Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 31

Assalamu'alaikum Wr,Wb

MASALAH TENTANG ROH

KITA TERUSKAN PELAJARAN KITA YANG MASIH DI SEKITAR ILMU IFTIQAR, PADA KALI INI KITA AKAN BERBINCANG TENTANG ROH YANG ADA DALAM BATANG TUBUH MANUSIA

Lazimnya apabila kita bercakap tentang Roh maka di sana ada pro dan kontra, ada yang berpandangan ia tidak boleh di perkatakan kerana ia URUSAN ALLAH, ada lagi satu kumpulan mengatakan boleh di perkatakan kerana ia adalah makhluk Allah yang di letakkan oleh Allah di dalam badan manusia kerana itu manusia boleh mengenal dan membincangkannya

Saya dengan cara yang terbuka dan baik sangka kepada semua pehak sama ada yang mengatakan tidak boleh bincang kerana ia urusan Tuhan atau boleh bincang kerana ia adalah makhluk Tuhan, bagi saya ia boleh di bincangkan dan saya tidak mahu ilmu berkenaan Roh ini di sempitkan sebab itu orang islam mundur

Alasan boleh di bincangkan:

1.
Kerana Roh ada di sebut dalam Al Quran Bani Isroil ayat 85
2. Kerana ayat Al Quran adalah HUDAN (petunjuk) Al Baqarah ayat 2
3. Kerana ada perintah supaya manusia tahu daripada ap ia di jadikan At Thoriq ayat 5

Cukup lah dengan 3 alasan tersebut

ROH DAN PERANANNYA

Roh adalah makhluk yang Allah jadikan berunsur ghaib, ia adalah salah satu makhluk yang berada pada komponen ROHANI, setiap manusia ada mempunyai Roh, tugas Roh di dalam batang manusia ialah untuk memberikan tenaga kepada jasmani, ertinya jika pada batang tubuh manusia tiada Roh maka tubuh manusia menjadi kaku dan lemah

Roh yang berada di dalam batang tubuh manusia menyebabkan manusia dapat bergerak, asal kejadian Roh daripada Allah (NUR) kejadian yang sebenarnya tidak di sebut oleh Allah di dalam Al Quran, Roh ada awal permulaan kejadiannya, dengan adanya Roh juga maka daging, tulang, urat, rambut dan roma menjadi berkembang dan menumbuh biak serta mematangkan sekalian batang tubuh, Roh tidak akan mati dan rosak selagi Isrofil tidak meniupkan sangkakala

Sekiranya batang tubuh manusia menjadi cacat ataupun rosak atau cacat semula jadi maka Roh tetap tidak mengikut rosak dan cacat, Roh memenuhi setiap ruang jasmani manusia dan Roh di kuasai dan di gerakkan oleh sifat Qudrat Allah s.w.t. Apabila Roh bergerak maka ia pasti berkait dengan nafsu dan juga akal manusia, ketiga-tiga makhluk ini di namakan RUHUL YAQAZAH

Soalan:

Adakah Roh boleh bergerak dengan sendirinya ?

Jawapan:

Roh tidak boleh bergerak dengan sendirinya tanpa di gerakkan oleh Allah

Soalan:

Adakah Roh akan bersendirian di dalam batang tubuh manusia?

Jawapan:

Roh tidak akan bergerak jika tiada di dorong oleh nafsu dan akal, dan akallah yang menjadi pengarah kepada Roh tersebut

Soalan:

Adakah Akal itu lebih mulia daripada Roh?

Jawapan:

Akal lebih mulia daripada Roh sebab akallah yang menilai kerja Roh

Soalan:

Apakah benar Roh tidak boleh di bincangkan ?

Jawapan:

Tidak benar kerana agama memerintahkan "fikirkanlah tentang makhluk dan jangan kamu fikirkan tentang Zat dan Roh bukan Zat

Soalan:

Apakah maksud Roh Urusan Allah?

Jawapan:

Maksudnya Roh itu di uruskan oleh Allah, demikian fahaman yang soheh, ini kerana Roh itu adalah berasal dari ilmu sifat Qahar ertinya di kuasai, ini bererti Roh di ibaratkan sebuah handphone yang tidak berdaya dan upaya, demikian juga dengan akal dan nafsu







Comments (7)

salam pak karamu..
jemput ke blog wak kerana di sana ramai ahli hakikat singgah..ini kerana wak menyampaikan banyak mesej kerohanian dlm bentuk penceritaan..salam!

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Terima Kasih Wak Jono kerana sudi melawat tratak saya, insya Allah Wak, kalau ramai tu sangat baik, selama ni kita macam bercakap dengan tunggul je

maaf

salam pak..
pak karamu tidak bersorangan pak.aku sering menjengah disini.
moga2 aku dapat sesuatu dari pak karamu dan juga wak..
salam kenal pak..

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Terima kasih aku berkata, selalulah melawat teratak hamba

rasullullah berkata ikutlah bagaimana aku solat,soalannya adakah cara solat sekarang sama dengan apa yang dilakukan rasullullah dan adakah ia termasuk didalam kalangan sunah nabi dan apa hukumnya?

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Terima kasih saya berkata, memang benar kata Rasullullah s.a.w shollu ro ai tumu ni usalli, (sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku bersembahyang)sembahyang adalah mengikut hukum qalbi, qauli dan fi'li roka'atnya sama, masanya sepertimana yang ada sekarang mengikut tempat, ini mengikut syari'at dan ia terhukum kepada fardhu, ertinya sampai waktu hendaklah di tunaikan, inilah maksud fardhu, sementara hukum yang selalu kita dengar hukumnya wajib, ertinya selagi ada masa pada waktu tersebut

Adapun yang berlainnya ialah cara perlaksanaan saja yang berbeza di antara sembahyang orang awam dan nabi serta orang mukmin, hadis Rasullullah ada menyebut: tibalah masa dari satu zaman yang umatku datang bersembahyang akan tetapi mereka tidak bersembahyang! atau Al Quran sebut "Akan di leparkan mereka ke neraka wail kepada mereka yang bersembahyang lalai dalam solat"

So apa masalah kita? Kita yang tidak mengenal diri dan Tuhan yang tidak faham tentang hukum qalbi juga akan ke Neraka, sebab itu sembahyang bukan boleh ikut-ikut melainkan dengan ilmu yang cukup

Sebagao contoh, jasad kena sembahyang (hukum Fi'li) segala bacaan kena sempurna (hukum qauli) Roh kena sembahyang, Nafsu kena sembahyang, akal dan nyawa juga kena sembahyang (hukum qalbi)ika perkara di atas tak faham maka buang masa saja serta letih

Cuba kita tanya diri kita, ketika kita solat Roh buat apa?, akal buat apa?, Nafsu buat apa?, nyawa buat apa? jasad buat apa? kalau ini tak faham macuk Neraka laaa!

thanks tok..