Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

UNTUK MENJAWAB SOALAN ct 85

Assalamu'alaikum Wr,Wb

SOALAN DARIPADA ct 85

Mengapakah buat masa kebelakangan ini manusia sudah memandang remeh tentang hukum Islam ?

Adakah peranan Sabda Rasullullah penting untuk di praktikkan ?

Jawapan Soalan 1

S
ebab kebanyakkan manusia di waktu kebelakangan ini memandang remeh tentang peraturan Islam dan tidak lagi memperdulikannya ialah kerana mereka terlupa bahawa mereka itu adalah hamba kepada Allah s.w.t sebab utamanya ialah kerana mereka itu tidak mengenal diri dan Tuhan mereka, sekiranya mereka itu mengenal diri dan Tuhan mereka maka mereka akan faham apa tugas seorang hamba kepada Tuhannya

Punca utama ialah mereka tidak beriman kepada perkara keimanan yang telah di tetapkan oleh hukum syarak dan mereka tidak fahampun apa dia yang di katakan syarak tersebut, semuanya ini adalah kerana mereka sudah melupakan AKIDAH DI DALAM ISLAM, konsef akidah dan mempelajarinya sudah tidak lagi di pandang penting oleh manusia, sementara KERAJAAN sudah tidak lagi menjadikannya sebagai mata pelajaran yang penting di sekolah

Punca yang kedua ialah suasana alam kehidupan manusia itu sendiri yang sudah tidak menunjukkan suasana keislaman yang ini menunjukkan satu kegagalan pehak berkuasa menjalankan akhlak islam, apa yang ada ialah mereka membiakkan pengaruh sosial daripada Barat (budaya barat)

Punca ketiga ialah penguat kuasaan majlis agama islam yang tidak menepati kepada hukum islam yang datang daripada Allah s.w.t dan Sunah Rasullullah s.a.w kerana itu kita dapat lihat bahawa hukum yang terdapat pada mahkamah syari'ah sendiri merengankan hukum islam dan tidak menepati syarak yang sebenarnya, sebagai contoh bahawa setiap hukum islam tidak di bolehkan dengan denda yang berupa wang ringgit

Punca keempat pehak kerajaam negara ini sendiri menunjukkan tiada berminat dengan hukum Tuhan sekalipun mereka itu melakukan ibadat yang di tetapkan oleh islam seperti sembahyang, puasa, zakat,haji dan sebagainya, ertinya mereka melaksanakan ibadat kerana ada suruhan Tuhan akan tetapi Tuhan juga memerintahkan mereka supaya berhukum dengan hukum Tuhan akan tetapi mereka tolak

Punca yang kelimanya ialah halangan yang di kenakan kepada mereka yang hendak melaksanakan hukum islam dengan merujuk kepada perlembagaan negara yang tidak membenarkan islam itu di laksanakan dan mereka menjadikan perlembagaan negara ini lebih tinggi daripada Al Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w

Punca yang keenam ialah pehak kerajaan yang memerintah menjadikan islam sebagai suatu yang meragukan orang ramai dengan melakukan berbagai-bagai andaian yang menunjukkan islam sebagai sudah tidak sesuai dan ketinggalan zaman, contohnya jika mereka fikir undang-undang islam itu baik mengapa mereka tidak gunakan yang terbaik, ini menunjukkan mereka memandang islam ini kurang baik, di waktu yang sama mereka mengatakan islam itu baik, ini adalah sikap munafik

Sebenarnya terlalu banyak sebab dan musababnya mereka memandang hukum islam ini remeh temeh, untuk panduan sila rujuk Al Quran tafsiran Al Maidah ayat 3, Ali Imran ayat 102, Al A'araf ayat 3 , Al Mujaddalah 22, Al Anfal 55, An Nisak 14, 144, At Taubah 24, 63, 84, Al Baqarah 85, Al Maidah 44, 45 dan 47 dan banyak lagi ayat Tuhan yang lainnya

Maksud sabda Rasullullah saw " Telah aku tinggalkan dua pusaka abadi apabila kamu berpegang teguh kepadanya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Al Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w, ertinya jika tidak berpegang dan beramal maka semua orang akan sesat, tiada kompromi dalam soal hukum

Tentang sabda Rasullullah ia bermaksud adalah tentang sunahnya, dan sunahnya itu adalah menjadi hukum dan panduan hidup akan tetapi ada yang berat dan ada yang rengan, yang menjadi persoalannya sekarang ialah apabila ujud perkara mazhab, maka mazhab inilah yang membuat umat Muhammad pening kepala tambahan lagi jika ada yang taksub


Comments (2)

soalan kedua mengenali akhlak?

