Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 33

Assalamu'alaikum Wr,Wb

IBADAT INSAN ATAU NYAWA, ATAU DIRI SEBENAR DIRI

Mengikut apa yang kita terangkan pada awal pelajaran yang berkaitan dengan AlKhalaq dan Al Khuluq maka kita pasti bahawa Al Khuluk itu adalah INSAN batin manusia yang mempunyai nama dan istilah yang berbagai nama, seperti Insan, Nur Muhammad, Nyawa, Nafas, Sirullah, Ruhul Hayat, Ruhul Izafi dan lain-lainnya, namun ia tetaplah satu iaitu INSAN

Insan menjadi nyawa kepada jasmani manusia, di negara barat yang mengikuti pelajaran Sofi mengenali Insan ini sebagai Nafs, dan ada pandangan ahli tafsir yang mengatakan bahawa Insan ini sebagai jiwa, (akan tetapi saya kurang setuju, saya lebih setuju jika Jiwa itu di tafsirkan sebagai Nafsu) yang di seru oleh Allah supaya memasukki SyurgaNya seperti yang terdapat pada surau Al Fajar ayat 27 atau perkataan Nafsin yang terdapat pada surah Al Mudassir ayat 38 itu di tafsirkan kepada maksud DIRI (Nafsin)

Insan batin kita itu ia tidak berupa apa juapun, ia sangat mashur dengan gelaran Nafsahu pada ayat " Man 'arofa Nafsahu faqod 'arofa Robbahu" bagaimanakah penerimaan masyarakat pada hari ini tentang istilah tersebut? terpulang kepada masyarakat itu sendiri kerana amalan batin ini sangat sensitif kepada orang awam, ini kerana bukan mereka hendak menyalahkan sembarangan akan tetapi kerana ada yang berfahaman yang tidak menepati syarak

Adapun cara INSAN itu beribadat adalah mengikut nafas (Insan) itu sendiri, ia melibatkan dua cara iaitu cara syari'at dan cara hakikat, cara syari'at berkonsefkan keluar dan masuk, masuk Hu dan Keluar kalimah Allah, sementara cara Hakikat ialah Naik Hu dan Turun Allah, sesungguhnya amalan ini di namakan amalan SHUHUD yang di ambil daripada ayat SHUHUDUL WAHDAH FIL KASRAH, SHUHUDUL KASRAH FIL WAHDAH (Pandangan yang satu kepada banyak dan pandangan banyak kepada yang satu) Wahdah ertinya satu (ESA) dan Kasrah ertinya banyak (Asmak)

Adapun konsef amalan syari'at ini ada berbagai-bagai cara namun perkataannya tetaplah sama, demikian juga dengan amalan cara Hakikat yang melibatkan peringkat rendah, menengah, dan tinggi yang mana ia di amalkan mengikut Nas Al Quran, sebagai contoh apabila kita membaca ayat 1 pada surah Al Ikhlas iaitu Qul (katakan) Hu Allahu Ahad, Allahu Shomad (tempat sekalian bergantung harap) ertinya Asmak (nama-nama yang husna, sila rujuk Al A'araf 180, dan jangan sebut terbalik, misalnya Allah Hu, sebab ayat Al Ikhlas itu sebut Hu dulu kemudian baru Allah, dan amalan ini memerlukan maqam

Amalan ini di kenali sebagai Musyahadah, yang mana Insan yang beranasirkan Nafas, Nufus, Ampas dan Tanafas, sila rujuk Al Quran pada surah Bani Isroil ayat 7, 15 dan 25. Adapun Insan itu pada awalnya sebelum ia mempunyai jasmai maka ia beranasirkan Wujud, Ilmu, Nur dan Shuhud, asal Wujud daripada Zat, asal ilmu daripada sifat, asal Nur daripada Asmak dan asal shuhud daripada Af'al, ertinya daripada Allah, dan perkataan Allah itu adalah rangkuman istilah Zat, Sifat, Asmak dan Af'al maka itulah Allah yang mengandungi ilmu Rububiyah dan Uluhiyah

Pengtahuan ini sudah tidak lagi di ketengahkan oleh kebanyakan orang sebab tidak ramai yang sanggup mengajar ilmu ini, kalau adapun tersangat jarang macam orang kahwin empat, he, he, he, he . Ma'af gurau je! Ok ! Jika istilah apa yang kita bincangkan dalam ilmu ini menjurus kepada diri kebatinan maka ia wajib di pelajari dan di kenali sebagaimana firman Allah menuntut kita supaya mengenalinya sebagaimana firman Allah dalam surah At Thoriq ayat 5 yang bermaksud "Maka hendaklah manusia itu memikirkan daripada apa ia di jadikan?

