Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

ETIKA YANG KE TIGA

Assalamu'alaikum Wr,Wb

ETIKA yang ketiga ini saya paparkan perhubungan di antara manusia dan manusia,kita imbas kembali kenyataan Allah s.w.t di dalam Al Quran bahawa manusia sebahagiannya akan menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, mengapa jadi demikian? Sebenarnya sejarah ini bermula daripada zuriat anak Adam yang bernama Habil dan Qabil,kerana sifat dengki dan cemburu hati maka berlakulah pembunuhan di antara dua adik beradik tersebut

Sejarah dari jenerasi Adam itu telah menjadi fitrah kepada ikutan manusia selepas mereka, semuanya menjadi pengajaran dan fitrah hidup manusia yang tidak boleh di ubah lagi dan menjadi fitrah ikutan rumpun manusia di sepanjang zaman, bukan menjadi rahsia lagi kepada jenerasi manusia bahawa kerana perempuan,harta, sikap ketidak ikhlasan, dendam kesumat,salah anggap adalah punca berlakunya ketidak puasan hati manusia seperti zuriat Adam yang awal

Hilang ETIKA dalam kehidupan apabila perkara yang di atas menjadi punca dendam kesumat. Syaitan yang hilang ETIKA pula mendapat autoriti daripada Allah s.w.t untuk memainkan peranannya untuk mengajar manusia supaya hidup tidak ber ETIKA, hilang sikap ETIKA syaitan apabila ia takbur dengan asal kejadiannya, semuanya menjadi punca dendamnya kepada manusia, lantas ia tersungkur dengan mendapat gelaran syaitan yang di rejam oleh Allah s.w.t

Allah dengan sifat Rahman dan RahimNya Dia bersifat adil kepada semua makhluk ciptaanNya maka Dia memberi tempuh kepada Syaitan untuk menyesatkan manusia, namun Tuhan menguji manusia dengan janji, sesiapa yang mengikut petunjukKu maka tiada kuasa bagi syaitan untuk menyesatkannya, dan syaitan pula berjanji tiada kuasa baginya menyesatkan manusia selagi manusia tetap berpegang dengan jalan Allah

Dengan kenyataan yang di atas maka di planet bumi ada yang perlu di ikuti oleh manusia sama ada mahu mengikut petunjuk Allah ataupun mahu mengikut petunjuk syaitan, Allah pula menetapkan jika manusia mahu mengikut petunjuk Allah akan di tempatkan di Syurga, dan jika mereka mengikut petunjuk syaitan maka mereka akan di tempatkan di dalam Neraka, sesungguhnya manusia sudah memahami petunjuk daripada Allah dan petunjuk daripada syaitan

Ke mana arah manusia selepas mereka memahami kedua-dua petunjuk itu? Sesungguhnya manusia nampaknya kembali kepada fitrah sejarah sebagaimana awal zuriat manusia iaitu pembunuhan di antara sesama manusia seperti yang berlaku di antara Habil dan Qabil, ertinya ada manusia yang hidup ber ETIKA dan ada yang tidak ber ETIKA, semuanya berlaku terus menerus di sepanjang zaman selagi manusia tetap berada di dunia dan belum kiamat

Comments (0)