Allah swt berfirman tidak sempurna iman seseorang selagi akhlaknya tidak baik.Maka jelaslah akhlak ialah salah satu dari cabang iman itu sendiri.Namun kebanyakkan dari kita seperti ambil mudah dalam mencari penyelesaian dalam hidup tanpa merujuk kepada al-quran dan sunah nabi,seperti Firmannya Sesungguhnya telah kami turunkan kepada kamu sebuah kitab,yang didalamnya ada sebutan kamu.Apakah kamu tidak jua mahu mengerti ? al-anbiya.10

Persoalan tentang akhlak ini timbul apabila saya memikirkan beberapa perkara yang besar ertinya akan tetapi dipandang agak mudah dan remeh.Contohnya :akhlak seorang isteri kepada suaminya,akhlak seorang anak kepada ibunya,apatah lagi akhlak seorang hamba kepada Tuhannya.Bagi saya sendiri ingin menjadi seorang anak yang dapat mendoakan ibubapanya sendiri agak susah apakan lagi menjadi khalifah.
Pandangan saya pada sesetengah kita akhlak itu hanya dilihat rosak apabila seorang itu mendedahkan auratnya,melakukan maksiat dan keruntuhan moral.Namun bagi saya seremeh remeh bendalah yang paling penting untuk kita faham dan fikirkan kerana dunia hari ini perkara yang remeh lah yang banyak membuat manusia sesat dan jauh dari Tuhan.Berlaku pada saya satu peristiwa seorang rakan bercakap kasar dengan suaminya dan suami itu hanya berdiam diri.Pada ketika itu saya bayangkan apa akan berlaku jika ketika itu Tuhan mengambil nyawa mereka.....kemana tuju mereka?

Mohon atok memberi sedikit penerangan berkaitan cabang-cabang iman dan perbetulkan saya jika penulisan saya salah.Semoga nasihat dari guru akan memantapkan ilmu saya lagi insyaallah..terima kasih!


soalan kedua :

Ktakanlah serulah Allah!dengan apa jua pun kamu menyeru dia,namun baginya ada nama(asmak) yang baik.Dan janganlah engkau keraskan bacaan sembahyang engkau dan janganlah pula engkau lambatkan,tetapi carilah diantaranya satu jalan...al-israa 110

Mohon atok perjelaskan pada saya tentang ayat diatas,dan bentuk jalan yang dimaksudkan..?

Assalamu'alaikum Wr,Wb

To ct85

Apabila seseorang isteri,suami,anak dan lainnya mengatakan mereka beriman akan tetapi mereka tiada akhlak maka sebenarnya mereka berbohong ! atau mereka hanya beriman akan tetapi mereka tidak mengamalkan apa yang mereka imani samalah dengan tidak beriman, akibatnya orang yang demikian Allah menetapkan mereka sebagai membohongi Allah dan orang-orang yang beriman sebagaimana firman Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 8,9

Jika isteri atau anak atau cucu bercakap kasar dengan suami,paba atau Ibu atau Pak Wan dan Mak Wan maka hukumnya berdosa atau menderhaka, sebagai contoh seorang isteri bukan sekadar bercakap kasar pada suaminya malah memasamkan muka nya sahaja sudah di laknat oleh Malaikat seharian itu jika mat ketika itu maka jika tidak sempat bertaubat maka mereka akan di tempatkan ke Neraka dan di 'azab dengan bakaran yang hina

Tentang cabang-cabang keimanan ialah jika ada perkara yang berlaku yang kita tidak suka maka hendaklah kita tegur dengan perkataan (nasihat) jika tidak sanggup berbuat demikian maka kita tegur dgn perbuatan dan jika tidak sanggup juga maka kita tergur dengan selemah-lemah iman iaitu dengan hati

Soalan 2 jawapan:

Adapun maksud ayat 110 dari surah Al Israk ialah menyeru nama Allah bererti berzikir dengan menyeru asmakNya (NamaNya) orang dahulu kala iaitu zaman Rasullullah bila Rasul menyuruh sembah Tuhan yang satu maka mereka juga dengar Rasul menyebut nama Ar Rahman maka orang musyrik berkata "Dulu Muhammad suruh seru Tuhan yang satu kemudian Muhammad sebenarnya ada dua Tuhan kerana dia menyebut nama Ar Rahman iaitu satu Tuhan Allah dan satu lagu Tuhan Ar Rahman, sebenarnya mereka tidak faham tentang perkara Asmak yang menunjukkan banyaknya nama-nama Tuhan

Sejarah jangan menyaringkan suara ketika zikir dan sembahyang pada awal sejarah islam hendak di perkenalkan ada larangan untuk menyaringkan suara kerana pada zaman itu ramai musuh musuh islam yang mengganggu ketenteraman nyawa maka ada arahan supaya menyebut dengan perlahankan suara, semua ini adalah sejarah awal pada hal menyebut atau membaca ayat tidak perlu secara jahar cukup dengan khafi sebab Allah tidaklah pehah (Tuli) walau apapun ini adalah hanya untuk pengetahuan orang awam bukannya untuk orang khusus