Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

ETIKA YANG KETUJUH 7 Samb.........

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Setelah manusia di kuasai oleh dunia, kemanakah dunia mahu membawa manusia ? Adakah manusia akan menjadi hidup berakal mati berhantu ? Atau manusia mahu menjadi seorang yang berusha untuk melakukan suatu perniagaan yang menguntungkan yang mendapat rahmat daripada Allah s.w.t sebagaimana firmanNya:

Yang bermaksud: Sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat melepaskan kamu dari 'azab yang pedih ? Perniagaan itu ialah kamu percaya kepada Allah dan Rasulnya, dan sedia berkorban kejalan Allah dengan harta kamu,diri kamu, itulah yang terbaik jika kamu mengetahui

(As Shaffat 10,11)
Ayat yang di atas Allah s.w.t mahu menunujukkan kepada manusia suatu perniagaan yang mendapat keuntungan besar dan mendapat rahmat daripada Nya iaitu kamu percaya kepadaNya dan RasulNya, ayat ini membawa maksud berniagalah kerana Allah dan RasulNya, iaitu tiada tipu dan tiada muslihat untuk menipu dan menjatuhkan orang lain serta keluarkanlah zakat dan bersedekah dengan harta yang Allah kurniakan kepada kamu, jika kamu mengetahui

Manusia hendaklah ingat setiap kebaikan itu akan menambahkan diri kita menjadi kaya hati, dan setiap keburukkan itu pula akan menjadikan kita miskin hati, apabila hati menjadi miskin maka seseorang itu akan menjadi menggila mencari kebatilan sampai bila-bila selagi mereka tidak mengubah dan memperbaiki diri mereka

Umpama orang gila merasakan diri mereka beruntung dengan kegilaannya, dan orang bodoh merasakan beruntung dengan kebodohannya, orang yang berakal tidak mahu menjadi orang gila dan bodoh, kerana tidak mahu menjadikan diri mereka dalam keadaan bodoh dan gila, seorang perempuan menderita kerana mengandung dan melahirkan anak, tetapi hilang penderitaan dan yang di tanggungnya berbulan-bulan hanya dengan mendengar tangisan anak yang baru lahir

orang mandul sebuk mencari bomoh kerana mahu mengandungkan anak, tidak faham ia erti kesakitan yang di tanggung oleh orang yang mengandung, ia hanya mahu mendengar suara bayi yang menangis dan ketawa di sisinya, seorang penagih dadah, badannya menjadi kurus dan kering, kerana dadah merosakkan badannya, dia tahu dadah menguruskan badannya akan tetapi dadah di makannya juga, dakwanya ia menenangkan jiwanya, fana ia seketika, dapat ia rupanya melupakan kepahitan hidup seketika, inilah kehidupan manusia yang tiada ETIKA hidup

Manusia perlu kembali kepangkal jalan dengan ETIKA yang di sediakan Allah, supaya dia di redhai oleh Allah, biarlah yang hak itu datang kepada manusia dengan berbagai cara, jika kaya, kaya yang hak, jika miskin, miskin yang hak, dan yang hak itu tetap akan kembali kepada Allah s.w.t akhirnya, bagaikan orang kaya dan orang besar yang mati di kafankan dengan sutera yang indah, sementara orang miskin di kafankan dengan kain yang kasar dan lusuh maka kedua-duanya tetap kembali pada Allah akhirnya, dan orang besar di dunia tidak semestinya dia akan menjadi orang besar di akhirat, dan orang miskin tidak semestinya dia akan menjadi pengemis di akhirat, mungkin dia menjadi orang besar di akhirat

Rasullullah saw bersabda ANTUM A'ALAMU BI 'UMURID DUNYAKUM kamu lebih mengetahui dari hal ehwal dunia kamu, dan dunia kamu itulah yang di terangkan oleh Allah pada firman yang di atas, tanpa mengambil tahu tentang panduan tersebut maka kamu akan gagal akhirnya

Comments (0)