Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 15

Assalamu'alaikum Wr,Wb

ILMU IFTIQAR

TUMPUKAN FIKIRAN ANDA PADA BAB ILMU INI SEPENUHNYA JIKA ANDA MAHU MENGENAL DIRI ANDA

Mengenal diri pada kali ini kita paparkan pula ilmu IFTIQAR, ilmu ini tersangat luas kefahamannya sehingga ia melibatkan keilmuan sain jika kita huraikan dengan luas dan ia boleh di jadikan bahan untuk kajian ilmiah, istilah IFTIQAR ini telah di perkenalkan oleh ulama ilmu ketuhanan pada zaman dahulu untuk kita mengetahui tentang diri kita (mengenal diri) dan perhubungan diri kita dengan Tuhan

IFTIQAR
bermaksud berkehendak sekalian makhluk kepada Tuhan, yang di maksudkan makhluk itu ialah apa juga yang hidup bernyawa atau tidak mempunyai fitrah nyawa kepada Tuhan, dan makhluk itu bermaksud alam yang baharu, ertinya apa juga yang di cipta oleh Tuhan termasuklah manusia, adapun alam itu ialah:

1. Alam Ulwi, iaitu alam yang tinggi seumpama Qalam, Kursyi, Arsy Lauh Mahfuz dan lain-lain alam yang belum lagi manusia mampu sampai dan menyelidikinya dan banyak lagi alam yang tidak di ketahui oleh manusia

2. Alam Sufli, iaitu alam peringkat bawah termasuklah planet bumi ini dan planet yang di bawak peraturan Al Quran, alam Sufli ini kita bahagikan kepada empat bahagian yang perlu kita kaji sebuleh mungkin yang termampu, alam itu ialah :

a. Alam Jamaat, iaitu alam (makhluk) yang membeku dan cair serta bole berkembang seperti benda cecair, batu, benda-benda padat, air, gas dan lain-lainnya

2. Alam Nami, iaitu alam (makhluk) yang berupa tumbuhan yang dapat berkembang biak seperti tumbuhan dan tanaman

3. Alam Haiwan, iaitu alam (makhluk) haiwan di darat dan lautan serta udara yang hidup bernafas dan bernafsu tapi tidak boleh berfikir

4. Alam insan, iaitu alam (makhluk) yang bernyawa dan bernafas serta berakal, boleh berikhtiar dan berfikir serta boleh bergerak

Semua alam-alam yang tersebut di atas berkehendakkan kepada Tuhan dan beribadat kepada Tuhan dengan cara yang telah di fitrahkan oleh Allah s.w.t kepada mereka, kita tidak akan membincangkan alam haiwan, Nami dan alam Jamaat dalam bab ilmu IFTIQAR ini secara menyeluruh akan tetapi kita akan mempelajari alam Insan secara menyeluruh supaya kita dapat mengenal diri kita dan perhubungannya dengan Tuhan

Perlu di ingat bahawa alam yang nyata ini terbahagi kepda dua bahagian pula iaitu alam yang nyata dan alam yang ghaib yang kedua-dua ini bersatu untuk alam ini hidup bermakna dan berfungsi, tanpa alam yang ghaib maka alam yang nyata tidak bermakna apa-apa, seumpama manusia yang mengandungi yang zahir dan yang batin

Bersambung...


Comments (1)

Thank you