Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 29

Assalamu'alaikum Wr,Wb

MASIH PADA BAB IFTIQAR

DARJAT AKAL

Akal semua manusia tetap sama akan tetapi darjatnya yang tidak sama, ketidaksamaan ini adalah kerana kandungan ilmu yang ada pada akal tersebut tidak sama, ini kerana adanya ilmu yang hak dan ada ilmu yang batil, setiap ilmu yang tersimpan pada manik (lembaga akal) ada malaikat yang menjaganya dan Malaikat mengenal pasti mana ilmu yang hak dan ilmu yang batil

Jika ilmu yang hak di isi ke dalam akal hanya sedikit kadangkala ia boleh menjadi malap (kelam) berbanding ilmu yang batil di isi dengan banyaknya, manik yang di isi dengan ilmu yang kotor itu sentiasa memikirkan perkara yang mungkar, ini di kenali darjat akal itu sebagai akal yang kotor sementara ilmu yang baik itu selalu memikirkan perkara yang baik

Darjat akal yang tidak sama juga adalah kerana penerangan ilmu yang di terima tidak selaras di antara seorang pendakwah dengan pendakwah yang lain ini mungkim kerana kefahaman mereka tidak selari, selain daripada itu mungkin wujud serangan pemikiran oleh penyampai penyampai ilmu yang berkepentingan untuk menabur kefahaman aliran mereka

KEKELIRUAN MEMAHAMKAN AYAT

Faktor memahamkan ayat juga boleh menyebabkan seseorang itu berlainan darjat akal, sebagai contoh apabila nabi Musa gagal menamatkan ilmu yang di tuntutnya dengan Nabi Allah Khidhir kerana Nabi Musa semata-mata ilmu zahir tanpa batin, berbanding dengan Nabi Khidhir yang melihat perkara yang akan berlaku akan tetapi belum terjadi sebagai ilmu yang di anggap terbaik magi manusia mengharung kehidupan

Demikian juga yang berlaku kepada bangsa Yahudi yang terkeliru untuk memahami ayat daripada Allah dalam surah Al Maidah ayat 21 yang menyatakan bahawa " Wahai bangsaku (kata nabi Musa) masuklah ke bumi Palastin yang telah di perintahkan oleh Allah kepada kamu, jangan kamu berundur kebelakang, nanti kamu akan menjadi rugi (dunia dan akhirat)

Tersilap anggap dengan ayat tersebut di atas maka Perdana Menteri Israil sanggup membaca Al Quran di dalam Parlimen Israil dengan berniat jahat, sepatutnya ayat tersebut di tujukan oleh Allah terhadap Israil yang menjadi pengikut Nabi Musa bukan Israil yang ada pada masa ini

bersambung....


Comments (0)