Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

JAWAPAN SOALAN DARI SWEDEN.......

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Ada dua soalan daripada Sweden

1, Boleh atau tidak minum atau makan benda yang mengandungi alkohol?
2. Adakah hidup ini bagaikan mengikut nafsu yang di ibaratkan mengikut saluran 1,2,3,4 (rujuk kepada laman UMARAK DAGANG BAHAGIAN KEMUSKKILAN sudut ilmiah (SHOUT)

Jawapan soalan pertama: TIDAK BOLEH, WALAUPUN SEDIKIT ATAU TUJUAN BERUBAT KEBIASAAN MINUMAN JENIS INI DI SEBUT PADA ASAL HUKUM IALAH MINUMAN ARAK ( al KHAMRU ) Kerana ia adalah punca maksiat, sesiapa yang meminumnya akan di hukum dengan 40 rotan (mengikut rotan syarak)

Adapun makanan yang lama yang menghasilkan alkohol, takkan kita nak makan makanan yang lama yang boleh berubah dan mengandungi alkohol kecuali tapai yang walaupu berakohol akan tetapi peratusan alkoholnya tidak sampai memabukkan (menghilangkan ingatan) maka hukumnya makruh, (jika di tinggalkan baik, jika di makan tiada berdosa)

ALKOHOLISME

Orang barat tempat hangpa belajar tu mereka minum sebab nak panaskan badan yang kemudian mereka menjadi ALKOHOLISME, di sinilah mula hukum khamru ini haram sebab mereka pada zaman tu bila pekena benda tu mereka leka dan tinggalkan ibadat, ada lagi alasan yang di gunapakai oleh generasi terkini, iaitu minum kerana nak tenangkan fikiran dari fikiran yang beserabut, itu semua alasan, Allah perintah kalau nak tenang fikiran banyakkan zikir

Apa hangpa dah pekena kah kat sana tu, maklum musim la ni winter, kalo aku tahu hangpa kena 40 rotan

Jawapan soalan kedua: Yang baik cuba rujuk pada pelajaran ini pada bab hawa nafsu, jika nak ibaratkan terowong ataupun apa-apa itu terpulang atas satu kajian kerana tiada yang detail tentang masalah darjat ataupun kedudukkannya di dalam kehidupan sebab belum lagi ada ulamak yang mengibaratkan sedemikian, namun pada saya maka pandangan tersebut saya dapat menerimanya, yang pokok apabila dalam hati manusia ada mengandungi penyakit maka Allah akan tambah penyakit tersebut




Comments (1)

khamr itu haram bagi umat muslim, namun bagi non muslim terlalu banyak alasan dibuat. setuju dengan ustadz. jika pikiran resah, nak konsentrasi dan tenangkan fikir mestilah kita perbanyak berzikir dan ingatkan Allah