Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 16 (sambungan)

Assalamu'alaikum Wr,Wb

ILMU IFTIQAR

Telahah di tetapkan bahawa ilmu IFTIQAR itu mengandungi sejumlah 9 sifat, kesembilan sifat-sifat ini menunjukkan fungsi kehidupan manusia sehingga dapat melakukan pengabdian diri manusia kepada Allah s.w.t sifat-sifat itu ialah:

1. Qudrat bermaksud berkuasa
2. Iradat bermaksud berkehendak
3. Ilmu bermaksud mengetahui
4. Hayat bermaksud hidup
5. Qadirun bermaksud Yang Maha Berkuasa
6. Maridun bermaksud Yang Maha Berkehendak
7. 'Alimun bermaksud Yang Maha Mengetahui
8. Hayyun bermaksud Yang Maha Hidup
9. WAHDANIYAH bermaksud Ke Esaan Tuhan

Pada senarai 9 sifat di atas kita dapati 4 sifat yang terdiri dari sifat maani, 4 sifat maanawiyah dan satu sifat Salbiyah, ertinya 4 sifat makhluk (maani) 4 sifat Kebesaran Tuhan (Maanawiyah) dan satu sifat Keagungan Tuhan, kesemuanya 9 sifat, ini bererti sifat hamba ialah dari senarai 1 hingga 4, sifat Kebesaran Tuhan ialah dari senarai 5 hingga 8 dan sifat Keagungan Tuhan pada senarai nombor 9
Pada senarai sifat IFTIQAR di atas terdapat 4 sifat makhluk iaitu sifat 1 hingga 4 dan sifat Tuhan sebanyak 5 iaitu sifat pada senarai 5 hingga 9, ini bererti bahawa sifat IFTIQAR itu adalah sifat yang mengandungi sifat-sifat yang beserta di antara hamba dengan Tuhannya dengan maksud LAZIM MELAZIMI (bererti tidak bercerai akan tetapi tidak bersekutu) ertinya sifat IFTIQAR ini terbahagi kepada 2 bahagian dengan nama yang berlainan iaitu:

Sifat makhluk yang terdiri dari senarai 1 hingga 4 itu di namakan sifat QAHAR (sifat memaksa makhluk atau sifat kekerasan) sementara sifat pada senarai 5 hingga 9 itu di namakan sifat KAMAL (sifat kesempurnaan atau sempurna) ini juga bererti bahawa sifat QAHAR itu adalah sifat makhluk yang di paksa atau dikuasai oleh Allah sementara sifat KAMAL yang menguasai atau menakluk, dengan demikian barulah sifat QAHAR itu menjadi sempurna atau berfungsi, ertinya INSAN KAMIL (Sifat Qahar adalah Insan dan sifat Kamal adalah Kamil)

Bersambung ...






Comments (0)