Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

ETIKA YANG KETIGA (SAMBUNGAN I)

Assalamu'alaikum Wr,Wb

.....Manusia bermusuhan sesama sendiri kerana sebab-sebab yang di ambil dari fitrah Habil dan Qabil, kerana itu kita dapat pastikan bahawa manusia akan terus bermusuhan sesama manusia, yang lebih malang lagi apabila manusia di dalam hatinya mempunyai penyakit, lalu Allah s.w.t tambah penyakitnya kerana degil tidak mahu hidup ber ETIKA sebagaimana yang telah Allah anjurkan, lalu manusia bersikap bermusuhan sesama mereka

Yang lebih malang lagi ada di antara manusia yang cuba mengambil kesempatan untuk menjatuhkan manusia sama ada dengan cara kasar ataupun dengan cara halus, sikap iri hati kerana tamak haloba menjadi percaturan dengan niat mahu melihat sesama bangsa dan agama menjadi musnah adalah salah satu dari warna kehidupan manusia yang hidup mereka tidak ber ETIKA,sesungguhnya manusia apabila dapat di pergunakan oleh musuh islam maka mereka yang tidak ber ETIKA hidup dalam kehinaan dan di akhirat nanti akan menjadi isi Neraka

Penindasan sesama manusia dengan senyap adalah sikap syaitan yang mesti di hentikan, kesedaran wajib di fikirkan supaya manusia hidup ber ETIKA adalah suatu yang wajib di sedarkan sebelum mereka kembali kepada Allah dalam keadaan ber ETIKA

Adalah sangat malang apabila ada manusia yang mengambil kesempatan untuk memusnahkan manusia dengan zalim walaupun mereka membunuh dengan cara yang senyum, dan tidak kurang di antara manusia ada yang bekerjasama dengan orang kafir yang tidak ber ETIKA dengan tujuan ingin melihat sesama bangsa dan agamanya menjadi hancur dan musnah semata-mata kerana benda dan keuntungan yang batil

Comments (0)