Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 17

Assalamu'alaikum Wr,Wb

SAMBUNGAN ILMU IFTIQAR

Sambungan ilmu iftiqar dalam bentuk soal dan jawab

Soalan:

Dalam senarai sifat Iftiqar yang 9 itu terdapat sifat Makhluk dan sifat Allah Apakah sifat makhluk dan apakah sifat Allah ?

Jawapan:

Yang di maksudkan sifat makhluk ialah sifat QAHAR dan yang di maksudkan sifat Allah ialah sifat KAMAL

Soalan:

Boleh atau tidak kita katakan bahawa sifat QAHAR itu berkehendakkan kepada sifat KAMAL, dan sifat QAHAR dan sifat KAMAL daripada jenis apa ?

Jawapan:

Benar, sifat QAHAR berkehendakkan kepada sifat KAMAL dan sifat QAHAR itu dari jenis sifat Maani (berdiri sifat pada Zat) dan sifat KAMAL itu dari jenis sifat Maanawiyah dan Salbiyah (Zat yang di ujudkan oleh Allah dan Zat yang ujud tiada oleh satu sebab)

Soalan:

Apakah bentuk sifat QAHAR tersebut ?

Jawapan:

Adapun bentuk sifat QAHAR itu ialah berbentuk ROH atau Kerohanian, dari sifat Qudrat menjadi Roh, dari sifat Iradat menjadi Nafsu, dari sifat Ilmu menjadi Akal dan dari sifat Hayat menjadi Nyawa atau Nafas, dan apabila ke empat jenis Roh ini bersatu maka ia di namakan ROHANI iaitu manusia batin

Soalan:

Daripada apakah ROHANI itu di jadikan oleh Allah ?

Jawapan:

Rohani di jadikan oleh Allah daripada cahayaNya (Nurullah) sebab itu secara jamaknya kita katakan bahawa Rohani itu daripada Allah (kamu daripada Allah dan akan di kembalikan kepada Allah)

Soalan:

Adakah ROHANI itu di jadikan oleh Allah terdahulu daripada jasad manusia dan adakah ia di katakan awal makhluk ?

Jawapan:

ROHANI memang di jadikan oleh Allah terdahulu daripada jasad manusia, dan tentang awal makhluk ini ada pandangan ulamak ilmu Ketuhanan yang mengatakan bahawa awal makhluk yang di jadikan Tuhan ialah NurNya, ada pula yang mengatakan RohNya, ada pula yang mengatakan QalamNya, ada pula yang mengatakan Akal, namun walau apapun ke empat empat makhluk itu pada dasarnya di katakan Hakikatul Muhammadiyah

Soalan:

Apakah yang di maksudkan Hakikatul Muhammadiyah itu ?

Jawapan:

Yang di maksudkan Hakikatul Muhammadiyah itu ialah manusia batin iaitu Rohani manusia yang di lengkapkan oleh Allah besertanya Qarin dan Malaikat, Qarin dari jenis Jin dan Malaikat dari jenis Hafazo yang menjadi kembar manusia batin itu, mungkin untuk menguji dan menjaga manusia, ertinya ada yang menguji (mengacau) manusia dan ada yang menjadi memelihara manusia

Soalan:

Selepas Rohani di jadika Tuhan, Di manakah Rohani itu di tempatkan ?

Jawapan:

Rohani di tempatkan oleh Allah di suatu tempat yang di namakan alam ROH di alam Ulwi, iaitu alam di planet atas, yang mana planet ini tidak termasuk planet keluarga bumi, ketika zaman ini asal jasmani manusia belum lagi di jadikan oleh Tuhan, ertinya Adam belum lagi di cipta Tuhan sila rujuk zaman yang di sebut oleh Al Insan ayat 1

bersambung....



Comments (0)