Twitter
RSS

Pengikut

click for translator to read artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

ETIKA YANG KE TIGA (SAMBUNGAN III)

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Perhubungan di antara manusia dengan manusia terus menerus akan berlaku di sepanjang zaman, baik perhubungan bertaraf Internasional ataupun di peringkat nasional akan ada perkara yang menjadi punca pertelengkahan yang berlaku, sama ada ianya berlaku bersebab ataupun mencari sebab ataupun tiada bersebab, ini kerana bukan sebab dan bersebab maka manusia itu bersifat bermusuhan akan tetapi adalah kerana fitrah yang tidak di jaga dan di pelihara, manusia tiada berminat untuk mencari sebab mengapa setiap sesuatu itu terjadi kerana jika di selidiki sebab maka mereka tidak akan berjaya mencipta sebab terutama sebab-sebab yang tidak ber ETIKA

Manusia yang hidup tidak ber ETIKA adalah seperti seburuk-buruk binatang yang melata di muka bumi ini dan mereka juga di anggap sebagai syaitan jenis manusia yang sentiasa mengintip manusia dengan tujuan hendak menipu dan memperdaya sesama manusia, tidak akan lena tidur manusia selagi mereka belum memperoleh mangsa, dan tidak akan menjadi puas di hati manusia selagi mangsanya tidak tunduk dan menyerah kepadanya, sikap ini sebenarnya adalah sikap Yahudi dan Nasrani

Besok atau lusa akan ada sahaja manusia yang menggulung tikar kerana tidak tahan di himpit dan di tekan tengkok mereka daripada bangun untuk melakukan fardhu kifayah, inilah nasib yang terdapat pada sikap manusia yang hidup ber ETIKA oleh golongan yang tidak ber ETIKA, pada mereka tiada kamus ETIKA di dalam kehidupan mereka, yang ada hanya siapa yang ada kuasa maka kuasa wajib di pergunakan tanpa batas adat dan budaya, maka tersungkurlah satu demi satu kebanyakkan manusia dari jenerasi keturunan Habil

Di mana juga negara di dalam dunia ini, sama ada negara itu kaya ataupun miskin maka akan adalah golongan yang tidak ber ETIKA dan ber ETIKA, golongan ini di takdirkan oleh Allah bagi menguji sejauh mana mereka mahu hidup sebagai manusia ataupun binatang, iaitu binatang yang pandai berbicara untuk menipu sesama manusia, di dalam Al Quran Allah s.w.t banyak menceritakan hal golongan ini seperti mengurangkan timbangan, menjatuhkan nilai barangan,mencipta alasan dengan tujuan hendak menipu atau hendak menjatuhkan orang lain dan mereka cipta undang-undang yang telah tersedia oleh fitrah hukum daripada Allah s.w.t

Comments (0)