Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 13

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Kita teruskan mempelajari mengenal diri dan Allah mengikut konsef sifat 20, dan sekarang kita sambung pada bab kharij dan zihin sambung pada pelajaran yang telah lalu dalam bentuk soal dan jawab

Soalan:
Apakah yang di maksudkan Nafsiyah itu ujud pada Zihin, tidak ujud pada kharij ?

Jawapan:
Maksud Nafsiyah itu ujud pada Zihin ialah Zat (Tuhan) itu beserta dengan sifat ma'anawiyah (Asmak) iaitu sifat Kamal , dan Ma'anawiyah pula beserta dengan sifat Ma'ani (Sifat Qahar) dan Dia tidak ujud pada Kharij iaitu sifat nyata manusia (Jasmani)

Soalan:
Jika Nafsiyah tidak ujud pada Kharij, ini bermakna Dia itu bertempat?

Jawapan:
Dia tidak bertempat, di mana juga Dia tetap berada akan tetapi pada Kharij yang di maksudkan tidak ujud itu ialah pada lahiriah jasmani itu, akan tetapi pada jasmani yang mengandungi anasir zarah-zarah itu Dia tetap ada umpama molikul dan sebagainya

Soalan:
Jika sifat Nafsiyah beserta sifat Qahar dari sifat Ma'ani, sifat yang mana satu?

Jawapan:
Sifat Qahar dari sifat ma'ani yang empat iaitu sifat Qudrat,Iradat,Ilmu dan Hayat, dan Allah beserta dengan sifat Hayat (Ruhul Hayat)

Soalan:
Mengapa Nafsiyah tidak ujud pada Kharij?

Jawapan:
Kerana Kharij bukan bertaraf Ammar Tuhan

Soalan:
Bagaimana dengan sifat Salbiyah? Adakah Dia juga tidak ujud pada Kharij?

Jawapan:
Kedudukan sifat Salbiyah sama dengan sifat Nafsiyah, ini kerana sifat Salbiyah itu adalah sifat Ke Agungan Tuhan, ertinya sifat ini adalah sifat menunjukkan ke Agungan Tuhan

Soalan:
Mengapakah sifat Ma'ani itu ujud pada sifat Kharij dan Zihin?

Jawapan:
Sebab sifat ma'ani itu telah di fitrahkan oleh Allah mengharapkan kepada Tuhan dan memperlihatkan Af'al Allah s.w.t , dan jika sifat Ma'ani tidak ujud pada Kharij maka jasmani tidak akan bermakna

Soalan:
Bagaimanakah pula sifat Ma'ani boleh menjadi sifat Keindahan Tuhan?

Jawapan:
Maksud soalan ini di tujukan kepada sifat Sama'a,Bashar dan Kalam yang berada pada sifat Istaghna, sifat ini menjadi panduan kepada sifat Qahar untuk melahirkan Af'al Allah, ini kerana fitrah Tuhan untuk menentukan hukum atau panduan pergerakkan makhluk bagi meningkatkan kepada perbuatan yang bertambah

Soalan:
Mengapakah Ma'anawiyah itu ujud pada Zihin tidak ujud pada Kharij?

Jawapan:
Di sebabkan sifat Ma'anawiyah ini beserta Zat maka dia di fitrahkan oleh Allah hanya beserta dengan sifat Qahar (Kebatinan) makhluk

Soalan:
Apakah kefahaman yang lebih jelas pada masalah istilah di atas?

Jawapan:
Untuk memahamkan istilah di atas ialah maksud Nafsiyah itu adalah diri Tuhan, Salbiyah itu sifat ke Agungan Tuhan, Ma'anawiyah itu sifat Ke Besaran tuhan yang menimpakan segala takdir dan di kenali juga sebagai Asmak Tuhan,Ma'ani adalah sifat kebatinan makhluk (manusia) yang bertaraf Ammar Tuhan yang menggerakkan Jasmani guna untuk melahirkan segala Af'al Allah

Segala konsef ini hendaklah di gurukan dengan orang yang arif tentang ilmu ini, dan JANGAN hanya berguru dengan kitab sahaja

Comments (0)