Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

MENGENAL DIRI YANG KE 12

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Pelajaran yang selanjutnya kita akan bentangkan konsef KHARIJ DAN ZIHIN yang terdapat dlam ilmu sifat 20

Soalan:
Apakah maksud kharij dan zihin dalam ilmu sifat 20?

Jawapan:

Adapun maksud Kharij itu ialah sifat yang memberi kesan kepada alam yang baharu sementara Zihin pula bermaksud sifat yang beserta dengan Zat

Soalan:
Adakah kharij itu sifat yang boleh kelihatan?

Jawapan:
Sifat kharij adalah sifat manusia yang dapat di lihat terutama apabila manusia melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perbuatan, kharij ini lebih jelas lagi apakala anggota manusia melakukan sesuatu kerja dan hasilnya dapat di lihat dengan mata kasar, ertinya apabila manusia melakukan sesuatu pekerjaan maka akan nampak kesannya,dan kesan inilah di namakan Af'al Allah s.w.t

Soalan:
Apakah kharij ini punca lahirnya Af'al Allah?

Jawapan:
Kharij bukan punca segala Af'al Allah berlaku kerana kharij bukanlah kuasa yang mutlak berlakunya Af'al Allah kecuali di kaitkan dengan zihin

Soalan:
Ujudkah Af'al jika tanpa kharij?

Jawapan:
Af'al Allah bukan sekadar memperlihatkan Af'al yang nyata, akan tetapi juga melahirkan Af'al Allah yang ghaib

Soalan:
Sifat zihin itu di katakan sifat yang beserta dengan Zat, Apakah nama sifat yang beserta Zat tersebut?

Jawapan:
Nama sifat yang beserta Zat itu ialah sifat ma'anawiyah, dan sifat ma'anawiyah pula beserta dengan sifat ma'ani

Soalan:
Apakah sifat ma'ani itu berdiri pada sifat ma'anawiyah?

Jawapan:
Benar! sifat ma'ani itu berdiri pada sifat ma'anawiyah, tanpa sifat ma'anawiyah sifat ma'ani tiada bermakna apa-apa

Soalan:
Bagaimanakah teknoloji sifat kharij dan zihin tersebut?

Jawapan:
Teknoloji tersebut ialah Sifat Wahdaniyah menggerakkan sifat ma'anawiyah, sifat ma'anawiyah pula menggerakkan sifat ma'ani, dan sifat ma'ani pula menggerakkan jasmani, dan yang kelihatan ialah Al'al Allah s.w.t

Soalan:
Adakah sifat kharij itu sifat yang tiada daya dan upaya?

Jawapan:
Benar! kharij itu adalah sifat dan sikap yang tiada daya dan upaya

Comments (0)