Kepada orang awam mereka lebih focus kepada syari'at iaitu ilmu jasmai, sedangkan jasmani itu hanya menjadi saksi saja kepada Rohani, sebagaimana firman Allah menyatakan dalam surah Al Qiyamah ayat 14 yang bermaksud "Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, anggota di sini bermaksud diri jasmani atau di kenali juga sebagai diri terdiri (Jasmani)

Bersambung.....

Comments (13)

salam pak..
betulkah hu Allah dan Allah hu itu zikir nafas?
sebagai permulaan,yang mana satu yang harus aku gunakan..
aku merasa pencarianku untuk mencariNya amat lambat..

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Kedua-duanya zikir nafas, adapun zikir jasmani (zikir) cara syari'at itu adalah zikir Allah hu (orang awam)dan bersuara nyaring macam Raihan buat tu

Hi! :)

Es una lastima no enterder tu idioma me gustaria poder entender lo que escribes. Besos

Assalamu'alaikum Aku

Apabila di sebut zikir nafas ini bermajna zikir diri kerana Nafas itu perkataan melayu, sementara nafas itu maksudnya adalah nafsin ertinya diri, diri ada dua, iaitu di terdiri bermaksud Jasmani, sementara sayu lagi diri ialah diri Rohani

Diri Rohani itu pula terbahagi dua iaitu diri terperi iaitu Ruhul Yaqazah yang terdiri dari Roh, Akal,dan nafsu,sementara diri sebenar diri itu di namakan Ruhul Hayat, masing-masing ada zikirnya yang tersendiri, adapun satu lagi diri itu di kenali sebagai diri Tajalli

Semua amalannya adalah musyahadah atau di kenali sebagai amalan shuhud

Hello! ~ PakKaramu

thank you for your visit, invite him to see my blog:

http://rosadeojostiernos.blogspot.com/
http://lirasyninfa.blogspot.com/

PD.-tell me what language you use to try to translate it
thanks
Celia

salam pak..
tima kasih sebab terangkan.masih byk yang aku nak tanya.nanti aku tanya lagi.
sekarang balik kampung sambut i'dul adha..
pak, i'dul adha tu ape?
selamat menyambut i'dul adha

Assalamu'alaikum Wr,Wb

'Idul tu maksudnya hari Adha tu maksudnya korban

korban...bukan sekadar korban lembu

salam pak,wak..
i'dul fitri wak dah cerita kat aku sikit2.tu pun aku tak berapa paham.i'dul adha lum lagi.. lum ada kesempatan.
yang aku paham,kita melakukan cam nabi ibrahim buat dulu la..

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Maqam korban itu mukhlisin, mukhlisin itu dari jiwa yang hening yang menuju kepada din, din itu Laillaha Illallah
Muhammadarrasullullah, adapun maqam sebenar korban itu ialah pada lembaga akal Manik, fikir, sukma, budidan rasa, semua ini kena faham maksudnya

Sila rujuk pada ayat 24 dari surah At Taubah, apabila faham maka kamu berdiri mengadap qiblat, ada air sembahyang, berdiri tegak, pejam mata, lokasikan nafsu di belakang kita, letakkan Akal pada tempatnya yang betul, akal lihat kerja Roh dan nyawa apa kerja mereka? atau akal fikirkan sifat salbiyah

salam ustaz,
mengikut cara solat org2 kerohanian dengn org awam adalh berbeza,tetapi jika nak solat berjemaah disurau,boleh tak berjemaah dengn berimamkan org awam??

salam ustaz,
bagaimana cara berdoa yg betul?adakh memohon sesuatu pada Tuhan dengan istilah aku ataupn kami?