmak dan Tauhidul Af'alNya, so yang mana satu Rububiyah dan uluhiyah?

Pada perkataan Allah itu wujud Tuhan dan wujud makhluk, jika tak ujud makhluk mana mungkin ujud Uluhiyah? oleh itu jika kita kata dia menjawab atau Allah bertanya dan menjawab maka Allah yang mana satu?

Salam Qimi

selalulah mengunjungi blog ini dan qimi tidak dapat di pamirkan

visit you from spain, sorry not to be able to read your language

Salam Pak...
Tak faham lah apa yg pak tulis tu...
(qimi tidak dapat di pamirkan)